bm-i.doc

13
Soalan 1 hingga 7 Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih kata yang paling sesuai. 1 Wajah rakannya sedikit demi sedikit datang __________ dalam ingatannya. A melihat B menyapa C menjelma D mengingat 2 __________ itu cuba untuk mengawal kapal itu ketika ribut melanda. A Jurumudi B Jurusawat C Jurumesin D Juruteknik 3 Mak Cik Gayah _______________ buah rambutan itu untuk dijual kepada pemborong. A mengelek B menjunjung C mengendong D membungkus 4 Sesudah sembahyang Maghrib ____________ orang akan pulang ke rumah. A tengah B setengah C bertengah D setengah-setengah 1

Upload: mohd-nassir-abdul-rahman

Post on 18-Dec-2015

253 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Soalan 1 hingga 7

Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih kata yang paling sesuai.

1 Wajah rakannya sedikit demi sedikit datang __________ dalam ingatannya.

A melihat

B menyapa

C menjelma

D mengingat

2 __________ itu cuba untuk mengawal kapal itu ketika ribut melanda.

A JurumudiB JurusawatC JurumesinD Juruteknik

3 Mak Cik Gayah _______________ buah rambutan itu untuk dijual kepada

pemborong.

A mengelek

B menjunjung

C mengendong

D membungkus

4 Sesudah sembahyang Maghrib ____________ orang akan pulang ke rumah.

A tengah

B setengah

C bertengah

D setengah-setengah

5 Fahmi tidak faham akan maksud lukisan yang garisannya ______________ sahaja

itu.

A herot-berot

B kacau-bilau

C culang-caling

D comot-momot6Sekumpulan pengkaji menemukan beberapa ____________ batu permata di kaki

bukit itu.

A biji

B buah

C butir

D bentuk

7 Ganesh _______________ kerusi itu ke dinding.

A merapat

B merapati

C merapatkan

D memperapat

Soalan 8 hingga Soalan 14

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

8 Mereka boleh mengambil mana-mana juadah yang disediakan mengikut selera

A

B

masing-masing. Tiada kesalahan.C

D

9 Syahira memerhatikan lelaki tua yang mengumpul kertas yang bersepah-sepahA

B

C

di atas jalan. Tiada kesalahan D

10 Azli tidak dapat menyertai lawatan itu oleh sebab terpaksa menghadiri majlis

A

B

perkahwinan sepupunya di Padang Serai. Tiada kesalahan. C D

11 Puteri raja itu akan menghadiri majlis makan malam diraja yang diadakan di

A

B

sebuah hotel terkemuka. Tiada kesalahan. C D

12 Tiap hari Alia menolong ibunya membungkus nasi lemak dan menghantarkannya A

B

C

ke gerai Pak Hamid. Tiada kesalahan.

D

13 Kunci motosikal yang saya temukan ketika pulang dari sekolah telah saya

A B

serahkan kepada guru disiplin. Tiada kesalahan. C D

14 Ibu tunggal itu menghadapi pahit maung untuk membesarkan kelima orang

A B C

anaknya itu dengan tabah. Tiada kesalahan. D

Soalan 15 hingga Soalan 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15 I Novel terbaru karangannya lebih segar dan menarik.

II Ingatan Raihana terhadap peristiwa itu masih segar.

III Setelah segar daripada tidur, dia membasuh muka

IV Ibu membeli sejambangan bunga segar di pasar.

A II dan III sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan IV sahaja

D I, II, III dan IV

16I Dia mencelah begitu sahaja tanpa pengetahuan tuan rumah.

II Jangan mencelah semasa orang-orang tua sedang bersembang.

III Pak Badar mencelah di antara kedua-dua orang budak yang bergaduh itu.

IVSaya tidak dapat mencelah kerana terlalu sibuk.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C III dan IV sahaja

D I, II dan IV sahaja

17 I Tiada sesiapa yang meragui kelulusan hatinya.

II Abangnya graduan kelulusan Universiti Putera Malaysia.

IIIEncik Zahari mendapat kelulusan doktor untuk mengambil cuti tanpa gaji.

IVKita tidak sepatutnya belajar hanya untuk mendapat kelulusan dalam

peperiksaan.

A II dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C III dan IV sahaja

D I, II dan III sahaja

Soalan 18 hingga Soalan 21

Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

18 Jalila akan membaca buku bila kebosanan.

A bila merasa bosan

B apabila kebosanan

C apabila merasa kebosanan

D bila kebosanan

19 Bangunan yang baru dibina itu sungguh tinggi sekali.

A nian tinggi

B tertinggi sekali

C paling tinggi sekali

D sungguh tinggi sekali

20 Buku kerja digunakan sebagai bahan pengkayaan untuk para pelajar.

A dipakai bagai bahan pengayaan

B digunakan sebagai bahan pengayaan

C diperlukan sebagai bahan pengkayaan

D digunakan sebagai bahan pengkayaan

21 Hidup berjiran harus saling bantu-membantu.

A membantu

B saling membantu

C saling berbantu-bantuan

D saling bantu-membantu

Soalan 22 hingga soalan 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22 Semua orang bergembira pada malam itu tetapi dia berduka cita kerana

terkenang akan ibunya.

A Setiap kali terkenang akan ibunya dia akan berduka cita walaupun orang lain

bergembira.

B Semasa orang lain sedang bergembira pada setiap malam, dia akan teringat

akan ibunya.

C Pada malam itu, semua orang bersuka ria sedangkan dia bersedih oleh sebab

teringat akan ibunya.

D Dia tidak dapat berkongsi gembira dengan orang ramai pada malam itu

kerana ingatan terhadap ibunya.

23 Kesengsaraan yang penah ditanggungnya mendorong Mak Pah untuk

membantu orang lain walaupun tanpa pertalian darah.

A Mak Pah berjanji untuk membantu sesiapa sahaja kerana dia pernah hidup

dalam penderitaan.

B Mak Pah terdorong membantu orang ramai setelah dia melalui hidup yang

penuh dengan kesengsaraan.

C Mak Pah akan membantu sesiapa sahaja kerana dia pernah melalui keperitan

hidup dan mengharapkan bantuan orang.

D Penderitaan yang pernah dilaluinya menyebabkan Mak Pah menolong sesiapa

sahaja walaupun mereka bukan ahli keluarga.

24 Ayah mengingatkan kami agar belajar bersungguh-sungguh jika mahu

mencapai kejayaan dalam hidup.

A Anak-anakku, belajarlah dengan tekun seandainya hendak berjaya dalam

hidup ini, nasihat ayah.

B Kejayaan tidak akan dicapai sekiranya kamu tidak berusaha bersungguhsungguh, kata ayah.

C Hanya dengan berusaha bersungguh-sungguh, kita akan mencapai kejayaan

dalam pelajaran, pesan ayah.

D Pelajaran amat penting untuk kita mencapai kejayaan dalam hidup, kata

ayah.

Soalan 25 hingga soalan 27

Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

25 I Mereka minum kopi sambil bersembang di Manja Kafe.

II Tiap hari dia membantu ibunya di pasar menjual ikan.

III Berpuluh hari dia memerah otak menyiapkan karyanya.

IVIndah nian pemandangan di atas Bukit Gasing itu.

A IV sahaja

B I dan II sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, II, III dan IV

26 IKamalia menghiasi sebutir kerongsang pada bajunya.

II Farah berasa tidak betah tinggal di rumah ibu saudaranya.

III Kain yang bersidai di bawah rumah itu telah lusuh.

IV Merokok suatu amalan yang merbahaya untuk kesihatan.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, II, III dan IV

27 IMak Yam berasa hati kerana anaknya tidak endah akan nasihatnya.

II Siapa yang berminat untuk menyertai lawatan ke Taman Negara

dikehendaki berjumpa dengan Cikgu Hashim.

IIITiada hal lain yang difikirkannya pada ketika itu melainkan keselamatan

dirinya.

IV Di dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

Soalan 28 hingga soalan 30

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.

28 Weng Leong membuat kerja yang disuruh oleh ayahnya sambil lewa sahaja. Dia

melakukannya hanya kerana terpaksa dan tidak bersungguh-sungguh.

Peribahasa yang sesuai dengan sikap Weng Leong ialah

A mencurahkan garam ke laut.

B melepaskan batuk di tangga.

C menanam tebu di bibir mulut.

D malas mendayung perahu hanyut.

29 Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi dalam dialog di

atas.

A Diam-diam ubi berisi

B Ada udang di sebalik batu

C Sarang tebuan jangan dijolok

D Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

30 Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa di atas ialah...

A orang yang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

B orang berpengetahuan yang menyembunyikan pengetahuannya.

C menunjukkan sifat sebenar setelah sekian lama mendiamkan diri.

D menyembunyikan kemahiran yang sebenar daripada diketahui orang.

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BAHASA1

Mari kita berbahasa

sebaiknya.Bahasa adalah pengatur

pucuk fikiran yang bertabur

5

bahasa adalah pelentur

ranting perasaan yang bersiur.

Dengan bahasa

terlihat fakta padu

terlihat sinar ilmu

10

terlihat cinta biru.

Dengan bahasa

pemimpin memaparkan arah

di pentas siasah,

dengan bahasa

15

orang beriman menikmati ibadah

khusyuk dan pasrah.

Mari kita berbahasa

sebaiknya.

Dengan bahasa

20

budi dipertinggi

mesra diperlebar

dengan bahasa

kita menjadi kita

bersama.

25

Jika tanpa bahasa

bagaimana akan kita setujui

perjanjian ini?

Mari kita berbahasa

sebaiknya

RAHMAN SHAARI

31Apakah harapan penyajak terhadap pembaca?

A berbahasa dengan betul

B mendalami penguasaan berbahasa

C membetulkan kesalahan ketika berbahasa

D menggunakan bahasa ketika menyampaikan fakta32Menurut penyajak, penggunaan bahasa penting dalam

A perubatan, politik, dan teknologi

B politik, agama, dan perudangan

C agama, politik dan perniagaan

D pelajaran, politik dan agama33Nilai yang terkandung dalam sajak Bahasa ialah

A berbudi pekerti.

B belas kasihan.

C rajin berusaha.

D kuat semangat.34Antara yang berikut, gaya bahasa yang manakah tidak terdapat dalam

sajak Bahasa?

A personifikasi

B anafora

C metafora

D repitasi35Ungkapan pucuk fikiran, ranting perasaan, sinar ilmu, cinta biru dan

pentas siasah merupakan unsur

A diksi.

B sinkof.

C metafora.

D personifikasi.Soalan 36 hingga 40

Baca puisi tradisional di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

SYAIR NUR ALAM SYAH LELA PUTERANegerinya indah khabar rencana,

Aturan pekan semuanya kena,

Beberapa rakyat menteri perdana,

Termasyhur khabar ke mana-mana.Sangat termasyhur nama negeri,

Banyaklah masuk dagang senteri,

Mahligai indah tiada terperi,

Bertatahkan emas berbalut budi.

Diladal Bahri nama rajanya,

Sakti pendekar lagi beraninya,

Segala raja-raja takut kepadanya,

Serta dengan adil murahnya.Adapun Sultan Diladal Bahri,

Sangatlah pandai memerintah negeri,

Dikasihi sekalian hulubalang menteri,

Apatah lagi dagang senteri.Sehari-hari bersuka ria,

Serta rakyat isi negara,

Beberapa sedekah baginda kurnia,

Banyaklah miskin menjadi kaya.Permaisuri gering di dalam istana,

Cukuplah bulan selamat sempurna,

Masuklah biti menteri perdana,

Bidan tujuh ada di sana.

(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata untuk Dirasa,

Tingkatan 2, DBP)

36Rangkap kedua syair mengisahkan sebuah negeri yang

A indah dan terkenal.

B kuat dan istimewa.

C kaya dan masyhur.

D makmur dan masyhur.

37Berdasarkan petikan syair, bagaimanakah keadaan permaisuri?

A Sedang sakit tenat

B Telah tiba masa untuk bersalin

C Telah selamat melahirkan anak

D Sedang dirawat oleh bidan ketujuh

38 Sultan Diladal Bahri memiliki sifat yang berikut, kecuali

A bengis dan boros

B gagah dan berani

C adil dan pemurah

D bijak dan terkenal

39 Unsur gaya bahasa yang terdapat pada baris ini ialah

A asonansi

B aliterasi

C anafora

D epifora

40 Berdasarkan petikan syair, apakah pengajaran yang boleh diteladani?

A Mestilah berfikiran rasional

B Pemerintah mestilah bijaksana

C Membuat pertimbangan yang wajar

D Berhati-hati dalam melakukan sesuatu

KERTAS SOALAN TAMAT Segala raja-raja takut kepadanya

Azlan itu nampak sahaja pendiam tetapi jangan sangka dia akan terus berdiam diri

Ya, saya rasa dia akan bertindak terhadap orang yang menipunya

Harimau mati menunjukkan belangnya

PAGE 11