bm f6

8
Bahagian A Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan SATU daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [50 markah] 1. Bagi meningkatkan taraf perubatan negara, kerajaan Malaysia telah membawa masuk pegawai-pegawai perubatan dari luar negara untuk menambah jumlah pakar di negara kita. Bincangkan pertanyaan tersebut. 2. Isu perundangan negara masih menjadi pertikaian sesetengah pihak. Persoalan yang ditimbulkan adalah tentang keberkesanan undang-undang negara ini dalam menangani masalah dalam Negara dan langkah-langkah yang patut diambil untuk memastikan undang-undang dapat membanteras gejala negatif di negara ini. Bincangkan isu tersebut. 3. Dalam pertandingan bahas peringkat sekolah, anda telah dipilih untuk membahaskan tajuk perbahasan “Teguran dan Nasihat adalah Lebih Sesuai Mendisiplinkan Pelajar Berbanding Tindakan Secara Kekerasan”. Sebagai pihak pencadang, bahaskan tajuk tersebut. 4. Kemajuan media elektronik dikatakan mengancam kebudayaan masyarakat kita. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut? Nyatakan bukti-bukti untuk menyokong pendapat anda itu. 1

Upload: farah

Post on 04-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hhshsh

TRANSCRIPT

Page 1: BM f6

Bahagian A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan SATU daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [50 markah]

1. Bagi meningkatkan taraf perubatan negara, kerajaan Malaysia telah membawa masuk pegawai-pegawai perubatan dari luar negara untuk menambah jumlah pakar di negara kita. Bincangkan pertanyaan tersebut.

2. Isu perundangan negara masih menjadi pertikaian sesetengah pihak. Persoalan yang ditimbulkan adalah tentang keberkesanan undang-undang negara ini dalam menangani masalah dalam Negara dan langkah-langkah yang patut diambil untuk memastikan undang-undang dapat membanteras gejala negatif di negara ini. Bincangkan isu tersebut.

3. Dalam pertandingan bahas peringkat sekolah, anda telah dipilih untuk membahaskan tajuk perbahasan “Teguran dan Nasihat adalah Lebih Sesuai Mendisiplinkan Pelajar Berbanding Tindakan Secara Kekerasan”. Sebagai pihak pencadang, bahaskan tajuk tersebut.

4. Kemajuan media elektronik dikatakan mengancam kebudayaan masyarakat kita. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut? Nyatakan bukti-bukti untuk menyokong pendapat anda itu.

1

Page 2: BM f6

Bahagian B

5. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandunganya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 160 hingga 170 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20 markah]

Walaupun pihak kerajaan telah mengambil keputusan muktamad untuk mengharamkan pusat permainan video di seluruh negara, namun pusat-pusat video haram masih terus wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Pengisytiharan tersebut telah dibuat pada 4 September 2000. Pihak berwajib telah mengarahkan lesen permainan video yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) ditarik balik dalam tempoh dua bulan. Perkara yang membimbangkan kita ialah kegiatan ini bukan sahaja mendekatkan remaja kita kepada suatu bentuk aktiviti perjudian, malahan kegilaan terhadap permainan video ini juga sudah sedikit sebanyak mengubah budaya hidup mereka sebagai remaja Islam. Sebelum ini, pendedahan tentang kes-kes yang bersabit dengan gejala tersebut sudah pun menggemparkan masyarakat. Contohnya, apabila pihak media memaparkan kisah seorang pelajar yang baru berusia 15 tahun dibelenggu hutang sebanyak RM6,000 terhadap seorang pengusaha permainan video. Kejadian yang sama juga mungkin berlaku dimana-mana. Kanak-kanak dan remaja yang rata-rata masih dibangku sekolah sanggup berhutang dengan rakan-rakan sebaya mereka semata-mata untuk mengambil bahagian dalam permainan haram itu. Hal ini membuktikan bahawa apa-apa juga bentuk perjudian sememangnya mudah mempengaruhi mereka yang masih rebung kerana permainan seumpamanya seolah-olah amat menyeronokkan sehingga keseronokkan itu tidak dapat dibendung lagi.

Justeru itu, akibat terlalu ketagih, mereka akan terus mengunjungi pusat-pusat permainan tersebut walaupun tidak mempunyai wang., selain meminjam wang daripada rakan-rakan, kita bimbang sesetengah remaja sanggup pula mencuri bagi mendapatkan wang dan mengunjungi pusat-pusat permainan itu. Akibat pendedahan dalam perjudian itu diperingkat awal, besar kemungkinan remaja yang terlibat akan mencuba pelbagai bentuk perjudian yang lain seperti permaiann daun terup, bertaruh dalam pertandingan lumba kuda, bola sepak, dan lumba motosikal haram atau secara langsung mengunjungi pusat-pusat perjudian yang lebih besar.

Masa bagi remaja sewajarnya dimanfaatkan dengan mencari ilmu dan bekerja untuk keselesaan pada masa depan. Sebaliknya kewujudan pusat-pusat permainan video ini meyebabkan masa dihabiskan di situ. Bagi golongan pelajar pula, secara kebetulan, mungkin juga terdapat pusat-pusat itu yang berdekatan dengan sekolah mereka. Oleh itu, sebaik-baik sahaja sesi persekolahan berakhir, ramai yang sepatutnya mengunjungi pusat tuisyen, melencong ke pusat permainan video tersebut. Mereka mungkin memberikan alasan kepada ibu bapa masing-masing bahawa perbuatan itu semata-mata untuk menenangkan fikiran. Lebih buruk lagi, golongan pelajar ini tidak mahu menghadiri aktiviti kokurikulum dengan alasan aktiviti tersebut hanya membuang masa dan membosankan. Sesetengah pelajar pula sanggup membohongi ibu bapa dengan menyatakan bahawa mereka pergi ke sekolah, tetapi sebaliknya, mereka ke pusat permainan itu. Walaupun pihak sekolah,

2

Page 3: BM f6

mengadakan operasi sendiri, tetapi pelajar lebih cerdik memilih tempat yang “selamat” daripada dikesan oleh pihak sekolah. Jika masa dihabiskan di pusat tersebut, sudah tentu pelajaran mereka akan merosot.

Permainan di pusat video tidak dapat dimulakan tanpa wang. Sekali main, baik permainan kuda, lumba kereta, ataupun pertarungan antara dua wira, wang syiling sebanyak RM1.00 perlu dimasukkan ke dalam lubang yang disediakan. Biasanya seseorang pengunjung akan menghabiskan wang tidak kurang daripada RM10.00 sehari. Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa sesebuah pusat permainan video yang beroperasi selama 24 jam itu mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM20 ribu hingga RM100 ribu dalam tempoh sebulan. Bagi golongan pelajar, wang tersebut merupakan pemberian ibu bapa untuk perbelanjaan harian di sekolah, perbelanjaan membeli buku, atau pembayaran yuran persekolahan. Bagi mereka yang sudah bekerja, wang gaji yang didapati dilaburkan di tempat memberi pulangan langsung. Bagi yang tidak bekerja, wang itu merupakan sumbangan ibu bapa, adik-beradik atau melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti mencuri.

Pelbagai latar belakang pengunjung dapat ditemui di pusat permainan itu. Ada yang merupakan pelajar, buruh kasar, pengganggur, dan mereka yang aktif dalam kegiatan jenayah. Apabila sering bertemu dan bertentang mata, akhirnya wujud persahabatan yang akrab. Pertalian persahabatan memang memerlukan sifat tolak ansur, berkongsi minat yang sama dan sedia membantu. Inilah titik permulaan bagi golongan remaja yang pada asalnya hendak berseronok, tetapi akhirnya terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat. Sebagai contoh, untuk mengatasi masalah kekurangan wang, mereka diajar melibatkan diri dalam kegiatan pecah rumah dan penjualan najis dadah dalam kalangan rakan sebaya. Pada peringkat permulaan, mereka sekadar mencuba-cuba, tetapi apabila wang sudah ada ditangan, akan timbul rasa keseronokan lalu menjadikan kegiatan tidak sihat itu sebagai kerjaya. Akhirnya masalah social yang lebih buruk berlaku kepada remaja yang menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi mengubati kesalahan jenayah juvana ini.

Kesimpulannya, budaya permainan video dalam kalangan generasi muda yang masih menular ini tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa usaha lebih serius untuk membendungnya. Kegagalan menangani gejala ini dapat merosakkan budaya hidup generasi muda kita dan wawasan kerajaan pastilah tidak dapat direalisasikan. Semua pihak hendaklah bekerjasama untuk membanteras gejala ini agar pihak yang terbabit tidak mengambil kesempatan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan budaya yang tidak sihat tersebut.

(dipetik dan diubahsuai daripada rencana Berita Harian, 20 April 2001)

3

Page 4: BM f6

Bahagian C

Jawab SATU soalan sahaja.

6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa dengan memindahkan bentuk dialog kepada cakap pindah. Petikan yang terhasil mestilah memperlihatkan ciri-ciri keutuhan satu wacana. [15 markah]

“ Datuk, saya mahu pergi dari sini, saya tak tahan sama Kusmo. Hari-hari dia datang buat kacau….” Air matanya bercucuran. Anaknya di gendongan senyap tak bersuara bagaikan tahu kesedihan dan lara yang ditanggung oleh ibunya.

“Saya minta sama Datuk, satu sahaja!”

“Apa?”

“Ambillah Siew Lan. Datuk bela jadikan anak….”

Tok Wira ikut menitiskan air matanya. Hah, sanggupnya si ibu hendak meninggalkan anaknya. Ini pun demi kasih sayangnya. Wajahnya samar-samar di simbahi cahaya lampu karbid.

“Jikalau ada umur, saya datang sesekali, tengok Siew Lan!”

“Awak mahu pergi ke mana?”

“Kuala Lumpur, saya mahu cari kerja!”

Selepas berembuk sekejap dengan isterinya yang mandul itu, barulah dicapai keputusan, mereka sedia menerima. Tok Wira menghulurkan lima puluh ringgit kepada Siew Fong.

“Ini bukan harga anak, tetapi untuk tambang dan belanja sampai dapat kerja di Kuala Lumpur!”

(Dipetik dan diubahsuai daripada cerpen Di Bawah Sayap Aidilfitri karya Kamala)

4

Page 5: BM f6

7. Alih bentuk puisi di bawah ini kepada bentuk prosa biasa. [15 markah]

Kampung yang SakitSetiap malam dibuka jendelaYang kelihatan adalahPohon-pohon pucatSeekor kucing di jambatanMenanti kepulangan cahaya pagi

Di jalanan orang tua-tuaMasih membuka bungkusan lamaSambil mengunyah masa silamnyaTetapi ternyata bercelana dan berdasiNamun tidak lagi seharum bunga sirih

Batu-batu tumbuh mempercepat kelamMenangislah kehijauanMeratapi hari depannya yang usangPadinya tumpah ke lautPukat dan jala tersadai di menaraSebuah bangunan pengabadi barang-barang purba

Dan kampung itu semakin tenatMerangkak mencari akar-akar mudaTetapi kota telah memanggilnyaTika pagi masih berkembanWalau kini kampung ituBermandi cahaya dan pili air

-Zam Ismail- (1984)

5

Page 6: BM f6

Bahagian D

8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15 markah]

Cuaca jerebu yang melanda sebahagian besar negara ini tidak lama dahulu bukanlah perkara baru. Selama ini, keadaan yang kerap dialami tanpa tertakluk kepada bulan-bulan atau musim tertentu.

Jerebu tetap datang dari segi sama ada berlaku kebakaran hutan di negara yang hampir seperti di Australia dan Indonesia ataupun sebaliknya. Kesimpulan mudah yang dapat dibuat ialah keadaan jerebu di Malaysia tidak hanya disebabkan oleh kebakaran hutan dan lain-lain Negara. Soalan yang perlu ditimbulkan adalah apakah iktibar yang diperoleh daripada kebanyakan tempat yang kelihatan samar-samar diselaputi jerebu hampir saban tahun?

6