assignmen pk sem 6.docx

17
Catatan terkini IPU Jerebu di Malaysia yang terjejas 24 June 2013 Berikut adalah carta Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi negeri dan daerah yang terjejas dengan bencana jerebu yang telah direkodkan pada Isnin berdasarkan rujukan daripada laman web rasmi Jabatan Alam Sek Petunjuk API Status 0-50 Baik / Good 51-100 Sederhana / Moderate 101-200 Tidak Sihat / Unhealthy 201-300 Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy >301 Berbahaya / Haardo!"

Upload: lyana77

Post on 04-Oct-2015

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Catatan terkini IPU Jerebu di Malaysia yang terjejas 24 June 2013Berikut adalah carta Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi negeri dan daerah yang terjejas dengan bencana jerebu yang telah direkodkan pada Isnin berdasarkan rujukan daripada laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar

PetunjukAPIStatus

0-50Baik / Good

51-100Sederhana / Moderate

101-200Tidak Sihat / Unhealthy

201-300Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy

>301Berbahaya / Hazardous

NegeriLokasi7 AM11 AM5 PM

JohorKota Tinggi78*74*68*

JohorLarkin Lama111*107*108*

JohorMuar148*132*125*

JohorPasir Gudang83*75*74*

KedahAlor Setar63*64*64*

KedahBakar Arang, Sg. Petani75*77*98c

KedahLangkawi58*57*55*

KelantanSMK Tanjung Chat, Kota Bharu108*114*114*

KelantanTanah Merah90*93*98*

MelakaBandaraya Melaka182*141*128*

MelakaBukit Rambai260*170*150*

Negeri SembilanNilai145*149*150*

Negeri SembilanPort Dickson335*292*193*

Negeri SembilanSeremban153*169*171*

PahangBalok Baru, Kuantan198*191*147*

PahangIndera Mahkota, Kuantan171*166*138*

PahangJerantut106*111*123*

PerakJalan Tasek, Ipoh70*73*87*

PerakKg. Air Putih, Taiping63*66*76*

PerakS K Jalan Pegoh, Ipoh79*82*100*

PerakSeri Manjung141*148*171*

PerakTanjung Malim128*137*152*

PerlisKangar62*63*63*

Pulau PinangPerai72*72*83*

Pulau PinangSeberang Jaya 2, Perai79*79*88*

Pulau PinangUSM70*71*81*

SabahKeningau78*77*74*

SabahKota Kinabalu76*75*73*

SabahSandakan50*50*51*

SabahTawau39*41*41*

SarawakBintulu75*77*73*

SarawakILP Miri75*76*80*

SarawakKapit63*66*71*

SarawakKuching70*72*75*

SarawakLimbang72*73*69*

SarawakMiri81*82*84*

SarawakSamarahan74*75*78*

SarawakSarikei85*88*92*

SarawakSibu85*102*106*

SarawakSri Aman64*67*70*

SelangorBanting178*180*209*

SelangorKuala Selangor117*128*157*

SelangorPelabuhan Kelang296*288*319*

SelangorPetaling Jaya198*193*196*

SelangorShah Alam157*162*171*

TerengganuKemaman249*253*197*

TerengganuKuala Terengganu95*98*100*

TerengganuPaka159*158*151*

Wilayah PersekutuanBatu Muda,Kuala Lumpur191*198*189*

Wilayah PersekutuanCheras,Kuala Lumpur157*160*168*

Wilayah PersekutuanLabuan82*80*79*

Wilayah PersekutuanPutrajaya155*152*156*

Nota* =Habuk Halus (PM10) | c = Ozon (O3)a =Sulfur Dioksida (SO2) | d = Karbon Monoksida (CO)b =Nitrogen Dioksida (NO2) | & = Lebih daripada satu pencemar

My Sumber -http://www.mysumber.com/berita/bacaan-terkini-indeks-ipu-jerebu-24-jun-2013-seluruh-negeri#ixzz2iTc72eSp

JEREBU : PUNCA, KESAN, AKIBAT, KRONOLOGI dan PENYELESAIANAs salam dan selamat sejahtera.

Ini entri ke 2 buat hari ini. Ingat tak mau buat entri tentang jerebu ni. Tapi ada yang perlu dikongsikan jadi, buat je lah.

Semalam saya dapat mesej dari Guru Besar, sekolah ditutup arahan KPM dan Jabatan selaras dengan sekolah kebangsaan. Selepas maghrib tadi, Guru Besar mesej lagi "Utk makluman, esok semua SRA & KAFA masih tutup. Penutupan sekolah di jawi adalah selaras dgn sklh keb. Bg SRA yg ada PT, PT tetap hadir bertugas sprti biasa. GB/Ketua guru perlulah juga buat pemantauan keadaan sklh. Mhn pjgkan info kpd smua rkn2 di Zon. Terima kasih".

Ada gak yang konfius jerebu ke jelebu. Hehe... teringat kat+cik yaya. Tergelak baca komen-komen dalam fbnya tadi.

Biasalah kan, saya suka cari dari encik google ataupun encik wikipedia. Nak cari dalam buku sains, buku sains kat rumah ni dah masuk dalam storage... Jom baca...

Pemandangan jerebu dari udara. Terukkan?

APA DIA JEREBU?

Jerebuadalah satu fenomena tradisiatmosferadi mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarahmencemarkejelasan langit.Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji.Ia juga dianggapfenomena udara kering.

BAGAIMANA JEREBU BERLAKU?

Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkinmenyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagaiasbut(sejenispencemaran udaraberat).

Jerebu juga terhasildaripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasapembakaranditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara.

DARI MANA SUMBER JEREBU?

Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

BENTUK JEREBU

Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai "jerebu basah."

PENCEMARAN UDARA

Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida danozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara0 - 50Baik

51 - 100Sederhana

101 - 200Tidak sihat

201 - 300Sangat tidak sihat

301 - 400Berbahaya

401 - 500Sangat berbahaya

Lebih 501Darurat

LAGI SEBAB DAN PUNCA JEREBU

Jerebusering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut.Sejak tahun 1991,jerebutelah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan.

MASALAH KESIHATAN AKIBAT JEREBU

Jerebu bolehmenyebabkan masalahkesihatanterutamanyakepada: Kanak-kanak Orang tua Pesakitlelahdanpenyakitpernafasan lain PerokokAntaragejala akibat pendedahan kepada jerebuialah: Iritasi kerongkong dan batuk-batuk Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat Iritasi di mata serta mata yang merah Kulit terasa gatalAntara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi Selalu minum air Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik.

KESAN JEREBU

Jerebu menimbulkan isu dalam penggambaran bumi ("terrestrial photography"), di mana penembusan sejumlah besar atmosfera tebal mungkin perlu bagi mengambil gambar subjek jarak jauh. Ini menghasilkan kesan pandangan seperti kehilangan perbandingan ("kontras") pada subjek, akibat dari kesan penyelerakan cahaya melalui partikal jerebu. Disebabkan ini, warna matahari terbit dan terbenam kelihatan kelam pada hari berjerubu, danbintangmungkin kabur pada waktu malam. Dalam sesetengah kes, kemerosotan akibat jerebu amat teruk sehinggakan pada waktu matahari terbenam, matahari hilang sama sekali sebelum mencecah ufuk.

KRONOLOGI JEREBU DI ASIA TENGGARA

Jerebu merupakan satu masalah BESAR diAsia Tenggaraakibat pembakaran hutan yang tidak terkawal.Akibat jerebu teruk padaSeptember1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.

Perbatasan angin sejuk, dikaitkan dengan asbut, di Laut Kuning. Perbatasan angin sejuk, ketika bergerak ke selatan, menyerap asbut dari timur China membentuk "perbatasan asbut"

PadaOgos2005, kebakaran hutan diSumateradanKalimantanmenyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai baratSemenanjung Malaysiaterutamanya di sekitarLembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaituKuala SelangordanPelabuhan Klangsetelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500.

Pada2006, masalah jerebuberulang lagi. PadaJun 2013jerebu datang kembali seluruh Asia Tengara terutamanya di Singapura & Malaysia. Di Malaysia, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Muar dan Ledang yang terletak diJohor. IPU di kawasan tersebut mencecah sehingga 746pada jam 7 pagi 23 Jun 2013 dan kawasan ini telah pun diisytihar darurat.

Bagi kawasan - kawasan lain, IPU juga mencatatkan peningkatan yang tinggi.Di Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah - sekolah telah diarah tutup pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan kesihatan yang teruk kepada para pelajar.

Ramai yang menuding jari menyalahkan sana dan sini bila berlaku jerebu teruk sehingga menjejaskan kehidupan. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu berikan peringatan kepada kita selaku hambanya. Memanglah dari sudut saintifik seperti yang dijelaskan di atas, ia berpunca dari pembakaran terbuka dan sebagainya namun itu adalah kuasa Allah. Banyak hikmah atau kebaikan tersembunyi disebalik berlakunya bencana jerebu ini. Antara kebaikannya :

1. Guru yangbelajarsetiap weekend, sudah pasti dapat menyiapkan Ringkasan Pengajaran Harian (RPH) di rumah pada hari cuti seperti hari ini atau menanda Kad Kemajuan murid.

2. Dapat berehat sebentar dari suasana terkejar-kejar untuk punch card setiap hari.

3. Ibu bapa yang bercuti dapat memperuntukkanmasa yang berkualitidengan anak-anak.

4. Bagi blogger, boleh fikirkan cara untuk update blog dan buat banyak-banyak entri auto publish.

Teringat saya, semasa sekolah menengah dulu, seorang ustaz berkata tanda akhir zaman ialah keluarnya asap. Saya terjumpa diSINIhadis itu. Ada bukunya dalam storage. Malam-malam ni, tak rajin saya nak menggelidahnya. Jom baca

Sepuluh Tanda-tanda Kiamat yang Besar

Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Yajuj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".(Hadis Riwayat Muslim)

Keterangan

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalahtanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1.Dukhan (asap)yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.2.Dajjalyang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.3.Binatang besaryang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.4.Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.5.Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumiini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.6.Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'jujyang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.7.Gempa bumi di Timur.8.Gempa bumi di Barat.9.Gempa bumi di Semenanjung Arab.10.Api besaryang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akanbermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".Saranan saya, minumlah air banyak-banyak dan makan madu 2 sudu setiap hari. Inshaa Allah sihat kembali mana yang sakit-sakit. Usah mengeluh... melontarkan keluhan melalui laman-laman sosial bukanlah dapat menyembuhkan penyakit yang sedang dihidapi. Sebaiknya, mohonlah keampunan dari Allah S.W.T. Sesungguhnya, sakit itu nikmat... Bersyukur masih diberi Allah rasa sakit. Itu tandanya, Allah sayangkan kita. Allah masih memerhati kita melalui kesakitan yang diberi akibat dari jerebu atau apa sahaja. Allah nak uji kita adakah kita bersabar dengan ujian yang diberi atau sebaliknya. Jika kita bersabar, ganjaran pahala berganda kita dapat. Jika tidak, makin turunlah keimanan kita. Wal'iyazu Billah...

Bersatulah wahai ummah. Berpadulah tenaga menentang kemungkaran sekalipun hanya dengan berdoa di dalam hati. Usahlah bertelagah sesama sendiri hanya kerana perkara-perkara yang lebih membawa kepada kehancuran ummat Islam. Jauhilah sikap hasad dan dengki. Semuanya tidak membawa kesatuan ummah.

Wallahua'lam bis sowab...Moga yang sedikit ini, membantu saya apabila saya sudah tiada nanti... DISANA... Maaf, entri terlampau panjang. Terima kasih sudi membaca.

KEADAAN jerebu semasa telah memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat bagi kawasan Muar dan Ledang. Beberapa buah negeri juga menutup sekolah-sekolah bagi mengelakkan masalah kesihatan yang serius, terutama buat kanak-kanak.Masalah jerebu sejak sedekad kebelakangan ini sudah menjadi masalah tahunan. Pembakaran di Indonesia bagi pembersihan ladang menjadi punca utama kedatangan jerebu secara bermusim ini.Meskipun di peringkat kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia sudah wujud usaha serantau bagi mengatasi masalah jerebu, namun setakat ini tidak ada hasil yang ketara. Langkah-langkah yang diambil adalah reaktif dan tidak membawa kepada penyelesaian menyeluruh.Sikap pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan sendiri dengan membakar ladang untuk membersihkannya menunjukkan betapa kepentingan sosial tidak diambil peduli oleh mereka. Ya, kosnya murah buat syarikat ladang, namun kos kepada umum adalah mahal.Kesan jerebu boleh dilihat dalam jangka masa panjang dan pendek. Gangguan kepada aktiviti ekonomi dan sosial harian boleh membawa kesan kepada segala perancangan yang telah sedia dibuat.Jika keadaan berjerebu ini berakhir kurang dari seminggu dan tidak melangkau jauh ke banyak kawasan, impak ekonominya mungkin minimum, tidak mencecah bilion ringgit.Sekiranya keadaan jerebu kali ini bertambah serius, berpanjangan serta melangkau kebanyakan kawasan, kesan ke atas ekonomi boleh menjejaskan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun semasa. Kerugian boleh mencecah hingga berbilion ringgit ekoran daripada banyak kegiatan sosial dan ekonomi yang tergendala.Banyak lagi kesan negatif jerebu yang mungkin kita terlepas pandang dalam menilai kesannya. Misalnya, kita tidak pasti apakah kesan ke atas kesihatan akibat terdedah dengan sinaran matahari yang terbias dek jerebu. Kos juga sukar dikira bagi impak pertanian yang musnah dek kurangnya pancaran matahari akibat bumi diselubungi jerebu. Sehinggalah saintis mengenal pasti perkara-perkara ini, barulah kita dapat membuat anggaran kos jerebu kepada ekonomi dan kesejahteraan hidup manusia.Antara industri yang akan terjejas teruk oleh jerebu adalah sektor pelancongan. Hotel, restoran dan taman-taman tema di kawasan berjerebu akan menerima tempias negatif jerebu berikutan kurangnya aktiviti luaran oleh orang ramai.Lebih dikhuatiri jika masalah jerebu ini konsisten trendnya dan agensi-agensi pelancongan asing tidak mengesyorkan pelanggan mereka untuk datang ke rantau ini dalam bulan-bulan jerebu.Di sinilah impak jangka panjang jerebu akan mula kita rasai. Pelancong asing tidak lagi mahu datang ke sini dan pelancong tempatan memilih destinasi luar negara sebagai pilihan.Keadaan jerebu yang serius juga boleh membawa kesan negatif kepada sektor perindustrian. Dengan keadaan berjerebu, pihak berkuasa akan memerintahkan kilang-kilang, kuari dan semua aktiviti yang melibatkan pelepasan pencemaran ke udara dikurangkan atau terus diberhentikan.Di kawasan darurat jerebu misalnya, semua aktiviti ini mesti diberhentikan. Semua ini merenjatkan aktiviti ekonomi di mana banyak kilang dan syarikat akan terpaksa menanggung kos tinggi tanpa pulangan yang diharapkan.Jerebu juga membawa kepada masalah kesihatan yang serius dan kosnya sukar dikira. Bil-bil untuk mendapatkan rawatan dek masalah jerebu pastinya meningkat pada masa ini.Sekurang-kurangnya pun kita terpaksa membeli topeng muka. Semua ini merupakan kos dek jerebu. Meskipun industri kesihatan akan menyaksikan lonjakan hasil, pulangan ini kecil dan hanya untuk firma atau individu minoriti berbanding kesan dan kos negatif besar yang terpaksa ditanggung masyarakat.Para pekerja pasti ramai yang terpaksa mengambil cuti sakit atau pihak majikan sendiri mengambil langkah menutup syarikat dalam keadaan jerebu pada paras bahaya.Di sini, kos lepas atau kos akibat dari kegiatan ekonomi yang tidak dijalankan akan menambahkan lagi kesan negatif jerebu kepada ekonomi.Jerebu merupakan masalah oleh tangan-tangan manusia. Masalah ini menjadi ketara sekarang kerana wujudnya estet-estet perladangan berskala besar. Natijahnya, pembakaran ladang untuk tujuan pembersihan juga mencapai ke skala industri yang mencemarkan.Jika pihak syarikat tidak ambil peduli dengan kesan kegiatan mereka, pihak berkuasa mesti mengambil langkah serius untuk menangani masalah ini ke akar umbi.Pemberian lesen, permit serta cukai pencemaran boleh dilaksanakan sebagai langkah kawalan. Semua ketidakpatuhan kepada undang-undang wajar dikenakan tindakan keras agar masalah tidak berulang.Udara bersih merupakan hak semua yang wajar dipelihara. Rakyat marah dengan pencemaran ini dan rakyat menuntut kebajikan mereka dipelihara!

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130626/re_01/Kesan-jerebu-ke-atas-ekonomi#ixzz2iTd4pPF0 Utusan Melayu (M) Bhd

Langkah Mencegah Dan Kesan Jerebu Terhadap KesihatanPublished Friday, June 21, 2013 Bymelvister. Underisu semasa473Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan. Jerebu akan memberi impak yang negatif terhadap kesihatan dan boleh memudaratkan kesihatan seseorang. Berikut adalah tindakan yang perlu diambil ketika negeri atau kawasan anda dilanda jerebu.

Golongan Terdedah Kepada Kesan Jerebu Kanak-kanak. Orang tua. Perokok. Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah. Asma. Bronkitis. Radang paru-paru. Penyakit paru-paru yang kronik. Penyakit jantung. Alahan.Kesan dan Simtom Akibat Jerebu: Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. Sukar bernafas atau sesak nafas. Mata pedih dan berair. Hidung berair dan kerap bersin. Kulit badan terasa gatal-gatal. Sakit-sakit dada.Langkah Mencegah Jerebu Kurangkan aktiviti luar rumah Pakai mask atau topeng penutup hidung dan mulut Gunakan penghawa dingin ketika memandu Banyakkan minum air kosong Basuh tangan dan muka dengan sabun selepas melakukan aktiviti luar Mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simtom akibat jerebu

Sumber:Langkah Mencegah Dan Kesan Jerebu Terhadap Kesihatan | melvister.com

Alahan Jerebu Pada Kanak-Kanak17 Jun 2012

Apabila dikaitkan dengan pencemaran udara dan jerebu, dua masalah kesihatan iaitu pernafasan dan alahan kulit memang sukar dielak.

Bagi orang dewasa yang mempunyai daya ketahanan badan atau imuniti lebih tinggi, sistem mekanisme badannya mungkin boleh menangkis penyakit bawaan jerebu itu. Namun tidak bagi kanak-kanak.

Sebab itu bukan sesuatu yang menghairankan jika klinik, hospital kerajaan dan swasta menerima banyak kes di kalangan kanak-kanak berkaitan dua masalah tersebut.

Pakar kanak-kanak dari Pusat Perubatan Taman Desa, Dr. Eric Lee Kim Hor berkata, memang banyak kes berkaitan masalah alahan dan pernafasan dilaporkan di kalangan kanak-kanak yang dimasukan ke wad kecemasan akibat pernafasan dan batuk setiap kali berlakunya jerebu.

Malah ketika negara dilanda jerebu paling teruk sekitar tahun 1997 dulu jumlah kes berkaitan alahan pernafasan dan kulit telah meningkat lebih kurang 20 peratus.

Ini kerana kedua-dua masalah tersebut amat sensitif dengan perubahan kualiti udara persekitaran mereka.

"Secara umum alahan sebenarnya satu subjek yang besar, umpama satu segi tiga yang ada dalamnya ialah asma, alergi rhinitis (sinus) dan ekzema.

"Penyebabnya adalah satu saja iaitu Ige sejenis imuniti yang ada dalam badan manusia.

"Biasanya bagi kes alahan, satu hingga tiga bayi yang baru dilahirkan akan mengalaminya. Ia mungkin akan lebih buruk kepada bayi yang tidak menyusu badan kerana sistem imuniti badan yang rendah," jelasnya yang ditemui di kliniknya baru-baru ini.

Menurut Dr. Eric, ibu bapa perlu dari semasa ke semasa memantau keadaan anak mereka apatah lagi dalam keadaan udara yang tercemar seperti jerebu.

Anak-anak perlu dibawa berjumpa doktor untuk mengenal pasti sama ada mereka mempunyai penyakit asma atau ekzema dan resdung kerana tiga penyakit itu amat berkaitan.

"Jika dilihat, alahan yang berlaku pada kanak-kanak sebenarnya bersifat sementara. Memang banyak kes alahan di kalangan kanak-kanak yang pulih dalam masa dua hingga tiga bulan sahaja.

"Mungkin yang akan kekal ialah resdung sahaja. Dalam kes yang teruk mungkin alahan akan bertukar kepada lelah," katanya.

Dr. Eric mengingatkan bahawa ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak, kerana lelah dan batuk adalah dua perkara yang berbeza.

"Salah satu cara untuk mengenal pasti sama ada anak lelah atau tidak ialah dengan mendengar pernafasan mereka iaitu pernafasan mereka berbunyi.

"Katakan jika sudah diberi ubat pun masih batuk, mungkin anak anda sudah dijangkiti virus. Biasanya apabila anak mencecah umur tiga tahun imunisasi mereka akan meningkat dan sekali gus mengurangkan risiko untuk terkena penyakit tersebut dengan lebih kerap lagi," ujarnya.

Bagi masalah ekzema pula, kata Dr. Eric, alahan itu tidak boleh dipulihkan namun boleh dikawal.

Kawalannya pula bergantung kepada apa yang menjadi penyebab masalah tersebut.

"Jika rumah, maka kena pastikan semuanya bersih supaya anak tidak mendapat serangan kegatalan kulit yang kronik

"Memang ruam adalah satu perkara yang biasa, bintik-bintik merah di muka, namun bila bayi tidak menyusu badan, agak susah untuk sistem imunitinya sendiri bertindak, jadi ibu bapa perlu prihatin dengan memberikan susu yang sesuai yang bersifat hipo allergenic ataupun susu soya," jelasnya.

Justeru, ibu dan bapa perlu sedar bahawa bayi baru lahir mempunyai sistem imunisasi yang rendah, jadi setiap kelainan pada bayi perlu diberi perhatian," jelasnya.

Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita. Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan dengan sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima rawatan di hospital atau di klinik.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Hal ini amat menakutkan kerana risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Keadaan ini amat membahayakan keselamatan rakyat kerana kemalangan boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.

Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu. Apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau membahayakan, sebarang bentuk aktiviti luar tidak digalakkan. Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu, banyak sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar. Program-program dan acara luar seperti sukan, dibatalkan. Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah mengganggu aktiviti harian masyarakat di negara kita.

Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu.

Selimut jerebu pula biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikanmasalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi masalahtersebut, persis kata orang-orang tua, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapatberkembang maju dalam semua bidang.