assigment gamelan

Upload: adang30

Post on 04-Nov-2015

248 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gamelan1

TRANSCRIPT

1.0PENDAHULUAN

Secara umumnya, ensembel adalah kumpulan vokal ataupun instrumen yang dimainkan secara beramai-ramai. Contoh yang mudah adalah nasyid, rekorder ensembel, koir, gamelan, band dan lain-lain. Ini bermakna Ensembel ialah kumpulan muzikal yang merangkumi sekumpulan dari dua atau lebih pemuzikyang memainkan alat-alatmuzikatau muzik vokal. Dalam setiap jenis muzik atau genre, jenis-jenis yang berbeza dari setiap ensembel telah berkembang mengikut saiz dan komposisi muzik. Begitu juga repertoir lagu-lagu atau kerja-kerja muzik yang dijalankan oleh setiap ensembel. Di dalammuzik klasik, kumpulan tiga orang atau kuartet bermain secara berasingan untuk mencampurkan bunyi muzik dengan menggunakan alat-alat muzik seperti piano, alat muzik bertali dan alat muzik tiupan atau bermain alat-alat muzik tersebut secara berkumpulan.

Gamelan pula berasal dari bahasa Jawa gamel bermaksud pemukul dan bergamelan bermaksud memainkan peralatan muzik secara dipukul, dipalu atau ditabuh. Di Malaysia gamelan di definisikan sebagai muzik joget yang merupakan persembahan tarian istana yang popular semasa zaman Kesultanan Riau Lingga khususnya ketika pemerintahan Sultan Abdul Rahman II. Di Malaysia perkataan gamelan merujuk kepada satu jenis ensemble alat-alat muzik yang dipalu. Terdapat 2 tradisi bergamelan di Malaysia iaitu Gamelan Terengganu dan Gamelan Johor. Gamelan Terengganu dianggap sebagai gamelan tradisi Melayu mempunyai 7 alat utama manakala gamelan Johor mempunyai 9 alat dan genrenya hampir sama dengan Gamelan Jawa. Gamelan Terengganu berskel pentatonic biasanya dimainkan mengiringi tarian manakala Gamelan Johor berskel slendro dimainkan dalam persembahan Wayang Kulit Jawa.

Secara keseluruhannya, ensambel gamelan membawa maksud satu kumpulan muzik gamelan lebih daripada satu instrument memainkan / membunyikan alat muzik tersebut secara harmoni bagi menghasilkan suatu karya yang sedap didengari. Ensambel gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialahGong Agong, Gong Sawokan,Gendang Ibu,Gendang Anak,Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II,Gambangserta jugaKenong.2.0Sejarah Dan Latar Belakang Gamelan Melayu Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.

Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul.

Kesenian gamelan Melayu dipercayai tiba di Tanah Melayu dari istana Kesultanan Riau-Lingga sejak kurun ke-17 lagi. Dikatakan bahawa sekumpulan penari dan pemuzik bersama instrument muzik gamelan telah dibawa dari Pulau Penyegat, Riau pada 1811 bagi menyerikan perkahwinan Wan Esah, adinda kepada pemerintah Pahang, Bendahara Tun Ali (1806-1857) dengan Tengku Hussain, putera sulung kepada sultan Riau-Lingga, Sultan Mahmud Syah III(1761-1812). Kesenian tersebut kemudian berkembang di istana Pahang dan dikenali sebagai 'Joget Pahang'. Malah turut disaksikan oleh Frank Swettenham, seorang pegawai British, sewaktu menjadi tetamu istana Sultan Ahmad al-Muadzam Shah(1882-1914) di Pekan, Pahang pada tahun 1875, seperti yang diceritakan dalam penulisannya berjudul 'A Malay Nautch'.

Pengaruh kesenian ini berkembang pula ke Terengganu apabila Joget Pahang dipersembahkan di majlis perkahwinan Tengku Long, puteri Sultan Ahmad dengan Sultan Zainal Abidin III(1881-1918) dari Terengganu pada 1885. Walaubagaimanapun perkahwinan diraja ini tidak bertahan lama, Sultan Zainal Abidin III yang telah tertarik kepada seni gamelan meneruskan kesenian ini di istana Terengganu dengan meminjam instrument dan pemuzik dari Riau-Lingga, tanpa penari.

Seterusnya, perkahwinan Tengku Sulaiman, putera Sultan Zainal Abidin III dengan seorang lagi puteri Sultan Ahmad, Tengku Mariam pada 1913 bukan saja memulihkan hubungan dingin kerajaan Pahang dengan Terengganu, malah telah menyumbang kepada kesinambungan gamelan Melayu di Terengganu setelah kesenian ini lenyap di Riau-Lingga dan Pahang. Selepas kemangkatan Sultan Ahmad pada 1914, tiada pewaris takhta yang berminat memelihara tradisi Joget Pahang manakala isteri baginda, Che Zubedah berangkat ke Terenngganu untuk menetap bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam, dan turut membawa bersama set gamelan miliknya. Tengku Ampuan Mariam yang sememangnya terlatih dalam seni Joget Pahang meneruskan kesenian tersebut di Terengganu, dengan sokongan Tengku Sulaiman yang juga menunjukkan minat terhadap muzik gamelan.

Pada 1920, apabila Tengku Sulaiman menaiki takhta dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, baginda berhasrat menubuhkan kumpulan Gamelan Terengganu lantas menggunakan khidmat bekas pemuzik Pahang bagi melatih pemuda-pemuda tempatan bermain gamelan; sementara permaisuri Tengku Ampun Mariam memimpin latihan gadis-gadis tempatan menari Joget Pahang yang telah ditukar namanya menjadi tari gamelan Terengganu. Sultan Sulaiman bersama Tengku Ampun Mariam kemudian berjaya memiliki set gamelan sendiri pada 1936 dan persembahan gamelan sering diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Tengku Ampuan Mariam turut menghasilkan manuskrip yang mengandungi huraian dan lakaran tarian gamelan, yang kini menjadi rujukan sejarah dan tradisi gemelan Melayu. Dikatakan terdapat 95 buah ciptaan lagu gamelan, kira-kira 60 daripadanya adalah bersama tarian. Sebahagian besar daripada repertoir tersebut merupakan lanjutan tradisi di Pahang manakala selebihnya diperkembangkan sewaktu di Terengganu. Walau bagaimanapun, gamelan Terengganu mengalami zaman gelap apabila Perang Dunia II menular ke Tanah Melayu pada 1941, diikuti dengan kemangkatan penaungnya, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada 1942. Sejak itu, set gamelan baginda tersimpan rapi di Istana Kolam, yang menjadi kediaman Tengku Ampuan Mariam.

Pada 1966, Mubin Sheppard, seorang pengkaji seni bina Melayu, menjumpai set gamelan tersebut sewaktu melawat Istana Kolam, lantas memohon izin Tengku Ampuan Mariam untuk menghidupkan semula gamelan Terengganu. Setelah diperkenankan, Puan Adnan binti Abdullah(Mak Nang) yang merupakan bekas penari istana ditugaskan melatih penari baru serta menari bersama, sementara bekas pemuzik istana, Encik Muhammad bin Ismail(Pak Mat) melatih muzik. Kumpulan pemuzik gamelan ini yang dikenali sebagai Orkes Gamelan Diraja Terengganu telah membuat kemunculan kali pertama di khalayak umum di Pesta Muzik dan Drama Asia Tenggara yang berlansung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun1969. Kumpulan ini sekali lagi diberi penghormatan membuat persembahan di Universiti Malaya pada tahun berikutnya iaitu di Temasya Seni Melayu (1970), dengan turut menampilkan panari generasi baru. Sejak itu, kesenian ini berkembang di luar lingkungan istana dan diajarkan di sekolah-sekolah serta institusi pengajian tinggi di serata Malaysia sehingga dikenali sebagai 'Gamelan Melayu'. Pada 1973, set gamelan di Istana Kolam telam diserahkan kepada kerajaan Pahang dan kini dipamerkan di Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang. set gamelan inilah yang menjadi rujukan bagi instrumentasi asas gamelan Melayu iaitu keromong,gambang, saron kecil, saron besar, gendang, gong kecil dan gong besar serta 3 biji kenong.

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan. Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.

Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terenganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri. Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong, togok, gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya. Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang, 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.

3.0ALAT ALAT MUZIK GAMELAN MELAYUDi dalam alat muzik gamelan, terdapat beberapa alatmuzik yang berbeza pic dan fungsinya. Dari segi penggunaan alat muzik juga berbeza. Ini dapat dilihat dalam permainan gamelan oleh kumpulan gamelan daripada Johor dan Terengganu dimana gamelan Johor memainkan 9 alat muzik gamelan manakala Gamelan Terengganu pula memainkan 7 buah alat.

3.1 Bonang

Bonang terdiri dari keluarga idiofon yang terdiri dari 10 buah bonang yang disusun dua baris dan diperbuat dari campuran tembaga. Merupakan alat utama dalam ensemble gamelan yang memainkan melodi serta melodi tambahan. Di ketuk dengan menggunakan dua pengetuk (penabuh) yang diperbuat dari kayu disaluti tali atau kain.

3.1.1 BONANG PENERUS

3.1.2 BONANG BARONG

3.2 GAMBANGGambang terdiri daripada keluarga idiofon. Terdiri dari susunan bilah yang diperbuat dari kayu juga merupakan alat utama memainkan melodi dan melodi tambahan. Di ketuk dengan menggunakan 2 pengetuk (penabuh) yang diperbuat dari tanduk atau rotan serta kayu. Ia juga berfungsi sebagai resonator. Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktaf yang dijadikan sebagai alat melodi. Gambang memainkan melodi lagu. Ia dimainkan dengan mengetuk notasi satu oktaf, contohnya 1 dan i, 2 dan 2 secara gandaan, contohnya, 2/2,3/3. Biasanya gambang memainkan not kuaver. Menggunakan 2 bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.

3.2.1GAMBANG

3.2.2 PEMUKUL GAMBANG