asgmen bm khairuddin

43
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN FEBRUARI 2012 BMM 3117 (E) (KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH) NAMA PELAJAR : RUHAIZAH BINTI PEKEH ANGKA GILIRAN : 700620015236 NO. ANGKA GILIRAN : 2012151360327 KUMPULAN/UNIT : PPG PSV 1 KOD KURSUS : BMM 3117 E NAMA KURSUS : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

Upload: ruhaizah-pekeh

Post on 19-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asgmen Bm Khairuddin

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR

SEREMBAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

AMBILAN FEBRUARI 2012

BMM 3117 (E)

(KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

NAMA PELAJAR : RUHAIZAH BINTI PEKEH

ANGKA GILIRAN : 700620015236

NO. ANGKA GILIRAN : 2012151360327

KUMPULAN/UNIT : PPG PSV 1

KOD KURSUS : BMM 3117 E

NAMA KURSUS : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

PENSYARAH : DR.KHAIRUDDIN B. MOHAMAD

Page 2: Asgmen Bm Khairuddin
Page 3: Asgmen Bm Khairuddin

./

HALAMAN PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Pelajar : Ruhaizah Binti Pekeh

Tarikh : 22 September 2013

Page 4: Asgmen Bm Khairuddin

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana telah memberi saya kekuatan, kesihatan dan masa untuk

menyiapkan kerja kursus dalam masa yang telah ditetapkan dan seperti yang dikehendaki.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya iaitu

Dr. Khairuddin B. Mohamad di atas bantuan, bimbingan, teguran dan nasihat yang telah

beliau berikan sepanjang saya menyiapkan tugasan saya.

Daripada pembacaan buku huraian sukatan , internet dan perbincangan dengan

pensyarah,banyak maklumat yang telah saya perolehi dan komitmen untuk menjayakan

tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan – rakan sekelas

saya yang telah banyak memberi nasihat, tunjuk ajar dan idea – idea berguna yang telah

membantu saya untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Page 5: Asgmen Bm Khairuddin

SOALAN TUGASAN :

Tajuk Projek.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik merupakan

strategi yang digunakan guru untuk mencapai matlamat dan tujuan yang dirancang dalam

objektif pengajaran.

Sehubungan itu, murid yang berjaya dalam pembelajaran didorong oleh guru yang berjaya

mengalikasikan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran yang paling sesuai adalah penting untuk menghasilkan persediaan mengajar

mata pelajaran Bahasa Melayu yang lengkap dan berkesan.

Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki :

1. Berdasarkan pernyataan yang dinyatakan , secara individu buat pembacaan.

Kemudian kumpulkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan EMPAT jenis

pendekatan, TIGA jenis kaedah dan TIGA jenis teknik pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu dengan mengambilkira takrif, ciri – ciri dan kelebihan setiap subtajuk

yang dipilih. Sediakan hasil tugasan tersebut dalam bentuk nota dan pengurusan

grafik secara terancang, sistematik, menarik dan mesra pembaca. Pastikan anda

menggunakan sekurang – kurangnya tiga ‘kutipan rakaman’ dalam huraian anda.

( 20% ).

2. Kemudian, pilih salah satu topic dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 3 berserta

kemahiran yang sesuai daripada sukatan pelajaran subjek dan tahun berkenaan,

binalah satu RPH yang lengkap. Lembaran kerja dan bahan bantu mengajar yang

sesuai boleh disertakan sekali sebagai sokongan huraian anda. ( 40%)

3. Akhir sekali berdasarkan RPH yang telah dibina, anda dikehendaki melaksanakan

pengajaran makro. ( 30% )

4. Menulis refleksi yang menunjukkan tentang kefahaman anda terhadap setiap soalan

tugasan yang diberi. ( 10% )

Page 6: Asgmen Bm Khairuddin

ISI KANDUNGAN :

Page 7: Asgmen Bm Khairuddin

PENDAHULUAN:

   Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah mahupun menengah adalah

untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan komunikasi untuk memenuhi

keperluan diri,memperolehi ilmu,perhubungan sosial,dan urusan harian.Perkara ini

menunjukkan kepentingan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu di kalangan murid-

murid.

           Mengikut perakuan 57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet pula menyatakan bahawa

kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid – murid

mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekeliling dan

perkembangan bidang diri individu yang sesuai dengan keperluan, minat,bakat dan

kemampuan mental serta kesediaan murid- murid.

          Untuk mencapai matlamat di atas,bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia

memerlukan kesungguhkan.kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu guru dan

murid- murid itu sendiri,Sebagai seorang guru Bahasa Malaysia,kita perlulah menggunakan

pendekatan, kaedah dan teknik  yang bersesuaian supaya menjamin

keberkesanan  penyampaian sesuatu pengajaran dan mencapai objektifnya secara optima.

Pemahaman mengenai pendekatan,kaedah,teknik dan aktiviti sangat penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah.Bagi tujuan menentukan

pendekatan ,kaedah serta teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa

guru perlulah betul-betul mahir dan bijak menggabungkan ketiga-tiga elemen

tersebut.Kebijaksanaan guru memilih pendekatan, kaedah serta teknik yang sesuai  akan

memberi kesan kepada anak didik.Disamping itu sebagai guru, kita juga boleh mengukur

kebolehan serta kemampuan kita melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sama ada

tercapai atau tidak objektif pengajaran pada hari itu.

Page 8: Asgmen Bm Khairuddin

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan:

Pendekatan bermaksud latar belakang falsafah tentang idea utama yang hendak

dibahaskan. Pendekatan juga bertindak sebagai aksioma ; pernyataan yang diterima

umum, termasuk fungsi dan impak asasnya untuk sesuatu huraian bahasa.

Menurut Biggs (1987), pendekatan merupakan gabungan niat bersama strategi yang sesuai

Dipilih oleh murid untuk memperoleh maklumat berbeza dan menyesuaikan diri dalam

situasi pembelajaran yang berlainan. Biggs menambah bahawa pada umumnya

pendekatan digambarkan dalam Model Dua Kategori iaitu Pendekatan Mendalam dan

Pendekatan Permukaan.

1. Pendekatan Mendalam

Seseorang murid yang mengamalkan Pendekatan Mendalam berminat dalam

sesuatu tugasan dan menikmati proses tingkah laku ( Biggs 1987 ). Murid berusaha

mencari maksud yang terkandung dalam sesuatu tugasan dan menjadikannya

bermakna untuk pengalaman sendiri. Murid juga akan menyatu dan melengkapkan

aspek tugasan, contohnya mengaitkan bukti dengan kesimpulan,, termasuk

menghubungkaitkan dapatan dengan pengetahuan lepas. Murid turut terlibat dalam

percubaan untuk membina teori atau hipotesis sendiri berasaskan tugasan yang

dilaksanakan.

2. Pendekatan Permukaan

Menurut Biggs (1987), murid yang mengamalkan Pendekatan Permukaan

menganggap tugasan sebagai syarat yang perlu dibuat dengan sempurna. Murid

juga meninjau aspek tugasan sebagai sesuatu yang tidak ada kaitan antara satu

sama lain atau dengan sesuatu tugasan yang lain. Murid mengelakkan diri daripada

makna tersirat yang disampaikan menerusi tugasan. Oleh itu, murid hanya

bergantung kepada penghafalan atau cuba untuk menghasilkan sesuatu tugasan

yang membawa maksud permukaan sahaja.

Menurut Juriah Long dalam buku Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

(2010), menyatakan bahawa pengajaran bahasa adalah satu tugas amali yang boleh

dilaksanakan melalui dua cara. Pertama, dengan cara mengikuti prosedur lengkap tentang

Page 9: Asgmen Bm Khairuddin

tatacara melaksanakannya. Kedua, dengan cara menggunakan satu set prinsip bagi

melaksanakan tugas tersebut. Seorang guru bahasa yang baik perlu mempunyai satu set

prinsip yang boleh dijadikan panduan bagi melaksanakan tugasnya itu. Prinsip umum

daripada teori linguistic dan psikologi menentukan orientasi atau pendekatan pengajaran

guru bahasa.

Dalam pengajaran bahasa Melayu, terdapat beberapa pendekatan yang sering digunakan ,

antaranya pendekatan deduktif, Induktif, Ekletik, dan Komunikatif.

Pendekatan Induktif

Menurut Jonh M.Kierzek dan Walker Gibson (1960),pendekatan ini dimulakan dengan

sesuatu sebab atau contoh, kemudian bergerak ke hadapan kepada satu

generalisasi.Manalaka kamaruddin Husin (1988), pula berpendapat induktif merupakan satu

pendekatan pengajaran yang bermula dengan contoh-contoh kemudian guru membuat

pengitlakan terhadap unsur– unsur yang terdapat  dalam contoh – contoh tersebut.

Pendekatan induktif didefinisikan sebagai penekanan terhadap perancangan aktiviti

yang menonjolkan contoh – contoh konkrit tentang sesuatu isi pelajaran. Dalam hal ini,

guru akan memberikan contoh – contoh yang mudah kepada murid terlebih dahulu supaya

dapat dibentuk generalisasi tentang sesuatu isi pelajaran.

Ciri Pendekatan Induktif :

1. Terdapat struktur kognitif yang menggerakkan pencapahan isi untu penyusunan

semula dalam bentuk lebih luas demi peningkukatan pemahaman murid.

2. Wujud kebolehan kognitif yang meransang kemahiran intelektual mmeneri bukti –

bukti konkrit pad bahagian awal pengajaran sehinggalah kesimpulan terbentuk.

3. Ada prosedur pengajaran induktif yan memperincikan struktur, isi dan peringkat –

peringkat kebolehan kognitif.

Proses Pengajaran Induktif:

Perlaksanaan pengajaran induktif tertumpu kepada tiga proses utama. Proses – peoses

utama yang terlibat adalah seperti berikut :

Page 10: Asgmen Bm Khairuddin

Proses 1 :

Pembentukan generalisasi atau sesuatu yang umum daripada contoh – contoh yang

diberikan. Jika seseorang guru hendak mengajar kata nama misalnya, maka tunjukkan

terlebih dahulu kepada murid tentang beberapa sampel yang memaparkan kedudukan

salahsilah untuk kategori manusia, haiwan, tumbuh – tumbuhan.

Proses 2:

Pembentukan alasan terhadap sesuatu penganalisisan. . Dalam proses ini , beberapa

contoh boleh diberikan oleh guru dengan membuktikan bahawa kategori haiwan

disenaraikan di bawah kata nama bernafas, makan dan membesar..

Proses 3 :

Pembentukan hukum daripada pernyataan – pernyataan tertentu untukmendapatkan satu

teori daripada sesuatu urutan pemikiran. Hukum yang bermula daripada contoh – contoh

sesuai mampu memanfaatkan murid semasa membuat kesimpulan dengan berdasarkan

pengamatan. Dalam hal ini, jika seseorang murid dapat menguasai golongan kata nama

dengan berpandukan senarai contoh yang konkrit, maka murid tersebut akan berpotensi

menjelaskan definisi atau sesuatu yang abstrak.

Prinsip Pendekatan Induktif:

Terdapat tujuh prinsip yang paling asas dalam pendekatan induktif.Guru harus :

1. Memberikan contoh yang relevan untuk menerangkan isi.

2. Membimbing murid untuk membuat kesimpulan.

3. Memberikan peluang kepada murid untuk memerhati dan menganalisis sesuatu

contoh supaya mampu membuat kesimpulan.

4. Merancang aktiviti pengajaran daripada contoh – contoh yang khusus kepada

kesimpulan yang lebih umum.

5. Memaparkan contoh – contoh khusus untuk dipelbagaikan dengan mengambil kira

ciri- ciri yang sama dan mudah bagi murid mengenal pasti ciri – ciri berkenaan.

6. Menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk memudahkan murid

memperoleh sesuatu kesimpulan.

7. Mengajar dengan berpandukan urutan yang tepat.

Page 11: Asgmen Bm Khairuddin

2.Pendekatan Deduktif

Definisi :

Pendekatan deduktif memperlihat  hukum – hukum atau sesuatu teori atau peraturan

tertentu dan dari sini, pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum – hukum

tadi melalui contoh – contoh yang konkrit  ( Kamaruddin Haji Husin, et al.1997:22-24).

Secara khususnya, pendekatan deduktif ialah proses menghuraikan pengajaran

bermula daripada hipotesis atau andaian , kemudian diikuti dengan beberapa contoh yang

khusus. Selepas membuat perkaitan antara generalisasi dengan contoh, barulah guru

mengukuhkan pemahaman murid dengan mengemukakan generalisasi lain yang berkaitan.

Misalnya,apabila guru mengajar tajuk ayat tunggal, guru akan member takrif ayat tunggal

dahulu sebelum member contoh ayat tersebut.

Ciri Pendekatan Deduktif :

1. Pengajaran sentiasa mementingkan pengetahuan yang akan diperoleh murid

2. Pendekatan ini menggunakan perantara fikiran untuk mendapatkan ilmu.

3. Penyusunan isi mestilah sentiasa dimulakan daripada keseluruhan yang lebih

kompleks.

4. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal berbanding hafalan.

Proses Pengajaran Deduktif:

1. Guru memaklumkan objektif pembelajaran pada peringkat awal pengajaran,

2. Pengajaran disusuli dengan peraturan rumus.

3. Guru mencungkil cirri utama dan sampingan menemui aplikasi peraturan rumus.

4. Murid kemudiannya mendapatkan rumus baharu untuk disesuaikan dengan rumus

yang diberikan oleh guru pada peringkat permulaan.

5. Guru membimbing murid untuk mengingati kembali rumus yang telah diberikan,

selain bersedia pula menyampaikan rumus yang baharu.

Prinsip Pendekatan Deduktif :

1. Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih

dahulu. Justeru, murid perlu dibimbing untuk mengingatkan semula generalisasi

atau teori untuk membolehkan berlakunya penyelesaian masalah atau hipotesis yang

telah didedahkan.

2. Generalisasi atau teori yang digunakan adalah untuk penyelesaian masalah atau

membuktikan hipotesis diketahui serta difahami.

Page 12: Asgmen Bm Khairuddin

3. Proses penyelesaian masalah adalah untuk membuktikan hipotesis tidak terhad

kepada penggunaan satu generalisasi atau teori yang telah dipelajari.

4. Guru tidak perlu melaksanakan cara penyelesaian masalah atau penghuraian cara

untuk membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab

sehinggalah mereka mampu melaksanakan aktiviti penyelesaian masalah secara

bersendirian.

3.Pendekatan Eklektik

Definisi :

Eklektik bermaksud campuran. Dalam pengertian khusus, campuran melibatkan

penggabungan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif bagi menghasilkan satu

strategi pengajaran.

(Menurut Kamarudin Haji Husin,1991:37)  Pendekatan eklektif ialah pendekatan yang

cuba mencantumkan unsur-unsur penting kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk

menghasilkan satu strategi yang lebih seimbang. Sebagai contoh , dalam pengajaran

tatabahasa guru menerangkan rumus atau peraturan aspek tatabahasa yang diajar serta

contoh. Kemudian, murid diminta memberi contoh lain untuk menjelaskan generalisasi yang

dibuat . Selepas itu, murid menyimpulkan takrif aspek tatabahasa tersebut.

Ciri Pendekatan Eklektik:

1. Pendekatan yang digunakan tidak tertumpu pada satu pendektan sahaja, tetapi

mesti dalam arah dua hala, induktif ke deduktif dan deduktif ke induktif.

2. Murid dapat memahami sekali gus tentang contoh dan generalisasi.

3. Sesuai dilaksanakan dengan beberapa kaedah.

Proses Pengajaran Eklektik:

1. Gabungan pendekatan digunakan.

2. Gunakan strategi pemusatan guru, murid, bahan dan masalah.

3. Gunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan.

Prinsip Pendekatan Eklektik:

1. Berbagai – bagai aplikasi kaedah untuk pengajaran semua kemahiran berbahasa

perlu diterapkan menerusi penggunaan pendekatan eklektik.

Page 13: Asgmen Bm Khairuddin

2. Usaha dan daya kreatif perlu diterap untuk merangsang motivasi pelajar kea rah

penaakulan isi – isi pelajaran pada aras tinggi; sintesis dan penilaian.

3. Latihan banyak yang bertimbal balik antara pendekatan induktif dengan deduktif

atau sebaliknya dapat meningkatkan kredibiliti murid dalam peningkatan ilmu

pengetahuan dan kemahiran berbahasa, khususnya dalam penulisan.

4. Penggunaan bahasa secara aktif menunjukkan penguasaan murid untuk

memberikan kefahaman terhadap pemikiran konkrit kepada abstrak ataupun abstrak

kepada konkrit.

5. Kemahiran kognitif wajar disusun mengikut contoh – contoh yang pelbagai,

termasuk penghayatan terhadap sesuatu yang menunjukkan kesimpulan yang tepat

dan padat.

4.Pendekatan Komunikatif

Definisi:

Pendekatan Komunikatif merupakan pendekatan yang berlandaskan pemikir bahawa

penggunaan bahasa dalam berkomunikasi merupakan tujuan yang harus dicapai untuk

pembelajaran bahasa. Dalam pendekatan komunikatif, terdapat konsep kompetensi yang

membezakan komponen bahasa menjadi dua bahagian , iaitu kompetensi dan performansi

atau tunjuk kerja.

Pendekatan komunikatif bermula pada tahun 1960-an.Ahli linguistik berpendapat

bahasa ialah satu sistem terbuka dan dinamik dan digunakan Sesutu masyarakat untuk

bertukar-tukar penerangan atau pendapat.

Menurut Juriah Long (1985) penganjur-penganjur pendekatan komunikasi yang terdiri

daripada ahli linguistik terapan di Britian dan Eropah, mereka berpendapat pengajaran

bahasa sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan saja

kecekapan berbahasa , iaitu penguasaan sistem bahasa tetapi juga kecekapan komunikatif.

       Pada masa berkomunikasi, kecekapan bahasa akan membolehkan seseorang

menyampaikan mesej kepada pendengar dengan menggunakan struktur bahasa yang tepat

khusunya dari segi bahasa. Penganjur-penganjur pendekatan komunikatif berpendapat

bahawa penguasaan bahasa merupakan penguasaan rumus-rumus tatabahasa dan

penguasaan peraturan-peraturan menggunakan bahasa dalam konteks wacana lisan dan

penulisan. Strategi pengajaran bahasa berasakan proses perolehan bahasa ibunda kanak-

Page 14: Asgmen Bm Khairuddin

kanak.Hal yang demikian, selaras dengan tujuan seseorang kanak-kanak menguasai

bahasa ibunda iaitu untuk memenuhi keperluan-keperluannya.

                      Kegunaan bahasa merujuk kepada murid-murid boleh membina ayat yang

tepat dengan menggunakan pengetahuan tentang rumus-rumus tatabahasa (Kamarudin

Husin :1998:38-40).Pendekatan pengajaran ini boleh digambarkan berdasarkan rajah yang

berikut:

Ciri- ciri pendekatan komunikatif

     1. Disusun mengikut komunikasi, contoh melapor, meminta, menjemput dan lain-

lain.

    2.  Komunikasi disusun dan diajar mengikut keperluan murid-murid untuk

membolehkan mereka berkomunikasi dalam bilik darjah atau dipraktikkan dan diamalkan

dalam kehidupan sebenar dengan lebih berkesan.

     3. Struktur bahasa yang diajarkan seharusnya bersesuaian dengan komunikasi

yang dipelajari.

     4. Murid sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang penggunaan bahasa untuk

membolehkan murid membina struktur ayat yang betul.

    5.  Murid harus tahu menggunakan pengetahuan tentang hukum-hukum tatabahasa

untuk berkomunikasi dengan berkesan.

Page 15: Asgmen Bm Khairuddin

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Kaedah ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu

pengajaran secara teratur dan sistematik. Ia juga merupakan langkah-langkah atau

peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang perlu

dituruti dengan saksama bagi mencapai objektif pengajaran. Kaedah pengajaran

membolehkan guru-guru mengajarkan bahasa mengikut cara yang betul lagi terancang.

Kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini menjelaskan bahawa pengajaran bahasa

akan lebih berkesan apabila guru mampu menggunakan kaedah-kaedah yang telah

disarankan  dalam bidang pengajaran bahasa. Pelbagai kaedah diketengahkan sebagai

alternatif kepada guru. Terpulanglah kepada mereka untuk menentukan dan menggunakan

kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran. Walaupun pedagogi tidak menentukan

potensi  kaedah-kaedah tertentu, namun kepakaran guru menggunakannya boleh

menjadikan sesuatu sesi pengajaran itu menarik, bermakna dan menghiburkan. Berikut

diperlihatkan secara ringkas beberapa kaedah yang kerap digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa.

1.       Kaedah Natural

Latar belakang

  Diasaskan oleh Tracy Terell, 1977.  Tokoh-tokoh natural yang lain  ialah Gouin,

Montaigne dan   L. Sauveur. Terell dan Stephen Krashen telah menerbitkan buku “ The

Natural Approach” 1978.Kaedah semula jadi dianggap  sebagai  kaedah tradisi dalam

pengajaran bahasa.

Ciri-ciri:

1.       Berasaskan kepada teori pembelajaran bahasa yang menganggap bahawa bahasa

lebih mudah dikuasai secara semula jadi

2.      Komunikasi sebagai  fungsi utama  berbahasa dan pengajaran bahasa  lebih

berpusatkan   keupayaan pengajaran  komunikatif

3.       Menekankan makna dan perbendaharaan kata  dalam pengajaran kerana  bahasa

dilihat sebagai alat untuk menghubungkan  makna dan mesej

  4.   Penguasaan bahasa berlaku apabila  pendengar  memahami mesej dalam bahasa

Page 16: Asgmen Bm Khairuddin

sasaran yang dipelajari.

Prinsip:

1.   Arahan sama dengan tahap penguasan bahasa

2.   Mengajar perkataan dan ayat  harian

3. Kemahiran komunikasi diajar berperingkat-peringkat

4.   Tatabahasa diajar dengan pendekatan induktif

5.   Pelajaran baru diperkenalkan secara lisan

6.   Objek dan gambar diguna untuk kosa kata maujud dan penyataan idea untuk

kosa kata dan abstrak.

7. Teks turut digunakan untuk kemahiran  mendengar dan bertutur

8.  Sebutan dan tatabahasa yang betul turut ditekankan.

Kaedah Natural (Semula Jadi) dalam Pengajaran Bahasa

1.   Pengajaran dimulakan  dengan soalan-soalan  yang berhubung dengan objek dan

gambar

2. Perkataan-perkataan baharu  diterangkan dengan menggunakan  perkataan-perkataan

yang telah  diketahui  oleh murid

3. Tidak menggunakan  bahasa  ibunda (dalam pembelajaran bahasa kedua) dan tidak

menggunakan  kaedah terjemahan

4.   Cara pembelajaran menyamai  pembelajaran bahasa pertama

5.  P &P  dilaksanakan secara tersusun dan berperingkat bermula dengan  kemahiran

lisan,  kemudian bertutur dan seterusnya  membaca dan menulis.

2 .     Kaedah Tatabahasa Terjemahan

   Kaedah Tatabahasa Terjemahan merupakan kaedah klasik  yang dirancang untuk

kemahiran menulis  bukan kemahiran bertutur. Ia mementingkan aspek  ejaan, penulisan

dan tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kaedah Tatabahasa

Terjemahan tidak  memetingkan  P&P bahasa secara  aktif dan tidak mementingkan  aspek

fonetik.

Tujuan Tatabahasa Terjemahan

1.       Membolehkan murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa

2.  Melatih murid menulis menggunakan bahasa yang  gramatis

Page 17: Asgmen Bm Khairuddin

3.        Membolehkan murid menterjemahkan bahasa asing  ke bahasa ibunda, dan

sebaliknya

4.        Melengkapkan murid dengan kosa kata yang luas dalam penulisan

Cara Mengajar:

            Murid diperkenalkan kepada peraturan tatabahasa terlebih dahulu. Guru memberi

penerangan kepada murid tentang peraturan ini kemudian memberikan contoh-contoh.

Peraturan ini perlu dihafaz supaya tidak berlaku kesilapan.

            Kemudian, murid diberi senarai kosa kata yang perlu dihafaz. Dalam pembelajaran

bahasa kedua, senarai kosa kata ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa ibunda.

Murid diminta membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai kosa kata itu berdasarkan

peraturan tatabahasa yang telah dipelajari.

3.       Kaedah  Ajuk Hafaz

Pengenalan

-    Mula diguna  oleh tentera Amerika pada perang dunia kedua.

-   Berkesan kerana  dorongan  yang kuat dan latihan yang intensif.

Konsep

-   Pengajaran melalui demonstrasi dan latih tubi

-   Pembelajaran secara  mengajuk  atau menghafaz sebutan kata dan ayat yang

tepat seperti penutur jati bahasa yang dipelajari

Ciri-ciri:

-    tatabahasa diajar  secara  menghafaz ayat-ayat asas melalui ajukan

-   makna diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda

-   pelajar  tidak dikehendaki menterjemah kata demi kata

- selepas menguasai  ayat  dasar,  murid digalakkan menggunakan bahasa yang

dipelajari  dalam perbualan dan komunikasi harian supaya sebutan dan tatabahasa

dapat dipraktik

Cara Mengajar:

Page 18: Asgmen Bm Khairuddin

Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan. Maknanya diberi

dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda. Murid tidak perlu menterjemah perkataan

demi perkataan. Apabila semua ayat dasar sudah dipelajari, murid akan membaca deskripsi

bahasa sasaran itu dalam bahasa ibundanya. Contoh,  diberi dalam bahasa sasaran dengan

persamaannya dalam bahasa ibunda. Kemudian dia terus mendengar lagi ayat-

ayat  daripada pertuturan  yang menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan

mendengar.  Akhirnya, dia  berlatih dalam  dialog dengan memakai ayat dasar dan

gabungan bahagian-bahagiannya.

            Guru terpaksa menjalankan beberapa ikhtiar untuk mencapai maksud ini. Beliau

hendaklah menyediakan hanya latihan dalam pertuturan, misalnya latihan bertutur,

karangan-karangan lisan. Latihan cara-cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutnya

dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu menggunakannya dalam

bentuk-bentuk ayat yang betul.

            Guru perlu tahu bahawa kejelasan dalam menyampaikan pelajaran amat penting.

Sesuatu  yang jelas seperti sebutan yang terang dan nyata akan memberi tanggapan yang

betul kepada pelajar. Satu tanggapan yang baik pula akan melahirkan satu penguasaan

habit bahasa yang baik dan sempurna.

              

Page 19: Asgmen Bm Khairuddin

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 PENDAHULUAN

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan

biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang

tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan

pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan

guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan

murid.

Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang

lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan,

teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga

berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan

pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya

pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak

disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin

dipupuk.

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil

seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony

mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh

guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian

bahasa tertentu.

Page 20: Asgmen Bm Khairuddin

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian

Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu

organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah, di mana ia digunakan untuk

mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan

bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih

haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang

dianuti.

 

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

1. Teknik main peranan2. Teknik permainan bahasa3. Teknik latih tubi4. Teknik bercerita5. Teknik inkuiri6. Teknik perbahasan7. Teknik kuiz8. Teknik sumbangsaran9. Teknik soal jawab10. Teknik simulasi11. Teknik drama12. Teknik perbincangan13. Teknik forum14. Teknik dialog

TUJUAN TEKNIK

1. Menarik Minat murid2. Mengekalkan perhatian3. Membangkitkan rasa ingin tahu

TEKNIK LATIH - TUBI

Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang

dipelajari.

Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin

kekekalannya.

Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu

Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut

perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.

Page 21: Asgmen Bm Khairuddin

Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan

maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan

perkataan-perkataan itu.

Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya

digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan

menggunakan bahasa iaitu :

I. Sebutan (accent)

-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi

yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

II. Tatabahasa (grammer)

-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.

III. Perbendaharaan kata (vocabulary)

-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

IV. Kefasihan (fluency)

-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.

V. Kefahaman (comprehension)

-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.

Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan

berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.

Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran

yang memerlukan ikutan dan ulangan.

  TEKNIK SOAL – JAWAB

Page 22: Asgmen Bm Khairuddin

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan

dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi

ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan

dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.

Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan

menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid

2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.

3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran

pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan

berkesan.

 

TEKNIK BERCERITA

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan

berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian

pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat

disampaikan. Ia juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,

membaca dan menulis di kalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,

kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara,

gerak laku dan kawalan mata.Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus

dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

1. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,

sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

2. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

3. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

4. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya

sekali sebelum menggunakan teknik ini.

Page 23: Asgmen Bm Khairuddin

5. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

6. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.

7. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan

aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

Pelajaran diterima dengan cara yang lebih konkrit kerana ia disertai dengan contoh – contoh yang baik dan munasabah.

Guru mudah menyusun pelajaran mengikut prinsip bagaimana kanak – kanak belajar yakni daripada yang senang kepada lebih susah dan seterusnya.

Sesuai dengan kehendak ilmu pengajaran dan pendidikan, iaitu beberapa amatan akan menjadi satu tanggapan.

Bahan diterima secara tidak langsung dan dapat digunakan secara praktik.

Tidak perlu menghafal kerana kanak – kanak akan faham setelah diberikan contoh itu beberapa kali.

KEBAIKAN PENDEKATAN INDUKTIF

Kanak – kanak mempelajari nya melalui lisan, bacaan dan karangan. Ia tidak disampaikan sebagai tajuk yang berasingan.

Page 24: Asgmen Bm Khairuddin

KEBAIKAN PENDEKATAN DEDUKTIF

Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.

Pendekatan ini patut dan sesuai

dan patut digunakan oleh kerana

secara tradisinya, guru patut

memberikan penerangan

sebelum memulakan PdP.

Pendekatan menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu membuat banyak persediaan.

Page 25: Asgmen Bm Khairuddin

KEBAIKAN PENDEKATAN EKLEKTIK

Guru mempunyai kebebasan untuk mengajar isi pelajaran. Guru tidak terikat kepada satu pendekatan sahaja.

Murid boleh dilibatkan secara aktif sama ada dalam tugas mengesan rumus ataupun diberikan contoh. Penglibatan akan mengelakkan kebosanan dalam diri pelajar.

Apabila guru memberi penerangan terlebih dahulu, rumusan tatabahasa lebih mudah dikesan oleh murid dan akan menjimatkan masa.

Pendekatan ini sesuai untuk semua murid , iaitu sama ada murid yang pandai atau yang kurang pandai. Ia juga sesuai untuk pelajar dewasa.

Page 26: Asgmen Bm Khairuddin

KEBAIKAN PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Mewujudkan peluan kepada murid untuk berkomunikasi secara bebas dengan menggunakan bahasa yang dipelajari.

Murid dapat mengalami dan menggunakan sendiri bahasa tersebut dalam konteks yang sebenar.

Pengajaran tatabahasa lebih bermakna kerana murid dapat lihat baaimana sesuatu rumusan tatabahasa berfungsi dalam situasi penggunaan yang sebenar.

Penglibatan adalah secara aktif dan tugas guru hanya memandu serta membimbing murid.

Murid dapat menggunakan kreativiti mereka sendiri dalam penggunaan bahasa. Sekali gus murid dapat kuasai dua kemahiran serentak iaitu kemahiran bahasa dan kemahiran linguistic.

Page 27: Asgmen Bm Khairuddin

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tahun : 3 Melati

Tarikh : 10 September 2013

Bilangan murid : 35 orang

Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi ( 60 minit )

Tema : Tradisi Kita

Tajuk : Pua Kumbu

Standard Kandungan :

5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai

situasi dengan betul.

Standard Pembelajaran :

5.2.3 Memahami dan menggunakan kata majmuk rangkai kata bebas dengan betul

dalam pelbagai situasi.

Objektif :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

i) Memahami dan mengenalpasti sekurang – kurangnya empat kata majmuk

yang terdapat dalam teks dengan betul.

ii) Membina sekurang- kurangnya empat ayat tunggal menggunakan kata majmuk.

.

Sistem Bahasa : Kata Majmuk. Ayat Tunggal

Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum :

Page 28: Asgmen Bm Khairuddin

Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai : Kerjasama

KB : Mengenal pasti, Bacaan Imbasan

EMK : Kreativiti dan Inovasi

TMK : Belajar m elalui TMK

Bahan Bantu Mengajar :

Bilangan Jenis Bilangan

1. Komputer Riba Dan LCD 1

2. Slide Powerpoint 1

3. Petikan Teks 35

4. Lembaran Kerja 35

Pengalaman Sedia Ada : Murid pernah melihat gambar penenun menenun kain di

dalam televisyen dan majalah.

.

Isi Pelajaran Langkah/aktiviti Catatan

Pua Kumbu

Soalan :

1.Apakah yang dilakukan oleh

perempuan di dalam gambar ?

2.Pernahkah kamu melihat kain

tersebut ?

.

Set Induksi ( 5 minit )

1.Murid ditunjukkan dengan

skaid powerpoint.

2.Murid bersoal jawab dengan

guru tentang aktiviti dilakukan ?

3.Guru mengaitkan tema dan

tajuk pelajaran pada hari itu.

ABM:

Slaid Powerpoint

“Wanita Menenun

Kain”

KB:

menghubungkait

Petikan Teks bertajuk “ Pua

Kumbu “

Langkah 1 ( 15 minit )

1.Murid membaca bahan grafik

yang mengandungi ayat.

2.Guru dan murid berbincang

tentang isi petikan.

ABM :

Petikan Teks

Page 29: Asgmen Bm Khairuddin

3.Guru menerangkan mengenai

kata majmuk dan memberi

contoh .

Kenal pasti kata majmuk

(Rujuk lampiran)

Langkah 2 (10 minit )

1.Di dalam kumpulan , murid

berbincang dan mengenal pasti

kata majmuk yang terdapat

dalam teks.

3.Murid diminta menyenaraikan

kata majmuk lain yang pernah

didengar dan dipelajari.

ABM :

Peta minda

Membina ayat

(rujuk lampiran )

Langkah 3 (15 minit )

1.Murid membina ayat

berdasarkan perkataan diberi.

2.Murid membaca ayat tunggal .

3.Murid menyalin ayat ke dalam

buku tulis.

ABM :

Papan hitam

( Rujuk lampiran )

Langkah 4 (10 minit )

Pemulihan

1.Murid memadankan kata

majmuk.

Pengayaan

1.Murid membaca maklumat

dan menggariskan kata majmuk

yang berkaitan dengan cerita.

Lembaran Kerja

Kognitif :

Pua Kumbu ialah warisan budaya

masyarakat Negara Malaysia . Ia

perlu dipelihara untuk kegunaan

generasi akan datang.

Penutup ( 5 minit )

1.Guru merumuskan isi

pelajaran dengan mengaitkan

aktiviti yang telah dilakukan.

ABM :

Page 30: Asgmen Bm Khairuddin

Sosial :

Sentiasa rajin dan berusaha

2.Penerapan Nilai:

- bekerjasama

Refleksi :

Buat pertamanya saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan

hidayah-Nya juga, saya dapat menyiapkan tugasan Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu

Sekolah Rendah ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek

ini , saya telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak

langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang diterima sepanjang menyiapkan

tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya tempuhi segalanya dengan

tenang dan sabar.

Pada mulanya, saya diberi penerangan , penjelasan dan ulasan tentang cara untuk

membuat kerja khusus ini oleh pensyarah iaitu Dr. Khairuddin B. Mohamad ketika di dalam

kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut, saya mula berbincang dengan rakan untuk

mencari maklumat serta membantu antara satu sama lain. Saya akui masih terdapat

segelintir golongan pendidik menganggap bahawa istilah pendekatan, strategi,

kaedah dan teknik pengajaranadalah mempunyai definisi yang sama sahaja walaupun

pada hakikatnya konsep bagi setiap istilah -istilah itu adalah berbeza sama sekali.

Bagi seseorang yang bergelar guru, sukar untuk membezakan konsep pendekatan,

strategi, kaedah dan teknik pengajaran.

            Konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu

rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Seseorang pendidik

perlulah jelas dengan konsep keempat-empat istilah tersebut supaya mereka tidak

tersalah erti dan silap dalam merancang rancangan pengajaran harian yang

menyebabkan objektif pembelajaran yang hendak dicapai tidak berjaya disempurna

kan. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat -empat konsep adalah amat

berguna bagi guru seperti saya untuk memanfaatkan ilmu pedagogi yang

dipelajari dapat diamalkan dalam bilik darjah dan seterusnya dapat melaksanakan

proses Pembelajaran dan pengajararan dengan sempurna.

Page 31: Asgmen Bm Khairuddin

Melalui aspek pengetahuan, saya telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari

maklumat tentang folio ini.Selain dari itu kami juga mencari maklumat di internet. Dengan

cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan saya untuk menyelesaikan

kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, saya mensintesis serta

menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak sukar bagi kami untuk melakukan tugasan ini

akibat kekangan masa sebagai pelajar dan ibu bekerja. Namun, Alhamdulillah, sekali lagi

kami memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana limpah kurnianya kami berjaya

menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih tak terhingga juga saya ucapkan kepada

pensyarah iaitu Dr. Khairuddin b. Mohamad selaku pensyarah kelas kami yang memberi

nasihat dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih

juga kepada para sahabat. Jasa kalian tak dapat kami balas dan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh :

RUHAIZAH BT. PEKEH

PPG Psv 1

Page 32: Asgmen Bm Khairuddin

Penutup.

Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di

dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara yang

bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik. 

·          Kita harus melahirkan murid sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat

penting dalam dunia pendidikan. 

·         Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan,

maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Bibliografi

Page 33: Asgmen Bm Khairuddin

http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-kump-

syafiq-presentation

http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/

http://www.scribd.com/doc/49253307/Kaedah-Pengajaran-Bahasa-Melayu

Page 34: Asgmen Bm Khairuddin