terapi asgmen

24
Tugasan Individu (Mohd Hafiz bin Mohamad Hanapiah) Terapi Muzik 1.0 Pengenalan 10 April 2008 Kajian dapati karya klasik Mozart bantu rawat kes trauma, gangguan emosi. Terapi muzik kedengaran asing pada sesetengah individu tetapi ia sebenarnya berguna untuk meredakan tekanan akibat kekangan waktu kerja, tersepit dalam pergolakan hidup berumahtangga atau stres menghadapi peperiksaan. Ia adalah alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu. Malah, seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik terlatih ada di seluruh dunia dan bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS. Antara matlamat utama terapi jenis ini untuk memulihkan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga, serta memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.

Upload: hafizk16

Post on 25-Nov-2015

27 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

mm

TRANSCRIPT

Tugasan Individu (Mohd Hafiz bin Mohamad Hanapiah)Terapi Muzik1.0Pengenalan10 April 2008 Kajian dapati karya klasik Mozart bantu rawat kes trauma, gangguan emosi. Terapi muzik kedengaran asing pada sesetengah individu tetapi ia sebenarnya berguna untuk meredakan tekanan akibat kekangan waktu kerja, tersepit dalam pergolakan hidup berumahtangga atau stres menghadapi peperiksaan.Ia adalah alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu.Malah, seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik terlatih ada di seluruh dunia dan bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.Antara matlamat utama terapi jenis ini untuk memulihkan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga, serta memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.Muzik dapat mententeramkan dan menyantaikan, khususnya muzik gubahan tokoh terkemuka antaranya termasuk Mozart, Beethoven dan Verdi. Muzik juga mampu menawarkan suatu kelegaan yang hebat, walaupun sementara saja, daripada kebimbangan, kerunsingan dan kerisauan dunia. Satu tinjauan yang dijalankan di Amerika Syarikat ke atas penuntut kolej menunjukkan bahawa tahap kecerdikan dapat dipertingkatkan dengan mendengar muzik gubahan Mozart. Muzik penggubah termasyhur itu berupaya menurunkan denyutan jantung dan membuat anda bersantai. Maka, tidak hairanlah jika muzik digunakan sebagai alat terapi.1.1Perkembangan Terapi MuzikMenurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.Terapi muzik dianggap sebagai bentuk seni tertua sekali yang digunakan untuk merawat pesakit .Pada zaman purba kala ,lagu serta dikir digunakan oleh kaum primitif untuk mendapatkan bantuan Tuhan. Berdasarkan analisis hasil kajian yang diperolehi dari para pakar muzik, mereka berpendapat bahawa peranan muzik dalam pembentukkan budi pekerti sangat kuat. Kesimpulan ini berdasarkan analisis sejarah dan analisis mekanisme terjadinya perilaku (pesakit). Muzik mempunyai pengaruh yang cukup kuat terhadap fizikal dan mental individu serta watak masyarakat. Secara amnya peranan muzik dalam pembentukan perilaku adalah sebagai basic character building atau dengan kata lain muzik berperanan sebagai "asas" dalampembentukanbudipekerti,pembentukperasaanmoraldanpembentukperilakukeadilan,cinta kasihdan kelemah-lembutan.Muzikdanbudipekertimempunyaiperkaitanyang kuatdalam prinsipkeindahan,prinsipharmoni,danprinsipsaizdanperkadaran.Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza.Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina I Ching menyatakan muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang.

1.2Keperluan TerapiTerapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui penafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik.Tujuannya untuk mengalih kesakitan dan tekanan yang sesak ditanggung pesakit menggunakan medium muzik.Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kaitannya terapi muzik dengan kecantikan? Jangan anda lupa, tahap kesihatan mental sebenarnya banyak mempengaruhi kesihatan emosi dan jasmani kita.Malah, ada yang mengaitkan jiwa yang tenang terpancar melalui air muka seseorang.Justeru, apabila mental bebas daripada sebarang tekanan, pasti wajah akan kelihatan awet muda dan berseri-seri secara semula jadi.Dalam sejarah kebudayaan Islam sendiri, muzik tidak sekadar sebagai hiburan tetapi turut mempunyai peranan penting dalam kehidupan.Al-Farabi menghasilkan buku dan teori mengenai muzik dan ia dijadikan rujukan Barat sehingga sekarang. Begitu juga barisan ulama termasuk Dr Yusuf al-Qaradawi dikatakan pernah mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga membentuk bakat, perasaan dan keperibadian.Katanya, jika tujuan seni itu digunakan untuk kebaikan, begitu jugalah hukumnya.Justeru, seni itu bersifat neutral, tidak sekadar untuk hiburan malah membawa banyak kebaikan tersirat jika diselidik penggunaannya.Selain itu kami juga memperolehi maklumat mengenai terapi muzik melalui satu artikel(Music Therapy for disable children).Artikel ini telah ditulis oleh Ashley Bell di sebuah sekolah(Brooke Point High School,California). . Di dalam artikel ini penulis menyatakan bahawa terapi muzik boleh digunakan untuk merawat bukan hanya kanak-kanak autisme, tetapi juga kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran sindrom down, masalah pendengaran, lemah anggota badan dan masalah kerencatan mental. Menyedari hakikat bahawa kanak-kanak normal biasanya sukakan muzik, maka penulis telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Hasilnya begitu menggalakkan. Penulis artikel hanya menyatakan bahawa terapi muzik memang sesuai digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran berdasarkan daripada artikel-artikel lain, jurnal dan juga kajian yang dilakukan oleh pakar- pakar terapi muzik Walaubagaimana pun kami amat bersetuju dengan penulis bahawa terapi muzik amat berkesan bukan sahaja dengan kanak-kanak normal terapi ia amat membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Satu contoh yang diberikan di dalam artikel ini di mana seorang kanak-kanak sindrom down bernama Josh Clark berumur lapan tahun. Josh di rawat oleh seorang pakar terapi muzik iaitu Giannina, L.Hofmeister-Connoly.Mereka melakukan latihan berbeza untuk mengenali nombor, huruf dan juga nama akhir Josh. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk menolong Josh mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya iaitu Twinkle, twinkle, twinkle little star. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja Clark. Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut. nama akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan.Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang amat menggemari muzik dan nyanyian. Oleh kerana itu, maka peluang harus diambil oleh para guru untuk menggunakan elemen seni dan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama untuk kanak- kanak bermasalah pembelajaran. Ini amat bertepatan sekali dengan penggunaan elemen nyanyian dan bermain alat muzik khususnya untuk menghafal dan memahami gambarajah. Bagi murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran, cara nyanyian didapati amat berkesan. Mereka dapat dengan sendirinya melalui improvisasi, menghafal dan menyebut huruf-huruf dalam nyanyian dengan lebih mudah. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran tersebut mengenali, menyebut dan menghafal huruf, malah aktiviti pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan bukan sahaja murid malahan guru juga. Ini terbukti apabila kanak-kanak yang menjadi responden di dalam artikel ini mampu untuk mengingat dan menghafal malah kanak-kanak yang menghadapi masalah sukar bercakap, akhirnya memberi respon melalui terapi muzik. Ini dipercayai merupakan hasil daripada aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh kanak-kanak tersebut dengan bimbingan ahli terapi mereka. Temu bual dengan ibu bapa responden dan ahli terapi jelas membuktikan bahawa kaedah nyanyian melalui terapi muzik amat berkesan dan menyeronokkan kanak-kanak tersebut.

1.3Kaedah dan Penilaian Pelaksanaan Terapi MuzikAhli terapi harus mempunyai pendekatan yang berbeza mengikut keadaan klien untuk mengelakkan kehilangan fokus dan kegagalan dalam berkomunikasi. Sebelum rawatan terapi muzik dijalankan, kaunselor terlebih dahulu perlu mendapatkan persetujuan dengan klien mengenai rawatan dan etika-etika ketika sesi rawatan atau kaunseling dijalankan. Antara perkara yang boleh dibincangkan adalah seperti tentang kerahsiaan masalah klien. Seterusnya, kaunselor perlu mengatur pertemuan dengan klien sebelum sesi rawatan sebenar dijalankan. Sesi ini bertujuan untuk membenarkan klien menyelesakan diri dengan keadaan bilik persekitaran seperti membiasakan diri dengan keadaan bilik rawatan dan juga kemudahan-kemudahan yang disediakan.Kaunselor perlu menentukan tempoh masa untuk melakukan penilaian supaya strategi dan struktur dan terapi yang sesuai dapat dirancang. Contohnya kaunselor perlu merancang waktu yang sesuai untuk rawatan, peralatan yang perlu disediakan, dan juga pilihan muzik yang akan digunakan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang sesuai ketika menjalankan rawatan dapat dirancang dengan teliti. Perancangan yang terperinci dan sesuai akan menghasilkan kesan rawatan yang optimum.Ketika sesi rawatan dijalankan, selain menjalankan rawatan terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh kaunselor. Antaranya adalah merekod secara terperinci setiap aktiviti-aktiviti atau perkara yang berlaku sepanjang sesi rawatan. Kaunselor boleh merekod dengan menggunakan kaedah rekod anekdot atau catatan. Segala tingkah laku, maklum balas , pergerakan, luahan oleh klien perlu dicatatkan supaya mudah untuk kaunselor membuat analisa.Selepas setiap kali sesi terapi muzik dijalankan, kaunselor harus mengadakan sesi refleksi. Kaunselor dapat mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi ketika rawatan. Dengan cara ini, pengubahsuaian kaedah yang digunakan dapat dilakukan untuk mempertingkatkan lagi rawatan pada sesi berikutnya. Sebarang penambahbaikan dapat dilakukan setelah kaunselor membuat refleksi terhadap rawatannya. Kaunselor bertanggungjawab untuk memaklumkan klien dan penjaganya tentang rancangan serta sesi rawatan yang berikutnya.Sejurus tamatnya sesi terapi muzik, kaunselor perlu memastikan sesi tersebut diakhiri dengan pendekatan dan teknik yang sesuai. Klien juga perlu diberikan masa yang mencukupi supaya mereka dapat memahami serta menerima kaedah terapi muzik. Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui pentafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik.Teknik Penafsiran Klinikal Khusus melalui teknik ini, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi. Gegaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap yang berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda manusia. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.Terdapat 7 sistem kalenjar dalam badan manusia, tujuh warna dalam spektrum dan tujuh nota dalam skala muzik. Setiap warna dan setiap nota mempunyai satu getaran atau tahap tenaga yang unik yang merangsang pusat tenaga pada minda dalam caranya yang unik, rangsangan yang sama ini akan disusuli ke dalam tubuh kita. Apabila kita terdedah pada getaran-getaran ini, neuroendokrin dan sistem imunasi kita akan diperkukuhkan dan disucikan. Pusat keseronokan dalam otak kita juga memberikan rangsangan untuk merembeskan endorfin, iaitu penenang kesakitan semulajadi badan.Tekanan hidup selalunya akan menyebabkan himpitan antara kalenjar-kalenjar thymus dan ini mengakibatkan pengurangan tenaga dalam tubuh seseorang. Dengan menggunakan terapi warna dan muzik untuk merangsang dan meningkatkan fungsi kalenjar-kalenjar thymus, kita akan mengalami sejenis kepuasan mengalir ke semua deria kita sekaligus meringankan tekanan.Nyayian lagu kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyayian bertema, nyayian tanpa muzik, nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu nyayian kanak-kanak adalah mudah difahami, tradisional, jenaka dan berpendidikan.Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk menolong Josh Clark (down syndrom) mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya iaitu Twinkle, twinkle, twinkle little star. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja Clark. Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan.Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan. Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan terapi muzik digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital dan klinik bersalin untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan bayi. Selain itu, terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala atau migrain.Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang Alzheimer dan penyakit yang hamper serupa. Cara ini sangat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran , masalah pertuturan dan komunikasi di mana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang bernasib baik ini. Beberapa bukti kajian menujukkan bahawa muzik dapat merendahkan tekanan darah di mana secara tidak langsungnya mengurangkan risiko angin ahmar (strok ), melegakan ketegangan otot dan meningkatkan daya tahan badan.

1.4KesimpulanMuzik mengidentifikasikan kewujudannya dengan gelombang-gelombang tenaga dalam badan dan persekitaran kita. Seringkali apabila kita mendengar sebuah lagu walau apapun genrenya, tidak kira sama ada ia klasikal, melodik, atau rock sekalipun, ia mencipta satu perubahan secara tiba-tiba dalam tahap emosi kita. Beberapa lagu yang kita anggapkan nostalgik mempunyai sejenis kuasa magnetik yang hebat berjalinan dengan ingatan kita dan ia selalu membawa kita kembali pada satu masa yang telah hilang selamanya, ia juga melahirkan sejenis perasaan yang kita merasakan kita telah kehilangan sesuatu, jadi tak hairanlah kadangkala kita menitiskan air mata apabila terkenangkan saat-saat tersebut.

2.0Terapi Pasir2.1Konsep dan Definisi Terapi PasirMenurut Malinda & William (2000), terapi pasir merupakan teknik psikoterapeutik yang membolehkan pesakit menyusun objek kecil dalam kotak mengandungi pasir dan membina dunia pasir mengikut dimensi dunia realitinya. Satu kaedah yang mana imej dihasilkan pada pasir yang basah atau kering sementara ahli terapi duduk diam di tepi seperti tidak melakukan apa-apa. Terapi bukan lisan seperti terapi pasir ini adalah yang paling berkesan untuk mengakses dan melepaskan perasaan tidak sedarkan diri dan pengalaman menyedarkan pesakit di mana pesakit boleh sembuh. Terapi ini boleh dilakukan pada kanak-kanak, remaja, orang dewasa, keluarga,pasangan dan juga secara berkumpulan.Perasaan kanak-kanak dinyatakan dalam tingkah laku mereka terutama kelakuan mula untuk mengganggu orang lain atau mengganggu kehidupan keluarga dalam beberapa cara. Bermain dengan pasir memberikan kanak-kanak peluang untuk meluahkan kehidupan perasaan mereka dalam pergerakan, bunyi, simbol dan imej.Dikenali sebagai modaliti teraputik untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Terapi pasir mampu memindahkan pengalaman peribadi ke bentuk konkrit dan tiga dimensi. Disamping menyatakan perasaan, emosi dan masalah dan meningkatkan kesedaran diri dan komunikasi Terapi pasir adalah satu proses yang ekspresif dan dinamik, kesedaran diri, pengalaman emosi dankomunikasi dipertingkatkan oleh proses ini.

2.2Perkembangan Terapi PasirSejarah terapi pasir bermula pada tahun 1920-an. Terapi ini telah dipelopori oleh Dora Klaff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat. Kalff mengiktiraf bahawa terapi ini mempunyai penawar semula jadi bagi kanak-kanak dan menyediakan kanak-kanak tentang realiti kehidupan seharian. Penggunaan pasir di dalam proses teraputik bermula dengan pediatrik British, Margaret Lowenfield, akhir 1920-an (Boik & Goodwin,2000). Berdasarkn kepada Boik dan Goodwin (2000), matlamatnya adalah untuk mencari satu medium yang mampu memberi tarikan yang menarik kepada kanak kanak dan menyediakan keupayaan yang sewajarnya yang mana pemerhati dan kanak kanak boleh berkomunikasi sewaktu kanak kanak.2.3Keperluan Terapi PasirTerapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran. Terapi bermakna suatu rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebaragn penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkan kefungsian badan secara normal. Dalam konteks pendidikan khasm terapi merupakan kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi,, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara kepentingan terapi ialah bagi meningkatkan pengamatan murid-murid , merangsang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka, Di samping itu, melalui terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondisif lagi menyeronokkan. Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka, Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian beserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai.Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, intergrasi sosial dan kemahiran motor mereka

2.4Kaedah dan Penilaian Pelaksanaan Terapi PasirTerdapat tiga fasa utama bagi terapi pasir iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas sesi dijalankan. i. Fasa SebelumPerlaksanaan terapi memerlukan persediaan dari segi penyediaan bilik yang sesuai dan kondusif untuk aktiviti, persediaan peralatan terapi dan persediaan kanak-kanak. Bagi pelaksanaan terapi pasir, persekitaran bilik adalah amat penting dalam membenarkan kebebasan perluahan perasaan. Ini bersesuaian dengan konsep utama terapi pasir yang dipelopori oleh Dora Kalff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat. Peralatan utama untuk terapi ini adalah bekas yang berukuran 75cm x 55cm x 20 cm yang berisi pasir. Pemilihan pasir samada pasir pantai atau sungai yang mempunyai kedalaman 15cm di dalam bekas. Selain itu, simbol atau miniatur seperti ikan, kerang, bangunan, batu, peralatan rumah,binatang, manusia dewasa, kanak-kanak, pokok, jambatan, perhiasan dan kenderaaan adalah elemen lain yang diperlukan. Kesemua alat ini disusun di atas rak dengan kemas bagi memudahkan kanak-kanak untuk memilih objek yang disukainya. Mangkuk kecil juga diperlukan bagi kanak-kanak yang ingin membentuk kolam atau sungai. Berus dan tuala adalah peralatan yang perlu bagi kanak-kanak yang ingin membersihkan peralatan dan tangan mereka. Selain itu, jug dan penyembur air diperlukan untuk melembabkan pasir yang telah dibina. Adalah lebih baik juga jika dapat digabungkan alunan muzik yang lembut dan relaksasi dapat membantu murid untuk luahan perasaan.

ii. Fasa SemasaKehadiran pakar terapi semasa sesi pelaksanaan perlulah efektif. Pakar terapi perlulah aktif, mendengar dengan baik dan memberikan tumpuan. Keadaan yang senyap kadangkala berkesan semasa kanak-kanak sedang menyusun objek di dalam bekas pasir. Biasanya kanak-kanak akan bermain dengan pasir dengan membentuk landskap yang diingini, diikuti dengan simbol. Cara susunan mainan bergantung pada apa yang difikirkan oleh kanak-kanak ketika itu. Kebiasaannya, kanak-kanak lebih selesa memulakan sesi terapi pasir dengan mencipta pasir pelbagai bentuk seperti corak geometri, lurah, gunung, sungai dan garis-garis kecil. Seperti bermain pasir di pantai, kanak-kanak bermain dengan pasir sambil menyusun objek, menambah bilangan mainan sekiranya perlu, mengerakkan tangan dan membentuk apa jua yang dirasainya di atas pasir.Pada peringkat ini, gambaran boleh dilihat. Pakar terapi boleh mengajukan soalan atau kanak-kanak sendiri bercerita mengenai gambaran yang cuba dibuat. Pakar terapi boleh menentukan tema sebagai contoh; persahabatan. Seterusnya boleh menggunakan soalan terbuka seperti: Apa yang kamu ciptakan di dalam bekas ini? atau : Beritahu saya tentang singa, ular atau kuda di dalam dunia kamu ini?.

iii. Fasa SelepasPakar terapi berperanan untuk membuat kesimpulan dengan melihat kepada hasil terapi pasir yang dilakukan kanak-kanak. Penilaian hasil bekas pasir adalah bergantung kepada pakar terapi. Objek kecil seperti binatang bagi kanak-kanak biasanya menggambarkan persepsi mereka terhadap keluarganya serta masalah yang berkaitan dengan perhubungan dan pergaulan. Lokasi dan susunan objek juga memberi gambaran tentang corak perhubungan. Untuk setiap sesi terapi juga, pakar terapi perlu mengambil gambar hasil bekas tersebut bagi memudahkan proses interpretasi.

3.0Terapi Seni 3.1Pengenalan Terapi Seni Profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien atau pesakit untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan. Konsep terapi seni visual ini adalah bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Terapi seni visual ini berfungsi sebagai Instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan serta emosi dan tekanan dalam menghadapi masalah. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan terapi seni visual ini berkaitan dengan kehidupan seharian murid yang bermasalah pembelajaran. Ia adalah satu bentuk terapi yang berupaya mengawal emosi dan tingkah laku murid yang bermasalah pembelajaran terutamanya. Luahan seni murid yang bermasalah pembelajaran sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures) membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni. Proses terapi seni visual ini perlahan-lahan membantu murid bermasalah pembelajaran mengawal kecelaruan dalam minda mereka. Terapi seni visual juga merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi murid bermasalah pembelajaran.

3.2Perkembangan Terapi Seni Wujud sejak dari zaman dahulu kala dan usianya adalah sejak kurun kemunculan manusia dari zaman dahulu kala. Proses perkembangan terapi seni visual ini berkait dengan zaman pra-sejarah dengan imej haiwan di gua-gua, simbol yang estetik menghiasi keranda masyarakat Mesir serta lukisan-lukisan erotik yang wujud pada zaman roman dan corak-corak dekor yang diguna pakai pada baju-baju besi pahlawan Gladiator sebagai perlindungan.

3.3Keperluan Terapi Seni Terdapat banyak keperluan terapi seni ini terhadap murid yang bermasalah pembelajaran antaranya ialah terapi ini berupaya menyelesaikan konflik emosi yang dialami oleh murid pendidikan khas. Terapi ini juga meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri yang ada dalam diri murid bermasalah pembelajaran. Terapi seni visual juga membina kesedaran sosial dalam diri murid bermasalah pembelajaran. Sebagai contoh, semasa melakukan aktiviti membuat kolaj, murid boleh membentuk idea melalui interaksi mereka dengan rakan sekelas mereka. Terapi seni ini juga meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar. Alam sekitar yang dimaksudkan ialah seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sebagai contoh aktiviti terapi seni yang boleh dijalankan ialah menggambar tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang maujud. Melalui aktiviti ini dapat meningkatkan lagi tahap imaginasi dalam diri murid. Selain itu, aktiviti terapi seni dapat meningkatkan kekuatan motor kasar dan motor halus murid. Sebagai contoh, melalui aktiviti menggambar dengan menggunakan teknik kolaj dengan mengoyak kertas dan menampal kertas pada gambar yang dilukis dapat meningkatkan motor halus murid masalah pembelajaran dengan menggunakan tangan. Murid bermasalah selalunya memendam perasaan dan emosi mereka tanpa pengetahuan guru. Oleh itu, terapi seni ini boleh membantu murid pendidikan khas meluahkan isi hati dan perasaan mereka. Sebagai contoh, aktiviti menggambar iaitu melukis gambar keluarga dapat menjelaskan emosi yang ingin ditunjukkan oleh murid bermasalah pembelajaran. Emosi mereka akan lebih stabil sekiranya aktiviti seperti ini dijalankan.

3.3Kaedah dan Penilaian Terapi Seni King dan Anderson (1990) memilih karektoristik kerja berkumpulan menjadi kunci . Beliau menggambarkan kreativiti berkumpulan sebagai pemimpin kepada usahasama, perpaduan, ketahanan kumpulan , gubahan kumpulan , struktur kumpulan dan keahlian daripada pelbagai bidang atau latar belakang .Ini adalah kunci bagaimana gerak kerja berkumpulan ini berfungsi. Pertimbangan ini menuju kepada perkembangan kreativiti iaitu bagaimana untuk meninggikan teknik berkumpulan seperti brainstorming dan mind mapping .Stein (1974) berpendapat bahawa seseorang itu sebenarnya menjana idea yang sedikit didalam kumpulan. Hackman dan Morris (1975) menyatakan bahawa keupayaan kumpulanmenurun di sebabkan kekurangan motivasi, kecacatan proses dan penyelarasan. Mengikut Botter dan Yetton (1987) pula, kumpulan penyelesaian masalah ini boleh memperbaiki keberkesanan kumpulan mereka dengan melatih secara individu tentang kemahiran penyelesaian masalah. Teknik mengenalpasti peningkatan organisasi kreativiti termasuk memisahkan penyelesaian penjanaan dan penyelesaian penilaian ( Cummings dan OConnell, 1978 ). Kemungkinan yang diambil, kebebasan bertukar idea, pengesahan pertentangan, simulasipenyertaan dan kepercayaan intrinsik sebagai bangkangan kepada ganjaran ekstrinsik.Bassadur, Graen dan Scandura (1986) berpendapat bahawa Kreativiti meningkat apabila lebih banyak masa digunakan untuk menerbitkan idea, dan apabila sesuatu kumpulan mengelakkan menaksir pra kematangan idea dengan penilaian kritikal.Para sarjana ini berpendapat bahawa latihan yang fokus kepada memperkembangkan kemahiran berfikir berdasarkan kreativiti akan menuju kepada dapatan yang tepat dari segi kualiti dan kuantiti output kreatif. Peningkatan inovasi dalam gerak kerja berkumpulan bukanlah mengikut jumlah individuyang kreatif di dalam sesuatu kumpulan. Perlakuan kreatiflah menjadi pengantara di dalam berkumpulan dan ia dipengaruhi oleh gubahan kumpulan, karaktoristik dan proses. Amabile (1988) mengenalpasti domain kemahiran yang relevan, kreativiti- kemahiran yangrelevan dan tanggungjawab motivasi intrinsik sebagai kunci elemen ini. Beliau menyarankan setiap satu dari tiga komponen ini diaplikasi kepada individu dan kumpulan yang kecil serta menjadi keperluan dalam menghasilkan inovasi. Implikasinya ialah pertembungan kreativiti boleh diaplikasi kepada kreativiti pelajar dan inovasi berkumpulan.Inovasi yang berterusan adalah tidak mustahil dan bergantung kepada penciptaan ilmu. Inovasi dilihat sebagai pengetahuan penciptaan yang tersusun . Ia juga sama seperti kreativiti. Pengetahuan bersifat personal , sukar dIformalkan , subjektif , ilham dan bermula dari asas perbuatan dan pengalaman seseorang , ideal , nilai dan emosi . Ia boleh dipisahkan menjadi 2 komponen kemahiran informal. Kesimpulannya, pengajaran secara individu dan berkumpulan dapat meningkatkan lagi inovasi seandainya ia disokong oleh persekitaran sosial dan guru .Elemen elemen yang memberi kesan kepada inovasi, yang dapat menolong mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran ialah ilmu , motivasi , sosial dan pengaruh keadaan . Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Terapi batiniah ini merawat mental melalui kaedah kognitif, psikomotor dan afektif. Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian. Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian lamanya di negara negara barat. Di Malaysia pula, terapi seni masih belum ada kajian yang mendalam mengisi ruang kosong bagi membantu menyelesaikan pemasalahan pelajar dalam usaha menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan, mempertingkatkan kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.

Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi keperluanyang tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut daripada menjadi bertambah serius. Ini adalah untuk memastikan kepesatan pembangunan Negara kita, bukan saja ditajai oleh insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya cipta dan berbudaya tetapi yang mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap disamping kestabilan emosi.Terdapat beberapa kaedah pelaksanaan terapi seni. Antaranya ialah kegiatan dalam bidang menggambar seperti lukisan iaitu seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas permukaan rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit seperti pensil warna dan krayon. Unsur garisan amat ditekankan di mana ia adalah kerja asas untuk menghasilkan catan, cetakan atau mural. Ia juga adalah terhasil secara spontan mengikut gerak hati atau perasaan pelukis itu. Seterusnya ialah catan adalah hasil seni bahantara pigmen warna di atas permukaan rata. Ia terhasil melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus atau alatan lain. Ia memberi ruang kepada pelukis meluahkan perasaan, membuat interpretasi pandangan atau merakamkan gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. Jenis warna yang lazim digunakan ialah cat guac, warna poster, warna air, cat akrilik, cat minyak, cat tempera dan Fresko (Kapur plaster).Selain itu, penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik. Aktiviti terapi seni visual seterusnya ialah montaj iaitu satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari pelbagai sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej pengajarana, alam sekitar dan lain-lain. Aktiviti montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) boleh digabungkan dan digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema landskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.3.4KesimpulanKesimpulannya, banyak aktiviti yang dapat dijalankan untuk terapi seni. Seperti yang telah dinyatakan di atas terdapat 4 bidang yang boleh diaplikasikan di dalam terapi seni iaitu bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan yang terakhir sekali mengenal kraf tradisional. Melalui aktiviti seperti ini juga dapat mengurangkan tekanan perasaan murid, memberi peluang murid untuk merasa seronok semasa sesi pembelajaran, memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan karya sendiri dan juga memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan tahap kreativiti mereka. Kelebihan terapi seni untuk guru pula ialah, guru dapat mengesan masalah dalam diri murid. Contohnya jika murid merasa marah, guru boleh melihat warna yang digunakan oleh murid dalam menghasilkan sesuatu tugasan yang diberikan. Selain daripada itu, guru dapat mengenali murid dengan lebih mendalam melalui terapi seni, contohnya warna yang diminati oleh murid, siapa yang disayangi oleh murid, latar belakang hidup murid dan lain lain lagi. Oleh itu, banyak kelebihan yang boleh diperoleh melalui aktiviti terapi bukan sahaja untuk guru malahan untuk murid.

Refleksi (Mohd Hafiz bin Mohamad Hanapiah)

Sepanjang melaksanakan tugasan terapi dalam pendidikan khas ini terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang saya dapati dalam menjalankan tugasan ini. Kekuatan yang pertama ialah saya dapat menimba ilmu melalui lawatan dan amali terapi-terapi yang dijalankan semasa tempoh pengajian satu semester ini. Melalui amali terapi-terapi tersebut saya dapat meningkatkan lagi kualiti diri saya dalam membentuk guru pendidikan khas yang berkaliber. Seterusnya ialah semasa melakukan terapi renang, saya juga berkesempatan belajar berenang dengan bimbingan instruktor terapi renang kami iaitu Encik Sabri bin Tan. Kekuatan yang seterusnya ialah melalui amali-amali terapi ini juga kami dapat menerapkan terapi-terapi yang bersesuaian ke dalam rancangan pengajaran harian yang akan kami laksanakan semasa praktikum fasa 1 di sekolah selama sebulan kelak. Pelbagai input tentang terapi dapat kami terima yang boleh diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kelak.Kelemahan yang saya dapati semasa menjalankan tugasan ini ialah membentuk sebuah blog yang mendedahkan info-info terapi yang berguna kepada masyarakat. Perkara yang menjadi masalah kepada saya ialah ini adalah pengalaman kali pertama saya mencipta sebuah blog. Ini adalah satu cabaran bagi saya untuk menjadi guru pendidikan khas yang cemerlang.Bahan bantu mengajar yang mempunyai unsur terapi juga agak merumitkan kami untuk membentuk bahan bantu mengajar yang sesuai. Kami perlu merujuk pada internet dan buku-buku untuk mendapatkan idea. Seterusnya ialah kami masih belum menguasai format rancangan pengajaran harian KSSR kerana ianya masih baru bagi kami.