khairuddin kamaruddin

8
130 KHAIRUDDIN KAMARUDDIN Tokoh pilihan KP (kategori penulisan buku mewah) yang seterusnya ialah En Khairuddin Kamaruddin. BIODATA Khairuddin Kamaruddin dilahirkan pada 10 Mei 1956 di Selama, Perak. Mendapat pendidikan awal di National Type Primary (English) School, Selama, Perak dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah King Edward VII Taiping, Perak. Khairuddin mula bertugas di FRI sebagai Pembantu Penyelidik (RA) pada tahun 1979 dan ditempatkan di Unit Kejuruteraan Kayu (Timber Research Laboratory (TRL)). Pada tahun 1981 beliau berpindah tempat kerja ke Herbarium, Unit Botani sehingga tahun 1991. Pada awal 1991 beliau telah dipilih mengikuti Kursus “International Diploma in Herbarium Techniques” di Royal Botanical Gardens, Kew, United Kingdom dan berjaya memperoleh Diploma dalam bidang tersebut. Majlis penyampaian International Diploma in Herbarium Techniques oleh Prof Dr Lucas, Royal Botanic Gardens, Kew, London

Upload: lymien

Post on 23-Jan-2017

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Khairuddin Kamaruddin

130

KHAIRUDDIN KAMARUDDIN

Tokoh pilihan KP (kategori penulisan buku mewah) yang seterusnya ialah En Khairuddin Kamaruddin. BIODATA

Khairuddin Kamaruddin dilahirkan pada 10 Mei 1956 di Selama, Perak. Mendapat pendidikan awal di National Type Primary (English) School, Selama, Perak dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah King Edward VII Taiping, Perak.

Khairuddin mula bertugas di FRI sebagai Pembantu Penyelidik (RA) pada tahun 1979 dan ditempatkan di Unit Kejuruteraan Kayu (Timber Research Laboratory (TRL)). Pada tahun 1981 beliau berpindah tempat kerja ke Herbarium, Unit Botani sehingga tahun 1991. Pada awal 1991 beliau telah dipilih mengikuti Kursus “International Diploma in Herbarium Techniques” di Royal Botanical Gardens, Kew, United Kingdom dan berjaya memperoleh Diploma dalam bidang tersebut.

Majlis penyampaian International Diploma in Herbarium Techniques oleh Prof Dr Lucas, Royal Botanic Gardens, Kew,

London

Page 2: Khairuddin Kamaruddin

131

Sekembali dari United Kingdom Khairuddin berjaya menghasilkan dua penulisan ilmiah iaitu: 1 Teknik-teknik Herbarium (FRIM Report No.52)—1989 2 Hutan Hujan Tropika Semenanjung Malaysia (Siri Alam dan Rimba No.3) — 1992 Pada tahun 1993, buku Hutan Hujan Tropika Semenanjung Malaysia karya Khairuddin telah memenangi Anugerah Penerbitan Terbaik (Kategori Teknikal). Buku tersebut kini menjadi salah satu bahan rujukan bagi mata pelajaran Geografi di sekolah-sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada 1 Oktober 1995 Khairuddin telah dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Penyelidik (ARO) dan ditempatkan di Unit Perhutanan Bandar yang ketika itu di bawah Bahagian Hutan Ladang. Khairuddin telah mengambil inisiatif yang gigih dan berjaya menubuhkan Bambusetum pertama untuk FRIM. Satu artikel mengenai penubuhan Bambusetum yang bertajuk “Bambusetum Establishment in FRIM” oleh Abd Razak Othman dan Khairuddin telah diterbitkan di dalam Malaysian Forester pada 1996. Minat dan pengalaman yang luas dalam bidang tumbuh-tumbuhan telah membuatkan Khairuddin terus menulis buku-buku mengenai tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar yang diterbitkan oleh FRIM dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara hasil penulisan beliau ialah Forest, Forest Everywhere (dicetak oleh ASEAN dengan kerjasama Department of Curriculum and Instruction Development, Ministry of Education, Thailand (1997); Tumbuhan Tempatan Malaysia: Kaitannya Dengan Nama-Nama Tempat (1999); Mengenal Pokok Tempatan Malaysia (2005) dan Buluh Khazanah Hutan Berharga (2009). Pengalaman Khairuddin juga digunakan bagi penubuhan Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Maran, Pahang, yang merupakan sebuah stesen khusus bagi penanaman pelbagai jenis tumbuhan ubatan. Beliau telah ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja sebagai Penyelaras Projek, SPF Maran, Pahang bermula November 1999 di bawah pengurusan Bahagian Tumbuhan Ubatan. Pada 1 Januari 2007 Khairuddin telah dinaikkan pangkat kepada Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q32. Atas khidmat sumbangan dan penglibatan beliau dalam perkhidmatan awam, Khairuddin telah dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (PPT) sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak Yang Ke-80 pada 14 Jun

Page 3: Khairuddin Kamaruddin

132

2008. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Khidmat Cemerlang FRIM pada 2001.

Semasa menerima Anugerah PPT

Gambar kenangan keluarga Khairuddin

Page 4: Khairuddin Kamaruddin

133

Bermula sewaktu FRI (sebelum FRIM menjadi badan berkanun pada 1985) lagi, beliau pernah bekerja dengan beberapa saintis FRIM yang terkenal antaranya Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor, Dr Francis Ng, Dr Tho Yow Pong (mendiang), En KM Kochummen (mendiang), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod dan ramai lagi. Malah mereka inilah yang telah sedikit sebanyak membentuk keperibadian beliau dalam konteks R&D dalam disiplin Botani, Perhutanan dan Hasil Hutan. Beliau kini bertugas di Cawangan Taman Botani Kepong (KBG) dalam usaha memberikan input kepada kerja-kerja pembangunan Taman Botani tersebut. Antara tugas-tugas utama beliau kini ialah membuat kutipan anak benih tumbuh-tumbuhan bagi tujuan hortikultur taman; merancang dan menubuhkan taman-taman tema tumbuh-tumbuhan di KBG; mengendali dan memberi penerangan kepada pelawat; memberi latihan dalam bidang pengurusan taman dan hortikultur serta menulis tentang tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Pada tahun 2009 beliau telah menerajui projek menubuhkan sebuah Taman Buluh (Bamboo Garden) bagi menambah taman tema di KBG. Minat tentang buluh telah menggerakkan Khairuddin bagi menghasilkan sebuah buku tentang buluh terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2009.

PENULISAN

Pengalaman Sewaktu Mula Menulis Khairuddin menceritakan bahawa menjawat jawatan sebagai Pembantu Penyelidik (RA) sesungguhnya bukanlah sesuatu yang dapat menjamin dan menjulang seseorang ke peringkat yang lebih tinggi. Namun rezeki di FRIM amat disyukurinya. Menulis atau berkarya tentang apa jua amatlah mengasyikkan namun kadangkala mampu membuat penulis jadi sengsara dari segi mental dan fi zikal. Tetapi, jika sudah berjaya menghasilkan sesuatu karya yang berfaedah maka timbul suatu kepuasan lantas menganggapnya sebagai suatu fardu kifayah pula. Selagi karyanya dibaca dan dimanfaatkan maka di situlah rasa amanah yang dituntut telah dijalankan. Sebagai RA di FRIM ketika itu banyak halangan untuk memulakan apatah lagi meyakinkan Pegawai-pegawai Penyelidik, Pengarah-pengarah dan Ketua Pengarah (CRO, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor) yang beliau boleh

Page 5: Khairuddin Kamaruddin

134

Sehingga kini Khairudin telah menghasilkan enam buah buku yang berkisar tentang tumbuh-tumbuhan, alam sekitar dan hutan

menulis. Persoalannya, adakah beliau layak untuk menulis dan apa ilmu yang beliau ada untuk berbicara tentang tumbuh-tumbuhan dan hutan? Kenapa mahu menulis, lebih-lebih lagi dalam bahasa Melayu? Siapa yang nak baca? Itulah kata-kata yang selama ini beliau simpan sebagai penggerak di lubuk hati kecil dalam meniti liku-liku penulisan beliau.

KENANGAN MANIS Ketika kesukaran mendapatkan orang bagi membantunya menulis, Khairuddin mula mengenali seorang Pegawai Penyelidik (RO) baharu (dari Johor) dan naik motor kapcai. Pegawai tersebut kelihatan “brutal”, rambut agak panjang serta jarang bersikat dan gemar menyangkut beg di belakang yang sarat berisi nota penyelidikannya. Khairuddin mula mendekati RO tersebut, memintanya menyemak dan mengedit manuskrip yang dihasilkan. Ayat pertama katanya, “Aku sibuk dengan kerja dan juga pelajaran aku. Kau cari orang lainlah, Din”. Hati Khairuddin cukup kecewa mengenangkan dia telah berjanji dengan Dr Salleh (kini Tan Sri) untuk segera menyiapkan buku tersebut. Bagaimanapun RO berkenaan kemudiannya menelefon dan meminta

Page 6: Khairuddin Kamaruddin

135

Khairuddin menghantar manuskrip kalau-kalau dia dapat membantu. Bergegas Khairuddin menghantar manuskrip kepada RO tersebut. Untungnya RO tersebut tidak meminta sebarang bayaran di atas khidmat semakan dan penyuntingan manuskrip tersebut. Selang dua hari selepas itu, RO tersebut menelefon meminta Khairuddin datang ke pejabat kayunya yang usang. Ayat pertama yang dilafazkan ialah,”Kau nak bunuh aku ke, Din?” Apa tidaknya, bahasa dalam manuskrip Khairuddin lintang-pukang dan sangat teruk menyebabkan RO tersebut pening kepala dan meminta Khairuddin membuat kerja bersungguh-sungguh serta tidak menulis dengan sambil lewa. Khairuddin menerima teguran tersebut lalu memperbaiki semua pembetulan yang telah dibuat oleh RO tersebut sehingga berjaya diterbitkan oleh FRIM. Cuma yang agak menghairankan Khairuddin ialah bagaimana RO berkenaan boleh membetulkan manuskripnya dengan teliti dalam masa yang singkat; dan sanggup menyuntingnya dengan sempurna ketika ramai yang menolak. Dan RO tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, KP FRIM sekarang. PESANAN KEPADA WARGA FRIM “Sesungguhnya, menulis dan berkarya amat indah. Namun ia memerlukan kesabaran, pengorbanan dan ketekunan. Tiada jaya tanpa usaha dan tiada sagu akan diperoleh jika ruyung tidak dipecahkan. Keyakinan akan keupayaan diri adalah teramat kritikal bagi memajukan diri”. PENYELIDIKAN BULUH Penglibatan dan penyelidikan tentang buluh telah digunakan oleh Khairuddin untuk terus menulis. Khairuddin telah ditugaskan untuk menubuhkan sebuah koleksi buluh di Bambusetum untuk FRIM. Kesempatan ini diambil untuk menulis buku Buluh Khazanah Hutan Berharga. Khairuddin juga telah menterjemahkan penulisan tentang buluh dengan mewujudkan sebuah Taman Buluh di KBG. Tugas Khairuddin kini lebih banyak memberi penerangan kepada pelawat FRIM sama ada dari dalam mahupun luar negara khususnya ke KBG yang memerlukan pengetahuan yang amat tinggi dalam bidang tumbuh-tumbuhan, hutan, taman botani dan alam sekitar.

Page 7: Khairuddin Kamaruddin

136

Khairuddin di Taman Buluh KBG

Page 8: Khairuddin Kamaruddin

137

ULASAN KETUA PENGARAH

Saudara Khairuddin merupakan antara segelintir warga FRIM yang mampu membuat sesuatu yang di luar kedudukannya sebagai Pembantu Penyelidik. Minat dan dedikasi dalam menghasilkan buku mewah berasaskan penilaian dan penghayatan R&D serta menterjemahkannya dalam perspektif yang mudah difahami oleh masyarakat umum dan generasi muda ialah sesuatu yang bukan mudah untuk dibuat oleh mereka yang lebih tinggi jawatan dan pendidikannya. Tidak dinafi kan bahawa FRIM memang agak kekurangan buku mewah. Penghasilan enam buku mewah (coffee-table book) oleh Khairuddin sehingga kini merupakan pencapaian cemerlang dan suatu rekod luar biasa bagi FRIM dan melayakkan beliau dinobatkan sebagai Tokoh Penulis Buku Mewah FRIM. Walaupun Khairuddin hanya seorang Pembantu Penyelidik/Penolong Pegawai Penyelidik sahaja, beliau berjaya membuktikan tiada apa yang mustahil dihasilkan jika diiringi dengan kemahuan, ketekunan dan tawakal.

Seperti Dr Mohamad Omar Mohamad Khaidzir dan Puad Elham, Khairuddin Kamaruddin juga merupakan antara aset FRIM yang perlu dihargai dan dihormati. Moga sumbangan bakti mereka diberkati dan diredai Allah swt lagi terus memekarkan nama FRIM sebagai agensi penyelidikan perhutanan dan warisan unggul negara di persada dunia. Salam hormat.