anemia

34
Gangguan Darah Kemaskini Terakhir September 26,2001 Cetak artikel E-mel artikel 1 2 ANEMIA DEFINISI Anemia ialah kekurangan keupayaan sel darah merah untuk membekalkan oksigen yang mencukupi kepada tisu badan. Ia mungkin disebabkan kekurangan jumlah sel darah merah, pengurangan komponen-komponen tertentu dalam sel darah merah yang bertugas mengangkut oksigen (hemoglobin) atau kekurangan isipadu sel darah merah. ANEMIA DISEBABKAN KEKURANGAN VITAMIN B12K Pengurangan bilangan sel darah merah disebabkan kekurangan vitamin. Vitamin B12 sangat diperlukan untuk fungsi sistem saraf dan sel darah yang normal, penghasilan sel darah putih dan platelet. Gejala Hilang selera makan. Cirit-birit. Kaki dan tangan terasa kebas dan berdenyut-denyut. Pucat. Sesak nafas. Keletihan yang teruk. Lemah badan. Mulut dan lidah terasa sakit. Faktor Risiko Kekurangan vitamin B12 untuk tempoh yang lama. Pencegahan Boleh dielakkan melalui pemakanan yang seimbang. Penggunaan suntikan vitamin B12 selepas pembedahan.

Upload: abdul-razak

Post on 12-Jan-2016

30 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Kesehatan

TRANSCRIPT

Page 1: Anemia

Gangguan Darah

Kemaskini Terakhir September 26,2001 Cetak artikel E-mel artikel

1 2

ANEMIA

DEFINISI

Anemia ialah kekurangan keupayaan sel darah merah untuk membekalkan oksigen yang mencukupi kepada tisu badan. Ia mungkin disebabkan kekurangan jumlah sel darah merah, pengurangan komponen-komponen tertentu dalam sel darah merah yang bertugas mengangkut oksigen (hemoglobin) atau kekurangan isipadu sel darah merah.

ANEMIA DISEBABKAN KEKURANGAN VITAMIN B12K

• Pengurangan bilangan sel darah merah disebabkan kekurangan vitamin. • Vitamin B12 sangat diperlukan untuk fungsi sistem saraf dan sel darah yang normal,

penghasilan sel darah putih dan platelet.

Gejala

• Hilang selera makan. • Cirit-birit. • Kaki dan tangan terasa kebas dan berdenyut-denyut. • Pucat. • Sesak nafas. • Keletihan yang teruk. • Lemah badan. • Mulut dan lidah terasa sakit.

Faktor Risiko

Kekurangan vitamin B12 untuk tempoh yang lama.

Pencegahan

• Boleh dielakkan melalui pemakanan yang seimbang. • Penggunaan suntikan vitamin B12 selepas pembedahan.

Page 2: Anemia

Penjagaan sendiri

• Makan makanan yang seimbang setiap hari dengan mengambil telur, susu dan sumber-sumber vitamin B12 yang lain dari hasil haiwan.

• Makanlah makanan yang kaya ferum seperti hati, daging, roti gandum tulen, bijirin dan buah-buahan kering.

• Makan makanan yang kaya asid folik seperti bijirin gandum, kekacang, mentega kacang tanah, oat, cendawan, brokoli, hati lembu dan asparagus.

• Makan makanan yang kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, sayuran mentah dan segar. Vitamin C membantu penyerapan zat besi supaya lebih berkesan.

• Hadkan penggunaan teh kerana ia mengandungi tanin yang boleh merencat penyerapan ferum. Namun meminum teh herba adalah digalakkan.

• Berehat dan tidur secukupnya.

Rawatan

• Melalui suntikan vitamin B12. • Mengambil vitamin B12 secara oral digabungkan dengan pemakanan yang lebih

seimbang.

ANEMIA DISEBABKAN PENYAKIT KRONIK

• Anemia terjadi akibat penyakit atau jangkitan kuman yang terlalu lama. • Penyakit menyebabkan beberapa perubahan berlaku dalam sistem pembentukan darah

( haematopoiesis) seperti memendekkan jangka hayat sel darah merah, menurunkan jumlah ferum yang terdapat dalam bahagian cecair darah dan mengurangkan aktiviti sumsum tulang.

Gejala

• Kehadiran penyakit kronik atau jangkitan kuman. • Pucat. • Keletihan yang teruk • Keletihan. • Sakit kepala. • Tidak bermaya. • Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fisikal. • Pening kepala.

Faktor Risiko

• Endokarditis bakterial. • Osteomielitis. • Reumatoid juvena. • Artritis. • Demam reumatik.

Page 3: Anemia

• Penyakit Krohn• s. • Ulseratif kolitis.

Pencegahan

Rawatan terhadap penyakit yang menjadi puncanya dapat mencegah atau memulihkan anemia yang terjadi.

Penjagaan sendiri

• Makan makanan yang seimbang setiap hari bersama-sama makanan yang kaya ferum, asid folik dan vitamin C.

• Jangan merokok dan meminum alkohol. • Bersenam setiap hari. • Menjaga kesihatan diri.

Rawatan

Anemia jenis ini bertindak balas terhadap rawatan penyakit yang menjadi puncanya.

ANEMIA DISEBABKAN KEKURANGAN FOLAT.

• Berlaku apabila paras asid folik menjadi rendah, lazimnya disebabkan pengambilan dari diet yang tidak mencukupi atau penyerapan tidak sempurna (semasa hamil).

• Folat atau asid folik adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah dan tumbesaran. • Anemia jenis ini akan menyebabkan saiz sel darah merah luar biasa besarnya dan

dirujuk sebagai megalosit. Dalam sumsum tulang ia dikenali sebagai megaloblas.

Gejala

• Keletihan. • Sakit kepala. • Mulut dan lidah terasa sakit. • Pucat atau jaundis.

Faktor Risiko

• Pemakanan yang buruk. • Memasak makanan terlalu lama. • Penagih alkohol. • Mempunyai sejarah masalah penyerapan zat makanan. • Hamil.

Pencegahan

Page 4: Anemia

Pengambilan asid folik dari diet yang mencukupi pada individu berisiko tinggi dan pengambilan asid folik tambahan semasa hamil boleh mencegah bermulanya anemia jenis ini.

Penjagaan sendiri

• Makan sumber makanan yang kaya asid folik setiap hari: • Ini termasuk sayur-sayuran seperti asparagus, kubis Brussels, bayam, salad Romaine

dan brokoli. • Kacang pis hitam, kantalup (sejenis tembikai), jus oren, oat, bijirin tulen, germa (bahagian

tengah) gandum dan bahagian organ dalam haiwan ternakan juga merupakan sumber-sumber yang kaya dengan asid folik.

• Kerap memakan sayur-sayuran dan buah-buahan mentah yang segar. Jangan terlalu lama memasak makanan kerana haba boleh memusnahkan asid folik.

• Ambil tambahan multivitamin setiap hari yang mengandungi 100% saranan pengambilan harian (RDA) asid folik.

• Jangan merokok kerana merokok boleh meningkatkan keperluan vitamin. • Jangan meminum minuman beralkohol.

Rawatan

• Merawat dengan pengambilan asid folik secara oral atau suntikan. • Rawatan melalui pengubahsuaian diet iaitu dengan meningkatkan pengambilan sayur-

sayuran berdaun hijau dan buah-buahan sitrus.

ANEMIA HEMOLISIS IMUN CETUSAN UBAT-UBATAN

Anemia jenis ini terjadi apabila sesetengah ubat saling bertindak dengan selaput sel darah merah, menyebabkan sel darah merah ini menjadi antigenik (boleh merangsang pembentukan antibodi atau berupaya bertindak balas dengan antibodi). Antibodi kemudiannya akan terbentuk untuk melawan sel darah merah ini. Ia akan bergabung dengan sel darah merah yang terjejas dan mengakibatkan kemusnahan awal sel.

Gejala

• Keletihan yang teruk • Pucat • Jaundis • Sesak nafas • Kadar degupan jantung yang cepat • Air kencing berwarna pekat dan gelap.

Faktor Risiko

Menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan anemia hemolisis imun sekunder seperti,

Penisilin Quinidine Isoniazid

Page 5: Anemia

Cephalosporins Thiozida Streptomycin

Levodopa Diuretik Motrin

Methyldopa Antazoline Asid salisilik

Asid mefenamik Chlorpromazine Sulfonamida

Pencegahan

Jika gangguan berlaku, seseorang haruslah mengelakkan ubat-ubat yang mengganggu dan analognya (ubat yang serupa) di masa akan datang.

Penjagaan sendiri

• Dapatkan nasihat dari pegawai farmasi atau doktor sebelum menggunakan apa-apa ubat. • Berhenti menggunakan ubat yang menyebabkan anemia dan gunakan ubat lain yang

tidak memburukkan lagi keadaan anemia yang dihidapi. • Ambil tambahan ferum.

o Dapatkan nasihat doktor untuk dos yang sesuai. o Walaupun ferum diserap dengan baik jika diambil ketika perut kosong, ia boleh

menyebabkan sakit perut. Mengambil ferum selepas makan adalah lebih baik untuk perut.

• Elakkan antasid, fosfat (terdapat dalam minuman ringan, bir, ais krim, halwa dan sebagainya) dan bahan tambah makanan EDTA. Kesemua ini akan menghalang penyerapan ferum.

• Meningkatkan pengambilan serat dalam diet untuk mengelakkan sembelit. • Elakkan aspirin dan produk yang mengandungi aspirin.

ANEMIA HEMOLISIS

• Berlaku apabila sumsum tulang tidak dapat menampung pemusnahan awal sel darah merah dengan meningkatkan penghasilannya.

• Terdapat banyak jenis anemia hemolisis berdasarkan kedudukan kecacatan. Kecacatan ini mungkin berlaku dalam sel darah merah itu sendiri (faktor dalaman) atau di luar sel darah merah (faktor luaran).

Gejala

• Hidung berdarah. • Gusi berdarah. • Kesejukan. • Jaundis. • Limpa membesar. • Keletihan yang teruk. • Pucat. • Sesak nafas. • Kadar degupan jantung yang cepat. • Air kencing yang pekat dan gelap.

Page 6: Anemia

Faktor Risiko

• Jangkitan kuman. • Penggunaan ubat-ubatan tertentu. • Gangguan autoimunisasi. • Gangguan keturunan yang diwarisi.

Pencegahan

Setakat ini tiada langkah pencegahan yang diketahui untuk anemia hemolisis.

Penjagaan sendiri

• Makan lebih banyak makanan yang kaya dengan ferum. • Pertingkatkan penyerapan ferum dengan mengambil makanan yang kaya vitamin C

seperti buah-buahan sitrus, tomato dan lemon. • Makanlah makanan berkhasiat dan seimbang dan ambil tambahan zat makanan yang

disarankan. Tingkatkan pengambilan serat dan cecair untuk mengelakkan sembelit.

Rawatan

• Rawatan bergantung kepada jenis dan penyebab anemia hemolisis. • Asid folik, gantian ferum dan kortikosteroid boleh digunakan.

ANEMIA HEMOLISIS DISEBABKAN KEKURANGAN G-6PD

Kekurangan G-6PD merupakan gangguan genetik rantaian resesif-x yang boleh diwarisi. Kesan utamanya ialah pengurangan kandungan G-6PD dalam sel darah merah yang membawa kepada pemecahan sel darah merah.

Gejala

• Keletihan yang teruk. • Pucat. • Sesak nafas. • Limpa membengkak. • Kadar degupan jantung yang cepat. • Jaundis. • Air kencing yang pekat dan gelap.

Faktor Risiko

• Bangsa kulit hitam. • Jantina lelaki.

Page 7: Anemia

• Mempunyai sejarah keluarga mengalami kekurangan G-6PD.

Pencegahan

• Mereka yang menghidap G-6PD ini mesti menjauhi faktor-faktor yang boleh menyegerakan timbulnya kesan kekurangan enzim ini, terutama ubat yang diketahui boleh menyebabkan tindak balas pengoksidaan.

• Kaunseling atau maklumat mengenai genetik mungkin menarik perhatian wanita heterozigus dan lelaki yang mengalami kekurangan enzim ini..

Penjagaan sendiri

• Jangan mengambil sebarang ubat yang disenaraikan di atas (di bawah tajuk anemia hemolisis imun cetusan ubat-ubatan) tanpa nasihat doktor atau pegawai farmasi.

• Elakkan memakan sebarang kacang kuda. • Beritahu doktor atau pegawai farmasi yang anda temui bahawa anda mengalami

kekurangan G-6PD bagi mengelakkan sebarang tindak balas yang tidak diingini terhadap rawatan yang diberikan.

• Makan makanan seimbang dan berkhasiat dan ambil tambahan zat makanan yang disarankan. Tingkatkan pengambilan serat dan cecair untuk mengelakkan sembelit.

Rawatan

• Rawatan akan diberi sekiranya penyebab anemia merupakan jangkitan kuman. • Jika ubat merupakan penyebabnya, maka penggunaannya perlu dihentikan.

ANEMIA APLASTIK IDIOPATIK

• Berlaku apabila sumsum tulang gagal untuk membentuk semua jenis sel darah dengan sempurna.

• Mungkin disebabkan oleh proses autoimunisasi (apabila badan bertindak balas terhadap selnya sendiri).

Gejala

• Keletihan yang teruk. • Pucat. • Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fisikal. • Kadar degupan jantung yang cepat. • Degupan jantung tidak sekata. • Ruam. • Mudah lebam. • Hidung berdarah. • Gusi berdarah. • Pendarahan berpanjangan. • Nodus limfa mungkin membesar (jarang berlaku).

Page 8: Anemia

Faktor Risiko

Tiada faktor risiko yang diketahui mengenai anemia idioplastik.

Pencegahan

Tiada langkah pencegahan yang diketahui untuk anemia idioplastik.

Penjagaan sendiri

• Jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa nasihat doktor atau pegawai farmasi. • Tingkatkan pengetahuan mengenai penyakit anda dan bagaimana mengendalikannya.

Ini akan menolong anda membuat keputusan mengenai cara terbaik menguruskan diri sendiri dengan sempurna.

• Makan makanan yang seimbang dan kaya dengan ferum, asid folik dan vitamin C. • Berehat dan tidur secukupnya.

Rawatan

• Pemindahan darah dan platlet digunakan untuk merawat kes anemia aplastik yang ringan.

• Pemindahan sumsum tulang kepada pesakit yang berumur 30 tahun ke bawah dillakukan untuk kes anemia aplastik yang teruk.

ANEMIA HEMOLISIS IMUN

• Berlaku apabila antibodi dalam badan melawan sel darah sendiri. • Antibodi ini mungkin diperolehi melalui pemindahan darah, kehamilan, (jika jenis

kumpulan darah bayi berbeza daripada ibu), sebagai komplikasi dari penyakit lain atau reaksi sel darah terhadap ubat-ubatan.

Gejala

• Keletihan yang teruk. • Pucat. • Sesak nafas. • Kadar degupan jantung yang cepat. • Jaundis. • Air kencing pekat dan gelap. • Limpa membengkak. • Sendi membengkak. • Sendi tegang/kaku. • Sakit sendi.

Page 9: Anemia

Faktor Risiko

Berhubung kait dengan penyebab anemia jenis ini.

Pencegahan

Melalui penyaringan antibodi dalam darah yang didermakan dan darah penerima.

Penjagaan sendiri

• Jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor atau pegawai farmasi. • Tingkatkan pengetahuan tentang penyakit anda dan cara mengendalikannya. Ini akan

menolong anda membuat keputusan mengenai cara terbaik menguruskan diri sendiri dengan sempurna.

• Makan makanan yang seimbang dan kaya dengan ferum, asid folik dan vitamin C. • Berehat dan tidur secukupnya.

Rawatan

• Rawatan dengan menggunakan Prednisone adalah terapi pertama yang digunakan. Jika Prednisone tidak memberi kesan, kaedah splenektomi (pembuangan limpa) boleh digunakan.

• Terapi imunosupresif akan diberikan jika pesakit tidak bertindak balas dengan Prednisone dan splenektomi.

• Pemindahan darah dilakukan dengan berhati-hati jika diperlukan untuk merawat anemia yang teruk. Ini kerana darah berkenaan mungkin tidak bersesuaian dan memulakan tindak balas yang tidak diingini.

ANEMIA DISEBABKAN KEKURANGAN ZAT BESI

• Merupakan bentuk anemia yang paling lazim terjadi. • Berlaku apabila kandungan ferum dalam badan terlalu sedikit yang menyebabkan

pengurangan sel darah merah dalam darah. • Ferum merupakan komponen penting hemoglobin, iaitu pigmen pembawa oksigen dalam

darah. • Ferum biasanya diperolehi daripada makanan dan kitaran semula ferum daripada sel

darah merah lama. • Penyebab kekurangan ferum adalah seperti kandungan ferum yang terlalu sedikit dalam

diet, kurang penyerapan ferum oleh badan, kehilangan darah dan keracunan plumbum pada kanak-kanak.

Gejala

• Pucat. • Keletihan yang teruk.

Page 10: Anemia

• Mudah marah. • Lemah. • Sesak nafas. • Hipotensi ortostatik. • Sakit tekak. • Kuku rapuh. • Keinginan luar biasa terhadap makanan • Selera makan berkurangan. • Sakit kepala (di bahagian hadapan).

Faktor Risiko

• Menghidap penyakit ulser peptik. • Penggunaan asipirin untuk jangka waktu yang lama. • Menghidap kanser kolon. • Menghidap kanser rahim. • Kerap menderma darah.

Penjagaan sendiri

• Makan makanan yang kaya dengan ferum. • Tumpukan kepada sayuran berdaun hijau, daging merah pejal, hati lembu, ikan, ayam itik,

tiram, germa gandum, buah-buahan kering dan bijirin diperkaya ferum. • Gandakan penyerapan ferum. • Makan makanan yang kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, tomato dan strawberri

untuk membantu badan menyerap ferum daripada makanan dengan lebih berkesan. • Daging merah bukan sahaja membekalkan ferum yang banyak, tetapi juga meningkatkan

penyerapan ferum daripada sumber makanan lain. • Hadkan meminum teh kerana ia mengandungi tanin iaitu bahan yang boleh merencat

penyerapan ferum. Namun teh herba adalah baik untuk diminum. • Mengambil tambahan ferum:

o Dapatkan nasihat doktor untuk dos yang sesuai. o Walaupun ferum diserap dengan baik jika diambil ketika perut kosong, ia boleh

menyebabkan sakit perut. Mengambil ferum selepas makan adalah lebih baik untuk perut.

• Elakkan antasid, fosfat (terdapat dalam minuman ringan, bir, ais krim, halwa dan sebagainya) dan makanan yang mengandungi bahan tambah EDTA. Semua bahan-bahan ini menghalang penyerapan ferum.

• Tingkatkan pengambilan serat untuk mengelakkan sembelit. • Elakkan aspirin dan bahan yang mengandungi aspirin.

Pencegahan

• Sumber makanan yang mengandungi ferum ialah daging merah, hati dan kuning telur. Tepung, roti dan sesetengah bijirin diperkaya dengan ferum.

• Sewaktu keperluan ferum meningkat seperti ketika hamil dan menyusukan bayi, tingkatkan pengambilan ferum dari diet atau mengambil tambahan ferum.

Rawatan

Page 11: Anemia

• Mengambil tambahan ferum seperti ferus sulfat secara oral. Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan ferum dan diperlukan dalam penghasilan hemoglobin.

• Pengambilan ferum tambahan semasa hamil dan menyusukan bayi amat perlu kerana pengambilan biasa dari diet tidak mencukupi.

• Memberikan ferum melalui intravena atau lapisan otot kepada pesakit yang tidak dapat menerima zat besi secara oral.

ANEMIA MEGALOBLASTIK

Ia merupakan satu bentuk gangguan dalam darah di mana saiz sel darah merah lebih besar daripada biasa, bilangan sel darah putih dan platlet yang rendah.

Gejala

• Hilang selera makan. • Cirit-birit. • Kaki dan tangan rasa kebas dan sengal-sengal. • Mulut dan lidah terasa sakit. • Kulit menjadi pucat. • Keletihan. • Sakit kepala. • Jaundis.

Faktor Risiko

• Kekurangan vitamin B12 dan asid folik • Menghidap leukemia. • Menghidap mielofibrosis. • Menghidap mieloma berganda • Gangguan keturunan tertentu yang diwarisi • Ubat yang mengganggu metabolisme asid nukleik.

Pencegahan

Mengambil vitamin B12 dan asid folik yang mencukupi dapat membantu mencegah penyakit ini.

Penjagaan sendiri

• Makan makanan yang seimbang setiap hari dengan mengambil telur, hasil tenusu dan sumber-sumber vitamin B12 yang lain dari hasil haiwan.

• Makan makanan kaya ferum seperti hati, daging, roti gandum tulen, bijirin dan buah-buahan kering.

• Makan makanan yang kaya asid folik seperti germa gandum, kekacang, mentega kacang tanah, oat, cendawan, brokoli, hati lembu, dan asparagus.

• Makan makanan kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran mentah yang segar. Penyerapan ferum lebih berkesan dengan kehadiran vitamin C.

Page 12: Anemia

• Hadkan meminum teh kerana ia mengandungi tanin iaitu bahan yang boleh merencat penyerapan ferum. Namun meminum teh herba adalah elok diamalkan.

• Berehat dan tidur yang mencukupi. • Jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor atau pegawai farmasi.

Rawatan

Tujuan rawatan adalah untuk menentukan penyebab anemia dan rawatan bergantung kepada penyebab ini.

ANEMIA PERNISIUS

• Disebabkan kekurangan faktor dalaman iaitu sejenis bahan yang diperlukan untuk menyerap vitamin B12 dari saluran gastrousus (penghadaman).

• Boleh disebabkan oleh faktor keturunan.

Gejala

• Sesak nafas. • Keletihan yang teruk. • Pucat. • Kadar degupan jantung yang cepat. • Hilang selera makan. • Cirit-birit. • Daya ingatan yang lemah. • Sengal-sengal dan kebas. • Mulut terasa sakit. • Gaya berjalan tidak stabil (masalah koordinasi tangan dan kaki) terutama dalam keadaan

gelap. • Proses pemikiran menjadi lambat.

Faktor Risiko

• Mempunyai sejarah mengalami gangguan autoimunisasi endokrin. • Mempunyai sejarah keluarga menghidap anemia pernisius dan berketurunan

Scandinavia atau Eropah Utara. • Penghidap diabetes melitus. • Diet yang tidak seimbang terutama diet vegetarian yang kekurangan vitamin B12 dan

tidak mengambil tambahan vitamin. • Menghidap penyakit tiroid. • Pernah menjalani pembedahan perut, mendapat kanser perut atau gastritis. • Menghidap bulimia atau anoreksia nervosa.

Pencegahan

Ianya tidak dapat dicegah.

Page 13: Anemia

Penjagaan sendiri

• Makan makanan kaya ferum seperti hati, daging, roti gandum tulen, bijirin, telur dan buah-buahan kering.

• Makan makanan kaya asid folik seperti germa gandum, kekacang, mentega kacang tanah, oat, cendawan, brokoli, hati lembu dan asparagus.

• Makan makanan kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran mentah dan segar. Vitamin C meningkatkan penyerapan ferum dengan berkesan.

Rawatan

Suntikan vitamin B12 adalah rawatan yang sesuai untuk mengatasi gangguan ini.

ANEMIA APLASTIK SEKUNDER

• Berlaku apabila sel stem cedera dan menyebabkan pengurangan semua jenis sel darah. • Boleh disebabkan oleh kemoterapi, terapi ubat untuk menekan sistem imun (sistem

pertahanan tubuh), terapi radiasi, racun seperti benzena atau arsenik, dadah, kehamilan, masalah kongenital, hepatitis berjangkit dan eritematosus lupus sistemik.

Gejala

• Keletihan yang teruk. • Pucat. • Sesak nafas ketika melakukan aktiviti fisikal. • Kadar degupan jantung yang cepat. • Degupan jantung yang tidak sekata. • Ruam. • Mudah lebam. • Hidung berdarah. • Gusi berdarah. • Pendarahan berpanjangan.

Faktor Risiko

Faktor risiko untuk anemia jenis ini tidak diketahui.

Pencegahan

• Ia mungkin merupakan kesan rawatan yang tidak dapat dielakkan seperti kesan kemoterapi.

• Jika boleh elakkan bahan beracun seperti benzena atau arsenik.

Penjagaan sendiri

Page 14: Anemia

• Jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor atau pegawai farmasi. • Beritahu doktor bahawa anda menghidap anemia aplastik.

Rawatan

• Pemindahan darah dan platlet dilakukan untuk kes yang ringan. • Pemindahan sumsum tulang untuk mereka yang berusia 40 tahun ke bawah bagi kes-

kes yang teruk.

ANEMIA SEL SABIT

• Ia disebabkan oleh sejenis hemoglobin yang abnormal iaitu hemoglobin S yang diwarisi sebagai ciri autosomal resesif yang khusus.

• Ia berlaku di kalangan mereka yang mewarisi hemoglobin S dari kedua-dua ibu bapanya.

Gejala

• Sejarah keluarga mengalami anemia sel sabit. • Keletihan yang teruk. • Termengah-mengah. • Kadar degupan jantung yang cepat. • Tumbesaran dan mencapai umur baligh yang lambat. • Mudah terkena jangkitan. • Ulser di bahagian kaki bawah (pada remaja dan orang dewasa). • Jaundis • Sakit tulang • Sakit di bahagian abdomen. • Lemah badan. • Sakit sendi. • Demam. • Muntah.

Gejala tambahan

• Air kencing mengandungi darah (hematuria) • Pembuangan air kencing yang sangat banyak (isispadu air kencing berlebihan) • Teramat dahaga. • Sakit di bahagian penis. • Priapisme. • Sakit dada. • Kesuburan menurun.

Pencegahan

• Pembawa ciri penyakit ini digalakkan menghadiri sesi kaunseling genetik.

Page 15: Anemia

• Rawatan yang segera untuk jangkitan kuman yang berlaku, pengoksigenan yang mencukupi dan mengekalkan tahap penghidratan yang normal dapat mengelakkan sel darah merah menjadi bentuk sabit.

• Diagnosis pranatal kini boleh dijalankan untuk pasangan yang berisiko melahirkan bayi yang mengalami anemia sel sabit.

Penjagaan sendiri

• Cara yang terbaik ialah meningkatkan pengetahuan mengenai penyakit tersebut dan mempastikan anda mendapat penjagaan kesihatan yang terbaik.

• Mengambil vitamin asid folik (folat) setiap hari bagi membantu pembentukan sel darah merah yang baru.

• Mengambil penisilin setiap hari sehingga berumur 6 tahun untuk mengelakkan jangkitan kuman yang serius.

• Meminum air yang banyak setiap hari ( 8-10 gelas air untuk orang dewasa). • Elakkan suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk. • Elakkan tekanan dan melakukan aktiviti fisikal berlebih-lebihan. • Banyakkan berehat. • Dapatkan rawatan berkala dari pakar kesihatan.

Rawatan

• Objektif terapi adalah pengurusan yang menyeluruh dan pengawalan gejala yang berkait dengan krisis penyakit.

• Pengambilan asid folik tambahan diamalkan sebagai terapi yang berterusan. • Pengambilan ubat analgesik dan penghidratan yang mencukupi diberikan sebagai

rawatan untuk serangan anemia yang akut dan menyakitkan. Pemindahan darah dilakukan untuk krisis anemia aplastik atau hemolisis.

RUJUKAN

1. Kamus Dewan, Inggeris-Melayu, DBP, Kuala Lumpur, 1992 2. Istilah Perubatan, DBP, Kuala Lumpur, 1997 3. Kamus Dewan (Edisi Ketiga), DBP, Kuala Lumpur, 1997 4. Wainwright, P.; Furgesson, R. & Martin, R. Kamus Jururawat, Penerbit Fajar Bakti, Shah

Alam, 1999 5. Hinchliff, S. Dictionary of Nursing, 7th Ed, Churchill Livingstone, London, 1996

Laman Web

• http://health.yahoo.com/health/Diseases and Conditions/Disease Feed Data/Anemia • http://content.health.msn.com/content/dmk article 58481

Talasemia

Page 16: Anemia

Talasemia ialah satu penyakit yang diwarisi iaitu penyakit kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan bahan yang mengangkut oksigen dan memberi warna merah kepada darah.

Setiap tahun, lebih kurang 100,000 bayi di seluruh dunia dilahirkan mengalami talasemia major. Talasemia major paling kerap berlaku di kalangan mereka yang berketurunan Itali, Greek, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Afrika.

Nama lain bagi Talasemia Major Ialah Talasemia Beta Homozigus, Anemia Mediterranean dan Anemia Cooley.

Gejalanya

• Keletihan yang teruk. • Sesak nafas. • Jaundis. • Limpa membesar. • Kecacatan tulang (muka berupa mongoloid).

Jenis-jenis Talasemia

Talasemia Beta

• Ia disebabkan oleh mutasi yang terjadi dalam gen globin beta. • Individu yang mewarisi satu gen Talasemia Beta dari ibu atau bapa dikenali

sebagai Talasemia minor atau trait (ciri). Talasemia trait bukanlah suatu penyakit dan individu yang mempunyainya boleh meneruskan kehidupan yang dikira normal. Mereka merupakan pembawa kepada gen yang abnormal ini dan selalu digelar 'pembawa Talasemia yang sihat'. Mereka mempunyai paras hemoglobin yang rendah sedikit daripada biasa. Kekurangan ini selalunya lebih ketara ketika hamil. Sel darah merah mereka juga bersaiz kecil sedikit daripada biasa.

• Individu yang mewarisi dua gen Talasemia Beta, satu gen abnormal daripada ibu dan satu daripada bapa dikenali sebagai penghidap Talasemia major. Ia merupakan penyakit yang biasa terjadi di Malaysia.

• Individu Talasemia major menghasilkan rantaian beta globin yang sedikit berbanding normal.

• Sumsum tulang mereka tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi kerana ia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi.

• Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini selalunya mengalami anemia diantara 6-18 bulan selepas dilahirkan.

• Mereka memerlukan pemindahan darah yang berkala untuk meneruskan kehidupan.

Page 17: Anemia

• Kanak-kanak yang tidak dirawat biasanya akan sakit ketika berumur di antara 2-4 tahun. Mereka menjadi pucat, tumbesaran terbantut dengan kecacatan tulang dan limpa membesar.

Talasemia Alfa

• Ia disebabkan kehilangan 1 gen atau lebih daripada rantaian globin alfa. • Tahap keterukan talasemia ini bergantung kepada bilangan gen alfa globin yang

hilang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemindahan darah sekali-sekala sementara yang lain memerlukan pemindahan darah yang berkala (berterusan). Sesetengahnya pula langsung tidak memerlukan pemindahan darah. Kesemua ini bergantung kepada tahap keterukan penyakit tersebut.

• Ia boleh menyebabkan kejadian lahir mati akibat hydrops foetalis (sembab yang teruk di keseluruhan badan bayi yang dikaitkan dengan anemia teruk) jika tiada globin alfa yang dihasilkan semasa hayat janin.

Hemoglobin E/ Talasemia Beta

• Hemoglobin E mempunyai struktur yang berubah dan kadangkala menunjukkan ciri-ciri yang berubah/berlainan.

• Hemoglobin E/Talasemia Beta adalah keadaan yang biasa berlaku di Malaysia terutamanya di kalangan orang Melayu.

• Dalam kes ini, individu mewarisi 1 gen Talasemia Beta dan 1 gen hemoglobin E yang abnormal masing-masing daripada ibu atau bapa.

• Ia boleh menyebabkan masalah terhadap individu berkenaan dan pemindahan darah yang berterusan/berkala mungkin diperlukan ataupun tidak.

• Darah individu yang menghidap hemoglobin E/ Talasemia Beta mengangkut oksigen lebih baik berbanding individu dengan Talasemia Beta sahaja. Oleh itu mereka boleh bertahan dengan paras hemoglobin yang lebih rendah.

Penyebab Talasemia Beta major

Talasemia major berlaku apabila gen yang cacat diwarisi daripada kedua-dua ibu dan bapa. Jika ibu atau bapa merupakan pembawa ciri Talasemia, mereka boleh menurunkan ciri ini kepada anak-anak mereka. Jika kedua-dua ibu bapa pembawa ciri tersebut maka anak-anak mereka mungkin merupakan pembawa atau mereka akan menghidap penyakit tersebut seperti yang ditunjukkan dalam rajah .

Faktor risiko dan langkah pencegahan

Mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi Talasemia major atau merupakan pembawa kepada ciri ini adalah sangat berisiko.

Page 18: Anemia

Bagaimana kita dapat mencegah Talasemia major?

• Menjalani penyaringan bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia.

• Jika anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada beliau juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak.

• Jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan menghadiri kaunseling genetik. Kini terdapat ujian yang boleh dilakukan semasa awal kehamilan untuk mengetahui sama ada janin menghidapi Talasemia major ataupun tidak.

Penjagaan sendiri

• Ingatkan kanak-kanak supaya mengelakkan makanan dengan kandungan ferum yang terlalu tinggi seperti daging merah dan makanan lain yang kaya ferum seperti hati. Ingatlah bahawa ferum dalam daging lebih mudah diserap berbanding sumber-sumber ferum yang lain seperti bijirin dan roti.

• Sesetengah makanan seperti jus oren boleh meningkatkan penyerapan ferum manakala yang lain seperti teh, hasil tenusu dan kopi boleh mengurangkan penyerapannya. Bagaimanapun, jika anda menggunakan Desferral, anda disyorkan mengambil 250mg vitamin C selepas memulakan infusi untuk meningkatkan keluaran ferum.

• Kanak-kanak dinasihatkan untuk mendapatkan imunisasi mengikut jadual terutama pelalian Hepatitis B untuk melindungi mereka daripada jangkitan akibat pemindahan darah seperti Hepatitis B.

• Sesetengah kanak-kanak yang lebih tua terutama yang telah baligh cenderung mendapat ulser kaki terutamanya di keliling buku lali. Ini disebabkan kekurangan bekalan oksigen pada kulit akibat anemia dan peredaran darah yang lambat apabila seseorang itu berdiri atau duduk. Dengan itu mereka yang mengalami ulser ini dinasihat mengelakkan diri dari terhantuk buku lali dan memakai stoking dengan melipat bahagian atasnya atau memakai gelung dari kain khas yang tebal untuk melindungi tulang kering.

• Tingkatkan peredaran darah sebaik mungkin di bahagian buku lali. Ini boleh dilakukan dengan meninggikan kaki melebihi paras jantung. Tidur dengan kaki ditinggikan sedikit dan meletakkan kaki di atas kerusi /sofa ketika berehat, contohnya semasa menonton televisyen.

• Kebersihan dan kesihatan individu mestilah memuaskan dan kebersihan perlu dipelihara terutama di tempat Desferral disuntikkan/dimasukkan ke dalam badan.

• Jangan lambat mendapatkan rawatan susulan di hospital atau pemindahan darah. Adalah penting bagi pesakit mengekalkan paras hemoglobin purata sehampir

Page 19: Anemia

normal yang mungkin supaya tumbesaran yang hampir normal juga diperolehi. Tumbesaran dan perkembangan pesakit mesti diawasi dengan teliti.

• Talasemia merupakan penyakit yang memerlukan pemahaman tentang genetik dan fisiologi. Adalah penting untuk individu yang mengalaminya dan pembawa ciri ini menjadi ahli Persatuan Talasemia yang aktif bagi menimba pengetahuan dan maklumat terkini daripada mereka yang berkelayakan.

Rawatan

Talasemia minor Rawatan tidak diperlukan.

Talasemia major

• Pemindahan darah yang berkala diperlukan supaya kanak-kanak membesar dengan sihat. Pemindahan darah boleh mengubah sesetengah manifestasi penyakit ini, tetapi pengumpulan ferum daripada pemecahan hemoglobin akibat pemindahan darah boleh merosakkan organ hati, jantung dan endokrin. Suntikan Desferral (agen pengkelat ferum) membantu mengikat lebihan ferum dan mengeluarkannya melalui air kencing.

• Mengambil tambahan Folat (asid folik) harian. • Pemindahan sumsum tulang untuk pesakit yang sesuai.

RUJUKAN

1. Kamus Dewan, Inggeris-Melayu, DBP, Kuala Lumpur, 1992 2. Istilah Perubatan, DBP, Kuala Lumpur, 1997 3. Kamus Dewan (Edisi Ketiga), DBP, Kuala Lumpur, 1997 4. Wainwright, P.; Furgesson, R. & Martin, R. Kamus Jururawat, Penerbit Fajar

Bakti, Shah Alam, 1999 5. Hinchliff, S. Dictionary of Nursing, 7th Ed, Churchill Livingstone, London, 1996

Laman Web

• http://www.bplab.com.my/brochures/thala/thala.html • http://www.geocities.com/HotSprings/5917/ • http://health.iafrica.com/doconline/qa/blood/thalassaemia.html • http://www.genetics.com.au/resource/factsht/19.html

demam selsema

Apakah itu demam selsema?

Page 20: Anemia

Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?

• Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.

• Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan. • Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:

o Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.

o Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat. o Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar

untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat. o Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung. o Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak. o Suara parau-suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal

(peti suara) membengkak.

Gejala-gejala yang lain

• Mata rasa kepanasan sedikit • Hilang deria bau dan rasa. • Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan. • Demam. • Sakit-sakit badan.

Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.

Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.

Page 21: Anemia

Apakah komplikasi demam selsema?

Kadangkala demam selsema melarat menjadi sesuatu yang lebih serius, terutama apabila berlaku jangkitan bakteria lain (jangkitan yang bertindan) seperti:

• Jangkitan di bahagian telinga tengah (otitis media)- kerap berlaku pada kanak-kanak apabila jangkitan merebak dari rongga hidung ke telinga tengah.

• Sinusitis- jangkitan merebak hingga ke sinus. • Pneumonia- jangkitan merebak melalui saluran udara hingga ke paru-paru.

Risiko

• Mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah berisiko tinggi mendapat demam selsema yang teruk (atau komplikasinya). Ini termasuklah mereka yang:

• Kekurangan zat makanan. • Letih dan berasa tidak sihat • Susah hati. • Warga tua. • Pesakit yang sistem pertahanan badannya ditekan seperti mereka yang sedang

menjalani rawatan radioterapi.

Pencegahan

Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:

• Selalu membasuh tangan dengan bersih. • Tutup mulut ketika batuk atau bersin. • Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan

hingus akan terkandung dalam tisu dan tidak mengotorkan tangan. • Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor. • Jangan menggigit kuku. • Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema terutama apabila

mereka batuk atau bersin. • Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai. • Makanlah makanan yang seimbang. • Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang

mencukupi. • Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air

sehari.

Page 22: Anemia

• Jauhi daripada merokok - Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.

• Jauhkan diri daripada alkohol - alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema.

Pengurusan sendiri

Masa merupakan satu-satunya penawar demam selsema. Bagaimanapun, sesetengah perkara boleh dilakukan bagi membuatkan anda rasa lebih baik dan selesa. Disini disenaraikan beberapa petua untuk melawan demam selsema:

• Berehat di katil. Kunci untuk memulihkan demam selsema ialah anda memerlukan tidur selama 12 jam atau lebih setiap malam ketika anda melawan penyakit ini.

• Duduk dalam persekitaran yang lembab dan panas tetapi bukan di dalam bilik yang terlampau panas. Ia boleh menggalakkan/melancarkan rembesan saluran pernafasan, dengan itu dapat membantu penyingkiran dan pembersihan lendir dan kahak oleh silia (rerambut dalam rongga pernafasan yang menolak bahan buangan).

• Menghadkan aktiviti Terutama semasa penyakit sedang teruk. Ia dapat mengurangkan penyebaran virus kepada orang lain.

• Meminum banyak air Minum banyak air iaitu lebih 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi (kekontangan). Lendir akan mengalir dengan bebas dalam badan yang cukup cecair dan menolong anda mengelakkan jangkitan atau pulih daripadanya. Virus sukar menjangkiti tisu yang sihat dan lembab berbanding tisu yang kering.

• Berkumur-kumur dengan air garam yang suam Untuk meredakan kegatalan dan sakit tekak.

Bila anda perlu menggunakan produk/ubat-ubatan yang boleh diperolehi di kedai?

• Ubat-ubatan yang digunakan bagi demam selsema adalah bertujuan untuk memperbaiki/melegakan gejala-gejala yang timbul sementara sistem pertahanan semula jadi badan diaktifkan untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan penyakit. Jadi anda tidak memerlukan antibiotik yang sebenarnya tidak dapat membunuh virus.

• Jika anda melakukan rawatan sendiri - ketahuilah gejala-gejala yang anda rawat, jenis ubat yang digunakan dan bagaimana ia bertindak. Pegawai farmasi boleh membantu anda memilih rawatan yang bersesuaian dengan gejala.

Page 23: Anemia

Dekongestan

• Hidung tersumbat adalah suatu masalah biasa yang merengsakan (mengganggu) semasa demam selsema. Tidak hairanlah, dekongestan termasuk dalam sediaan ubat-ubatan demam selsema di pasaran.

• Ia dapat meredakan penyumbatan atau bengkak pada saluran hidung, dengan itu melancarkan pernafasan.

• Ia terdapat dalam bentuk krim sapu dan ubat makan.

Antitusif dan ekspektoran

• Ubat batuk bertindak dengan menjadikan batuk anda lebih produktif iaitu mengeluarkan kahak atau dengan mengurangkan batuk yang kering dan menyakitkan.

• Untuk mengurangkan kekerapan batuk anda buat sementara waktu, anda boleh memakan ubat penahan batuk. Ubat-ubatan ini yang juga dikenali sebagai antitusif (penahan batuk) bertindak terus ke atas pusat batuk di dalam otak.

• Ekspektoran • adalah sejenis ubat batuk yang mengandungi guaifenesin, iaitu bahan yang bertindak melancarkan perjalanan lendir di dalam saluran pernafasan. Hasilnya ekspektoran dapat menolong melapangkan saluran pernafasan dari bahan-bahan yang mengganggu.

Antihistamina

• Agen-agen antihistamina ini dapat melegakan gejala-gejala seperti bersin, hidung dan mata berair yang biasa dikaitkan dengan demam selsema.

• Ia dapat mengurangkan perembesan lendir dan membantu penghidap demam selsema berehat.

Analgesik/antipiretik

• Sakit otot, sakit kepala dan demam yang kadangkala terjadi semasa demam selsema boleh dirawat dengan berkesan menggunakan ubat-ubatan yang dibeli di farmasi.

• Parasetamol ialah agen antipiretik yang berkesan dan digunakan dengan meluas. • Aspirin sepatutnya tidak digunakan untuk merawat penyakit demam di kalangan

kanak-kanak atau remaja. Ini kerana aspirin dikaitkan dengan risiko mendapat penyakit Sindrom Reye.

Page 24: Anemia

• Sindrom Reye ialah penyakit yang serius, tetapi sangat jarang berlaku. Ia lazimnya terjadi di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 3-12 tahun. Ia boleh menjejaskan semua organ badan, tetapi selalunya mencederakan otak dan hati.

Vitamin C

Vitamin C mungkin dapat mengurangkan jangka masa atau keterukan gejala-gejala yang berlaku, tetapi tiada bukti yang jelas mengenainya.

Berjumpalah doktor sekiranya....

Demam selsema biasa yang anda hidapi tidak berkurangan selepas seminggu atau anda mempunyai gejala-gejala berikut:

• Selsema dengan demam 380C atau lebih tinggi yang berpanjangan lebih dari 2-3 hari.

• Sakit kepala yang teruk atau sakit di bahagian muka. • Penyumbatan hidung yang mengakibatkan sukar bernafas. • Berbunyi ronkus ketika bernafas (nafas bunyi berdesit). • Batuk yang teruk. • Sakit telinga. • Kahak berwarna kekuningan, kehijauan atau merah karat.

RUJUKAN

1. Micromedex 2. Handbook of Nonprescription Drug 3. A Home Guide to Diagnosing Illness 4. B.N.F. 5. Merck Manual of Medical Information, Home Edition. 6. Kamus Dewan, Inggeris-Melayu, DBP, Kuala Lumpur, 1992 7. Istilah Perubatan, DBP, Kuala Lumpur, 1997 8. Kamus Dewan (Edisi Ketiga), DBP, Kuala Lumpur, 1997 9. Wainwright, P.; Furgesson, R. & Martin, R. Kamus Jururawat, Penerbit Fajar

Bakti, Shah Alam, 1999 10. Hinchliff, S. Dictionary of Nursing, 7th Ed, Churchill Livingstone, London, 1996

Laman Web

Page 25: Anemia

• http://www.drkoop.com • http://abrannen.home.mindspring.com • http://www.sinuscarecenter.com • http://www.macontel.com • http://medicalreporter.health.org • http://www.ccohs.ca • http://onhealth.com • http://www.nih.gov/

DEMAM

Apakah yang dimaksudkan dengan demam?

Hampir semua individu akan mengalami demam semasa hayat mereka dan ia merupakan masalah yang sangat biasa dialami semua orang terutama kanak-kanak.

Demam adalah satu gejala dan bukannya penyakit. Ia ditunjukkan sebagai suhu badan yang meningkat luar biasa tinggi. Ia merupakan tanda meningkatnya nilai sasaran termoregulator (pengawalan suhu) badan. Sebenarnya ia adalah salah satu cara badan anda melawan penyakit.

Apakah suhu badan yang normal dan abnormal (luar biasa)?

Purata suhu badan yang normal ialah 36.7 0C (julat 36-37.4 0C). Suhu normal di bahagian rektum atau faraj ialah 0.5-1.0 0C lebih tinggi daripada suhu oral (di dalam mulut). Manakala suhu normal ketiak adalah lebih rendah 0.5-1.0 0C berbanding suhu oral. Suhu rektum pula adalah lebih tepat jika dibandingkan dengan suhu oral.

Oleh itu, demam secara amnya merujuk kepada suhu oral melebihi 37.8 0C, suhu rektum melebihi 38.3 0C atau suhu ketiak yang lebih tinggi daripada 37 0C.

Bagaimanapun, suhu badan yang normal berbeza-beza mengikut umur individu, tekanan fizikal dan emosi yang dihadapi, suhu persekitaran, waktu dan bahagian anatomi tempat suhu diambil.

Mengapa perlu memahami demam?

Kita sepatutnya mengambil berat mengenai gejala demam ini kerana ia boleh memberi maklumat penting tentang perubahan status klinikal pesakit dan kehadiran sesuatu penyakit terutamanya jangkitan kuman. Walau bagaimanapun, darjah peningkatan suhu tidak semestinya menggambarkan keterukan sesuatu penyakit.

Page 26: Anemia

Secara amnya, demam sebagai tindak balas kepada sesuatu keadaan/penyakit adalah lebih ketara berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Ia juga lebih merisaukan apabila berlaku di kalangan kanak-kanak.

Apabila suhu meningkat lebih daripada 40 0C, rawatan gejala mungkin perlu dilakukan terutama jika ianya berpanjangan. Tetapi jika suhu melebihi 41 0C, demam yang dialami boleh dianggap sebagai kes kecemasan perubatan.

Bagaimana suhu disukat?

Sesiapa sahaja boleh menyukat suhu dengan menggunakan termometer yang bersesuaian. Semasa sakit, termometer yang sama patut digunakan kerana ketepatan termometer berbeza-beza mengikut jenisnya. Termometer kaca mengandungi merkuri dan termometer elektronik biasa digunakan untuk menyukat suhu. Termometer kaca perlu dibasmi kuman setiap kali sebelum digunakan. Penggunaan penutup pakai buang pada termometer menyingkirkan keperluannya untuk di basmi kuman selepas digunakan. Termometer oral dan rektum tidak sepatutnya digunakan silih berganti.

Untuk memastikan bacaan yang tepat, individu tidak seharusnya terlibat dalam aktiviti fisikal yang kuat, memanaskan atau menyejukkan ruang mulut dengan merokok atau meminum minuman panas atau sejuk sekurang-kurangnya 5 -20 minit sebelum suhu badan diambil.

Sebelum menggunakan termometer kaca, kalibrasi perlu dilakukan dengan memutarkannya separas dengan mata untuk memastikan bacaan suhu yang ditunjukkan pada termometer berada di bawah 35.5 0C. Jika bacaan melebihi paras ini, goncang termometer dengan cepat sehingga paras merkuri turun di bawah paras 35.5 0C. Kemudian letakkan termometer di bawah lidah iaitu dengan menyengetkannya sedikit ke bahagian tepi mulut dan biarkan selama 2-4 minit.

Apakah penyebab demam yang utama?

Demam boleh merupakan gejala kepada:

• Jangkitan bakteria, virus, rikettsiae, fungus, parasit. • Penyakit autoimun: Contohnya demam reumatik vaskulitis, artritis reumatoid

dewasa, eritematosus lupus sistemik (SLE - systemic lupus erythematosus). • Penyakit sistem saraf pusat: Contohnya kecederaan kepala, kecederaan tulang

belakang dan pendarahan serebrum (bahagian otak utama). • Penyakit neoplastik malignan seperti metastasis tumor ke hati, neoplasma primer

(contoh: kolon dan rektum, hati, buah pinggang). • Penyakit dalam darah seperti limfoma, leukemia, anemia hemolisis.

Page 27: Anemia

• Penyakit kardiovaskular seperti jangkitan miokardium, embolisme pulmonari. • Penyakit gastrousus seperti hati bernanah/inflamasi, hepatitis alkoholik, penyakit

keradangan usus. • Penyakit endokrin seperti hipertiroidisme, feokromositoma. • Penyakit yang disebabkan oleh agen kimia seperti tindak balas ubat (Quinidine,

Nifedipine, Penisilin-G, Ampisilin, Vancomycin, Bleomycin, Carbamazepine) dan hipertermia malignan disebabkan pembiusan.

• Penyakit-penyakit lain seperti kecederaan pada tisu, hematoma, demam Mediterranean keluarga.

Pengurusan sendiri

• Anda dinasihatkan supaya meminum banyak air, terutama air kosong untuk menggantikan cecair dan elektrolit yang telah hilang. Awasi tanda-tanda dehidrasi yang mungkin berlaku.

• Catatkan bacaan suhu setiap 2 jam dan jika perlu catatkan setiap kali berlaku perubahan gejala. Kekerapan menyukat suhu mungkin tidak disukai oleh kanak-kanak tetapi perubahan tingkah laku dan keluhan mereka boleh menjadi panduan untuk memberi ubat.

• Bagi demam yang menyebabkan ketidakselesaan, lapkan badan dengan air suam dan ambil parasetamol atau ubat antipiretik lain. Jangan memberi aspirin kepada kanak-kanak atau remaja yang berumur di bawah 20 tahun.

Berjumpalah doktor sekiranya....

• Demam melebihi 40 0C yang tidak surut walaupun selepas 2 jam rawatan diberikan di rumah.

• Demam yang berterusan: Banyak penyakit yang berpunca dari virus seperti selsema menyebabkan demam dengan suhu setinggi 39 0C atau lebih untuk jangka waktu yang singkat (12-24 jam).

• Demam disertai dengan tanda-tanda jangkitan bakteria yang lain. • Demam yang dikaitkan dengan gejala yang mengganggu atau sukar dijelaskan.

Secara amnya, demam merupakan gangguan yang tidak berjangkit dan tidak merbahaya. Maka tujuan utama rawatan ialah untuk mengurangkan/melegakan ketidakselesaan yang dirasai. Dengan itu pendekatan sederhana bagi rawatan antipiretik (mengurang atau melegakan demam) adalah disyorkan. Secara amnya, ubat asetaminofen atau parasetamol merupakan agen antipiretik pilihan. Namun ubat-ubat ini perlu gunakan dengan berhati-hati untuk memperolehi kesan antipiretik yang maksimum dan mengelakkan sebarang kesilapan tidak sengaja dari berlaku seperti dos berlebihan dan keracunan.

Page 28: Anemia

RUJUKAN

1. Handbook of Nonprescription Drugs 9th Edition. 2. Healthwise Handbook. 3. Kamus Dewan, Inggeris-Melayu, DBP, Kuala Lumpur, 1992 4. Istilah Perubatan, DBP, Kuala Lumpur, 1997 5. Kamus Dewan (Edisi Ketiga), DBP, Kuala Lumpur, 1997 6. Wainwright, P.; Furgesson, R. & Martin, R. Kamus Jururawat, Penerbit Fajar

Bakti, Shah Alam, 1999 7. Hinchliff, S. Dictionary of Nursing, 7th Ed, Churchill Livingstone, London, 1996

Laman Web

• http://www.healthyideas.com/healing/cond ail/ • http://www.mayohealth.org/

PENYAKIT HEPATITIS B

Apakah itu Hepatitis B

Penyakit hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan. Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia didapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B. Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.

Bagaimana Virus Hepatitis B Merebak?

• Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan. Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus. Penyakit ini boleh merebak melalui:

o Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui: o pemindahan darah, hemodialisis o berkongsi jarum (seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau

cukur, berus gigi

Page 29: Anemia

o kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)

o mencacah tatu, akupunktur, elektrolisis dan menindik telinga • Perinatal (sekitar kehamilan)- daripada ibu kepada anak ketika kelahiran • Hubungan seks.

Kumpulan Berisiko Tinggi

• Penagih dadah yang menggunakan suntikan • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka

terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).

• Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks (homoseksual, biseksual atau heteroseksual).

• Pesakit hemodialisis • Penerima hasil atau produk darah seperti pesakit hemofilia dan lain-lain masalah

bekuan darah (yang tidak dijangkiti hepatitis B). • Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV • Mereka yang mengidap penyakit kelamin • Mereka dari kumpulan etnik tertentu atau penduduk negara di mana HBV

merupakan penyakit yang sangat endemik seperti di China, Asia Tenggara, negara Timur Tengah beberapa bahagian di benua Afrika dan Amerika Selatan.

• Pengembara antarabangsa yang berada lebih dari 6 bulan di negara-negara di mana HBV tersangat endemik.

Tanda dan Gejala

• Gejala seakan-akan mendapat selesema • Demam • Sakit-sakit badan (sendi dan otot) • Keletihan dan lemah • Hilang selera makan • Loya dan muntah • Jaundis (warna kulit dan mata kekuningan)

Jenis Hepatitis B

Berbentuk akut:

Page 30: Anemia

• Kebanyakan penghidapnya mempunyai sedikit sahaja ataupun tidak menunjukkan sebarang gejala.

• Mereka boleh menjangkiti orang lain dalam jangka waktu yang terhad. • Mereka boleh sembuh sepenuhnya.

Berbentuk kronik (lebih serius selepas serangan yang akut)

• Lazimnya, sesetengah pesakit masih tidak menunjukkan sebarang gejala yang nyata.

• Mereka boleh menjangkiti orang lain untuk jangka waktu yang tidak terhad. Mereka merupakan 'pembawa'.

• Mereka hanya boleh dikesan melalui ujian darah yang dijalankan 2 kali, dengan jarak di antara kedua-dua ujian ialah 6 bulan.

Komplikasi

• Sirosis hati (penyakit kronik yang berlaku secara perlahan-lahan di mana sel hati dimusnahkan secara beransur-ansur.

• Kanser hati - lazimnya berlaku di kalangan kaum lelaki

Pengurusan Sendiri

Langkah-langka umum yang perlu diambil:

• Pesakit perlu mengelakkan diri dari keletihan, mungkin perlu berehat di katil. • Mengamalkan pemakanan yang sihat, mengekalkan imbangan cecair dalam badan

dan mengelak dari meminum alkohol, makan makanan berlemak dan mengambil beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu fungsi hati (bertanyalah doktor anda).

Rawatan

Untuk kes-kes tertentu, terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang dapat mengawal jangkitan. Langkah-langkah yang boleh meningkatkan kemandirian atau survival pesakit yang menghidapi kegagalan hati termasuklah penjagaan sokongan yang intensif serta rujukan awal untuk pemindahan organ hati. Pemindahan hati adalah pilihan yang boleh diberikan kepada pesakit yang mengalami peringkat akhir penyakit hati yang kronik akibat jangkitan kuman virus.

Page 31: Anemia

Petua Pencegahan

Terdapat 2 jenis produk yang dapat mencegah jangkitan hepatitis B: vaksin hepatitis B yang dapat memberi keimunan aktif dan antibodi hepatitis B dan HBIG (hepatitis B immunoglobulin) yang dapat memberi keiunan pasif sementara. HBIG hanya digunakan sebagai pencegahan selepas terdedah kepada kuman virus hepatitis B.

Vaksin hepatitis B diberi secara suntikan otot sebanyak 3 kali dalam beberapa bulan untuk memberi perlindungan sepenuhnya.

1. Suntikan pertama 2. selepas sebulan - suntikan kedua 3. selepas 6 bulan - suntikan ketiga

Kesan sampingan vaksin : kesakitan di sekitar tempat suntikan, sakit kepala, kelesuan dan demam

• Imunisasi untuk penyakit hepatitis B diberi selepas kelahiran. • Suntikan yang diberikan kepada bayi secara rutin merupakan strategi

penghapusan primer untuk hepatitis B. Bayi yang lahir dari seorang ibu yang menjadi pembawa virus hepatitis B akan diberi antibodi hepatitis B dan juga suntikan vaksin selepas dilahirkan.

• Saringan untuk virus hepatitis; pengesanan dan rawatan awal boleh memperbaiki kesan-kesan kesihatan dan dengan itu dapat mengurangkan kos penjagaan kesihatan. Semua penderma darah akan disaring secara rutinnya untuk penyakit hepatitis B.

• Jika anda tidak mendapat imunisasi hepatitis B semasa dilahirkan, dapatkan ujian darah untuk memastikan anda tidak dijangkiti dengan hepatitis B. Antibodi hepatitis B dan suntikan vaksin sepenuhnya selalunya didapati berkesan untuk merawat mereka yang terdedah kepada virus hepatitis B dan belum lagi imun.

o Suntikan Hepatitis B sebelum pendedahan kepada golongan penduduk yang berisiko tinggi.

o Amalkan hubungan seks yang selamat (menggunakan kondom, kenali pasangan anda).

o Elakkan dari menyalahguna dadah dan berkongsi jarum. o Jangan berkongsi barangan persendirian (seperti berus gigi, bisau cukur,

pengetip kuku, gunting dan pinggan-mangkuk). o Tolak penggunaan semula jarum atau peralatan lain yang telah dipakai

(seperti apabila menjalani rawatan akupunktur, menindik telinga atau mencacah tatu).

o Jika anda seorang pembawa kuman virus, tutup luka atau kudis dan buangkan barang-barang yang telah digunakan dengan berhati-hati. Ianya mungkin mengandungi darah atau cecair badan lain.

Page 32: Anemia

RUJUKAN

1. Australian Pharmacy Self Care. 2. Hepatitis World, Richard Guan, FRCP, Vol. 2, Number 1, Excerpta Medica Asia

Limited, March 1997. 3. Important Information For Patients, Chronic Hepatitis B, by Schering - Plough

Interferon Research Grant. 4. Malaysia Healthcare Guide 1997 5. Kamus Dewan, Inggeris-Melayu, DBP, Kuala Lumpur, 1992 6. Istilah Perubatan, DBP, Kuala Lumpur, 1997 7. Kamus Dewan (Edisi Ketiga), DBP, Kuala Lumpur, 1997 8. Wainwright, P.; Furgesson, R. & Martin, R. Kamus Jururawat, Penerbit Fajar

Bakti, Shah Alam, 1999 9. Hinchliff, S. Dictionary of Nursing, 7th Ed, Churchill Livingstone, London, 1996

Cacing

Cacing Benang

• Ia juga dikenali sebagai cacing jarum. • Jangkitan cacing benang sebenarnya merujuk kepada jangkitan oleh Entebius

vermicularis dalam salur gastrousus (penghadaman) manusia. • Disebabkan cara ia membiak, cacing benang lebih banyak dijumpai di kalangan

kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Kitaran hidup cacing benang

• Cacing benang sangat kecil (panjangnya cuma 1cm), berwarna putih dan berbentuk seperti benang.

• Ia boleh ditemui di hujung bahagian atas usus besar berhampiran dengan apendiks. Ia akan bergerak ke bahagian luar dubur untuk bertelur.

• Telur itu kemudiannya akan dipindahkan daripada kawasan sekeliling dubur ke pakaian tidur, kelengkapan tilam/tempat tidur (seperti cadar, sarung bantal), habuk dan udara.

• Walau bagaimanapun cara penularan yang paling biasa berlaku ialah melalui tangan pesakit, khususnya di celah kuku tangan, ketika menggaru atau mengendalikan pakaian, cadar dan sarung bantal.

• Apabila kanak-kanak menghisap ibu jari atau menjilat jari (selepas menggaru kawasan dubur), telur akan ditelan dan kitaran hidupnya akan bermula kembali.

Tanda-tanda dan Gejala

Page 33: Anemia

• Tiada sebarang tanda atau gejala yang ditunjukkan semasa jangkitan yang ringan. • Semasa jangkitan yang lebih teruk, gejala yang biasa timbul ialah gatal-gatal dan

sukar tidur dengan nyenyak di malam hari. Ini disebabkan kegatalan yang amat sangat dan kronik di bahagian dubur pada waktu malam.

• Sakit perut atau perut kembung. • Hilang selera makan. • Loya dan muntah.

Ujian

Cacing benang boleh dilihat dengan mata kasar dengan menyuluh lampu di bahagian dubur kanak-kanak. Ia boleh dilakukan beberapa jam selepas waktu tidur.

Atau

Pada waktu pagi sebelum mandi dan membuang air besar, lekatkan pita pelekat selofan di kawasan sekeliling dubur. Sebarang telur yang ada di situ akan melekat pada pita tersebut.

Apakah harus anda lakukan?

• Ambil ubat antihelmin (ubat anti cacing). Dapatkan nasihat pegawai farmasi mengenai ubat cacing benang yang bersesuaian sebelum membelinya.

• Berjumpalah doktor jika cacing masih kelihatan di waktu malam walaupun selepas 3 hari rawatan diberikan di rumah.

Penjagaan sendiri

• Basuh tangan dengan sabun dan beruslah kuku setiap kali sebelum makan dan selepas ke tandas.

• Segera mandi selepas bangun tidur (ini akan menanggalkan dan membersihkan telur yang terkumpul pada waktu malam).

• Pakaikan kanak-kanak dengan baju tidur, sarung tangan atau seluar dalam yang kejap untuk mengelakkan telur dari terlekat pada tangan atau termasuk ke celah-celah kuku semasa menggaru.

• Pastikan kuku kanak-kanak pendek dan bersih.

RUJUKAN

Page 34: Anemia

1. Worm infestation. Malaysia Healthcare Guide. 1997:581 2. MandellGL, Douglas RG, Bennett JE:Enterobiasis. Principles and Practice of

Infectious Disease 3rd Edition: 2136-2137. 3. Kamus Dewan, Inggeris-Melayu, DBP, Kuala Lumpur, 1992 4. Istilah Perubatan, DBP, Kuala Lumpur, 1997 5. Kamus Dewan (Edisi Ketiga), DBP, Kuala Lumpur, 1997 6. Wainwright, P.; Furgesson, R. & Martin, R. Kamus Jururawat, Penerbit Fajar

Bakti, Shah Alam, 1999 7. Hinchliff, S. Dictionary of Nursing, 7th Ed, Churchill Livingstone, London, 1996

Laman Web

• http://www.cdc.gov/ncidod/dpd/parasites/pinworm/factsht/pinworm.htm