case study anemia

21
PENGENALAN Anemia merupakan sejenis penyakit darah yang paling biasa dialami oleh pesakit. Keadaan anemia berlaku apabila darah manusia kekurangan komponennya yang penting iaitu haemoglobin. Haemoglobin mempunyai fungsi sangat penting kerana ia merupakan medium untuk memindahkan oksigen daripada darah ke tisu tubuh badan manusia. Tisu-tisu yang ada dalam badan manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup.Hemoglobin(protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus berada pada kuantiti yang mencukupi untuk memastikan kadar pengoksidaan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan. Kejadian anemia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca. Diantaranya ialah kitaran haid bagi kaum wanita, kehilangan sel darah merah yang banyak, jangkitan cacing, masalah genetik, penyakit kronik seperti kanser, kurang pengambilan vitamin B12, dan ferum serta kehamilan. Badan manusia sentiasa memerlukan oksigen untuk berfungsi, namun apabila berlakunya keadaan anemia, beberapa tanda dan gejala akan timbul berdasarkan tahap keterukkannya. Diantara simptom yang biasa berlaku ialah badan menjadi lemah, sesak nafas, pening, palpitasi dan pucat. Namun bagi anemia yang teruk sakit dada, pengsan peningkatan kadar nadi mungkin akan berlaku. Selain itu, anemia juga boleh menyebabkan penyakit lain yang mungkin dialami oleh pesakit menjadi bertambah teruk. 1 | Page

Upload: wafiuddin94

Post on 17-Jul-2016

339 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

study

TRANSCRIPT

Page 1: Case Study Anemia

PENGENALAN

Anemia merupakan sejenis penyakit darah yang paling biasa dialami oleh pesakit.

Keadaan anemia berlaku apabila darah manusia kekurangan komponennya yang penting iaitu

haemoglobin. Haemoglobin mempunyai fungsi sangat penting kerana ia merupakan medium

untuk memindahkan oksigen daripada darah ke tisu tubuh badan manusia. Tisu-tisu yang ada

dalam badan manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup.Hemoglobin(protein yang

membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus berada pada kuantiti yang mencukupi untuk

memastikan kadar pengoksidaan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Kejadian anemia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca. Diantaranya ialah

kitaran haid bagi kaum wanita, kehilangan sel darah merah yang banyak, jangkitan cacing,

masalah genetik, penyakit kronik seperti kanser, kurang pengambilan vitamin B12, dan ferum

serta kehamilan.

Badan manusia sentiasa memerlukan oksigen untuk berfungsi, namun apabila berlakunya

keadaan anemia, beberapa tanda dan gejala akan timbul berdasarkan tahap keterukkannya.

Diantara simptom yang biasa berlaku ialah badan menjadi lemah, sesak nafas, pening, palpitasi

dan pucat. Namun bagi anemia yang teruk sakit dada, pengsan peningkatan kadar nadi mungkin

akan berlaku. Selain itu, anemia juga boleh menyebabkan penyakit lain yang mungkin dialami

oleh pesakit menjadi bertambah teruk.

1 | P a g e

Page 2: Case Study Anemia

BIODATA MAKLUMAT PESAKIT

NO. R/N : 11/2014

I/C : 770521- 08- 0964

UMUR : 37 TAHUN

BANGSA : INDIA

JANTINA : PEREMPUAN

PEKERJAAN : OPERATOR KILANG

KLINIK : UNIT KESIHATAN IBU

DAN ANAK SUNGAI

SIPUT(U)

LMP : DISEMBER 2013

EDD : 7 OKTOBER 2014

GR : 05 P : 4

HAID : 7 HARI ( REGULAR )

KUMP DARAH : B

RHESUS : POSITIF

VDRL/TPHA : NR

HIV : NR

IC SUAMI : 660425-08-5411

PERKERJAAN SUAMI : KILANG PASU

TARIKH PERKAHWINAN : 1994

2 | P a g e

Page 3: Case Study Anemia

CASE REPORT

Pada 9 Mac 2014 yang lalu, pesakit ini telah datang ke Unit Kesihatan Ibu dan Anak

untuk menjalani pemeriksaan antenatal. Setelah rutin seperti pengambilan berat badan dan

tekanan darah dilakukan, beliau mengadu bahawa dia sering kali berasa lemah badan dan pening

kepala. Beliau juga kelihatan pucat. Jururawat yang ada di situ telah mengarahkan supaya beliau

menjalani ujian haemoglobin kerana disyaki mengalami anemia. Setelah keputusan diperolehi, ia

menujukkan paras haemoglobin pesakit itu 8.1 g/dL dan paras normal haemoglobin bagi wanita

yang hamil ialah 11g/dL.

Beliau telah di rujuk kepada doktor yang bertugas untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Ujian darah full blood picture telah dilakukan bagi mengkaji keadaan sel darah merah pesakit ini.

Selain itu, beliau telah diberikan tarikh temujanji pada dua minggu daripada tarikh hari ini.

Bekalan ubat – ubatan hematinic seperti ferrus fumerate, vitamin B12, vitamin C dan juga folic

acid untuk meningkatkan paras haemoglobin juga turut diberikan. Penerangan tentang kesan

anemia semasa hamil juga telah diberikan. Diantara kesan anemia yang boleh berlaku ialah

mudah mendapat jangkitan, keguguran, pembesaran bayi terbantut dan kematian bayi didalam

rahim.

Pendidikan kesihatan tentang pengawalan paras haemoglobin juga telah diberikan oleh

doktor. Beliau disarankan supaya mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang,

lala, tiram, ikan bilis hati ayan atau lembu serta daging sekurang – kurangnya empat kali

seminggu. Selain itu, beliau perlu mengelakkan mengambil teh, kopi atau susu bersama hidangan

makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi kerana ia boleh menghalang penyerapan zat

besi. Sebaliknya air limau atau jus buah – buahan yang lain.

3 | P a g e

Page 4: Case Study Anemia

LITERATURE RIVIEW

Menurut Mochtar (1998) penyebab anemia pada umumnya adalah sebagai berikut: 1.

Kurang gizi (malnutrisi) 2. Kurang zat besi dalam diit 3. Malabsorpsi 4. Kehilangan darah

banyak seperti persalinan yang lalu, haid dan lain-lain 5. Penyakit-penyakit kronik seperti TBC

paru, cacing usus, malaria dan lain-lain Untuk menegakan diagnosa Anemia defisiensi besi dapat

dilakukan dengan anamnesa. Hasil anamnesa didapatkan keluhan cepat lelah, sering pusing, mata

berkunang-kunang dan keluhan mual muntah pada hamil muda.

Anemia adalah keadaan ibu dengan kadar haemoglobin (Hb) dalam darahnya kurang dari

12 gr% (Wiknjosastro, 2002). Sedangkan anemia dalam kehamilan adalah kondisi ibu dengan

kadar haemoglobin dibawah 11 gr% pada trimester I dan III atau kadar <10,5 gr% pada trimester

II (Saifuddin, 2002). Anemia dalam kehamilan yang disebabkan karena kekurangan zat besi,

jenis pengobatannya relatif mudah, bahkan murah. Darah akan bertambah banyak dalam

kehamilan yang lazim disebut Hidremia atau Hipervolemia. Akan tetapi, bertambahnya sel darah

kurang dibandingkan dengan bertambahnya plasma sehingga terjadi pengenceran darah.

Perbandingan tersebut adalah sebagai berikut: plasma 30%, sel darah 18% dan haemoglobin

19%.

Bertambahnya darah dalam kehamilan sudah dimulai sejak kehamilan 10 minggu dan

mencapai puncaknya dalam kehamilan antara 32 dan 36 minggu (Wiknjosastro, 2002).

Kebanyakan anemia dalam kehamilan disebabkan oleh defisiensi besi dan perdarahan

akut bahkan tidak jarang keduannya saling berinteraksi (Safuddin, 2002).

4 | P a g e

Page 5: Case Study Anemia

Menurut Dr Samar K Basu, seorang pakar obstetrik di Modi Hospital, India, anemia

dapat didefinasikan sebagai paras haemoglobin kurang daripada paras normal. Paras normal

haemoglobin di dalam tubuh biasa adalah 12.14 gram percent. World Health Organisation

telah menetapkan bahawa paras haemoglobin yang normal bagi wanita hamil ialah 11 gram dan

keatas. Menurut Dr George di dalam mdguidline.com, masalah anemia yang sering berlaku

kepada wanita hamil adalah disebabkan oleh peningkatan isipadu cecair di dalam system

peredaran darah. Keadaan ini akan menyebabkan kepekatan isipadu sel darah merah berkurang

dan berlakunya anemia. Namun menurut Dr Reveis L di dalam bukunya yang bertajuk ‘ Danger

in Pregnancy’ , masalah anemia yang sering berlaku kepada kaum wanita adalah disebabkan

oleh kurangnya pengambilan zat besi. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh

mendatangkan bahaya terhadap ibu dan juga anak.

Menurut Robin Elise Weiss, LCCE, di dalam ‘ Getting Pregnant Book’, diantara

tanda dan gejala yang biasa ditemui pada wanita hamil yang mengalami anemia ialah cepat

menjadi letih dan berasa lemah badan,pening kepala, sesak nafas dan juga kelihatan pucat. Pucat

terjadi kerana tisu tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya manakala sesak nafas pula

berlaku kerana jantung cuba mendapatkan bekalan oksigen yang secukupnya daripada paru –

paru. Bagi kejadian anemia yang teruk pula, Riffat Jaleel telah menerangkan di dalam artikelnya

yang bertajuk ‘severe anemia and adverse pregnancy outcome,’ wanita itu mungkin akan

mengalami keadaan yang sangat teruk sepeti pengsan, najis menjadi gelap, terlalu pucat,

peningkatan tekanan darah serta nadi, dan juga sakit dada.

Menurut Lindasy H Hellen didalam ‘The American Journal of Nutrition’, anemia yang

tidak dirawat boleh menyebabkan kecacatan bayi disebabkan tumbesaran yang terbantut. Selain

itu, ia juga boleh mendatangkan bahaya kepada ibu kerana si ibu akan mudah mendapat

jangkitan di samping penyakit lemah jantung. Keadaan ibu akan menjadi lebih teruk jika

berlakunya sebarang pendarahan.

Menurut Blackwell S; Merck Manual 2008, sebarang kandungan yang tidak mendapat

bekalan oksigen dan nutrisi yang secukupnya akan mengalami masalah ketika proses kelahiran

seperti kelahiran yang tidak cukup bulan, pembesaran yang terbantut, bayi lahir kurang berat

badan serta kematian bayi di dalam kandungan

5 | P a g e

Page 6: Case Study Anemia

Menurut Alaska Native Medical Center, terdapat beberapa ubat – ubatan yang sesuai

diberikan kepada wanita yang mengalami anemia berdasarkan puncanya. Diantaranyan ialah

pemberian iron secara oral bagi kes kekurangan iron yang tidak teruk. Contoh ubat ialah ferrus

fumerate. Ia bertindak dengan menggantikan zat besi yang hilang dan biasanya ia diambil

bersama dengan vitamin C yang mampu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam tubuh. Dos

biasa ialah 400 – 600 mg sehari dan dos boleh ditingkatkan mengikut keterukkan anemia itu.

Namun jika keadaan anemia tidak berkurang dan semakin teruk, pemberian iron dextran secara

parentral perlu dilakukan.

Menurut Dr Robert didalam Anemia Guidline 2004, kesan sampingan yang mungkin

diperolehi ialah rasa ganguan alimentary, najis menjadi lebih gelap, nausea, pening dan sakit di

bahagian epigastrik.

Menurut Dr Scott didalam Medscape.org ialah asid folic 5 mg. ia sesuai diberikan

kepada pesakit yang mengalami anemia disebabkan oleh kekurangan pengambilan nutrisi dan

tidak sesuai diberi kepada mereka yang mempunyai penyakit malignan.

Menurut Seksyen Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, langkah terbaik bagi

mengawal anemia ialah dengan pemakanan. Sentiasa mengamalkan pengambilan makanan yang

kaya dengan zat besi seperti ikan bilis, makanan laut, hati ayam atau lembu sekurang –

kurangnya empat kali seminggu. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh dan kopi

semasa makan atau semasa mengambil pil zat besi kerana ia boleh mengganggu penyerapan zat

besi, sebaliknya ambillah bersama jus limau ataupun buah – buahan lain.

6 | P a g e

Page 7: Case Study Anemia

PERBINCANGAN

Wanita yang hamil mudah terdedah kepada penyakit yang boleh mendatangkan

komplikasi kepada bayi dan juga ibu. Diantara keadaan yang merbahaya kepada ibu ialah anemia

ataupun lebih dikenali sebagai kurang darah semasa hamil oleh masyarakat umum. Ianya berlaku

kerana isipadu cecair di dalam tubuh meningkat dan menyebabkan kepekatan sel darah merah

berkurang. Anemia juga berlaku kerana kekurangan haemoglobin di dalam darah. Menurut

WHO (1992) anemia adalah suatu keadaan dimana kadar hemoglobin lebih rendah dari batas

normal untuk kelompok orang yang bersangkutan (Tarwoto, dkk, 2007 : 30). Pesakit ini

mempunyai kadar haemoglobin sebanyak 8.1 g d/L yang lebih rendah dari paras normal.

Anemia adalah keadaan ibu dengan kadar haemoglobin (Hb) dalam darahnya kurang dari

12 gr% (Wiknjosastro, 2002). Sedangkan anemia dalam kehamilan adalah keadaan ibu dengan

kadar haemoglobin dibawah 11 gr% pada trimester I dan III atau kadar <10.5 gr% pada trimester

II (Saifuddin, 2002). Anemia dalam kehamilan yang disebabkan kerana kekurangan zat besi.

Darah akan bertambah banyak dalam kehamilan yang lazim disebut Hidremia atau

Hipervolemia. Haemoglobin merupakan satu komponen yang penting kerana ia berfungsi

sebagai pembawa oksigen daripada sel darah merah kepada tisu tubuh badan manusia. Tisu – tisu

tubuh manusia memerlukan oksigen untuk berfungsi. Namun apabila paras haemoglobin

berkurang, maka oksigen yang sampai adalah sedikit dan tidak mencukupi. Paras haemoglobin

yang normal bagi wanita hamil ialah 11 gram.

Menurut Mochtar (1998) penyebab anemia pada umumnya adalah kurang gizi

(malnutrisi), kurang zat besi dalam diet, malabsorpsi, kehilangan darah banyak seperti

persalinan yang lalu, haid dan lain-lain, penyakit-penyakit kronik seperti TBC paru, cacing usus,

malaria dan lain-lain. Selain itu, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan berlakunya

keadaan anemia ini. Diantaranya ialah jangkitan cacing. Ianya berlaku kerana cacing yang

membiak didalam usus manusia akan memakan kesemua nutrisi yang kita ambil dan berlakunya

anemia. Selain itu, pengeluaran sel darah merah yang banyak akibat daripada kecederaan atau

sebagainya turut menjadi punca anemia. Sikap sesetengah individu yang tidak mengamalkan

pemakanan yang sihat dan kurang mengambil makanan berzat seperti sayur – sayuran hijau, hati

ayam atau lembu dan juga makanan laut juga turut mengundang kejadian anemia.

7 | P a g e

Page 8: Case Study Anemia

Kekurangan haemoglobin dapat dikenalpasti berdasarkan beberapa tanda dan gejala. Di

antaranya seseorang itu akan kelihatan pucat pada bahagian muka, bibir dan bawah kelopak

mata. Hal ini demikian adalah kerana tindakbalas sel yang kekurangan oksigen. Selain itu,

sesrang itu juga akan mengalami keadaan seperti lemah, tidak bermaya, rasa mengah dan

berdebar – debar dan degupan jantung menjadi lebih cepat. Pesakit juga akan berasa pening

kepala kerana otak tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.

Menurut Robin Elise Weiss, LCCE, di dalam ‘ Getting Pregnant Book’, diantara

tanda dan gejala yang biasa ditemui pada wanita hamil yang mengalami anemia ialah cepat

menjadi letih dan berasa lemah badan,pening kepala, sesak nafas dan juga kelihatan pucat. Pucat

terjadi kerana tisu tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya manakala sesak nafas pula

berlaku kerana jantung cuba mendapatkan bekalan oksigen yang secukupnya daripada paru –

paru. Bagi kejadian anemia yang teruk pula, Riffat Jaleel telah menerangkan di dalam artikelnya

yang bertajuk ‘severe anemia and adverse pregnancy outcome,’ wanita itu mungkin akan

mengalami keadaan yang sangat teruk sepeti pengsan, najis menjadi gelap, terlalu pucat,

peningkatan tekanan darah serta nadi, dan juga sakit dada.

Patofisologi bagi anemia ibu hamil ialah berlakunya perubahan hematologi berhubung

dengan kehamilan adalah kerana perubahan peredaran yang semakin meningkat terhadap

plasenta dan pertumbuhan payudara . Isipadu plasma meningkat 45-65 % pada trimester II

kehamilan dan maksimum berlaku pada pada bulan ke - 9 , menurun sedikit menjelang term serta

kembali normal 3 bulan setelah partus ( Rukiyah , Ai Yeyeh , dkk , 2010 : 115 ) .

Klasifikasi Anemia dalam kehamilan menurut Tarwoto , dkk , ( 2007 : 42-56 ) adalah

sebagai berikut iaitu Anemia Kekurangan Zat Besi , Anemia megaloblastik , Anemia aplastik ,

anemia hemolitik , Anemia Sel Sabit . Anemia kekurangan zat besi (Iron deficiency anemia)

merupakan jenis anemia terbanyak didunia , yang disebabkan oleh bekalan zat besi kurang dalam

tubuh.Anemia megaloblastik yang disebabkan kerana kekurangan vitamin B12 dan asid folik .

Anemia aplastik terjadi akibat ketidakupayaan sumsum tulang membentuk sel - sel darah .

Kegagalan tersebut disebabkan kerosakan utama sistem sel yang mengakibatkan anemia .

Anemia hemolitik disebabkan kerana berlaku peningkatan hemolisis dari eritrosit , sehingga

usianya lebih pendek.Anemia Sel Sabit adalah anemia hemolitika berat dan pembesaran limpa

akibat molekul Hb .

8 | P a g e

Page 9: Case Study Anemia

Keadaan anemia pada wanita hamil perlu diberikan perhatian segera kerana ia boleh

mendatangkan komplikasi yang teruk samada kepada ibu ataupun kepada anak. Di antara

komplikasinya kepada ibu ialah mudah mendapat jangkitan kuman kerana paras antibodi juga

turut menurun. Jika berlaku pendarahan seperti semasa kelahiran, keadaan ibu yang sememangya

kekurangan isipadu darah itu akan menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkan kematian. Si ibu

juga akan mudah mendapat penyakit lemah jantung kerana jantung akan bekerja lebih keras

untuk mendapatkan bekalan oksigen untuk diedarkan ke seluruh badan. Anemia juga akan

menyebabkan penyakit kronik lain yang dialami oleh si ibu akan bertambah menjadi teruk.

 Kadar Hemoglobin Pada Perempuan Dewasa  dan Ibu Hamil Menurut WHO adalah

seperi berikut:

Jenis Kelamin Hb NormalHb Anemia

Kurang Dari (gr/dl)

Lahir (aterm)13.5-18.5

13.5

Perempuan dewasa

tidak hamil:12.0-15.0 12.0

Perempuan dewasa

hamil:

Trimester Pertama :

0-12 minggu11.0-14.0 11.0

Trimester Kedua :

13-28 minggu10.5-14.5 10.5

Trimester ketiga :

29 minggu11.0-14.0 11.0

Tabel 2.1:Kadar Hemoglobin Pada Perempuan Dewasa  dan Ibu Hamil Menurut WHO

9 | P a g e

Page 10: Case Study Anemia

WHO menetapkan 3 kategori anemia pada ibu hamil iaitu Normal> 11 gr% ,

Ringan 8-11 gr% , Berat <8 gr% (Rukiyah, Ai Yeyeh, 2010: 114) . Jabatan kesihatan

menetapkan darjah anemia sebagai berikut Ringan sekali: Hb 11g/dl-batas normal, Ringan: Hb

8g/dl- <11g/dl Sederhana: Hb 5g/dl- <8g/dl , Berat: <5g/dl (Tarwoto, dkk, 2007: 31)

Menurut Blackwell S; Merck Manual 2008, sebarang kandungan yang tidak mendapat

bekalan oksigen dan nutrisi yang secukupnya akan mengalami masalah ketika proses kelahiran

seperti kelahiran yang tidak cukup bulan, pembesaran yang terbantut, bayi lahir kurang berat

badan serta kematian bayi di dalam kandungan

Bukan terhadap ibu sahaja, malahan nyawa bayi dalam kandungan juga boleh terancam

sekiranya si ibu mengalami anemia. Seperti yang kita sedia maklum, bayi dalam kandungan amat

memerlukan zat dan nutrisi yang tinggi. Kekurangan zat – zat yang penting ini boleh

menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pramatang, tumbesaran bayi terbantut, kurang berat

badan, kecacatan dan juga kematian bayi dalam kandungan.

10 | P a g e

Page 11: Case Study Anemia

CADANGAN

Oleh kerana keadaan anemia boleh mendatangkan komplikasi yang teruk terhadap

pesakit ini dan wanita hamil serta juga bayi yang dikandungnya, langkah pencegahan awal

perlulah dilakukan dengan segera untuk mengelakkannya daripada berlaku. Pastikan pada setiap

kali pendaftaran pra – natal dilakukan, pendidikan kesihatan dan pemeriksaan awal dijalankan.

Pihak yang berkenaan seperti jururawat kesihatan perlulah mengenalpasti golongan

wanita yang berisiko tinggi untuk mengalami anemia. Sebagai contoh, wanita yang pernah

mempunyai sejarah anemia pada kelahiran yang lepas dan juga wanita yang hidup susah. Jika

didapati seseorang wanita itu berisiko tinggi, pemeriksaan berkala hendaklah dijalankan bagi

mengawasi paras haemoglobin dalam badan agar tidak terlalu rendah.

Beliau dinasihati mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti makanan laut,

hati ayam atau lembu, sayur – sayuran hijau. Tidak lupa juga buah – buahan yang kaya dengan

vitamin C kerana ia mampu membantu penyerapan zat besi seterusnya mengelakkan anemia.

Beliau dikehendaki mengambil pil yang diberikan mengikut nasihat yang telah diberikan,

elakkan mengambil pil bersama minuman berkafein keran ia boleh menghalang penyerapan zat

besi tetapi sebalikya ambillah bersama jus buah – buahan.

Menurut Alaska Native Medical Center, terdapat beberapa ubat – ubatan yang sesuai

diberikan kepada wanita yang mengalami anemia berdasarkan puncanya. Diantaranyan ialah

pemberian iron secara oral bagi kes kekurangan iron yang tidak teruk. Contoh ubat ialah ferrus

fumerate. Ia bertindak dengan menggantikan zat besi yang hilang dan biasanya ia diambil

bersama dengan vitamin C yang mampu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam tubuh. Dos

biasa ialah 400 – 600 mg sehari dan dos boleh ditingkatkan mengikut keterukkan anemia itu.

Namun jika keadaan anemia tidak berkurang dan semakin teruk, pemberian iron dextran secara

parentral perlu dilakukan.

Diantara ubatan lain menurut Dr Scott didalam Medscape.org ialah asid folic 5 mg. Ia

sesuai diberikan kepada pesakit yang mengalami anemia disebabkan oleh kekurangan

pengambilan nutrisi dan tidak sesuai diberi kepada mereka yang mempunyai penyakit malignan.

11 | P a g e

Page 12: Case Study Anemia

Namun menurut Seksyen Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, langkah

terbaik bagi mengawal anemia ialah dengan pemakanan. Sentiasa mengamalkan pengambilan

makanan yang kaya dengan zat besi seperti ikan bilis, makanan laut, hati ayam atau lembu

sekurang – kurangnya empat kali seminggu. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti

teh dan kopi semasa makan atau semasa mengambil pil zat besi kerana ia boleh mengganggu

penyerapan zat besi, sebaliknya ambillah bersama jus limau ataupun buah – buahan lain.

Beliau dikehendaki mengikuti sesi rawatan susulan seperti yang telah ditetapkan oleh

jururawat kesihatan. Beliau juga dinasihati agar mengambil makanan yang mengandungi zat besi

yang tinggi serta berkhasiat dan di kehendaki datang ke klinik untuk pemeriksaan serta sesi

rawatan dan pemeriksaan oleh doktor untuk tindakan selanjutnya.

12 | P a g e

Page 13: Case Study Anemia

RUMUSAN

Berdasarkan kajian kes yang telah saya lakukan, dapatlah saya simpulkan bahawa

keadaan anemia pada wanita hamil bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Nilai normal

paras haemoglobin bagi wanita hamil ialah 11 gram. Anemia yang sering terjadi kepada wanita

hamil adalah disebabkan oleh peningkatan isipadu cecair dalam salur darah yang menyebabkan

isipadu sel darah merah menjadi cair. Selain itu kurangnya pengambilan makanan yang kaya

dengan zat besi turut menyebabkan berlakunya anemia. Kesedaran orang ramai perlu

dititikberatkan agar kita dapat mengurangkan risiko anemia pada ibu yang hamil.

Anemia pada wanita hamil dapat dikawal dengan meningkatkan pengambilan zat besi

yang terdapat pada sesetengah makanan seperti makanan laut, daging, dan juga sayuran hijau.

Pangambilan makanan yang dapat membantu penyerapan zat besi seperti buah – buahan segar

ataupun jus buah – buahan juga perlu dipertingkatkan.

Keadaan anemia pada wanita hamil perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan

pelabagai komplikasi yang boleh membahayakan nyawa ibu mahupun anak. Pengambilan ubat –

ubatan zat besi seperti ferrus fumerate, vitamin C, asid folic dan juga vitamin B complex

perlulah mengikut waktu dan nasihat yang diberikan oleh doktor.

13 | P a g e

Page 14: Case Study Anemia

RUJUKAN

i. http://www.mdguidelines.com/anemia-complicating-pregnancy/definition

ii. Dr Samar K Basu, consultant of Modi Hospital, 2010.

iii. Dr George, mdguidline.com/anemia in pregnancy

iv. Dr Raveis L, ‘Danger in Pregnancy, page 12, published 2009

v. Robin Elise Weiss, ‘Getting Pregnant Book’, page 6, published 2006.

vi. Riffat Jaleel, ‘severe anemia and adverse pregnancy outcome’, article 2001

vii. Lindasy H Hellen , The American Journal of Nutrition’.

viii. Blackwell S; Merck Manual 2008.

ix. Haslam N, Lock RJ, Unsworth DJ; Coeliac disease, anaemia and pregnancy.; Clin Lab.

2001;47(9-10):467-9

x. Dr Scott, Medscape.ord/ complication of anemia

xi. http://blog-anemia.blogspot.com/2013/03/anemia-pada-ibu-hamil_7.html

xii. http://www.mdguidelines.com/anemia-complicating-pregnancy/definition

14 | P a g e