analisis aktiviti kepelbagaian budaya bagi setiap sekolah

Upload: saiful-azwan

Post on 08-Jan-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

uigi

TRANSCRIPT

ANALISIS AKTIVITI KEPELBAGAIAN BUDAYA BAGI SETIAP SEKOLAHMenurut Mohd Salleh (1997), menyatakan bahawa budaya ialah kelakuan manusia berdasarkan kelompok-kelompok tertentu yang merangkumi dari aspek pemikiran, sikap, kepercayaan dan tindakan kebiasaan yang mengambarkan cara hidup mereka. Dalam konteks budaya sekolah, memang terdapat juga peraturan-peraturan tertentu bagi memastikan para pelajar mendapat pencapaian yang baik dalam bidang akademik dan memastikan para pelajar sentiasa dalam keadaan sihat.Hasil daripada analisis yang telah dilakukan di sekolah rendah, terdapat banyak aktiviti kepelbagaian budaya yang dilaksanakan di sekolah rendah yang dapat meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan murid, guru dan pihak luar yang terlibat seperti ibu bapa, agensi kerajaan dan agensi swasta. Antara aktiviti kepelbagaian budaya yang telah dilaksanakan di sekolah rendah adalah Sambutan Hari Raya yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor di mana sambutan ini dilaksanakan setiap hari raya bagi kebanyakan kaum di Malaysia ini seperti Sambutan Tahun Baru Cina, Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Deepavali. Sambutan ini kebanyakan dilaksanakan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia terutamanya di Semenanjung Malaysia yang melibatkan kaum Melayu, India dan Cina. Melalui majlis sambutan seperti ini dilaksanakan di sekolah bertujuan untuk murid-murid lebih mengenali dan mendalami perayaan berlainan kaum. Melalui sambutan ini, murid dapat mengetahui tradisi budaya masyarakat Cina, India dan Melayu dalam meraikan perayaan mereka sendiri. Contohnya dari segi pakaian tradisional iaitu masyarakat Cina memakai cheongsam dan samphoo pada hari perayaan mereka manakala bagi masyarakat Melayu memakai baju melayu dan baju kurung dan bagi masyarakat India memakai sari dan dhoti semasa hari perayaan mereka. Melalui sambutan perayaan ini di sekolah, murid-murid dapat mengenali pakaian tradisional kaum yang lain di mana ketika sambutan perayaan diadakan, murid-murid perlu memakai pakaian tradisional masing-masing. Melalui sambutan ini juga, murid-murid dapat mempelajari tarian kaum lain di mana persembahan setiap perayaan diadakan di dewan sekolah. Melalui persembahan tarian tradisional juga dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang tarian setiap kaum utama di Malaysia ini. Aktiviti ini dapat diterapkan juga dalam kalangan pihak luar seperti ibu bapa di mana sekolah menjemput ibu bapa untuk menghadiri sambutan perayaan tersebut sambil melihat tradisi pakaian dan tarian serta makanan tradisi kaum yang terlibat dalam sambutan perayaan tersebut. Persembahan tarian juga dapat mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum apabila murid yang berlainan kaum menyertai persembahan tarian tersebut. Contohnya dalam tarian tradisional zapin dan kuda kepang, pihak sekolah dapat melibatkan murid-murid yang berbangsa India dan Cina untuk menyertai persembahan tarian tersebut sambil dibantu murid berbangsa Melayu. Melalui penglibatan ini, dapat meningkatkan kerjasama dalam kalangan murid berlainan kaum dalam memastikan persembahan yang dilaksanakan baik dan sempurna selain memberi pengalaman yang baharu dan mendalam tentang tarian tersebut bagi kaum lain seperti India dan Cina mahupun etnik lain yang terdapat di dalam sekolah tersebut.Selain itu, hasil analisis yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail, Sabak Bernam, Selangor, program anak angkat juga merupakan salah satu aktiviti yang sangat membantu murid mahupun guru dalam mempelajari sesuatu rutin dan adat yang masih diamalkan oleh etnik dan kaum lain. Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara murid dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi nasional. Pihak sekolah mengadakan program ini seperti ke rumah orang asli atau ke Sabah dan Sarawak untuk murid lebih mendalami dan mempelajari selain menimba pengalaman baharu yang jarang diperoleh oleh murid yang lain untuk meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara mereka dengan penduduk setempat. Murid juga boleh membawa budaya dan adat yang diperoleh itu kepada rakan lain di sekolah. Di Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai etnik dan pelbagai adat mampu memberi pengalaman kepada murid-murid dan melalui peluang ini murid dapat menghormati dan mempelajari adat setiap etnik ketika program anak angkat dilaksanakan. Melalui program ini, jelas bahawa perpaduan dan kesefahaman antara kaum dan etnik dapat ditingkatkan lagi dalam kalangan murid dan sifat hormat-menghormati adat kaum yang lain dapat diterapkan dalam diri murid-murid selain mereka mendapat pengalaman yang baharu.Aktiviti yang lain yang melibatkan kepelbagaian budaya di sekolah rendah adalah melalui aktiviti kokurikulum di mana aktiviti ini merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Analisis aktiviti kokurikulum ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional. Aktiviti kokurikulum juga menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan efektif. Justeru, aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti program sukan, kelab, persatuan, pameran, ceramah dan pelbagai lagi haruslah dipergiat dan dipertingkat lagi dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Hal ini akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam memahami bagaimana kehidupan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik. Contohnya melalui aktiviti kokurikulum yang mempunyai persatuan, unit beruniform dan sukan dan permainan. Melalui persatuan seperti penubuhan persatuan bahasa Melayu di mana murid yang terdiri daripada kaum bukan Melayu menyertai persatuan tersebut di mana mereka dapat mempelajari bahasa Melayu dengan baik dan betul dan dapat berkomunikasi dengan murid bangsa Melayu dengan fasih selain mereka mudah faham apa yang diperkatakan oleh orang Melayu. Ini dapat meningkatkan kesefahaman antara murid yang berlainan kaum untuk berbahasa Melayu secara fasih dan menyertai program yang dianjurkan oleh persatuan bahasa Melayu. Selain itu, melalui penyertaan murid dalam unit beruniform dapat meningkatkan disiplin murid dan kerjasama mereka dalam membentuk satu unit beruniform yang cekap walaupun mereka terdiri dari pelbagai kaum. Ini juga dapat meningkatkan kesefahaman mereka dalam satu unit. Contohnya dalam pertandingan kawad kaki unit beruniform, ahli dalam unit tersebut perlu mempunyai kesefahaman yang tinggi dalam memastikan pergerakan kawad kaki mereka sempurna dan baik. Ini melatih murid yakin dan percaya selain bekerjasama antara satu sama lain dalam memastikan pergerakan kawad kaki mereka baik manakala melaluin aktiviti sukan dan permainan dapat memupuk kerjasama murid pelbagai kaum dalam sesuatu permainan. Contohnya dalam permainan bola sepak murid perlu bekerjasama dalam permainan tersebut selain dapat memupuk komunikasi yang baik antara murid untuk bermain dengan seronok dan bagus sebagai satu pasukan.Dalam analisis ini juga aktiviti yang dapat dilakukan di sekolah rendah dalam penglibatan kepelbagaian budaya adalah Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di mana perancangan ini telah dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri ke-5 merangkap Menteri Pelajaran, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia merupakan program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang dirancang di sekolah. Program memberi penekanan kepada bidang kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Ia bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. Antara contoh aktiviti yang boleh dan dapat dianjurkan ialah Program Perkhemahan Padu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia dan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan di sekolah rendah adalah bertujuan untuk mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang. Ia juga bagi melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah. Melalui program-program ini, murid dapat memupuk semangat kerjasama antara pelbagai kaum melalui perkhemahan yang telah dirancang di sekolah. Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula wujud apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza. Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat memberi impak yang positif kepada murid selain memberi keseronokan kepada mereka. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai selain mampu mengeratkan hubungan berlainan bangsa selaras dengan slogan 1 Malaysia yang sangat diterapkan dalam kehidupan rakyat Malaysia agar Negara mencapai kemakmuran dan kedamaian walaupun mempunyai pelbagai kaum dan budaya.Selain itu, sambutan kemerdekaan dan patriotisme yang terdapat juga di Sekolah kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur juga dapat mendorong penglibatan kepelbagaian budaya di sekolah rendah. Melalui sambutan kemerdekaan dan patriotisme ini, dapat memupuk semangat kenegeraan dan cintakan Negara selain memupuk perpaduan antara kaum. Dalam sambutan seperti ini murid dapat bersama-sama menyanyi lagu patriotik dan mengibar bendera Malaysia. Penglibatan pihak luar seperti tokoh sejarah dijemput untuk memberikan ceramah kepada murid dan ibu bapa yang dapat hadir dapat menaikkan semangat sayangkan Negara dalam diri mereka dan sekaligus mampu mendorong perpaduan antara kaum untuk menjaga kemakmuran dan keamanan Negara daripada dijajah seperti sejarah dahulu. Sikap patriotisme ini perlu dipupuk dalam diri murid mahupun ibu bapa agar kehidupan perpaduan dalam rakyat berbilang bangsa dapat dieratkan lagi. Ia juga dapat mengelakkan Negara ini daripada berlakunya rusuhan kaum dan perselisihan faham antara kaum apabila semua rakyat dapat menanam sikap cintakan perpaduan dan keamanan dalam Negara sesama masyarakat majmuk berbilang kaum.Selain itu, dengan aktiviti gotong-royong yang dijalankan seperti di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri 2, di mana penglibatan murid dan guru serta ibu bapa sangat ditekankan untuk bersama-sama menjalankan aktiviti ini sambil mengeratkan hubungan perpaduan sesama dan berlainan kaum. Ekoran itu juga, melalui aktiviti seumpama ini, kita mampu menggalakkan komunikasi antara murid dan guru serta komuniti sekeliling. Bukan itu sahaja, dapat menerbitkan rasa mesra dan berkasih sayang dan membudayakan amalan berkongsi dan toleransi. Maka, pada masa akan datang, pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti seperti ini lebih meriah lagi dengan melibatkan bukan sahaja murid, malah juga para ibu bapa atau penjaga murid. Dengan itu, aktiviti yang dijalankan dapat mencapai matlamat utama iaitu memupuk perpaduan dan integrasi nasional melalui pendidikan.