kepelbagaian budaya di sekolah

Click here to load reader

Post on 10-Jul-2016

1.064 views

Category:

Documents

39 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ISK

TRANSCRIPT

1.0PENGENALANMalaysia telah dikenali sebagai sebuah Negara yang mempunyai berbilang bangsa oleh semua Negara di bumi ini. Dengan adanya kepelbagaian bangsa ini maka wujud lah kepelbagaian budaya yang sukar dinafikan dalam sesebuah Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, India yang merupakan kaum majoroti di Malaysia manakala masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain menjadi kaum minority di Malaysia ini. Setiap etnik mempunyai budaya yang berbeza-beza yang diwarisi dari nenek moyang mereka yang terdahulu. Walaupun Malaysia hidup dengan bervariasi kaum, budaya dan etnik namun Malaysia merupakan sebuah Negara yang aman dan damai kerana setiap penduduk nya telah di ajar untuk menghormati agama dan budaya dari kaum yang lain melalui rukun Negara yang dibentuk untuk menyatupadu kan penduduk.Namun di dalam konteks pendidikan, kepelbagaian budaya tidak hanya dilihat dari segi ras, etnik dan adat budaya sahaja bah kan ia juga telah merangkumi skop yang lebih meluas seperti ilmu pengtahuan, kepercayaan, keseniaan, tatsusila, undang-undang, adat resam dan juga lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyrakat di Malaysia. Bukan itu sahaja kepelbagaian budaya juga boleh dikaitkan dengan budaya di dalam bilik darjah. Kepelbagaian budaya di dalam bilik darjah boleh dilihat dari aspek pelajar rajin dan pelajar malas, bijak dan kurang bijak, memberi perhatian dan tidak memberi perhatian serta pelbagai contoh yang lain. kepelbagaian budaya di dalam bilik darjah ini mungkin wujud kesan daripada keplbagaian budaya dan latar belakang pelajar itu sendiri. Jika dibandingkan pelajar yang bijak dan pelajar yang kurang bijak, mereka mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza. Kebiasannya pelajar yang bijak ini mempunyai latar belakang keluarga yang juga bijak. Contohnya ibu bapa mereka seorang yang bijak, atau adik beradik mereka juga seorang bijak sehingga mendorong mereka untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti ibu bapa mereka atau adik beradik mereka yang bijak tadi. Berbeza dengan latar belakang pelajar yang kurang bijak, rata-rata pelajar yang kurang bijak ini mempunyai keluarga yang bermasalah, contohnya ibu bapa mereka yang bercerai, atau taraf pendidikan adik beradik mereka kurang memberangsangkan. Hal ini membuat kan mereka tidak terdorong untuk belajar bersungguh-sungguh dan tiada sokongan untuk mereka berjaya. Namun tidak semua mereka yang mempunyai latar belakang keluarga yang buruk mempunyai masalah dalam pengajaran, ia juga bergantung dengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri. 2.0DEFINISIBerdasarkan tajuk penulisan ini, apa yang didefinisikan sebagai Pengajaran adalah pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dan pelajar (Sharifah Alwiah 1983). Seterusnya Pembelajaran mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasil kan tindak balas yang baru. Seterusnya definisi Kepelbagaian yang diambil daripada Kamus Dewan (2005) edisi keempat ialah kepelbagaian ialah perihal berbagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau pun konkrit yang boleh diperolehi di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Seterusnya Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyrakat dan alam sekitar. Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu budhi dan daya. Perkataan budhi yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan daya pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Seterusnya Bilik darjah bermaksud tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru (Leonard & Karen, 1996). Secaranya amnya, bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah yang melibatkan sekumpulan murid atau pelajar yang mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Bagi konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru yang belajar dan mengajar serta berinteraksi antara satu sama lain di dalamnya.Seterunya definisi guru adalah guru adalah pendidik, yaitu orang dewasa yang bertanggung jawab memberi bimbingan atau bantuan kepada anak didik dalam perkembangan jasmani dan rohaninya agar mencapai kedewasaannya, mampu berdiri sendiri dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Allah khalifah di muka bumi, sebagai makhluk sosial dan individu yang sanggup berdiri sendiri.Seterusnya definsi pelajar adalah 3.0CIRI-CIRI BUDAYAMenurut Ferraro(2006), beliau telah menyenaraikan sebanyak lapan ciri-ciri budaya yang boleh dijadikan sebagai panduan iaitu budaya boleh dikongsi, budaya boleh dipelajari, budaya tidak kelihatan, budaya mempengaruhi proses-proses biologi, budaya saling berubah, kesejagatan budaya, budaya adaptif dan maladaptif dan budaya bersikap integritif.

3.1Budaya boleh dikongsiBudaya dikongsi adalah salah satu ciri kebudayaan dalam satu kumpulan masyarakat. Ini bermaksud bahawa ahli-ahli masyarakat yang berkongsi sesuatu budaya maklum tentang maksud sesuatu objek, idea atau kelakuan dalam konteks budaya tersebut. Sebagai contoh, orang-orang Malaysia gemar makan nasi lemak, roti canai, teh tarik dan lain-lain lagi. Sudah kita maklum bahawa Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum. Jadi kegemaran kepada makanan inilah telah membawa ahli-ahli masyarakat bersama walaupun berlainan bangsa. Begitu juga dengan bahasa. Tambahan pula dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia, bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu dipelajari di institut-institut pendidikan iaitu seperti sekolah, universiti dan lain-lain lagi.3.2Budaya dipelajariCiri budaya yang kedua ialah budaya dipelajari. Pelbagai bentuk tingkahlaku, adat resam dan bahasa yang telah biasa kita lalui sepanjang hari. Perkara tersebut adalah satu perbuatan yang bukannya terbentuk atau lahir daripada naluri. Tingkahlaku, adat resam dan bahasa tersebut adalah hasil daripada proses pembelajaran. Sebagai contoh, bayi yang dilahirkan dalam norma masyarakat akan membesar dan akan mempelajari serta mengamalkan adat resam dan kebudayaan masyarakatnya. Sekiranya bayi yang sama dibesarkan dalam masyarakat lain pula, proses mempelajari kebudayaan dipanggil sosialisasi.3.3Budaya tidak kelihatanKetiga pula adalah budaya kelihatan iaitu budaya tersebut telah sebati dengan jiwa kita sebagai insan sosial sehinggakan ia tidak kelihatan. Kita tidak dapat menyedarinya kerana budaya itu telah mempengaruhi setiap tindakan dan pemikiran kita kerana ia telah menjadi tabiat yang dilakukan secara automatik. Sebagai contoh, kegiatan memberus gigi pada setiap pagi hari telah menjadi kelakuan biasa dalam rutin harian kita sehinggakan kita tidak perlu lagi berfikir mengenainya untuk mengarahkan diri kita untuk bertindak. Namun demikian, oleh kerana budaya yang kita amalkan tidak kelihatan, secara tidak langsung kita akan menganggap bahawa amalan budaya kita sama sahaja dengan amalan budaya yang lain.

3.4Budaya mempengaruhi proses-proses biologiBudaya juga mempengaruhi proses-proses biologi iaitu makan, minum, tidur, berlindung, berkumuh dan sebagainya. Kita merujuk kepada budaya kita untuk melaksanakan proses-proses biologi menurut norma-norma yang diterima pakai oleh masyarakat kita. Sebagai contoh, masyarakat Melayu iaitu sangat mementingkan sama ada makanan yang dimakan oleh mereka halal atau tidak. Oleh itu, jika kita mengadakan rumah terbuka dan ingin menjemput rakan-rakan berbangsa Melayu, kita seharusnya memastikan bahawa makanan yang dihidangkan sesuai menurut kepercayaan agama mereka.3.5Budaya saling berubahCiri budaya yang kelima ialah budaya saling berubah. Budaya sering melalui proses perubahan dari masa ke semasa. Perubahan ini boleh berlaku melalui dua cara iaitu inovasi dan difusi budaya. Inovasi merujuk kepada idea-idea baru yang boleh digunakan untuk memajukan sesebuah masyarakat. Inovasi yang diterima pakai oleh masyarakat secara meluas akan mencetus perubahan budaya. Difusi budaya pula berlaku apabila elemen-elemen dalam sesuatu budaya itu merebak kepada budaya-budaya yang lain. Contohnya, budaya MTV yang berasal daripada industri muzik Amerika Syarikat telah banyak mempengaruhi tingkah laku remaja secara global.3.6Kesejagatan budaya Kesejagatan budaya adalah merupakan ciri budaya yang keenam. Banyak perkara-perkara asas yang dikongsi bersama tidak kira di mana kita berada. Sebagai contoh, negara kita Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama mengikut sistem kepercayaan yang menggariskan nilai-nilai moral dan cara hidup yang tersendiri. Agama mungkin berbeza tetapi yang penting adalah panduan tentang moraliti dan perlakuan baik. Inilah yang dikatakan kesejagatan budaya iaitu ekspresi luaran mungkin berbeza-beza tetapi konsep teras yang ingin disampaika adalah sama. Peraturan inilah yang juga digunakan sebagai garis panduan bagi seseorang itu bertindak dalam pergaulannya sebagai individu sesama insan sosial yang lain. Sifat adaptif adalah salah satu ciri budaya yang memastikan kelangsungan masyarakat manusia. Manusia primitif pada masa dahulu, perlu mendapatkan sumber-sumber dari alam semula jadi untuk terus hidup. Budaya memungkinkan manusia mengawal dan menggunakan alam persekitarannya untuk kepe