a3 implikasi kepelbagaian sosio budaya

31
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA MURID

Upload: luke-salazar

Post on 21-Feb-2016

254 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

a3

TRANSCRIPT

Page 1: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

MURID

Page 2: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

PENGENALAN

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti P&P

berlangsung dalam bilik darjah.

Terdapat perbezaan antara individu murid dengan kumpulan murid dengan yang lain. Maka guru berperanan penting untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid

supaya sebarang tindakan dapat dilakukan dengan kaedah yang betul dan tepat.

Page 3: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

IMPLIKASI DARI ASPEK MURID

Murid yang terdiri dari pelbagai bangsa yang berlainan harus bersosial dalam kelompok mereka.

Kepercayaan yang diamalkan oleh murid lain tidak harus dipertikaikan sesama mereka.

Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid.

Murid digalakkan berinteraksi dengan berlainan jantina.

Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah-Pendekatan penyayang dari guru

Budaya bilik darjah yang dinamis.

Page 4: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

Murid yang terdiri dari pelbagai bangsa yang berlainan- bersosial

Mereka harus berinteraksi tanpa mengira kelas

sosial sama ada golongan atasan atau golongan

bawahan.

Sikap prejudis terhadap bangsa lain harus

dielakkan supaya segala aktiviti yang dirancang

dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Page 5: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

Kepercayaan yang diamalkan oleh murid lain tidak harus dipertikaikan sesama mereka

Maka, semangat perpaduan dapat dijalin dalam masyarakat.

Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

Aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling mempercayai ke dalam jiwa murid .

Page 6: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

Penggunaan bahasa standard harus diamalkan oleh murid

Unsur-unsur dialek mengikut kaum harus

dielakkan.

Murid harus diingatkan agar sentiasa berinteraksi

dengan bahasa yang betul.

Penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang

sesuai.

Aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa

perlu disertai supaya tahap penguasaan

bahasa murid bertambah.

Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid

mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.

Page 7: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

Murid digalakkan berinteraksi dengan berlainan jantina

Mereka diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam

interaksi yang berlainan jantina.

Segala aktiviti dalam pembelajaran perlulah melibatkan rakan yang berlainan jantina dan

bersesuaian dengan tugasan yang diberikan oleh guru

Page 8: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

Pengurusan hal ehwal murid-Pendekatan penyayang-

Bercakap bahasa yang lembut dan bersopan,

menegur dan membetul kesilapan

secara berhemah.

Kemahiran komunikasi-

cara. bertutur, penggunaan

bahasa badan, penulisan,

penggunaan alat-alat

tertentu spt; komputer,

telefon dan sebagainya.

-Pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran

dapat dilakukan dengan lebih

mudah

Menerima motivasi yang disampaikan

secara berhemah dan

berhikmah-nilai-nilai murni dapat ditanam

dalam diri murid.

Tindakan guru yang

menunjukkan teladan sebagai seorang

professional.

Page 9: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

Budaya bilik darjah yang dinamis

Mementingkan aspek nilai-nilai murni

Hubungan yang mesra sesama murid dan murid

dengan guru.

Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru, rakan

sebaya dan tahap disiplin terkawal- mengembangkan

potensi diri ke arah pembentukan modal insan

yang berkualiti

Page 10: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

SEKOLAH

Page 11: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

PERINGKAT SEKOLAH

SJKC

SJKT

SMKT

SMKA

SMKHarian

Sek Model khas

SBP

SK

PeringkatRendah

PeringkatMENENGAH

SPK

SMPK

Page 12: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

IMPLIKASI DARI ASPEK SEKOLAH

• Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

• Pembinaan sekolah mengambil kira tahap kelas sosial masyarakat

• Pembinaan sekolah aliran agama • Ruang pendidik menerapkan kepercayaan dan

nilai dalam masyarakat• Sekolah Wawasan• Sekolah yang interaksi pelbagai jantina

Page 13: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

RIMUP

LatarBelakang

•RIMUP mula diperkenalkan pada tahun1986 diperingkat sekolah rendah di beberapa buah negeri sahaja.•Usaha KPM untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum.

DasarKPM

•Hubungan rapat terjalin antara murid.•Wujud persefahaman dan perpaduan.•Saling menghormati antara agama dan adat resam kaum.

Kaedah

•Menyediakan peluang kepada semua murid pelbagai kaum bergaul mesra secara sedar dan terancang.•Perpaduan dapat dipupuk dan dibina serta diamalkan dalam masyarakat.

Pelaksanaan

•Sekolah Rendah•Kelompok A : (SK, SJKC,SJKT), B: (SK, SJKC), C : (SK, SJKT), D : (SJKC, SJKT) •Sekolah Menengah• Kelompok A : (sekurang-kurannya 2 SMK), B : (sekurang-kurangnya 2 SMK termasuk SMJK/SMT/SMA/SBP

Page 14: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

PEMBINAAN SEKOLAH MENGIKUT TAHAP KELAS SOSIO MASYARAKAT

Penduduk bandar dan luar bandar diberikan peluang sama untuk menerima pendidikan yang setaraf dengannya.

Murid luar bandar juga menerima kemudahan yang dinikmati oleh murid di bandar.

Murid dari kaum berlainan mula menerima budaya dari kaum lain.

Page 15: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

PEMBINAAN SEKOLAH ALIRAN AGAMA

Diserapkan untuk pembentukan sahsiah murid.

Menerapkan nilai-nilai kerohanian dan kepercayaan beragama

kepada murid-murid.

Page 16: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

RUANG PENDIDIK- KEPERCAYAAN + NILAI DALAM MASYARAKAT

Murid diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosio-budaya mereka.

Pihak sekolah perlu menggunakan bahasa rasmi dan bahasa penghantar dalam segala urusan rasmi.

Murid harus mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Sekolah perlu memberi sokongan moral kepada pihak yang berkewajipan mengembangkan pengetahuan bahasa kepada murid.

Page 17: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

SEKOLAH WAWASAN

Pelaksanaan

•Berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di bawah satu bumbung/ satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.

•2/3 buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan, kantin, pusat sumber dan sebagainya.

Matlamat

•Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid yang pelbagai bangsa, latar belakang dan fahaman agama.•Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.•Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

Ciri-ciri Pelaksanaan

•Pentadbiran dan pengurusan kewangan •- Sekolah wawasan mempunyai 2/3 buah sekolah rendah yang berlainan aliran yang terletak dalam satu kawasan dan menggunakan bahasa penghantar masing-masing.

•Kurikulum dan bahasa penghantar•-Mata pelajaran yang diajar di sekolah mengikut kursus-kursus pengajian bagi jenis aliran sekolah.•Kokurikulum•-Warga sekolah wawasan digalakkan menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan secara bersama.

Page 18: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

SEKOLAH- PELBAGAI JANTINA

• Murid lelaki dan perempuan bebas berinteraksi dalam aktiviti

pembelajaran.

• Pergaulan berlainan akan mewujudkan interaksi yang berkesan dalam

membentuk perpaduan dan integrasi masyarakat.

• Pihak sekolah bertanggungjawab untuk mengelolakan aktiviti yang memerlukan penglibatan daripada pelbagai jantina.

• Nilai dan budaya masyarakat tidak diabaikan.

Page 19: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

KURIKULUM TERSIRAT

Page 20: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

Perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu.

(Saedah Siraj, 2001; Wiles & Bondi, 1998; Pratt; Schubert, 1986)

KONSEP KURIKULUM

Page 21: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

KONSEP KURIKULUM

Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan lainnya bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus tetapi merangkumi  kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar. Inilah yang dikatakan Kurikulum tersirat.

(Margolis, 2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994)

Page 22: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

PERINGKAT KURIKULUM

Pelaksanaan:

•Penyampaian isi kandungan yang telah disusun dalam kurikulum itu sendiri.

Penilaian :

•Pengukuran serta pengujian dijalankan untuk menentukan pencapaian objektif yang tercatat.

Page 23: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

IDEA KURIKULUM TERSIRAT

Pada peringkat awal, diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam bukunya Life in Classrooms yang dijadikan fokus kajian oleh Snyder (1973), Apple (1980), Bergenhenegouwen (1987), Portelli (1993) dan lain-lain lagi.

Ausbrooks (2000) : “is composed of the implicit messages in th school’s sosial climate, unwritten yet understood by all. It is the body of knowledge a child absorbs in school simply by being there day after day. This is the curriculum that creates a school’s so called ‘learning environment’.

Cahfel (1997) : Terdapat 2 bentuk kurikulum yang dilaksanakan di sekolah.1. Overt (terbuka) yang memberi fokus kepada

kursus pengajian  yang eksplisit.2. Covert (tersirat) yang memberi fokus kepada pembelajaran yang tacit

(diaplikasikan tetapi tidak didokumentasikan dan tidak tercatat).

Page 24: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

KURIKULUM TERSIRAT

Definisi Kurikulum Tersirat : Norma-norma, nilai dan kepercayaan yang tidak dinyatakan  dalam kurikulum tetapi diajar secara tidak langsung didalam kelas dan didapati bahawa kurikulum tersirat tidak dinyatakan dalam kurikulum rasmi sahaja. Diperingkat pengajian tinggi, kurikulum tersirat lebih memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud dalam kalangan warga kampus.1.  Adams (2002) mengenalpasti budaya akademik sebagai

kurikulum tersirat.2. Margolis (2001) memperolehi dapatan yang

hampir sama mengenai kurikulum tersirat … “tacit learning, unitended and intended consequences of schooling, political sosialization, role development, mentoring and intentional practices”.

3. Margolis merumuskan bahawa, terdapat perbezaan aplikasi kurikulum tersirat di peringkat sekolah dengan di peringkat institusi pengajian tinggi.

Page 25: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

KURIKULUM TERSIRAT

Kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum, antara usaha yang dilakukan adalah melalui peranan

kurikulum tersirat ini :-

Kurikulum tersirat boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia

dan aktiviti unit kokurikulum. Guru digalakan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, harus menyelitkan dan

mengalakkan interaksi dalam kelas sosial.

Page 26: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

CIRI-CIRI KURIKULUM TERSIRAT

Ciri-ciri Kurikulu

m Tersirat

1. Merangkumi semua pengalaman pembelajaran murid.

2. Boleh menjadi objektif

pembelajaran.

3. Merangkumi nilai-nilai yang dibentuk

bersama oleh pelaksana kurikulum

itu sendiri (murid-guru-pengajar).

4. Kewujudannya adalah berbez-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang

pelaksana kurikulum.

5. Kurikulum tersirat terdapat pada matlamat atau

objektif satu-satu kurikulum tetapi

tidak tertulis dalam kandungan kurikulum

berkenaan.

6. Jenis atau pengkategoriannya

adalah berbeza-beza mengikut jenis

institusi, tahap pembelajaran dan

juga matlamat kurikulum itu sendiri

Page 27: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

KURIKULUM TERSIRAT

Bagi institusi pengajian tinggi keguruan, pengkategorian kurikulum tersirat oleh Berghenhenegouwen (1987) boleh dijadikan asas dengan beberapa pengubahsuaian. 

Dalam peringkat pengajian di pendidikan tinggi keguruan, tiga kategoridiperkenalkan seperti berikut :-

Budaya belajar untuk belajar (memanfaatkan waktu belajar,disiplin dalam belajar, kegigihan dalam

belajar dan konsisten dalam menerapkan cara belajar yang efektif.) Budaya belajar untuk pengajar.

 Belajar untuk pembudayaan / pembinaan tingkah laku terpuji. 

Page 28: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

KURIKULUM TERSIRATMurid diandaikan mempunyai kebiasaan belajar masing-masing dan adalah berbeza diantara murid diperingkat

rendah dan tinggi. Murid seharusnya menguasai kemahiran belajar melalui proses pembudayaan pembelajaran sendiri

yang dipanggil kurikulum tersirat dan ini termasuklah :-a) a) Mempelajari, memahami dan mengadaptasikan cara menulis esei, kajian, tesis/disertasi, 

kertas projek, kertas kerja dan jurnal/buku dengan sebaiknya mengikut standard yang telah ditetapkan oleh institusi pengajian tinggi yang berkaitan mahupun mengikut standard 

antarabangsa dengan meurujuk antaranya APA style (bidang pendidikan, Sains , Sastera, Sains Kemanusiaan, Agama), the Chicago Manual of Style (aliran Sastera, Sains 

Kemanusiaan, Agama).

b) Mempelajari, memahami dan mengadapatasikan pengunaan jaringan maya atau internet itu sendiri dan juga cara menulis kajian, tesis/disertasi, kertas projek, kertas kerja dan jurnal/buku 

mengikut kaedah Mobile Learning/pembelajaran mobile dengan sebaiknya.

Page 29: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

KAJIAN CARPENTER (1985)1. Hasil kajian Carpenter (1985) mendapati bahawa kumpulan guru pelatih

yang tidak diajar dengan kemahiran belajar didapati tidak mempunyai keyakinan untuk mengajar kemahiran belajar di sekolah.

2. Bagi pelatih yang dilatih untuk menjadi pakar dalam sebarang profesion, murid harus membudayakan diri mereka dengan pembelajaran kendiri yang menekankan proses pembelajaran tanpa diarah, dipaksa atau disuruh. Ini adalah bersamaan dengan budaya belajar sepanjang hayat.

3. Apa yang pelajar alami, lihat dan dengar semasa di di dewan bersama pensyarah itulah yang menjadi kurikulum yang lebih berkesan daripada apa yang bersifat teoristik dikertas-kertas yang mereka catat.

4. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa oleh pensyarah sewaktu mengajar akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid semasa mereka bekerja nanti.

Page 30: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

KESIMPULAN

• Memberi peluang kepada kita untuk mempelajari kepelbagaian budaya.

• Guru telah disaran bagaimana untuk membentuk interaksi sosial yang baik dalam kalangan murid.

• Menghuraikan bagaimana peranan guru boleh memperkembangkan bakat murid tanpa bersikap prejudis terhadap mana-mana kaum.

• Guru juga diingatkan kepada hasilan pembelajaran. Kejayaan bukan dilihat kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya guru harus mengambilkira aspek kurikulum yang tersirat.

• Nilai-nilai murni harus diterapkan kepada murid supaya mereka dapat berkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani.

Page 31: A3 Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya

SEKIAN & TERIMA KASIH