bab 1 budaya dan kepelbagaian kelompok

60
TAJUK 1 Budaya dan Kepelbagaian Kelompok Manusia Objektif: 1. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia 2. Mengenal pasti kelompok dan penempatan kelompok . Mengenal pasti jenis demog!a" kelompok

Upload: kalpana-krishnan

Post on 02-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

budaya

TRANSCRIPT

  • TAJUK 1Budaya dan Kepelbagaian Kelompok ManusiaObjektif:Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di MalaysiaMengenal pasti kelompok dan penempatan kelompokMengenal pasti jenis demografi kelompok

  • PENGENALAN Malaysia merupakan negara berbilang bangsa dan keturunan Integrasi nasional bertujuan menyatukan semua lapisan masyarakat supaya berkongsi persefahaman dan pemikiran antara kaum serta merapatkan hubungan semua negeri di Malaysia

  • Pengertian dan Konsep BudayaBudaya berasal daripada perkataan Sanskrit buddhayah yang terbentuk daripada perkataan buddhi (Budi atau akal)Perkataan Inggerisnya Culture (Bahasa Latin Colere) bermaksud mengolah atau mengerjakan Kamus Dewan (2007) Budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi

  • Pengertian dan Konsep BudayaBudaya merupakan keseluruhan pemikiran dan hasil karya manusia berasaskan pembelajaran dalam semua aspek kehidupan (koentjaraningrat, 2002)Sebagai konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat (Edward B. Taylor)

  • Definisi Budaya Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa penggerak jiwa. Manusia mempunyai kemampuan menggunakan segala tenaga sama ada fizikal atrau rohani ke arah menggerakkan jiwa bagi mencapai hasrat dan nilai yang diingini. Hasrat dan nilai perlulah diterima oleh masyarakat. Ini membentuk norma dalam masyarakat. (Nik Safiah Karim)

  • Definisi BudayaDictionary of Philosophy (1996) Budaya sebagai way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perceptions, and habits of thoughts and activities. Mohd Taib Osman (1988) budaya sebagai suatu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan masyarakat serta menyesuaikannya dengan alam sekeliling

  • Definisi BudayaE.B. Taylor Budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan L.A.White menjelaskan budaya ialah satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek, idea, sentimen (nilai) yang bergantung kepada simbol-simbol. Tingkah laku dan nilai itu diterima oleh masyaraakat secara kolektif.

  • 7 Unsur Utama Budaya(Koentjaraningrat, 2002)Agama dan upacara keagamaan Sistem dan organisasi kemasyarakatanSistem pengetahuanBahasaKesenianSistem ekonomiSistem teknologi dan peralatan

  • Pengertian Kebudayaan Keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan juga merupakan segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat

  • Pengertian Kebudayaan Kebudayaan mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat. Kebudayaan sebagai sesuatu yang diwarisi secara turun temurun dari satu generasi ke satu generasi yang lain

  • Ciri-ciri Budaya Budaya boleh dipelajari Dikongsi Bersifat sejagat Boleh diwarisi Berubah-ubah Mempunyai unsur simbolik Adanya pandangan semesta (World view)

  • Kesimpulan Definisi BudayaBudaya merupakan satu cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.Budaya juga merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasiPerkembangan budaya mengikut perkembangan masyarakatnyaCiri-ciri budaya adalah sama antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lainBudaya berubah mengikut masa maupun tempat

  • KesimpulanKebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnyaKebudayaan tidak diperturunkan melalui bakaManusia membentuk budaya. Perkembngan kebudayaan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri

  • Refleksi1. Tidak ada masyarakat maka tidak ada budaya. Bincangkan pernyataan ini.

    2. Bagaimanakah dikatakan perkembangan kebudayaan mengikut perkembangan masyarakatnya?

  • KOMPONEN BUDAYABudaya boleh digolongkan kepada dua komponen utama iaitu material dan bukan material. Komponen material merujuk kepada ciptaan ke generasi berikutnya masyarakat yang nyata dan konkrit. Contoh: peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, barang-barang, pakaian, dsbnya.

  • KOMPONEN BUDAYA Komponen bukan material ialah ciptaan-ciptaan abstrak seperti ilmu pengetahuan, kepercayaan, adat istiadat, nilai-nilai serta peraturan-peraturan (hukum) yang berkaitan dengan tingkah laku, cerita-cerita rakyat, lagu atau tarian tradisional

  • Lima Unsur Utama BudayaSimbol atau lambangBahasaNilai dan KepercayaanNormaTeknologi

  • Simbol atau LambangSimbol merupakan perwakilan kepercayaan budaya yang membawa makna dan identiti masyarakat tersebutKeris bagi masyarakat melayu melambangkan lambang kepahlawanan

  • BahasaBahasa membolehkan ahli masyarakat berhubung sama ada secara lisan atau bukan lisanBahasa merupakan alat komunikasiDialek atau loghat hanya difahami oleh kelompok itu sendiriTransmisi budaya dapat dilakukan melalui bahasa

  • Nilai dan KepercayaanNilai dan kepercayaan merupakan standard yang digunakan untuk menilai keadaan masyarakat seperti kebaikan atau kecantikanKepercayaan merupakan rumusan atau tafsiran tentang masa lalu, penjelasan tentang masa kini atau ramalan untuk masa hadapanNilai ialah prinsip-prinsip umum yang berasaskan kepercayaan iaitu yang dianggap benar, betul atau sebaliknyaNilai menjelaskan apa yang sepatutnya dilakukan manakala kepercayaan menerangkan apa yang sebenar

  • NormaNorma merupakan peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakatNorma dikaitkan dengan peraturan dan jangkaan yang membimbing perlakuan ahli masyarakatNorma merupakan standard yang dipersetujui bersama dalam masyarakat Norma proskriptif ialah panduan apa yang tidak boleh dilakukanNorma preskriptif ialah apa yang boleh dilakukan

  • TeknologiTeknologi merupakan alat atau kaedah yang digunakan dalam kehidupan seharian sesuatu masyarakatPengetahuan praktis dan peralatan untuk meningkatkan penggunaan tenaga serta mengubah persekitaran untuk kegunaan manusia

  • Aspek-aspek lain dalam budayaResam: merupakan adat atau peraturan yang berkaitan dengan hukum adat seperti upacara peminangan dilakukan oleh lelaki.Mores ialah norma yang lebih kuat dan tidak ada tolerensi jika tidak dipatuhi seperti kewajipan anak menghormati orang tua

  • Budaya dalam konteks pendidikanSekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakatMurid-murid dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat Budaya dalam masyarakat mempengaruhi budaya di sekolahTanggungjawab guru untuk menerapkan nilai kebendaan dan bukan kebendaan mengikut acuan masyarakat MalaysiaMurid yang keluar dari sistem persekolahan mempunyai budaya Malaysia yang diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai kaum

  • Pengertian dan Konsep Kepelbagaian KelompokEtnik:Perkataan Greek yang bermaksud manusia atau negaraEtnik merujuk kepada sekumpulan manusia yang berlandaskan keturunan dan warisan budaya yang samaMempunyai rasa kepunyaan terhadap negara asal, makanan, bahasa, muzik, agama, pakaian, nama keluarga atau adat

  • Sambungan konsep EtnikEtnik mempunyai organisasi yang formalEtnik mempunyai sikap yang menunjukkan perbezaan, tentangan dan prasangka. Penggunaan perkataan kita dan mereka iaitu golongan di dalam dan di luar kelompok

  • Konsep lain berkaitan EtnikEtniksiti: merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnikEtnosentrisme: kepercayaan atau sikap bahawa budaya etnik mereka adalah lebih baik dan tinggi daripada budaya kelompok etnik yang lainDiskriminasi merupakan pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif sekelompok etnik terhadap kelompok etnik yang lain

  • RasRas ialah kelompok manusia yang mempunyai persmaan dari segi fizikalRas dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikalCiri-ciri fizikal ditentukan oleh baka yang diwarisiContoh ras ialah Mongoloid, Negroid dan AustroloidKonsep Rasisme dikaitkan dengan ras. Rasisme merupakan kepercayaan ada ras yang lebih unggul dan ada ras yang berstatus lebih rendah

  • MinoritiMerujuk kepada bilangan penduduk. Kriteria yang digunakan untuk mengkategorikannya ialah etnik dan ras

  • MasyarakatMasyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun serta menjalankan aktiviti secara kolektifMasyarakat sebagai kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyetukan buah fikiran dan tindakan sehingga menjalin hubungan serta membentuk kebudayaanCiri-ciri utama masyarakat ialah berkelompok, berbudaya, mengalami perubahan dan saling berinteraksi

  • Kelompok Didefinisikan sebagai dua atau lebih individu yang berinteraksi, saling bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaraan tertentuKelompok boleh bersifat formal dan bukan formalKelompok formal merujuk kepada kelompok yang ditetapkan oleh struktur organisasi untruk menjalankan tugas-tugas dan diarahkan untuk tujuan organisasi

  • Dua jenis kelompokKelompok Asas

    Ciri-ciri kelompok asas ialah:Interaksi bersemuka yang berterusanIdentifikasi peribadi yang kuat dengan kelompokHubungan kemesraan yang erat dalam kalangan ahliHubungan yang pelbagai bentukHubungan yang lebih berkekalanHubungan melibatkan emosi contoh: rindu jika berjauhan

  • Kelompok SekunderCiri-ciri kelompok asas ialah:Interaksi bersemuka yang terhadIdentifikasi peribadi dengan kelompok lemahPertalian antara ahli kelompok lemahHubungan antara ahli renggang dan terhadHubungan biasanya tidak berkekalanHubungan formal dan tidak melibatkan perasaanContoh: kehidupan dibandar besar

  • RefleksiBezakan pengertian etnik dan ras dalam konteks negara kita

    Dalam kumpulan kecil bincangkan adakah wujud etniksiti dan etnosentrisme dalam masyarakat majmuk di Malaysia

  • Jenis dan Demografi Kelompok di MalaysiaMalaysia sebuah negara berbilang bangsa dan agama, majoriti penduduknya orang MelayuPerlembagaan Malaysia Perkara 160(2) mentakrifkan orang Melayu ialah mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat resam Melayu dan beragama IslamIstilah bumiputera sering digunakan. Bumiputera dianggap kaum asal Malaysia termasuk orang Asli, Iban, Kadazan, Dusun dan lain-lain

  • Demografi Kelompok di MalaysiaPerangkaan penduduk 2009 menunjukkan penduduk Malaysia 28.46 juta iaitu 26.39 juta warganegara dan 2.07 juta bukan warganegaraWarganegara terdiri daripada:Orang Melayu 14.49 juta (54%)Orang Cina 6.46 juta (25%)Orang India 1.95 juta (7.5%)Bumiputera lain 3.14 juta (11.8%)Kaum-kaum lain 342.3 ribu (1.7%)

  • Demografi Kelompok di Malaysia50% penduduk di Sarawak dan 66% penduduk di Sabah terdiri daripada bumiputera bukan MelayuTerdapat kira-kira 30 etnik di Sarawak. Etnik paling besar ialah IbanDi Sabah, terdapat lebih 30 etnik lebih 80 dialek. Etnik terbesar ialah Kadazan-Dusun, Bajau dan MurutDi Semenanjung Malaysia orang Asli terdiri daripada tiga kumpulan besar iaitu Negrito, Melayu Proto, dan Senoi

  • Tujuan mengkaji Demografi kelompokPembangunan ekonomi kelompok sesebuah lokasi untuk kesejahteraan rakyatAspek pendidikan yang boleh membangunkan ekonomi pendudukKeterbatasan sumber, pilihan dan mengambil keputusan ekonomi

  • Ciri ciri Pengelompokan Masyarakat MelayuSUB-ETNIKJAWAMINANGBUGISBANJARLAIN-LAIN

  • KELOMPOK RAS DALAM MASYARAKAT

    HOMO-SAPIENSJENIS-JENIS RASCAUCASOIDMONGOLOIDNEGROIDAUSTROLOIDAMERICAN INDIAN

  • CAUCOSOID- Orang Eropah PutihBibir nipisKulit putihMata besarRambut lurusTinggiHidung mancung

  • NEGROID- Orang Negro HitamBibir tebalKulit hitamMata besarRambut kerintingTinggiKaki kurus

  • MONGOLOID- Orang Asia KuningHidung kurang mancungKulit berwarnaRambut lurus atau kerintingMata agak kecilBadan kecil

  • AMERICAN INDIAN- Orang Asli Amerika Red IndianKulit merahRambut lurusHidung sederhanaBentuk muka bersegiMata besar

  • AUSTROLOID- Orang Asli Australia kelabuKulit kelabuRambut kerintingHidung besarMata besar

  • Definisi DemografiDari bahasa Yunani Demos yang bermaksud rakyat atau penduduk sesuatu kawasanGrafein bermaksud menggambar atau menulis tentang sesuatu perkaraDemografi sebagai tulisan atau karangan tentang rakyat atau penduduk sesuatu lokasi

  • Demografi Kelompok di MalaysiaPenduduk Malaysia tahun 2006 berjumlah 26.64 juta.Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), Lain-lain iaitu Orang Asli, Sikh dan etnik di Sabah dan Sarawak (14%)Umumnya Melayu dirujuk sebagai penduduk asal rantau alam Melayu iniKelompok-kelompok kecil Melayu seperti Jawa, Minang, Krinci, Bugis dll berusaha membina kelompok masing-masing dan menjadi sub-budaya bagi budaya MelayuMenurut Perlembagaan Malasia, Melayu iailah berbahasa Melayu, berbudaya Melayu dan beragama Islam

  • Orang MelayuOrang Melayu berasal daripada keturunan mereka yang mendiami kepulauan NusantaraOrang Melayu telah membina asas peradaban yang mantab sebelum bertembung dengan dengan peradaban India dan Islam. Tamadun Islam memperkukuhkan peradaban Melayu. Namun perdaban yang datang tidak menghilangkan identiti budaya Melayu.Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi berpunca dari dasar penjajah BritishOrang Melayu kuat dari segi pegangan politik

  • Orang CinaKehadiran orang Cina sejak Kesultanan MelakaKedatangan secara besar-besaran berikutan penemuan bijih timah sekitar 1884 Penghijrahan orang Cina akibat kesukaran hidup di negara China, keadaan politik tidak stabil, kemudahan berhijrah dll.Orang Cina mrenguasai ekonomi melalui perniagaanMula bergiat dalam politik selepas perang dunia ke-2

  • Orang IndiaMula datang melalui perdaganganPenghijrahan sebagai buruh di ladang tebu dan sebagai pembantu demostik Penghijrahan besar-besaran untuk bekerja di estet-estet. Ramai terlibat dalam bidang guaman, perubatan dan perniagaanMajoriti datang dari India selatan dan beragama Hindu. Ada juga yang beragama Islam

  • Peribumi Sabah dan SarawakDi Sabah terdapat 23 suku kaum seperti Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan Orang Brunei.Di Sarawak suku kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan dan KelabitSuku kaum di Sabah dan Sarawak dibezakan oleh kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya

  • Orang AsliBoleh dibahagikan kepada tiga rumpun iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Terdapat 18 suku kaum dari 3 rumpun tersebutEkonomi majoriti Orang Asli berasaskan pertanian sara diriSebahagian besar Orang Asli beragama animismeTahap pendidikan Orang Asli amat rendah berbanding kelompok etnik yang lain

  • Faktor-faktor halangan integrasi antara budayaKejahilan tentang kumpulan etnik yang lain Proses pemasyarakatan yang terbatasPolitik perkaumanPerbezaan sosio-ekonomiPerbezaan kebudayaanSegregasi atau pemisahan fizikal

  • Usaha pengintegrasian masyarakat majmuk1. Usaha politik Perlembagaan yang menggariskan kesamarataan kaum. Seperti peruntukan memberi perlindung kepada kumpulan kaum tertentu Contoh hak keistimewaan orang melayuAkta-akta yang menjaga persefahaman anta kaumAkta mencegah isu-isu sensitif seperti Akta Hasutan

  • Usaha pengintegrasian masyarakat majmuk2. Usaha ekonomi Memperbaiki ekonomi tanpa mengira kaumMewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaumMengurangkan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomiPenubuhan agensi kerajaan untuk membantu orang melayu

  • Usaha pengintegrasian masyarakat majmuk3. Usaha Sosial dan Kebudayaan Memperkenalkan konsep kebudayaan nasionalPenggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi dalam sistem pendidikanMengurangkan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomiPenubuhan agensi kerajaan untuk membantu orang melayu

  • Usaha pengintegrasian masyarakat majmuk4. PendidikanMurid perlu diberi kesedaran tentang memahami hubungan etnikMurid diberi peluang untuk memupuk hubungan antara etnikGuru memain peranan penting untuk memupuk semangat muhibah antara kaumMengadakan aktiviti dalam program RIMUP

  • Usaha pengintegrasian masyarakat majmuk5. Perana Agensi KerajaanPenubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi NasionalRukun Negara sebagai Ideologi KebangsaanDasar Ekonomi BaruDasar Pendidikan KebangsaanDasar Kebudayaan KebangsaanIntegrasi antara wilayahUsahasama badan-badan swasta, sektor komuniti dan ahli politik

  • KesimpulanTerdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lainOleh sebab terdapat kepelbagaian kelompok di Malaysia, guru perlu memberi pendidikan kepada semua murid tanpa pilih kasihSetiap murid diterapkan dengan nilai murni kaum yang lain supaya dapat menerima aspek perbezaan ang terdapat dalam masyarakatMurid perlu diberi kesedaran terhadap perbezaan etnikPerasaan kekitaan dapat diserap melalui perbagai aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran

  • Refleksi

    Senaraikan empat ciri-ciri budaya?Senaraikan faktor-faktor penghijrahan orang Cina ke Malaysia?3. Apakah usaha kerajaan untuk mewujudkan integrasi etnik?