tajuk 3 implikasi kepelbagaian sosio-budaya

28
Tajuk 3: Implikasi Kepelbagaian Sosio- Budaya Hasil Pembelajaran: 1. Menganalisis kepelbagaian sosio-budaya dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran 2. Membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya 3. Mengenal pasti unsur-unsur budaya yang mempengaruhi amalan guru, murid dan pengurusan sekolah 4. Menganalisis pembelajaran yang berlaku hasil amalan pengurusan berasaskan budaya di sekolah

Upload: ann-koay

Post on 26-Jan-2016

111 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Tajuk 3: Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Hasil Pembelajaran:1. Menganalisis kepelbagaian sosio-budaya dan

implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran2. Membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran

yang mesra budaya 3. Mengenal pasti unsur-unsur budaya yang

mempengaruhi amalan guru, murid dan pengurusan sekolah

4. Menganalisis pembelajaran yang berlaku hasil amalan pengurusan berasaskan budaya di sekolah

Page 2: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

PENGENALAN•Budaya yang diwarisi dan dialami oleh murid pelajar dalam

keluarga, etnik, masyarakat dan lokaliti mempengaruhi perkembangan, kepercayaan, pegangan serta keperibadian seseorang

•Kesedaran tentang kepelbagaian budaya murid dapat membantu guru menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan

•Budaya yang dibawa oleh murid mempengaruhi iklim dan budaya di bilik darjah

•Budaya formal terbina hasil pelaksanaan peraturan dan etos sekolah

•Budaya tidak formal hasil interaksi pelajar dalam pelbagai kelompok dan budaya yang berbeza

Page 3: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Budaya pelajar

•Pro budaya sekolah – pelajar yang mematuhi peraturan sekolah sepenuhnya dan menangguh untuk memenuhi keperluan diri dan memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik

•Antibudaya sekolah – Pelajar tidak snggup mematuhi peraturan sekolah dan mendatangkan masalah kepada sekolah

•Antara budaya sekolah dan budaya remaja – kelompok pelajar yang berada di tengah. Mereka menghormati peraturan sekolah di samping memenuhi keperluan diri

Page 4: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya terhadap Murid

•Individu murid sangat unik dan berbeza sebab latar belakang yang berbeza

•Budaya faktor pengaruh paling berkesandengan mempengaruhi cara murid berfikir, bertindak, mempengaruhi pandangan, perasaan dan pembawaan

•“Culture provides the blueprint that determines the way an individual thinks, feels and behaves in society”

•(Gollnick & Chin, 1990)

Page 5: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Enam Corak Asas Budaya Menjadikan Individu Itu Unik dan Berbeza1. Berbeza dalam gaya berkomunikasi• Bersuara lantang dan bernada tinggi semasa berbual

(Melayu utara)• Sapaan ‘aku-hang’ diterima tetapi bukan dengan orang

lebih dewasa• Dialek pantai Timur kosa kata yang mengelirukan spt

selalu yang bermaksud sekarang• Murid perlu menyedari perbezaan gaya komunikasi

untuk mengelakkan salah faham

Page 6: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Enam Corak Asas Budaya Menjadikan Individu Itu Unik dan Berbeza

2. Berbeza sikap terhadap konflik• Murid yang bersikap terbuka dalam menghadapi konflik

(pandangan berbeza) sebab keluarga yang mengamalkan perbincangan

• Terdapat murid yang tidak selesa berbincang secara bersemuka. sebab bimbang menjatuhkan ‘air muka’

• Penyelesaian secara tertutup atau secara bertulis lebih sesuai

Page 7: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Enam Corak Asas Budaya Menjadikan Individu Itu Unik dan Berbeza

3. Berbeza pendekatan dalam menyelesaikan tugasan

Page 8: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Tajuk 3: Implikasi Kepelbagaian Sosio-BudayaImplikasi kepelbagaian sosio-budayamenyentuh empat aspek berikut:1. Guru2. Murid3. Sekolah4. Kurikulum Tersirat

Page 9: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Pengenalan Implikasi Kepelbagaian Sosio-BudayaKepelbagaian sosio-budaya memberi kesansecara langsung terhadap sistem pendidikan. Untuk memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua, guru perlu mengetahui peranan mereka terhadap murid, sekolah dan kurikulum tersirat. Ini dapat menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

• .

Page 10: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya terhadap guru•Menjalankan tugas secara profesional dan penuh

dedikasi•Murid dianggap sama• Tidak mengelompok murid mengikut kaum•Memberi peluang murid untuk berinteraksi secara

meluas• Tidak membezakan kelas sosial murid•Melayan murid sama rata

• .

Page 11: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Lagi Implikasi terhadap guru•Memastikan murid yang pelbagai sosio-budaya merasa tidak

terpinggir•Menjamin semua murid dapat peluang belajar yang sama di

bilik darjah•Mengendalikan kelas dengan adil supaya murid dapat

bergaul dan berinteraksi dengan semangat persaingan yan g sihat•Menolong murid memahami dan membentuk silai, sikap dan

tingkah laku yang sesuai

• .

Page 12: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Lagi Implikasi terhadap guru

• Berusaha membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka• Bertanggungjawab membantu murid membentuk

konsep kendiri positif•Membantu mengatasi masalah akademik murid•Menolong murid memahami dan membentuk silai,

sikap dan tingkah laku yang sesuai

• .

Page 13: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Lagi …

•Membiasakan diri datang awal ke sekolah dan jadikan amalan menepati masa •Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan

pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid•Memulakan pengajaran menggunakan set induksi yang

menarik•Melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran yang tidak

membosankan

• .

Page 14: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Lagi …

• Tidak melengahkan masa masuk ke dalam kelas•Menggunakan masa pengajaran semaksimum mungkin•Menggunakan kata-kata yang penuh motivasi•Menyelitkan lelucon (Sense of humour) di mana perlu•Menghormati murid, bersikapadil kepada murid• Hukuman yang diberikan tidak merenggangkan diri dengan

murid

• .

Page 15: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya terhadap guru

• Menyekat kemungkinan berlaku aktiviti seperti pergaduhan antara kaum• Tidak menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan murid• Membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid• Elakkan penggunaan bahasa dialek dalam bilik darjah• Penggunaan bahasa standard• Merancang aktiviti yang boleh disertai murid berlainan jantina• Merumus hasil pembelajaran melaui kaedah yang menarik• Tugasan yang diberikan untuk pemulihan dan pengukuhan bergantung kepada

pencapaian murid• Mencatat kemajuan dan kelemahan murid dalam pengajaran dan pembelajaran

• .

Page 16: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Peranan guru menangani Kepelbagaian Sosio-Budaya

• Mencatat kemajuan dan kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membuat pengubahsuaian bagi menyelesaikan masalam pengajaran dan pembelajaran• Berusaha menjadi guru yang berkualiti iaitu berwawasan jelas, berdaya

kreativiti, peka terhadap perubahan• Mengetahui dan memahami bidang kerjaya guru• Harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir• Berkemahiran berfikir, berinteraksi dan berkomunikasi• Berkemampuan membuat refleksi kerja yang dilaksanakan• Mematuhi tonggak Dua Belas, nilai dan etika perkhidmatan awam

• .

Page 17: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Perubahan dan cabaran profesion keguruan

• Peranan guru bukan lagi penyampai ilmu tetapi sebagai pemudahcara• Guru juga agen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid• Guru perlu kreatif da inovatif untuk menjadikan pengajaran dan

pembelajaran efektif, menarik dan menyeronokkan• Pengambilan guru dibuat lebih teliti supaya dapat menjadi guru yang

cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia• Bidang pendidikan menuntut perubahan perspektif masyarakat

terhadap profesion keguruan• Skim perkhidmatan akan sentiasa disemak dan diperbaiki semula supaya

lebih menarik dan memartabatkan profesion ini

• .

Page 18: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap murid

• Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di bilik darjah• Faktor perbezaan individu murid memerlukan kemahiran pengurusan

bilik darjah• Tingkah laku dan budaya murid memerlukan pemahaman guru supaya

tindakan guru betul dan tepat• Guru perlu menyenaraikan peraturan yang harus dipatuhi oleh murid

supaya sepanjang pengajaran dan pembelajaran• Murid perlu berinteraksi terutama ketika melakukan aktiviti dalam

pembelajaran• Murid harus berinteraksi tanpa mengira golongan atasan atau bawahan • Kepercayaan murid tidak seharusnya dipertikai oleh guru

• .

Page 19: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap murid

• Proses sosialisasi murid hendaklah di dikembangkan supaya dapat dipupuk semangat perpaduan• Murid perlu gunakan bahasa standard dan elakkan penggunaan dialek

mengikut kaum• Murid digalakkan berinteraksi dengan rakan berlainan jantina• Guru perlu menggunakan pendekatan penyayang yang boleh menjinakkan

murid• Guru berkomunikasi dengan berkesan menghasilkan motivasi yang berkesan• Guru mudah menghadiahkan senyuman serta memberi penghargaan ikhlas

akan meningkatkan prestasi murid• Guru menyediakan program yang bertujuan membangunkan murid dapat

mengurangkan tingkah laku negatif

• .

Page 20: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap murid

• Guru membentuk bilik darjah mesra budaya supaya murid belajar dengan ceria, menyeronokkan yang menyentuh emosi• Bilik darjah disusun secara fizikal supaya lebih ceria• Guru bijak menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah mengajar

bersesuaian dengan minat murid• Kemahiran pengawalan kelas yang tinggi• Guru boleh menyelesaikan masalah antara murid tanpa berat sebelah• Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan guru boleh membentuk tingkah

laku murid yang baik

• .

Page 21: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap sekolah

• Terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara i. Sekolah Kebangsaan - SK ii. SRJK iii. SJKT iv. SBP v. SMT vi. SMKA vii. Sekolah Premier viii. Sekolah Wawasan ix. Sekolah Cluster x. Sekolah integrasi xi. Sekolah sukan

xii. Sekolah Pendidikan Khas

• .

Page 22: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap sekolah

• Kepelbagaian sosio budaya mewujudkan SK, SRJK(C) dan SRJK(T)• RIMUP adalah satu usaha Kementerian untuk memupuk perpaduan

antara kaum.• Sekolah Wawasan juga memberi peluang murid-murid pelbagai sosio-

budaya untuk memahami budaya antara satu sama lain• Pembinaan sekolah di bandar dan luar bandar menunjukkan

keprihatinan kerajaan untuk mengurangkan ketaksamaan peluang pendidikan• Pembinaan sekolah agama juga satu usaha menerap nilai murni dan

kepercayaan beragama

• .

Page 23: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap kurikulum tersirat

• Murid bukan hanya mempelajari daripada kandungan kurikulum tetapi juga merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang diperolehi semasa belajar• Chafel (1997) berpendapat terdapat dua bentuk kurikulum yang

dilaksanakan di sekolah iaitu overt (terbuka) dan covert (tersirat)• Ausbrooks (2000) menjelaskan kurikulum tersirat sebagai:

… is composed of all implisit messages in the school’s social climate, unwritten yet understood by all. It is the body of language a child absorbs in school simply by being there day after day. This is the curriculum that creates a school’s so called “learning environment”

Page 24: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap kurikulum tersirat

• Kurikulum tersirat tidak dinyatakan dalam kurikulum rasmi• Terdapat perbezaan kurikulum tersirat di peringkat sekolah dengan

peringkat pengajian tinggi• Masyarakat pelbagai sosio-budaya nenberikan implikasi kepada

kurikulum sekolah • Melalui kurikulum tersirat kementerian berusaha membentuk bangsa

yang bersatu• Aktiviti kokurikulum juga mengaplikasikan penerapan nilai budaya

masyarakat• Kurikulum tersirat diaplikasikan melalui aktiviti pesatuan, unit

beruniform maupun sukan• Kurikulum tersirat juga harus menggalakkan interaksi

Page 25: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap kurikulum tersirat

• Kurikulum tersirat dimaksudkan seperti berikut:1. Merangkumi semua pengalaman pembelajaran murid yang

diperolehi di sekolah 2. Hasil pembelajaran tidak dapat diukur secara kuantitatif 3. Nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh guru dan murid. Murid belajar secara tidak langsung 4. Kewujudannya berbeza-beza mengikut lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum 5. Kurikulum tersirat tidak tertulis bersama kurikulum rasmi ataupun dalam penilaian 6. Jenis dan katgori berbeza mengikut jenis institusi

Page 26: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap kurikulum tersirat

• Di peringkat pengajian tinggi diperkenalkan tiga kategori kurikulum tersirat1. Budaya belajar untuk belajar

2. Budaya belajar untuk menjadi pengajar 3. Belajar untuk pembudayaan/pembinaan tingkah laku terpuji• Ada cadangan supaya kurikulum tersirat didokumenkan• Kurikulum tersirat perlu menjadi salah satu agenda utama dalam usaha

mempertingkatkan kualiti kurikulum negara

Page 27: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Kesimpulan

• Kepelbagaian sosio-budaya mempunyai implikasi terhadap guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat• Guru perlu melihat peranannya sebagai pendidik supaya melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan tanpa mengira latar belakang murid• Murid perlu melihat kepelbagaian sosio-budaya sebagai satu peluang

mengenali dan memahami kaum yang lain untuk membina perpaduan yang jitu• Sekolah yang pelbagai jenis memberi peluang kepada semua kaum

untuk belajar serta mengurangkan ketaksamaan peluang pendidikan• Kurikulum tersirat memainkan peranan sama penting untuk

pembentukan sahsiah serta memupuk perpaduan dikalangan murid

Page 28: Tajuk 3 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Refleksi

• Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru di dalam bilik darjah pelbagai budaya• Sebagai murid, bagaimanakah cara untuk berinteraksi dan belajar

dengan berkesan di dalam bilik darjah pelbagai budaya• Jelaskan jenis dan peranan sekolah-sekolah yang terdapat di Malaysia• Kurikulum tersirat memainkan peranan sama penting. Apakah yang

dipelajari oleh murid melalui kurikulum tersirat• Huraikan ciri-ciri kurikulum tersirat.