konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia

20

Upload: syimah-hassan

Post on 12-Aug-2015

66 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia
Page 2: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia
Page 3: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia

Konsep budaya

• Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal).

• Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.

Page 4: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia

• Budaya ialah gabungan perkataan budi dan daya dimana budi bermaksud pemikiran manakala daya bermakna ciptaan ataupun rekaan.

• Mengikut E.B Taylor budaya merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, sikap, adat dan undang-undang.

• Joseph S. Roucek dan Ronald L. Warren mengatakan budaya adalah satu cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk terus hidup.

Page 5: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia

• Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia) sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya.

• Menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor.

• Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Page 6: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia

• Budaya terbahagi kepada dua– Budaya kebendaan– Budaya bukan kebendaan

• Budaya kebendaan melibatkan objek konkrit seperti perahu,senjata,tempat tinggal dan pakaian.

• Budaya bukan kebendaan pula meliputi benda yang abstrak seperti kepercayaan dan adat resam dan juga undang-undang.

• Roucek memberikan contoh budaya bukan kebendaan iaitu larangan berkahwin dengan saudara perempuan sendiri.

Page 7: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia

• Daripada definisi-definisi yang kita perolehi tadi,kita boleh mengatakan bahawa budaya ialah apa juga yang kita fikir, buat dan punyai dalam kehidupan merangkumi semua bidang kehidupan baik pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, moral, adat resam dan apa juga cara hidup kita yang merupakan penglahiran daripada apa yang kita warisi daripada masyarakat kita yang terdahulu

Page 8: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia
Page 9: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia

• Kepelbagaian kelompok atau masyarakat sangat berkait rapat dengan budaya kerana tanpa masyarakat tiadalah budaya yang diamalkan

• Mengikut tafsiran, satu-satu masyarakat terdiri dari kumpulan individu yang mempunyai hubungan yang sangat lama

Page 10: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia

• Di antara masyarakat di Malaysia, baik Melayu dan Cina misalnya, oleh kerana itu adalah dari keseluruhan jumlah individu-individu yang telah membentuk masyarakat sendiri

• Masyarakat itu adalah sekelompok manusia, tua-muda, lelaki-perempuan yang mempunyai hubungan sosial dalam penempatan yang sama

• Oleh kerana itu dikatakan bahawa masyarakat membentuk budaya

Page 11: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia
Page 12: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia
Page 13: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia
Page 14: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia

ORANG MELAYU

• Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..

• Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..

• Permainan : congkak, gasing, wau..

• Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..

• Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji

• Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..

• Kepercayaan : Agama Islam

• Bahasa : Bahasa Melayu

Page 15: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia

ORANG CINA

• Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..• Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..• Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.• Permainan : catur cina• Alat muzik : gitar bulan, dram,• Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih

BulanTarian : Tarian Kipas, Tarian Singa, Tarian Payung..

• Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian• Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..

Page 16: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia

ORANG INDIA• Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..• Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,• Permainan : kaudi • Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei.• Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda

Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya• Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata

Natyam• Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam• Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

Page 17: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia

BABA DAN NYONYA• Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang

terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.

• Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

• Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".

Page 18: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia

SUKU BAJAU• Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau

adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara.

• Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat.

• Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia.• Seratus persen suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum

Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah.

• Sesuai dengan perkembangan masa kini, kini ramai masyarakat Bajau dikahwini dan/atau mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia.

Page 19: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia

• Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama.

• Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli).

• Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.

Page 20: konsep budaya serta kepelbagaian kelompok di malaysia

Soalan BengkelKumpulan 1Gariskan ciri-ciri budaya masyarakat JawaKumpulan 2Bincangkan cara hidup masyarakat MinangKumpulan 3Gambarkan budaya hidup masyarakat BugisKumpulan 4Gariskan ciri-ciri budaya masyarakat BanjarKumpulan 5Gariskan cara hidup masyarakat India MuslimMalaysia (Mamak)