pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok

23
Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian Kelompok

Upload: garfeeq

Post on 23-Jun-2015

2.141 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian Kelompok

Page 2: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid-murid.

Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta memupuk nilai murni bagi perkembangan yang menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan murid serta relevan dengan budaya yang diamalkan.

Guru perlu mengambilkira kepelbagaian aspek budaya murid supaya setiap murid tidak terpinggir dalam proses pembelajaran mereka.

Page 3: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Dalam konteks sosiologi, konsep kebudayaan dikatakan sebagai cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat tertentu.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab guru untuk memenuhi keperluan murid tanpa sikap prejudis terhadap budaya murid yang berbeza tersebut.

Page 4: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Konsep modal budaya juga harus diketahui. Modal budaya merujuk kepada seseorang

individu yang mewarisi dan memperoleh keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya.

Pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya.

Page 5: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Terdapat pelbagai strategi, kaedah dan teknik dalam pedagogi pendidikan.

Guru seharusnya memilih. strategi kaedah atau teknik yang bersesuaian mengikut keadaan kelas dan kerelevanan budaya.

Page 6: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Pendekatan Kolaboratif Direktif Mediatif Generatif Kontekstual Metakognitif Konteks Luar/Kajian Luar Kajian Masa Depan Pendekatan Koperatif

Pendekatan pedagogi yang relevan untuk diamalkan dalam pelbagai budaya murid.

Page 7: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Kaedah direktif adalah belajar melalui penerangan dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan.

Guru boleh memberikan penerangan secara langsung kepada murid tentang kepelbagaian budaya dalam kelompok mereka.

Fokus diberikan kepada kemahiran asas, latihtubi dan latihan kecekapan.

Guru bertindak sebagai model. Contoh strategi pengajaran yang boleh digunakan adalah seperti kuliah, latih-tubi dan demontrasi.

Direktif

Page 8: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Melalui kaedah ini guru boleh menggunakan bahan media dalam pembelajaran.

Antara contohnya penggunaan komputer dan buku elektronik.

Dalam strategi ini, murid-murid diajar oleh guru untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis khususnya yang berkaitan dengan budaya yang masih relevan untuk diamalkan oleh murid.

Mediatif

Page 9: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Guru boleh menggalakkan murid menjana idea-idea kritis dan kreatif yang sesuai dengan budaya yang diketengahkan.

Kaedah ini boleh membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kreatif dan dapat membuat pertimbangan untuk meneruskan budaya yang relevan dengan kehidupan masa kini.

Generatif

Page 10: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Murid juga, akan dapat mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenar.

Ini akan dapat memotivasikan murid murid untuk membuat kaftan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada budaya kehidupan mereka sebagai ahli keluarga, masyarakat dan rakyat.

Pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran `eksperential', pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid.

Kontekstual

Page 11: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Memberikan peluang kepada murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri.

Melalui kaedah ini murid-murid akan berbincang tentang tugasan yang diberi. Pada peringkat inilah guru boleh memberikan tugasan yang berkaitan dengan budaya masyarakat yang masih relevan untuk dibahaskan oleh mereka.

Metakognitif

Page 12: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Ini memerlukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dilakukan di luar bilik darjah.

Guru berperanan sebagai seorang facilitator. Guru memberikan satu aktiviti penyelesaian

masalah dan murid mesti berada, di luar bilik darjah untuk menyelesaikan masalah ini.

Pada peringkat akhir murid akan menyediakan laporan terhadap aspek yang dibincangkan dalam sesi pembelajaran mereka.

Konteks luar

Page 13: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Kajian masa depan adalah penting untuk golongan remaja dan murid.

Guru akan dapat membantu murid untuk melihat manusia supaya berfikiran jauh.

Dua prinsip dalam kajian masa depan ialah masa depan sahajalah merapatkan ruang di mana kita mempunyai kuasa dan pilihan untuk bertindak serta melakukan sesuatu dan terdapat bukan hanya satu masa depan tetapi beberapa masa depan yang perlu dihadapi.

Kajian masa depan

Page 14: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Murid-murid akan dapat belajar secara kerjasama dan berinteraksi dengan murid yang datangnya dari pelbagai latar budaya tersebut.

Pembelajaran koperatif akan menjadi menarik kerana murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.

Murid turut dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli. Kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk dalam diri murid.

Kooperatif

Page 15: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Pembelajaran kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih.

Murid akan berusaha bersama untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Pembelajaran melalui kaedah ini melibatkan sekumpulan murid yang berusaha ke arah mencapai prestasi yang cemerlang.

Keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.

Kolaboratif

Page 16: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Pedagogi Kelas Bercantum

Page 17: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Kelas bercantum diwujudkan apabila bilangan murid di dalam satu tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang.

Sesebuah kelas Tahun 1,Tahun 2 dan Tahun 3 akan dicantumkan jika bilangan murid tidak mencukupi.

Page 18: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Kelas bercantum juga wujud apabila bilangan murid di sesebuah sekolah tidak melebihi 145 orang.

Bilangan guru termasuk guru besar pula, adalah tidak melebihi 5 orang.

Seseorang guru akan mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara serentak dalam kelas bercantum.

Page 19: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Strategi pedagogi pengajaran dan pembelajaran di kelas bercantum adalah berlainan daripada kelas biasa.

Guru lebih kepada pengajaran secara berkumpulam.

Kaedah ini merupakan pengajaran berpusatkan murid.

Tujuan aktiviti begini dilakukan bagi membolehkan murid aktif dan memenuhi keperluan mereka yang mempunyai pelbagai kebolehan.

Page 20: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Murid dari pelbagai kebolehan dikelompokkan dalam kumpulan yang dibina.

Mereka membina kelompok kecil bagi semua mats pelajaran seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan lain-lain.

Melalui aktiviti kumpulan, semua murid dapat mengikuti aktiviti yang diperingkat kan mengikut tahap pencapaian mereka.

Secara langsung murid dapat diberi peluang untuk memberikan pendapat kepada rakan-rakan sekelas walaupun dari pelbagai kecerdasan yang berbeza.

Page 21: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Guru juga boleh menggunakan kaedah perbincangan.

Kaedah ini merupakan teknik mengajar yang melibatkan perbualan di antara guru murid dan murid-murid di dalam sesebuah kelas.

Dalam bilik darjah, guru akan mengemukakan topik perbincangan seperti isu semasa, peristiwa, perpaduan rakyat dan sebagainya.

Page 22: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Terdapat dua, jenis bentuk perbincangan iaitu perbincangan keseluruhan kelas, biasanya diketuai dan diarahkan oleh guru.

Perbincangan jenis kedua adalah perbincangan dalam kumpulan kumpulan kecil, biasanya diketuai oleh murid.

Setiap murid digalakkan melibatkan diri secara, aktif dalam sesi perbincangan.

Page 23: Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Guru perlu bijak melaksanakan pengajaran dalam kelas bercantum kerana terdapat aras perbezaan yang agak ketara dalam diri murid.

Kelemahan menggunakan pendekatan pedagogi yang sesuai pasti akan merencatkan minat murid untuk meneruskan proses pembelajaran.