bagaimana kepelbagaian budaya mempengaruhi gaya penyampaian

26
Bagaimana kepelbagaian budaya mempengaruhi gaya penyampaian, kepimpinan dan komunikasi guru dalam bilik darjah? Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat pelbagai bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Selain daripada tiga kumpulan besar ini, terdapat juga kaum-kaum lain di Malaysia antaranya kaum Bumiputera dan golongan Peranakan (Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi, 2005 :1). Suatu hal yang nyata ialah apabila membincangkan kebudayaan setiap kaum dalam masyarakat, pembicaraan akan memberi fokus dan perhatian terhadap pentafsiran ciri-ciri budaya setiap kaum (Sutan Takdir Alisyahbana 1966) yang menyangkut perihal cara hidup, pergaulan dan hubungan sosial sehingga mewujudkan pertembungan dan percampuran unsur kebudayaan. Maharom Mahmood

Upload: roslan-yahaya

Post on 05-Dec-2014

75 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

Bagaimana kepelbagaian budaya mempengaruhi gaya penyampaian, kepimpinan

dan komunikasi guru dalam bilik darjah?

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat pelbagai bangsa

dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada

tiga kumpulan masyarakat terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Selain daripada tiga

kumpulan besar ini, terdapat juga kaum-kaum lain di Malaysia antaranya kaum Bumiputera dan

golongan Peranakan (Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi,

2005 :1).

Suatu hal yang nyata ialah apabila membincangkan kebudayaan setiap kaum dalam

masyarakat, pembicaraan akan memberi fokus dan perhatian terhadap pentafsiran ciri-

ciri budaya setiap kaum (Sutan Takdir Alisyahbana 1966) yang menyangkut perihal

cara hidup, pergaulan dan hubungan sosial sehingga mewujudkan pertembungan dan

percampuran unsur kebudayaan. Maharom Mahmood (2001) mengakui dalam usaha

membentuk nilainilai patriotik dalam kalangan belia semua kaum, pemahaman tentang

latar belakang dan sejarah budaya setiap etnik memainkan peranan penting, kerana

pengalaman budaya membentuk pola kehidupan dan pola pemikiran.

Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara

fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara

hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan

organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Page 2: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

Menurut Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib (bekas professor Madya UiTM) budaya ialah

amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari

pegangan dan kecenderongan diri masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang

hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat

tersebut.

Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan

pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur – struktur kemasyarakatan,

keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri – ciri khas

sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau

memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi

ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang – undang, adat resam

dan lain – lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai

anggota masyarakat.

Page 3: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

Budaya diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat di

sesuatu kawasan. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa

mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya.

Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang

membawa pengertian :

  -        Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal

Page 4: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

-       kecergasan akal fikiran seseorang akan menetukan tahap pemikiran dalam

menangani sesuatu permasalahan dan mencari penyelesaian kepada

permasalahan tersebut

-        Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh

-       Mengunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi

membantu menjana pemikiran mereka

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah :

  i)     membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti

ii)    memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian,

kemanusiaan, spiritual dan mental

Page 5: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

Kepelbagaian Budaya dalam Konteks Pendidikan

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititik

beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang

kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya,

pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Hal ini demikian kerana budaya

merupakan sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada

nenek moyang dan akan diperturun pula kepada generasi akan datang (Che Su

Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi, 2005:1).

Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat

dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang

lebih besar. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina, saiz

badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997) pula

mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau

mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya

kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat.

Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung

terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Implikasi kepada guru.

Page 6: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

‘kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat

untuk membawa kita kea rah wawasan yang ingin kita capai”. Dato’ Sri Abdullah Ahmad

Badawi PIPP 2006-2010 m.s 38.

Pada dasarnya adalah jelas bahawa institusi sekolah merupakan entiti utama dalam

keseluruhan sistem sosial masyarakat. Institusi ini bukan sahaja menjadi sumber

pendidikan kepada ahli masyarakat malah lebih penting lagi berfungsi sebagai

penghubung kepada pelbagai budaya yang berkembang dalam masyarakat tersebut

(Banks dan McGee,1997:23).

Dengan mengetengahkan prinsip pendidikan pelbagai budaya yang memperlihatkan

perspektif positif terhadap aspek kepelbagaian budaya di sekolah, adalah diyakini

prinsip tersebut berjaya menggalakkan pemahaman dan komunikasi antara silang

budaya dan penerimaan perubahan oleh setiap kaum (Stephen May,1962:37).

Sementara itu, perlu ditegaskan bahawa kepelbagaian budaya penting untuk

didedahkan kepada pelajar kerana mereka bukan sahaja perlu mengetahui tetapi juga

menghargai asal-usul kebudayaan tempatan, jati diri dan identiti negara mereka

(Ibrahim Saad, 1986:485).

Bagi mencapai objektif pembelajaran pelbagai budaya, sistem pendidikan perlulah

memberi peluang kepada setiap individu untuk belajar menghargai dan berkongsi nilai-

Page 7: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

nilai budaya kemasyarakatan termasuklah bahasa kebangsaan di samping mempelajari

bahasa ibunda masing-masing.

Kepimpinan Guru

Guru merupakan agen perpaduan dan transformasi budaya kepada pelajar, oleh sebab

itu bidang pendidikan dapat menjadi saluran penting bagi mendokong citacita

perpaduan dan integrasi nasional (Chai Hon Chai 1977). Aliran falsafah realism

mengakui inisiatif untuk menjayakan matlamat negara dan agenda perubahan adalah

terletak ditangan para guru (Ahmad Rafaai 2000; 2009).

Guru perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya murid –

murid agar masalah guru ‘syok sendiri’ dalam mengajar tidak berlaku.

Sewajibnya guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang

merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang

dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum.

Sebagai seorang guru perkara – perkara pokok seperti perancangan pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran,

persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap

kecerdasan.

Page 8: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

Memainkan peranan sebagai role model kepada murid-murid, adalah menjadi

kewajiban kepada guru untuk menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid

mereka. Perbezaan sosial murid-murid membentuk pelbagaian pendapat dan

penguasaan ilmu di kalangan murid-murid. Ada juga terdapat murid-murid akan merasa

rendah diri sesama rakan-rakan mereka disebabkan perbezaan social ini. Guru yang

bijak dapat memanipulasikan perbezaan social di kalangan murid-muridnya untuk

meningkatkan rasa hormat di kalangan mereka.

Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas. Guru perlu berusaha

untuk memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio budaya supaya

murid-murid dapat mengetahui, memahami dan yang pentingnya menghormati budaya

rakan-rakan mereka yang lain.

Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan

nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini

membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh pelbagai lapisan

masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Guru perlu mengelakkan diskriminasi daripada berlaku terutama apabila berada di

dalam bilik darjah. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk sama ada berbentuk

individu atau kumpulan etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan

pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan

Page 9: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

sesebuah kumpulan etnik. Dalam pendidikan, ketaksamaan peluang pendidikan juga

merupakan satu bentuk dsikriminasi yang perlu dielakkan.

Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan

tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas

mereka. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua

kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka

tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka.

Penyampaian Guru

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988 menyatakan bahawa guru perlu mewujudkan 

interaksi yang baik antara guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada itu guru juga hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan

kemesraan dengan murid-murid apatah lagi di dalam bilik darjah. Guru hendaklah

bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan sifat mereka yang berlainan.

Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka supaya murid-murid tidak

merasa bosan dengan cepat. Kaedah pengajaran yang pelbagai juga dapat menjadikan

guru lebih kreatif dan berinovasi. Ini secara tidak langsung menjadikan pengajaran guru

lebih menarik dan murid-murid dapat memahami isi pengajaran yang disampaikan

dengan lebih berkesan.

Page 10: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Aktiviti

yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid

dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar

belakang sosial dan kecerdasan individu.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggalakkan aktiviti yang

melibatkan penglibatan semua murid di dalam kelas. Penglibatan semua murid ini akan

dapat menjadikan mereka lebih merasa berkeyakinan untuk bergaul dan mengenali

sesama mereka. Penglibatan semua murid ini juga dapat menjadi pengajaran guru lebih

menarik dan berkesan.

Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, (2001),

proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut

beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya ialah:

a) Pendekatan, kaedah dan teknk yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara

aktif;

b) Berpandukan bahan – bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian

semasa, potensi dan kemajuan murid;

c) Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.

Page 11: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, seseorang guru haruslah peka dengan

kepelbagaian sosio-budaya murid – muridnya. Pendekatan yang bijak harus digunakan

dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata

tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan. Perbezaan tahap

kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam

menyampaikan pelajaran.

Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid.

Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid – murid merasa bosan dan seterusnya akan

mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal.

Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan, pelanggan iaitu murid haruslah

sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Hukuman berbentuk deraan dan

memalukan seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru

dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat untuk mereka meneruskan

pembelajaran.

Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh memberi peluang

kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang mempunyai unsur bias

kepada mana – mana jantina mesti dielakkan untuk member peluang sama rata pada

setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina,

menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan murid

supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.

Page 12: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali.

Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti

pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid

tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka.

Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang

cemerlang yang mana fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang

kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka

pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai,

realistic dan bijak dalam pengurusan masa.

Guru merupakan ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Anjakan

paradigma haruslah dilakukan oleh setiap guru dan tidak berada di zon selesa. Guru

haruslah pro-aktif dalam mengatasi kelebihan dan kelemahan muridnya. Penyampaian

pengajaran guru haruslah kreatif dan efektif, menarik dan menyeronokkan.

Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi

tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain.

Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang

dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke

dalam jiwa murid.

Page 13: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan

supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung

semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya

membentuk masyarakat yang toleran kearah memacu pembangunan Negara.

Seharusnya guru perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan

kepada aspek membaca, menulis dan mengira serta peperiksaan kerana budaya

pembelajaran sebenarnya lebih luas Murid perlu digalak untuk ‘memburu’ maklumat

daripada menerimanya secara pasif.. Murid perlu dilatih banyak merenung dan faham

‘apa’, ‘bagaimana’ dan ‘kenapa’ sesuatu perkara itu berlaku.

Komunikasi

Page 14: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting kearah pembentukan budaya

penyayang. Komunikasi berkesan dapat dijelmakan dalam cara bertutur, pengunaan

bahasa badan, penulisan dan juga pengunaan alat-alat tertentu seperti komputer,

telefon dan sebagainya.

Kajian Verderber & Verderber (2002) mendapati komunikasi sebagai “proses untuk

membina atau berkongsi makna perbualan informal, interaksi dalam kumpulan atau

syarahan”. Komunikasi lisan memerlukan kedua-dua pihak memelihara aspek

kesantunan dalam komunikasi.

Rumusan Wilbur Schramm ~ Komunikasi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran (1954)

Brown and Levinson (1978), menyatakan bahawa “strategi kesantunan dikembang

untuk menjaga martabat pendengar dan pihak yang terlibat.” Antara strategi

Page 15: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

kesantunan yang biasa digunakan adalah seperti berterus terang, kesantunan

positif, kesantunan negatif dan berlaku tanpa rekod.

Guru perlu mengelak dari membebel, menilai dan menghukum. Semua pihak perlu

bersifat terbuka dan saling menerima idea untuk kebaikan bersama. Kefahaman

terhadap mesej yang dituturkan juga berbeza dimana proses fahaman boleh berlaku

secara spontan. Guru harus berhati-hati dengan masej samada yang nyata tersirat atau

tidak tersirat.

Guru yang mahir berkomunikasi dengan murid, biasanya dapat menghasilkan suasana

pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran tertentu dapat

diterapkan dengan lebih mudah dan berkesan.

Guru perlu memahami murid dan murid akan memahami guru; bermaksud guru perlu

mengunakan kecekapan kemahiran berkomunikasi untuk mempengaruhi muridnya

mengekal tahap motivasi dalam pembelajaran. Interaksi dalam bilik darjah melibatkan

individu dan individu dan interaksi antara individu dengan alam sekitar.

Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus

diamalkan oleh murid. Unsur – unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan,

penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai,

aktiviti yang bercorak kearah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap

penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan

membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Murid juga digalakkan

Page 16: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu

diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina.

Sesuatu laras bahasa bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur dan berubah-

rubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting adalah perbendaharaan kata,

susunan ayat dan frasa yang digunakan. Dengan memilih laras bahasa yang tidak

sama untuk situasi berlainan, murid akan dapat menunjukkan bahawa mereka sedar

akan situasi sosial yang berlainan wujud di sekitar mereka.

Guru yang mengunakan kemahiran berkomunikasi dapat:

-          Menghasilkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran

-          Meningkatkan kecekapan dan meluaskan skop pembelajaran

-          Meningkatkan mutu pengajaran

Rumusan

Page 17: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

Malaysia mempunyai lebih dari 27 juta penduduk pada tahun 2008. Rakyat dinegara

kita ini terdiri daripada lebih dari 200 etnik. Diantara kumpulan terbesar terdiri dari

Melayu, Cina , India, Kadazan-Dusun, Banjar, Iban dan lain-lain lagi. Kepelbagaian

sosio-budaya Malaysia boleh ditinjau dari segi bangsa, struktur masyarakat atau kelas

sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina.

Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang

mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Kamus Pelajar (1993)

pula memberi takrifan bangsa sebagai kumpulan manusia yang sama usulnya serta

serupa sifatnya.

Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama,

yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut.

Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan

telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini.

 

Bangsa juga merujuk kepada nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi, hormat-

menghormati, setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian, kesabaran dan

kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana bilik

darjah yang sihat dan dinamik.

 

Page 18: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

Aspek pendidikan telah dijadikan salah satu wadah utama kerajaan untuk

mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. Pendidikan di Malaysia, menjadi

salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan kemajuan

Negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting

bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak – kanak

dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling,

tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan

kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai – nilai positif

untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.

Guru adalah sebagai agen sosialisasi. Ini membawa kepada pengertian bahawa guru

memainkan perana yang penting dalam mengujudkan sebuah Negara yang aman dan

damai. Dalam usha untuk mencapai matlamat ini guru perlu melaksanakan beberapa

proses. Proses interaksi yang membolehkan manusia hidup dalam masyarakat secara

harmoni. Proses mendisiplinkan individu supaya sesuai dengan norma dan nilai

masyarakat

Tugas, amanah dan tanggungjawab guru sememangnya besar kerana mereka yang

membentuk aset negara iaitu murid sekolah untuk menjadi modal insan yang berguna

pada masa hadapan.

Guru hendaklah sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa tanpa terlalu terikat

dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P)di bilik

Page 19: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

darjah. Murid adalah aset sekolah dan guru-guru berperanan membentuk mereka

sebagai modal insan yang berjaya dalam akademik, sahsiah diri, keperibadian dan

berketrampilan.  

Membina bangsa ini memerlukan usaha gigih seorang guru melalui penerapan

beberapa mesej mengenai pembinaan negara bangsa dalam proses pengajaran dan

pembelajarannya iaitu:

a)     Menyatupadukan kepelbagaian bangsa di Malaysia sebagai satu bangsa.

b)     Meningkatkan hubungan harmoni dan integrasi antara kaum agar dapat

meningkatkan perpaduan dan kerjasama erat di antara mereka.

Oleh yang demikian para guru perlu kreatif dalam membina budaya dan persekitaran

integrasi kaum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tugas guru bukan hanya

terbatas sebagai agen pendidik di dalam kelas tetapi juga sebagai agen perpaduan dan

integrasi dalam memupuk semangat cintakan tanah air ini.

Page 20: Bagaimana Kepelbagaian Budaya Mempengaruhi Gaya Penyampaian

Sumber:

http://coretanummicikgu.blogspot.com/2012/05/integrasi-dan-perpaduan-kaum-

melalui.html

myownweb1234.tripod.com/.../negarabangsa.html 

http://bmngaifen.blogspot.com/2011/11/guru-pembina-negara-bangsa.html

http://leemersing.blogspot.com/2011/04/guru-sebagai-agen-pembentukan-akhlak.html

http://csyahya.blogspot.com/2013/01/membentuk-budaya-pelajar.html

http://www.adap.com.my/info.php?id=1078