kepelbagaian budaya

22
BAB 1 PENGENALAN Mengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsayang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. Budaya mempunyai dua peranan iaitu yang pertama membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan yang kedua memupukkesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14). Negara yang mempunyai kepelbagaian budaya seperti Malaysia tidak terlepas daripada perselisihan perkauman yang mencetuskan konflik antara kaum yang mengakibatkan peristiwa berdarah danpembunuhan orang-orang yang tidak berdosa. Walaubagaimanapun, peristiwa 13 Mei1969 merupakan titik-tolak kepada pembentukan negara Malaysia yang baru. Kerajaan Malaysia telah menggandakan usaha mereka bagi menyelesaikan masalah pelbagaikaum dengan harapan peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang. Sekiranya peristiwa berdarah seperti itu berlaku lagi maka, akan lahirlah pelbagai pandangan dan pendapat negatif dari luar yang menggambarkan tiada kesepaduan, toleransi dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Dengan itu, wajarlah budaya Malaysia dikekalkan kerana budaya ini melambangkan identiti dan imej negara menjadi mata dunia. 1

Upload: nurhanis-zamshah

Post on 15-Nov-2015

58 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

edu3063

TRANSCRIPT

BAB 1 PENGENALANMengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsayang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. Budaya mempunyai dua peranan iaitu yang pertama membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan yang kedua memupukkesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14).

Negara yang mempunyai kepelbagaian budaya seperti Malaysia tidak terlepas daripada perselisihan perkauman yang mencetuskan konflik antara kaum yang mengakibatkan peristiwa berdarah danpembunuhan orang-orang yang tidak berdosa. Walaubagaimanapun, peristiwa 13 Mei1969 merupakan titik-tolak kepada pembentukan negara Malaysia yang baru. Kerajaan Malaysia telah menggandakan usaha mereka bagi menyelesaikan masalah pelbagaikaum dengan harapan peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang. Sekiranya peristiwa berdarah seperti itu berlaku lagi maka, akan lahirlah pelbagai pandangan dan pendapat negatif dari luar yang menggambarkan tiada kesepaduan, toleransi dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Dengan itu, wajarlah budaya Malaysia dikekalkan kerana budaya ini melambangkan identiti dan imej negara menjadi mata dunia.

Justeru itu, budaya dalam pembelajaran perlu disemai dengan nilai-nilai murni serta amalan yang baik agar para pelajar dapat memahami erti budaya yang sebenar.

BAB 2KONSEP BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK DI MALAYSIATerdapat pelbagai pendapat yang dikeluarkan berkaitan dengan takrifan budaya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, budaya boleh ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb). Perkataan budaya ini juga merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Sepertimana yang dinyatakan oleh Noriati A.Rashid et.al (2011) budaya ini berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang terbentuk daripada perkataan buddhi atau lebih dikenali sebagai budi atau akal yang boleh membawa maksud hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010), perkataan budaya ini berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu. Buddhi (Sanskrit) membawa maksud budaya itu adalah kecergasan akal fikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran mereka dalam menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut. Daya (Melayu) pula membawa maksud bahawa seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh yang semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka. Apabila kedua-dua perkataan buddhi dan daya bercantum, budaya boleh dimaksudkan sebagai kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut. Menurut E.B. Taylor (1947) dalam karya Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010), budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat serta amalan kebiasaan yang lain. Perkara ini merujuk kepada perkataan Bourdieu yang membawa maksud satu proses sosial yang membolehkan Budaya dan struktur sosial saling berinteraksi. Hal ini merujuk kepada setiap aspek yang melibatkan pengamalan nilai dalam masyarakat yang begitu rencam dan kompleks. Berdasarkan Bahasa Inggeris, perkataan budaya atau lebih dikenali sebagai culture boleh ditakrifkan sebagai menanam atau mengerjakan sesuatu. Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) dalam karyanya Budaya Dan Pembelajaran kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim, budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Ini membawa maksud bahawa kemampuan seseorang menggunakan segala tenaga sama ada berbentuk fizikal mahupun rohani, ke arah menggerakkan jiwa bagi mencapai hasrat yang diingini. Sementara itu, dalam hasil karya Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) Dictionary of Philosophy (1996), turut dijelaskan maksud budaya sebagai The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thought and activity. Sebagai mana yang dinyatakan dalam Noriati A.Rashid et.al (2011), Koentjaraningrat (2002) menyatakan budaya merupakan keseluruhan pemikiran dan hasil karya manusia yang berasaskan proses pembelajaran. Beliau turut menyatakan yang budaya mengandungi tujuh unsur utama, iaitu agama dan upacara keagamaan, sistem dan organisasi kemasyarakatan, sistem pengetahuan, bahasa, kesenian, sistem ekonomi, sistem teknologi dan peralatan serta ketujuh-tujuh unsur inilah yang telah membentuk budaya secara keseluruhannya. Sebagaimana yang dinyatakan Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff (1983), budaya itu, ringkasnya ialah suatu reaksi manusia bagi menyesuaikan cara hidup dengan alam keliling dan mempunyai unsur-unsur ekspresif dan instrumental. Dalam karya Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010), Prof. Mohd Taib Osman (1988) memperlihatkan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. A. Aziz Deraman(1994) dalam hasil karya dalam Noriati A.Rashid et.al (2011), telah menyatakan yang sifat budaya adalah universal tetap dari segi paradoksnya. Pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. L.A. White pula telah nyatakan dalam buku karya Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010), yang budaya merupakan satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek (alat), idea, sentiment (nilai) yang bergantung kepada simbol-simbol. Dalam hasil karya yang sama, terdapat juga dinyatakan pendapat tokoh Malinowsky yang ditulisnya dalam bukunya iaitu A Scientific Theory of Culture yang telah mengkelaskan budaya sebagai suatu tindak balas terhadapa keperluan manusia. Dalam hasil karya Noriati A.Rashid et.al (2011) juga ada menyatakan pendapat Syarifah Alawiyah Alsagoff (1985) bahawa kandungan kebudayaan tidak dapat diperturunkan dengan cara baka. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) dalam karyanya Budaya dan Pembelajaran, Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula telah bersepakat bahawa budaya ialah satu alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat. Penghasilan karya atau kesenian tersebut dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang akan menjadi asas kebudayaan masyarakat. Berdasarkan Clifford Geertz (2009) dalam karya Tafsiran Budaya : The Interpretation of Cultures, kecelaruan konsep yang dibawa oleh teori pot-au-feu ala Taylor tentang budaya memang jelas kelihatan dalam salah satu pengenalan umum bagi antropologi, iaitu karya Clyde Kluckhohn, Mirror for Man. Sebanyak lebih kurang dua puluh tujuh halaman yang terdapat dalam bab tentang konsep budaya Kluckhohn mentakrif budaya sebagai cara menyeluruh kehidupan manusia , warisan sosia yang diperoleh oleh individu daripada kumpulannya, cara berfikir, berperasaan dan mempercayai, ringkasan daripada tingkah laku, teori ahli antrapologi tentang cara sebenar satu kumpulan manusia itu berkelakuan, gudang pembelajaran berkumpulan, rangkaian orientasi standard terhadap masalah yang berulang-ulang, tingkah laku yang dipelajari, mekanisme pengawalan normative tingkah laku, rangkaian teknik untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran luar dan dengan orang lain, menyegerakan sejarah dan mungkin disebabkan terdesak, beralih kepada perumpamaan, sebagai peta, sebagai penapis dan sebagai matriks. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) dalam bukunya Budaya dan Pembelajaran telah menyatakan yang budaya dari segi bahasa merupakan satu cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat pada masa kini. Dari segi sitilah pula, budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi. Kedua-dua penulis tersebut juga telah menyatakan yang budaya merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi dan budaya ini juga merupakan hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka. Noriati A.Rashid et.al (2011) juga telah melahirkan pendapat mengenai budaya dengan menyatakan yang budaya bermaksud cara hidup manusia dan budaya juga merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Ciri-ciri budaya yang terdapat dalam sesuatu kelompok ini terdiri daripada boleh dipelajari, boleh dikongsi, bersifat sejagat, boleh diwarisi, sentiasa berubah, mempunyai unsur simbolik dan mempunyai pandangan semesta. Budaya juga boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelek dan kebendaan. Budaya ini boleh digolongkan kepada dua jenis, iaitu material dan bukan material. Budaya material ialah ciptaan masyarakat yang nyata dan konkrit dan budaya ini merangkumi peralatan dan kelengkapan hidup. Budaya bukan material pula dimaksudkan sebagai ciptaan-ciptaan abstrak yang diwariskan dari satu generasi ke generasi berikutnya dan budaya ini terdiri daripada ilmu pengetahuan, kepercayaan, adat istiadat, nilai-nilai, serta peraturan-peratauran yang berkaitan dengan tingkah laku, cerita-cerita rakyat, lagu atau tarian tradisional. Budaya ini terdiri daripada lima unsur utama yang mempengaruhi setiap kelompok tersebut. Antaranya ialah simbol atau lambang, bahasa, nilai dan kepercayaan, norma serta teknologi. Simbol atau lambang dalam budaya merupakan apa sahaja yang ada makna kepada ahli masyarakat yang berkongsi budaya. Hal ini demikian kerana simbol ialah perwakilan kepercayaan budaya yang membawa banyak makna serta mewakili sesuatu yang lain dan menjadi tanda dalam masyarakat. Bahasa juga merupakan salah satu unsur budaya kerana bahasa merupakan alat komunikasi yang membolehkan ahli masyarakat berhubung antara satu sama lain, sama ada secara lisan atau bukan lisan. Manakala, unsur budaya yang lain ialah nilai dan kepercayaan. Nilai dan kepercayaan ialah standard budaya yang menentukan bagaimana manusia menilai kebaikan, kecantikan dan keinginan yang menjadi garis panduan umum untuk hidup dalam sesebuah masyarakat. Norma pula ialah peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Unsur budaya yang lain ialah teknologi yang merupakan artifak dan kaedah yang digunakan dalam kehidupan seharian sesuatu kelompok sosial dan teknologi ini merupakan gagasan pengetahuan praktis dan peralatan untuk meningkatkan keberkesananan penggunaan tenaga serta mengubah persekitaran untuk kegunaan manusia. Budaya ini juga bukan sahaja diamalkan dalam kalangan masyarakat. Dalam sistem pendidikan pun kita mempunyai budaya kita yang tersendiri yang merangkumi sebahagian budaya masyarakat. Di sekolah, murid-murid dibudayakan mengikut kebudayaan masyarakat setempat tersebut. Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam membudayakan murid-murid kerana guru mempunyai tanggungjawab untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material. Sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam menerapkan budaya dengan pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. Berdasarkan Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010), budaya adalah lambang dan institusi kebangsaan dan budaya juga adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah, moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusasteraan dan cara hidup yang diterima bersama.

BAB 3KEPELBAGAIAN KELOMPOK DI MALAYSIAMohd. Isa Othman dalam karyanya yang berjudul Sejarah Malaysia 1800-1963 (2002), dipercayai penduduk di Tanah Melayu wujud sejak sebelum tahun 3000 S.M. Penduduk bumiputera tinggal di kampung-kampung di tepi laut dan muara serta lembah sungai.Merujuk hasil karya dalam buku berjudul Malaysia Kita (2013), terdapat tiga kumpulan kaum utama yang membentuk masyarakat Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Di samping tiga kumpulan etnik ini, terdapat pula kumpulan minoriti separti Orang Asli, Punjabi, Serani yang secara tidak langsung telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini. Dalam karya Malaysia Kita (1991), komposisi penduduk Malaysia pada hari ini terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik iaitu penduduk bumiputera di Semenanjung, Sabah dan Sarawak merupakan peribumi asal negara Malaysia. Manakala, suku kaum Cina dan India seterusnya mula berhijrah dan mendiami negara Malaysia pada abad ke-19. Sejarah membuktikan bahawa fenomena ini wujud akibat daripada dasar penjajahan kolonial British yang menguasai negara sejak suku akhir abad ke-19. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), etnik ialah berkenaan bukan bangsa manusia. Ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu.Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu Ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Ahli sosiologi merujuk etnik sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak persamaan seperti persamaan agama, ras, mahupun asal usulnya. Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka. Perkongsian nilai telah menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak langsung membahagikan masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza.Etnik juga didefinisikan sebagai,An ethnic group is defined as a collectivity within a larger society having real or putative common ancestry, memories of a shared historical past, and cultural focus on one or more symbolic elements defined as the epitome of their peoplehood. Examples of such symbolic elements are: kinship patterns, physical contiguity, religious affiliation, language or dialect forms, tribal affiliation, nationality, or any combination of these. (Schermerhorn, R. 1996:17) Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dansempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.Merujuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ras didefinisikan sebagai kaum dan keturunan. Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Horton dan Hunt ( 1987 ) dalam Janu Murdiyatmoko, ras adalah suatu kelompok manusia yang agak berbeza dengan kumpulan-kumpulan lain dari segi ciri fizikal yang diwarisi secara genetik.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), minoriti didefinisikan sebagai golongan kecil orang yang sama keturunan, agama, budaya dan sebagainya yang tinggal di sesebuah tempat negara , daerah dan sebagainya yang mejoriti penduduknya berlainan keturunan, agama, dan kaum.Masyarakat ialah satu konsep yang paling penting dalam memahami hubungan etnik. Terdapat pelbagai pendapat yang diberikan dalam mendefinisikan konsep masyarakat. Ralph Linton (1936) melihat masyarakat sebagai kelompok manusia yang telah cukup lama hidup bersama dan saling bekerjasama sehingga dapat mengorganisasikan diri dan meletakkan diri mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu. Lucy Mair (1965) pula menyatakan masyarakat adalah satu gagasan yang terdiri daripada manusia yang saling berhubungan secara kolektif dengan mampunyai hak dan tanggungjawab yang saling mengiktiraf. Menurut definisi Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan peraturan dan cara tertentu. Secara umumnya masyarakat boleh didefinisikan sebagai sekumpulan manusia hidup bersama, saling berhubungan dan bekerjasama, mempunyai kesatuan sosial, serta sentiasa membina kebudayaan.Menurut . Paul B. Horton , masyarakat adalah sekumpulan manusia hidup bersama - sama cukup lama , yang mendiami suatu wilayah tertentu , mempunyai kebudayaan yang sama dan melakukan sebahagian besar aktiviti dalam kumpulan itu . Pada bahagian lain Horton mengemukakan bahawa masyarakat adalah suatu organisasi manusia yang saling berhubungan satu dengan yang lain.Menurut Homans (1950), kelompok adalah sejumlah individu berkomunikasi satu dengan yang lain dalam jangka waktu tertentu yang jumlahnya tidak terlalu banyak, sehingga tiap orang dapat berkomunikasi dengan semua anggota secara langsung.Menurut Bonner (1959), kelompok adalah sejumlah individu yang berinteraksi dengan individu yang lain. Manakala, kolompok dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) ditakrifkan sebagai himpunan beberapa orang yang bersatu atau berkumpul secara berdekatan atau berdampingan hingga membentuk satu kolompok atau kumpulan kecil.

BAB 4KEPENTINGAN GURU MEMAHAMI KONSEP BUDAYA DAN MESRA BUDAYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIAGuru merupakan anggota masyarakat yang bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, menurunkannya dari generasi ke generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia. Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya, pendidikan dan pengajaran di sekolah seharusnya berupaya menekankan nilai-nilai persefahaman budaya dan toleransi antara kaum. Melalui pemahaman tentang budaya pelbagai kaum ini, penghayatan pelajar tentang hubungan antara kaum akan semakin baik, rapat dan tidak mewujudkan prasangka. Untuk tujuan itu, pelajar perlu diberikan kefahaman yang jelas tentang sejarah budaya yang menerangkan tentang kewujudan budaya pelbagai kaum di Malaysia serta elemen-elemen penting dan keunikan setiap budaya yang terbentuk.Terdapat enam kepentingan guru memahami konsep budaya dan mesra budaya dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pertama adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi baru. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah menggariskan bidang utama bagi mencapai tujuan pendidikan iaitu perpaduan rakyat dan kemakmuran negara. Bidang utama dalam FPK boleh dicapai jika diwujudkan sistem pendidikan yang merangkumi kefahaman dan pengetahuan mengenai kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. Pendidikan amat penting untuk membentuk negara yang bersatu padu, stabil dan progresif. Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia Dalam konteks pengajaran Sejarah mengandungi latar belakang demografi dan budaya, unsur kepercayaan dan adat resam, peranan guru bagi membangkitkan kesedaran tersebut dalam kalangan pelajar amatlah penting, kerana pelajar merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat dan akan membentuk komuniti mereka sendiri pada masa akan datang. Sebagaimana yang kita ketahui, generasi kini tidak begitu arif tentang sejarah Malaysia. Tragedi 13 Mei 1969 memberikan tamparan hebat untuk negara kerana peristiwa ini telah mengorbankan banyak nyawa. Peristiwa perbalahan antara kaum itu berlaku selepas 12 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Akibat perasaan sombong, bongkak dengan kuasa serta penghinaan kepada kaum lain, sektor keselamatan, ekonomi dan kestabilan politik negara menjadi kucar-kacir. Andainya peristiwa ini diceritakan kepada generasi muda pada hari ini, mungkin ianya tidak memberi apa-apa 'sentuhan perasaan'. Ia sekadar satu peristiwa sejarah semata-mata. Sebagai seorang guru adalah menjadi satu tanggungjawab guru untuk mengingatkan generasi muda sekarang tentang iktibar yang wajar diambil sebagai panduan dalam menjalani kehidupan di negara majmuk ini.Tragedy 13 Mei sememangnya memberikan pengajaran betapa perlunya diadakan satu dasar yang dapat memupuk perpaduan antara masyarakat. Mungkin elok diifikirkan pendekatan yang sesuai supaya generasi muda negara ini didedahkan dengan peristiwa berdarah 13 Mei itu supaya dapat dijadikan iktibar dalam usaha kita memulihara perpaduan kaum. Tujuannya bukanlah hendak membangkitkan semangat perkauman tetapi supaya dapat mengelak peristiwa yang sama berulang. Menurut buku yang berjudul Malaysia Kita (1991), pendidikan adalah merupakan alat penting dalam memupuk dan menanamkan unsur-unsur perpaduan di kalangan golongan generasi mudan dan kanak-kanak. Merekalah yang akan mewarisi kuasa kepimpinan dan bertanggungjawab dalam mencorak negara pada masa akan dating. Para pelajar ini harus diberi kesedaran bahawasanya tiada manfaat dan keuntungan kepada mana-mana kaum jika tragedi seumpama itu tercetus di negara ini. Tidak ada makna kehidupan ini jika kita hendak ke luar rumah pun tidak selamat. Kedua, konsep budaya dan mesra budaya ini juga dapat dinyatakan kepentingannya menerusi persoalan bagaimanakah masyarakat boleh hidup dalam keadaan yang sangat harmoni tanpa banyak perselisihan? Satu perkara yang perlu kita fahami apabila wujud kepelbagaian kaum dalam sesebuah negara adalah bersandarkan kefahaman yang mendalam mengenai budaya sedia ada pada setiap individu. Melalui pendidikan, ilmu mengenai kebudayaan dapat diajar. Salah satu strategi yang telah dirangka oleh Kementerian Pelajaran untuk mencapai hasrat FPK adalah menerusi Program Memperkasakan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Perpaduan dan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Program ini bertujuan untuk menggalakkan murid menggunakan Bahasa Kebangsaan bagi tujuan komunikasi agar suasana saling memahami antara murid pelbagai budaya dapat diwujudkan. Program ini memerlukan guru sebagai penyampai dan pelaksana bagi menggalakkan penglibatan komuniti tempatan, guru dan murid di semua peringkat sekolah. Banyak aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang menarik dengan menglibatkan penyertaan murid dan guru dari pelbagai kaum telah dirancang. Menerusi ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza. Oleh itu, guru perlu menerangkan konsep kepelbagaian budaya kepada murid-murid agar mereka tidak berperasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Pada peringkat sekolah, pihak pentadbir dan guru perlu berganding bahu untuk melaksanakan strategi demi mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya serta relevan untuk semua murid. Pemahaman tentang budaya semua kaum yang ada di sekolah amat penting supaya murid mempunyai kesedaran dan saling menghormati kepelbagaian budaya yang ada di sekolah masing-masing. Contohnya guru boleh menyusun atur tempat duduk murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan dapat mewujudkan suasana mesra budaya dan sekaligus mencipta satu suasana saling memahami.Ketiga, guru dapat mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan murid pelbagai kaum dan budaya. Guru memainkan peranan utama dalam menyediakan pengajaran pendidikan pelbagai budaya. Pengajaran pendidikan pelbagai budaya di sini bermaksud guru menyediakan bahan mengajar atau membuat perancangan pengajaran tetapi tidak mengenepikan mana-mana murid yang sememangnya terdiri daripada kepelbagaian kaum. Hal ini bermaksud, jika seseorang guru ingin menggunakan kaedah pengajaran secara perbincangan berkumpulan ia haruslah melibatkan kumpulan yang heteragenous yang bermaksud membina kumpulan perbincangan dengan melibatkan semua gender, dan mempunyai pelbagai kaum dalam satu-satu kumpulan. Bukan setakat itu sahaja, namun, perlu juga guru memastikan bahawa dalam setiap kumpulan itu muridnya terdiri daripada standard pencapaian yang berbeza. Oleh itu penggabungan mereka dalam satu kumpulan perbincangan mampu mencipta satu budaya pembelajaran yang berkesan dan mereka akan termotivasi dengan sendirinya apabila saling memahami antara satu sama lain.Selain daripada itu, guru juga perlu bijak dalam menimbulkan sesuatu konflik atau permasalahan yang ingin dibincangkan agar ia tidak menganggu atau menyentuh sensitiviti setiap kaum yang pelbagai. Contohnya, dalam Pendidikan Moral, guru tidak boleh membanding beza nilai-nilai yang dipegang oleh sesuatu kaum sehingga menimbulkan sensitiviti tambahan lagi apabila ia melibatkan agama dan kepercayaan mereka. Guru perlu berhati-hati dalam mewujudkan perbincangan agar tidak wujud suasana kelas yang meminggirkan mana-mana kaum. Ketika sesi soal jawab berlangsung juga, guru seharusnya memberi penuh penumpuan serta melayan sebarang pertanyaan murid sama rata dengan tidak memilih latar belakang, standard penilaian dan sebagainya. Jika guru bijak melayan murid-murid, maka suasana kepelbagaian budaya dapat diwujudkan yang mana murid lebih selesa untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Kepekaan guru terhadap murid yang mempunyai masalah berbahasa amat dituntut. Perhatian yang wajar perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah bahasa dan bertutur terutamanya bagi seisi kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa. Masalah dari aspek bahasa dan pertuturan boleh menimbulkan kekeliruan maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru serta mengakibatkan kurangnya komunikasi sesama pelajar di sekolah. Guru perlu menggalakkan murid-murid yang lemah bertutur supaya kerap berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid bangsa lain untuk memantapkan lagi pertuturan mereka. Dengan itu, guru seharusnya mengintegrasikan mereka iaitu murid Melayu yang mampu bertutur dengan baik dengan murid Cina dan India yang lemah bertutur di dalam kumpulan pemulihan yang sama. Hal ini dapat membantu murid Cina dan India bertutur dengan lebih baik seterusnya mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dengan berkesan.Pengetahuan awal guru terhadap budaya murid-muridnya amat penting dalam menyusun aktiviti pembelajaran terutamanya di dalam subjek Kajian Tempatan (KT) dan Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK). Kurikulum yang terkandung dalam kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK) umpamanya mengandungi adab-adab dalam setiap budaya di Malaysia. Perancangan pengajaran dan pembelajaran guru perlu melibatkan komunikasi dua hala iaitu interaksi guru dan murid serta interaksi murid dengan murid. Komunikasi merupakan medium dan saluran yang baik untuk menghubungkan individu dengan individu lain. Justeru, guru lebih mudah mengajar dan membimbing murid adab-adab tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan yang melibatkan pelbagai kaum di dalam satu kumpulan. Melalui aktiviti ini, perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masing-masing akan berlaku dan secara tidak langsung aktiviti ini membolehkan jurang perkauman antara murid dapat dihapuskan. Penjelasan dan penerangan guru juga amat penting bagi mencari persamaan di dalam perbezaan yang terdapat dalam setiap kaum. Ciri-ciri persamaan dalam setiap budaya mampu membentuk hubungan yang harmonis sesama sendirisetelah murid-murid dewasa kelak.Oleh itu dalam konteks professional keguruan, dengan memahami budaya, seseorang guru itu akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan pelajar daripada pelbagai budaya. Dengan adanya pemahaman terhadap budaya ini, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai-niai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri mereka. Seterusnya, mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat yang berbudaya. Dalam konteks pengajaran Sejarah mengandungi latar belakang demografi dan budaya, unsur kepercayaan dan adat resam, peranan guru bagi membangkitkan kesedaran tersebut dalam kalangan pelajar amatlah penting, kerana pelajar merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat dan akan membentuk komuniti mereka sendiri pada masa akan datang. Jelaslah di sini bahawa peranan guru ini amat besar untuk menyediakan pengajaran pelbagai budaya yang sememangnya penting untuk membentuk masa depan negara kerana ia mampu menjadikan pelajar saling mesra antara satu sama lain serta bertoleransi dan menghormati antara mereka dalam memacu negara ke arah transformasi yang cemerlang.Kepentingan guru memahami konsep budaya dan mesra budaya dalam pendidikan yang keempat adalah untuk meningkatkan sifat profesionalisma guru. Guru harus lebih profesional dan bijak untuk melaksanakan apa yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tidak wajar bagi seorang guru memiliki rasa terpaksa atau menunjukkan sikap tidak minat menjadi sebagai seorang guru. Sikap tidak minat menjadi seorang guru ini memaksa mereka menjadi guru yang hipokrit dan ini semestinya akan menggagalkan visi dan misi kerajaan yang berhasrat untuk melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu. Malah lebih buruk lagi akan memberi kesan negatif kepada pelajar dan kualiti pendidikan untuk jangka masa yang panjang. Hal ini kerana guru-guru yang kurang meminati kerjaya ini juga mungkin mempunyai prejudis perkauman yang kuat. Guru yang berkualiti dan mempunyai sifat yang profesionalisma tidak akan membanding bezakan layanan mereka terhadap para pelajar yang berbilang kaum, bangsa, agama dan budaya. Setiap pelajar akan diberikan ruang dan peluang yang sama rata semasa dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Menurut Noriati A. Rashid dalam bukunya yang berjudul Budaya dan Pembelajaran (2011), seorang guru tidak seharusnya melayani pelajar sebagai satu kelompok individu, kelompok kelas sosial atau kelompok mengikut kaum etnik tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikan. guru mestilah berupaya menyusun dan merangka pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Hal ini bermaksud setiap kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengambil peranan penting untuk menjayakan tugasan yang diberi. Kejayaan dalam melaksanakan aktiviti tersebut akan membentuk rapo yang positif dalam kumpulan mereka. Dengan adanya aktiviti yang dirangka dengan baik, guru dapat mengelakkan prejudis antara murid yang berbeza budaya. Prejudis berlaku dalam bentuk pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang yang berbeza kelompok etnik terhadap kelompok etnik lain. Prejudis antara murid yang berbeza budaya perlu dikikis dan dihapuskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dan baik sangka antara murid dalam bilik darjah. Guru perlu memberikan layanan yang adil untuk pembelajaran yang berkesan.Kesedaran guru tentang hubungan yang harmonis antara murid-murid pelbagai kaum akan dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Kelancaran pengajaran dan pembelajaran banyak disumbangkan oleh kerjasama dan perhatian yang diberikan murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh itu, penyusunan kedudukan meja murid-murid dalam bilik darjah hendaklah melibatkan semua kaum. Hal ini adalah untuk menyediakan peluang kepada pelajar di sekolah supaya dapat berinteraksi sesama rakan yang berbilang kaum dan budaya sekaligus dapat menyemai sifat kasih sayang serta hormat-menghormati sesama pelajar. Menurut Noriati A Rashid (2011), walaupun murid-murid mempunyai bahasa ibunda masing-masing yang dipertuturkan di rumah, tetapi murid-murid perlu didedahkan dengan pengalaman berkomunikasi dalam bahasa rasmi negara serta bahasa Inggeris yang digunakan atas keperluan sosial. Maka, guru adalah bertanggungjawab dalam menyediakan persekitaran yang memberikan peluang kepada murid-murid berkomunikasi dengan betul sehingga membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan budaya. Peluang dan kemahiran dalam berkomunikasi ini mampu mendorong ke arah terbinanya hubungan yang harmoni.Justeru itu, konflik yang timbul sesama murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan perkauman akan mampu diatasi bagi mengelakkan suasana bilik darjah yang tidak selesa dek kerana ketidaksefahaman antara budaya sesam pelajar. Sebarang gangguan dari murid akan menjejaskan tumpuan murid-murid lain dan guru. Sebagai contoh pergaduhan antara murid yang melibatkan perkauman merupakan kes serius yang dapat merosakkan imej negara. Oleh itu, penerapan nilai-nilai merentasi kurikulum harus diterapkan di dalam setiap mata pelajaran. Penekanan nilai-nilai positif dan moral pada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran mampu membentuk dan mencorakkan peribadi murid-murid dalam menghadapi masaakan datang. Guru harus lebih berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat. Kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting bagi memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya adalah jelas dan tepat.Guru juga seharusnya memahami konsep dan mesra budaya dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah kerana guru adalah merupakan sebagai model utama yang sentiasa diperhatikan oleh pelajar. Guru perlu sedar bahawa setiap perlakuan, tingkah laku dan setiap gerak geri guru diperhatikan oleh para pelajar. Hal ini adalah kerana kanak-kanak mengembangkan sosioemosinya menerusi pemerhatian dan peniruan. Justeru itu, bagi membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menjadi model perlakuan yang baik, penyayang terhadap murid, mengurus emosi dengan berkesan dan mempunyai kemahiran sosial yang tinggi. Bagi menerapkan budaya nilai-nilai murni yang tinggi dalam diri pelajar, guru seharusnya memaparkan amalannya yang bersantun dalam percakapan, rajin dan komited, bersih dan kemas, penyayang serta nilai-nilai murni yang lain sebagai budaya di dalam kelas. Bimbingan dan tunjuk ajar yang ikhlas daripada guru akan melahirkan kepercayaan dalam diri murid-murid untuk menjadikan guru sebagai model utama mereka.Sebagai contoh, guru boleh menerapkan unsur-unsur nilai murni menerusi pengalaman murid melalui peraturan-peraturan yang ditetapkan dan guru boleh membuat pengukuhan terhadap perlakuan murid sama ada berbentuk ganjaran mahupun dendaan. Misalnya menerusi sesi permulaan pembelajaran, guru menerapkan dengan budaya pengamalan bacaan doa sebelum memulakan kelas. Dengan berdoa kepada Tuhan untuk memohon kebaikan adalah merupakan perbuatan semua masyarakat Malaysia yang mendukung Rukun Negara yang Pertama iaitu Kepercayan Kepada Tuhan. Menerusi pembacaan doa ini, persekitaran mesra budaya dapat diwujudkan melalui peraturan seperti membaca doa bagi memulakan pembelajaran membentuk masyarakat yang harmoni.

BAB 5KESIMPULANMalaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.Perubahan merupakan sifat penting bagi sesuatu kebudayaan. Perubahan dalam budaya juga mengikut perkembangan sesuatu masyarakat. Justeru, dalam konteks ini adalah amat penting pendidikan pelbagai budaya diutamakan. Hal ini bertujan mengelakkan unsur-unsur etniksiti, etnosentrisme dan diskirminasi dalam kalangan anggota masyarakat.

RUJUKAN

Mohd Fauzi Yaacob. (2006). Malaysia : Menangani Perubahan dan Pembangunan. KualaLumpur: Penerbit Universiti Malaya.Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Mohd Taib Osman & Wan Kadir Yusoff. (1983). Kajian Budaya dan Masyarakat. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.Noriati A. Rashid et.al. (2011). Budaya Dan Pembelajaran. Selangor Darul ehsan: Herald Printers Sdn. Bhd. Syed Ismail Bin Syed Mustapha & Ahmad Subki Bin Miskon. (2010). Budaya Dan Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. ___________. (2013). Malaysia Kita. Selangor Darul Ehsan: SS Graphic Printers(M).Sdn. Bhd. ___________. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara(INTAN).

1