pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok.ppt

Upload: muhd-fauzan

Post on 14-Jan-2016

858 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

  • PEDAGOGI RELEVAN BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOKEDU 3106BUDAYA PEMBELAJARAN

  • PENGENALANPedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid-murid.

    Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta memupuk nilai murni bagi perkembangan yang menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan murid.

  • KAEDAH / TEKNIKMewujudkan pembelajaran koperatif.Mewujudkan pengajaran secara berkumpulan.3. Pembelajaran secara perbincanganMempelbagaikan Strategi Pengajaran dan PembelajaranMewujudkan proses p&p di luar bilik darjah.

  • 1. Pembelajaran KoperatifMurid bekerjasama menguasai pelajaran.Menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan Dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial.

  • Ciri- ciri pembelajaran kooperatif

    Matlamat kumpulan

    Kejayaan kumpulan dalam mencapai kecemerlangan dalam menguasai sesuatu konsep yang di ajar. Matlamat ini dicapai melalui usaha bersama semua bersama ahli di dalam kumpulan.

  • 2. Interaksi sosial ditekankan.

    Setiap ahli kumpulan akan berinteraksi secara bersemuka dalam kumpulan. Interaksi yang serentak dalam setiap kumpulan melalui perbincangan yang menyebabkan lebih ramai individu mengambil bahagian. Setiap ahli kumpulan perlu berhubung rapat, saling memenuhi dan bantu-membantu.

  • 3. Pelajar perlu saling bergantungan positif untuk mencapai objektif gerak kerja. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab ke atas keberkesanan pembelajaran kumpulan. Untuk mencapai kejayaan dalam prinsip ini, tugas perlu diagihkan kepada semua ahli kumpulan untuk menyumbang jawapan atau hasil dapatan.

  • 2. PENGAJARAN SECARA BERKUMPULANKaedah ini merupakan pengajaran berpusatkan murid.Tujuan: bagi membolehkan murid aktif dan memenuhi keperluan mereka yang mempunyai pelbagai kebolehan.Murid dari beraneka kebolehan dikelompokkan dalam kumpulan yang dibina.

  • Membina kelompok kecil bagi semua mata pelajaran. (Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan lain-lain)Melalui aktiviti kumpulan, semua murid dapat mengikuti aktiviti yang diperingkatkan mengikut tahap pencapaian mereka. Secara langsung dapat beri peluang kepada semua murid untuk keluarkan pendapat kepada rakan-rakan sekelas.

  • 3. Pembelajaran Secara PerbincanganMerupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan perbualan di antara guru dan murid-murid di dalam kelas.Dalam bilik darjah, guru akan kemukakan topik perbincangan seperti isu semasa, peristiwa, perpaduan rakyat dan sebagainya.

  • Terdapat 2 jenis bentuk perbincangan:Perbincangan keseluruhan kelas, biasanya diketuai dan diarahkan oleh guru.Perbincangan kumpulan-kumpulan kecil, biasanya diketuai oleh murid.

    Setiap murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam sesi perbincangan.

  • 4. Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

    Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti - mengadakan kuiz, - lakonan atau - simulasi - yang berkaitan dengan kebudayaan bangsa Malaysia.Contoh: sambutan perayaan dan lain-lain.

  • 5. Mewujudkan proses p&p di luar bilik darjahMelibatkan semua murid dari pelbagai kelompok untuk menyertai program.Dilaksanakan di luar kawasan sekolah.Contoh: Perkhemahan integrasi, Perkhemahan budaya (tarian, muzik dan pakaian), lawatan muhibbah dan sebagainya.