esgmt edu- kepelbagaian budaya

30
PENGENALAN Gagasan 1MALAYSIA sering kali kita dengar dalam setiap ucapan pemimpin-pemimpin Negara mutakhir ini. Sebagaimana yang tersedia maklum, Malaysia sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik iaitu melayu, cina, india,kadazan, dusun,iban dan orang asli.Kesemua ini mempunyai adat dan budaya yang tersendiri. Y.A.B Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dalam ucapannya semasa pembentangan usul Rancangan Malaysia ke-10 ada menyatakan bahawa kita perlu bekerja sebagai pasukan 1Malaysia yang seia sekata, sebaris sederap dengan satu wawasan, satu matlamat dan satu citra mempersembahakan yang terbaik kepada Malaysia dengan segala kudrat yang termampu. Justeru, dalam hasrat merealisasikan pasukan 1Malaysia, pelbagai usaha direncanakan dan diusahakan terutama dalam konteks pendidikan. Dalam sistem pendidikan, pihak sekolah, terutama guru adalah individu yang penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra budaya. Para pendidikan yang terdiri dariapda pelbagai kaum ini merupakan satu model yang terbaik kepada setiap pelajar.Perpaduan dan keharmonian setiap kaum , hormat menghormati serta saling memahami budaya setiap kaum adalah menjadi tunggak dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berjalan di dalam bilik darjah mendedahkan murid-murid kepada kepelbagaian kaum. Mereka akan berinteraksi antara satu sama lain dan berkomunikasi sengan pelbagaqi latarbelakang dan sosioekonomi. Maka, disini perana guru adalah amat penting untuk

Upload: nazri-hussein

Post on 05-Dec-2014

57 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

PENGENALAN

Gagasan 1MALAYSIA sering kali kita dengar dalam setiap ucapan pemimpin-

pemimpin Negara mutakhir ini. Sebagaimana yang tersedia maklum, Malaysia

sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik iaitu melayu, cina,

india,kadazan, dusun,iban dan orang asli.Kesemua ini mempunyai adat dan budaya

yang tersendiri. Y.A.B Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun

Abdul Razak dalam ucapannya semasa pembentangan usul Rancangan Malaysia

ke-10 ada menyatakan bahawa kita perlu bekerja sebagai pasukan 1Malaysia yang

seia sekata, sebaris sederap dengan satu wawasan, satu matlamat dan satu citra

mempersembahakan yang terbaik kepada Malaysia dengan segala kudrat yang

termampu. Justeru, dalam hasrat merealisasikan pasukan 1Malaysia, pelbagai

usaha direncanakan dan diusahakan terutama dalam konteks pendidikan.

Dalam sistem pendidikan, pihak sekolah, terutama guru adalah individu yang

penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra budaya. Para

pendidikan yang terdiri dariapda pelbagai kaum ini merupakan satu model yang

terbaik kepada setiap pelajar.Perpaduan dan keharmonian setiap kaum , hormat

menghormati serta saling memahami budaya setiap kaum adalah menjadi tunggak

dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia. Proses pengajaran dan pembelajaran

yang berjalan di dalam bilik darjah mendedahkan murid-murid kepada kepelbagaian

kaum. Mereka akan berinteraksi antara satu sama lain dan berkomunikasi sengan

pelbagaqi latarbelakang dan sosioekonomi. Maka, disini perana guru adalah amat

penting untuk menjelaskan tentang kewujudan kepelbagaian sosiolbudaya di

kalangan mereka agar mereka dapat bersatu dan harmoni.

Page 2: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

PENGERTIAN KONSEP BUDAYA SERTA KEPELBAGAIAN BUDAYA

Budaya yang diamalakan dalam kehidupan menusia sejagat kini membawa maksud

atau takrif yang berbeza. Perkataan BUDAYA adalah berasal daripada bahasa

Sanskrit, iaitu buddhayah . Perkataan budaya ini adalah cantuman perkataan sankrit

dan melayu yang membawa maksud:

Budhi( Sanskrit): kecergasan fikiran dan akal

Ia membawa maksud bahawa budaya itu adalah kecergasan

akal fikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran

mereka dalam menangani sesuatu permasalahan dan

seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan

itu.

a) Daya( Melayu) : Kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh

Ini pula member maksud bahawa seseorang individu itu

menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan

pengaruh yang semulajadi bagi membantu menjana

pemikiran mereka.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3,1996, pula menyatakan takrif bagi budaya adalah

tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi( cara

berfikir dan berkelakuan). Nik Safiah Bt Hj. Abdul Karim pula mentakrifkan budaya

sebagai tenaga, usaha rohani atau kuasa menggerakan jiwa. Selain itu, dalam

Dictionary of Philosophy(1996)- “ The way of life of people, incliding their attitudes,

values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habit of thought and

activity,”Amalan yang di bentuk ini akan menentukan hala tuju bersama dalam

masyarakat yang berkenaan.

E. B. Tylor pula menjelaskan bahawa budaya merupakan keseluruhan

kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral,

undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan.ini meruju kepada perkataan ‘

bourdieu’ yang membawa maksud satu proses sosial yang membolehkan budaya

dan struktursosial saling berinteraksi.Malinowsky dalam bukunya ‘A Scientific Theory

Page 3: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

of Culture’ telah mengkelaskan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap

keperluan manusia.Budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusia dari segi

sejarah, kesusasteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah dan sebagainya.

Secara rumusannya, budaya adalah keseluruhan cara hidup manusia yang

diamalkan oleh semua orang termasuk kepercayaan, agama, adat resam,bahasa,

ekonomi ,politik dan sebagaiannya.Dalam konteks pendidikan semasa, budaya di

sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid-murid akan

dididik supaya berbudaya sebagaimana dikehendahki masyarakat sekeliling.Sebagai

pendidik yang berwawasan adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan

pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan

Malaysia.

BUDAYA

( CARA HIDUP)

KEPERCAYAAN

POLITIK

EKONOMIBAHASA

ADAT RESAM

AGAMA

Page 4: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KELAS MESRA BUDAYA.

Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di Malaysia kini banyak memberi kesan

kepada sistem pendidikan di Malaysia, sama ada kesan positif atau negatif. Dalam

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, Untuk

merealisasikan kejayaan dalam sistem pendidikan , kelas mesra budaya harus

diwujud bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada murid sepanjang

menjalani proses pembelajaran. Konsep pengurusan kelas sosial budaya adalah

amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang mencabar sekarang ini,

lebih;lebih lagi ia melibatkan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar etnik

dan budaya.Pengurusan kelas mesra budaya adalah untuk memberi suasanan

pembelajaran yang kondusif untuk murid yang terdiri dari pelbagai latar bangsa dan

budaya.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIL-BUDAYA

KURIKULUM TERSIRAT

SEKOLAHGURU

MURID

Page 5: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

Persekitaran Bilik Darjah Mesra Budaya

Pengurusan bilik Darjah

Mesra Budaya

Persekitaran Fizikal Persekitaran Sosio-emosi

Perhubungan kelompok etnik

Pengurusan pengajaran pembelajaran

Pedagogi releven Budaya dan Kepelbagaian Kelompok

Sosiolinguistik Penilaian Berasaskan Budaya

Pedagogi kelas Bercantum

Page 6: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

Pengurusan fizikal bilik darjah ialah satu proses mendapatkan penyertaan,

kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau

kumpulan dalam sesuatu gerakkerja.Menurut Marzano (2003) menyatakan tindakan

guru dalam bilik darjah mempunyai impak duakali ganda dalam pencapaian murid

berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara

guru dan penglibatan masyarakat. Oleh itu, menjadi satu tanggungjawab yang besar

bagi guru untuk menyediakan persekitaran fizikal yang efektif bagi membantu

perkembangan murid dalam pembelajaran..Bagi memcapai matlamat pendidikan

kearah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan

jasmani,emosi,rohani dan intelek. kewujudan kelas mesra budaya yang diamalakan

dapat memberi pelbagai implikasi terhadap guru,murid,sekolah dan juga kurikulum

tersirat.

Implikasi positif dalam kepelbagaian sosiol- budaya di kelas mesra budaya

Guru

Faktor kepelbagaian sosiol- budaya di Malaysia memberikan impak kepada

guru untuk memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan

dapat diterima oleh semua murid. Ini dapat dijalankan sekirannya guru menjalankan

tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional dalam pekerjaannya. Guru

perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya murid agar

masalah guru ‘syok sendiri’ dalam mengajar tidak berlaku.

Guru harus peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid-muridnya.

Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosiol

murid. Murid harus di layan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas

atasan atau bawahan. Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik

beratkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran.Menurut Karl Marx,

kelas sosiol adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama

terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem

pengagihan dan pertukaran. Terdapat lima kelas sosiol yang boleh dibezakan iaitu

golongan atasan, pertengahan atasan,pertengahan bawahan, pekerja dan bawahan.

Page 7: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

Oleh yang demikian, kelas sosial murid juga harus diberikan perhatian oleh guru.

Mereka digalakan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid.

Guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang

merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran yang dapat

menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru perkara-perkara

pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan

releven dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang

diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan perlu diberi perhatian.

Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid.

Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid-murid merasa bosan dan seterusnya

akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar di kawal. Guru juga harus bijak

mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Ini adalah supaya murid

dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar

belakang sosial.

Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan

mengintegrasikan TMK. Murid adalah pelanggan dan guru merupakan individu yang

menawarkan perkhidamatan. Oleh itu, perkhidmatan yang diberi haruslah mengikut

standard yang telah ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan

Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan boleh ditakrifkan sebagai

proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti iaitu dapat mengembangkan

potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum.

Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan

Malaysia, (2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu di rancang dan

dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya ialah:

i. Pendekatan , kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan

murid secara aktif.

ii. Berpandukan bahan-bahan sokongan yang releven dengan tahap

pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid.

iii. Penilaian dan penambahbaikan p&p secara berterusan.

Penggunaaan bahasa standard atau bahasa rasmi kebangsaan iaitu bahasa melayu

hendaklah digunakan tanpa pengaruh bahasa dialek. Ini akan memberi peluang

sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti

Page 8: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

pembelajaran. Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh

memberi peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina.

Selain itu , guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri

sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai. Murid di bimbing

untuk memahami kekuatan diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu murid

lain. Ini dapat membuatkan murid tersebut dihargai dan akan sentiasa bersungguh-

sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan rapat dapat dijalinkan

di antara guru dengan murid. Guru juga perlu membantu murid membina konsep

positif kendiri serta memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi murid sama ada

dari segi akademik dan sebagainya.

Seterusnya, guru bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara

setiap murid yang berlaian latar belakang. Isu yang mempunyai unsur bias kepada

mana-mana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang sama rata pada setiap

murid meneroka aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi

tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan murid

supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut. Isu sensitive berkaitan

dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali. Setiap kepercayaan

dan nilai harus di terima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti pembelajaran yang

dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanpa mengira

kaum adat budaya dan pegangan agama mereka.

Akhirnya, guru merupakan ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada

murid. Anjakan paradigma haruslah dilakukan oleh setiap guru dan tidak berada di

zon selesa sentiasa. Guru haruslah pro-aktif dalam mengatasi kelebihan dan

kelemahan muridnya. Penyampaian pengajaran haruslah kreatif dan efektif, menarik

dan menyeronokkan. Secara kesimpulannya, pengajaran yang berkesan oleh guru

bukan sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar dalam kelas malahan meliputi

skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya lmu dan berfikir, pengurusan

bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.

Page 9: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

Murid

Kelas mesra budaya yang lengkap dengan segala kemudahan dan susun

atur meja dan kerusi yang kondusif memberi keselesaan kepada murid dalam

menjalani akativiti pembelajaran.Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam

bilik darjah, Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berlangsung di dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui

pendidikan terbaik yang melampaui tingkah laku manusia.. Di sinilah peranan

seorang guru amat penting.Guru harus menggunakan kemahiran secara optimum

dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami

tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut

kaedah yang betul dan tepat. Setiap murid hendaklah dilayan dengan adil

sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan; perkara 12.

Hak berkenaan dengan pendidikan iaitu tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-

mana warganegara semata-mata atas alas an agama, ras,keturunan atau tempat

lahir.

Dalam bilik darjah yang mesra budaya, murid digalakkan berinteraksi dan

berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina. Setiap murid diberi

kesedaran tentang batasan perhubungan dalam interaksi. Dalam pengurusan bilik

darjah yang mesra budaya, setiap murid akan diberi peranan dan tanggungjawab

untuk menjaga, menceriakan kelas, sayangkan kelas dengan semangat kerjasama

setiap murid tidak mengira jantina dan bangsa. Ketua dan penolong kelas juga

berperanan menjaga keharmonian kelas. Dengan ini setiap murid merasakan

mereka tidak dipinggirkan walaupun berlainan latar sosial.

Setiap murid mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak

harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan berupaya menyemai semangat saling

percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum

tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses

pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat

perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk

masyarakat yang toleran memacu pembangunan negara

Page 10: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

Murid digalakkan menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi

sesama rakan. Dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, Murid mesti diingatkan

untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan

laras bahasa yang tepat mesti diamalkan dalam situasi yang sesuai. Ini dapat

meningkatkan tahap penguasaan bahasa murid selain daripada dapat mencapai

tahap kematangan sosial yang sepatutnya. Aktiviti yang bercorak kearah

peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa

bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai

kematangan sosial dalam diri mereka.

Murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang

berlainan jantina. Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam

interaksi tersebut. Segala aktiviti dalam pembelajaran yang diikuti perlulah

melinbatkan rakan yang berlainan jantina dan bersesuaian dengan tugasan yang

telah diberikan. Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting kea rah

pembentukan budaya penyanyang di kalangan murid. Interaksi yang berterusan di

antara murid akan menimbulkan rasa sayang, hormat dan sebagaianya di antara

satu sama lain. Guru juga boleh menggunakan pendekatan penyanyang dalam

komunikasi.

Murid perlu diberi motivasi secara berhemah dan berhikmah. Guru perlu

menggunakan komunikasi berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman

selain kerap memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih

baik daripada sebelumnya. Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria,

menyeronokkan, menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental,

kreatif dan inovatif dan bermatlamat. Murid perlu membentuk budaya bilik darjah

yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama

rakan dan guru.

Murid sememangnya suka akan budaya belajar yang ceria,menyeronokkan

yang menyentuh emosi, di samping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan

inoatif, penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat. Oleh

itu budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni,

hubungan yang mesra sesama murid, murid dengan guru. Di sini murid akan

sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya untuk

Page 11: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

mengawal tahap disiplin dan mengambil tindakan yang berhemah dan dibaluti

dengan penuh kasinh saying serta dpat member peluang yang terbaik kepada murid

dalam mengembangkan potensi mereka dalam membentuk modal insan yang

berkualiti.

Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat

pada masanya. Guru dicadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah pengajaran

dan pembelajaran berlandaskan tahap pencapaian murid yang dimulakan dengan

set induksi yang menarik dan diikuti aktiviti-aktiviti pembelajaran yang boleh

menghilangkan rasa bosan murid.

Sekolah

Pendekatan yang lebih khusus penting bagi memastikan kepelbagaian

pendidikan untuk memenuhi minat dan potebsi, kecenderungan dan kebolehan

murid di pelbagai jenis sekolah. Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis

sekolah dalam sistyem pendididkan Negara. Pada peringkat rendah terdapat

Sekolah Kebangsaan(SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina( SJKC),danSekolah

Jenis Kebangsaan Tamil( SJKT). Pada peringkat menengah pula, terdapat Sekoah

Berasrama Penuh(SBP),Sekolah Menengah Teknik( SMT),Sekolah Menengah

Kebangsaan Agsama(SMKA), Sekolah Model Khas dan Sekolah Menengah

Kebangsaan(SMK) Harian. Oleh itu, pelbagai aktiviti dirancang dengan teliti agar ia

berkesan untuk mengatasi kepelbagaian sosiol budaya yang wujud.

Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan keprcayaan dan nilai

dalam masyarakat. Oleh itu. Murid perlu di terapkan dengan nilai-nilai yang baik

tanpa mengira latar sosial budaya mereka. Murid juga haruslahsentiasa di ingatkan

agar sentiasa mengikuti aktiviti yang dianurkan oleh sekolah. Selain daripada

meningkatkan pengetahuan murid, hubungan diantara setiap murid dapat dijalankan

melalui aktiviti yang dirancangkan oleh pihak sekolah.

Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan

tersebut selain daripada sekolah, Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP)

Page 12: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi

memastikan perpaduan di pupuk dalam kalangan murid tanpa mengira latar

belakang, agama, kaum,jantina dan sebagainya. Piha-pihak berwajib boleh

menyumbangkan sokongan sama ada dalam bentuk moral atau material bagi

mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan dalam kalangan murid.

Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan

murid sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara

satu sama lain, kini di satukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila

murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal

persekolahan, sudah tentu masa hadapan akan lahir satu generasi yang hormat dan

bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan

intergrasi antara kaum perlu di pupuk sejak kecil iaitu dari bangku sekolah rendah

kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat yang

berbilang kaum padavmasa akan datang.

Sekolah-sekolah di putrajaya dan cyberjayaterletak di korodor raya

multimediadan sebagainya merupakan sekolah bestari. Sekolah-sekolah ini

mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam

kawasan yasng strategic, iaitu berhampiran dengan komplek kerajaan persekutuan.

Sekalah model khas menggabungkan murid sekolah rendah pada peringkat tahap II

dan murid sekolah menengah di bawah satu bumbung. Ini merupakan konsep baru

dalamn menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif bagi murid yang berpotensi

di kawasan luar bandar seperti Sekolah Menengah Clifford, Kual Lipis dan Sekloah

Kebangsaan Bukit Jenun Pendang, Kedah.

Pembinaan sekolah aliran agama menunjukkan komitmen kementerian

pelajaran untuk menerap nilai-nilai kerihanian dan kepercayaaan beragama kepada

murid-murid. Walaupun murid diberikan penekanan terhadap pencapaian dalam

akademik, namun begitu aspek kepercayaan dan nilai turut diserap dalam

pembentukan sahsiah mereka. Melalui sekolah juga murid diterap dengan nilai-nilai

yang baik tanpa mengira latar sosio budaya mereka. Pihak sekolah juga

bertanggungjawab dalam penggunaan bahasa bahasa rasmi dan bahasa pengantar.

Murid diingatkan agar sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa yang

dianjurkan oleh pihak sekolah. Dalam masa yang sama sekolah perlulah member

Page 13: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

sokongan sama ada berbentuk moral atau material kepada pihak yang berwajib

mengembangkan pengetahuan bahasa kepada murid.

Kementerian Pelajaran juga telah menubuhkan sekolah yang terdiri daripada

interaksi murid dari pelbagai jantina. Murid lelaki dan murid perempuan bebas

berinteraksi dalam aktiviti pembelajaran. Pergaulan antara jantina yang berlainan ini

akan mewujudkan pola interksi yang berkesan dalam membentuk perpaduan dan

intergrasi masyarakat. Pihak sekolah bertanggunngjawab untuk mengelolakan

aktiviti yang memerlukan penglibagtan daripada pelbagai jantina murid. Walaupun

melibatkan integrasi antara jantina, namun nilai dan budaya masyarakat masi terus

diamalkan.

Kurikulum tersirat

Kurikulum merujuk kepada perancangan yang sistematik merangkumi

objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam

satu rangka masa tertentu ( Saedah Siraj, 2001;Wiles& Bondi, 1998 ;Pratt, 1994;

Schubert, 1986 ). Kurikulim tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan

kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi di sekolah.

Idea kurikulum tersirat ini pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson

(1968) dala bukunya Life in Classrooms yang seterusnya telah dijadikan focus kajian

oleh Snyder(1973), Apple (1980), Bergenhenegouwen (1987), Portelli (1993) dan

lain-lain lagi. Oleh kerana jumlah kajian mengenainys amat terhad, sehingga kini

belum ada lagi kata sepakat antarta tokh kurikulum mengenai definisi yang paling

tepat bagi kurikulum tersirat.

Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai sosio budaya ini member implikasi

kepada kurikulum sekolah. Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha

membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara

kaum. Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan nilai budaya masyarakat

dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya melalui aktiviti ko kurikulum.

Page 14: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

Kurikulum tersirat boleh diaplikasikan melalui aktiviti berpesatuan, kegiatan panitia

dan aktiviti dalam unit beruniform. Semasa merancang aktiviti guru bolehlah

menyelitkan nilai yang dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Di peringkat pengajian tinggi , kurikulum tersirat lebih member penekanan

kepada persekiran

Di peringkat pengajian tinggi , kurikulum tersirat lebih memberi penekanan

kepada persekitaran yang wujud dalam kalangan warga kampus. Adams (2002)

mengenalpasti budaya akademik sebagai kurikulum tersirat. Beliau berpendapat

diantara peranan utama pengajar dan ahli akademik di institusi pengajian tinggi ialah

memindahkan sistem budaya melalui strategi pengajaran dan penilaian yang

dilaksanakan. Pendapat Adams boleh diambik kira untuk melihat kurikulum tersirat di

institusi pendidikan tinggi keguruan di mana berlakunya pemindahan sistem budaya

yang berkesinambungan sehingga ke peringkat persekolahan.

Kurikulum tersirat juga harus menggalakkan interaksi dalam kelas sosial.

Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas sosial murid.

Secara langsung proses pembentukan nilai dapat diterpkan kepada murid-murid.

Penerapan kepercayaan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui

pembentukan kurikulum tersirat. Pihak sekolah dan guru seharusnya tidak

menekankan hanya kepada kepercayaan agama islam sahaja. Mana-mana unsure

kepercayaan lain yang tidak bercanggah dengan hukum agama islam boleh

diterapkan kepada murid.

Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang

dengan teliti. Murid akan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang

dilaksanakan dan seterusnya mereka akan mula belajar menerima serta

menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain. Kurikulum tersirat juga perlu

memberikan pertimbangan terhadap aspek perbezaan antara jantina. Aktiviti yang

dijalani murid haruslah diberikan kesedaran dan ingatan terhadap batasan pergaulan

dalam jantina yang berlainan.

Seterusnya, kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh

warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur

Page 15: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

sekolah. Ianya dijalankan secara langsung seperti mempelajari tingkah laku baik

guru, guru mempamerkan akhak budi pekerti, hubungan rapat di antara warga

sekolah dan sebagainya. Nilai , norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang di

bawa di dalam persekitaran sekolah akan member kesan secara tidak langsung

terapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid.

Implikasi negative dalam kepelbagaian sosio budaya

Guru

Dalam kita membicarakan implikasi –implikas positf dalam kewujudan kelas mesra

budaya dikalangan pelbagai budaya, wujud juga kesan negatifnya. Kita masih lagi

dapat melihat beberapa kekurangan yang berlaku. Guru-guru mungkin akan

menghadapi masalah perhubungaqn dan komunikasi dengan urid yang terdiri

daripada pelbagai kaum pastilah menyebabakan berlakunya penggunaan dialek

bahasa masing-masing yang sedikit sebanyak akan member impak kepada proses

pembelajaran. Contohnya, murid di sekolah di sekitar negeri kealantan mungkin

akan menghadapi masalah komunikasi walaupun guru menggunakan bahasa

standard. Ini kerana penggunaan bahasa dialek sejak kecil mempengaruhi gaya

percakapan mereka. Guru mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan diri

dengan persekitaran untuk memberi peluang kepada murid memahami bahasa

standard yang digunakan. Murid perlu berusaha untuk menggunakan bahasa yang

betul dalam interaksi dengan individu lain.

Disamping itu,guru juga sukar untuk menyesuaikan alat bantu mengajar yang

sesuai dan rancangan pengajaran harian yang dapat mengitergrasikan semua

kaum, budaya dan latar belakang. Guru juga bimbang akan berlaku unsure-unsur

bias sekirannya rancangan pengajaran yang dibuat tidak menepati budaya dan cara

hidup murid-murid yang berbillang sosio budaya. Guru juga bimbang jika jangkaan

yang dibuat terhadap tindakan murid tidak tepat. Ini akan mendatangkan kesan

negfatif sekirannya gfuru tidak dapat memahami reaksi dan tingkah laku murid.

Page 16: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

Kadar bilangan murid yang terlalu ramai jugfa boleh menyebabkan salah faham

guru terjadap murid berlaku. Guru sukar mengawal tingkah laku murid yang berbeza.

Keadaan ini juga merupakan satu cabaran kepada guru dalam mencorakkan budaya

kelas yang mesra budaya.

Selain itu, guru juga mungkin menghadapi masalah dengan penjaga murid

yang rata-ratanya sering meletakkan tanggungjawab yang tinggi terhadap guru di

sekolah. Sekirannya murid gagal atau tahap pencapaian yang kurang memuaskan

guru akan menjadi sasaran utama kepada faktor pencapaian anak-anak mereka.

Masalah ini sering timbul apabila berlaku pergaduhan, salah faham, menghina,

mencaci dalam kalangan murid. Penjaga meletakkan tangungjawab kepada guru

untuk mengajar mereka cara menghormati orang lain selain menerapkan nilai-nilai

baik kepada murid. Guru juga tidak mempunyai ruang untuk menjelaskan kenapa

dan mengapa tingkah laku ini terjadi disebabkan budaya persekitaran yang menjadi

amalan mereka.

Murid

Faktor kelas sosial mempengaruhi pencapaian akademik murid. Pencapaian

murid yang datang dari golongan berada tentunya lebih baik berbanding dari murid

yang dating dari golongan miskin dan memerlukan bantuan. Tahap kesihatan seperti

kemudahan mendapat rawatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit juga

menjadi faktor kepada pencapaian murid. Murid yang miskin mungkin akan

menghadapi masalah pembelajaran kerana kemungkinan besar ibu bapa tidak

menyediakan kemudahan dan keperluaan pembelajaran anak-anak mereka.

Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati bahawa hubungan

yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibi bapa dan tahap

pendidikan ibu bapa. Dapatan beliau menunjukkan kedua-dua hubungsan adalah

positif. Rentetan dari itu, tahap keyakinan murid akan menurun. Mereka akan

menjadi pasif dalam kelas dan rasa dipinggirkan oleh rakan-rakan.

Page 17: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

Jantina yang berbeza juga akan member kesan kepada aktiviti pembelajaran.

Murid-murid berkemungkinan besar akan mengalami kecelaruan identity pabila

mereka mudah terpengaruh dengan tingkah laku kumpulan gender majority. Murid-

murid perempuan mungkin bersikap lebih maskulin manalkala lelaki bersifat feminim.

Sesetengah guru mengamalkan unsure bias terhadap gender murid di dalam kelas.

Menggunakan data sekunder, Shamsul bahriah (1989) mendapati wujud

ketaksamaan gender dalam proses pembangunan ekonomi Negara Malaysia. Oleh

yang demikian, guru perlu mengambil kira faktor jantina ketika melaksanakan

pengajaran di dalam kelas. Murid juga di bimbangi terjebak dengan pergaulan bebas

antara murid lelaki dan perempuan memandangkan pelbagai pengaruh persekitaran

dan media masa yang negative. Di sini peranan sangat besar bagi membantu murid

mengenali jati diri, asal-usul, budaya yangsepatutnya menjadi amalan mereka.

Sekolah

Faktor kekurangan kemudahan asa di sekoah tidak dapat memenuhi

kepelbagaian sosio budaya dalam kalangan murid. Terdapat 767 buah sekolah

rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan

elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak

mencukupi untuk menampung penggunaan teknologi maklumat (ICT)di sekolah.

Terdapat juga sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid. Hampir

semua sekolah Sekolah Kurang Murid (SKM) berada dalam keadaan daif dan

menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma

perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan

perjawatan gurupemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan

kerana kebanyakkannya berada jauh di pedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil

mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar

sebuah kelas yang terdiri daripad pelbagai tahun persekolahan. Sekolah pedalaman

juga sukar menyediakan suasana pembelajaran yang harmoni, kondusif dan mesra

budaya. Kekurangan sumber rujukan juga menghalang kepada proses

perkembangan emosi dan sosial murid.

Page 18: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

Kurikulum tersirat

Sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai kesan negative

kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal seperti

menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagi kepada kelas mengikut tahap

kepandaian, kaum dan jantina. Ini menjurus kepada pengagiahan modal pendidikan

secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan member

perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya bersifat positif kea rah membian

keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio- budaya masyarakat

setempat.

Kurikulum tersirat atau tersembunyi dipercayai mempengaruhi pencapaian

akademik murid tetapi kajian mengenai perkara tersebut sama ada di peringkast

sekolah atau di peringkat pengajian tinggi adalah terlalu sedikit( Margolis, 2001).

Daripada kajian berkenaan Margolis merumuskan bahawa terdapat perbezaan

aplikasi tersebut berada diatas dasar yang sama dengan rasional bahawa sekolah

tetap sekolah walaudi mana sekali pun lokasi sekolah berkenaan.

Langkah-langkah penambahbaikan pengajran dan pembelajaran yang mesra

budaya dalam kepekbagaian sosio-budaya.

1.menyusun kumpulan murid dalam satu kumpulan yang berbilang kaum.

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek penting dalam bilik

darjah. Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran,

maka guru perlulah bijak dan teliti dalam merancang , melaksana, menyelia, menilai

dan member refleksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jika di dalam

sesebuah kelas itu terdapat murid yang berbilang kaum, maka murid-murid tersebut

sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan yang pelbagai kaum. Contohnya, dengan

menggabungkan murid-murid cina, india dan melayu dalam satu kumpulan tempat

duduk ataupun apabila beraktiviti.. dengan mencapuradukan murid-murid yang

berbilang kaum ini, murid-murid ini akan boleh berkomunikasi dan berinteraksi

sesame mereka.

Page 19: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

Hal ini boleh mewujudkan suasana mesra antara mereka. Apabila pelbagai

bangsa ini berinteraksi, pasti mereka menggunakan bahasa melayu sebagai

pengantar. Ini akan dapat mengelakan salah faham antara murid-murid dan

menambahkan lagi kemahiran berbahasa melayu dalam kalangan murid yang tidak

berbangsa melayu.

Selain itu, dengan mencampur adukkan murid berbilang kaum ini, mereka

akan dapat meningkatkan kemahiran berbbahasa di kalangan murid bukan melayu

yang tidak tahu berbahasa melayu. Kebanyakkan mereka hanya bertutur bahasa

melayu hanya apabila mereka mula bersekolah. Jika di sekolah pun mereka

diasingkan mengikut bangsa, maka penguasaan bahasa melayu mereka pasti akan

lemah. Murid-murid yang berbilang kaum ini boleh bekerjasama antara satu sama

lain. Kerjasama ini boleh membentuk kesepaduan antara mereka dan juga dapat

membentuk budaya satu Malaysia. Melalui kerjasama ini, proses penerimaan akan

berlaku antara pelbagai budaya. Hal ini membawa makna walaupun murid-murid ini

berbeza bangsa dan agama, masing-masing boleh menerima dan menghormati

budaya rakan-rakan lain.

2. wujudkan ruang fizikal dan peralatan yang selesa, gembira dan member kesan

positif kepada pembelajaran murid.

Untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra

budaya, keselesaan, kegembiraan serta hasil pembelajaran murid perlu

ditikberatkan. Ruang fizikal boleh menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah

bilik darjah. Contohnya ruang bacaan,sudut informasi, ruang hasil kerja murid dan

sebagainya. Dengan wujudnya ruang ruang-ruang seperti ini, guru boleh memupuk

budaya positif seperti budaya cintakan ilmu dan budaya membaca.

Dalam pada itu, guru juga hendaklah memastikan ruang muri-murid belajar

adalah dalam keadaan bersih, selesa dan ceria. Dalam hai ini, guru sememangnya

memainkan peranan utama tetapi haruslah dibantu oleh murid. Guru hendaklah

menyediakan jadual tugasan untuk membersih bilik darjah. Jadual tugasan tersebut

henfdaklah melibatkan semua murid sama dari sudut jantina atau kaum, mereka

perlu dicampuradukkan dalam satu tugasan . ini akan member ruang kepada

mereka untuk berkerjasama.

Page 20: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

3. mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru perlu

menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin

tahu yang tinggi khususnya tentang budaya yang berbeza. Guru boleh menguruskan

aktiviti yang memerlukan mereka berintraksi dengan aktif antara satu sama lain.

Dalam masa yang sama, guru menjadi role model yang terbai untuk dijadikan telada

kepada murid.

Walaupun terdiri dari pelbagai budaya, guru harus menjadi penggerak kepada

pembelajaran berpusatkan murid. Perbezaan budaya harus dijadikan pencetus

minda dan motivasi kepada murid. Ini akan menjadikan pembelajaran semakin aktif,

interaktif dan konstruktif. Setiap murid sama ada secara individu, berpasangan atau

berkumpulan bolehlah menampilkan budaya masing-masing. Dengan cara ini,

murid-murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan sahaja

tetapi juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. di sini mereka akan lebih

menghargai budaya mereka dan dapat berfikir secara logic. Guru boleh membantu

dengan menyediakan bahan berasaskan teknologi, elektronik atau sumber lain.

4. menggunakan kaedah belajar sambil bermain.

Kaedah bermain merupakan satu teknik pengajaran yang cukup digemari

oleh murid-murid. Permaian meruapakan sesuatu yang menyeronokkan dan tidak

membosankan. Ia dapat menarik minat setiap golongan sama ada di pweringkat

sekolah rendah mahupun menengah. Ia juga boleh menyatupadukan setiap kaum

yang terlibat dalam setiap permaian.

Dengan menggunakan permainan tradisi sesuatu kaum dalam pengajaran

dan pembelajaran, guru bukan sahaja boleh mengajar topic yang perlu diajar tetapi

pada masa yang sama boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya

sesuatu kaum itu kepada murid-muridnya. Contohnya, dalam mata pelajaran

pendidika jasmani. Permaian tradisianal boleh digunakan dalam mengajar tentang

pergerakan asas yang meliputi pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan

lokomotor. Misalnya dalam permaiana ketinting yang merupakan salah satu

Page 21: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya

permaianan tradisi melayu. Permaiana masyarakat india seperti kabbadi pula boleh

digunakan untuk dijadikan permaian kecil.

Kesimpualannya, Malaysia meruapakan sebauah Negara yang amat bertuah yang

mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Kepelbagaian sosio-budaya di kalang

murid-murid telah member banyk implak kepada sistem pendidikan Negara.

Kepelbagai budaya telah mwjudkan satu sistem pendidikan yang cemerlang.

Page 22: Esgmt Edu- Kepelbagaian Budaya