61596325 laporan-reflektif-big

6
LAPORAN REFLEKTIF Guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh(Kamus Dewan Edisi Keempat). Agen juga bermaksud bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau dapat memberi kesan kepada sesuatu tindak balas (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Perubahan atau transformasi ditakrifkan oleh Carzo & Yanouzas sebagai satu proses pertukaran kelakuan atau status yang stabil kepada satu pola kelakuan yang lain. Bagi Atkinson (1987), perubahan merupakan kegiatan/proses yang membuat sesuatu/seseorang berbeza dengan keadaan sebelumnya. Manakala masyarakat ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu (Kamus Dewan). Masyarakat juga boleh dianggap sebagi sekumpulan individu yang mengadakan kesepakatan untuk mengelola kehidupan secara bersama- sama atas alasan-alasan biologis, psikologis dan sosial. Sebagai rumusannya, Guru Sebagai Agen Perubahan Masyarakat bermaksud guru berpotensi menjadi pengantara untuk mengubah masyarakat. Dalam Buku Panduan KBSR ada dinyatakan,"walau bagaimanapun sama ada perubahan yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap guru dan Guru Besar dalam sesebuah sekolah .". Abd. Aziz (2000) menyebut guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seorang yang mempunyai sifat positif dalam segala hal. Mereka perlu bersifat kreatif yang tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran, peka dalam hal perubahanperubahan dan pembaharuan- pembaharuan terutamanya menggunakan pendekatan atau kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah berhubung dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan dalam bilik darjah.

Upload: jack-alonso

Post on 04-Dec-2014

3.380 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: 61596325 laporan-reflektif-big

LAPORAN REFLEKTIF

Guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh(Kamus

Dewan Edisi Keempat). Agen juga bermaksud bahan atau organisma yang dapat

mempengaruhi atau dapat memberi kesan kepada sesuatu tindak balas (Kamus

Pelajar Edisi Kedua). Perubahan atau transformasi ditakrifkan oleh Carzo &

Yanouzas sebagai satu proses pertukaran kelakuan atau status yang stabil kepada

satu pola kelakuan yang lain. Bagi Atkinson (1987), perubahan merupakan

kegiatan/proses yang membuat sesuatu/seseorang berbeza dengan keadaan

sebelumnya. Manakala masyarakat ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang

hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu (Kamus Dewan).

Masyarakat juga boleh dianggap sebagi sekumpulan individu yang mengadakan

kesepakatan untuk mengelola kehidupan secara bersama-sama atas alasan-alasan

biologis, psikologis dan sosial. Sebagai rumusannya, Guru Sebagai Agen Perubahan

Masyarakat bermaksud guru berpotensi menjadi pengantara untuk mengubah

masyarakat.

Dalam Buku Panduan KBSR ada dinyatakan,"walau bagaimanapun sama ada

perubahan yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah

bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap guru dan Guru Besar dalam

sesebuah sekolah….". Abd. Aziz (2000) menyebut guru sebagai pelaksana

perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seorang yang mempunyai sifat

positif dalam segala hal. Mereka perlu bersifat kreatif yang tinggi terutamanya dalam

penciptaan alat dan bahan pengajaran, peka dalam hal perubahanperubahan dan

pembaharuan-pembaharuan terutamanya menggunakan pendekatan atau kaedah-

kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah

Page 2: 61596325 laporan-reflektif-big

berhubung dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan

dalam bilik darjah.

Perubahan ke atas guru mungkin boleh didefinisikan sebagai keseluruhan

aktiviti yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah

keberkesanan dan kecekapan pengajaran para guru. Walaupun istilah seperti

perubahan kakitangan, latihan dalam perkhidmatan, dan perkembangan

profesionalisme selalu di gunakan, tetapi perubahan ke atas guru menggambarkan

satu konsep yang menghubungkan kesemua aspek dalam persekitaran pendidikan.

Ia juga boleh dianggap sebagai satu proses yang dinamik. Ia mesti dikendalikan

dengan sistematik dengan menekankan matlamat jangka panjang dan pendek.

Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi

yang sentiasa berubah di samping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu

mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya

menulis. Menurut Sharil et al. (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu,

guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar mereka.Tanpa pembinaan budaya

ilmu dalam inovasi pendidikan, matlamat yang disasarkan agak sukar dicapai.

Peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru

kerana keupayaan guru menyelesaikan masalah bergantung kepada keupayaan

guru sebagai fasilitator, penyelesai masalah, pemangkin dan pendorong

pembelajaran. Harison dan Gowin (1966), telah menggariskan beberapa ciri guru

yangberkesan. Antaranya ialah: (i) Jujur, (ii) Baik hati, (iii) Mesra, (iv) Kesefahaman,

(v) Bijak dan berbudi, (vi) Suka bekerjasama, (vii) Bermoral tinggi, (viii) Tinggi tahap

etika dan profesionalisme, (ix) Mempunyai keinginan belajar yang kuat, (x)

Mempunyai keinginan mengajar yang kuat, (xi) Mempunyai semangat dan minat

yang kuat terhadap manusia, (xii) Mampu menganalisis diri sendiri, (xiii) Mempunyai

Page 3: 61596325 laporan-reflektif-big

kawalan diri dari segi emosi dan kehendak, (xiv) Sanggup mengkritik diri sendiri, (xv)

Mempunyai keyakinan diri dan kepada tugas, (xvi) Mempunyai budaya diri seperti;

tabah, intelektual, bermoral, sosial dan profesional, (xvii) Mempunyai taraf diri

seperti: boleh menetapkan nilai diri dan kerja; dan (xviii) Mempunyai rasa

pengorbanan diri seperti sanggup mengorbankan diri demi kebajikan

dan minat pelajar.

Program Seminar Pendidikan merupakan program yang dirancang di bawah

Program Bina Insan Guru dan dilaksanakan untuk menyempurnakan takwim

Program BIG Fasa II. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pelatih PISMP

Ambilan Januari 2010 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KPM.

“Guru dan Hubungan Komuniti” merupakan tema seminar pendidikan ini. Sebagai

seorang bakal guru, guru-guru pelatih hendaklah mengetahui tentang peranan

mereka dalam masyarakat selain tugas-tugas harian seorang guru. Maka, dari

institut latihan inilah guru-guru pelatih diajar bagaimana untuk menjadi seorang guru

yang berwatak.

Program seminar pendidikan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ceramah dan

bengkel. Tajuk ceramah adalah mengenai “Guru Sebagai Agen Perubahan”.

Manakala bagi tajuk bengkel dan pembentangan adalah Cabaran Guru

Merealisasikan Pendemokrasian Pendidikan Hubungan Sekolah dan Komuniti Ke

Arah Pembangunan Pendidikan. Seminar ini disampaikan oleh Tn. Hj. Omar Bin

Abdul.

Antara kekuatan yang dapat saya kenalpasti melalui ceramah ini adalah

penceramah telah menyampaikan ceramah beliau dengan sangat berkesan. Huraian

yang disampaikan adalah sangat jelas dan bertepatan dengan tajuk. Ini

membolehkan para peserta ceramah dapat memanfaatkan ceramah yang

Page 4: 61596325 laporan-reflektif-big

disampaikan dengan baik. Penyampaian ceramah yang berkesan adalah sangat

penting kerana ini akan menentukan hala tuju skop ceramah yang ingin disampaikan.

Mesej yang ingin disampaikan dalam ceramah perlu dihuraikan dengan jelas dan

teratur supaya para peserta yang mendengar ceramah tersebut akan mengambil

iktibar akan apa yang telah disampaikan dan perkara seperti yang diibaratkan

“masuk telingan kanan keluar telinga kiri” tidak akan berlaku. Selain itu, kekuatan

yang saya dapati semasa aktiviti ceramah tersebut belangsung adalah tempat yang

disediakan oleh pihak penganjur adalah sangat selesa untuk para peserta

mendengar ceramah. Bagi saya, penyediaan tempat yang baik adalah sangat

penting kerana ia akan melambangkan kreadibiliti pihak penganjur tersebut dalam

usaha untuk menganjurkan sesuatu majlis yang baik dan akan diinagti oleh setiap

peserta program. Kegagalan pihak penganjur untuk menyediakan tempat yang

selesa akan menyebabkan para peserta akan berasa tidak selesa dan mereka akan

mula berfikiran negatif kepada pihak penganjur. Kekuatan yang saya dapati semasa

program ceramah ini berlangsung adalah hand-out yang disediakan kepada para

peserta dapat member lebih kefahaman kepada peserta ceramah. Ini adalah kerana,

di samping mendengar ceramah, peserta dapat membaca dan seterusnya akan

dapat memahami dengan lebih jelas lagi tentang apa yang ingin disampaikan oleh

penceramah.

Setiap kekuatan sudah pasti akan ada kelemahannya. Antara kelemahan yang

saya dapati mengenai aktiviti ceramah ini adalah masa yang ditetapkan untuk aktiviti

ceramah adalah tidak bersesuaian iaitu pada pukul 3.15-5.15. Ini adalah kerana

pada waktu petang seperti ini, para peserta akan berasa mengantuk seterusnya tidak

dapat memberi sepenuh tumpuan kepada ceramah yang akan disampaikan. Selain

itu, saya mendapati pengacara telah melakukan sedikit kesilapan semasa

Page 5: 61596325 laporan-reflektif-big

mengacarakan majlis iaitu semasa menyebut nama Timbalan Pengarah. Walaupun

kesilapan yang dilakukan akan menyebabkan kreadibiliti beliau sebagai pengacara

majlis akan tercalar namun bagi saya ia hanyalah kesilapan yang kecil dan boleh

dimaafkan serta diperbaiki pada masa-masa yang akan datang.

Antara peluang yang saya peroleh melalui ceramah ini adalah saya dan para

peserta ceramah berpeluang untuk memahami dengan lebih jelas lagi mengenai

konsep seorang guru adalah sebagai agen perubahan masyarakat. Seorang guru

yang berkreadibiliti unggul akan mampu untuk menjadi ikon kepada masyarakat. Ini

adalah kerana di mata masyarakat, seorang yang bergelar guru akan dipandang

mulia oleh masyarakat dan justeru itu, sebagai seorang guru yang baik, kita haruslah

sentiasa menunjukkan peribadi yang unggul selaras dengan konsep guru sebagai

agen perubahan masyarakat.

Selain itu, ancaman yang saya dapati semasa program berlangsung adalah

masa yang ditetapkan untuk aktiviti ceramah adalah tidak bersesuaian iaitu pada

pukul 3.15-5.15. Ini adalah kerana pada waktu petang seperti ini, para peserta akan

berasa mengantuk seterusnya tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada

ceramah yang akan disampaikan.

Secara tuntasnya, pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan

membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu

masyarakat. Pada zaman moden ini, guru adalah bertangggungjawab untuk memberi

pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke atas diri seseorang.

Mereka harus memahami idea perubahan dengan sempurna, secukupnya dan

menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat dilaksanakan

dengan jayanya.