penulisan jurnal reflektif

28
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KEEMPAT (23 FEBUARI 2015 – 27 FEBUARI 2015) ISU : PENGURUSAN MASA 1. Isu Yang Difokuskan : Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi ialah dari segi pengurusan masa yang berkesan dan tepat seperti yang telah dirancang dalam rancangan pengajaran harian yang telah dibuat. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tetapi tidak dapat dijalankan kerana faktor masa yang tidak mencukupi dan saya bimbang jika terambil masa guru untuk mata pelajaran selepasnya. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya memasuki kelas 3 Immam Shafie dan 4 Immam Maliki bagi subjek matematik mahupun Bahasa Inggeris, saya dapati bahawa saya memerlukan masa yang lebih awal untuk bersedia terutamanya apabila terdapat aktiviti yang memerlukan penggunaan ICT yang melibatkan penggunaan LCD dan laptop. 2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) : Menurut Good (1973), Pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti kuliah, belajar, rehat, riadah dan tanggungjawab. Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah berkenaan pengurusan masa ini timbul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Antara punca dan kesannya yang dapat dikenalpasti ialah: a) Penerangan yang terlalu lama semasa fasa persediaan dan fasa imaginasi untuk memastikan murid-murid betul-betul faham tentang perkara yang diajar dan menyebabkan murid belajar dalam keadaan tidak bersedia dan kurang fokus.

Upload: ariha-itazzi

Post on 06-Sep-2015

1.665 views

Category:

Documents


38 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KEEMPAT(23 FEBUARI 2015 27 FEBUARI 2015)ISU : PENGURUSAN MASA

1. Isu Yang Difokuskan :

Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi ialah dari segi pengurusan masa yang berkesan dan tepat seperti yang telah dirancang dalam rancangan pengajaran harian yang telah dibuat.

Terdapat aktiviti yang telah dirancang tetapi tidak dapat dijalankan kerana faktor masa yang tidak mencukupi dan saya bimbang jika terambil masa guru untuk mata pelajaran selepasnya.

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya memasuki kelas 3 Immam Shafie dan 4 Immam Maliki bagi subjek matematik mahupun Bahasa Inggeris, saya dapati bahawa saya memerlukan masa yang lebih awal untuk bersedia terutamanya apabila terdapat aktiviti yang memerlukan penggunaan ICT yang melibatkan penggunaan LCD dan laptop.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Menurut Good (1973), Pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti kuliah, belajar, rehat, riadah dan tanggungjawab.

Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah berkenaan pengurusan masa ini timbul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Antara punca dan kesannya yang dapat dikenalpasti ialah:a) Penerangan yang terlalu lama semasa fasa persediaan dan fasa imaginasi untuk memastikan murid-murid betul-betul faham tentang perkara yang diajar dan menyebabkan murid belajar dalam keadaan tidak bersedia dan kurang fokus.b) Pembahagian murid dalam kumpulan dan aktiviti yang dijalankan mengambil masa yang agak lama. Hal ini kerana murid dilihat teruja dan seronok melakukan aktiviti secara berkumpulan hingga menyebabkan aktiviti tersebut memakan masa yang lama.c) Guru tidak peka dengan masa yang berlalu sangat cepat yang menyebabkan aktiviti seterusnya terpaksa dicepatkan, misalnya semasa fasa tindakan guru terpaksa menyuruh murid menyiapkan lembaran kerja di rumah dan mengakibatkan guru tidak dapat menilai sama ada objektif pembelajaran pada hari tersebut tercapai ataupun tidak.

3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah merangka beberapa cadangan atau langkah-langkah seperti:a) Saya perlu membaiki pengurusan masa saya dari semasa ke semasa dengan membaca banyak maklumat dan memperoleh pengetahuan tentang cara menguruskan masa dengan efektif di dalam bilik darjah.b) Memperbanyakkan aktiviti yang dapat menarik minat murid dan meningkatkan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran.c) Mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan guru-guru di samping dengan rakan-rakan lain.d) Saya perlu peka dengan masa dan memastikan setiap aktiviti dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.

4. Tempoh Masa Penyelesaian :23 Febuari 2015 hingga 6 Mac 2015 (2 minggu)

5. Tindakan Susulan :

Tindakan susulan yang dapat saya lakukan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan memastikan setiap aktiviti yang dirancang dalam rancangan pengajaran harian berjalan dengan lancar mengikut masa yang ditetapkan dan aktiviti yang dirancang adalah mengikut tahap penguasaan murid-murid serta bersesuaian mengikut ketetapan masa.6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :

Tempoh masa yang ditetapkan adalah bersesuaian dan saya akan meminta pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing untuk memberi komen tentang keberkesanan langkah yang diambil agar saya dapat memperbaiki segala kelemahan dari semasa ke semasa.

7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) : Saya perlu mengkaji semula dan memperbaiki kesilapan saya serta melaksanakan strategi yang telah dirancang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dan meminta pendapat dan pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing agar mendapat tips yang berguna untuk diaplikasikan.

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KELIMA(2 MAC 2015 6 MAC 2015)ISU : TINGKAH LAKU MURID

1. Isu Yang Difokuskan :

Setelah mengajar selama lima minggu, saya dapati bahawa terdapat beberapa orang murid dari kelas 4 Immam Maliki yang suka membuat bising dan mengganggu rakan lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Selain itu, mereka juga tidak menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar dan sering bersembang dengan rakan sebelah. Kadangkala mereka akan bergaduh demi perkara yang kecil seperti mengambil pemadam kawan-kawan untuk kegunaan sekejap.Bagi situasi-situasi tersebut, saya terpaksa mengambil masa untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum pengajaran yang seterusnya dan akan menyebabkan saya terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan sesetengah murid ini di dalam kelas telah menganggu pengajaran sehingga murid-murid yang ingin belajar tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya.

Saya percaya bahawa murid-murid ini masih kecil maka unsur kenakalan masih wujud dalam kalangan mereka.Walau bagaimanapun, sifat kenakalan ini tidak boleh dibenarkan kerana akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Menurut Harry K. Wong (1998), kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri.Most behavior problems in the classroom are caused by the teachers failure to teach students how to follow procedures.

Saya terpaksa menyiasat punca-punca masalah tingkah laku murid seperti murid suka membuat bising dan mengganggu rakan lain, tidak menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran serta sering bersembang dengan rakan sebelah. Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui pemerhatian dan temu bual, saya dapati terdapat beberapa punca murid-murid berkelakuan begitu, antaranya ialah disebabkan:a) Mereka kurang berminat dengan subjek matematikb) Mereka tidak atau kurang memahami perkara yang diajarc) Mereka merasa bosan dengan aktiviti yang dilakukand) Mereka lemah dan kurang pandai dalam subjek matematike) Sikap guru yang kurang bertegas

Dari perspektif murid-murid, kebisingan ini adalah biasa dan percakapan di antara satu sama lain adalah pembelajaran juga. Murid-murid tidak mempunyai banyak masa untuk berinteraksi memandangkan beban kerja sekolah bukan sahaja bertambah tapi kelas-kelas tambahan yang diadakan pada setiap hari, telah mengurangkan masa untuk mereka berkomunikasi dengan satu sama lain. Murid-murid perlu bertukar-tukar fikiran dan mendapat maklumat terkini berkaitan dunia mereka.

Isu ini akan memberi kesan yang amat serius kepada pembelajaran sekiranya guru tidak dapat mengawal kelas dengan berkesan.Murid-murid yang bising tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran.Pencapaian mereka dalam peperiksaan akan menjadi semakin merosot. Selain itu, objektif pembelajaran juga akan tidak tercapai. Namun, segalanya dapat diatasi apabila guru mempunyai cara kawalan kelas yang baik.Dengan adanya kawalan kelas yang baik dan sempurna, aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan.Murid-murid juga akan lebih berminat untuk belajar.

3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah merangka beberapa cadangan atau langkah-langkah seperti:a) Menyusun semula kedudukan murid-murid di dalam kelas.b) Menggunakan pelbagai kaedah / teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.c) Merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran (guru perlu kreatif).d) Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan yang baik, bagus kerana berani mencuba). Ini akan memberi kepuasan kepada murid kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan.e) Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika aktiviti sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.f) Guru perlu lebih tegas semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dalam mengatasi masalah tingkah laku murid.g) membentuk satu peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik serta berkuatkuasanya sepanjang waktu Matematik.

Cadangan-cadangan ini perlu dikaji dengan teliti melalui tinjauan literatur supaya tindakan yang diambil lebih mantap dan bermanfaat. Saya telah membaca literatur berkaitan dengan perkara ini supaya dapat mengenal pasti tindakan yang paling sesuai.

Berdasarkan prosedur yang dinyatakan dalam California Standards for the Teaching Profession masa yang digunakan dalam kelas perlu berkesan dan dioptimumkan sepenuhnya. Apabila masa pengajaran dirancang sesuai untuk memenuhi keperluan murid, maka masa pembelajaran dapat menghabiskan isi kandungan yang ingin disampaikan. Masalah kebisingan kelas adalah disebabkan oleh ketidakselarasan masa pengajaran dengan isi kandungan yang ingin disampaikan. Dengan ini murid akan hilang minat belajar dan keinginan untuk belajar berkurang.

Saya bercadang untuk menangani masalah ini berasaskan Canter model of Assertive Discipline (2002). Model disiplin Marlene and Lee Canter adalah berasaskan ribuan jam penyelidikan dengan memerhati guru dalam bilik darjah. Model ini adalah suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan murid belajar. Ia berasaskan prinsip-prinsip bahawa guru dan murid mempunyai hak untuk mengajar dan belajar.

Dalam situasi ini saya akan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:i. Menyatakan jangkaan pengajaran seawal-awalnya.ii. Menggunakan suara yang lantang, tenang dan tegas serta kontak mata.iii. Menggunakan gesture bukan lisan untuk menyokong pernyataan lisan agar dapat mengubah tingkah laku pelajar tanpa ancaman atau jeritan.iv. Mengamalkan teknik broken record iaitu mengulangi mesej dengan tenang setiap kali murid cuba mencabar daripada menimbulkan konflik.

4. Tempoh Masa Penyelesaian :2 Mac 2015 hingga 13 Mac 2015 (2 minggu)

5. Tindakan Susulan :

Daripada pengalaman menggunaka Model Canter assertive discipline, guru yang asertif adalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau garang.Kegarangan dan ketidakkonsistenan arahan guru yang menyebabkan kekeliruan dan trauma psikologi.Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif, penyayang dan produktif.Iklim ini yang positif dapat menghasilkan pembelajaran yang maksimum.Namun, saya tidak begitu asertif sepanjang waktu pengajaran saya.Hal ini adalah kerana saya menghadapi kesuntukan masa untuk menghabiskan pengajarannya.Kadang-kadang saya juga akan memarah murid-murid saya disebabkan kebisingan mereka.Jadi, saya berasa saya mesti mengubah sikap saya yang tidak sabar tersebut.

Selain itu, penggunaan sistem pemberian markah masih perlu dimantapkan lagi.Murid-murid akan mematuhi peraturan dan mendengar arahan saya setiap kali saya memulakan sistem pemberian markah untuk setiap kumpulan.Tetapi, keadaan ini hanya kekal untuk masa yang singkat sahaja.Murid-murid terus membuat bising apabila guru tidak lagi memfokuskan pada sistem pemberian markah.Hadiah yang dijanji akan diberi kepada kumpulan yang mempunyai markah yang tertinggi selepas 11 minggu dapat memotivasikan murid-murid berusaha dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan mematuhi peraturan bilik darjah.Tetapi, tempoh masa pemberian hadiah itu terlalu panjang untuk murid-murid.Sesetengah murid enggan berusaha lagi kerana pengukuhan positif itu bukan diberi secara segera.Oleh itu, saya mengubah sedikit perancangan saya.Saya memberi ganjaran dan dendaan kepada murid secara segera.Namun, sistem pemberian markah secara berkumpulan masih dikekalkan.Saya juga memberi pengukuhan positif seperti kata-kata pujian atau makanan sebaik sahaja murid-murid melakukan sesuatu yang baik.Contohnya, untuk setiap kali waktu tamat Matematik, saya akan mengisytiharkan kumpulan yang terbaik pada hari tersebut dan memberikan kata-kata pujian untuk memotivasikan murid-murid.Untuk murid-murid yang bermasalah, saya pula menegur mereka apabila mereka melakukan kesalahan.

Saya berasa penukaran tempat duduk bagi murid-murid yang bising duduk dekat depan juga tidak berguna kerana murid-murid tersebut juga berbuat bising juga.Jadi, saya pun mengkaji cara lain untuk mengawal mereka seperti meletakkan mereka di satu sudut berseorangan dan tidak membenarkan mereka melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti dan melihat sahaja.Dengan cara tersebut, saya mendapati agak berkesan kerana apabila mereka balik semula ke kumpulan, mereka tidak berani membuat bising lagi.

Selain itu, saya juga berlatih untuk bersifat asertif pada bila-bila masa walaupun menghadapi masalah kesuntukan masa agar dapat memastikan penguatkuasaan peraturan bilik darjah secara konsisten dan berkesan.

6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :

Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.

7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) : Canter (2002) menegaskan bahawa iklim sokongan positif hanya dapat dibawa oleh guru yang asertif. Dalam hal ini, ia telah menggantikan tingkah laku garang oleh guru dengan tingkah laku tegas yang positif .

Kunci kawalan disiplin pelajar adalah kekonsistenan penguatkuasaan peraturan. Menurut Canter (2002), seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa jua.

Once you make a rule, you must enforce it-always.There are no exceptions to this requirement. It is mandatory.You cant enforce the rule with one student-and let it go with another. You cant call students on the rule one day and overlook it the next. Rules must be enforced with the consistency of the second hand one a clock.

Walaupun setiap pelanggaran peraturan perlu diambil tindakan tetapi tidak semua situasi pelanggaran peraturan adalah sama. Oleh yang demikiansituasi yang berlainan memerlukan kaedah penguatkuasaan yang berlainan.

Saya percaya bahawa kebisingan kelas adalah satu isu pengurusan kelas dan bukan disebabkan oleh murid-murid yang tidak ingin belajar. Sekarang saya faham bahawa pengajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi faktor-faktor lain juga penting dalam memantapkan tugas sebagai guru. Sebagai analogi, guru adalah seperti tukang masak di mana masakan sedap bukan sahaja bergantung kepada bahan-bahan masakan tetapi kawalan ke atas api dapur, peralatan di dapur, suasana di dapur dan lain-lain. Semua ini saling bergantung.

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KEENAM(9 MAC 2015 13 MAC 2015)ISU : LATIHAN DAN KERJA RUMAH MURID

1. Isu Yang Difokuskan :

Segelintir murid-murid seringkali mengabaikan latihan dan kerja rumah yang diberikan guru kepadanya setiap hari. Pelbagai punca dan sebab masalah ini sering barlaku dan terus menjadi masalah biasa bagi semua sekolah di negara kita. Seringkali juga, guru berasa pening apabila murid sambil lewa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru. Murid kelihatan seperti terlalu letih semasa membuat latian yang diberikan oleh guru terutamanya bagi kumpulan yang lemah. Murid juga tidak menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan dan sering tidak membawa buku latihan untuk menampal lembaran kerja dan nota yang diberikan. Keadaan ini seumpama mematahkan semangat seorang guru dalam impiannya bagi membentuk murid yang cemerlang serta berkaliber.

Setelah mengajar selama enam minggu, saya dapati bahawa terdapat beberapa orang murid dari kelas 4 Immam Maliki dan 3 Immam Shafie yang tidak menghantar latihan dan kerja rumah yang diberikan. Malah mereka juga memberi alasan bahawa tertinggal kertas tersebut di rumah, telupa untuk menyiapkan dan ada yang menghilangkan kertas latihan tersebut.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuat, saya telah mengenal pasti bahawa puncapunca masalah ini, antaranya adalah disebabkan oleh diri murid, rakan sebaya, keluarga dan kaedah serta bahan pengajaran yang tidak sesuai.

Kebanyakan murid bersikap negatif, tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti pembelajaran merekadan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang malas. Selain daripada itu, golongan murid ini tiada dorongan untuk membuat kerja rumah daripada ibu bapa dan rakan sebaya. Terdapat sebilangan murid berpendapat bahawa perkara yang dipelajari itu kurang relevan dengan kehidupan seharian. Mereka sukar memahami bagaimana tajuk seperti tambah dan tolak berguna dalam kehidupan mereka. Oleh itu, mereka akan berasa bosan dan tidak berminat untuk membuat latihan Matematik.

Segelintir murid dalam kelas saya malas dan tidak berusaha untuk menyiapkan kerja dan latihan yang diberikan pada waktu-waktu tertentu. Ada pula yang menggunakan masa yang diberikan untuk membuat latihan untuk berbual dengan rakan atau bermain.

Antara murid yang bermasalah adalah:1. Mohd Naqib Saifuddin (3S)2. Muhd Illiyas (3S)3. Muhd Mifzal (4M)4. Nurul Natasha (4M)5. Nabil Ikhsan (4M)

Apabila ditanya tentang masalah yang dihadapi untuk menyiapkan kerja yang diberi, murid-murid akan mendiamkan diri dan cuba mencari alasan, pelbagai alasan yang sama sering diberi untuk melarikan diri. Antara alasan yang diberikan seperti letih, sibuk, tidak larat, dan pelbagai alasan yang tidak logik.

Selain itu, terdapat murid-murid yang sering tidak membawa buku latihan untuk menampal lembaran kerja dan nota, walaupun telah diberi peringatan beberapa kali. Masalah ini jarang berlaku bagi kumpulan yang pandai dan ia selalunya berlaku bagi kumpulan lemah sahaja. Dalam hal yang sedemikian sebagai seorang guru tiada pilih kasih dalam memastikan murid-murid dapat menimba ilmu pengetahuan yang berguna.

Banyak kesan yang bakal dihadapi oleh guru dan murid sekiranya masalah ini masih terus berlaku lagi di kelas. Antaranya ialah, kesan terhadap aktiviti pengajaran, peruntukan masa serta penilaian guru akan terganggu dan terjejas seperti guru tidak dapat menjalankan aktiviti pengajaran dengan baik, terpaksa memperuntukkan banyak masa untuk menjalankan penyelesaian dan tidak dapat menerima maklum balas murid melalui aktiviti susulan. Selain itu, ia turut memberi kesan terhadap aktiviti pembelajaran dan tabiat murid, seperti tidak mempunyai peluang mengaplikasikan dan mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru mereka belajar serta mengamalkan sikap malas dan tidak bertanggungjawab.

3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Saya bercadang untuk menangani masalah ini berasaskan Teori Pelaziman Operan Skinner. Sistem kawalan sosial mengkehendakkan tentang ganjaran dan dendaan. Penyelesaian masalah ini dilakukan dengan mengenalpasti murid -murid yang sering tidak membuat latihan dan kerja rumah. Saya akan menyenaraikan nama murid yang bermasalah ini dengan bergerak ke setiap kumpulan untuk mengenalpasti nama mereka. Teguran dan amaran lisan akan dikenakan dahulu. Sekiranya murid-murid masih leka, saya akan menyuruh mereka datang ke hadapan saya dan membuat latihan tersebut di hadapan saya. Ini membolehkan saya memerhatikan kerja mereka dan murid-murid itu akan membuat lembaran kerja supaya dapat balik ke tempat masing-masing.

Manakala untuk menaikkan semangat belajar murid-murid, saya akan memberikan peneguhan positif yang baik seperti bagus, pandai dan rajin apabila menyemak lembaran kerja mereka. Teori Bandura menekankan bahawa motivasi akan mendorong penglibatan murid dengan lebih berkesan dalam sistem pembelajaran. Kata-kata perangsang sedemikian juga akan memberi motivasi kepada murid-murid untuk terus berusaha dengan lebih gigih untuk menyiapkan kerja mereka kerana mereka akan berasa kerja mereka dihargai dan disanjungi.Selain daripada itu, saya juga membuat pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar seperti penyelesaian masalah matematik. Saya juga menggunakan strategi pemusatan bahan, seperti radio, gambar, model, benda konkrit, bahan bercetak, radas dan kad jalur berpetak dalam proses pengajaraan dan pembelajaran. Bahan pengajaran yang disediakan itu telah berjaya menarik minat murid untuk membuat tugasan dan juga mudah difahami oleh setiap murid. Tujuannya adalah untuk merangsangkan muridmurid supaya mereka dapat memberikan tumpuan dan minat terhadap kerja rumah. Di samping itu, murid tidak akan berasa bosan dan sebaliknya dia merasa sangat bangga sekiranya berjaya menyelesaikan tugasan, iaitu latihan dalam buku kerja Matematik. Pada pendapat saya, guru ialah seorang pelakon, dia mesti pandai menonjolkan kebakatannya supaya terdapat banyak penonton suka akan lakonannya. Manakala, murid ialah penonton dan dia akan menyaksikan pertunjukan yang disembahkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, guru mestilah pandai memilih dan mengurus strategi yang sesuai untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu pendekatan. Penyelesaian ini juga berkesan untuk menyelesaikan masalah murid dengan baik.Untuk memahami dan menyelesaikan masalahmasalah murid ini, saya telah mengadakan perbincangan serta kolaborasi dengan guru pembimbing dan juga pensyarah pembimbing saya. 4. Tempoh Masa Penyelesaian :9 Mac 2015 hingga 27 Mac 2015 (2 minggu)

5. Tindakan Susulan :

Peneguhanialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.Menurut Rachlin (1991), pengukuhandiberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendakindividu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak.Pada pendapat saya, pujian dan katakata perangsang ialah satu jenis alat rangsangan yang tidak terlazim. Warna juga boleh dijadikan sebagai alat rangsangan yang tidak terlazim, seperti warna merah. Ia boleh merangsangkan seseorang itu cepat merasa lapar dan ingin makan dengan banyak. Oleh sebab itu, banyak kedai makan suka dicat dengan warna yang terang seperti merah, kuning atau biru.Untuk memberikan rangsangan kepada murid, saya telah menggunakan teknik peneguhan positif, iaitu memberi motivasi dalam bentuk pujian dan katakata perangsang untuk menyiapkan kerja rumah Matematik. Tetapi, penyelesaian ini tidak berkesan dan kurang memuaskan, kerana motivasi yang diberikan oleh guru adalah tidak dapat membangkitkan tingkah laku positif, iaitu menyiapkan kerja rumah Matematik. Pemikiran murid tidak jauh dan kurang mementingkan masa depan mereka. Selepas itu, saya telah menggunakan teknik peneguhan negatif untuk mengelakkan atau menghindari kepada murid tidak menyiapkan kerja rumah Matematik. Walaupun peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan atau memalukan, yang ingin dihindari oleh seseorang individu., tetapi sangat berkesan untuk menghadapi masalah murid, terutamanya golongan murid yang berumur dalam lingkungan 7-12 tahun. Mereka lebih berasa takut apabila guru mengambil tindakan untuk mendendanya. Saya telah membuat satu eksperimen pada muridmurid, iaitu mana satu kumpulan yang telah kalah dalam kuiz matematik, mereka akan didenda kehilangan lima minit masa rehat. Eksperimen ini telah berjaya menunjukkan bahawa murid adalah lebih mengambil perhatian dan penumpuan terhadap peneguhan negatif, kerana mereka takut menghadapi kesankesan peneguhan negatif dan pula tidak mahu kehilangan layanan yang baik daripada guru. Oleh itu, saya telah menahan murid yang tidak menyiapkan kerja rumah di dalam kelas untuk menyiapkan kerja rumahnya semasa rehat ataupun selepas sekolah.

6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :

Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Murid-murid juga harus diberi kesedaran oleh guru tentang kelemahan diri mereka. Guru perlu sabar dan sanggup berusaha keras untuk mempertingkatkan prestasi murid melalui pantauan berterusan terhadap latihan dan kerja rumah murid.

Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) : Secara kesimpulannya, masalah latihan dan kerja rumah murid ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi masalah utama saya untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya.

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KETUJUH(23 MAC 2015 27 MAC 2015)ISU : KAWALAN KELAS

1. Isu Yang Difokuskan :

Setelah mengajar selama enam minggu, saya dapati bahawa saya mengalami masalah kawalan kelas. Murid sering membuat bising terutamanya semasa waktu pertukaran fasa seperti dari fasa persediaan kepada fasa imaginasi serta sewaktu membuat aktiviti kumpulan. Bagi situasi-situasi tersebut, saya terpaksa mengambil masa untuk menenangkan mereka dan memastikan mereka fokus sebelum pengajaran diteruskan. Hal ini akan mengganggu kelancaran aktiviti yang telah dirancang untuk sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Perancangan yang teliti adalah penting untuk mengajar. Mengikut Clak and Lampert (1986), perancangan guru menentukan apa yang diajar di sekolah-sekolah. Perancang yang baik melibatkan peruntukan penggunaan masa dan pemilihan kaedah mengajar yang sesuai agar boleh menarik minat pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang produktif. Malah aktiviti yang menarik dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Maka di sini, murid-murid tidak akan mengganggu pengurusan guru dengan karenah-karenah yang dihadapi semasa mengikuti pembelajaran.

Saya terpaksa menyiasat punca-punca saya menghadapi masalah kawalan kelas. Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui pemerhatian, saya dapati terdapat beberapa punca masalah ini terjadi, antaranya ialah disebabkan:a) Murid-murid kurang berminat dengan subjek matematikb) Sikap guru yang kurang bertegasc) Murid-murid merasa bosan dengan aktiviti yang dilakukand) Murid-murid tidak atau kurang memahami perkara yang diajare) Murid-murid lemah dan kurang pandai dalam subjek matematikIsu ini akan memberi kesan yang amat serius kepada pembelajaran sekiranya guru tidak dapat mengawal kelas dengan berkesan.Murid-murid yang bising tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran.Pencapaian mereka dalam peperiksaan akan menjadi semakin merosot. Selain itu, objektif pembelajaran juga akan tidak tercapai. Namun, segalanya dapat diatasi apabila guru mempunyai cara kawalan kelas yang baik.Dengan adanya kawalan kelas yang baik dan sempurna, aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan.Murid-murid juga akan lebih berminat untuk belajar.

3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah merangka beberapa cadangan atau langkah-langkah seperti:a) Menggunakan teknik pembelajaran yang menarik dan menggunakan pelbagai bahan yang sesuai serta menggunakan teknik variasi rangsangan bagi menarik minat murid.b) Memberi peneguhan positif kepada murid-murid sekiranya berkelakuan baik dan datang menjawab soalan di hadapan kelas.c) Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika aktiviti sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.d) Menjadi seorang guru yang mesra tetapi tegas terhadap tingkah laku murid.e) membentuk satu peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik serta berkuatkuasanya sepanjang waktu Matematik seperti apabila guru menyebut Hello Hello Hello, murid akan membalas Yes Yes Yes.

4. Tempoh Masa Penyelesaian :23 Mac 2015 hingga 3 April 2015 (2 minggu)

5. Tindakan Susulan :Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah pengurusan diri. Kanak-kanak yang bermasalah perlu diberi nasihat dan diambil perhatian kerana mereka perlu perlu mengubah tingkah laku mereka dan perlu bersifat mendengar kata guru. Di sini, saya akan mengambil langkah dengan memerhati murid-murid yang berkenaan secara jarak jauh dan berjumpa ibu bapa mereka untuk bertanyakan tentang tingkah laku mereka di rumah. Melalui pemerhatian saya terhadap masalah ini, ia boleh diatasi dengan cara memberi nasihat kepada mereka secara individu dan memberi dendaan jika tindakan nasihat tidak berhasil. Kanak-kanak ini bersifat manja dan memerlukan perhatian serta disayangi. Sebagai seorang guru, saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya.

6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :

Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.

7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) :

Hasil daripada pemerhatian ke atas kes ini, saya dapati sekiranya guru mempunyai sikap yang tegas terhadap murid, murid-murid dapat memberi perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru perlu mempunyai sikap yang penyayang dan penyabar bagi menghadapi karenah murid-murid yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai.

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KELAPAN(30 MAC 2015 3 APRIL 2015)ISU : TIDAK MEMBAWA BUKU TEKS / BUKU AKTIVITI / BUKU LATIHAN

1. Isu Yang Difokuskan :

Sikap segelintir murid yang sering tidak membawa buku teks / buku aktiviti / buku latihan sering menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Adakalanya saya meminta supaya murid-murid menggunakan buku teks serta buku latihan dalam proses pengajaran saya. Apabila saya meminta mereka mengeluarkan buku teks atau buku aktiviti, terdapat lima ke tujuh orang murid yang tidak mengeluarkannya. Alasan yang diberi pelbagai, termasuklah beg berat, terlupa susun jadual dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran saya.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuat, saya telah mengenal pasti puncapunca masalah ini, antaranya adalah disebabkan:a) saiz beg yang kecil b) beg beratc) terlupa merujuk jadual pembelajaran kelasd) bukan setiap hari guru menggunakan buku teks/ buku aktiviti / buku latihane) tidak menyiapkan latihanf) sikap guru yang kurang bertegas dengan murid

Isu ini akan memberi kesan yang amat serius kepada pembelajaran sekiranya isu ini berterusan.Saya dapati, adakalanya murid sengaja meninggalkan buku teks dan buku latihan serta buku aktiviti. Buku-buku yang terlalu banyak untuk dibawa ke sekolah ini membebankan mereka terutamanya murid yang berjalan kaki ke sekolah.

Daripada hasil pemerhatian di atas, dapat saya rumuskan bahawa hampir semua permasalahan yang timbul dalam penggunaan buku teks, buku aktiviti dan buku latihan berpunca daripada masalah murid itu sendiri. Walau bagaimanapun, tindakan perlu diambil bagi membaiki keadaan agar murid-murid saya tidak ketinggalan dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. 3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah merangka beberapa cadangan atau langkah-langkah seperti:a) menyediakan lembaran kerja contoh sebagai panduan kepada murid-murid untuk menjawab soalan.b) Penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid selain mereka lebih memahami perkara yang ingin disampaikan.c) Menukar strategi atau kaedah pengajaran yang tidak atau jarang menggunakan buku teks.d) Mendenda murid yang sengaja tidak membawa buku-buku tersebut ke sekolah.e) Menjadi seorang guru yang mesra tetapi tegas terhadap tingkah laku murid.f) Menetapkan hari bagi penggunaan buku teks, buku aktiviti dan buku latihan bagi meringankan beban murid.

4. Tempoh Masa Penyelesaian :30 Mac 2015 hingga 10 April 2015 (2 minggu)

5. Tindakan Susulan :Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah diri murid. Kanak-kanak yang bermasalah perlu diberi nasihat dan diambil perhatian kerana mereka perlu perlu mengubah tingkah laku mereka dan perlu bersifat mendengar kata guru serta membawa buku-buku ke sekolah. Di sini, saya akan mengambil langkah dengan menemu bual murid-murid yang berkenaan untuk mengetahui cara mereka datang ke sekolah sama ada menggunakan basikal, berjalan kaki, menaiki motosikal ataupun menaiki kereta dengan ibu bapa masing-masing. Melalui pemerhatian saya terhadap masalah ini, ia boleh diatasi dengan cara memberi nasihat kepada mereka secara individu dan memberi dendaan jika tindakan nasihat tidak berhasil. Kanak-kanak ini bersifat manja dan memerlukan perhatian serta disayangi. Sebagai seorang guru, saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya.

6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :

Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.

7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) :

Hasil daripada pemerhatian ke atas kes ini, saya dapati sekiranya guru mempunyai sikap yang tegas terhadap murid, murid-murid akan membawa buku teks, buku latihan dan buku aktiviti ke sekolah. Selain itu, guru perlu mempunyai sikap yang penyayang dan penyabar bagi menghadapi karenah murid-murid yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai.

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU SEMBILAN(6 APRIL 2015 10 APRIL 2015)ISU : KEBERSIHAN KELAS

1. Isu Yang Difokuskan :

Sepanjang saya berpraktikal di Sekolah Kebangsaan Kampong ToBedor ini, saya dapati masalah utama yang perlu diberi perhatian ialah keadaan dan kebersihan kelas. Hal ini kerana, keadaan dan kebersihan kelas kelas menjadi salah satu aspek penting dalam menjalani pembelajaran. Saya dapati bahawa terdapat murid-murid yang tidak mengambil berat tentang kebersihan kelas masing-masing. Malah berdasarkan pemerhatian saya, terdapat murid yang sering membuang sampah di dalam dan bawah meja mereka. Apabila ditegur oleh guru barulah mereka kelam kabut mengambil dan membuangnya di tong sampah yang disediakan di dalam kelas. Selain itu, kebersihan kelas juga kurang dipandang serius oleh murid-murid. Tingkap dibiarkan berhabuk dan tidak bercuci selain sampah sarap seperti sisa-sia potongan kertas yang bertaburan di atas lantai. Bagi situasi-situasi tersebut, saya terpaksa mengambil masa untuk memastikan setiap murid menjalankan tugas masing-masing setiap kali ingin memulakan pembelajaran. Hal ini akan mengganggu dari aspek masa aktiviti yang telah dirancang untuk sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Menurut Rosnini Abu dan Ramlah Hamzah (1998), salah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana dan iklim bilik darjah. Salah satu aspek yang perlu diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana fizikal. Penyelidikan menunjukkan suasana fizikal bilik darjah memberi sumbangan kepada tahap pembelajaran murid. Guru perlu memastikan susun atur di dalam bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan bilik darjah yang mencukupi sebelum memulakan sesi persekolahan atau pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui pemerhatian, saya dapati dan merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:

a) Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan kelas.b) Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.c) Sikap sambil lewa murid murid-murid terhadap kebersihan kelas.d) Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada di tahap yang amat lemah.

Isu ini akan memberi kesan kepada kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia mempengaruhi suasana pembelajaran murid dan keselesaan dan kesediaan murid untuk belajar. Oleh yang demikian, penting bagi seorang guru untuk memastikan keadaan dan kebersihan kelas berada pada tahap yang baik dan memuaskan.

3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah merangka beberapa cadangan atau langkah-langkah seperti:a) Memperuntukkan masa sebanyak 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan bersedia untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.b) Menasihati murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam Islam.c) Memberi motivasi dan peneguhan positif seperti pujian kepada murid-murid yang menjalankan tugas membersihkan kelas.d) Memberi token atau stiker peneguhan positif seperti Well Done, Great Job dan sebagainya bagi meningkatkan semangat dan motivasi murid untuk bersama-sama menjaga kebersihan kelas.

4. Tempoh Masa Penyelesaian :6 April 2015 hingga 17 April 2015 (2 minggu)

5. Tindakan Susulan :Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah kebersihan diri dan kelas. Sebagai seorang guru, saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya. Saya akan merekodkan perkembangan kebersihan kelas dalam jurnal reflektif akan datang.

6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :

Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.

7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) :

Hasil daripada pemerhatian ke atas kes ini, saya dapati murid-murid bersemangat dan bermotivasi untuk menjaga kebersihan kelas serta berlumba-lumba untuk membersihkan kelas setiap kali waktu pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan token atau motivation sticker itu memberi kesan yang positif.

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU SEPULUH(13 APRIL 2015 17 APRIL 2015)ISU : AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN MELEBIHI HAD MASA YANG DITETAPKAN

1. Isu Yang Difokuskan :

Sepanjang saya berpraktikal di Sekolah Kebangsaan Kampong ToBedor ini, saya dapati bahawa terdapat aktiviti yang dilaksanakan melebihi had masa yang ditetapkan. Antaranya ialah masa perhimpunan pada setiap hari Isnin. Hal ini tidak boleh dipandang enteng kerana sekiranya ia berlarutan, ia akan memberi kesan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran waktu selepas perhimpunan.

Memandangkan saya mempunyai kelas selepas sahaja waktu perhimpunan iaitu pada jam 8.10 pagi, saya amat berharap agar waktu perhimpunan dihabiskan awal atau tepat pada masanya kerana sekiranya ia melebihi waktu yang ditetapkan, saya terpaksa tidak menjalankan beberapa aktiviti seperti aktiviti berkumpulan yang sebenarnya penting untuk mengukuhkan kefahaman murid tentang sesuatu tajuk yang diajar.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Menurut Good (1973), Pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti kuliah, belajar, rehat, riadah dan tanggungjawab.

Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui pemerhatian, saya dapati dan merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh: a) Terdapat banyak pengumuman penting yang ingin diberitahu kepada murid dan waktu perhimpunan merupakan waktu yang paling sesuai untuk tujuan berikut.b) Terdapat persembahan oleh murid yang akan bertanding seperti action song, bahasa berirama dan bercerita.c) Waktu tersebut digunakan untuk memberi nasihat kepada murid-murid.

Isu ini akan memberi kesan kepada kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia melibatkan pengurusan masa kesediaan murid untuk belajar. Oleh yang demikian, penting bagi seorang guru untuk menggunakan masa dengan baik.

3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah merangka beberapa cadangan atau langkah-langkah seperti:e) Memperuntukkan masa sebanyak 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan bersedia untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.f) Menasihati murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam Islam.g) Memberi motivasi dan peneguhan positif seperti pujian kepada murid-murid yang menjalankan tugas membersihkan kelas.h) Memberi token atau stiker peneguhan positif seperti Well Done, Great Job dan sebagainya bagi meningkatkan semangat dan motivasi murid untuk bersama-sama menjaga kebersihan kelas.

4. Tempoh Masa Penyelesaian :6 April 2015 hingga 17 April 2015 (2 minggu)

5. Tindakan Susulan :Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah kebersihan diri dan kelas. Sebagai seorang guru, saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya. Saya akan merekodkan perkembangan kebersihan kelas dalam jurnal reflektif akan datang.

6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :

Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemaskini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.

7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) :

Hasil daripada pemerhatian ke atas kes ini, saya dapati murid-murid bersemangat dan bermotivasi untuk menjaga kebersihan kelas serta berlumba-lumba untuk membersihkan kelas setiap kali waktu pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan token atau motivation sticker itu memberi kesan yang positif.