laporan reflektif sds

9
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 4 PROGRAM ‘LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)’ SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH CEMERLANG NAMA PELAJAR : NORANIZA BT ZA'BA AMBILAN : PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 SEMESTER : 7 OPSYEN : MATEMATIK 3 PERINGKAT : 4 TARIKH : 15 MEI 2015 TEMPAT : SK BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI. LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA TAJUK : PENTADBIRAN UJIAN POST INVENTORI DIRECT SEARCH (SDS) Pada 15 Mei 2015 satu Lawatan Penanda Aras telah dijalankan di SK Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor . Lawatan ini telah disertai oleh seramai 18 orang pelajar dari kumpulan Matematik 3 PPG Kohort 2 Ambilan Februari 2012. Lawatan ini bertujuan untuk melengkapi keperluan kursus WAJ 3114 Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4 di bawah seliaan Encik Razali Bin Abdul Rahim. Pada jam 8.00 pagi kami berkumpul di SK Bandar Penawar ini untuk sesi pendaftaran. Kami sangat terpegun apabila kedatangan kami disambut mesra oleh sekolah kecemerlangan kluster ini dengan persembahan menarik yang penuh keseragaman dari kumpulan pancaragam SK Bandar Penawar. Seterusnya kami dijemput dalam satu sesi 1

Upload: nolie-liza

Post on 12-Sep-2015

88 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

LAPORAN SDS

TRANSCRIPT

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 4PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH CEMERLANGNAMA PELAJAR:NORANIZA BT ZA'BAAMBILAN

:PPG AMBILAN FEBRUARI 2012

SEMESTER

:7OPSYEN

:MATEMATIK 3PERINGKAT

:4TARIKH

:15 MEI 2015TEMPAT

:SK BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI.LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA

TAJUK : PENTADBIRAN UJIAN POST INVENTORI DIRECT SEARCH (SDS) Pada 15 Mei 2015 satu Lawatan Penanda Aras telah dijalankan di SK Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor . Lawatan ini telah disertai oleh seramai 18 orang pelajar dari kumpulan Matematik 3 PPG Kohort 2 Ambilan Februari 2012. Lawatan ini bertujuan untuk melengkapi keperluan kursus WAJ 3114 Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4 di bawah seliaan Encik Razali Bin Abdul Rahim. Pada jam 8.00 pagi kami berkumpul di SK Bandar Penawar ini untuk sesi pendaftaran. Kami sangat terpegun apabila kedatangan kami disambut mesra oleh sekolah kecemerlangan kluster ini dengan persembahan menarik yang penuh keseragaman dari kumpulan pancaragam SK Bandar Penawar. Seterusnya kami dijemput dalam satu sesi fotograpi bersama barisan pentadbir sekolah. Layanan pihak sekolah membuat kami terus yakin dapat melaksanakan program BIG Fasa 4 dengan jayanya pada hari tersebut.

Pada pukul 9.00 pagi rombongan kami telah dibawa ke Perpustakaan Sekolah ini untuk meneruskan program kami iaitu menjalankan ujian SDS kepada 35 orang murid yang terpilih. Latar belakang murid-murid dari ini adalah terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kebanyakan daripada ibu bapa mereka bekerja sebagai buruh, pekerja industri dan bekerja sendiri. Soal selidik yang kami jalankan diilhamkan oleh John L. Holland , Ph.D ini amat berguna kepada warga pendidik bagi mengetahui personaliti serta minat kerjaya yang dicenderungi oleh murid-murid mereka.

Semasa sesi soal selidik dijalankan, En. Mohd Fuad bin Ithnin, salah seorang dari ahli kumpulan kami telah memberi penerangan kepada murid-murid tentang istilah-istilah serta bahagian-bahagian yang kurang difahami oleh murid-murid. Soal selidik yang dijalankan ini telah dapat membantu kami mengenal secara lebih mendalam personaliti murid-murid yang terdapat dalam kelas ini.Murid juga seronok dapat memilih sendiri kerjaya yang mereka minati.

Setelah mendengar penerangan dari En. Fuad, satu sesi pertanyaan dibuka untuk murid-murid mengajukan soalan kepada mana-mana perkara yang mereka tidak fahami dalam soal selidik tersebut. Murid-murid memberi respon yang baik dan menjawab soal aelidik dengan ikhlas dan bersungguh. Semua peserta kursus turut membimbing murid melengkapkan soal selidik dengan yakin dan jayanya

Kami merasa sangat gembira dapat menyiapkan slot soal selidik ini dalam masa yang dirancang. Kemudahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan komitmen murid dari awal sehingga akhir merupakan punca utama slot ini dapat dijalankan dengan baik sekali. Di akhir slot ini kami menyampaikan sedikit sumbangan penghargaan atas tanda terima kasih. Harapan kami slot ini dapat membakar semangat murid untukmengejar cita-cita dan kerjaya impian mereka.

8.Analisis SWOT8.1Kekuatan Program-Mendapat kerjasama yang baik dari murid-murid, guru-guru dan

pentadbir sekolah.

-Sekolah telah menyediakan kemudahan seperti tempat dan PA

Sistem yang baik.

-Mendapat kerjasama dan permuafakatan di antara rakan-rakan

peserta kursus.

8.2Kelemahan Program-Masa yang terhad untuk merancang dan mengurus program dengan teratur dan sistematik.-Mengambil masa emas murid tahun 6 yang terlibat dengan peperiksaan penting (UPSR).8.3Peluang-Dapat menjalin silaturrahim yang lebih erat dikalangan ahli kumpulan dalam membentuk satu pasukan yang dinamik.-Menambah pengalaman dalam menguruskan program yang melibatkan motovasi dan kecemerlangan murid.-Menambah pengetahuan dalam merancang program dan cekap mengatasi masalah mengikut prosedur yang ditetapkan.8.4Ancaman

-Lokasi sekolah yang agak jauh menyebabkan ahli kumpulan mengambil masa untuk berkumpul mengikut masa yang ditetapkan.-Guru besar sekolah cemerlang juga sentiasa sibuk dan terikat dengan pelbagai program di sekolah mahupun di luar sekolah.-Sekolah Kluster sering menjadi perhatian menyebabkan program ini

akan mengganggu ketenangan sekolah tersebut-Kekangan masa bagi penglibatan guru-guru kerana terbabit dengan

aktiviti sekolah dan peperiksaan setengah tahun.REFLEKSI KENDIRI

(i) MANFAAT PROGRAM BIG

1. Pelatih PPG dapat mengelolakan satu aktiviti yang mencungkil pengalaman pelajar sekolah dalam menanam nilai-nilai positif seperti bertanggungjawab, amanah, menyayangi dan sebagainya.2. Pelatih PPG dapat meningkatkan entiti profesionalisme keguruan mereka secara sistematik melalui proses pendokumentasian dan refleksi mereka terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan ini.3. Pelatih PPG mendapat pengalaman dari tugasan BIG iaitu menghayati nilai-nilai kerohanian, nilai etika dan akhlak keguruan.

4. Program ini dapat melahirakan insan guru yang mempunyai daya ketahanan diri dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial yang seimbang.

(ii) PENAMBAHBAIKKAN

1. Diharapkan daripada hasil tugasan ini iaitu projek ini akan membentuk guru yang mempunyai keyakinan yang tinggi tentang profesion perguruan dan dapat memantapkan diri sebagai seorang guru mempunyai kualiti guru yang cemerlang.

2. Diharapkan juga pelatih PPG akan dapat membangunkan potensi anak didik mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran hidup di masa akan datang.

Tandatangan Pelapor,

Disahkan Oleh Penilai,

...............................................

.................................................

( )

(EN RAZALI BIN ABD RAHIM)

PPG AMBILAN FEBRUARI 2012,

PENSYARAH PROGRAM BIG,SEMESTER 7,

IPGKTI, JBIPGKTI, JB

7