1 resepi menu

3
1 KUE TEOW GORENG SEAFOOD Sumber : norlieharumaini Bahan A 1 ekor ketam -saya tambah 200 gm udang 250ml air 4 ulas bawang putih di ketuk 6 sudu besar sos tiram 3 sudu kecil kicap pekat 3 sudu besar kicap manis 1 kiub pati ikan bilis 2 sudu kecil garam - saya tak letak Bahan B 300gm Kue Teow 1 sudu besar cili kisar Sedikit kucai & taugeh 2 biji telur Untuk membuat pes : 1. Rebus udang dan ketam dengan air. Bila hampir masak, angkat udang dan ketam dan ditoskan airnya. Air rebusan jangan buang. Kupas udang. 2. Asingkan isi dari kulit serta kepala. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni. 3. Campurkan semua bahan untuk pes dengan air pati udang tadi, reneh hingga menjadi pes yang agak pekat. Matikan api biarkan pes sejuk dan bolehlah simpan di dalam peti ais. UNTUK KUE TEOW GORENG SEAFOOD : 1. Tuang sedikit minyak di dalam kuali, tumis cili kisar hingga agak garing. 2. Masukkan pula ketam dan udang yang di rebus tadi dan kacau seketika. 3. Setelah itu masukkan kue teow, kucai serta taugeh dan tuang 1/2 cawan pes yang di masak tadi. Kacau hingga semuanya sebati. 4. Ketepikan kue teow dengan sudip dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali. kacau dengan pantas sekadar telur bercampur dengan kue teow tadi dan matikan api. 5. Bolehlah di hidangkan segera. Sedap di nikmati dengan cili jeruk. UNTUK CHAR KUE TEOW - Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan dalam 1/2 cawan pes tadi. Masukkan udang yg telah direbus tadi dan kerang. Biasanya char kuey teow agak berkuah jadi letak sikit air dalam 1/2 cawan. Bila air mendidih masukkan kue teow, kucai, taugeh dan kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kue teow ni dalam 3 atau 4 minit sahaja, pastikan api kuat semasa memasak. Saudi Beef Kabsa Bahan bahan: 1 kg daging – potong kecil (batang pinang) 5 cawan beras basmathi - basuh & rendam 15 minit 3 sb olive oil 2 tomato – potong dadu 2 bawang besar - potong dadu 1 sk halia – tumbuk 5 ulas bawang putih – cincang 1 sb serbuk jintan putih 1 sb serbuk ketumbar 1 sb serbuk black pepper 8 kuntum bunga cengkih 8 buah pelaga 2 batang kayu manis 2 black limes (tak letak) 4 ounce tomato sauce 1 chicken bouillon cube Saffron (tak letak) 1 sk garam 2 bay leaves pine nuts and raisins (optional) Cara cara: Menggunakan api yang besar, masukkan daging, air dan chicken cube ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kemudian tutup periuk dan perlahankan api sehingga daging empuk. Menggunakan api sederhana, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, tomato dan halia sehingga kekuningan. Masukkan kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Ditumis sehingga wangi. Masukkan tomato sauce, bay leave, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk black pepper dan garam. Kacau rata dalam 1 minit. Masukkan beras yang ditos dan kacau supaya bergaul rata dengan rempah. Masukkan daging dan kacau lagi. Masukkan air rebusan daging ½ inci atas atau secukupnya dan pastikan beras berada di bawah daging. Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak sehingga air kering. Buat lubang

Upload: cwnorani

Post on 21-Nov-2015

9 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nak simpan dcini.

TRANSCRIPT

KUE TEOW GORENG SEAFOODSumber :norlieharumainiBahan A1 ekor ketam -saya tambah200 gm udang250ml air4 ulas bawang putih di ketuk6 sudu besar sos tiram3 sudu kecil kicap pekat3 sudu besar kicap manis1 kiub pati ikan bilis2 sudu kecil garam - saya tak letak

Bahan B300gm Kue Teow1 sudu besar cili kisarSedikit kucai & taugeh2 biji telur

Untuk membuat pes :1. Rebus udang dan ketam dengan air. Bila hampir masak, angkat udang dan ketam dan ditoskan airnya. Air rebusan jangan buang. Kupas udang.2. Asingkan isi dari kulit serta kepala. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.3. Campurkan semua bahan untuk pes dengan air pati udang tadi, reneh hingga menjadi pes yang agak pekat. Matikan api biarkan pes sejuk dan bolehlah simpan di dalam peti ais.

UNTUK KUE TEOW GORENG SEAFOOD :1. Tuang sedikit minyak di dalam kuali, tumis cili kisar hingga agak garing.2. Masukkan pula ketam dan udang yang di rebus tadi dan kacau seketika.3. Setelah itu masukkan kue teow, kucai serta taugeh dan tuang 1/2 cawan pes yang di masak tadi. Kacau hingga semuanya sebati.4. Ketepikan kue teow dengan sudip dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali. kacau dengan pantas sekadar telur bercampur dengan kue teow tadi dan matikan api.5. Bolehlah di hidangkan segera. Sedap di nikmati dengan cili jeruk.

UNTUK CHAR KUE TEOW- Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan dalam 1/2 cawan pes tadi. Masukkan udang yg telah direbus tadi dan kerang. Biasanya char kuey teow agak berkuah jadi letak sikit air dalam 1/2 cawan. Bila air mendidih masukkan kue teow, kucai, taugeh dan kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kue teow ni dalam 3 atau 4 minit sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.

2

Saudi Beef KabsaBahan bahan:1 kg daging potong kecil (batang pinang)5 cawan beras basmathi - basuh& rendam 15 minit3 sb olive oil2 tomato potong dadu2 bawang besar - potong dadu1 sk halia tumbuk5 ulas bawang putih cincang1 sb serbuk jintan putih1 sb serbuk ketumbar1 sb serbuk black pepper8 kuntum bunga cengkih8 buah pelaga2 batang kayu manis2 black limes (tak letak)4 ounce tomato sauce1 chicken bouillon cubeSaffron (tak letak)1 sk garam2 bay leavespine nuts and raisins (optional)

Cara cara:Menggunakan api yang besar, masukkan daging, air dan chicken cube ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kemudian tutup periuk dan perlahankan api sehingga daging empuk.Menggunakan api sederhana, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, tomato dan halia sehingga kekuningan.Masukkan kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Ditumis sehingga wangi. Masukkan tomato sauce, bay leave, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk black pepper dan garam. Kacau rata dalam 1 minit.Masukkan beras yang ditos dan kacau supaya bergaul rata dengan rempah.Masukkan daging dan kacau lagi. Masukkan air rebusan daging inci atas atau secukupnya dan pastikan beras berada di bawah daging.Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak sehingga air kering. Buat lubang di tengah tengah nasi. Letakkan aluminium foil dan tuang sedikit minyak. Masukkan arang yang telah dibakar sehingga menjadi bara ke dalam foil berisi minyak tadi supaya aroma asap akan meresap ke dalam nasi. Balut periuk dengan aluminium foil sebelum ditutup periuk letrik dan biarkan sehingga nasi masak dalam 30 40 minit. Jangan buka penutup periuk sebelum waktunya.Bolehlah dihidangkan.

*BAHAN CILI*10/15 biji cili burung6 biji cili merahsedikit halia (ambik dari rebusan)5/6 biji bawang putih1 biji limau kasturi/nipissedikit air rebusan ayamgaram dan gula secukupnya

Cara penyediaan ciliMasukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.

DONUT - Step by Step160gm tepung gandum (saya guna superfine)2sudu besar mentega1sudu teh baking powder2sudu besar gula1 1/2sudu teh yis60ml susu segar1biji telur1/2 sudu teh vanilla

Cara membuatnya :1. Di dalam sebuah bekas : Masukkan susu segar, yis dan gula. Biarkan hingga berbuih.2. Di dalam bekas yang lain, masukkan tepung. Buat lubang di tengah-tengahnya dan pecahkan telur. Masukkan juga esen vanilla.3. Seterusnya tuang campuran susu segar dan yis tadi kedalam tepung dan mulalah menguli . Masukkan juga mentega dan uli selama 15 minit atau sehingga doh menjadi licin dan tidak melekat pada bekas. Jika adunan lembik dan melekat pada tangan, tekapkan tangan anda pada tepung dan terus menguli.4. Rehatkan doh selama 45minit dan tutup bekas adunan dengan tuala dapur. Setelah cukup masa, keluarkan doh dan tumbuk untuk keluarkan angin.5. Canai doh jangan terlalu nipis atau tebal. Terap menggunakan penerap donut dan rehatkan lagi dalam 30minit.6. Goreng dalam api sederhana hingga masak dan setelah sejuk, salutkan dengan gula kastor atau boleh juga salutkan dengan coklat masakan yang telah di cairkan.

Nasi Goreng Ketam2 sudu besar minyak masak4 ulas bawang putih di cincang1 biji telur2 cawan nasi sejuk - di peroi1/2 cawan isi ketam yang di rebus2 sudu teh kicap cair1 sudu teh kicap sotong sudu teh gula1/2 sudu teh lada sulah1 tangkai daun bawang di hiris nipissedikit serbuk cili thai

Cara Memasaknya:1. Panaskan minyak di dalam kuali besar dengan api yang sederhana. Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih hingga berubah warna, pecahkan pula telur sambil di kacau.2. Masukkan nasi dan isi ketam dan kacau sebentar.3. Masukkan kicap sotong, kicap cair, gula, lada sulah dan kacau lagi sehingga semua bahan bercampur dan sebati.4. Masukkan daun bawang dan kacau sekadar bercampur dan matikan api. Hidangkan dengan serbuk cili Thai, potongan limau dan cili padi.

Sambal Terasi2 biji tomato*6 biji lada merah*4 biji cili api (ikut kepedasan yang diingini)*1 biji bawang besar*sedikit bilissedikit belacangaram dan guladaun salam (jika ada)sedikit minyak utk menumis

caranya- potong bahan yang bertanda * kecik. panaskan minyak dan tumis semua bahan diatas sehingga layu sahaja, kemudian ditumbuk halus semua bahan kecuali daun salam dan tambah garam dan gula

KUIH LOMPANG GULA MERAHBahan A2 cawan tepung beras1/2 sudu kecil air kapur (bancuh dengan satu sudu air)Sedikit kelapa muda diparut dan digaul dengan sedikit garamBahan B1/2 cawan gula pasir1/2 cawan gula merah4 cawan air

Cara membuatnya:1. Bancuh tepung dengan air kapur.2. Tuang air gula yang telah suam kedalam tepung dan kacau rata.3. Didihkan air dalam kukusan.Panaskan acuan lompang kedalam kukusan.4. Bila air dah mendidih, tuang adunan tepung kedalam acuan lompang yg telahdipanaskan tadi.5. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.6. Bila dah sejuk, bolehlah keluarkan kuih dari acuan lompang tadi dan hidangkan dengan kelapa parut.