08 isi pelajaran tajuk 1

10
WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II TAJUK 1 KOMUNIKASI BERTULIS SINOPSIS Tajuk 1 menjelaskan perihal komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu konsep, bentuk dan kesantunan komunikasi bertulis. Turut dijelaskan aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi bertulis; 2. mengaitkan kesantunan dalam komunikasi bertulis; 3. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat. KERANGKA TAJUK-TAJUK

Upload: nazif-huzaini

Post on 17-Feb-2015

37 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

ppg module 1

TRANSCRIPT

Page 1: 08 Isi Pelajaran Tajuk 1

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

TAJUK 1 KOMUNIKASI BERTULIS

• SINOPSIS

Tajuk 1 menjelaskan perihal komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu

kepada pelajar, iaitu konsep, bentuk dan kesantunan komunikasi bertulis.

Turut dijelaskan aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti.

• HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi bertulis;

2. mengaitkan kesantunan dalam komunikasi bertulis;

3. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat.

• KERANGKA TAJUK-TAJUK

Page 2: 08 Isi Pelajaran Tajuk 1

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

• KANDUNGAN ISI

Pengenalan

Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam

bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa

akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau

dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi

lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan

beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga

melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras

bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan

pengolahan yang menarik.

Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis.

Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut

jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang

kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan.

Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem

bahasa, laras dan format yang ditetapkan.

Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan,

kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun

pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan

gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman

pembaca atau khalayak dengan lebih baik.

Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan

kebolehpercayaan yang tinggi. Pandangan dan pendapat yang

berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan

sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah

fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara

mudah dan penuh bertanggungjawab.

Page 3: 08 Isi Pelajaran Tajuk 1

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Definisi dan Konsep Komunikasi

Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus

yang bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan

bahawa ada perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalam

komunikasi. Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat,

pemikiran, sikap, atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan

simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson

(1969).

Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif pentebaran

amat mudah dan dangkalpentebaran amat mudah dan dangkal kerana

tidak memberikan pertimbangan kepada penilaian si penerima dan lebih

bersifat sehala. Definisi yang lebih menumpu kepada komunikasi yang

berkesan memberikan penekanan kepada perkongsian makna dan

maklum balas. Daripada pelbagai definisi yang diberikan, jelas

menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea,

dan emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran

dengan tujuan mencapai persamaan makna.

Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalam

masyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalan

penguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah

lagi sedikit sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan

sentiasa tercapai.

Page 4: 08 Isi Pelajaran Tajuk 1

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Tutorial

Bincangkan bentuk komunikasi

Latihan 1

Bincangkan bentuk dan konsep komunikasi

Page 5: 08 Isi Pelajaran Tajuk 1

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Perbincangan

Definisi komunikasi mengikut pandangan tokoh

Latihan 1

Bincangkan bentuk dan konsep komunikasi

Definisi Komunikasi

satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu lain

Berasal daripada bahasa Latin “communicatus” yang bermaksud berkongsi sesuatu.

Page 6: 08 Isi Pelajaran Tajuk 1

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Kesantunan Dalam Komunikasi

Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam

menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan

kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang

lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972).

Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,

laporan yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya

menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya.

Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadi

atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal.

Latihan 2

Bincangkan aspek kesantunan dalam komunikasi.

Komunikasi

Page 7: 08 Isi Pelajaran Tajuk 1

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Tutorial

Bincangkan ciri-ciri komunikasi

Membuat nota tentang ciri-ciri komunikasi.

Layari Internet

Page 8: 08 Isi Pelajaran Tajuk 1

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Rehat

Tamat

Page 9: 08 Isi Pelajaran Tajuk 1

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Page 10: 08 Isi Pelajaran Tajuk 1

WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

Tamat