08 isi pelajaran 1

Upload: awan-terbang

Post on 14-Jul-2015

1.324 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA SAINS1.0 SINOPSIS

Sains seringkali dikatakan sebagai satu himpunan ilmu atau fakta-fakta bersama dengan ciptaan sains ataupun teknologi. Tiada ramai yang menghargai sains melalui proses dimana sains ditemui serta kaedah atau prinsip di mana peralatan moden dibina. Sebenarnya sains merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Ianya juga merupakan satu susunan ilmu yang bersistematik dan terarah untuk mencari atau membuktikan sesuatu fakta dan prinsip-prinsip dengan bantuan pelbagai alatan. Maklumat-maklumat sains memang dapat dibaca dan diperolehi daripada pelbagai sumber bacaan tetapi pemikiran secara saintifik adalah sesuatu yang lebih mendalam dan lebih sukar disemai ke dalam pemikiran murid-murid. 1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. ii. iii. Menerangkan pengertian sains dan peranannya dalam kehidupan seharian; Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses sains; Menerangkan prinsip-prinsip umum pengajaran sains bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas.

1

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

1.2 1.

KERANGKA KANDUNGAN Apakah Sains? SAINSDefinisi

Proses

Hasil

Sikap

Rajah 1 : Ringkasan Rangka kursus

1.3

KANDUNGAN

Sains ditakrifkan secara berbeza bergantung pada individu yang melihatnya: orang biasa mungkin mendefinisikan sains sebagai badan maklumat saintifik; saintis mungkin melihatnya sebagai satu prosedur untuk menguji hipotesis; seorang ahli falsafah mungkin menganggap sains sebagai satu cara untuk mempersoalkan kebenaran sesuatu yang telah diketahui. Semua pandangan ini adalah benar, tetapi setiapnya hanya memberikan sebahagian sahaja daripada definisi sebenar sains. Pada pendapat anda apakah sains? Pengertian sains

2

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya: Cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia, biologi, dll) [Kamus Dewan]

Sains merupakan sikap inkuiri, pemerhatian dan penakulan mengenai dunia ini. [K.T.Compton]

Sains merupakan satu set sikap, satu pemikiran berkenaan dengan fakta, lebih daripada ape yang dikatakan tentang fakta itu. [B. F. Skinner] Tujuan sains adalah untuk merekod dan mengaitkan bahagian-bahagian pengalaman kita yang sebenarnya atau semungkinnya sama untuk semua orang biasa. [H. Dingle]

Sains

lebih

baik

dianggap

sebagai

pencarian

konsep

daripada

penyelesaian masalah. [Brandwein, Watson dan Blackwood] Jika anda membaca pengertian sains, anda dapat melihat tiga unsur utama: proses (atau kaedah), hasil, dan sikap manusia. Sains Sebagai Proses Pembelajaran maklumat mengenai Sains adalah lebih penting daripada mengingati isi kandungannya. Kemahiran saintifik merupakan alat asas untuk memahami sains. Proses memberi penekanan kepada cara memperolehi ilmu pengetahuan. Menggunakan prosedur empiris dan analisis untuk menerangkan alam semulajadi Melibatkan pengalaman hands-on, minds-on dan hearts-on. Melibatkan pembentukan hipotesis, merancang, mengeksperimen, mengumpul data, dan analisis sebelum membuat kesimpulan.

3

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Sains Sebagai Hasil Sejak beberapa abad yang lalu, saintis telah mengumpul pelbagai data. Daripada data-data ini, saintis telah membentuk konsep, prinsip dan teori. Fakta, konsep, prinsip dan teori ini merupakan hasil sains. Rajah 2 menunjukkan susunan hirarki bagi sains sebagai hasil.

Teori

Prinsip dan hukum

Konsep

Fakta

Rajah 2 : Sains sebagai hasil

Fakta sains adalah kenyataan spesifik tentang benda-benda yang sebenarnya wujud atau peristiwa yang memang telah berlaku. Fakta ini diperoleh setelah membuat pemerhatian dan ukuran, dan boleh disahkan. Fakta diperoleh dengan menggunakan deria-deria kita. Dua kriteria digunakan untuk mengenalpasti fakta sains:

4

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

1. 2.

boleh dilihat secara terus boleh didemonstasikan bila-bila masa.

Konsep sains adalah idea abstrak yang diitlakkan atau digenralisasikan daripada fakta-fakta atau pengalaman yang spesifik. Konsep hyang dibentuk berdasarkan ciri-ciri persamaan yang wujud sesama objek-objek atau peristiwa-peristiwa tertentu. Contohnya ikan, mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya daripada reptilia dan mamalia. Menurut Brunner (1956), konsep mempunyai lima unsur utama: 1. nama 2. definisi 3. ciri-ciri 4. nilai 5. contoh-contoh Prinsip sains adalah idea-idea yang lebih kompleks berdasarkan konsepkonsep yang berkaitan. Perhubungan di antara konsep-konsep tertentu diitlakkan menjadi prinsip. Contoh, udara yang panas akan mengembang merupakan satu prinsip yang mengaitkan konsep-konsep udara, haba dan pengembangan. Hukum adalah lebih kukuh dan merupakan prinsip sins yang lebih umum diterima, walaupun hukum juga masih tentatif. Hukum telah diuji dengan lebih ketara lagi berbanding dengan prinsip, maka hukum dianggap kekal, selagi hasil ujian masih menyokong hukum itu. Akan tetapi, sekiranya terdapat hasil ujian yang bercanggah dengan hukum, maka hukum berkenaan akan diubah atau disesuaikan mengikut dapatan baru. Teori sains adalah kerangka yang lebih luas yang mengaitkan fakta-fakta , konsep-konsep dan prinsip-prinsip. Suatu teori merupakan satu model, iaitu satu gambaran imaginasi tentang bagaimana alam dijadikan bersatu. Seperti prinsip 5

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

dan hukum juga, teori adalah generalisasi tentatif dan boleh diubah sekiranya bukti-bukti yang baru diperoleh. Contoh, teori kosmologi yang menyatakan alam semesta terbentuk akibat letupan besar yang berlaku 15 juta tahun dahulu dan evolusi sebagai teori bagaimana hidupan bermula dan berubah suai mengikut masa.

Latihan

Dengan bantuan peta konsep dan menggunakan ayat anda sendiri, terangkan maksud sains

Memikir

Pernyataan : Bumi berputar pada paksinya, adakah konsep sains, prinsip atau teori?

Tutorial

Berikut adalah satu turutan yang mengaitkan hasil mengikut hierarki: Fakta - semua objek menarik secara graviti di anta satu sama lain Konsep - jisim, tarikan, graviti Prinsip - daya graviti adalah lebih besar untuk objek yang lebih besar Teori - graviti Berdasarkan contoh-contoh tersebut, senaraikan beberapa fakta, konsep dan prinsip atau hukum yang berkaitan dengan satu teori yang dinamakan.

Rehat

Well done, take a break now! Time for a cup of coffee before you go to the next topic

Sains Sebagai Sikap

6

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Saintis adalah manusia yang terlatih dalam bidang sains tertentu untuk mengkaji fenomena melalui pemerhatian, eksperimen dan aktiviti-aktiviti lain yang rasional dan analitikal. Mereka perlu menunjukkan sikap seperti jujur dan tepat untuk merekod dan mengesahkan data, mereka perlulah melakukan kerja dengan sistematik dan teliti. Olehitu, apabila merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengambilkira sikap saintifik dan nilai-nilai murni murid-murid. Contohnya, semasa kerja amali sains, guru perlu mengingatkan dan memastikan murid-murid supaya menjalankan eksperimen dengan berhatihati, berkerjasama dan jujur. Guru perlu memupuk sikap saintifik dan nilai murni semasa merancang rancangan pengajaran. Mereka perlu memastikan hasil pembelajaran dan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang dirancang memberi peluang untuk pemupukan sikap sintifik dan nilai-nilai murni.

Kesimpulan Sains merupakan proses dan hasil manusia yang mempunyai sikap ingin tahu untuk menghuraikan dan menerangkan alam semula jadi dan alam buatan dengan menggunakan cara yang boleh diuji. 2. Apakah Peranan Sains Dalam Kehidupan Seharian?

Faedah dan kepentingan sains di dalam kehidupan seharian memang tidak dapat dinafikan oleh semua manusia. Sains dapat memberikan suatu inspirasi baharu terhadap kehidupan manusia sejagat. Kelebihan dan kemanfaatan bidang ilmu ini dapat dilihat di dalam ruang perspektif dunia kini.

Antara lain sumbangan Sains dapat dilihat dalam bidang-bidang berikut: (i) 7 Pertanian

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

(ii) (iii) (iv) (v)

Perubatan Pengangkutan Komunikasi Pendidikan

Perubahan dan ledakan baharu akibat dari penemuan-penemuan terkini di dalam disiplin ilmu sains dapat dipertengahkan dengan melihat teknologi terkini akibat dari evolusi sains itu. Banyak ciptaan dan rekaan dapat dihasilkan dari penemuan sains. Manusia kini bergantung harap kepada penemuan-penemuan baharu bagi meningkatkan lagi tahap keselesaan hidup dan menikmati hidup ini dengan sepuas-puasnya. Namun demikian, lama kelamaan sains semakin berkembang tanpa had dan batasan. Penemuan demi penemuan yang baharu dapat diketemui bagai cendawan yang baru tumbuh selepas hujan. Sains kini seperti ombak yang besar membawa manusia seolah-olah ke alam dan dimensi baharu dalam era kehidupan manusia sejagat.

3. 3.1

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemahaman Proses Sains Faktor Kognitif

Murid menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Malah murid belajar dengan memperolehi dan mengelolakan pengetahuan. Murid sentiasa mengelolakan pengalaman yang sedia ada untuk membina struktur kognitif demi memperoleh pengetahuan yang baru. Setiap kali murid belajar, mereka akan mengelolakan dan menyimpan pengalaman dalam ingatan. Setiap menyimpan memperoleh pelajar dan maksud mempunyai baharu kebolehan semula mental untuk mengelola, untuk untuk atau

mengeluarkan

segala

pengalamannya lanjutan

dalam

pembelajaran

menyelesaikan masalah. Namun perkara sebegini tidak mungkin berlaku jika 8

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

murid mempunyai masalah dari segi kognitif. Tahap pemikiran yang rendah boleh menyebabkan murid tidak dapat memahami istilah-istilah sains. Ini mungkin berlaku disebabkan masalah ingatan, simbol dan bahasa. Masalah ini menjadi lebih serius jika murid tidak memahami situasi atau istilah-istilah yang abstrak, tidak boleh menggunakan pelbagai radas sains, dan tidak berupaya mengaitkan proses sains seperti meramal. 3.2 Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran juga boleh mempengaruhi pemahaman terhadap proses sains. Contohnya, keadaan bilik darjah yang tidak terurus, susunan kerusi meja yang banyak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada murid dan ini menyebabkan mereka gelisah. Mereka tidak dapat memberi perhatian kepada pelajaran dan memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran. Murid yang tertinggal atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengganggu pengajaran dan pembelajaran, misalnya membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini. Hasil pembelajaran tidak akan tercapai jika keadaan sebegini berlaku. 3.3 Faktor Motivasi

Motivasi dalam konteks pembelajaran bermaksud menggalakkan murid-murid belajar mengikut kehendak sendiri. Ini termasuk kegiatan membuat rujukan daripada buku, menyelesaikan masalah, membuat catatan sendiri dan mengemukakan soalan dan perbincangan kelas. Aspek penting dalam motivasi ialah murid-murid dapat melakukan sesuatu secara sukarela, mengikut kehendak sendiri dan tidak semata-mata mematuhi kehendak sistem peperiksaan. Dengan adanya motivasi, murid-murid dapat mencapai kepuasan dan keseronokan dalam kerja pembelajaran serta menyedari akan kepentingan pembelajaran itu dalam kehidupan mereka nanti. 9

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Motivasi penting untuk menimbulkan minat pembelajaran murid-murid supaya mereka terus berusaha untuk menguasai sesuatu pengetahuan dan kemahiran. Sehubungan itu, salah satu tugas penting guru ialah untuk menentukan rancangan yang dapat menimbulkan motivasi murid-murid serta menyelaraskan pengajaran untuk mencapai prestasi pembelajaran ke peringkat yang cemerlang. Perhatian murid-murid terhadap sesuatu benda atau alat adalah singkat dan mereka mudah berasa jemu. Oleh yang demikian, guru harus mempelbagaikan rangsangan untuk mengekalkan motivasi murid dalam pembelajaran. Penyampaian guru hendaklah menarik dan aktif supaya murid sentiasa menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran. 4. 4.1 Teori-Teori Pembelajaran Sains. Behavioris

Guru yang menggunakan psikologi behaviorisme menekankan penggunaan ganjaran dan peneguhan luaran, serta pengawalan persekitaran pendidikan untuk memaksimumkan pembelajaran kanak-kanak. Daripada perspektif behaviorisme, tugas guru ialah membina persekitaran pembelajaran untuk meneguhkan gerak balas dan tingkah laku yang baik serta menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini. Ahli-ahli psikologi behaviorisme termasuk Pavlov, Watson, Thorndike dan Skinner. 4.2 Pavlov

Ivan P. Pavlov (1849-1936) terkenal dengan teori pelaziman klasik. Pavlov menjalankan eksperimen dengan menggunakan seekor anjing. Beliau memberikan makanan kepada anjing, pada masa yang sama loceng dibunyikan. 10

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Beliau mendapati bahawa anjing itu bergerak balas dengan mengeluarkan air liur bukan sahaja terhadap pandangan atau bau makanan, tetapi juga terhadap bunyi loceng. Anjing itu menjadi terlazim atau terbiasa untuk mengaitkan bunyi loceng dengan kehadiran makanan, sama ada makanan diberikan atau tidak. Dalam eksperimen Pavlov, makanan merupakan rangsangan tidak terlazim kerana anjing bergerak balas terhadapnya dengan semula jadi iaitu tanpa perlu dilatih. Pengeluaran air liur merupakan gerak balas tidak terlazim, iaitu gerak balas automatik yang tidak terkawal. Anjing bergerak balas terhadap bunyi loceng dan kaitkan bunyi loceng dengan makanan: dengan itu bunyi loceng menjadi rangsangan terlazim yang menghasilkan gerak balas terlazim, iaitu pengeluaran air liur. 4.3 Watson

J.B. Watson (1878-1958) menerima teori pelaziman klasik yang diutarakan oleh Pavlov dengan memberi penekanan terhadap dua hukum iaitu hukum kekerapan dan hukum kebaruan. Hukum kekerapan menyatakan bahawa lebih kerap kita bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan, maka lebih besarlah kemungkinannya untuk kita menghasilkan gerak balas yang sama kepada rangsangan itu bila situasi yang serupa wujud kelak. Hukum kebaruan pula menyatakan bahawa lebih baharu kita membuat sesuatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan, maka lebih besar kemungkinannya untuk kita bergerak balas dengan cara yang serupa terhadap rangsangan itu apabila situasi yang serupa muncul kelak. 4.4 Thorndike

E. L. Thorndike (1874-1949) percaya bahawa rangkaian antara rangsangan dengan gerak balas dapat dikekalkan dalam ingatan manusia. Beliau merupakan ahli psikologi pertama yang memperkenalkan konsep ganjaran (pengukuhan) 11

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

dalam pembelajaran. Thorndike telah mengkaji pembelajaran seekor kucing dalam sangkar, yang menarik seutas tali untuk mendapatkan ganjaran makanan. Prinsip pembelajaran pertama Thorndike ialah hukum akibat, yang menyatakan bahawa apabila suatu perhubungan dibuat antara satu situasi dengan satu keadaan yang memuaskan, suatu rangkaian terbentuk. Kekuatan rangkaian boleh ditingkatkan dengan menggunakan ganjaran atau motivasi luaran. Prinsip Thorndike kedua ialah hukum latihan, yang menyatakan bahawa semakin banyak rangkaian rangsangan-gerak balas dipraktikkan, semakin kuat rangkaian itu. Sebaliknya, sekiranya rangkaian rangsangan-gerak balas tidak dipraktikkan, ikatan itu menjadi lemah. 4.5 Skinner

Burhrhus Frederic Skinner (1904-1990) mengkaji tentang seekor tikus lapar yang dibiarkan berlari-larian secara rawak dalam satu kotak. Apabila gerak balas menekan satu tuas dilakukan, sebiji makanan terkeluar dan dimakan oleh tikus itu. Setelah tertekan tuas secara tidak sengaja untuk beberapa kali, dan makanan dapat dikeluarkan setiap kali tuas ditekan, tikus itu telah belajar bahawa gerak balas menekan tuas akan menghasilkan rangsangan memperoleh makanan. Tingkah laku menekan tuas yang beroperasi ke atas persekitaran itu dinamakan operan. Operan itu telah menghasilkan rangsangan atau akibat yang menyebabkan tikus menekan tuas berkali-kali. Dengan itu, kita mengatakan bahawa tingkah laku tikus telah diteguhkan atau dikuatkan lagi. Dengan itu, kemungkinan tingkah laku jenis ini diulang kembali dalam suasana yang sama pada masa-masa yang akan datang terus meningkat. Pembelajaran ini dinamakan pelaziman operan. 12

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Dalam

pelaziman

klasik,

subjek

diberi

suatu

rangsangan

yang

menimbulkan gerak balas. Dalam pelaziman operan pula, tingkah laku mendahului rangsangan. 5. Implikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme Terhadap Pengajaran Pembelajaran 5.1 Aktiviti latih tubi Gerak balas terlazim akan bertambah kukuh melalui latihan. Lebih banyak sesuatu rangkaian rangsangan-gerak balas dilakukan, maka lebih kukuhlah gerak balas terlazim itu. Prinsip ini menyokong aktiviti-aktiviti latih tubi termasuk latih tubi sains, latih tubi tingkah laku, pembelajaran penguasaan, pengajaran terancang, pengajaran berbantukan komputer dan sebagainya. 5.2 Penggunaan peneguhan untuk membentuk tingkah laku Peneguhan positif boleh dilakukan dengan pemberian ganjaran seperti hadiah, atau peneguh sosial seperti senyuman dan pujian kepada pelajar yang berkelakuan baik, berprestasi baik dalam pembelajaran, atau menunjukkan kemajuan yang memuaskan. Peneguhan negatif pula membolehkan pelajar mengelakkan diri daripada akibat yang tidak diingini seperti berasa malu, maka dia akan berusaha mengingati konsep sains sebelum ke sekolah supaya dapat menjawab soalan yang mungkin ditanya oleh guru nanti. Kanak-kanak mempunyai sifat menyukai aktiviti-aktiviti penyiasatan seperti eksperimen dan kajian lapangan. Oleh itu, aktiviti-aktiviti tambahan boleh dijadikan peneguh motivasi untuk kelas yang bersikap baik semasa aktiviti.

13

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Pelajar yang mengganggu kelas boleh dihadapkan dengan hukuman ditahan selama satu jam selepas kelas. Tujuan yang diharapkan daripada hukuman ini ialah mengurangkan atau menghentikan masalah gangguan kelas. Akan tetapi, biasanya kesan hukuman hanya sementera dan sering didapati bahawa pelajar yang ditahan di dalam bilik darjah selepas kelas kerap kali akan terus menjadi punca gangguan dalam kelas. Lebih-lebih lagi, denda atau hukuman akan meninggalkan kesan emosi yang tidak diingini seperti benci dan dendam terhadap guru atau sekolah. Maka, hukuman tidak digalakkan. 5.3 Penghapusan tabiat buruk

Tabiat biasanya dipelajari kerana seseorang itu mendapat peneguhan daripada tindakannya. Sekiranya peneguh untuk tabiat buruk diabaikan atau dihapuskan, tabiat itu dapat dihentikan. Untuk tingkah laku yang diingini pula, peneguhan perlu dikekalkan supaya penghapusan tidak berlaku.

6. 6.1

Teori Kognitif Teori Perkembangan Kognitif Piaget

Jean Piaget (1896-1980) telah memberi banyak sumbangan kepada teori pembelajaran kognitivisme. Beliau telah mengembangkan teori perkembangan kognitif tentang bagaimana kanak-kanak belajar sains. Beliau juga memerihalkan proses pengumpulan pengetahuan oleh pelajar melalui adaptasi dan ekuilibrasi. Adaptasi merangkumi proses asimilasi dan akomodasi. Piaget menyatakan bahawa semua bayi, kanak-kanak dan orang dewasa dapat melakukan adaptasi. Disebabkan skema seseorang berubah mengikut masa, maka perkembangan pemikiran intelek juga berubah. Piaget

14

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

membahagikan perkembangan kognitif ini kepada empat peringkat seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

Jadual 1: Empat Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget Deria Motor 1 2 3 Peringkat sebelum lisan Belajar melalui deria dan tindakan Perkembangan pengekalan objek (objek hanya wujud kalau dapat dilihat atau dipegang) 4 Mula menggunakan tiruan, ingatan dan pemikiran Praoperasi 1 2 3 4 5 Pandangan egosentrik (berpusatkan diri sendiri) Tiada kebolehan mengekal atau mengabadi kecuali nombor Tiada pemikiran keterbalikan Berpusat pada satu trait atau ciri pada satu masa Objek konkrit diperlukan untuk pemikiran

6 Mengalami perkembangan bahasa Operasi Konkrit 1 2 3 4 Pandangan egosentrik mengurang Boleh guna lebih daripada satu trait pada satu masa Mula mengembangkan sebab-musabab Kebolehan mengekal atau mengabadi semua bidang kecuali isipadu

5 Objek konkrit masih diperlukan untuk pemikiran Operasi Formal 1 15 Terdapat proses-proses pemikiran logik, deduktif dan saintifik

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

2 3 4 5

Logik sebab-menyebab digunakan Boleh kawal pembolehubah Boleh guna pemikiran abstrak untuk membuat pernyataan Boleh memahami bahawa wujudnya pelbagai sudut untuk masalah yang sama dan terdapat banyak penyelesaian yang sah untuk satu masalah

6.1.1 Implikasi Teori Kognitif Piaget Terhadap Pengajaran Pembelajaran i. Inkuiri-penemuan Pembelajaran sains harus berdasarkan kegiatan hands-on yang menggunakan bahan sumber yang konkrit. Melalui kegiatan hands-on, kanakkanak membina pengetahuan dalam minda mereka sendiri, satu proses yang dinamakan minds-on. Guru bertindak sebagai pemudah cara yang menyediakan persekitaran supaya pelajar dapat menambahkan pengetahuan fizikal dan logikomatematikal. ii. Kesesuaian peringkat kognitif Aktiviti hands-on dan minds-on yang dijalankan perlu bersesuaian dengan peringkat perkembangan kognitif pelajar supaya pelajar dapat memahami dan mengadaptasikan konsep yang dipelajari ke dalam skema. iii. Latihan operasi mental Perkembangan operasi mental pelajar boleh diajar dengan mereka bentuk kegiatan yang bersesuaian, contohnya penyusunan mengikut tertib, pengelasan dan pengekalan. iv. Motivasi intrinsik

16

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Guru perlu menyediakan peluang yang banyak untuk pelajar berfikir tentang proses pembelajaran mereka supaya dapat memupuk semangat ingin tahu dalam sanubari pelajar. Semangat ini yang akan menyebabkan pelajar bermotivasi untuk terus belajar sains kerana melalui aktiviti berfikir ini, pemahaman tentang alam semesta dapat ditingkatkan. 6.2 Jerome Bruner (1915)

Jerome Bruner mengatakan bahawa manusia menggunakan tiga cara untuk memahami dan memproses maklumat yang diperoleh dari alam sekitar: Enaktif: melalui tindakan dan manipulasi Ikonik: melalui pembentukan imej dan organisasi persepsi pendengaran, penglihatan atau kinestetik Simbolik: melalui perkataan dan simbol

6.2.1 Pembelajaran Induktif Bruner menggalakkan pembelajaran induktif untuk mendorong pembelajaran aktif dan pembentukan serta pemahaman konsep. Pembelajaran induktif bermula dengan pengalaman pelajar yang spesifik dan seterusnya menambahkan idea sehingga membentuk idea atau konsep yang umum. Pembelajaran induktif terdiri daripada beberapa langkah. (1) Kanak-kanak menerokai mengenai tajuk yang diberi dengan menggunakan cara dirinya sendiri untuk mendapatkan idea-idea yang pelbagai. Sebagai contoh, pelajar tahun empat diminta mengumpul pelbagai tumbuhan kecil yang terdapat di sekitar sekolah. (2) Guru menggunakan soalan-soalan panduan untuk membantu kanak-kanak mengkaji tumbuh-tumbuhan yang didapati lalu mengenal pasti ciriciri yang menonjol. Persamaan dan perbezaan ciri-ciri itu dicamkan. (3) Guru membantu pelajar untuk mengelaskan tumbuhan yang dikumpulkan oleh mereka 17

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

berdasarkan persamaan dan perbezaan ciri tumbuhan. Dengan itu, konsep pengelasan dapat dipelajari. (4) Idea pengelasan tumbuhan dijelaskan dengan menggunakan contoh-contoh tumbuhan yang lain supaya generalisasi diperoleh. 6.3 David David Ausubel P. Ausubel menyokong teori bahawa pelajar membentuk dan

mengorganisasi pengetahuan dirinya sendiri. Pengetahuan ini distrukturkan sebagai kerangka yang mengaitkan konsep-konsep spesifik. bagi Ausubel, faktor utama yang mempengaruhi pembelajaran adalah apa yang sudah diketahui oleh pelajar. Oleh itu, guru perlu mengenal pasti pengetahuan murid yang sedia ada lalu mengajar murid berdasarkan pengetahuan kepunyaannya. 6.3.1 Pelajaran Pendedahan Guru bertanggungjawab mendedahkan bahan pembelajaran yang bermakna untuk diikuti dan difahami oleh pelajar sendiri. Untuk menjadikan suatu pelajaran pendedahan bermakna kepada pelajar, David Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pengelola awal sebagai langkah pertama untuk suatu pelajaran pendedahan. 6.3.2 Pengelola Awal Pengelola awal adalah maklumat pengenalan yang relevan tentang isi kandungan yang akan disampaikan dalam pelajaran. Pengelola ini menyampaikan suatu tinjauan meluas akan maklumat yang akan diliputi dengan lebih terperinci semasa pendedahan yang berikutan. Pendekatan pengajaran Ausubel bersifat deduktif (umum ke spesifik). Pengelola awal menyampaikan konsep yang luas dan merangkumi apa yang

18

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

hendak dipelajari. Idea-idea terperinci yang akan disampaikan akan dikaitkan dengan pengelola awal ini. 6.3.3 Pembelajaran Resepsi yang Bermakna Ausubel berpendirian bahawa banyak pengajaran boleh dilakukan dengan berjayanya melalui proses pendedahan yang membawa kepada pembelajaran resepsi atau penerimaan yang bermakna. Beliau berasa bahawa penyelesaian masalah dan penemuan yang berkesan akan lebih mudah berjaya setelah kanak-kanak mempelajari serta memahami konsep-konsep asas. Ausubel berpendapat bahawa pembelajaran penemuan terlalu memakan masa kerana kanak-kanak perlu belajar sains yang perlu mereka ketahui dalam masa singkat yang diperuntukkan untuk pembelajaran sains dalam sekolah rendah. Seperti Bruner dan Gagne, Ausubel mencadangkan supaya kanakkanak sekolah rendah harus menjalankan sebanyak kegiatan pembelajaran hands-on yang boleh. Akan tetapi, untuk kanak-kanak selepas sekolah rendah, beliau mencadangkan penambahan penggunaan penerangan, tunjuk cara, gambar rajah dan ilustrasi oleh guru. 6.4 Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Unsur teori konstruktivisme yang paling penting adalah bahawa seseorang membina pengetahuan dirinya sendiri secara aktif, dengan cara membandingkan maklumat baharu dengan pemahamannya yang sedia ada. Proses pembinaan pengetahuan berlaku dalam konteks sosial di mana seseorang pelajar bertukartukar ideanya dengan rakan-rakannya, sama ada dalam kumpulan kecil atau dalam kelas yang besar. Selain pembinaan pengetahuan, perkembangan proses-proses

metakognitif dipentingkan. Pelajar perlu belajar merancang, menilai dan 19

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

membuat refleksi tentang pembelajarannya. Pelajar harus juga sedar tentang strategi pembelajarannya, dan berfikir tentang cara untuk mempertingkatkan lagi proses pembelajarannya. Kanak-kanak telah memperoleh pengalaman tentang alam sekitar sejak dilahirkan. Mereka telah mengembangkan idea-idea yang membolehkan mereka memahami apa yang berlaku di sekeliling. Mereka membawa idea-idea informal itu ke dalam bilik darjah. Tujuan pendidikan sains adalah memberi penerangan yang selanjutnya supaya idea-idea mereka menjadi konsep-konsep yang lebih bermakna. Dengan itu, adalah penting untuk guru mengambil kira idea awal yang dipunyai oleh pelajar demi memastikan supaya sebarang perubahan atau perkembangan idea itu dimiliki oleh pelajar sendiri. 6.4.1 Implikasi Terhadap Pengajaran Pembelajaran Sains Konstruktivisme membantu pelajar memahami sains dengan lebih mendalam lagi. Setiap pelajar mempunyai pemahamannya yang tersendiri. Guru tidak dapat memaksa pelajar untuk mempercayai sesuatu, melainkan pelajar sendiri membina pemahaman tentang perkara itu. Oleh itu, pelajar perlu digalakkan membina semula pemahamannya sendiri. Pendekatan ini mengambil masa yang lebih, tetapi berkesan: ingatan lebih lama, pemahaman lebih mendalam, dan keyakinan kendiri lebih kuat. Pelajar menjalankan penemuan dengan membentuk perkaitan mental, sedangkan guru berperanan sebagai pengantara atau pemudah cara pembelajaran. Antara peranan guru adalah: 20 Penyampai Pemerhati Penanya Soalan dan Pengemuka Masalah Penyusun Persekitaran Penyelaras Perhubungan Awam Pendokumen Pembelajaran

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Pembina Teori

Dari segi amalan, pendekatan pengajaran konstruktivisme boleh dijelmakan melalui perkara-perkara berikut: Sumber pengajaran pembelajaran Aktiviti pengajaran pembelajaran Proses pengajaran pembelajaran Penyepaduan kurikulum

Kesimpulan Daripada perspektif konstruktivisme, pengetahuan sains dibina: beransur-ansur mengikut masa oleh pelajar dalam konteks sosial melalui siri interaksi idea-idea apabila maklumat baharu disepadukan dengan idea yang sedia ada hasilnya termasuk kesedaran atas apa yang pelajarinya.

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

21

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

PENGENALAN Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain. Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

SISTEM PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER Menurut Bronfenbrenner, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem, iaitu: a) Mikrosistem

Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contohnya interaksi kanak-kanak di dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta guru terlibat dalam proses perkembangan kanak-kanak.

22

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan kehidupan seorang kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Sebagai contoh, kajian di dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak (Mac Naughtori, 2005).

Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka.

Dalam kajian yang Iain pula, Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar bandar berada pada tahap yang rendah. Tidak hairan jika sebelum ini Berger (1995) melalui kajiannya menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa untuk membantu proses pembelajaran kanak-kanak di sekolah. Maka jelaslah bahawa institusi keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan b) mendorong Mesosistem kepada kewujudan suasana harmonis.

Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat 23

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka. c) Eksosistem

Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Maksudnya di sini, pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, persekitaran sekolah pasar raya. Keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli belah secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. d) Makrosistem

Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina amat dititikberatkan (Santrock, 2008). Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan tanggungjawab yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting berbanding kaum perempuan. Hal ini kerana perempuan dianggap sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka mengganggap pendidikan tidak penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja.

24

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

e)

Kronosistem

Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, kanak-kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada permainan berteknologi selaras dengan arus perubahan serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet, memuat turun maklumat melalui internet dan sebagainya. Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka hanya bermain permainan yang bersumberkan alam sekitar seperti wau, gasing dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, pembangunan sesebuah negara memberi implikasi yang besar kepada perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek. Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke hadapan serta berpandangan jauh. Namun begitu, setiap benda terdapat juga kesan negatifnya iaitu kanak-kanak tidak bergaul dengan masyarakat luar kerana hidupnya adalah bersama komputer. Selain itu, anasir-anasir negatif juga semakin meningkat andainya pembangunan sesebuah negara semakin maju.

Rajah 3 : Teori Ekologi Bronfenbrenner 1977

25

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Implikasi Teori Ekologi Brenfenbrenner dalam Proses Pembelajaran Kanakkanak. Bronfenbrenner menyatakan persekitaran perkembangan individu terdiri

daripada lima sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Kelima-lima sistem persekitaran tersebut memberikan implikasi kepada guru dalam menyediakan diri dengan selengkapnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Tugas guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid semasa di sekolah. Murid-murid banyak menghabiskan masa bersama guru semasa di sekolah. Jadi guru bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada murid-murid. Sebagai seorang guru, mereka perlu tahu tahap perkembangan setiap anak murid mereka. Jadi pemilihan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan minat, pengetahuan dan pengalaman murid dapat meningkatkan tahap perkembangan mereka di dalam pelajaran. Guru juga mestilah peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid sebelum memulakan pengajaran. Jika murid tersebut berada dalam keadaan yang tidak sedia, maka objektif pembelajaran yang ingin disamapaikan oleh guru pada hari itu tidak akan tercapai.

Implikasi pendidikan dari aspek persekitaran mesosistem pula ialah guru perlu menunjukkan sikap yang baik kepada murid-murid mereka. Hal ini kerana, muridmurid akan mudah terpengaruh dengan apa yang diberitahu oleh guru. Jika murid melihat seseorang guru itu merokok di dalam kelas, maka mereka akan terikut-ikut perangai guru tersebut semasa di rumah. Oleh itu guru berperanan penting dalam membentuk akhlak murid-murid semasa di sekolah dengan menerapkan unsur-unsur rohani di dalam P&P . Guru perlulah sentiasa memberi nasihat yang baik kepada murid-murid agar menjadi orang yang berguna kelak. 26

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Dari aspek persekitaran eksosistem pula, pengalaman seseorang individu akan mempengaruhi individu yang lain. Sebagai contoh, murid yang pasif akan mempengaruhi penyediaan aktiviti guru semasa di dalam pengajaran di kelas. Guru perlulah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran semasa P&P untuk menarik minat murid untuk belajar. Guru bukan sahaja perlu memfokuskan penyediaan aktiviti kepada murid yang aktif sahaja, namun perlu menyediakan aktiviti yang sesuai untuk murid yang pasif. Hal ini kerana perkembangan kanakkanak adalah berbeza di dalam sesebuah kelas.

Aspek persekitaran makrosistem pula menyatakan perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma dan amalan masyarakat. Jadi guru berperanan penting dalam menjelaskan dan membetulkan fahaman-fahaman yang salah kepada murid-murid agar mereka memahami konsep yang sebenar tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, kepercayaan ibu bapa yang sudah lapuk terhadap anak mereka juga menjadi sebab terhadap kemunduran pelajaran anak-anak mereka. Misalnya, mereka lebih mementingkan pembelajaran anak lelaki berbanding dengan anak perempuan. Kononnya anak lelakilah yang akan bakal menjadi pemimpin keluarga dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Mereka menganggap bahawa walaupun anak perempuan mereka berpelajaran tinggi sehingga ke menara gading, akhirnya mereka akan pergi ke dapur juga. Jadi, kepercayaan seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran muridmurid agar mereka tahu kepentingan pelajaran dalam kehidupan dengan menerangkan bahawa taraf perempuan adalah sama dengan lelaki dalam mendapat pendidikan.

Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi masyarakat. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, muridmurid sekolah rendah juga sudah pandai menggunakan kemudahan internet tanpa kawalan dari ibu bapa khususnya di kawasan bandar. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Paparan adegan27

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen. Oleh itu, guru bertanggungjawab dalam membimbing murid-murid dengan memberi panduan dan tunjuk ajar yang betul supaya mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara negatif yang semakin menular kini. 1. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemahaman proses sains. 2. Banding-beza pelbagai teori pembelajaran sains.

Latihan

Rehat

Setelah anda menyiapkan latihan yang dicadangkan anda boleh rehat sebentar

Prinsip Umum Pengajaran Sains Untuk Murid Bermasalah Pembelajaran Pengajaran sains untuk murid bermasalah pembelajaran merangkumi empat prinsip umum iaitu: mudah ke sukar konkrit ke abstrak umum ke spesifik sedikit ke banyak

Apabila menggunakan prinsip pengajaran daripada mudah ke sukar, guru terlebih dahulu akan memulakan pengajaran dengan mendedahkan perkaraperkara yang asas. Jika murid telah menguasai konsep-konsep asas, barulah guru mengajar konsep yang lebih sukar. 28

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Dalam prinsip konkrit ke abstrak pula, guru lebih banyak menggunakan bahan/objek di sekelilingnya untuk memulakan pengajaran. Bahan-bahan ini terdiri daripada bongkah, kubus, model, dll. Dengan ini, murid boleh menyentuh, menggerakkan dan memanipulasikan objek-objek tersebut. Objek-objek sebeginilah yang akan digunakan oleh guru apabila mengajar satu-satu konsep. Jika konsep telah dikuasai, barulah guru mengajar secara abstrak di mana murid perlu membuat gambaran tersendiri apabila satu-satu perkara dijelaskan. Prinsip pengajaran ini adalah selaras dengan peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal seperti yang dikemukakan oleh Piaget dalam Teori Peringkat Perkembangan Kognitif. Merujuk kepada prinsip pengajaran daripada umum ke spesifik, guru akan memperkenalkan sesuatu topik secara umum terlebih dahulu dan seterusnya barulah mengemukakan contoh-contoh yang spesifik. Sebagai contoh, guru hendak mengajar topik Bahagian-bahagian Badan, maka guru akan memperkenalkan topik ini dahulu. Selepas itu, guru akan memberi contoh-contoh seperti kepala, telinga dan kaki. Prinsip ini lebih dikenali sebagai pengajaran deduktif sepertimana yang dikemukakan oleh David Ausubel. Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut: Langkah 1: Guru menyampaikan kenyataan umum Langkah 2: Guru memperjelaskan istilah-istilah penting Langkah 3: Guru menyediakan contoh-contoh Langkah 4: Pelajar mengkaji contoh-contoh spesifik Prinsip pengajaran dari sedikit ke banyak melibatkan pengajaran konsep yang sedikit terlebih dahulu, barulah diajar konsep-konsep yang lebih banyak. Contohnya, guru mungkin memulakan pelajaran dengan tajuk Benda Hidup. Dari tajuk ini, beliau pula akan mengajar tentang tumbuhan dan haiwan. Seterusnya, beliau akan mengajar pula tentang tumbuhan berdaun dan tanpa 29

(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

daun. Akhirnya, akan diajar pula tentang haiwan berkaki dan tidak berkaki. Dengan menggunakan prinsip pengajaran sebegini, murid tidak mudah keliru dengan konsep yang disampaikan oleh guru. Lagipun konsep akan mudah dikuasai apabila ianya disampaikan dengan cara yang sistematik. Prinsip pengajaran yang digunakan oleh guru banyak bergantung kepada latar belakang murid yang diajar. Oleh itu, guru perlu memastikan prinsip yang digunakan bersesuaian dengan kumpulan murid yang diajar.

Latihan

Huraikan prinsip umum pengajaran sains berdasarkan contoh-contoh yang bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran.

30