08 tajuk 5

42
PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK INTERAKSI 5 RANGSANGAN DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK SINOPSIS Kursus ini memberi tumpuan kepada rangsangan dan faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan kanak-kanak. Topik-topik khusus ini meliputi perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut fizikal, sosial, emosi, rohani, mental dan estetika. Malahan ia juga menjelaskan definisi dan proses apresiasi lukisan kanak-kanak berdasarkan diskripsi, analisis dan interpretasi.. HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat; 1. Menjelaskan tentang ransangan dan faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan kanak-kanak. 2. Menjelaskan tentang perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut fizikal, sosial, emosi, rohani, memtal dan estetik. 3. Menjelaskan definisi dan proses apresiasi. 4. Membuat apresiasi lukisan kanak-kanak dari segi tajuk, pengalaman dan penggunaan alat dan bahan 5. Membuat apresiasi karya kanak-kanak berdasarkan diskripsi, analisis dan interpretasi RANGSANGAN DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK- KANAK Setiap insan di dunia mempunyai keinginan, terutamanya kanak- kanak. Sebagai guru, 65

Upload: fatinabdullah

Post on 13-Dec-2015

206 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

seni

TRANSCRIPT

Page 1: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

INTERAKSI 5

RANGSANGAN DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK

SINOPSIS

Kursus ini memberi tumpuan kepada rangsangan dan faktor-faktor yang mempengaruhi

lukisan kanak-kanak. Topik-topik khusus ini meliputi perkembangan lukisan kanak-

kanak mengikut fizikal, sosial, emosi, rohani, mental dan estetika. Malahan ia juga

menjelaskan definisi dan proses apresiasi lukisan kanak-kanak berdasarkan diskripsi,

analisis dan interpretasi..

HASIL PEMBELAJARAN:

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;

1. Menjelaskan tentang ransangan dan faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan

kanak-kanak.

2. Menjelaskan tentang perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut fizikal,

sosial, emosi, rohani, memtal dan estetik.

3. Menjelaskan definisi dan proses apresiasi.

4. Membuat apresiasi lukisan kanak-kanak dari segi tajuk, pengalaman dan

penggunaan alat dan bahan

5. Membuat apresiasi karya kanak-kanak berdasarkan diskripsi, analisis dan

interpretasi

RANGSANGAN DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK

Setiap insan di dunia mempunyai keinginan, terutamanya kanak-kanak. Sebagai guru,

memahami keinginan mereka memberi ruang kepada kita untuk mengatur sesi

pembelajaran serta pendekatan yang digunakan dengan cara yang lebih

berkesan. Apabila tiba pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak akan lebih

65

Page 2: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

cenderung untuk melukis berdasarkan apa yang mereka lihat daripada menggunakan

imaginasi sendiri. Kenapa ini berlaku?

KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK

(a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung

Pujian dan sanjungan merupakan sebahagian daripada kaedah meningkatkan motivasi

kanak-kanak. Di dalam aktiviti pendidikan seni visual, penghasilan karya oleh kanak-

kanak perlu mendapat kredit yang sewajarnya daripada guru. Lukisan yang dihasilkan

oleh kanak-kanak hendaklah dipamerkan pada papan kenyataan murid di sekolah

sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keyakinan diri murid selain sebagai

satu bentuk penghargaan kepada mereka di atas usaha menghasilkan karya.  (b) Untuk

Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami 

Aktiviti melukis dijadikan sebagai landasan bagi membina persaingan yang sihat di

kalangan kanak-kanak. Pertandingan seperti pertandingan melukis dan mewarna sering

diadakan bertujuan untuk mewujudkan persaingan positif di kalangan kanak-kanak di

samping memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi denganrakan sebaya.

Penganjuran aktiviti sebegini memberikan peluang kepada mereka untuk mempelajari

kaedah dan perkara baru sesama mereka. (c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan

Meluahkan Perasaan

Aktiviti melukis meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti

kanak-kanak. Selain itu, melalui aktiviti melukis kanak-kanak diberikan peluang untuk

meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan-bahan lukisan seperti pensil, pen,

pensil warna, dan sebagainya. Kanak-kanak sememangnya sukauntuk mencuba.

Perasaan ingin mencuba ini merupakan sebahagian daripadaproses pembelajaran bagi

kanak-kanak.

66

Page 3: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Latihan

Sebagai guru, bagaimanakah pengetahuan tentang perkembangan artistik pelajar dapat

membantu meningkatkan proses pembelajaran?

Dalam topik ini anda telah didedahkan dengan maklumat mengenai mengapa

kanakgemar melukis dan seharusnya telah memahami mengapa Lukisan yang

dihasilkan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi dan makna yang berbeza dengan

karya yang dihasilkan oleh golongan dewasa. Karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak

merupakan satu kaedah bagi mengenal pasti proses perkembangan mereka justeru

dan bolehgunakan pengetahuan ini untuk mengatur aktiviti yang menggalakkan

perkembangan artistik mereka. Selain daripada itu berikan peluang kepada kanak-

kanak untuk bercerita dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan seusia dengan

mereka supaya pengalaman rakan yang lain turut menjadi sebahagian daripada proses

pembelajaran. 

PENGALAMAN MELALUI PENGGUNAAN ALAT, MEDIA DAN ALAT BANTU

Namakan lima deria yang ada pada manusia normal, dan bagaimanakah deria-deria ini

membantu dalam kehidupan anda sehari-hari?

Ekspresi seni memerlukan medium. Seperti mana pelukis memerlukan kanvas, berus

dan warna; kanak-kanak juga perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk

dapatmerangsang daya imaginasi mereka. Harga bukanlah menjadi isu kerana kreativiti

dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam. Perkara paling mudah ialah

dengan menyediakan krayon dan kertas dan kanak-kanak diberi kebebasan untuk

berkomunikasi dengan kreativiti sendiri. Membekalkan alatan sampingan untuk

merangsang minda mampu memberi anjakan motivasi dan membuatkan proses

pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Untuk menggalakkan perkembangan ini,

guru-guru seharusnya tidak terlalu bergantung kepada kreativiti kanak-kanak itu sendiri

malah haruslah memikirkan alatan bersesuaian yang boleh disediakan untuk

merangsang daya imaginasi kanak-kanak di dalam kelas.

67

Page 4: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Pelbagai Jenis Alat dan Media Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik

sekiranya guru mampu menyediakan alatan tertentu yang sesuai dengan objektif

pembelajaran dan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis

alatan dan media wajar diketengahkan dalam proses pembelajaran untuk merangsang

minda kanak-kanak.

(a) Alatan Asas

Walaupun penyediaan peralatan untuk pembelajaran seni visual di sekolah amat

berkaitrapat dengan peruntukan yang disediakan oleh sekolah yang telah ditetapkan

oleh kementerian, setiap bilik seni di sekolah pasti menyediakan alatan-alatan asas

seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon. Di peringkat permulaan, alatan ini

sebenarnya memadai untuk merangsang minat kanak-kanak untuk melukis dan

mencipta. Dengan bimbingan yang sesuai, terpulanglah kepada para pelajar untuk

bermain dengan pelbagai warna dalam eksplorasi penghasilan karya kreatif mereka.

(b) Gambar 

Satu lagi bentuk rangsangan yang efektif ialah dengan memperkenalkan gambar-

gambar foto kepada kanak-kanak. Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan

daripada imej yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan,

pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. Menggunakan gambar foto di

dalam pembelajaran adalah menjimatkan kerana sumber foto boleh didapati di surat

khabar, majalah ataupun risalah,ataupun menggunakan gambar pelajar itu sendiri.

Guru perlu memahami bahawa terdapat dua objektif utama di dalam mengetengahkan

gambar-gambar foto kepada kanak-kanak. Gambar foto boleh diperkenalkan sekiranya

guru inginkan para pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam

karya lukisan mereka. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa teknik meniru tidak

akan memupuk kreativiti kanak-kanak, malah tidak ada elemen pembelajaran yang

boleh didapati daripada aktiviti seperti ini. Namun, teknik imitasi merupakan antara

teknik terbaik yang wajar diperkenalkan kepada kanak-kanak di peringkat awal, di atas

68

Page 5: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

kelebihan-kelebihan tertentu. Walaupun kanak-kanak berinteraksi dengan objek alam,

namun pengamatan mereka terhadap persekitaran adalah terbatas. Teknik imitasi

gambar ini dapat menajamkan pengamatan para pelajar di dalam proses penghasilan

imej yang serupa, seterusnya melahirkan pelajar yang lebih peka dan lebih

menitikberatkan ketelitian. Teknik ini juga menajamkan daya ingatan para pelajar

terhadap objek alam kerana mereka perlu tahu ciri yang perlu ada pada imej yang ingin

ditiru.

Satu lagi objektif memperkenalkan gambar foto ialah dengan tujuan untuk

memperkayakan tatabahasa visual kanak-kanak. Memperluaskan tatabahasa visual

dapat menajamkan ingatan visual kanak-kanak terhadap imej yang diperkenalkan,

sekaligusn meluaskan pengetahuan mereka terhadap imej-imej tersebut. Bagi

mencapai objektif ini,guru-guru digalakkan memprojeksikan gambar tersebut di

hadapan kelas agar semua pelajar mendapat gambaran yang jelas. Sekiranya

kemudahan projektor, komputer dan perisian Microsoft Powerpoint ada disediakan di

sekolah, guru bolehlah mengaplikasikan teknologi tersebut untuk tujuan ini. 

Semasa dipaparkan, guru perlu memberi penerangan terperinci mengenai imej

terbabit. Contohnya dalam memaparkan imej rumah minangkabau disertakan dengan

penjelasan guru, para pelajar bukan sahaja dapat melihat bentuk dan rupa imej

tersebut, malah penguasaan tatabahasa visual mereka dikuatkan lagi dengan

pengetahuan berkenaan ciri-ciri khas rumah, budaya serta warna yang signifikan

dengan rumah tersebut. Maklumat ini seterusnya dapat dipindahkan oleh pelajar ke

dalam karya lukisan mereka.

Latihan

Bagaimanakah teknik meniru gambar foto berkemampuan untukmenajamkan daya

ingatan para pelajar terhadap imej di dalam foto?

69

Page 6: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

(c) Rakaman Video dan Penggunaan ICT Penggunaan rakaman video dan teknologi

maklumat memberikan nafas baru di dalam pembelajaran seni visual di sekolah.

Walaupun kemudahan teknologi yang disediakan di sekolah mungkin agak terhad,

sekurang-kurangnya guru masih boleh menggunakan rakaman video dan

menayangkan kepada para pelajar di bilik media atau bilik pandang dengar yang

terdapat di sekolah-sekolah. Jadi, rakaman video bagaimanakah yang sesuai untuk

ditayangkan kepada para pelajar?  Sekali lagi, guru harus memikirkan kesesuaian

kandungan video berdasarkan sukatan mata pelajaran pendidikan seni visual.

Sekiranya fokus guru adalah untuk mengajar proses pembuatan sesuatu bahan atau

benda, jadi rakaman video tentang proses pembuatan bahan tersebut bolehlah

ditayangkan. Contohnya, proses pembuatan batik, pasu tanah liat, wau, dan

sebagainya. Setiap satu proses yang ditayangkan perlu mendapat penerangan

sampingan daripada guru dan harus disusuli dengan sesi soal-jawab untuk menjawab

keraguan atau soalan yang bermain di fikiran para pelajar. 

Walaupun di dalam pendidikan seni visual, guru akan mendemonstrasikan sendiri

proses pembuatan sesuatu bahan atau material, namun rakaman video merupakan

alternatif terbaik di atas sebab-sebab tertentu. Menayangkan rakaman video memberi

penegasan terhadap proses pengeluaran sesuatu objek. Ada kalanya guru ingin

mendedahkan pengetahuan tentang proses tertentu yang mungkin tidak dapat di

demonstrasikan di dalam kelas kerana kos yang mahal dan ketiadaan bahan-bahan.

Oleh itu dengan tayangan video, proses pembuatan sesuatu bahan masih dapat

didedahkan kepada para pelajar.Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan

digital dan elektronik dalam proses pembelajaran seni visual dan ianya memberi

pengalaman yang baru dan berbeza kepada para pelajar dan juga guru. Penggunaan IT

dalam pengajaran memberi kesempatan kepada kanak-kanak untuk meneroka benda.

Menggunakan komputer memang menyeronokkan, tetapi kanak-kanak perlu

mempunyai kemahiran untuk mengendalikan komputer terlebih dahulu sebelum mereka

dapat memanipulasikan perisian-perisian yang ada. Di dalam pendidikan seni visual,

penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital, pencetak dan Internet mencabar

70

Page 7: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

guru untuk memikirkan alternatif kepada suasanapembelajaran yang lebih kreatif dan

menyeronokkan. 

PENGALAMAN DERIA

Apakah penggunaan deria terhad kepada untuk melihat, menyentuh, mendengar,

merasa dan menghidu sahaja? Pada pendapat anda, mampukah deria mempengaruhi

cara dan gaya anda belajar?

Perasaan ingin tahu mempunyai tarikan yang kuat untuk menggalakkan kanak-

kanakmempelajari sesuatu. Seni memberi ruang kepada mereka untuk menjalinkan

hubungan

intim dengan dunia di sekeliling mereka. Untuk memahami persekitaran, kanak-kanak

perlu lebih peka dan ini memerlukan mereka membuka dan menajamkan setiap deria

yang dimiliki – deria rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh. Umum mengetahui bahawa

setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar,

deria lihat dan deria sentuh. Kelima-lima deria ini memainkan peranan yang amat

penting di dalam kehidupan manusia sehari-hari, dan sangat-sangat diperlukan untuk

proses pembelajaran. Di dalam konteks pembelajaran seni visual, guru haruslah bijak

mengasuh kanak-kanak menggunakan deria mereka. Penggunaan deria yang baik

akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif,

dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan.

Pelbagai pendekatan boleh diambil oleh guru untuk merangsang penggunaan

pancaindera kanak-kanak. Dalam konteks pembelajaran, pendekatan mengadakan

perbincangan dan lawatan boleh menajamkan deria para pelajar. 

Cara Belajar

Deria memainkan peranan yang sangat signifikan di dalam proses pembelajaran

kanak-kanak. Namun perlu disedari bahawa setiap kanak-kanak adalah individu yang

berbeza, oleh itu tahap penggunaan serta kecenderungan mereka di dalam

penggunaan deria adalah berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain.

71

Page 8: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Kecenderungan ini mempengaruhi minat kanak-kanak, cara mereka memproses dan

menterjemah maklumat

serta medium terbaik untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Kajian-kajian yang

dijalankan mendapati bahawa terdapat tiga jenis kecenderungan utama di dalam belajar

atau tiga cara belajar: visual, auditori dan kinestetik.

Belajar Secara Visual

Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang

gemarmenggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk

mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam

golongan ini lebih cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan

gambar. Semasa sesuatu pembentangan dilakukan atau semasa guru sedang

mengajar, pelajar ini suka menyalin nota dengan terperinci. Ada kalanya pelajar visual

hanya dapat belajar dengan efektif sekiranya mereka dapat melihat maklumat di dalam

format bertulis. Berhadapan dengan pelajar visual, adalah lebih berkesan sekiranya

guru dapatmemastikan bahawa memek muka serta isyarat-isyarat bukan verbal dapat

dilihat dengan jelas oleh pelajar-pelajar ini. Guru juga perlu membanyakkan paparan

visual di dalam pengajaran seperti diagram, video, carta dan pemilihan material

pembacaan sekiranya mampu biarlah mempunyai ilustrasi menarik. Guru juga

seharusnya memberi masa yang secukupnya kepada pelajar-pelajar ini untuk menyalin

informasi pengajaran dengan cara yang terperinci agar mereka dapat memahami dan

menyerap maklumat yang disampaikan.

Belajar Secara Auditori

Pelajar auditori menggunakan deria mendengar lebih daripada yang lain semasa

proses pembelajaran. Mereka lebih terangsang untuk belajar dengan medium verbal.

Semasa di dalam kelas, pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami,

dan proses menulis nota dilakukan kemudian. Adakalanya pelajar auditori tidak

memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan guru.

Untuk mengajar pelajar auditori dengan lebih berkesan, ada beberapa teknik yang

boleh diaplikasikan oleh guru. Sekiranya ingin memberitahu sesuatu maklumat,

72

Page 9: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

pastikan maklumat tersebut tidak hanya dicetak di atas kertas (yang hanya

menguntungkan pelajar visual), tetapi hendaklah dibaca dengan kuat. Galakkan

perbincangan di dalam kelas, sebarang masalah boleh dibincang dan dihuraikan

dengan jelas dan belajar untuk mendengar pendapat pelajar-pelajar. Kerja-kerja

kumpulan juga hendaklah digalakkan dijalankan melalui aktiviti-aktiviti perbincangan.

Guru juga haruslah lebih peka dengan isyarat verbal mereka semasa mengajar kerana

pelajar auditori juga mempunyai kecenderungan untuk menterjemah maksud

tersembunyi melalui ton suara guru, kepantasan dan nada yang digunakan.

Belajar Secara Kinestetik

Pelajar kinestetik mendapatkan kemahiran melalui imitasi dan latihan. Pelajar

golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan dan pergerakan.

Malangnya bukanlah satu kelaziman untuk guru-guru di sekolah mengajar dengan

menggunakan pendekatan ini. Ketidakserasian cara belajar dengan teknik pengajaran

guru membuatkan pelajar kinestetik tidak dapat memproses maklumat dengan baik dan

impaknya mengakibatkan mereka selalu ketinggalan di dalam kelas. Untuk pengajaran

yang lebih berkesan, golongan ini memerlukan aktiviti yang lebih berbentuk hands-on.

Guru juga seharusnya menganjurkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan penglibatan

langsung para pelajar atau tugasan yang berbentuk praktikal, pengajaran juga lebih

kepada demonstrasi dan bukan sekadar hanya penerangan.  Sekiranya guru

merasakan demonstrasi merupakan cara terbaik untuk menyampaikan sesuatu

maklumat, pilihlah pelajar kinestetik untuk melakukan demonstrasi tersebut.

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN

Kesedaran terhadap proses perkembangan kognitif dan artistik kanak-kanak

mula mendapat tempat di kalangan penyelidik, pengkaji, pendidik dan ahli psikologi

pada awal 1900. Hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa

proses perkembangan kanak-kanak adalah mengikut peringkat-peringkat tertentu. 

Setiap peringkat diwakili dengan ciri-ciri dominan yang dipaparkan secara berulang-

73

Page 10: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

ulang di dalam hasil seni kanak-kanak. Peringkat-peringkat ini juga mempunyai kaitan

dengan umur kanak-kanak dan kematangan di dalam ekspresi artistik selalunya jelas

berdasarkan kematangan usia mereka.

PERKEMBANGAN ESTETIK

Kita sering mengaitkan elemen estetika dengan kreativiti dan artistik.  Apakah

sebenarnya estetik dan bagaimanakah ianya berbeza dengan konsep kreativiti di dalam

seni?

Perkembangan estetik kanak-kanak selalunya diterjemahkan melalui gerak-geri dan

pergerakan badan mereka. Kebolehan kanak-kanak dalam meluahkan nilai estetika

mereka merupakan satu bentuk kemahiran kognitif yang bukan sahaja penting di dalam

perkembangan seni kanak-kanak tersebut, malah amat penting di dalam perkembangan

pemikiran dan intelektualiti mereka. Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan

pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara

verbal ataupun bukan verbal.  Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan,

memek muka, pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan

estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela

kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka. 

Walaupun perkembangan estetik kanak-kanak secara total masih belum dapat

dikenalpasti, para pengkaji telah menemui beberapa pergerakan yang menjadi refleksi

kepadaperkembangan estetik kanak-kanak. Pergerakan estetik awal kanak-kanak

mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang

mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian

otak yang merangsang emosi.  Kanak-kanak pada umur 2 hingga 4 tahun selalunya

mengeluarkan isyarat-isyarat tertentu yang lebih berbaur emosi daripada rasional atau

intelektualiti. Isyarat-isyarat biasa seperti tunduk memberi hormat atau pergerakan

biasa yang dilakukan ketika beribadat mempunyai implikasi emosi. Apabila usia mereka

meningkat ke tahun ketiga dan keempat, kanak-kanak menjadi lebih peka kepada

gerakan-gerakan dinamik yang melibatkan imbangan, arah, konsisten, daya dan juga

74

Page 11: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

keintiman. Di usia ini, mereka dapat mengimbangkan diri mereka dengan baik di atas

kerusi yang kecil dan mengekalkan langkah yang konsisten semasa mencuba tarian

yang mudah. Mereka juga dapat membezakan kiri dan kanak, atas dan bawah. 

Pada umur 6 tahun, kanak-kanak tahu bahawa gerak-geri mereka juga

mempunyaielemen psikologi. Contohnya meluahkan rasa sedih dengan menundukkan

muka atau pun melahirkan ekspresi sedang berfikir dengan meletakkan tangan di

bawah dagu. Semua pergerakan ini adalah luahan estetik mereka dan sebagai orang

dewasa, pemerhatian terhadap pergerakan-pergerakan mereka akan dapat membantu

kita menentukan apa yang bermain di dalam fikiran dan jiwa mereka.

PERKEMBANGAN ARTISTIK

Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan yang membantu memperjelas

perkembangan artistik kanak-kanak. Antara model-model terkemuka telah

diformulasikan oleh Lowenfeld (1975), Chapman (1972). Model-model ini secara

umumnya berbeza namun mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama.

Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat

scribbling ke representation. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah:

(a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat

awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis

dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan (b) Lukisan kanak-kanak dapat

memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana

ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-

kanak daripada berus dan warna.

(c) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat

perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat

serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja. 

Menurut kebanyakkan penyelidik berkenaan kreativiti, kreativiti seringkali dikaitkan

dengan kanak-kanak, hal ini kerana kanak-kanak biasanya bermain dengan idea dan

75

Page 12: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

mempamerkan ciri-ciri kreatif secara berperingkat pada individu kanak-kanak ini. Albert

Einstien ( Schilpp 1949), menyatakan perkara yang paling kreatif pada diri kanak-kanak

adalah apabila mereka bermain dengan fikiran.

E. Paul Torrance (1964) menyatakan pula, kanak-kanak menunjukkan tahap

paling kreatif pada usia empat tahun.

Sekiranya perkara yang dinyatakan ini benar, perkara ini mungkin menarik untuk

kita mengklasfikasikan ciri-ciri kanak-kanak yang menunjukan kreativiti yang ada

pada diri mereka.

Apakah sifat-sifat istimewa yang mereka miliki yang boleh membantu kita

memahami cara yang unik mereka mengalami dunia?;

Kebanyakkan pada kanak-kanak yang berusia empat tahun;

a) Bebas

b) Seronok mempelajari perkara baru

c) Sifat ingin tahu

d) Suka bermain/ keseronokkane) Peserta yang aktif

Kebanyakkan kanak-kanak, yang baru mengenali dunia ciri-ciri kreativiti mereka

lebih terpengaruh dengan keaadaan sekeliling.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini bersifat mengikut, meniru apa yang

mereka lihat dengan kerap kalinya, terutamanya sifat orang dewasa.

Sifat kreatif ini kemungkinan akan hilang sekiranya perkara yang ditunjuk oleh

ibu bapa berbeza.

Namun sekiranya kanak-kanak tersebut sememangnya kreatif,

Bagaimana dikatakan persekitaran menyokong keupayaan kreativiti kanak-kanak

tersebut?

Bagaimana kreativiti ini dipupuk agar kekal dalam diri kanak-kanak ? mungkin

permulaan yang baik untuk membangunkan kesedaran kompleks dalam proses

pemikiran kreatif.

Kreativiti sangat susah untuk kita fahami. Namun perkembangannya boleh dilihat dari

peringkat ke satu peringkat ketika usia kanak-kanak.

76

Page 13: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan kreatif( Lowenfeld 1975).

Menurut Guilford (1964) menerangkan bahawa intelektual atau minda

mempunyai lima bentuk operasi yang terdiri daripada;

a) kognitif, yang menerima dan memproses maklumat

b) memori, yang menerima dan menyimpan maklumat

c) pemikiran kovergen, keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara khusus

d) pemikiran divergen, kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai atu bercapah

yang selari dengan pemikiran kreatif

e) penilaian, yang merupakan hasil pertimbangan sesuatu tindakkan.

Kepentingan Aktiviti Melukis dan Kreativiti dalam perkembangan kanak-kanak

Melukis sebagai medium Komunikasi. Lukisan merupakan bentuk komunikasi

awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur.

Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.

Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-

kanak.

Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat

membina kekuatan otot.

Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

Melukis juga untuk meningkatkan daya penguasaan kendiri (Self Esteem).

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam

meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej

yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.

Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti

pancaindera.

77

Page 14: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Setiap kanak-kanak mempunyai imaginasi yang tinggi dalam sesuatu perkara.

Kanak-kanak sangat kreatif dalam melakukan sesuatu perkara untuk memenuhi

citarasa mereka.

Sebagai contoh apabila mereka melakar atau membina sesuatu permainan

seperti melukis kereta, orang atau apa sahaja, ia datangnya daripada imaginasi

mereka sendiri.

Oleh sebab itu, hasil yang diperoleh adalah lukisan yang pelik yang tidak

terjangkau akal orang dewasa.

Seni - Bahasa pertama kanak-kanak

Kanak-kanak memerlukan peluang untuk mencipta seni kerana penting untuk

pertumbuhan minda mereka.

Kanak-kanak ini tidak boleh dipisahkan dari kesenian terutama dalam kegiatan

harian mereka.

Seni membantu perkembangan kanak-kanak

Melalui seni, kanak-kanak mendapat kemahiran dan membangunkan konsep

yang meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan berinteraksi dengan

persekitaran. Perkembangan kanak-kanak ini boleh dilihat dari segi:

a) Fizikal - seni membantu kanak-kanak membangunkan fizikal untuk membaiki

keupayaan untuk mengawal besar dan kecil otot dan mengawal dan membaiki

koordinasi tangan-mata.

Penyediaan pelbagai bahan dan alat membantu kanak-kanak ini meningkatkan

keupayaan mereka untuk mengawal basar dan kecil otot kanak-kanak tersebut. 

Hal ini kerana keseronokan mereka mengambil alat, mangangkat barangan seni,

dan lain-lain sebenarnya automatik menyumbang kepada perkembangan fizikal. 

Selain daripada itu, permainan yang melibatkan penggunaan mainan doh dan

tanah liat meningkatkan kekuatan jari. Penggunaan berus dan easel mengawal

lengan dan pergelangan tangan

78

Page 15: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

b) Emosi dan sosial, seni juga membantu kanak-kanak membangunkan emosi

untuk menjadi lebih berkeyakinan.

Murid boleh berinterakasi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain

meningkatkan keyakinan diri.

Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama

didalam aktiviti kumpulan yang dibentuk. 

c) Kreativiti, latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid

untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka.

Aktiviti dan projek seni juga mengutamakan proses, berbanding dengan hasil

akhir.

d) Kognitif, penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang

menggalakkan kanak-kanak ini berfikir, malah mengembangkan minda kanak-

kanak yang mempunyai masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak

membuat keputusan.

Kanak-kanak sangat memerlukan tunjuk ajar daripada orang dewasa untuk

mengembangkan bakat melalui imaginasi mereka.

Sekiranya kita ingin melahirkan generasi yang berwawasan, maka "Be the

Change you want to see in the world".

PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK

Seni lukis melibatkan skema dalam perkembangan seni kanak-kanak terutama

dalam kerja-kerja seni seperti lukisan.

Berdasarkan kepada skema dalam perkembangan seni kanak-kanak, guru dapat

melihat perkembangan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak dalam bahasa

tampaknya.

79

Page 16: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan yang berbeza, maka pembelajaran

kanak-kanak adalah mengikut tahapnya sendiri.

Selain daripada itu, pembelajaran kanak-kanak juga berlaku melalui pemerhatian

terhadap orang lain dan peniruan dari apa yang mereka lihat dan dengar.

Kanak-kanak lazimnya melukis apa yang mereka lihat dan mereka juga melukis perkara

yang menarik perhatian mereka.

Corrado Ricci yang berbangsa Itali telah menghasilkan tulisannya di dalam buku

yang bertajuk “ The Art of Little Garden “yang mana mengkaji beberapa lukisan

kanak-kanak.

Kanak-kanak suka mengambarkan diri mereka sebagai ibu bapa, guru-guru dan

sebagainya.  

Mereka suka menggunakan daya imaginasi mereka. Mereka mempunyai

interpretasi yang berbeza dengan karya yang di hasilkan oleh orang dewasa.

Karya kanak-kanak bersifat peribadi, luahan dan ekspresif. Ini kerana lukisan

merupakan alat komunikasi awal sebelum mereka berupaya untuk bertutur.

Aktiviti lukisan dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina

kekuatan otot kanak-kanak. 

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI, ROHANI, SOSIAL, MENTAL DAN ESTETIK

Aspek Kognitif

Perkembangan seni kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama

ada daripada segi gaya mahu pun kandungan.

Aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang

mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat

penilaian dan bijak membuat keputusan.

Kanak-kanak melukis apa yang mereka tahu berdasarkan pengalaman kanak-

kanak ditentukan oleh pengalaman mereka melihat, daya ingatan, imej dan

kesan konsep ini dilukis di atas kertas. Perkembangan konitif kanak-kanak boleh

80

Page 17: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

dilihat melalui contengan yang mereka lakukan iaitu contengan tidak terkawal

dan terkawal.

Contengan tidak terkawal yang dihasilkan secara spontan, sembarangan,

ringkas dan sekadar membuat garisan pada sebarang permukaan. Contengan

terkawal pula lebih berorganisasi, berulang, penggunaan tangan lebih terkawal,

boleh melukis dalam kertas yang disediakan dan lebih bervariasi dengan

menunjukkan minat

Aspek Fizikal

Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam seni

memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor)

dan koordinasi tangan serta mata, kawalan motor halus, perkembangan otot

kecil, kemahiran tangan, contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa

batasan perkembangan fizikal boleh dilihat dengan jelas.

Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid

untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka kerana  lukisan artistik

mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

Kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan

pancaindera dan deria. Seni menambahkan pengetahuan mengenai konsep

pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan

seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menghasilkan

lukisan berdasarkan kepada apa yang mereka fahami berbanding apa yang

mereka lihat.

81

Page 18: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Aspek Sosial dan Emosi

Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain dapat

meningkatkan keyakinan diri. Proses penyertaan ini mewujudkan kerjasama

antara kumpulan yang dibentuk.

Emosi kanak-kanak juga ditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam hasil

seni mereka. Kanak- kanak melukis peristiwa yang mereka lalui setiap hari, objek

yang mereka sukai atau individu yang mereka sayangi. Cerita yang ingin

disampaikan oleh kanak- kanak diperelokkan melalui penggunaan warna, saiz,

bentuk dan garis yang sesuai akan menambah emosi kepada lukisan mereka.

Perkembangan kanak-kanak tidak boleh dibahagikan kepada bahagian-bahagian

yang kecil, oleh itu kurikulum kanak-kanak juga tidak boleh dipisahkan secara

entiti.

Kurikulum kanak-kanak adalah saling berkaitan. Walaupun pemisahan kurikulum

ini bagus secara analisis, tetapi kanak-kanak adalah holistik dan

pembelajarannya juga secara holistik.

Kanak-kanak yang menceburi pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah yang

boleh merentasi bidang matematik dan sains, seni, dan kajian sosial

LATIHAN

Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu

menyediakan alatan tertentu yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan

sukatan matapelajaran yang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis alatan dan

media wajar diketengahkan dalam proses pembelajaran untuk meransang minda

kanak-kanak.

(a)  Senaraikan EMPAT alatan asas yang boleh disediakan oleh guru pendidikan

seni visual bagi meransang minat kanak-kanak untuk melukis dan mencipta. 

Calvin W. Taylor (1976) percaya bahawa pengembangan bakat berkait rapat

dengan cara guru meransang pemikiran mereka. Melalui teorinya Multiple

Creative Talent, beliau percaya pembentukan bakat perlu sesuai dengan aktiviti

82

Page 19: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

yang dijalankan di dalam kelas. Beliau membahagikan kreativiti kepada lima

peringkat utama. Huraikan LIMA peringkat utama tersebut.

Pelajar visual secara amnya dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang

gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk

mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku.

Jelaskan DUA peranan yang boleh dimainkan oleh guru di dalam meransang

pelajar mempelajari secara visual

APRESIASI HASIL SENI 2 DIMENSI KANAK-KANAK

OBJEKTIF APRESIASI

a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni 

b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan 

c) Menghasilkan karya (produk seni) 

d) Memahami seni dan hubungannya 

e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

APRESIASI

PENGENALAN

Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai

tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara

mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan

stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-

aspek kognitif. Hal ini disebabkan oleh, ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap

penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai

pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan

aspek-aspek afektif.

83

Page 20: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan “logical operation such as

defining, valuing and explaining” Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih

luas. Umumnya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan

sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja.

Menurut Chapman (1978) “if treatart if it were only a matter of learning acts an

mastering technique, we deny its value and character”. Kebanyakan pendidik seni

percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat,

tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

Macfee (1961) menegaskan bahawa “…every culture, differences in value and

belief are expressed through language an art forms such as dress, architecture an

decoration…”

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang.

Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan

disentuh.Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk

berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini

pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni

yang diperlukan.

Objektif apresiasi ialah memahami dan bertindak terhadap aspek seni. Selain itu,

mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan, menghasilkan karya (produk seni),

memahami seni dan hubungannya serta membuat dan menggunakan pertimbangan

estetik dan kualiti karya seni.

Tujuan Apresiasi dan Kritikan Seni.

Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika,

pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosiobudaya yang terkandung dalam hasil

senidan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-

hasillain berdasarkan persepsi visual.

84

Page 21: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara

kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan

dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.

“Pendekatan apresiasi dan kritikan seni:

Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua pendekatan

dalam apresiasi seni iaitu dengan cara pendekatan secara logik dan pendekatan secara

psiklogi.”

Pendekatan secara logik iaitu pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan

memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek

andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut. Cadangan

aktiviti pendekatan secara logik ialah secara penerangan membaca, mengkaji, bila

dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai- nilai estetika dan pengaruh.

Secara pemerhatian Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun

gambar- gambar. Secara perbandingan pula ialah analisa, penilaian, perbandingan

antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran. Secara penghasilan ialah

membuat mengikut gaya artis/stail, menimbulkan kefahaman masalah nilai- nilai khas,

kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman.

Ciri-ciri  karya arca

Arca tidak seperti mana dengan seni tampak yang lain kerana mempunyai ciri-ciri

tertentu iaitu bercirikan tiga dimensi (3D). Hal ini disebabkan oleh, arca merupakan

bentuk citra dalam susuanan tiga dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya.

Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman

dan reka bentuk pentas, namun karya ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.

85

Page 22: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Jenis bentuk arca

Terdapat dua jenis bentuk arca iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk

estetika. Arca bentuk berfungsi dimaksudkan dengan arca yang boleh digunakan di

samping memaparkan ciri-ciri estetikanya. Bagi arca bentuk estetika pula merupakan

bentuk cipataan pelukis yang tidak mempunyai fungsi tertentu, hanya untuk dihayati

dari aspek estetikanya.

            Oleh itu, arca estetika biasanya dipamerkan di galeri, taman, atau ruang legar

kawasan peranginan, dan ruang-ruang yang sering dikunjungi oleh orang ramai.

Terdapat beberapa jenis arca antaranya arca tambahan, arca asemblaj, arca luakan,

arca binaan, arca acuan, arca bergerak/arca mobil/arca kinetik, arca stabil arca

timbulan, arca dinding, arca instalasi ( pemasangan), dan arca citra tanah (seni land).

            Arca-arca tersebut mempunyai perbezaan tertentu dari segi bahan yang

digunakan, dan teknik. Arca tambahan menggunakan bahan seperti tanah liat, lilin,

bahan-bahan rapuh, gangsa, tuangan simen, dan sebagainya. Arca tambahan ini

menggunakan teknik bahan lembut digunakan sebagai tempat tumpangan. Bahan

sebenar ialah gangsa tuangan atau simen. Bahan lembut boleh dipecahkan apabila

arca sebenar siap. Arca tambahan dibina pada arca utama.

            Bagi arca asemblaj pula, menggunakan bahan seperti kayu logam, batu, simen,

bongkah-bongkah, plaster Paris atau bahan kutipan yang mempunyai bentuk, warna,

dan jalinan yang menarik, serta alat untuk menolong dan memateri. Bahagian yang

berasingan dicantumkan menjadi satu bentuk yang menarik merupakan teknik arca

asemblaj.

86

Page 23: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Sejarah arca

Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk,

dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magladenia pada kira-kira

tahun 8000 S.M. masyarakat zaman tamadun lama seperti orang Mesir, Yunani,

Mesopotamia, China, dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan

menggunakan bahan-bahan yang berlainan.

            Pada zaman itu, subjek dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan

disebabkan fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan

dan keagamaan. Michelangelo di Lodovico Buonarroti Simoni (1475-1564), merupakan

pengarca yang teragung pada Zaman Pembaharuan iaitu lebih dikenali sebagai

Renaissance di Eropah.

            Pengarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman

sebelum Perang Dunia Kedua ialah Henry Moore (1898-1986), yang berbangsa

Inggeris dan Alberto Giacometri (1901-1966), warganegara Switzerland. Selepas

Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk arca telah beralih daripada bahan

tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya kepada bahan plastik,

nilon, fabrik, dan bahan buangan lain.

            Di samping teknik luakan binaan dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan,

gam, asemblaj, dan sebagainya turut digunakan. Terdapat juga arca yang bergerak,

berbunyi atau berlampu kesan penggabungan kuasa elektrik dalam gubahan.

            Arca instalasi (pemasangan) merupakan seni yang dapat bertindak terus

dengan orang yang sedang melihat atau memandang dalam tempo dan ruang tertentu

kerana arca jenis ini dicipta khas buat sementara waktu bagi tapak tertentu dalam

sesuatu pameran. Selain itu, arca ini juga merupakan karya tiga dimensi (3D) yang

memerlukan ruang yang luas untuk dihasilkan dan dipamerkan. Bahagian-bahagian

berasingan dicantum, dipasang, atau disusun menjadi satu.

87

Page 24: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

            Seni land (citra tanah) ialah projek seni dalam skala besar yang sering berkaitan

dengan tapak alam semulajadi tertentu. Pergerakan seni ini dapat menarik perhatian

orang ramai terhadap masalah pencemaran alam sekeliling yang bertambah serius

masa kini. Seni land menggunakan mesin atau jentera berat untuk menukar permukaan

bumi/tanah atau membungkus tapak yang sedia ada. Seni yang dipersembahkan

adalah dalam bentuk siri gambar foto atau video.

            Sejarah arca di Malaysia tidak berkembang secara meluas berbanding dengan

catan. Namun, terdapat juga karya yang sangat menarik dan tersohor. Arca yang

menarik lahirnya dari minda yang kreatif dan mempunyai semangat dan kesabaran

yang tinggi. Pengarca yang memina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar

tahun 1960-an. Antara perintis pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau,

Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, Lee Kian Sen, Ramlan Abdullah dan ramai lagi.

            Mad Annuar Ismail, Raja Shahriman Raja Aziddin, Chin Wan Kee, Wong Pei Yu,

dan lain-lain nama baru yang melopori bidang arca di Malaysia. Mereka merupakan

generasi muda yang aktif dalam kegiatan mencipta karya-karya arca.

            Baharuddin Mohd Arus, John Hii, Hasnul Jamal Saidon, dan lain-lain adalah

pengarca-pengarca yang tertarik kepada pendekatan elektronik dan multimedia. Laman

Asean yang terletak berhampiran Tugu Peringatan Kuala Lumpur merupakan sebuah

taman arca yang istimewa di Malaysia. Enam buah karya arca di sini merupakan hasil

kreativiti pengarca dari Indonesia, Thaniland, Brunei Darussalam, Singapura, dan

Malaysia sempena menyambut ulang tahun ke 20 penubuhan Asean.

88

Page 25: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Apresiasi 3 D - Seni Arca yang dipilih.

Raja Shahriman Raja Aziddin dilahirkan pada 17 November 1967 bertempat di Kuala

Kangsar, Perak. Beliau melanjutkan pelajaran ke Dip in Art and Design (Fine Art) UTM

(Majoring Sculpture). Contoh pameran yang telah diadakan ialah pada tahun 2009 iaitu

“3D to 2D : Sculpture Studies”, Pelita Hati House of Art, Kuala Lumpur. Pada tahun

1992 beliau telah mengadakan pameran “Young Contemporary”, National Art Gallery,

Kuala Lumpur.

            Raja Shahriman Raja Aziddin mahu karyanya berdiri sendiri dan dihayati oleh

penonton dengan bebas. Dalam kebebasan itu, penonton mungkin mencipta sesuatu

yang berlainan dalam kotak fikiran dan ruang pengamatan mereka.

89

Page 26: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

                             Tajuk : Persamaan Membangun atau Growing Equity.

                               Taman Wawasan, Public bank, Kuala Lumpur.

Jika dilihat dari sifat semulajadi manusia, pembangunan merupakan satu faktor yang

berterusan. Manusia dicipta dengan akal fikiran bagi mencapai kemajuan iaitu dari segi

rohani dan jasmani serta material dan spiritual. Setiap pembangunan harus ada

matlamat dan dalam mencapai matlamat perlu ada wawasan supaya perjalanan menuju

kepada kemajuan merupakan perjalanan yang selamat.

             Arca ini menggunakan unsur rupa dengan rentak yang lembut yang

melambangkan sifat semulajadi pertumbuhan. Pada bahagian atas arca terdapat garis

tegak yang meruncing ke atas melambangkan perjalanan ke arah kemajuan. Menurut

Raja Shahriman Raja Aziddin juga fungsi yang menunjuk ke langit pada arca tersebut

kerana dalam mencapai kemajuan kita mesti tidak melupakan keagungan Tuhan.

            Selain itu, garisan utama yang besar melambangkan wawasan sebagai

landasan utama di dalam usaha mencapai kemajuan. Garisan pendek melintang yang

90

Page 27: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

berulang-ulang di atas garis utama pula melambangkan kemajuan yang telah dicapai

dan yang akan dicapai sepanjang perjalanan menuju ke arah matlamat mencapai taraf

Negara maju. Kesemua kemajuan ini bergerak ke arah matlamat yang satu serta

berlandaskan wawasan yang sama.

Apresisi Karya 2 Dimensi

Tay Hooi KeatFishermen Village Oil 1956

Karya ini dihasilkan oleh Tay Hooi Keat pada 1956. Karya ini bertajuk Fisherman

Village Oil, dengan menggunakan media cat minyak. Tema dalam karya ini

menunjukkan suasana nelayan-nelayan dikampung yang berusaha mencari rezeki.

Dalam karya tersebut dapat dilihat bahawa pelukis telah mengaplikasikan gaya post-

impresionisme. Gaya pada karya tersebut dapat dilihat pada cara gubahan gaya yang

kelihatan seolah-olah telah dibingkaikan oleh darat. Gaya catan menunjukkan

penggunaan warna biru sangat sinonim dengan kehidupan penangkap ikan dan

menimbulkan keindahan apabila memandang.

91

Page 28: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Unsur seni dalam karya ini ialah unsur jalinan ,ruang dan warna. Dari segi warna, karya

ini menggunakan warna harmoni sebagai penarik, penggunaan warna harmoni sangat

sinonim dengan karya-karya yang berlatarkan laut dan sungai. Unsur ruang pula ialah

ruang dalam digunakan iaitu daripada warna yang cerah seterusnya beransur gelap.

Jalinan tampak dalam karya ini juga menunjukkan kesan yang mendalam kepada

penonton. Hal benda yang menjadi subjek utama adalah sampan yang dihasilkan

dengan warna garang,

PROSES APRESIASI SENI 

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai

proses apresiasi. Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti

apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

a) Menggambarkan (Deskripsi)

b) Menganalisa 

c) Tafsiran (Interpretasi)

d) Penilaian

A. MENGGAMBARKAN

Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna,

garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur. 

B. MENGANALISA

i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan

stuktur 

ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana 

iii. Menghauraikan stail sesuatu karya

92

Page 29: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

C. TAFSIRAN 

i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, symbol,

unsur-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan ii. Mencari metafora-metafora

(ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

D. PENILAIAN

i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian,

gubahan, teknik dan fungsi 

ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, 

keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

LATIHAN

Redza Piyadasa

Malay Couple, 1988,

93

Page 30: 08 TAJUK 5

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Mixed media collage, 60 x 50 cm

PENILAIAN: Perbincangan lanjut

Apakah fikiran anda tentang karya ini secara keseluruhan?

Bagaimanakah anda nilai hasil kerja ini? Biasa, sederhana, ,baik dan cemerlang?

Adakah anda suka? Kenapa?

Pada pandangan anda, apakah gred yang anda akan beri terhadap karya tersebut?

Bolehkah anda kaitkan karya tersebut dengan kehidupan anda

94