08 tajuk 3 pro gpi pim3111

17
PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 30 Tajuk 3 GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 3.0 Sinopsis Tajuk ini membahaskan tentang tugas Guru Pendidikan Islam (GPI) sebagai seorang kakitangan dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Dalam unit ini, perbincangan mengenai etika, pekeliling dan akta dalam pendidikan. Pelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penguasaan Guru Pendidikan Islam sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan. Selain daripada itu pelajar juga diberi tugasan dan tajuk tutorial untuk dilaksanakan. Para pelajar diharap akan dapat menguasai dan menghayati etika, pekeliling dan akta dalam perkhidmatanan sebagaimana yang digariskan. Hasil Pembelajaran 1. Menerangkan konsep etika, pekeliling dan akta. 2. Menghuraikan peranan dan tugas guru sebagai seorang kakitangan awam. 3. Menganalisis etika, pekeliling dan akta dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Kerangka Konsep Tajuk GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Etika Perkeliling dan Akta

Upload: ustajah-ila-aziela

Post on 23-Jun-2015

318 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

30

Tajuk 3 GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM

PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

3.0 Sinopsis

Tajuk ini membahaskan tentang tugas Guru Pendidikan Islam (GPI) sebagai

seorang kakitangan dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Dalam unit ini,

perbincangan mengenai etika, pekeliling dan akta dalam pendidikan. Pelajaran

ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penguasaan

Guru Pendidikan Islam sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan. Selain

daripada itu pelajar juga diberi tugasan dan tajuk tutorial untuk dilaksanakan.

Para pelajar diharap akan dapat menguasai dan menghayati etika, pekeliling dan

akta dalam perkhidmatanan sebagaimana yang digariskan.

Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan konsep etika, pekeliling dan akta.

2. Menghuraikan peranan dan tugas guru sebagai seorang kakitangan

awam.

3. Menganalisis etika, pekeliling dan akta dalam perkhidmatan awam di

Malaysia.

Kerangka Konsep Tajuk

GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM

PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

EtikaPerkeliling dan

Akta

Page 2: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

31

3.1 ETIKA

Pelajar-pelajar sekelian !

Tahukah anda maksud Etika Perkhidmatan Awam ?

3.1.1. Konsep Etika

Perkataan etika berasal dari perkataan ‘ethos’ (Greek) yang membawa maksud

perangai atau keperibadian. Etika sering juga diterjemahkan sebagai moral. Moral

berasal dari perkataan Latin ‘moralis’ yang bermaksud adat atau budi pekerti atau

adab. Dalam Islam, perkataan sinonim dengan etika ialah akhlak. Akhlak ialah

suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang

seharusnya dilakukan oleh sesetengah manusia kepada yang lainnya,

menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan

menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat.

Etika pentadbiran Islam ialah sikap yang menentukan tingkahlaku

pentadbiran mengikut etika yang ditentukan oleh Islam. Ia lebih menyeluruh,

mempunyai ciri-ciri dinamik dan profesionalisme yang sempurna. Hal ini kerana

kesempurnaan asas dan sumbernya. Asasnya ialah akidah, syariah dan akhlak.

Manakala sumbernya ialah al-Quran dan as-Sunnah.

Page 3: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

32

3.1.2. Dalil Berkaitan dengan Etika

1. Firman Allah Taala :

(surah an-Nisa’ : 59)

Maksudnya :

“ Wahai orang –orang yang beriman, taat kepada kamu kepada Allah dan taatlah

kamu kepada Rasulullah, dan kepada Ulul Amri (golongan Pemerintah ) dari

kalangan kamu”

2. Firman Allah lagi.

Maksudnya :

“Taatilah kepada pemerintah kamu bagaimanapun keadaannya, jika mereka

memerintah kamu dengan perintah yang sesuai dengan ajaranku, maka mereka

akan diberi pahala dan kamu akan diberi pahala kerana mentaati mereka.Dan

jika mereka memerintah kamu dengan peerintah yang tidak sesuai dengan

ajaranku, maka dosanya ditanggung oleh mereka, manakala kamu terselamat

dari dosa berkenaan.”

Page 4: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

33

3.1.3. Etika Kerja Perkhidmatan Awam

Etika kerja dalam Perkhidmatan Awam bermaksud :

1. Prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi bagi

mengawal tingkahlaku pekerja.

2. Satu bentuk kawalan bagi memastikan perlakuan pekerja sentiasa selaras

dengan sistem nilai organisasi berkenaan.

Justeru, Etika Perkhidmatan Awam dilaksanakan bagi menjamin mutu kerja

dan keperibadian para pegawai perkhidmatan awam dalam melaksanakan tugas

serta amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

Page 5: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

34

3.1.4. Kepentingan Etika ;

Antara kepentingan etika adalah :

1. Menentukan arah kepada pemikiran, tindakan dan tingkahlaku anggota

perkhidmatan awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah mereka

sebagai pekerja

2. Mewujudkan penyatuan dan penyelarasan diantara anggota perkhidmatan

awam sebagai institusi utama kepada pembangunan negara

3. Standard mutlak mendorong bekerja dengan ikhlas dan berkesan

3.1.5. Objektif Etika dalam Perkhidmatan Awam

Objektif Etika dalam Perkhidmatan Awam bertujuan untuk :

1. Meninggikan mutu perkhidmatan

2. Mengekalkan kepercayaan dalam menjalankan tugas

3. Memupuk tanggungjawab bersama

4. Mengeratkan hubungan sesama kakitangan

3.1.6. Nilai-Nilai Utama dalam Perkhidmatan Awam

Antara nilai-nilai utama dalam perkhidmatan awam yang perlu dihayati dan

diamalkan oleh setiap kakitangan awam ialah :

1. Taat setia - raja, negara dan kerajaan

2. Amanah, bersih dan jujur

3. Bertanggungjawab - tidak boleh membenarkan kepentingan diri

bercanggah dengan tanggungjawab awam

Page 6: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

35

4. Berkecuali - tanpa membawa apa-apa bentuk pengaruh atu tekanan luar

5. Adil dan saksama

6. Prestasi yang cemerlang dan berkualiti - tidak boleh cuai dan kurang usaha

7. Ketepatan masa

8. Perkhidmatan yang ramah dan mesra

9. Sikap berjimat cermat

10. Bersikap positif, responsif, berdayacipta dan enterprising

Buat perbincangan dalam kumpulan bersama rakan anda

mengenai nilai-nilai etika yang diamalkan di tempat kerja anda.

Lakarkan hasil perbincangan dalam grafik.

3.1.7. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Malaysia tercetus daripada hasil

Laporan Kabinet 1979 yang berteraskan kepada pembangunan kemanusiaan

sehingga akhirnya membawa kepada penggubalan Falsafah Pendidikan Negara

(FPN) pada 1988.

Falsafah Pendidikan Negara kemudiannya telah digantikan dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah merupakan asas ideologi

pendidikan yang meliputi dasar, amalan, strategi, visi, misi dan aspirasi

pendidikan negara. Menurut Hassan Langgulung (1995), falsafah pendidikan di

Malaysia telah lama wujud secara tersirat dalam dokumen-dokumen rasmi negara

seperli perlembagaan, ucapan pemimpin dan sebagainya sebelum disuratkan

secara rasmi mulai 1987.

Page 7: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

36

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha yang berterusan ke

arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Justeru, FPK merupakan aspirasi dan matlamat pendidikan negara ke arah

negara maju menjelang tahun 2020. FPK melalui “kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan” dijadikan teras kepada dasar pendidikan FPN (Ahmad Mohd

Salleh : 2000).

Berteraskan identiti kebangsaan, FPK meliputi prinsip-prinsip

pembangunan kemanusiaan yang bersatu padu di bawah kemenjadian

penghayatan perpaduan Rukun Negara sama ada dari aspek jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial.

Justeru generasi muda perlu dididik dan dibimbing agar menghayati intipati

falsafah yang terkandung di dalam FPK. Menurut Hassan Langgulung (1995),

FPK merupakan satu proses mendidik generasi muda sebagaimana berikut ;

1. Generasi muda harus dididik menyembah Allah.

2. Generasi muda harus dididik dalam masyarakat yang sihat untuk

menegakkan sistem jaminan sosial (takaful ijtima’i) yang diakui oleh Islam.

3. Generasi muda harus dididik menggunakan akal dengan berpandukan

syariat.

4. Generasi muda harus dididik bersifat terbuka dengan orang lain.

5. Generasi muda harus dididik menggunakan pemikiran ilmiah dan

melakukan penyelidikan.

Page 8: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

37

3.1.8. Falsafah Pendidikan Islam

Menurut Abd. Halim Hj. Mat Diah (1989), pendidikan Islam merupakan suatu

proses bimbingan yang diperolehi secara langsung oleh anak didik bersama

pendidik dengan bermatlamatkan ke arah pembentukan insan yang berteraskan

ajaran Islam. Faisal Othman (1992) Hubungan pendidikan Islam dengan wahyu

yang diucapkan (virbatim revelation) melahirkan teori ilmu (theory of knowledge).

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,

kemahiran dan pengetahuan Islam berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah bagi

membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai

hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,

masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan

akhirat.

Intipati Falsafah Pendidikan Islam (FPI) tersebut menekankan ;

i. “Satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan

pengetahuan Islam berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah”.

Menjadikan al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai teras pembangunan

pendidikan sepanjang hayat. Al-Qur’an dan as-Sunnah dijadikan sumber

utama di dalam menyampaikan dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan.

ii. “Membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup

sebagai hamba Allah”.

Mendidik dan mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan

berkemahiran yang tinggi serta berwawasan di dalam membentuk sikap

dan keperibadian mulia sebagai seorang hamba Allah.

iii. “Hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,

masyarakat, alam sekitar dan negara”.

Menerapkan konsep kejadian manusia sebagai khalifah Allah di bumi ini

yang bergelar hamba dan duta kepada Allah Taala. Sebagai hamba

Page 9: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

38

kepada Yang Maha Pencipta, manusia bertanggungjawab menjaga

maruah dan kehormatan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara.

iv. “Mencapai kebaikan di dunia dan akhirat”.

Bermatlamatkan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Hassan Langgulung (1986) menyatakan tujuan khusus pendidikan Islam ialah :

1. Memperkenalkan dasar akidah dan ibadat yang betul kepada generasi

muda.

2. Memberi kesedaran akhlak kepada pelajar.

3. Menanamkan keimanan kepada Allah

4. Menarik minat generasi muda untuk menambah ilmu pengetahuan.

5. Menanamkan rasa cinta terhadap al-Qur’an

6. Merasakan bangga terhadap sejarah, bdaya dan tamadun Islam

7. Menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara

8. Bertakwa kepada Allah

9. Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah.

Mohd Ghazali Abd. Wahid (1992) menjelaskan tujuan dan maksud pendidikan

Islam :

1. Melahirkan ahli bijak pandai yang dapat memahami dan mendalami

pengetahuan dan ajaran-ajaran Islam.

2. Memupuk semangat mereka supaya bertanggungjawab menninggikan

syiar Islam.

3. Berusaha menyiarkan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam sebagai

pendakwah yang berkaliber.

4. Melayakkan diri mereka menjadi pemimpin masyarakat ke arah

kebahagian dunia dan akhirat

5. Membentuk keperibadian Islam yang luhur.

Page 10: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

39

3.1.9. Falsafah Etika Islam dalam Perkhidmatan

Falsafah etika Islam dalam perkhidmatan adalah berasaskan wahyu

yang tidak didasarkan kepada spekulasi falsafah ataupun tafsiran terhadap

sesuatu kejadian. Di Malaysia, etika perkhidmatan ditegakkan di atas tonggak-

tonggak tertentu sebagaimana berikut :

Tonggak Penentuan Etika Islam

i. Konsep Al-Amal (Kerja)

ii. Konsep Al-Adl wa Al-Ihsan

iii. Konsep Al-Amr bi Al-Ma’ruf

1. Konsep al-Amal (Kerja)

Kerja sebagai tanggungjawab agama. Setiap manusia perlu

melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya.

TO NGGA K DUA B E L A S

Menghargai masa

Ketekunan membawa kejayaan

Keseronokan bekerja

Kemuliaan kesederhanaan

Ketinggian peribadi

Kekuatan sifat baik hati

Pengaruh teladan

Kewajipan menjalankan tugas

Kebijaksanaan berhemat

Keutamaan kesabaran

Peningkatan bakat

Nikmat mencipta

Page 11: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

40

2. Konsep al-‘Adl dan al-Ihsan. Penerapan konsep ini dapat dilihat dalam

bentuk berikut :

i. Adil dalam membuat keputusan

Maksudnya :

“…...sekiranya kamu mengadili sesama manusia hendaklah lakukan

dengan adil..... “

ii. Adil dalam perkataan (6:152).

Maksudnya :

“…..apabila kamu bercakap hendaklah bercakap dengan adil..”

iii. Adil dalam membuat kebaikan (16:90).

Maksudnya :

“..Allah menyeru kamu melakukan keadilan dan ihsan (kebaikan)...”

iv. Keadilan dalam konteks meletakkan kesamarataan.

v. Adil dalam menuju ke akhirat.

3. Konsep al-‘Amr bi al-Ma’ruf

Menyeru kepada kebaikan dan tidak terhad kepada ibadah yang khusus

semata-mata, bahkan ianya merangkumi semua aspek kebaikan sejagat

dalam kehidupan.

Page 12: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

41

3.1.9. Implikasi Etika Kerja Islam

Antara implikasi apabila mengamalkan etika kerja Islam ialah :

1. Mendapat keredaan Allah Taala seperti kebahagiaan di dunia dan di

akhirat

2. Membersihkan jiwa, perwatakan dan personaliti.

3. Mendisiplinkan diri serta tekun mencapai kejayaan (al-falah).

4. Sentiasa memikirkan kehadiran Allah dan amanah dalam kerja

5. Sabar dalam segala tindakan

6. Tidak terlalu cintakan dunia sehingga melupai akhirat

7. Menjadi contoh dalam setiap tindakan.

8. Bertindak dengan adil tanpa diskriminasi

Bincangkan mengenai perbezaan antara etika kerja Islam dan

Barat. Buat catatan isi-isi penting, kemudian bentangkan

dalam sesi tutorial bersama pensyarah.

Page 13: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

42

3.2 PEKELILING DAN AKTA

Pelajar-pelajar sekelian !

Apakah perbezaan antara pekeliling dengan akta ?

3.2.1. Pekeliling

Pekeliling mengandungi perintah-perintah am kerjaan yang perlu dipatuhi oleh

setiap pegawai perkhidmatan kerajaan. Pekeliling-pekeliling ini tertakluk kepada

perubahan semasa. Secara umumnya perintah am ini dapat dirumuskan sebagai

berikut :

Perintah Am Kerajaan

1. Bab A Lantikan dan kenaikan pangkat

2. Bab B Elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

3. Bab C Cuti

4. Bab D Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib)

5. Bab E Rumah dan bangunan pejabat kerajaan

6. Bab F Perubatan

7. Bab G Waktu bekerja dan lebih masa

3.2.2. Akta

Sebagai seorang warga pendidikan di institusi pendidikan awam, seorang guru

perlu mengenali dan menghayati Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang

membicarakan persoalan pendidikan secara khusus.

Page 14: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

43

Rumusan isi kandungan Akta 1996 sebagaimana berikut :

BAHAGIAN TAJUK BAB SEKSYEN

I Permulaan - 2

II Pentadbiran - 7

III Majlis Penasihat Pendidikan

Kebangsaan - 5

IV Sistem Pendidikan Kebangsaan 12 53

V Penilaian dan Peperiksaan - 3

VI Pendidikan Tinggi - 3

VII Institusi Pendidikan Swasta - 6

VIII Pendaftaran Institusi Pendidikan 5 24

IX Pendaftaran Guru 3 14

X Jemaah Nazir Sekolah 2 6

XI Kewangan - 3

XII Rayuan - 4

XIII Peraturan-Peraturan - 2

XIV Kesalahan dan Penalti - 8

XV Pelbagai - 6

XVI Peralihan dan Pemansuhan - 11

Di dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menjelaskan “guru” dengan ertinya

seseorang yang :

a. mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan; atau

b. menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa

jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak

jauh,

Page 15: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

44

Manakala dalam Bab 10, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menjelaskan bahawa :

50. Pengajaran agama Islam

(1) Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid

atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah

diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak

Berkuasa Negeri.

(2) Pengajaran yang dikehendaki di sesuatu institusi pendidikan di bawah

subseksyen (1) hendaklah selama tempoh sekurang-kurangnya dua jam

seminggu dalam waktu pengajaran biasa institusi pendidikan itu atau

dalam apa-apa waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri dalam hal mana-

mana institusi pendidikan yang tertentu.

(3) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan

sesuatu institusi pendidikan yang dikehendaki menyediakan pengajaran di

bawah seksyen ini hendaklah membuat apa-apa perkiraan yang perlu bagi

maksud itu.

(4) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan

dua institusi pendidikan atau lebih boleh, dengan kelulusan Pendaftar,

membuat perkiraan supaya pengajaran di bawah seksyen ini diberikan

secara bergabung di institusi-institusi pendidikan itu kepada murid yang

menganut agama Islam.

51. Pengajaran pengetahuan agama selain daripada agama Islam.

Pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan

pengajaran bagi agama selain daripada agama Islam untuk murid institusi

pendidikan itu atau mana-mana daripada mereka tetapi :

Page 16: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

45

a. pengadaan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan wang

yang diperuntukkan oleh Parlimen; dan

b. tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain

daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan

bertulis ibu bapanya.

52. Bantuan kewangan kepada institusi pendidikan IsIam yang tidak

ditubuhkan atau disenggarakan oleh Menteri atau Kerajaan Negeri.

Tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri

patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan

daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi

pendidikan Islam, yang tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini

atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan sama ada yang merupakan suatu

institusi pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi

pendidikan sedemikian, hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah

terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-mata.

Manakala dalam Seksyen 134, Akta Pendidikan 1996 pula menyebut :

a. ..

b. enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan

pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau memberi

maklumat, dengan melanggar subperenggan (b)(ii) atau

c. Adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,

didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan

selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali

Page 17: 08 tajuk 3 pro gpi pim3111

PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

46

Justeru, sebagai seorang kakitangan awam, seorang guru itu tertakluk kepada

akta dan pekeliling Perkhidmatan Awam sedia ada.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran

tajuk ini dengan jayanya!

.

~ Selamat Maju Jaya ~

@r@

Apakah kepentingan dan kelebihan Akta dan Pekeliling Perkhidmatan

Awam. Bincangkan !