08-isi pelajaran.doc

25
WAJ 3104 LITERASI BAHASA ip TAJUK 1 MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN SINOPSIS HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI) KERANGKA TAJUK-TAJUK ( dengan peta !nda "ang #e#$a! #epe%t! &'nt' d! a*a ) KAN+UNGAN ISI (Pand$an, a t!.!t!-a t!.!t! '/e d!#ed!a an $nt$ e ant$ pe/a0a% ea a! ta0$ te%tent$ dan 2 /at! an ( pengeta $an dan ap/! a#!) '/e d! e%! an pada a !% 'd$/ $nt$ eng$0! e3a aan pe/a0a%4 Ja*apan a t!.!t! 5 /at! an '/e d! anta% epada pen#"a%a $nt$ #ea an e/a/$! ee/ OLL ata$ #e%a an et! a e% $%#$# d! IPG4 Ja*apan te%#e $t pe%/$ d!#!pan da/a p'%t3'/!' pe/a0a% #e aga! a an $ t!4 A t!.!t! dan /at! an "ang d! e%! pe%/$ enga !/ e an pe e/a0a%an pe/a0a%4) -------------------------------------------------------------------------------- CATATAN: 1. ISI PELAJARAN SETIAP TAJUK PERLU MELIPUTI 4 PERKARA DI ATAS. 2. LAYOUT SETTING MENGIKUT KETETAPAN YANG BERIKUT: ! "#NT : ARIAL $! SAIZ FONT : TAJUK UTAMA % 14 SUB TAJUK % 12 ISI KANDUNGAN % 12 &! SPACING : 1.' 3. B#LEH MENGGUNAKAN IK#N YANG DILAMPIRKAN.

Upload: gregory-smith

Post on 05-Oct-2015

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Rangka Isi Pelajaran

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

ipTAJUK 1MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN

SINOPSIS

HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)

Kerangka Tajuk-tajuk ( dengan peta minda yang sesuai seperti contoh di bawah)

KANDUNGAN ISI (Panduan: aktiviti-aktiviti boleh disediakan untuk membantu pelajar memahami tajuk tertentu, dan 2 latihan ( pengetahuan dan aplikasi) boleh diberikan pada akhir modul untuk menguji kefahaman pelajar. Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG. Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bahan bukti. Aktiviti dan latihan yang diberi perlu mengambil kira beban pembelajaran pelajar.)------------------------------------------------------------------------------------------------------------CATATAN:

1. ISI PELAJARAN SETIAP TAJUK PERLU MELIPUTI 4 PERKARA DI ATAS. 2. LAYOUT SETTING MENGIKUT KETETAPAN YANG BERIKUT:a) FONT : ARIALb) SAIZ FONT : TAJUK UTAMA 14

SUB TAJUK 12

ISI KANDUNGAN 12

c) SPACING : 1.5

3. BOLEH MENGGUNAKAN IKON YANG DILAMPIRKAN.TAJUK 1MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN

1.1 SINOPSISTajuk ini membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Konsep Prabacaan

Bentuk Aktiviti Prabacaan

Aktiviti-Aktiviti Prabacaan

Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yang melibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca dan seterusnya, peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihat sebagai potensi seseorang untuk mengingat apa-apa yang diberitahu dan berkebolehan menyatakan semula maklumat yang diketahui. Kesediaan emosi dikaitkan dengan minat mereka terhadap bahan-bahan bacaan, sama ada membelek-beleknya sahaja atau tertarik akan gambar yang dilihat dan berminat mendengar cerita yang dibacakan. Kesediaan fizikal pula merujuk kepada kemampuan kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan untuk menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaan atau persamaan bentuk dan keupayaan pendengaran untuk mengecam pelbagai bunyi seperti alat-alat muzik, haiwan, kenderaan, suara (mekanis, semula jadi dan buatan).

Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka.Peringkat prabacaan dapat difahami berdasarkan maklumat di bawah.

Rajah 1.1 Peringkat Kesediaan Membaca

Menurut Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan penglihatan, kemahiran pengamatan pendengaran, aktiviti pergerakan koordinasi psikomotor (mata dan tangan), latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.

Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) menetapkan bahawa tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Menegaskan istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama.

Juriah Long et. al (1994) menjelaskan bahawa konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran secara khusus dan berterusan.Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1979) telah mengenal pasti kemahiran kesediaan membaca, iaitu;

I. Kemahiran melihat dan mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan berbeza.

II. Kemahiran mendengar dan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan berbeza.

III. Kemahiran menghubungkan bentuk huruf dan bunyi.

IV. Kemahiran mengenal semua huruf.

V. Kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan kemudiannya menjadi kata yang bermakna.

VI. Kemahiran mencerakin bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi.

VII. Kemahiran pengamatan bentuk-bentuk yang sama dan berbeza yang membandingkan perbezaan makna.

VIII. Kemahiran pergerakan motor bagi mengukuhkan penglihatan dan pengamatan murid.1.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1.Menjelaskan konsep prabacaan.

2.Memahami dan menghuraikan bentuk-bentuk prabacaan.

3.Menyenaraikan aktiviti-aktiviti bagi setiap bentuk prabacaan.

4. Membina dan menghasilkan bahan bantu mengajar serta melaksanakan

strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

1.3 KERANGKA TAJUK-TAJUKUntuk memahami aktiviti prabacaan, sila teliti kerangka tajuk di bawah.

Rajah 1.2 Kerangka Tajuk

1.4 KANDUNGAN ISIKandungan isi untuk tajuk ini merangkumi huraian dan penjelasan tentang konsep pengamatan, bentuk-bentuk pengamatan, jenis-jenis aktiviti bagi setiap pengamatan dan contoh-contoh aplikasi bahan.1.4.1 Konsep Pengamatan

Pengamatan merupakan proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. Proses berlaku apabila wujudnya rangsangan luar yang boleh kesan dan bertindak dengan organ-organ deria, hasil proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan tepat (Janet W. Leaner, 1971).

Rajah 1.3 Proses Pengamatan Janet W. LeanerPengamatan juga bermaksud proses yang memberikan makna kepadatugas-tugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman lalu yang berhubungan rapat dengan pemikiran kita.Oleh itu, pengamatan sebagai proses pengawasan dan penelitian. Memberi gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu dan pandangan atau tanggapan pancaindera (Noresah Baharom et al, 2002).

Rajah 1.4 Proses Pengamatan Noresah Baharom et al.1.4.2 Komponen dan Bentuk Pengamatan

Berikut ialah komponen dan bentuk-bentuk pengamatan yang dapat diaplikasikan dalam melaksanakan aktiviti prabacaan.

I. Penglihatan (diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi visual-motor dan visual-kinestetik)

II. Pendengaran (diskriminasi pendengaran, ingatan pendengaran dan integrasi visual-pendengaran)

III. Pergerakan tangan dan mata.1.4.3 Jenis Aktiviti dalam Bentuk Pengamatan.

1.4.3.1 Bentuk Pengamatan Penglihatan.

Terdapat empat belas jenis aktiviti yang setiap satunya mempunyai tujuannya yang tersendiri dan langkah melaksanakannya, iaitu diskriminasi penglihatan, ingat kembali, orientasi kedudukan,turutanmenyudahkan atau melengkapkan, rajah ayau latar bertindih, kordibasi mata dan tangan, pertalian jarak (ruang), ketetapanbentuk atau kedudukan dalam rajah, gambar bersiri, pembalikan, mazing atau mencari jalan keluar danbenda tersembunyi.(a) Diskriminasi Penglihatan.Aktiviti visual ini melibatkan keupayaan murid untuk melihat dan mengamati persamaan dan perbezaan sesuatu objek, bentuk geometri, gambar, huruf dan perkataan.

(i) Aktiviti Mendiskriminasi yang Sama.

Contoh 1:

Bulatkan Gambar yang Sama

Contoh 2:

Bulatkan Bentuk yang Sama

Contoh 3:Tandakan ( ) warna yang sama

(ii) Aktiviti Mendiskriminasi yang Tidak Sama.

Contoh 1:

Tunjukkan saiz yang tidak sama

Contoh 2:Bulatkan bentuk yang tidak sama

Contoh 3:

Tandakan (x) yang ganjil

(b) Ingat Kembali.Bertujuan melatih murid supaya dapat mengingat kembali apa yang telah diamati. Guru boleh menggunakan himpunan bahan maujud dan keratan gambar. Murid meneliti bahan-bahan maujud dan menyebutnya kembali tanpa melihatnya. Guru boleh menggunakan kad imbasan yang mengandungi pelbagai gambar dan murid menunjukkan gambar lain yang sepadan dengan kad gambar.

Contoh 1:

Lihat dan ingat gambar

(c) Orientasi Kedudukan.

Menguji kebolehan murid membezakan kedudukan sesuatu objek atau gambar. Berdasarkan beberapa keping gambar yang mempunyai ciri-ciri yang sama, murid-murid mengesan kedudukan gambar yang berbeza.

Contoh 1:

Tunjukkan gambar yang berbeza kedudukan

Contoh 2:

Tunjukkan objek yang berbeza kedudukan

(d) Mazing atau Cari Jalan KeluarDalam aktiviti ini, murid-murid perlu mencari jalan keluar atau jalan pulang, ibu mencari anak atau mencari makanan dengan selamat. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menguji kesabaran dan pengamatan penglihatan sebagai kemahiran menyelesaikan masalah.

Latihan

1.4.3.2 Bentuk Pengamatan Pendengaran.

Terdapat enam aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan pengamatan pendengaran, iaitu diskriminasi pendengaran, penerimaan pendengaran, perkaitan pendengaran, ingatan pendengaran, melengkapkan pendengaran dan percantuman bunyi.(a) Diskriminasi Pendengaran

Tujuannya adalah untuk melihat keupayaan murid-murid mengenali dan mengecam persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar

Contoh 1: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang sama

Dengar bunyi dan namakan haiwan

Contoh 2: Mendiskriminasi bunyi haiwan yang berbezaDengar bunyi dan namakan haiwan

1.4.3.3 Bentuk Pergerakan Tangan dan Mata.

Tujuannya adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan tangan secara kemas, berpandu, terarah dan berfokus. Terdapat dua yang boleh dilaksanakan untuk tujuan itu, iaitu menyambungkan titik dan menyalin corak.(a) Menyambung Titik.Aktiviti ini memerlukan murid menyambungkan titik-titik mengikut nombor atau abjad pada gambar dengan membuat garisan bagi menghasilkan sebuah gambar, objek atau huruf yang lengkap. Oleh itu, guru perlu menyedikan bahan pertama dengan banyak titik, diikuti dengan sederhana titik dan akhir sekali, kurang titik.

BUAT BBM

1. HURUF

2. GAMBAR

(b) Menyalin Corak.

TAJUK 2BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH FONETIK

2.1 SINOPSIS

Secara ringkas bengkel asas membaca menggunakan kaedah fonetik menekankan beberapa aspek berikut: Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf. Latihan membatang suku kata dan perkataan. Latihan membaca frasa dan ayat. Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonetik.Bengkel asas membaca kaedah fonetik memerlukan pelajar membuat latihan membunyikan huruf dan mengasosiasikan benda/ objek dengan bunyi huruf. Pelajar juga dikehendaki membatang suku kata dan perkataan, membaca frasa dan ayat.Seterusnya bagi melaksanakan kaedah fonetik ini, pelajar dikehendaki menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai.

2.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan dan menghuraikan kaedah fonetik dalam kemahiran asas

KIA2M.

2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M.

3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

untuk melaksanakan KIA2M.

Arahan Pembelajaran:1.Anda perlu membina bahan bantu mengajar untuk melaksanakan

setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini.2.Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bukti di dalam

portfolio anda.3.Segala hasil kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran

Bahan Penulisan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ 3104.2.3 Kerangka Tajuk-TAJUK

Untuk memahami kaedah fonetik, sila teliti kerangka konsep berikut:

2.4 KANDUNGAN ISIKandungan isi untuk tajuk ini merangkumi konsep membaca kaedah abjad dan diikuti dengan melaksanakan aktiviti latihan membaca berdasarkan bahan yang disediakan.

2.4.1 Konsep Membaca Kaedah Fonetik

Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Kaedah fonetik hanya mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf.

Kaedah fonetik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat.

Kaedah fonetik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris.

Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan bunyi huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan bunyi huruf konsonan, seperti berikut:Bunyi vokal

aaaaa

eeeee

iiiiii

ooooo

uuuuu

Bunyi konsonan

bbehnen

ccehppeh

ddehqqeh

ffehrrer

ggehssss

hhehtthe

jjehvvev

kkehwweh

lelyyeh

memzzez

Kemudian bunyi-bunyi huruf tersebut digabungkan untuk membentuk suku kata, dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna.

Bagi menarik minat murid-murid kaedah ini amat sesuai menggunakan gambar sebagai sokongan.

Contoh:

Perkataan baju dieja dengan bunyi huruf:

[ b ] (beh), [ a ] (aaa) = [ ba ]

[ j ] (jeh), [ u ] (uuu) = [ ju ]

= [ ba ] + [ ju ]

= [ baju ]

Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina, kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan perkataan-perkataan ini.Contoh:Ini baju saya

Berikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini:

Kelebihan

Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu yang bersifat fonemik.

Membolehkan murid-murid membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat membunyikan huruf vokal dan konsonan dengan baik.

Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.

Memudahkan murid-murid menguasai kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid.

Kelemahan:

Murid-murid keliru antara kaedah fonetik dengan cara tradisional (kaedah abjad) tanpa memahami apa yang dibacanya. Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Peringkat awal bacaan murid-murid tidak lancar.

Tidak menarik minat murid-murid kerana bunyi huruf yang diajar tidak mempunyai makna Sukar untuk membunyikan fonem diftong dan digraf

Perbincangan

2.4.2 BENGKEL ASAS MEMBACA KAEDAH FONETIK

Dalam bengkel kaedah fonetik pelajar perlu melaksanakan beberapa latihan/aktiviti berikut:

2.4.2.1 Latihan Membunyikan Huruf dan Asosiasi Benda dengan

Bunyi Huruf

Dengan menggunakan bahan bantu belajar, pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut:

(a) Latihan/aktiviti Membunyikan Huruf a z

Contoh:

i. Membunyikan huruf vokal:

aeo

eiu

ii. Membunyikan huruf konsonan

bfh

dgj

Kemudian, selesai membunyikan kesemua huruf, pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut:

(b) Latihan Mengasosiasikan Benda dengan Bunyi Huruf .

Contoh:

2.4.2.2 Latihan Membatangkan Suku Kata dan Perkataan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut:

(a) Latihan membatang suku kata

Contoh:

aeiou

ddadedidodu

ggagegigogu

kkakekikoku

(b) Latihan menyebut dan menyembunyikan perkataan tanpa membatang suku

kata.

Contoh:

dadadadudakikakikaku

gigikukudagukudaduka

2.4.2.3 Latihan Membaca Frasa dan Ayat

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut:

(a) Latihan membaca frasa.

Contoh:

ini kudakuda Alilari laju

(b) Latihan membaca ayat yang lengkap.

Contoh:

Ini kuda Ali

Kuda Ali lari laju

2.4.2.4 Latihan Menggunakan Bahan Bantu Belajar untuk

Melaksanakan Kaedah Fonetik

Setelah pelajar mahir melaksanakan latihan dan langlah-langkah dalam kaedah fonetik, dengan kreativiti tersendiri pelajar dikehendaki:

(a) Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkah-langkah kaedah fonetik

(b) Menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah fonetik seperti yang telah anda pelajari.

Latihan

http://blog.cepatbaca.com.my/20070808/jom-kenali-kaedah-mengajar-membaca-sukukata/ . http://cmslib.uum.edu.my/psb/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=56

www.geocities.com/masihadayangsayang/kaedah_membacaTAJUK 3BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH ABJAD

3.1 SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan bengkel asas membaca kaedah abjad yang memerlukan pelajar memahami dan menguasai aspek-aspek berikut: Menyebut nama huruf abjad a hingga z: huruf kecil dan huruf besar.

Latihan menyebut pola suku kata v dan kv.

Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa.

Latihan membaca ayat3.2 HASIL PEMBELAJARANPada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. Memahami dan menguasai konsep membaca kaedah abjad.

2. Memahami dan menjelaskan kemahiran asas dalam bengkel membaca

kaedah abjad.

3.Membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan

pengetahuan murid.

4.Melaksanakan langkah pengajaran dengan tepat, berkesan dan difahami.

3.3 KERANGKA TAJUK

Untuk memahami aktiviti bengkel kemahiran asas membaca, sila teliti kerangka tajuk di bawah.

3.4 KANDUNGAN ISIKandungan isi untuk tajuk ini merangkumi konsep membaca kaedah abjad dan diikuti dengan melaksanakan aktiviti latihan membaca berdasarkan bahan yang disediakan.

3.4.1 Konsep Membaca Kaedah Abjad.Kaedah ini dijalankan dengan memperkenalkan huruf-huruf (26) bahasa Melayu dan diikuti dengan menyebut nama huruf-huruf tersebut. Setelah itu diperkenalkan pula huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan. Murid-murid tidak perlu menghafal semua huruf, sebaliknya menguasai beberapa beberapa huruf sahaja untuk mempelajari suku kata, perkataan dan ayat. Menurut Juriah Long et. al (1994), murid-murid mempelajari dan menguasai huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan.Kaedah ini merupakan kaedah klasik yang paling tua digunakan oleh manusia untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak dan digemari oleh banyak guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala, Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula berpendapat bahawa kedua-dua bentuk huruf kecil dan besar didedahkan serentak. Teknik latih tubi menyebut nama huruf, mengeja suku kata dan perkataan untuk meningkatkan penguasaan dan pemahaman murid. Zulkifley hamid (1994) berpendapat, kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan. Dengan kata lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama huruf sebelum didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah.Berikut adalah antara kelebihan dan kelemahan kaedah ini:

Kelebihan

Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.

Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.

Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.

Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid.

Kelemahan:

Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.

Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.

Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.

Boleh membosankan murid-murid terutamanya apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.3.4.2 Latihan Menyebut Nama Huruf A hingga Z.(a) Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil

Contoh 1: Sebut huruf-huruf di bawah

(b) Menyebut nama-nama huruf

Contoh 1: Sebut nama-nama huruf.

3.4.3 Latihan Menyebut Pola Suku Kata V dan KV.

(a) Mengenal dan menyebut huruf-huruf vokal dan konsonanContoh 1: Sebut nama huruf-huruf vokal dan konsonsn

(b) Mengenal dan menyebut pola suku kata v dan kv

Contoh 1: Sebut suku kata di bawah

3.4.4 Latihan Menyebut Suku Kata, Perkataan dan Frasa.(a) Menyebut suku kata, perkataan dan frasaContoh 1: Sebut suku kata, perkataan dan frasa

a....bu i....bu na.....si na.....ni ku....ku ka....ki sa....ni

iniabuibunasinanikukukakisani

ini

ibu

nasi

kukuabu

sani

nani

kakiini abu

ibu sani

nasi nani

kuku kaki3.4.5 Latihan Membaca Ayat.

(a) Membaca ayat

Pengamatan

Penglihatan

Pengamatan

Pendengaran

Pergerakan Tangan dan Mata

BENTUK PRABACAAN

Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar

Laksanakan Latihan

Meniarap (aktiviti kesediaan membaca)

Merangkak (aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca)

Berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca)

Berjalan (kemahiran membaca peringkat rendah)

Berlari (kemahiran membaca peringkat tinggi)

Menerima Rangsangan

Merakam Maklumat

Bertindak Balas (Respon)

Memproses Maklumat

Penerimaan

Proses Data

Tindak Balas

Kaedah Abjad

Menyebut nama huruf abjad a hingga z: huruf kecil dan huruf besar.

Latihan menyebut pola suku kata v dan kv.

Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa.

Latihan membaca ayat

Menggunakan Bahan Bantu Belajar

Laksana Latihan

A B C D E F G H I J K L M N O

a b c d e f g h i j k l m n o

P Q R S T U V W X Y Z

p q r s t u v w x y z

Aa = eJj = jaySs= es

Bb = biKy= kayTt= ti

Cc= siLl = elUu= yu

Dd = diMm= emVv= vi

Ee = eiNn= enWw= dabliu

Ff = efOo= oXx= ex

Gg= giPp= piYy= wai

Hh= echQq= kiuYy= zek

Ii = aiRr= ar

Huruf Vokal

Aa Ee Ii

Oo Uu Ee

Huruf Konsonan

Bb Cc Dd Ff Gg Hh Jj Ky

Ll Mm Nn Pp Qq Rr Ss Tt

Vv Ww Xx Yy Zz

bu

da

a ci

lu

ya

ji

bi

u da

lu

bu

na

i tu

sa

i.....ni a ..... bu i .....bu sa ...... ni ku ......ku

ka ...... ki ma ....... na na ....... si na ...... ni sa..... na

ini manaini

ibunasikuku

abusanikaki

ini ibu abu.ibusani

manamana nasi sani ibu.ini kuku kaki sani

ibuini

abunasi

sanisani

mana ibu abu, sani.ini nasi nani.

Berdasarkan aktiviti di atas, bina satu bahan pengajaran yang sesuai dan hantar pada interaksi seterusnya.

Ayam Betina

Anak Ayam

Ayam Jantan

EMBED Unknown

Latihan membaca frasa dan ayat

Latihan membatang suku kata dan perkataan

Latihan menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonetik

Latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf

KAEDAH FONETIK

L

a

t

i

h

a

n

Pernah anda melaksanakan kaedah fonetik dalam pengajaran bahasa Melayu, bagaimana anda melaksanakannya?

a

i

u

1. Cadangkan beberapa contoh bahan bantu belajar yang sesuai

digunakan untuk melaksanakan kaedah fonetik, dan anda

dikehendaki membina satu bahan bantu belajar tersebut.

2. Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan eletroni dan

eletronikyang anda bina sendiri, anda dikehendaki melaksanakan

kaedah fonetik secara simulasi di dalam bilik darjah.