sce 3112 - 08 isi pelajaran - tajuk 01 - pengendalian selam

17
SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber TAJUK 1 Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia 1.0 SINOPSIS Tajuk ini membincangkan pengendalian secara selamat bahan saintifik dan bahan kimia. Aspek yang diberi perhatian termasuk cara pengendalian bahan kimia, bahan radioaktif dan bahan biologi, penyimpanan bahan kimia, pengendalian peralatan elektrik, dan penyimpanan peralatan sains dengan betul dan selamat. 1.1 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir tajuk ini anda seharusnya dapat 1. mengendalikan bahan kimia, bahan radioaktif, bahan biologi, dan peralatan elektrik di makmal sains dengan betul dan selamat. 2. menyimpan bahan kimia dan peralatan sains di makmal sains dengan betul dan selamat. 5

Upload: salwa-hanim

Post on 25-Nov-2015

53 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Rangka Isi Pelajaran

SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

TAJUK 1Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia

1.0 SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan pengendalian secara selamat bahan saintifik dan bahan kimia. Aspek yang diberi perhatian termasuk cara pengendalian bahan kimia, bahan radioaktif dan bahan biologi, penyimpanan bahan kimia, pengendalian peralatan elektrik, dan penyimpanan peralatan sains dengan betul dan selamat.1.1HASIL PEMBELAJARANDi akhir tajuk ini anda seharusnya dapat 1. mengendalikan bahan kimia, bahan radioaktif, bahan biologi, dan peralatan elektrik di makmal sains dengan betul dan selamat.2. menyimpan bahan kimia dan peralatan sains di makmal sains dengan betul dan selamat.

1.2 Kerangka Tajuk-tajuk

1.3PengenalanBahan saintifik dan bahan kimia dalam makmal hendaklah dikendalikan dengan betul dan selamat supaya tidak mengakibatkan risiko yang berikut:

Kebakaran dan letupan disebabkan oleh bahan reaktif.

Melecur disebabkan oleh bahan kimia yang mengkakis.

Alahan kepada bahan sains.

Kecederaan disebabkan oleh tumpahan dan percikan bahan kimia.

Pencemaran kepada alam sekitar.

Keracunan disebabkan terhidu gas beracun.

Kemudaratan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran radioaktif.

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999)1.4Pengendalian Bahan KimiaBahan kimia selamat digunakan jika dikendalikan dengan betul. Beberapa bahan kimia mempunyai cirri-ciri tertentu seperti mudah terbakar dan meletup, mengkakis, beracun dan merengsa. Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa mengendalikan bahan kimia adalah seperti berikut:

Guna kukus air untuk memanaskan bahan kimia dan elakkannya daripada terdedah secara terus dengan api.

Mengendalikan pelarut mudah terbakar dalam hud ekzos atau kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik.

Pelarut yang tidak kehendaki haruslah dikembalikan kepada stor pelarut atau segera dilupuskan dengan betul.

Bekas yang mengandungi cecair mudah terbakar tidak perlu diisi lebih daripada satu setengah kapasitinya.

Apabila membuat ekstrak pelarut atau mengoncang cecair meruap, tekanan dalam bekas harus kerap dilepaskan/dikurangkan. Jangan tuangkan cecair mudah terbakar ke dalam singki.

Elakkan tumpahan dan serta-merta membasuh tangan dengan sabun dan air jika tersentuh tumpahan tersebut.

Sentiasa menuangkan asid ke dalam air.

Jangan sekali-kali menggunakan spatula yang sama untuk mengeluarkan bahan kimia daripada dua bekas yang berbeza.

Berikut adalah symbol bahan kimia berbahaya:

Mudah terbakar

Bahan beracun

Agen pengoksida

Bahan mudah meletup

XBahan mengkakis Bahan merbahaya Teknik menuang bahan kimia

Menuang bahan kimia dari botol reagen.

Bolehkah anda meninggalkan penutup botol reagen di atas meja semasa menuang larutan daripadanya?

Memindahkan cecair kimia menggunakan penitis

EMBED PBrush Menggunakan kaca rod untuk menuang cecair kimia

Terangkan bagaimana anda boleh mengelakkan tumpahan semasa memindahkan bahan kimia.

1.5Pengendalian Bahan Radioaktif

Elakkan bahan-bahan radioaktif daripada menyentuh kulit.

Barangan kaca yang khas digunakan bersama bahan radioaktif perlu disimpan secara berasingan. Tangan dan bahagian lain badan yang telah tercemar dengan bahan-bahan radioaktif mestilah dibasuh sabun dan air dengan teliti.

Semua bahan radioaktif hendaklah dilupuskan pada akhir kelas amali.

1.6Pengendalian Bahan Biologi

Elakkan menyentuh mulut dengan tangan ketika mengendalikan bahan-bahan biologi.

Kultur bakteria dan kulat hendaklah direndam dalam disinfektan sebelum pelupusan.

Visor keselamatan harus dipakai apabila menggunakan picagari untuk menyuntik metanol kerana kemungkinan terpisahnya jarum daripada picagari tersebut.

Segala luka mestilah dibalut sebelum melakukan kerja yang melibatkan haiwan. Haiwan liar perlu diperkenalkan ke sekolah dengan berhati-hati dan mengikut budi bicara kerana ia boleh membawa parasit serta risiko kepada jangkitan Elak mengendalikan kulit haiwan yang telah diawet kerana ia mungkin telah diproses dengan sebatian arsenical dan merkurik klorida.1.7Penyimpanan Bahan Kimiaa. Bahan kimia tak organik

Biasanya disimpan berasingan daripada bahan kimia organik. Botol-botol bahan kimia disusun mengikut abjad dan disimpan dalam almari yang bertutup. Bahan kimia yang boleh menyerap wap air dari udara mesti disimpan berasingan dengan bahan kimia yang bersifat peroi (menghilangkan air habluran kepada udara).

Beri contoh beberapa bahan kimia yang boleh menyerap wap air dari udara, dan bahan kimia yang boleh menghilangkan habluran ke udara.

b. Bahan kimia organik Kebanyakannya adalah cecair yang meruap dan beracun.

Disusun mengikut abjad dan disimpan di tempat yang berasingan dari bahan-bahan lain. Bilik stor/tempat penyimpanan dilarangkan penggunaan api dan mempunyai pengaliran udara yang baik.

Beberapa contoh bahan kimia organik yang amat mudah terbakar ialah aseton, benzene, karbon disulfide, etanol, toluene, propanol dan kloroform.

Bagaimanakah bahan kimia berikut disimpan?

a. bahan kimia cecair yang menghakisb. logam alkali

1.8Pengendalian Peralatan ElektrikKemalangan mungkin berlaku jika alat elektrik tidak diguna dengan betul atau tidak disenggarakan dengan baik. Langkah-langkah berikut perlu diambil untuk mencegah kemalangan yang disebabkan oleh pengendalian alat elektrik yang tidak betul: pastikan suis tidak dipasang dengan tangan yang basah.

Jangan bekerja dengan tangan yang basah atau berdiri di atas lantai yang lembap apabila menggunakan peralatan elektrik.

Tutup suis sumber kuasa dan tanggalkan palam sebelum membuat sambungan atau sebarang perubahan pada litar atau peralatan.

Semua sambungan wayar hendaklah dibuat dengan betul dan baik serta menggunakan wayar yang bertebat.

Jangan melebihi beban kuasa dengan menggunakan lebih daripada satu peralatan pada setiap satu punca kuasa.

Soket atau palam yang retak atau rosak hendaklah d iganti dengan segera.

Pastikan wayar disambung dengan mengikut kod warna yang betul.

Pastikan wayar dan kabel dalam keadaan yang baik.

Peralatan elektrik hanya boleh disambung kepada soket tiga pin.

Sebarang kerosakan pendawaian elektrik hendaklah dibaiki oleh juru elektrik yang bertauliah.

Sebarang peraturan keselamatan penggunaan elektrik hendaklah dipatuhi.

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999)Mengendalikan Voltmeter Keupayaan di antara dua titik di dalam satu litar diukur dengan voltmeter.

Terminal +5V digunakan jika julat voltmeter ialah antara 0-5V, manakala terminal +10V diguna untuk julat antara 0-15V.

Terminal mesti disambung dengan polariti yang betul Simbol-simbol bersesuaian juga digunakan untuk menunjukkan jenis voltmeter (A atau mA) dan jenis arus (arus terus [ - ] atau arus ulang alik [ ])

Mengendalikan Ammeter Terminal +1A digunakan jika julat ammeter ialah antara 0-1A, manakala terminal +5A diguna untuk julat antara 0-5A.

Terminal mesti disambung dengan polariti yang betul Ammeter mempunyai dua terminal; terminal berwarna merah adalah positif dan terminal berwarna hitam negative.

Ammeter disambung secara siri dalam litar elektrik. Terminal positif ammeter disambung kepada terminal positif bateri, manakala terminal negative ammeter disambung kepada terminal negative bekalan kuasa.

Tutorial

1. Kumpul maklumat tentang bagaimana bahan-bahan kimia dan peralatan sains disimpan dalam bilik/makmal sains sekolah anda. Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk menyempurnakan lagi penyimpanan bahan dan peralatan tersebut. 1.9Penyimpanan Peralatan SainsPeralatan sains perlu disimpan dengan cara yang teratur dan selamat supaya ia mudah dikesan serta mengelakkan kemalangan. Bahan dan peralatan sains yang perlu disimpan dengan cermat termasuk radas kaca, radas optik, radas elektrik, dan bahan kimia.Radas kaca Semua radas kaca perlu dibersihkan sebelum disimpan dalam almari tertutup. Untuk menjamin keselamatan semasa menyimpan atau mengeluar radas dari almari, elak simpan radas kaca tersebut pada tempat yang terlalu tinggi.

Radas yang sama saiz hendaklah disusun di tempat yang sama.

Radas yang tinggi hendaklah ditempatkan di bahagian belakang manakala yang rendah di bahagian hadapan.

Radas-radas yang kecil seperti tabung, tiub specimen, piring petri, dan slaid mikroskop boleh disimpan dalam dulang, kotak atau laci yang tertutup dan dilabel.

Tiub dan rod kaca panjang hendaklah diletakkan secara mengufuk bagi mengelakkannya daripada melentur. Tiub kaca berlubang hendaklah ditutup di kedua-dua hujung bagi mengelakkan habuk masuk.

Biuret dan pipet hendaklah disimpan dalam keadaan menegak di rak khas.

Radas optik Radas optik pada amnya perlu disimpan dengan baik supaya tidak senang tergores. Radas-radas optik yang kecil seperti prisma, kanta optik dan kanta pembesar elok disimpan dalam kepingan stirofoam yang mempunyai ruang yang sepadan atau dalam kotak asal supaya senang dipindah.

Mikroskop dan binocular perlu disimpan dalam kotak atau almari yang kering supaya mencegah pertumbuhan kulat pada permukaan optik. Teleskop perlu disimpan dalam kotak yang kering untuk mengelakkan kantanya daripada berkulat.

Radas elektrik Alat elektrik mesti disimpan di tempat yang kering. Sambungan wayar penyambung pada alat dan palam hendaklah sentiasa kemas untuk memastikan tiada wayar yang terdedah untuk mengelakkan daripada litar pintas berlaku.

Bahan kimiaPenyimpanan bahan kimia hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:

Bahan kimia stok mestilah disimpan dalam stor bahan kimia yang mempunyai edaran udara yang baik. Rak penyimpanan bahan ini mestilah bertubir untuk menahan botol daripada jatuh.

Cecair meruap dan cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam kebuk wasap.

Bahan beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci dan dilabelkan Bahan Beracun.

Penggunaan bahan beracun mesti direkodkan.

Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi mestilah dilupuskan dengan cara yang betul.

Label pada botol reagen bagi bahan kimia yang pekat atau mengkakis mestilah dicetak dengan warna merah.

Semua botol reagen bahan kimia mestilah dilabel dengan jelas. Apakah butiran yang sepatutnya ada dalam label tersebut?

Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia

Bahan Kimia

Bahan Radioaktif

Bahan Biologi

Penyimpanan

Peralatan Elektrik

Peralatan Sains

Bahan Kimia

EMBED Unknown

EMBED Unknown

EMBED Unknown

13