08 isi pelajaran_13

15
SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER TAJUK 13 SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS IV SINOPSIS Sumber pengajaran dan pembelajaran sains merangkumi pelbagai sumber termasuk sumber yang terdapat di luar bilik darjah seperti taman sains, zoo mini, kolam dan pusat sains. Kepelbagaian sumber pengajaran dan pembelajaran sains membolehkan sesi pembelajaran sains diadakan diluar bilik darjah selaras dengan kurikulum dan bilik darjah Abad ke-21. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberi peluang kepada setiap sekolah membina satu taman berkonsepkan sains dan alam sekitar bagi memupuk minat murid terhadap sains yang berkaitan dengan alam sekitar dan menggalakkan pembelajaran berasaskan sumber persekitaran. Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya dengan kehidupan seharian. Topik ini akan membimbing pelajar bagaimana melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah dengan menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran sains seperti taman sains, zoo mini, kolam dan pusat sains. HASIL PEMBELAJARAN Menggunakan persekitaran di luar bilik darjah sebagai sumber pembelajaran seperti taman sains, mini zoo, kolam dan pusat sains. KERANGKA TAJUK-TAJUK 1

Upload: sktkzuera

Post on 12-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

8

TRANSCRIPT

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

TAJUK

13

SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS IV

SINOPSIS

Sumber pengajaran dan pembelajaran sains merangkumi pelbagai sumber termasuk sumber yang terdapat di luar bilik darjah seperti taman sains, zoo mini, kolam dan pusat sains. Kepelbagaian sumber pengajaran dan pembelajaran sains membolehkan sesi pembelajaran sains diadakan diluar bilik darjah selaras dengan kurikulum dan bilik darjah Abad ke-21. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberi peluang kepada setiap sekolah membina satu taman berkonsepkan sains dan alam sekitar bagi memupuk minat murid terhadap sains yang berkaitan dengan alam sekitar dan menggalakkan pembelajaran berasaskan sumber persekitaran. Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya dengan kehidupan seharian.

Topik ini akan membimbing pelajar bagaimana melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah dengan menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran sains seperti taman sains, zoo mini, kolam dan pusat sains.

HASIL PEMBELAJARAN

Menggunakan persekitaran di luar bilik darjah sebagai sumber pembelajaran seperti taman sains, mini zoo, kolam dan pusat sains.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

Rajah 13.1: Kerangka Topik 13

ISI KANDUNGAN

13.1 Persekitaran Sebagai Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan persekitaran sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menjadikan bilik darjah tidak lagi bersempadan seperti apa yang dikatakan oleh Fielding (1999) berhubung dengan cara pengajaran dan pembelajaran menjelang abad ke-21 iaitu “classrooms are aut! no more classrooms! don’t build them”. Tuntutan kemahiran abad ke-21 menjadi cabaran kepada para guru untuk memilih strategi dan sumber pengajaran yang paling berkesan bagi menjamin berlakunya pembelajaran di kalangan pelajarnya. Tuntutan tersebut memerlukan para pendidik yang lebih peka terhadap persekitaran yang merupakan sumber khazanah pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan murid berinteraksi dengan persekitaran semasa pengajaran dan pembelajaran sains. Persekitaran yang boleh dijadikan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran adalah seperti taman sains, mini zoo, kolam dan pusat sains.

13.2 Kebaikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Sumber di Luar Bilik Darjah Seperti Taman Sains, Mini Zoo, Kolam Dan Pusat Sains.

i. Meningkatkan minat dan penguasaan murid terhadap pembelajaran sains melalui pengalaman secara konkrit yang berkaitan dengan persekitaran.

ii. Memberi kefahaman kepada murid terhadap konsep keperluan asas haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta kaitannya dengan peranan manusia. Contohnya dalam tajuk sains Tahun 4 Tema Menyiasat Alam Kehidupan.

iii. Membolehkan murid berinteraksi dengan ekosistem melalui pendekatan sosialisasi.

iv. Merangsang minda dan kreativiti murid dalam pembelajaran sains semasa mereka membuat pemerhatian secara kontekstual dan membuat perkaitan diantara teori dan realiti.

v. Merangsang perasaan ingin tahu murid terhadap apa yang dipelajari dan apa yang diperhatikan.

vi. Memupuk nilai-nilai murni kepada murid terhadap nikmat pencipta, flora dan fauna dan membuat perkaitan antara tumbuhan dan haiwan seperti dalam tajuk Tahun 5 Tema Menyiasat Alam Kehidupan.

2

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

13.3 Taman Sains

Perkembangan awal pembangunan Taman Sains atau Taman Teknologi telah bermula seawal tahun 1950 yang mana Taman Sains yang pertama dibangunkan adalah Taman Teknologi di Amerika Syarikat iaitu Taman Sains Universiti Stanford (Gower & Harris, 1994).

Taman sains sekolah merupakan satu kawasan yang mengandungi flora dan fauna untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif. Taman sains boleh merangkumi taman orkid, taman kaktus, kolam ikan, kolam teratai dan taman burung.

Contoh Entiti Taman Sains Sekolah

3

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

13.3.1 Contoh-contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan taman sains adalah seperti:

Flora Murid boleh diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengelaskan jenis atau spesies tumbuhan seperti taman kaktus, herba, orkhid, paku pakis dan lain-lain. Murid juga boleh diberi pendedahan ringkas mengenai ciri-ciri tumbuhan mengikut jenis taman.

Fauna Murid boleh diajar tentang anatomi luaran hidupan fauna yang terdapat di taman sains. Guru dapat memupuk sifat sayang terhadap haiwan dan bertanggungjawab dalam melindungi habitat tersebut.

Kipas Angin KuMurid boleh diberi pendedahan bagaimana menentukan arah angin di dalam taman sains dengan membina kipas taman.

Tumbuhan KuMurid boleh diberikan tugasan untuk menamam tumbuhan dan membuat eksperimen tentang keperluan asas tumbuhan tersebut dan cara tumbesaran tumbuhan.

Haiwan Peliharaan KuMurid boleh diberikan tugasan untuk memelihara haiwan seperti belalang, hamster, arnab dan cicak dan membuat eksperimen tentang keperluan asas haiwan tersebut, cara makan dan cara pergerakan haiwan tersebut.

4

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

13.4 Mini Zoo

Sumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan mini zoo merupakan tempat penempatan contoh-contoh binatang bagi memberi pendedahan kepada para murid mengenai haiwan terutamanya haiwan yang semakin pupus di negara kita serta memberi pengalaman baru kepada mereka. Contoh-contoh haiwan yang telah pupus adalah seperti katak Golden Toad, harimau Zanzibar Leapard dan Harimau Jawa, burang Po’ouli dan Spix’s Macaw, rama-rama Madeiran Large, kupu-kupu Alcon Biru Belanda, badak Hitam Afrika Barat, dan ular Boa Round Island. Manakala haiwan-haiwan yang diancam kepupusan adalah seperti Badak Sumatra (Dicerorhinus sumatrensis), serigala merah (Canis rufus), Harimau Siberia (Panthera tigris altaica), musang berkaki hitam (Mustela nigripes), buaya Filipina (Crocodylus mindorensis), gorila gunung (Gorilla beringei beringei) dan Orangutan Sumatra (Pongo abelii).

Contoh Entiti Mini Zoo

5

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

13.4.1 Contoh-contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan mini zoo adalah seperti:

Anatomi HaiwanMurid boleh diajar tentang anatomi luaran haiwan-haiwan yang terdapat di mini zoo.

Perlindungan HaiwanGuru dapat memupuk sifat sayang terhadap haiwan dan bertanggungjawab dalam melindungi habitat haiwan tersebut.

Kajian SetempatMurid boleh diberikan tugasan kajian untuk melakukan pemerhatian terhadap haiwan-haiwan yang terdapat dalam mini zoo dalam aspek cara pergerakan, cara makan dan cara berinteraksi.

Kajian Kepupusan HaiwanMurid boleh diberikan tugasan kajian untuk melakukan buku skrap bergambar terhadap haiwan-haiwan yang telah pupus dan diancam kepupusan di dalam dan luar negara.

13.5 Kolam

Sumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan kolam dengan eleman air dan hidupan merupakan tempat yang dapat memberikan pengalaman kepada murid secara konkrit tentang kehidupan air di samping memberi kesejukan dan ketenangan kepada murid kerana air merupakan terapi pikiran dan jiwa. Kolam seluas 1×15 meter persegi, dengan kedalaman sekitar 50 sentimeter dan tinggi permukaan air sekitar 35 sentimeter sudah memadai untuk sebuah kolam ikan. Kolam ikan memerlukan penjagaan yang rapi dalam aspek sistem saringan dan pembuangan. Setiap minggu kolam ikan perlu dibersihkan dari lumut dan sebulan sekali air perlu ditukar.

6

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

Contoh-Contoh Kolam Sebagai Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

15.2.1 Contoh-contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kolam adalah seperti:

Akuarium KuMurid boleh diberi tunjuk ajar bagaimana untuk membina sebuah akuarium yang ringkas beserta dengan sistem sokongan untuk sesebuah akuarium dan parameter yang sesuai untuk hidupan akuatik.

Anatomi IkanMurid boleh diajar tentang anatomi luaran dan dalaman seekor ikan atau hidupan air lain serta fungsi setiap bahagian.

7

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

Membina Hidrometer Ringkas Murid boleh diberi pendedahan bagaimana hidrometer berfungsi dengan membina model dan menjalankan eksperimen.

Air Bersih Membantu murid memahami bahawa air yang kotor dapat dibersihkan. Sungai, kolam, tasik dan laut adalah habitat ikan dan kebersihan air perlulah sentiasa dijaga supaya kita dapat membantu melindungi habitat tersebut.

Katak dan KodokGuru boleh menerangkan kepada murid tentang perbezaan yang agak ketara diantara dua spesis yang sama. Murid juga akan dibawa ke kolam ekologi dan diberi peluang untuk mengumpul telur dan anak katak dan mengkelasnya mengikut peringkat umur.

Kolam dan EkologinyaMurid boleh diberi tunjuk ajar tentang sistem sebuah kolam ekologi dan parameter yang sesuai untuk hidupan akuatik sesebuah kolam ekologi.

Kadar Pernafasan Ikan Murid boleh membuat pemerhatian terhadap pembukaan dan penutupan mulut serta operkulum ikan bagi menentukan kadar pernafasannya. Di samping itu murid boleh membuat kajian samada suhu sejuk akan mempengaruhi kadar pernafasan pada ikan tersebut.

13.6 Pusat Sains

Pusat sains merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang menyediakan berbagai jenis bahan pameran yang direka untuk menarik, merangsang dan mendorong para pelawat terutamanya pelajar untuk menanam minat aktif terhadap Sains dan Teknologi. Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis aktiviti hands-on yang dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal dikalangan pelajar dan membina perasaan ingin tahu mereka terhadap sains. Setiap pelajar diberi peluang untuk membuat pemerhatian, ujikaji, mengumpul dan mentafsir data, membuat inferens dan membuat kesimpulan mengenai yang mereka perolehi. Aktiviti-aktiviti pusat sains adalah seperti eksplorasi taman pendidikan sains, keajaiban sains yang melibatkan aktiviti makmal, eksplorasi geleri sains. Konsep keseluruhan Pusat Sains adalah untuk menghubungkan sains dengan nilai-nilai agama dan alam sekitar, seterusnya mengaitkan sains dengan semua aspek kehidupan, pengetahuan dan penggunaannya di dalam kehidupan seharian.

8

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

Kewujudan mini pusat sains di sekolah dapat mewujudkan suasana pembelajaran sains yang menyeronokkan melalui bahan-bahan pameran sains hands-on yang interaktif dan dinamik. Di samping itu dapat membantu meningkatkan kepelbagaian teknik pengajaran melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains secara tidak formal yang menyeronokkan untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghargaan murid terhadap sains, teknologi dan inovasi.

Contoh-contoh Sumber Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Sains Malaysia

9

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

Contoh-contoh Sumber Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Sains Singapura

10

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

Contoh-contoh Sumber Pengajaran dan Pembelajaran DI PUSAT SAINS GLASGOW

11

SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

Layari Internet

Layari internet untuk mengumpul maklumat tentang aktiviti sains di luar bilik darjah di peringkat antarabangsa dan bandingkan dengan aktiviti yang dijalankan kebanyakkan sekolah rendah di Malaysia.

Latihan

Pilih topik daripada Kurikulum Sains Sekolah Rendah mengikut tahap dan tajuk dan bincangkan bagaimana aktiviti sains di luar bilik darjah dapat di adakan.

Mengumpul Maklumat

Cari maklumat persekitaran yang boleh dijadikan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran selain daripada taman sains, mini zoo, kolam dan pusat sains.

Rujukan:

Fielding, R. 1999. The Death of the Classroom, Learning Cycles. Online 11.8.2012.www.designshare.com/index.php/articles/death-of-the-classroom .

Gower, S.M., Harris, F.C. 1994. The Funding of, and Investment in, British Science Parks: A Review. Journal of Property Finance, 5(3):7 – 18.

Poh, S. H. 1998. Pedagogi Sains 4: Pengurusan Makmal & Sumber Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

12