08(d) isi pelajaran_interaksi 4

42
SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI TAJUK 11 ANCAMAN KEPADA BIODIVERSITI 1.1 Sipnosis Aktiviti manusia merujuk kepada aktiviti harian yang melibatkan interaksi dengan alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup. Aktiviti manusia seperti pertanian, pembalakan, perikanan dan lain-lain memberi ancaman ke atas biodiversiti seperti kemusnahan habitat, populasi berkurangan, fragmentasi populasi seterusnya kepupusan spesies, jika tidak diurus dengan baik. Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan tentang ancaman yang dihadapi oleh hidupan liar akibat aktiviti manusia seperti pemburuan haram dan penyeludupan haram hidupan liar. 1.2 Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. Memahami dan menghuraikan tentang pemburuan haram haiwan liar ii. Memahami dan menghuraikan tentang penyeludupan haiwan liar 1.3 Pemburuan Haram Haiwan Liar Pemburuan haram, membunuh atau menangkap hidupan liar boleh berlaku dalam pelbagai cara. Pemburuan haram merujuk kepada kegagalan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang dalam mendapatkan hidupan liar . Contohnya pemburuan tanpa lesen atau permit, menggunakan senjata atau perangkap yang dilarang, memburu di luar masa yang ditetapkan dan jantina serta peringkat umur yang tidak dibenarkan. Pemburuan haram juga merujuk kepada pengambilan haiwan dari tempat perlindungan hidupan liar yang diwartakan, seperti taman negara atau zoo. Kebanyakan negara menguatkuasakan sekatan memburu hidupan 61

Upload: wanie-sabrie-ws

Post on 19-Oct-2015

43 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SCE 3107 EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI

TAJUK 11

ANCAMAN KEPADA BIODIVERSITI

1.1SipnosisAktiviti manusia merujuk kepada aktiviti harian yang melibatkan interaksi dengan alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup. Aktiviti manusia seperti pertanian, pembalakan, perikanan dan lain-lain memberi ancaman ke atas biodiversiti seperti kemusnahan habitat, populasi berkurangan, fragmentasi populasi seterusnya kepupusan spesies, jika tidak diurus dengan baik. Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan tentang ancaman yang dihadapi oleh hidupan liar akibat aktiviti manusia seperti pemburuan haram dan penyeludupan haram hidupan liar.

1.2Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Memahami dan menghuraikan tentang pemburuan haram haiwan liar

ii. Memahami dan menghuraikan tentang penyeludupan haiwan liar

1.3Pemburuan Haram Haiwan LiarPemburuan haram, membunuh atau menangkap hidupan liar boleh berlaku dalam pelbagai cara. Pemburuan haram merujuk kepada kegagalan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang dalam mendapatkan hidupan liar . Contohnya pemburuan tanpa lesen atau permit, menggunakan senjata atau perangkap yang dilarang, memburu di luar masa yang ditetapkan dan jantina serta peringkat umur yang tidak dibenarkan. Pemburuan haram juga merujuk kepada pengambilan haiwan dari tempat perlindungan hidupan liar yang diwartakan, seperti taman negara atau zoo. Kebanyakan negara menguatkuasakan sekatan memburu hidupan liar seperti larangan memburu dan memperdagangkan hidupan liar. Produk haiwan, seperti kulit, gading, tanduk, gigi dan tulang, digunakan untuk membuat pakaian, barang kemas dan bahan-bahan hiasan yang lain. Bagi sesetengah masyarakat di Afrika dan di Amerika Latin, daging haiwan liar direbus dan dimakan. Di Congo, sebagai contoh, daging monyet liar dijual di pasaran terbuka dan di Amerika Utara , rusa berekor putih diburu untuk makanan.Statistik terbaru menunjukkan bahawa sejumlah 588 badak sumbu telah diburu semenjak awal tahun ini (2012), dengan jumlah tangkapan 246 individu terdiri daripada 217 pemburu haram, 18 pembawa dan 11 orang penerima.. Taman Negara Kruger telah kehilangan 362 badak sumbu akibat pemburuan haram. Di wilayah KwaZulu-Natal Limpopo adalah wilayah paling teruk akibat pemburuan haram, dimana secara kolektif 186 badak sumbu dibunuh. Daripada berpuluh-puluh spesies badak , kini hanya tinggal 5 spesis sahaja yang masih wujud.Jika dahulu lebih 100,000 badak sumbu hitam di Afrika, kini terdapat hanya 2707 di keseluruhan benua tersebut. Ini disebabkan harga tanduk badak bernilai sehingga AS $ 40,000 sekilogram - lebih daripada 5 kali harga emas.

Pemburuan Haram Harimau Bintang Pada tahun 2009, 36.000 gajah telah dibunuh kerana gading mereka dan kebanyakannya dijual kepada pelancong sebagai cenderamata. Pada tahun 1930 terdapat 5 -10 juta gajah di Afrika . Kurang daripada 1% daripada jumlah itu (kira-kira 600,000) kekal apabila mereka telah di senaraikan sebagai spesies yang paling terancam pada tahun 1989.Permintaan untuk gading dan kehilangan habitat daripada aktiviti manusia membawa kepada kejatuhan besar dalam populasi ini. Adalah dianggarkan bahawa kira-kira 20,000 - 25,000 gajah dibunuh setiap tahun untuk gading mereka.Pada tahun 2004, terdapat sekitar 4,000 ekor gajah di Zakouma National Park (Tchad), hari ini jumlah mereka kurang daripada 1000ekor. Begitu juga, di Republik Afrika Tengah dianggarkan kehilangan sekitar 500 ekor gajah setahun akibat dari pemburuan haram. 1.4Penyeludupan Haiwan Liar.Penyeludupan Haiwan Liar melibatkan pengumpulan, pengangkutan dan pengedaran haiwan liar dari satu negara ke negara lain. Ini boleh dilakukan sama ada di peringkat antarabangsa atau domestik. Tiada siapa yang tahu saiz sebenar perdagangan produk haiwan liar tetapi adalah dipercayai bahawa urus niaga ini menjana pendapatan sehingga 10-20 billion dolar USA setahun. Ini bermakna bahawa penyeludupan haiwan liar adalah hampir nilainya dengan perdagangan dadah . Keuntungan ekonomi adalah sebab utama berkembangnya perdagangan haram dan penyeludupan haiwan liar ini.. Selagi ada permintaan yang berterusan bagi haiwan dan bahagian-bahagian haiwan maka selagi itulah penyeludupan hidupan liar ini berlaku. Permintaan untuk produk hidupan liar dan haiwan eksotik seperti makanan, perubatan tradisional, pakaian dan barang perhiasan yang diperbuat daripada gading, sirip, kulit, tanduk dan organ-organ dalaman haiwan semakin meningkat di seluruh dunia dimana permintaan tertinggi datangnya dari Amerika Syarikat, Republik Rakyat China dan Kesatuan Eropah. Di Asia permintaan kepada bahagian-bahagian badan haiwan dan organ-organ tertentu, yang digunakan dalam amalan perubatan tradisional meningkatkan lagi usaha penyeludupan ini dilakukan. Di Afrika permintaan utama bagi hidupan liar ini datangnya dari penggunaan "bushmeat". Peningkatan dalam permintaan di Asia Tenggara pula adalah disebabkan oleh ledakan ekonomi di rantau ini. Di benua lain seperti Eropah dan Amerika Utara, permintaan bagi penyeludupan hidupan liar adalah kerana untuk mewujudkan barangan fesyen mewah, cenderamata kepada pelancong dan haiwan peliharaan eksotik.

Menurut laporan oleh WWF (2012), perdagangan hidupan liar secara haram adalah dianggarkan bernilai $ 19 Bilion setahun. Seorang pegawai polis dari Jabatan Polis Los Angeles menyatakan bahawa vendor haram yang menjual arnab dalam Daerah Fesyen beroleh pendapatan sehingga USD 300 hingga USD 400 sehari dan pada hujung minggu boleh mencapai sehingga USD 1,000 .Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan Ireland menganggarkan bahawa puluhan ribu anjing diperdagangkan dari Ireland ke United Kingdom setahun. Sehingga 30,000 anjing diseludup dari Thailand menyeberangi sempadan untuk dijual di pasaran gelap di Vietnam. Anjing-anjing yang dijual bernilai antara USD 26 hingga USD 32 (800 hingga 1,000 Baht Thai) seekor. Pada tahun 2002, harga gading gajah di pasaran gelap ialah USD 150 sekilogram. Tetapi menjelang tahun 2004, harga meningkat dua kali ganda kepada USD 300 setiap kilogram. Akhir-akhir ini mengikut Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar.harga gading telah meningkat kepada USD 700 sekilogram di China .Pada tahun 2011, harga gading telah dilaporkan meningkat kepada USD 270 per paun dan menjelang Oktober 2012, harga gading di pasaran gelap adalah $ 900 per paun.. Dalam tempoh 2009 sehingga 2011, sebanyak 29,000 kilogram gading mentah telah dirampas dan disita di China.

Tanduk Badak yang dipotong

Rama-rama terbesar di dunia, Queen Alexandra Birdwing, dijual di pasaran gelap oleh pemburu haram dengan harga USD 8,195 (8,000 Australia). Satu laporan oleh Tabung Hidupan Liar Dunia menyatakan bahawa sepanjang 10 tahun kebelakangan ini setiap minggu sekurang-kurangnya 4 harimau bintang telah dibunuh dan bahagian-bahagian badan mereka dijual di pasaran gelap di India. Sebanyak 26.4 peratus daripada harimau bintang yang disita adalah di Delhi.

Cicak berbintik A Kaiser, dikenali sebagai Newt Luristan ( Maharaja Berbintik Newt) adalah Salamander yang ditemui di Iran dan diklasifikasikan sebagai spesis berisiko. Salamander dikesan dijual oleh broker hidupan liar haram di Internet dengan harga USD 103 (65 Pounds British). Pada tahun 2011, 2000 kg kuda laut kering telah dirampas oleh polis di seluruh dunia. Kuda laut dikisar menjadi serbuk dan digunakan di negara-negara Asia untuk tujuan perubatan tradional. Terdapat sekurang-kurangnya 1,000 Beruang Asiatic Black diternak di Korea Selatan untuk diambil hempedu mereka. Dilaporkan bahawa di China, terdapat 12.000 beruang yang diternak untuk hempedu mereka. Sebanyak 30 peratus pelancong Korea Selatan yang melawat China membeli produk hempedu beruang .Ini adalah melanggar undang-undang perdagangan antarabangsa. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2012, di Afrika Selatan seramai 43 orang warga Asia telah ditangkap kerana menyeludup tanduk badak dan 24 orang daripadanya adalah dari Vietnam. Antara tahun 2000 dan 2010, lebih 54.000 ekor burung liar telah diperdagangkan melalui Kepulauan Solomon ke seluruh dunia termasuk ke Malaysia dan Singapura.

Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) telah melaporkan bahawa 4 daripada setiap 10 gajah yang mati antara 2002 dan 2006 telah dibunuh oleh pemburu haram. Pada tahun 2012, CITES menganggarkan bahawa pemburu haram adalah punca 8 daripada 10 kematian gajah di Afrika.Satu laporan oleh Kumpulan Alam Sekitar menyatakan bahawa kira-kira 50 peratus daripada perdagangan global sirip yu melibatkan Hong Kong. Pada tahun 2011, sekitar 22.7juta produk sirip yu telah dieksport ke Hong Kong dari 83 negara. Dianggarkan 73 juta yu dibunuh setiap tahun untuk sirip mereka, yang dijual sehingga USD 100 sekilogram.

Dalam kaji selidik yang dijalankan oleh organisasi, hidupan liar antarabangsa (TRAFFIC ) sebanyak 2493 gading telah dijual di Laos pada Ogos 2011. Harga gading yang dipamirkan dalam bahasa Inggeris dan Cina, menunjukkan bahawa pelancong Enggeris dan China adalah pembeli utama gading dunia. Menurut laporan media, harga untuk kulit beruang kutub untuk dijual di Internet di Rusia adalah antara USD 7760 hingga USD 9930.

Di seluruh dunia, pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang telah menyita lebih 23 tan gading yang sedang diperdagangkan di pasar gelap walaupun perdagangan gading telah diharamkan di seluruh dunia pada tahun 1989. Majoriti daripada gading Afrika diseludup keluar melibatkan warga negara China di mana 90 peratus daripada pengedar gading yang ditangkap di lapangan terbang adalah. warga China. Secara purata, pihak berkuasa di Australia merampas antara 3,000 hingga 7,000 barangan hidupan liar yang sedang diimport ke negara itu. . Sebagai contoh, item yang dijual di pasaran gelap adalah Cicak Australia, yang dijual pada harga USD 7,500 (7,500 Dolar Australia). Di seluruh dunia, perdagangan haiwan di pasaran gelap adalah bernilai USD 32 Bilion.

INCLUDEPICTURE "http://studentweb.cortland.edu/giambalvo73/poaching2.jpg" \* MERGEFORMATINET Nasib Gajah Kerana Gading Bertuah Pada bulan April 2012, pemantauan kumpulan hidupan liar antarabangsa (TRAFFIC ) mendapati 3389 iklan dalam talian bagi produk hidupan liar seperti tulang harimau, gading gajah, tanduk badak dan penyu karah . Pelbagai produk hidupan liar yang ditawarkan melalui 15 laman web e-dagang adalah ditulis dalam bahasa Cina. Dalam bulan yang sama, pihak berkuasa di China menghentikan perdagangan hidupan liar dengan menyiasat 700 kes, menutup 628 kedai dalam talian dan menghapuskan 1607 maklumat mengenai perdagangan pasaran gelap haiwan dari Internet. Menurut WWF, terdapat 534 ekor badak di Nepal pada akhir tahun 2011, pertambahan 99 ekor badak berbanding tahun 2008 (435 ekor) Kenaikan bilangan badak dikaitkan dengan peningkatan usaha pemuliharaan oleh masyarakat Nepal.1.5 Undang-Undang Malaysia :Akta 76 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972

BAHAGIAN VI

KESALAHAN-KESALAHAN DAN PENALTI-PENALTI

BAB 1

Perlindungan Am

64. (1) Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuhatau mengambil binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi (selain daripadanya binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya yang tidak matang atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya yang tidak matang atau jenis betina binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Tiap-tiap orang (selain daripada orang-orang yang diperihalkan dalam Seksyen 64 (1), 65, 66 dan 67) yang ada dalam miliknya atau yang menjalankan perniagaan sebagai peniaga atau pengawet binatang mengenai -

(a) binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi atau terofinya;

(b) sarang atau telur binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya.

Adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

64A. Walau apa pun peruntukan dalam Akta ini, tiap-tiap orang yang dengan menyalahiundang-undang menembak, membunuh atau mengambil seekor badak kerbau, harimaubelang atau harimau dahan atau sebahagian daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

65. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil jenis binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya yang tidak matang atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya yang tidak matang adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

66. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil jenis betina binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

67. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang mengambil atau merosak atau membinasakan sarang atau telur binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempuh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

68. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi atau ada di dalam miliknya dengan secara tak sah binatang liar yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya atau terofinya atau burung liar yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya atau terofinya (selain daripada binatang liar yang diperlindungi yang tidak matang atau sebahagiannya atau burung liar yang diperlindungi yang tidak matang atau sebahagiannya atau binatang liar jenis betina yang diperlindungi atau sebahagiannya atau burung liar jenis betina yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

69. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar jenis betina yang diperlindungi atau burung liar jenis betina yang diperlindungi atau ada di dalam miliknya dengan secara tak sah binatang liar jenis betina yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya atau burung liar jenis betina yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun enam bulan atau kedua-duanya.

70. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi yang tidak matang atau burung liar yang diperlindungi yang tidak matang atau ada di dalam miliknya dengan secara tak sah binatang liar yang diperlindungi yang tidak matang atau sebahagian daripadanya atau burung liar yang diperlindungi yang tidak matang atau sebahagian daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

71. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang mengambil atau merosak atau membinasakan sarang atau telur binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

72. Tiap-tiap orang yang -

(a) dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar dalam sesuatu tempat perlindungan hidupan liar;

(b) dengan menyalahi undang-undang mengambil atau merosak atau membinasakan sarang atau telur binatang liar atau burung liar dalam sesuatu tempat perlindungan hidupan liar;

(c) dengan menyalahi undang-undang mengganggu atau mengeluarkan apa-apa kayu atau tumbuhan dalam sesuatu tempat perlindungan hidupan liar,

Adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

73. (1) Tiap-tiap orang yang-

(a) dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh ataumengambil binatang liar atau burung liar dalam sesuatu rizab hidupan liar; atau

(b)dengan menyalahi undang-undang mengambil atau merosak ataumembinasakan sarang atau telur binatang liar atau burung liar dalam sesuatu rizab hidupan liar,

adalah melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2) Bagi maksud Seksyen ini mana-mana pemburu berlesen yang memasuki sesuatu rizab hidupan liar tanpa permit yang membenarkannya berbuat demikian dan melakukan salah satu daripada perbuatan-perbuatan yang diperihalkan dalam Subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai telah melakukan suatu kesalahan menurut Subseksyen itu.

74. (1) Tiap-tiap orang yang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yangdiperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya diantara pukul tujuh setengah malam dan pukul enam setengah pagi adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Tiap-tiap orang (sama ada dia seorang pemburu berlesen atau tidak) yang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi kecuali dalam masa yang dibenar dan ditetapkan oleh Menteri bagi binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi yang ditetapkan menurut suatu perintah yang dibuat di bawah Seksyen 31 (d), adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3) (Dimansuhkan oleh Akta A697)

75. Tiap-tiap orang yang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar -(a) tanpa lesen, permit atau permit khas untuk berbuat demikian;(b) dalam musim tutup (binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi) yang diisytiharkan bagi binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi; atau

(c) lebih daripada bilangan yang dibenarkan dan diberi kuasa dalam lesen, permit atau permit khas, bagi binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi,

hendaklah disifatkan sebagai telah dengan menyalahi undang-undang menembak,membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar itu (yang diperlindungi sepenuhnya atau yang diperlindungi mengikut mana-mana yang berkenaan).

BAB 2

Cara-cara menembak, membunuh, mengambil dsb

76. (1) Tiap-tiap orang yang memasang, meletak atau menggunakan apa-apa jerat ataubahan letupan bagi maksud menembak, membunuh atau mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2) Tiap-tiap orang (melainkan jika mempunyai kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) yang ada dalam miliknya sesuatu jerat adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penalti yang sama seperti yang ditetapkan di bawah Subseksyen (1).

76A. (1) Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang ada di dalam miliknyadua puluh lima jerat atau lebih adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun.

(2) Dalam Subseksyen (1) "jerat" ertinya perangkap dawai.

77. (1) Tiap-tiap orang yang membubuh, meletak atau menggunakan apa-apa racun,umpan beracun, umpan atau getah burung (tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Bahagian V berhubungan dengan getah burung) atau jaring bagi maksud membunuh atau mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2) Seksyen ini tidak boleh dipakai mana-mana penjawat awam yang membubuh atau menggunakan apa-apa racun dalam masa menjalankan kewajipan rasminya bagi maksud membinasakan perosak-perosak pertanian atau tumbuh-tumbuhan berbahaya tertakluk kepada pengawasan Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara tentang membubuh atau menggunakan racun itu.

78. Tiap-tiap orang yang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi dengan menggunakan apa-apa senjata selain daripada apa-apa senjata yang dinyatakan oleh Menteri menurut Seksyen 31 sebagai senjata bagi menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar yang ditetapkan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

79. Tiap-tiap orang yang -

(a) bagi menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar dalam jarak suku batu dari mana-mana jenut;

(b) ada dalam miliknya apa-apa senjata api, panah dan anak panah, sumpitan, lembing, lastik atau apa-apa senjata lain (sama ada sama jenisnya atau tidak) yang boleh digunakan untuk menembak, membunuh atau mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar dalam jarak suku batu dari mana-mana jenut; atau

(c) menunggu di mana-mana tempat, membina apa-apa pelantar atau tempat berlindung atau memasang atau meletakkan apa-apa jerat, racun, umpan beracun, getah burung atau jaring yang menyalahi undang-undang bagi maksud menembak, membunuh atau mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar dalam jarak suku batu dari mana-mana jenut atau dalam kawasan mana-mana jalan yang menuju ke mana-mana jenut,

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

80. Tiap-tiap orang yang menembak, membunuh atau mengambil mana-mana binatang liaratau burung liar dari mana-mana kereta adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

BAB 3

Lesen-lesen, Permit-permit dsb

81. Tiap-tiap orang yang dengan mengetahui masuk ke dalam sesuatu tempat perlindungan hidupan liar tanpa permit untuk berbuat demikian adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

82. Tiap-tiap orang yang dengan mengetahui masuk ke dalam sesuatu rizab hidupan liar tanpa permit untuk berbuat demikian adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

83. (1) Tiap-tiap orang yang menjalankan perniagaan sebagai peniaga tanpa lesen ataulesen-lesen adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya berkenaan dengan setiap lesen jika lebih daripada satu lesen dikehendaki.

(2) Tiap-tiap orang yang menjalankan perniagaan sebagai pengawet binatang tanpalesen atau lesen-lesen adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya berkenaan dengan setiap lesen jika lebih daripada satu lesen dikehendaki.84. Tiap-tiap peniaga atau pengawet binatang (mengikut mana-mana yang berkenaan) yangmembeli daripada atau menjual bagi pihak seseorang pemburu tidak berlesen mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi yang hidup atau mati atau mana-mana bahagiannya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

85. Tiap-tiap orang yang menjual mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi diperlindungi yang hidup atau mati atau mana-mana bahagiannya kepada seorang peniaga atau pengawet binatang yang tidak berlesen adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

86. Tiap-tiap orang (selain daripada seorang peniaga atau pengawet binatang) yang membelibinatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi diperlindungi yang hidup atau mati atau mana-mana bahagiannya daripada seorang peniaga atau pemburu yang tidak berlesen atau sesuatu terofi daripada seseorang pengawet binatang yang tidak berlesen adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

87. Tiap-tiap peniaga atau pengawet binatang yang tidak merekodkan dalam suatu buku apa-apa butir yang ditetapkan dalam Seksyen 37 (apabila dikehendaki oleh keadaannya menurut Seksyen ini) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

88. Tiap-tiap pemburu berlesen yang tidak merekodkan dalam ruangan yang tertentu yangdisediakan dalam lesennya apa-apa butir yang ditetapkan dalam Seksyen 36 (apabila dikehendaki oleh keadaannya menurut Seksyen ini) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

89. Tiap-tiap peniaga atau pengawet binatang yang tidak menunjukkan lesen membenarkannya menjalankan perniagaan sebagai peniaga atau pengawet binatang, di suatu bahagian yang mudah dilihat di temapt perniagaan, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

90. Tiap-tiap orang yang enggan mengemukakan untuk diperiksa apa-apa lesen atau permit khas yang diberi kepadanya di bawah Akta ini apabila dituntut atau diminta oleh seseorang pegawai adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya

TAJUK 12KEPELBAGAIAN GENETIK 1

1.1Sinopsis

Kepelbagaian genetik merupakan kepelbagaian di dalam spesies yang diukur mengikut variasi dalam gen setiap tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma. Kepelbagaian genetik berlaku dalam dan di antara populasi sesuatu spesies. Bagi kepelbagaian spesies pula ia merujuk kepada pelbagai organisma hidup di dunia. Manakala kepelbagaian ekosistem pula adalah merujuk kepada pelbagai habitat, komuniti biosis dan proses ekologi dalam persekitaran daratan, laut dan persekitaran akuatik yang lain. Malaysia kaya dengan biodiversitinya dan termasuk dalam lingkungan dua belas buah negara mega kepelbagaian biologi di dunia yang mana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang dianggarkan antara 60% hingga 70% daripada jumlah biodiversiti dunia. Kepelbagaian tersebut dapat digambarkan melalui flora dan fauna yang masih wujud di negara kita pada hari ini. Didapati lebih kurang 12, 500 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga dan lebih daripada 1,100 spesies paku pakis yang masih lagi menghuni hutan negara kita. Kebanyakan daripada spesies-spesies tersebut adalah sangat unik dan tidak ditemui di mana-mana tempat lain di dunia. Malah dari segi kepelbagaian spesies tumbuhan di Rantau Asia-Australia pula, negara kita masih lagi mengekalkan kedudukan di tempat kelima. Kalau dilihat daripada kedudukan negara kita, ia merupakan sesuatu yang sangat membanggakan kerana dalam kebimbangan negara-negara lain di dunia mengenai kepupusan habitat hutan serta sumber-sumber yang mendiaminya, namun kita masih lagi dapat mengekalkan khazanah yang sangat berharga ini. Kepelbagaian genetik melibatkan dua faktor penting iaitu Kolam Gen (Gen Pool) dan variasi Genetik (Genetic variation). Kolam gen adalah set lengkap alel yang unik dalam spesis atau populasi. Kolam gen yang besar menunjukkan kepelbagaian genetik yang banyak.1.2Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:i. Menghuraikan konsep Kolam Gen

ii. Menghuraikan tentang variasi genetik1.3Kolam Gen (Gene Pool)

Dari segi genetik, kolam gen adalah set lengkap alel yang unik dalam spesis atau populasi. Kolam gen yang besar mengandungi kepelbagaian genetik yang luas, yang dikaitkan dengan populasi yang teguh yang boleh bertahan lama. Sementara itu, kepelbagaian genetik yang rendah boleh menyebabkan kecergasan biologi berkurangan dimana ia akan meningkatkan kepupusan. Monomorphic. adalah apabila semua individu dalam populasi adalah sama sifat fenotip mereka Apabila individu menunjukkan beberapa sifat variasi, mereka dikatakan polimorfik1.4Variasi Genetik

1.4.1 Konsep Variasi Genetik

Variasi genetik adalah perubahan yang berlaku dalam alel dan gen .Genetic variation is important because it provides the raw material for natural selection . Variasi genetik adalah penting kerana ia menyediakan "bahan mentah" untuk pemilihan semula jadi . Genetic variation is brought about by mutation, which is a change in the chemical structure of a gene. Variasi genetik adalah disebabkan oleh mutasi, yang merupakan satu perubahan dalam struktur kimia gen. Polyploidy is an example of chromosomal mutation. Polyploidy merupakan contoh mutasi kromosom. Polyploidy is a condition wherein organisms have three or more sets of genetic variation (3n or more). Polyploidy adalah suatu keadaan di mana organisma mempunyai tiga atau lebih set variasi genetik (3A atau lebih).

Genetic variation among individuals within a population can be identified at a variety of levels. Variasi genetik di kalangan individu dalam populasi boleh dikenal pasti di pelbagai peringkat. Adalah mustahil untuk mengenal pasti variasi genetik daripada pemerhatian perubahan fenotip sama ada ciri-ciri kuantitatif (ciri-ciri yang berbeza-beza secara berterusan dan dikodkan oleh banyak gen, contohnya, panjang kaki anjing) atau ciri-ciri diskret (ciri-ciri dalam kategori diskret dan dikodkan oleh satu atau beberapa gen (contohnya warna kelopak bunga tertentu seperti merah, putih atau merah jambu). Genetic variation can also be identified by examining variation at the level of enzymes using the process of protein electrophoresis Variasi genetik juga boleh dikenal pasti dengan memeriksa perubahan pada tahap enzim yang menggunakan proses elektroforesis protein . Polymorphic genes have more than one allele at each locus. Gen polimorfik mempunyai lebih daripada satu allel pada setiap lokus. Half of the genes that code for enzymes in insects and plants may be polymorphic, whereas polymorphisms are less common in vertebrates. Separuh daripada gen yang dikod untuk enzim dalam serangga dan tumbuh-tumbuhan mungkin polimorfik, manakala polimorfisma jarang berlaku dalam vertebrata. Ultimately, genetic variation is caused by variation in the order of bases in the nucleotides in genAkhirnya, variasi genetik adalah disebabkan oleh perubahan dalam susunan asas dalam nukleotida dalam gen. New technology now allows scientists to directly sequence DNA which has identified even more genetic variation than was previously detected by protein electrophoresis. Teknologi baru kini membolehkan saintis untuk mengenal pasti urutan DNA yang telah melalui variasi genetik yang sebelum ini dikesan oleh elektroforesis protein. Examination of DNA has shown genetic variation in both coding regions and in the non-coding intron region of genes. Genetic variation will result in phenotypic variation if variation in the order of nucleotides in the DNA sequence results in a difference in the order of amino acids in proteins coded by that DNA sequence, and if the resultant differences in amino acid sequence influence the shape, and thus the function of the enzyme. Variasi genetik akan menyebabkan perubahan fenotip jika berlaku perubahan dalam urutan nukleotida DNA.(susunan asid amino dalam protein yang dikodkan oleh urutan DNA) dan jika terdapat perbezaan dalam urutan asid amino, ia akan mempengaruhi bentuk dan fungsi enzim.Genetic variation within a population is commonly measured as the percentage of gene loci that are polymorphic or the percentage of gene loci in individuals that are heterozygous. Variasi genetik dalam populasi biasanya diukur sebagai peratusan lokus gen yang polimorfik atau peratusan lokus gen dalam individu yang heterozigot.

1.4.2 [ edit ] SourcesPunca-Punca Variasi Genetik

Mutations are the ultimate source of genetic variation because they alter the order of bases in the nucleotides of DNA. 1. Penyusunan rawak kromosom homolog

2. Penggabungan semula genetik secara pindahsilang.

3. Persenyawaan rawak

4. Mutasi

Penyusunan Rawak Kromosom Homolog

Penyusunan rawak kromosom homolog berlaku semasa metafasa I meiosis, apabila kromosom homolog disusun pada khatulistiwa sel. Semasa anafasa I, kromosom homolog berpisah menghasilkan gamet dengan pelbagai kombinasi kromosom.

Rajah 1: Penyusunan Rawak Kromosom HomologBilangan kombinasi kromosom gamet yang boleh dibentuk adalah berdasarkan formula 2n Iaitu n adalah bilangan haploid organisma tersebut. Contohnya sel haiwan yang mempunyai bilangan diploid 6 (2n=6), akan mempunyai kombinasi kromosom 2 3 .atau 8 kombinasi kromosom untuk gamet . Varieti gamet yang sangat luas dengan pelbagai kombinasi kromosom akan menghasilkan gamet yang mempunyai kandungan genetik yang berbeza, seterusnya menyebabkan variasi.

Penggabungan Semula Genetik Secara Pindahsilang

Semasa profasa I meiosis, kromatid pada kromosom homolog bersilang pada titik tertentu yang dipanggil kiasma. Apabila kromatid terputus pada kiasma, pindah silang berlaku, iaitu ada pertukaran antara segmen kromatid menyebabkan penggabungan semula genetik. Kandungan genetik dalam kromosom diubah dan gamet berbeza kandungan genetik dihasilkan.Varieti gamet dengan kandungan genetik yang berbeza menghasilkan variasi genetik.

Rajah 2: Penggabungan Semula Genetik Kesan Pindah SilangPersenyawaan Rawak

Penyusunan rawak kromosom homolog semasa metafasa I dan penggabungan semula genetik semasa pindah silang dalam profasa I, varieti sperma dan ovum dengan pelbagai kandungan genetik dihasilkan. Persenyawaan berlaku secara rawak antara varieti gamet yang luas dengan kandungan genetik yang berbeza menghasilkan variasi dalam kalangan anak-anak.

Mutasi

Mutasi adalah perubahan struktur gen atau kromosom secara spontan dan rawak. Mutasi menyebabkan perubahan kekal dalam komposisi genetik. Faktor yang menyebabkan mutasi adalah faktor dalaman yang mempengaruhi replikasi dan segregasi kromosom semasa pembahagian sel dan faktor luaran yang menyebabkan perubahan struktur gen atau kromosom. Mutasi yang berlaku dalam gamet boleh diwarisi dan mutasi yang berlaku dalam badan sel tidak boleh diwarisi. Mutasi melibatkan perubahan struktur gen dipanggil mutasi gen dan melibatkan perubahan dalam kromosom dipanggil mutasi kromosom.

TAJUK 13KEPELBAGAIAN GENETIK II

1.1Sinopsis

Kepelbagaian genetik berfungsi sebagai satu cara bagi populasi untuk menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Variasi genetik ditentukan oleh tindakan bersama pemilihan semula jadi dan genetik hanyut. Dalam populasi kecil relatif genetik hanyut adalah lebih tinggi; alel resesif menjadi lebih banyak dalam populasi kerana adanya genetik hanyut.. Dalam populasi kecil ,mana-mana alel samada alel dominan, resesif atau neutral mudah hilang berbanding dengan populasi besar. Dalam populasi kecil, individu adalah lebih cenderung untuk membiak bersama-sama dan menghasilkan anak-anak yang homozaigot. Ini mengurangkan kepelbagaian genetik.With more variation, it is more likely that some individuals in a population will possess variations of alleles that are suited for the environment. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menghuraikan Masalah Populasi Kecil

ii. Mengukur Kepelbagaian Genetik.

1.3Masalah Populasi KecilPopulasi bersaiz kecil berbeza dengan populasi bersaiz besar. Populasi bersaiz kecil sering menimbulkan pelbagai masalah seperti berikut :-1. Kesan DemografiPengaruh perubahan secara rawak dalam kadar pembiakan dan kematian menyebabkan demografi populasi kecil lebih tinggi dari populasi besar.Perubahan dalam demografi menyebabkan saiz populasi kecil turun naik secara rawak. Kebarangkalian turun naik yang lebih besar dalam populasi kecil akan membawa kepada kepupusan dan ini tertakluk kepada pendedahan mereka kepada genetik hanyut. Satu akibat dari saiz demografi populasi kecil ialah kebarangkalian bahawa semua anak-anak dalam satu generasi adalah daripada jantina yang sama. Ini boleh menjadi satu masalah dalam populasi yang sangat kecil. Pada tahun 1977, kaum Kakapo di pulau Fiordland New Zealand yang berjumlah 18 orang semuanya lelaki dan akhirnya kaum ini pupus.2. Kesan Alam SekitarKesan perubahan dalam persekitaran dari tahun kesetahun boleh mempengaruhi nisbah kadar kelahiran dan kadar kematian. Dalam populasi kecil, jika kadar kelahiran lebih tinggi daripada kadar kematian populasi itu tetap wujud tetapi jika kadar kematian lebih tinggi dari kadar kelahiran, maka populasi itu mungkin akan pupus..

3. Akibat Genetik Usaha pemuliharaan sering bimbang tentang kehilangan variasi genetik dalam populasi kecil. Dalam populasi kecil, terdapat dua jenis variasi genetik yang penting iaitu:-

.a. Tahap homozygosity individu dalam populasi; iaitu bahagian lokus individu yang mengandungi homozygous bukannya alel heterozigot. Banyak alel resesifyang berbahaya dalam bentuk homozigot.b. Tahap monomorphism / polymorphism di kalangan populasi, iaitu berapa banyak bentuk alel yang berbeza wujud dalam kolam gen populasi. Polymorphism mungkin penting terutamanya di lokus yang terlibat dalam tindak balas imun.

1.4Mengukur Kepelbagaian Genetik

There are many different ways to measure genetic diversity. Terdapat banyak cara untuk mengukur kepelbagaian genetik. Satu kajian 2007 mendapati bahawa kepelbagaian genetik dan biodiversiti bergantung kepada satu sama lain dan kepelbagaian spesies adalah perlu untuk mengekalkan kepelbagaian genetik. Kepelbagaian genetik memainkan peranan yang amat penting dalam kelangsungan hidup dan penyesuaian spesies kerana apabila perubahan persekitaran spesis, variasi gen sedikit adalah perlu untuk menghasilkan perubahan dalam anatomi organisma yang membolehkan ia untuk menyesuaikan diri dan hidup. Satu spesies yang mempunyai kepelbagaian genetik yang besar akan mempunyai lebih variasi .Peningkatan dalam kepelbagaian genetik juga penting untuk spesies berkembang . Spesies yang mempunyai variasi genetik yang sangat sedikit adalah berisiko besar. Dengan variasi gen yang sangat sedikit dalam spesies, pembiakan yang sihat menjadi semakin sukar, dan anak-anak sering berhadapan dengan masalah yang serupa terhadap beberapa jenis penyakit dan ini boleh mempercepatkan kepupusan. (Mengukur kepelbagaian genetik terdapat dalam Amali 6)Contoh Mengukur Kepelbagaian GenetikUntuk mengukur bagaimana variasi genetik tersebar di antara populasi, frekuensi allel perlu dikenalpasti di dalam setiap populasi. Lokus alozyme mempunyai dua bentuk. Identiti bagi setiap allel di dalam setiap individu ditunjukkan melalui banding pattern yang ada di dalam gel. Sebagai contoh, individu pertama di baris pertama di dalam gel pertama adalah heterozygous, di mana dua allel tersebut adalah berbeza dan diwakili oleh simbol (+) bagi kedua-dua cepat dan perlahan. Sebaliknya, individu di baris kedua ialah homozygous, yang mempunyai satu band mewakili dua allel perlahan. Langkah 1Tentukan frekuensi allel di dalam setiap populasi bagi allel cepat (p) dan allel perlahan (q) dengan mengira bilangan allel bagi individu di dalam setiap populasi (homozygote mempunyai dua allel yang sama, oleh itu anda perlu mengira + dua kali ganda, dan jumlah bagi allel bagi 15 individu tersebut ialah 2 x 15 = 30. Bahagikan jumlah tersebut dengan jumlah allel yang hadir dari dalam populasi tersebut (sentiasa sama dengan dua kali ganda bilangan individu).Acalypha indica

Populasi 1

23

Jumlah allele Perlahan23124

Jumlah allele Cepat71826

Acalypha hispidaPopulasi 1

23

Jumlah allele Perlahan12148

Jumlah allele Cepat181622

Langkah 2

Anda perlu mengukur perbezaan genetik diantara populasi tersebut. Biasanya Wrights Fixation Index or Fst digunakan, dari julat 0 yang mewakili tiada perbezaan antara populasi tersebut, meningkat, menandakan kenaikan perbezaan. Untuk menentukan Fst, heterozygousity perlu dikira bagi setiap spesis (Hs), dengan menggandakan 2pq bagi setiap satu populasi dan mengira nilai purata bagi ketiga-tiga populasi untuk setiap spesis.

Frekuensi allele bagi Acalypha indica Allele cepat,

pAllele perlahan,

q 2 x p x q

Populasi 17/30 =0.2323/30 =0.77= X

Populasi 218/300.6012/300.40= Y

Populasi 326/300.874/300.13= Z

Purata2(X x Y x Z)/3

(Hs)

Frekuensi allele bagi Acalypha hispidaAllele cepat,

pAllele perlahan,

q 2 x p x q

Populasi 118/30 0.6012/300.40=

Populasi 216/300.5314/300.47=

Populasi 322/300.738/300.27=

Purata

(Hs)

Langkah 3

Kira heterozygositi jika ketiga-tiga populasi meneruskan pembiakan, (Ht). Lakukan kiraan dengan mencari purata bagi p dan q ke atas ketiga-tiga populasi bagi setiap spesis, digandakan dengan 2 x purata p x purata q. Jangkaan frekuensi heterozygot di dalam populasi ini dikatakan mempunyai kawasan pembiakan yang besar dengan tiadanya perbezaan genetik pada tahap populasi biasa.

Jangkaan heterozygosity (Ht) bagi Acalypha indica ,Allele cepat,

pAllele perlahan,

q

Populasi 17/300.2323/300.77

Populasi 218/300.6012/300.40

Populasi 326/300.874/300.13

Purata frekuensi allele1.70/3 = 0.571.30/3 = 0.43

(Ht) = 2pq

= 2 x 0.57 x 0.43

= 0.49

Jangkaan heterozygosity (Ht) bagi Acalypha hispidaAllele cepat,

pAllele perlahan,

q

Populasi 118/300.6023/300.40

Populasi 216/300.5314/300.47

Populasi 322/300.738/300.27

Purata frekuensi allele1.86/3 = 0.621.14/3 = 0.38

(Ht) = 2pq

= 2 x 0.62 x 0.38

= 0.47

Langkah 4

Anda perlu mengira jumlah local, dengan variasi populasi. Frekuensi sisihan bagi heterozygotes di dalam populasi yang berasingan, (Hs) perlu dicari jika mereka adalah dari populasi besar yang sama, (Ht), sertakan indeks jumlah variasi genetik yang ditemui di dalam satu populasi local. Oleh itu, Fst = (Ht - Hs) / Ht, di mana nilai Fst < 0.1 menunjukkan nilai divergen yang besar di dalam populasi (iaitu populasi yang berbeza dari segi genetik antara satu sama lain). Nilai antaranya menunjukkan beberapa divergen genetik.

RUMUSAN

Acalypha indica ,

Fst = (Ht - Hs) / Ht

= 0.49 0.35 / 0.49

= 0.29Fst > 0.1 , menunjukkan divergen yang besar di antara populasi Acalypha indica Fst = (Ht - Hs) / Ht

= 0.47 - 0.46 / 0.47

= 0.02

Fst