08 tajuk 3 pro gpi pim3111.pdf

Upload: norhayati-zakaria

Post on 04-Jun-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    1/17

    PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

    30

    Tajuk 3GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM

    PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

    3.0 Sinopsis

    Tajuk ini membahaskan tentang tugas Guru Pendidikan Islam (GPI) sebagai

    seorang kakitangan dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Dalam unit ini,

    perbincangan mengenai etika, pekeliling dan akta dalam pendidikan. Pelajaran

    ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penguasaan

    Guru Pendidikan Islam sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan. Selain

    daripada itu pelajar juga diberi tugasan dan tajuk tutorial untuk dilaksanakan.

    Para pelajar diharap akan dapat menguasai dan menghayati etika, pekeliling dan

    akta dalam perkhidmatanan sebagaimana yang digariskan.

    Hasil Pembelajaran

    1. Menerangkan konsep etika, pekeliling dan akta.

    2. Menghuraikan peranan dan tugas guru sebagai seorang kakitangan

    awam.

    3. Menganalisis etika, pekeliling dan akta dalam perkhidmatan awam di

    Malaysia.

    Kerangka Konsep Tajuk

    GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM

    PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

    EtikaPerkeliling dan

    Akta

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    2/17

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    3/17

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    4/17

    PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

    33

    3.1.3. Etika Kerja Perkhidmatan Awam

    Etika kerja dalam Perkhidmatan Awam bermaksud :

    1. Prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi bagi

    mengawal tingkahlaku pekerja.

    2. Satu bentuk kawalan bagi memastikan perlakuan pekerja sentiasa selaras

    dengan sistem nilai organisasi berkenaan.

    Justeru, Etika Perkhidmatan Awam dilaksanakan bagi menjamin mutu kerja

    dan keperibadian para pegawai perkhidmatan awam dalam melaksanakan tugas

    serta amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    5/17

    PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

    34

    3.1.4. Kepentingan Etika ;

    Antara kepentingan etika adalah :

    1. Menentukan arah kepada pemikiran, tindakan dan tingkahlaku anggota

    perkhidmatan awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah mereka

    sebagai pekerja

    2. Mewujudkan penyatuan dan penyelarasan diantara anggota perkhidmatan

    awam sebagai institusi utama kepada pembangunan negara

    3. Standard mutlak mendorong bekerja dengan ikhlas dan berkesan

    3.1.5. Objektif Etika dalam Perkhidmatan Awam

    Objektif Etika dalam Perkhidmatan Awam bertujuan untuk :

    1. Meninggikan mutu perkhidmatan

    2. Mengekalkan kepercayaan dalam menjalankan tugas

    3. Memupuk tanggungjawab bersama

    4. Mengeratkan hubungan sesama kakitangan

    3.1.6. Nilai-Nilai Utama dalam Perkhidmatan Awam

    Antara nilai-nilai utama dalam perkhidmatan awam yang perlu dihayati dan

    diamalkan oleh setiap kakitangan awam ialah :

    1. Taat setia - raja, negara dan kerajaan

    2. Amanah, bersih dan jujur

    3. Bertanggungjawab - tidak boleh membenarkan kepentingan diri

    bercanggah dengan tanggungjawab awam

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    6/17

    PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

    35

    4. Berkecuali - tanpa membawa apa-apa bentuk pengaruh atu tekanan luar

    5. Adil dan saksama

    6. Prestasi yang cemerlang dan berkualiti - tidak boleh cuai dan kurang usaha

    7. Ketepatan masa

    8. Perkhidmatan yang ramah dan mesra

    9. Sikap berjimat cermat

    10. Bersikap positif, responsif, berdayacipta dan enterprising

    Buat perbincangan dalam kumpulan bersama rakan anda

    mengenai nilai-nilai etika yang diamalkan di tempat kerja anda.

    Lakarkan hasil perbincangan dalam grafik.

    3.1.7. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Malaysia tercetus daripada hasil

    Laporan Kabinet 1979 yang berteraskan kepada pembangunan kemanusiaan

    sehingga akhirnya membawa kepada penggubalan Falsafah Pendidikan Negara

    (FPN) pada 1988.

    Falsafah Pendidikan Negara kemudiannya telah digantikan dengan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah merupakan asas ideologi

    pendidikan yang meliputi dasar, amalan, strategi, visi, misi dan aspirasi

    pendidikan negara. Menurut Hassan Langgulung (1995), falsafah pendidikan di

    Malaysia telah lama wujud secara tersirat dalam dokumen-dokumen rasmi negara

    seperli perlembagaan, ucapan pemimpin dan sebagainya sebelum disuratkan

    secara rasmi mulai 1987.

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    7/17

    PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

    36

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha yang berterusan ke

    arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

    untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

    emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

    bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

    kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

    Justeru, FPK merupakan aspirasi dan matlamat pendidikan negara ke arah

    negara maju menjelang tahun 2020. FPK melalui kepercayaan dan kepatuhan

    kepada Tuhan dijadikan teras kepada dasar pendidikan FPN (Ahmad Mohd

    Salleh : 2000).

    Berteraskan identiti kebangsaan, FPK meliputi prinsip-prinsip

    pembangunan kemanusiaan yang bersatu padu di bawah kemenjadian

    penghayatan perpaduan Rukun Negara sama ada dari aspek jasmani, emosi,

    rohani, intelek dan sosial.

    Justeru generasi muda perlu dididik dan dibimbing agar menghayati intipati

    falsafah yang terkandung di dalam FPK. Menurut Hassan Langgulung (1995),

    FPK merupakan satu proses mendidik generasi muda sebagaimana berikut ;

    1. Generasi muda harus dididik menyembah Allah.

    2. Generasi muda harus dididik dalam masyarakat yang sihat untuk

    menegakkan sistem jaminan sosial (takaful ijtimai) yang d iakui oleh Islam.

    3. Generasi muda harus dididik menggunakan akal dengan berpandukan

    syariat.

    4. Generasi muda harus dididik bersifat terbuka dengan orang lain.

    5. Generasi muda harus dididik menggunakan pemikiran ilmiah dan

    melakukan penyelidikan.

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    8/17

    PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

    37

    3.1.8. Falsafah Pendidikan Islam

    Menurut Abd. Halim Hj. Mat Diah (1989), pendidikan Islam merupakan suatu

    proses bimbingan yang diperolehi secara langsung oleh anak didik bersama

    pendidik dengan bermatlamatkan ke arah pembentukan insan yang berteraskan

    ajaran Islam. Faisal Othman (1992) Hubungan pendidikan Islam dengan wahyu

    yang diucapkan (virbatim revelation) melahirkan teori ilmu (theory of knowledge).

    Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,

    kemahiran dan pengetahuan Islam berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah bagi

    membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai

    hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,

    masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan

    akhirat.

    Intipati Falsafah Pendidikan Islam (FPI) tersebut menekankan ;

    i. Satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan

    pengetahuan Islam berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah.

    Menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai teras pembangunan

    pendidikan sepanjang hayat. Al-Quran dan as-Sunnah dijadikan sumber

    utama di dalam menyampaikan dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan.

    ii. Membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup

    sebagai hamba Allah.

    Mendidik dan mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan

    berkemahiran yang tinggi serta berwawasan di dalam membentuk sikap

    dan keperibadian mulia sebagai seorang hamba Allah.

    iii. Hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,

    masyarakat, alam sekitar dan negara.

    Menerapkan konsep kejadian manusia sebagai khalifah Allah di bumi ini

    yang bergelar hamba dan duta kepada Allah Taala. Sebagai hamba

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    9/17

    PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

    38

    kepada Yang Maha Pencipta, manusia bertanggungjawab menjaga

    maruah dan kehormatan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara.

    iv. Mencapai kebaikan di dunia dan akhirat.

    Bermatlamatkan kejayaan di dunia dan di akhirat.

    Hassan Langgulung (1986) menyatakan tujuan khusus pendidikan Islam ialah :

    1. Memperkenalkan dasar akidah dan ibadat yang betul kepada generasi

    muda.

    2. Memberi kesedaran akhlak kepada pelajar.

    3. Menanamkan keimanan kepada Allah

    4. Menarik minat generasi muda untuk menambah ilmu pengetahuan.

    5. Menanamkan rasa cinta terhadap al-Quran

    6. Merasakan bangga terhadap sejarah, bdaya dan tamadun Islam

    7. Menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara

    8. Bertakwa kepada Allah

    9. Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah.

    Mohd Ghazali Abd. Wahid (1992) menjelaskan tujuan dan maksud pendidikan

    Islam :

    1. Melahirkan ahli bijak pandai yang dapat memahami dan mendalami

    pengetahuan dan ajaran-ajaran Islam.

    2. Memupuk semangat mereka supaya bertanggungjawab menninggikan

    syiar Islam.

    3. Berusaha menyiarkan ilmu pengetahuan dan ajaran Islam sebagai

    pendakwah yang berkaliber.

    4. Melayakkan diri mereka menjadi pemimpin masyarakat ke arah

    kebahagian dunia dan akhirat

    5. Membentuk keperibadian Islam yang luhur.

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    10/17

    PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

    39

    3.1.9. Falsafah Etika Islam dalam Perkhidmatan

    Falsafah etika Islam dalam perkhidmatan adalah berasaskan wahyu

    yang tidak didasarkan kepada spekulasi falsafah ataupun tafsiran terhadap

    sesuatu kejadian. Di Malaysia, etika perkhidmatan ditegakkan di atas tonggak-

    tonggak tertentu sebagaimana berikut :

    Tonggak Penentuan Etika Islam

    i. Konsep Al-Amal (Kerja)

    ii. Konsep Al-Adl wa Al-Ihsan

    iii. Konsep Al-Amr bi Al-Maruf

    1. Konsep al-Amal (Kerja)

    Kerja sebagai tanggungjawab agama. Setiap manusia perlu

    melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya.

    TONGGA K DUA B E LA S

    Menghargai masa

    Ketekunan membawa kejayaan Keseronokan bekerja

    Kemuliaan kesederhanaan

    Ketinggian peribadi

    Kekuatan sifat baik hati

    Pengaruh teladan

    Kewajipan menjalankan tugas

    Kebijaksanaan berhemat

    Keutamaan kesabaran

    Peningkatan bakat

    Nikmat mencipta

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    11/17

    PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

    40

    2. Konsep al-Adl dan al-Ihsan. Penerapan konsep ini dapat dilihat dalam

    bentuk berikut :

    i. Adil dalam membuat keputusan

    Maksudnya :

    ...sekiranya kamu mengadili sesama manusia hendaklah lakukan

    dengan adil.....

    ii. Adil dalam perkataan (6:152).

    Maksudnya :

    ..apabila kamu bercakap hendaklah bercakap dengan adil..

    iii. Adil dalam membuat kebaikan (16:90).

    Maksudnya :

    ..Allah menyeru kamu melakukan keadilan dan ihsan (kebaikan)...

    iv. Keadilan dalam konteks meletakkan kesamarataan.

    v. Adil dalam menuju ke akhirat.

    3. Konsep al-Amr bi al-Maruf

    Menyeru kepada kebaikan dan tidak terhad kepada ibadah yang khusus

    semata-mata, bahkan ianya merangkumi semua aspek kebaikan sejagat

    dalam kehidupan.

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    12/17

    PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

    41

    3.1.9. Implikasi Etika Kerja Islam

    Antara implikasi apabila mengamalkan etika kerja Islam ialah :

    1. Mendapat keredaan Allah Taala seperti kebahagiaan di dunia dan di

    akhirat

    2. Membersihkan jiwa, perwatakan dan personaliti.

    3. Mendisiplinkan diri serta tekun mencapai kejayaan (al-falah).

    4. Sentiasa memikirkan kehadiran Allah dan amanah dalam kerja

    5. Sabar dalam segala tindakan

    6. Tidak terlalu cintakan dunia sehingga melupai akhirat

    7. Menjadi contoh dalam setiap tindakan.

    8. Bertindak dengan adil tanpa diskriminasi

    Bincangkan mengenai perbezaan antara etika kerja Islam dan

    Barat. Buat catatan isi-isi penting, kemudian bentangkan

    dalam sesi tutorial bersama pensyarah.

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    13/17

    PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

    42

    3.2 PEKELILING DAN AKTA

    Pelajar-pelajar sekelian!

    Apakah perbezaan antara pekeliling dengan akta ?

    3.2.1. Pekeliling

    Pekeliling mengandungi perintah-perintah am kerjaan yang perlu dipatuhi oleh

    setiap pegawai perkhidmatan kerajaan. Pekeliling-pekeliling ini tertakluk kepada

    perubahan semasa. Secara umumnya perintah am ini dapat dirumuskan sebagai

    berikut :

    Perintah Am Kerajaan

    1. Bab A Lantikan dan kenaikan pangkat

    2. Bab B Elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

    3. Bab C Cuti

    4. Bab D Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib)

    5. Bab E Rumah dan bangunan pejabat kerajaan

    6. Bab F Perubatan

    7. Bab G Waktu bekerja dan lebih masa

    3.2.2. Akta

    Sebagai seorang warga pendidikan di institusi pendidikan awam, seorang guru

    perlu mengenali dan menghayati Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang

    membicarakan persoalan pendidikan secara khusus.

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    14/17

    PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

    43

    Rumusan isi kandungan Akta 1996 sebagaimana berikut :

    BAHAGIAN TAJUK BAB SEKSYEN

    I Permulaan - 2

    II Pentadbiran - 7

    IIIMajlis Penasihat Pendidikan

    Kebangsaan- 5

    IV Sistem Pendidikan Kebangsaan 12 53

    V Penilaian dan Peperiksaan - 3

    VI Pendidikan Tinggi - 3

    VII Institusi Pendidikan Swasta - 6

    VIII Pendaftaran Institusi Pendidikan 5 24

    IX Pendaftaran Guru 3 14

    X Jemaah Nazir Sekolah 2 6

    XI Kewangan - 3

    XII Rayuan - 4

    XIII Peraturan-Peraturan - 2

    XIV Kesalahan dan Penalti - 8

    XV Pelbagai - 6

    XVI Peralihan dan Pemansuhan - 11

    Di dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menjelaskan guru dengan ertinya

    seseorang yang :

    a. mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan; atau

    b. menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa

    jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak

    jauh,

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    15/17

    PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

    44

    Manakala dalam Bab 10, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menjelaskan bahawa :

    50. Pengajaran agama Islam

    (1) Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid

    atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah

    diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak

    Berkuasa Negeri.

    (2) Pengajaran yang dikehendaki di sesuatu institusi pendidikan di bawah

    subseksyen (1) hendaklah selama tempoh sekurang-kurangnya dua jam

    seminggu dalam waktu pengajaran biasa institusi pendidikan itu atau

    dalam apa-apa waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri dalam hal mana-

    mana institusi pendidikan yang tertentu.

    (3) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan

    sesuatu institusi pendidikan yang dikehendaki menyediakan pengajaran di

    bawah seksyen ini hendaklah membuat apa-apa perkiraan yang perlu bagi

    maksud itu.

    (4) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan

    dua institusi pendidikan atau lebih boleh, dengan kelulusan Pendaftar,

    membuat perkiraan supaya pengajaran di bawah seksyen ini diberikan

    secara bergabung di institusi-institusi pendidikan itu kepada murid yang

    menganut agama Islam.

    51. Pengajaran p engetahuan agama selain daripada agama Islam.

    Pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan

    pengajaran bagi agama selain daripada agama Islam untuk murid institusi

    pendidikan itu atau mana-mana daripada mereka tetapi :

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    16/17

    PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

    45

    a. pengadaan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan wang

    yang diperuntukkan oleh Parlimen; dan

    b. tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain

    daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan

    bertulis ibu bapanya.

    52. Bantuan k ewangan kepada inst i tusi pend idikan IsIam yang t id ak

    ditub uh kan atau diseng garakan oleh Menteri atau K erajaan Negeri .

    Tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri

    patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan

    daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi

    pendidikan Islam, yang tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini

    atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan sama ada yang merupakan suatu

    institusi pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi

    pendidikan sedemikian, hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah

    terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-mata.

    Manakala dalam Seksyen 134, Akta Pendidikan 1996 pula menyebut :

    a. ..

    b. enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan

    pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau memberi

    maklumat, dengan melanggar subperenggan (b)(ii) atau

    c. Adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,

    didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan

    selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali

  • 8/14/2019 08 Tajuk 3 Pro GPI PIM3111.pdf

    17/17

    PIM3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

    46

    Justeru, sebagai seorang kakitangan awam, seorang guru itu tertakluk kepada

    akta dan pekeliling Perkhidmatan Awam sedia ada.

    Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran

    tajuk ini dengan jayanya!

    .

    ~ Selamat Maju Jaya ~

    @r@

    Apakah kepentingan dan kelebihan Akta dan Pekeliling Perkhidmatan

    Awam. Bincangkan !