ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

21
ULANGKAJI HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN AWAS! INI BUKAN TOPIK SPOT! 1. Peranan Seni dalam Pendidikan Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concept” yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiu tif seseorang individu. Pandangan ini menyokong peranan Seni dalam Pendidikan, iaitu: i Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih seronok. ii Membantu guru atau pelajar memahami diri sendiri. iii Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. iv Memotivasikan guru menjadi kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional. v Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh. 2. Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme Mengikut McBrien dan Brandt(1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pembelajaran berasaskan kepada penelitian tentang bagaimana manusia belajar.

Upload: tasaka-ambotang

Post on 03-Jul-2015

269 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

nota spot HBEF1404

TRANSCRIPT

Page 1: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

ULANGKAJI HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

AWAS! INI BUKAN TOPIK SPOT!

1. Peranan Seni dalam Pendidikan

Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concept” yang mengkaji perkembangan

otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan

intiutif seseorang individu.

Pandangan ini menyokong peranan Seni dalam Pendidikan, iaitu:

i Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih seronok.

ii Membantu guru atau pelajar memahami diri sendiri.

iii Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan

masalah.

iv Memotivasikan guru menjadi kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang

seimbang, berketrampilan dan profesional.

v Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

2. Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Mengikut McBrien dan Brandt(1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan

pembelajaran berasaskan kepada penelitian tentang bagaimana manusia belajar.

Page 2: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

Dari teori ini dapat dirumuskan, pembelajaran secara Konstruktivisme

mempunyai ciri-ciri berikut :

i Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru

ii Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan

hasil pembelajaran

iii Menyokong pembelajaran secara koperatif

iv Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid

v Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan

memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar

vi Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya

sebagai panduan merancang pengguna

vii Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid

viii Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu

idea

ix Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen

3. Melodi = mengandungi elemen-elemen pic, skel, jeda, kontur, solfa dan rangkai

lagu.

4. Irama = Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik.

Page 3: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

5. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru kreatif bagi membantu

kumpulan murid yang tidak menguasai kemahiran melompat

(a) Pengenalan Lompatan :

(i) menggunakan carta yang menunjukkan teknik lompatan dan otot-otot yang

terlibat.

(b) Ansur maju lompatan :

(i) menghayun tangan ke belakang dan ke hadapan; ke bawah dan ke atas

(ii) membengkokkan lutut dan buku lali dan melonjak dengan kuat

(iii) hulur dan jejak

(c) Permainan :

(i) Melompat anak sungai

(ii) Melompat seperti rusa melompat pagar

(iii) Melompat melakonkan cara kanggaru melompat

(d) Pertandingan :

(i) Melompat ke dalam dan ke luar gelung rotan

(ii) Pemenang kumpulan dinilai melalui pendaratan dua belah kaki,

Page 4: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

berdiri tegak dan berdasarkan jumlah kejayaan ahli kumpulan.

6. (a) Kepentingan seni dari aspek jangka panjang

Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk

keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai

estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.

Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa

kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam

persekitaran,keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke

arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

•menghargai keindahan ciptaan Tuhan.

•memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses

penghasilan.

•meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam

bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran

dan pembelajaran.

•menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk

mengekspresikan hasilan kerja.

•membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni

yang dibuat.

•menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan

seni pergerakan.

Page 5: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

•menjadikan Seni Dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan.

•menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya

dengan keselesaan hidup.

•membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

•mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui

aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum

kebangsaan.

•membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni

visual, seni muzik dan seni pergerakan.

(b) Pendapat tokoh-tokoh

(i) Seni Muzik

Shinuchi Suzuki berpendapat bahawa pendidikan muzik harus bermula dari

peringkat awal kanak-kanak dan pengajaran muzik perlu dimulakan dengan

bermain secara menghafal ‘rote playing’ sebelum menerima pembelajaran notasi

formal ‘note’. Mendengar muzik secara berulang kali atau berkali-kali atau

secara bertubi-tubi dianggap amat penting. Pendapat ini mengenengahkan teori

pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. (hoka dan hoki)

(ii) Seni Pergerakan

Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang

dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya,

pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menakkul

Page 6: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

dan pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa yang kita ingin

lakukan.

Gardner berpendapat bahawa otak yang kreatif seringkali menghasilkan

pergerakan-pergerakan yang menarik dan seterusnya dapat membina

kemahiran-kemahiran yang berbagai.

(iv) Seni Visual

Eisner (1980) juga mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan

masalah membina kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cuba

membina suatu konsep yang sempurna.

Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak membuat pengamatan, membuat

taksiran dan tanggapan dan seterusnya membina konsep.

Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati

ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka

dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-

perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak

diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan

berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

7.(a)Nyanyian

Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,

pendengaran, sebutan, pernafasan dan eknik pengeluaran suara. Kegiatan

ensemble vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara

harmonis dan seimbang.

Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut;

Mari Menyanyi

Page 7: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

(i)Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi

•lagu berentak tradisional

•lagu pusingan dan

•lagu suara berlapis

(ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan

(iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik

Menyanyi Secara Muzikal

(i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepada

tekanan dan latihan sebutan berirama

(ii)Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada:

•pic, tempo,corak irama, melodi; dan

•ekspresi mengikut mud dan dinamik.

Teknik dan Cara Menyanyi

(i) Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel dan

warna ton

(ii)Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan

dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada;

•pernafasan

•pengeluaran suara

•artikulasi

•sebutan, dan

•postur.

Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian

(i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti

monofoni dan polifoni.

Page 8: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

(ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic,

irama dan lirik seperti cara nyanyiannya.

(iii)Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek;

•Lirik;

•Melodi;

•cara menyanyi: dan

•cara persembahan

(iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian kepada

konsep muzik dan jenis muzik vokal

(v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda

dan tokoh.

(vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri.

(vii)Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan

lagu dari negara lain.

(b) Pergerakan

Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang

dilahirkan secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu;

•Imbangan berat badan

•Ruang

•Masa

•Daya/ aliran.

(i)Imbangan Berat Badan

Faktor ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, tegang dalam otot dan

Page 9: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah)

mencerminkan tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas badan (paras

pusat ke atas) mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuat memerlukan

tenaga otot dan ketegangan otot tetapi pergerakan yang ringan memerlukan

sedikit sahaja tenaga otot.

(ii)Ruang

Pastikan ada ruang di sekeliling angota badan. Dari satu tempat yang tetap kita

boleh menggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras tertentu. Ruang ini

dinamakan “lingkungan pergerakan”. Pergerakan ini boleh dibuat mengikut

cara-cara berikut:

•Dari jauh menuju ke pusat badan

•Dalam ruang yang ada mengelilingi badan, bergerak mengikut aras

•Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatu pergerakan

badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuat pelbagai bentuk seperti

panjang, bulat, luas dan sebagainya

Bila sahaja badan digerakkan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa

pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang, sisi,

atas dan bawah. Aras tinggi boleh dicapai dengan menghulur, melonjak dan

berguling di atas lantai.

(iii)Masa

Faktor ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila membuat

sesuatu pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa, pergerakan yang

cepat menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang lambat menggunakan

banyak masa.

Kederasan pergerakan itu atau punurutan pergerakan tidak semestinya

berterusan. Had kederasan boleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa boleh

ditunjukkan dengan pergerakan kawal lambat atau serta merta.

Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkan kemalangan.

Page 10: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

Kebolehan mempercepat atau melambat, memberhenti atau memulakan sesuatu

pergerakanserta merta sangat perlu untuk kawalan dan kemahiran dalam

pergerakan.

(iv)Aliran

Aliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah

pergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja.

Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta merta. Aliran

pergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan atau

terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan gerakan itu.

8. (a) Kemahiran Asas Pergerakan

Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks

terletak kepada pemupukan kemahiran-kemahiran yang berikut:

• Berjalan

• Berlari

• Melonjak

• Melompat

• Gallop (berjalan seperti kuda)

• Skip

(i) Berjalan

Berjalan ialah kemahiran yang paling asas yakni kita banyak melakukannya

dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak kanak-kanak mempunyai tabiat yang

salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian badan yang lain, selain

kaki, dan juga menggunakan tenaga berlebihan yang sepatutnya boleh

dikurangkan. Imbangan badan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang

sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul.

(ii) Berlari

Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan.Yang berbeza ialah semasa berlari

ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota

Page 11: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

terangkat daripada mencecah bumi. Lutut lebih kerap diangkat dan dibawa kea

rah hadapan. Tangan dibengkokkan di bahagian siku sambil diayun ke arah

hadapan dan belakang bertukar ganti dengan arah pergerakan kaki

(iii) Berlari serta Berlonjak (LEAP)

Berlari serta berlonjak hamper menyerupai pergerakan berlari, cuma ketika

berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak

pergerakan meninggi dapat dicapai. Semasa berlari, lutut di angkat ke hadapan

dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang

bengkok serta terangkat daripada tanah setelah mengambil kekuatan atau

lanjuran untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan

pendaratan adalah di atas kaki yang satu lagi.Kebiasaanya lonjakan didahului

dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang

sempurna.

(iv) Lompatan

Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat

berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan

berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau

kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau

ketinggian lompatan

(v) Melompat Ketingting

Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan

mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan

supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu,

kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.

(vi) Gallop

• Satu kaki bergerak ke hadapan dan berat badan dipindah padanya.Kaki

belakang digerakkan ke hadapan di belakang tumit kaki hadapan. Dengan

Page 12: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

pergerakan yang pantas, kedua-dua kaki diangkat ke hadapan dan berat badan

diletakkan pada kaki belakang.

• Menolak dan mendarat dengan bebola kaki belakang dan mendarat dengan

bebola kaki hadapan. Lutut dan pergelangan kaki dibengkokkan semasa

pergerakan dilakukan.

(vii) Skip

• Pergerakan kaki – satu langkah kaki kanan diambil dahulu kemudian diikuti

dengan hop kaki yang sama kemudian kaki kiri melakukan langkah yang sama.

• Tangan dihayun ke hadapan dan ke atas tangan yang bertentangan dengan kaki

hadapan yang dihayun. Hayunan tangan berfungsi untuk memberi imbangan dan

momentum semasa fasa hop.

• Berat badan sentiasa di bebola kaki pada sepanjang pergerakan.

(b) Persepsi Motor

Berikut adalah kemahiran-kemahiran persepsi-motor:

• Mengimbang

• Kesedaran badan

• Kesedaran ruang

• Kesedaran hala datar (laterality)

• Kesedaran arah (directionality)

• Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata

(i) Mengimbang

Mengimbang boleh dibina melalui berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting

atau berjalan di atas palang pengimbang. Penggabungan aktiviti-aktiviti

mengimbang dengan permainan lebih menyeronokkan bagi pelajar. Pelajar

berpeluang membayangkan diri mereka sebagai ahli sarkas yang berjalan di atas

tali atau mengimbang di atas sebelah kaki di atas belakang kuda sarkas.

(ii) Kesedaran Badan

Kesedaran badan merupakan persepsi tentang diri sendiri:

Page 13: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

• Saiz

• Pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh badan serta perkaitannya di

antara satu dengan yang lain

• Berupaya melakukan pergerakan membongkok, melurus, memusing, mengilas

dan menggerakkan badan.

• Perasaan timbul ketika berada dalam kedudukan yang berbeza-beza.

Kesedaran ini adalah penting bagi pemahaman pelajar tentang potensi

pergerakannya. Ada banyak cara bagi membina kesedaran tentang kewujudan

diri. Salah satu daripada caranya ialah melalui aktiviti yang melibatkan

bahagian-bahagian tertentu badan. Pelajar boleh disoal, “Berapa carakah boleh

anda gerakkan kepala anda?” atau “Bolehkah anda menyentuh kaki kiri anda

dengan tangan anda?”

(iii) Kesedaran Ruang

Kita hidup di dalam ruangan dan tubuh badan kita mengisi ruangan tersebut.

Apabila kita bergerak, kita sebenarnya bergerak melalui ruang dan tubuh badan

kita memenuhi ruang seperti juga benda-benda lain yang berada dipersekitaran

kita. Kita juga menyedari tubuh badan kita serta perkaitannya di antara benda-

benda disekitar. Hal ini merupakan konsep asas yang perlu di terokai oleh

pelajar supaya mereka boleh menyedari tentang keadaan zahir tubuh badan

mereka yang sebenarnya.

Pelajar digalakkan untuk menerokai persekitaranya. Guru menyuruh pelajar

melunjurkan kaki dan tangan yang boleh dilunjurkan ke hala semua arah.

Dengan cara ini mereka akan lebih menyedari saiz ruang diri persendirian

mereka semasa tidak bergerak. Pelajar juga digalakkan untuk bergerak bebas di

dalam ruang yang wujud di luar persendirian mereka.

(iv) Kesedaran Hala Datar (Laterality)

Hal ini merupakan kesedaran tentang wujudnya arah kanan dan kiri di sisi tubuh

badan seseorang. Dengan ini seseorang dapat mengawal pergerakan daripada

kedua-dua belah bahagian tubuh badan secara serentak atau secara berasingan.

Page 14: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

Sebarang latihan yang memerlukan kordinasi bahagian kiri dan kanan tubuh

badan atau pergerakan yang bertentangan iaitu tangan atau lengan kanan dan

kaki kiri bersama-sama digunakan akan menolong mengembangkan kesedaran

hala datar pelajar (sense of laterality). Permainan seperti Angels in the snow

sesuai bagi tujuan ini. Dalam permainan ini, pelajar disuruh menelentang di

lantai dan menggerakkan kaki serta tangan membentuk gerakan membulat

(circular movement) mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

(v) Kesedaran Arah

Kesedaran ini membolehkan seseorang menyedari arah ke kiri, kanan atas,

bawah hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya. Kesedaran luaran

arah ini terbina daripada kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran

hala-datar.

Pelbagai jenis penerokaan pergerakan dapat menggerakkan perkembangan

kesedaran arah ini. Umpamanya bergerak ke ahadapn, ke belakang, ke kiri, ke

kanan, ke atas, dan ke bawah boleh membina kesedaran arah. Melalui

pergerakan seumpama ini pelajar dapat membiasakan dan menyesuaikan

pengalaman yang diperlukan apabila memerhati baris-baris perkataan di dalam

muka surat bercetak iaitu semasa membaca.

(vi) Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata

Tujuan melakukan sesuatu pergerakan hanya akan tercapai jika kordinasi

diantara pergerakan bahagian-bahagian badan disempurnakan dengan baik.

Interaksi ini haruslah dilakukan dengan mudah, cekap dan tepat. Ini melibatkan

interaksi yang licin di antara kumpulan-kumpulan otot imbangan yang

sempurna dan turutan jangkaan yang betul

Permainan bola merupakan kordinasi tangan-mata yang amat baik. Pelajar

melambungkan dan menyambut dengan kedua-dua belah tangan atau

melambungkan dengan sebelah tangan dan menyambutnya dengan tangan yang

sebelah lagi. Permainan yang melibatkan sepakan pula adalah baik bagi

Page 15: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

kordinasi kaki-mata. Pelajar boleh menyepak bola ke arah sasaran yang tidak

bergerak atau ke arah gawang gol.

9. (a) Interpretasi idea dan hubungannya dengan kreativiti

Mengikut Torrance (1969), ciri-ciri berikut yang terdapat pada para pelajar

membantu untuk mereka belajar secara kreatif.

• Mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lama

• Keupayaan untuk menyusun

• Melihat dari sudut atau perspektif yang berlainan

• Meneroka sebelum pengajaran formal

• Menggunakan ”silence” dan ”hesitation”

• Melihat dengan lebih dekat

• Menggunakan fantasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalah

• Bercerita dan menyanyi.

Malah menurut ahli sains terkemuka, Albert Einstein, imaginasilah penggerak

kepada kreativiti. Kecenderungan pelajar meneroka dan berangan-angan

tentang persekitaran mereka menjadikan mereka golongan yang kreatif dan

kekreatifan mereka tidak mengenal sempadan.

Ini menepati pendapat Gardner (1993), kreativiti adalah aspek yang penting

dalam fungsi kognitif. Aspek kreatif otak ini boleh membantu menerang dan

menterjemahkan konsep-konsep abstrak dengan melibatkan kemahiran-

kemahiran seperti ingin tahu, penerokaan, penciptaan, kekaguman dan minat.

(b) Maksud Perasaan dan Tanggapan

Perasaan adalah bayangan atau gambaran reaksi yang muncul secara tiba-tiba

apabila emosi atau keadaan mental seseorang mengalami sesuatu benda atau

keadaan. Benda atau keadaan yang dialami itu merupakan rangsangan yang

melahirkan tanggapan.

Perasaan dan tanggapan mempunyai kaitan dengan perkembangan kreativiti

pelajar. Lowenfield dan Brittain (1982) mencadangkan empat peringkat dalam

perkembangan kreativiti pelajar.

Page 16: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

a) Peringkat ’scribbling’ di mana pelajar meneroka alam sekitar dengan

menggunakan panca indera yang dijelmakan melalui lakaran-lakaran secara

rawak. Mereka meneroka dengan warna, ruang dan bahan-bahan 3D. Lakaran ini

kemudian menjadi lebih sistematik dan terkawal.

b) Pra-skema: Pelajar cuba menggambarkan pengalaman mereka.

c) Skema: Pelajar meneroka cara dan kaedah baru, mencari pola untuk

menerangkan perhubungannya dengan alam sekitar. Peringkat ini pelajar telah

mula menggunakan simbol.

d) Realisme visual: Pelajar mula menyedari peranan kumpulan sosial.

Menunjukkan minat untuk bekerja dan boleh mengawal pearasaan dalam

kumpulan yang tidak dikawal oleh orang dewasa. Lukisan menjadi lebih realistik

dalam menggambarkan pengalaman sebenar.

Dalam melalui peringkat perkembangan ini pelajar mempelajari juga tentang diri

mereka melalui ekspresi yang dijelmakan atau yang dihasilkan.

Sebagi guru, kita seharusnya menggalakkan keunikan dan keaslian idea pelajar

supaya mereka tidak beranggapan bahawa mereka perlu meniru dan

mempunyai idea yang sama dengan kanak-kanak lain.

10. (a) Contoh pelajaran Sains yang mengintegrasikan aktiviti - aktiviti Muzik,

Seni Visual dan Pendidikan Jasmani:

Tajuk : Bahagian-bahagian pokok.

Tema persekitaran : Hutan

Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui

gambar, rakaman video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta

melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan

dengan pelbagai alat perkusi.

Pendidikan Jasmani (Pergerakan) :

Page 17: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

(a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,

(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah,

berterbangan.

Pendidikan Muzik :

(a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang

(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup

Pendidikan Seni Visual :

(a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira, marah dengan

menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam

kumpulan, sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat.

11. (a) Unsur-unsur Muzik

(i) Melodi

Mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya lagu ‘Rasa Sayang’.

Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah.

Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu do re mi (jeda tiga).

Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut

langkah tertentu. Contoh skel C major.

Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C.

(ii) Harmoni

Gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan

not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kod adalah untuk mengiringi

melodi.

Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuk triad not yang

digunakan adalah not asas, not ketiga dan not kelima dari satu skel.

Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu persatu,

menaik atau menurun. Susunan not secara ini dinamakan arpeggio atau kod

curai.

Page 18: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

Pergerakan kod: Apabila satu kod bergerak kesatu kod yang lain, ianya disebut

sebagai pergerakan kod. Di antara pergerakan kod yang lazim digunakan adalah

pergerakan kod I –IV –V. Kod-kod ini dinamakan sebagai kod primer.

(iii) Irama

Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama

yang berbeza.

Detik : Bit yang konsisten. Contoh denyutan jantung.

Meter : Masa bagi mengawal muzik

Corak Irama : Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkan corak irama

yang berbeza.

Rentak : Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi nyanyian atau

permainan alat. Contoh rentak masri.

Tempo : Kelajuan sesebuah lagu atau muzik. Contoh allegro (cepat) moderato

(moderate pace).

(iv) Ekspresi

Merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal atau

instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Gabungan

aplikasi ciri muzikal boleh menghasilkan interpretasi tersendiri.

Dinamiks : Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut dalam

Muzik.

(v) Bentuk

Karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang mempunyai

struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB.

Contohnya:

Penyusunan idea muzik dalam bentuk berikut:

• Bentuk dua bahagian

• Bentuk tiga bahagian

• Bentuk rondo

• Bentuk strofik

• Bentuk tradisional

Page 19: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

(vi) Warna Ton

Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton

dalam muzik.

Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah:

• Suara lelaki dengan suara perempuan;

• Suara perempuan dengan suara pelajar;

• Suara orang menjerit dengan suara berbisik;

• Tepukan tangan dengan petikan jari;

• Ketukan batu dengan ketukan kayu.

Warna ton bagi bunyi berbeza, berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut

serta cara ianya dimainkan. Warna ton dalam sesuatu muzik adalah seakan-akan

sama seperti warna ton dalam sesebuah lukisan. Perkataan yang digunakan

untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut, kasar, nyaring, garau,

halus, terang, ringan dan berat.

(vii) Jalinan

Jalinan muzik merupakan satu ciri cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik agar

menjadi lebih menarik dan diminati ramai.

Jalinan boleh dibahagikan kepada;

• Monofoni :

Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau

hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada iringan (no accompaniment)

Penggunaan satu alat muzik sahaja

.

• Homofoni :

Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod

seperti gitar, piano, organ dan sebagainya.

• Polifoni :

Page 20: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat

iringan.

12. (a) Intersubjectivity ( Penghubungkaitan )

Penghubungkaitan adalah satu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia

sentiasa berkait rapat antara satu sama lain tanpa ada yang menimbulkan

masalah.

Tujuan :

(i) Untuk meningkatkan tahap kefahaman terhadap sesuatu matapelajaran

melalui jaringan khusus dari segi kemahiran- kemahiran pada setiap

matapelajaran.

(ii) Memudahkan pelajar untuk mengingat sesuatu matapelajaran contohnya

melalui aplikasi pengurusan grafik

(iii) Melatih minda pelajar supaya bergerak secara aktif dan bertindak secara

kreatif.

(iv) Menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan melalui

pendekatan penghubungkaitan.

Langkah-langkah Pelaksanaan

i) Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Matapelajaran

Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam matapelajaran adalah

berfokuskan matlamat terakhirnya.

ii) Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Matapelajaran

Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai matapelajaran

akan dapat menghubungkaitkan sesuatu yang dipelajari dengan kehidupan yang

sebenar.

iii) Menentukan Hasil Pembelajaran

Matlamat pembelajaran atau objektif yang perlu diperolehi secara eksplisit dan

Page 21: Ulangkaji hbef1403 seni dalam pendidikan

implisit. Hasil pembelajaran akibat daripada penghubungkaitan itu akan

membuatkan sesuatu pembelajaran itu akan menjadi lebih efektif.