ulangkaji edu 3

21

Upload: zong-sheng-zong-sheng

Post on 09-Jul-2016

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ulangkaji Edu 3

TRANSCRIPT

Page 1: Ulangkaji Edu 3
Page 2: Ulangkaji Edu 3

BAHAGIAN A( 60 markah )

1. Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru-guru adalah digalakkan merancang pengajaran secara sistematik supaya alat dan media yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan berpandukan kepada reka bentuk pengajaran yang sesuai.

a Huraikan dua perbezaan antara model reka bentuk ADDIE dan ASSURE.

Contoh hujah:

Model ASSURE dan ADDIE merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media.

PERBEZAAN

-Definisi : Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang danmengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media manakala model ADDIE merupakan satu model reka bentuk pembelajaran yang sifatnya lebih generik.-Peringkat : Model ASSURE mengandungi enam langkah manakala model ADDIEmengandungi lima langkah.

Hujah-hujah lain:

-Jenis Peringkat: Model ASSURE bermula dengan menganalisis ciri-ciri pelajar menyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran, pemilihan media dan bahan pengajaran dan pembelajaran, penggunaan media dan bahan pengajaran dan pembelajaran, penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran dan menilai dan semak semula keberkesanan penggunaan media dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Model ADDIE pula bermula dengan analisis, bentuk, bina, laksana dan menilai.

-Fokus: Model ASSURE berskala kecil dan lebih tertumpu kepada perancangan pengajaran bilik darjah dan boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran manakala model ADDIE mengandungi lima komponen utama yang boleh digunakan untuk pengajaran yang sistematik.

[5 markah]

Page 3: Ulangkaji Edu 3

b Berpandukan kepada model reka bentuk ASSURE, bincangkan langkah-langkah serta aktiviti yang anda perlu lakukan dalam melahirkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.

Contoh hujah:

Model ASSURE adalah antara model reka bentuk yang boleh digunakan bagi memastikan  pembelajaran berlaku.  Dalam model ini terdapat enam langkah seperti berikut:

Langkah 1 : Analisis pelajar

Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan sebagainya. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media.  

Langkah 2: Nyatakan objektif

Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran.

Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan

Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubahsuai media, guru perlu mengambil kira tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai.

Langkah 4: Gunakan media dan bahan

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.  Guru boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota dan latihan.

Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran

Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan sebagainya. 

Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan

Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan.

Page 4: Ulangkaji Edu 3

Hujah lain:

Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.  Maklumat diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka.  

Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam langkah setrerusnya iaitu memilih kaedah, memilih media dan memilih bahan. Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran.

Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar. 

Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran.  Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai.  

[10 markah]

2. Penggunaan grafik untuk menghuraikan maklumat yang sukar difahami dan bahan sumber seperti 3D dalam pengajaran dan pembelajaran banyak memberi impak

yang positif kepada pelajar. Walau bagaimanapun terdapat juga kekangan yang dihadapi bagi merealisasikan penggunaan bahan ini dalam bilik darjah.

a Huraikan lima prinsip grafik yang perlu diambil kira dalam menghasilkan bahan bantuan mengajar.

Contoh hujah:

Antara lima prinsip yang perlu diambil kira dalam menghasilkan suatu grafik adalah:

SimplisitiSimplisiti atau kesederhanaan merupakan prinsip seni reka yang bersifat sederhana dan tidak terlalu berat komposisinya.

 DominanDominan merupakan salah satu prinsip yang selalu digunakan dalam penghasilan reka bentuk grafik. Misalnya penggunaan warna yang dominan dalam reka bentuk kad jemputan dan juga papan iklan.

HarmoniHarmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik.

KontrasKontras wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai ciri-ciri bertentangan atau bercanggahan dalam suatu gubahan.

Page 5: Ulangkaji Edu 3

PenegasanPenegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur seni yang menonjol di dalamnya.

Hujah lain:

Prinsip kesederhanaan dapat memberi ilusi yang menarik dan mendorong audien untuk terus menghayati sesuatu karya seni tersebut

Dominan mempunyai beberapa tujuan iaitu menarik perhatian, menhilangkan kebosanan dan member titik focus pada sesuatu karya yang dihasilkan.

Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan mata.

Kesan kontras dapat ditimbulkan dalam kegiatan menghasilkan karya-karya seni visual melaui pengolahan unsur-unsur seni yang berlainan,

Aplikasi prinsip rekaan penegasan dalam gubahan seni visual dapat menimbulkan fokus atau tumpuan, menarik perhatian dan mengelakkan kebosanan.

[5 markah]

b Bincangkan  tentang kekuatan-kekuatan  serta kekangan-kekanganpenggunaan bahan sumber 3D di dalam bilik darjah.

Contoh hujah:

Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Bahan TigaDimensi adalah benda yang memiliki panjang, lebar, dan tinggi.

Kelebihan Bahan 3D

Konsep yang betul dibina kerana pelajar boleh melihat benda yang sebenar.

Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana pelajar dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar.

Pelajar dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik.

Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.

Menggalakkan pelajar membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan.

Kelemahan Penggunaan Bahan 3D Dalam P&P

Page 6: Ulangkaji Edu 3

Terdapat bahan 3D yang tidak mudah diperoleh di pasaran.

Kekangan masa untuk membina bahan 3D.

Perlu ada ruang yg luas untuk menyimpan bahan 3D.

Terdapat bahan 3D yang mudah rosak.

Kekangan kos untuk membina beberapa jenis bahan 3D.

Hujah lain:

Kelebihan Bahan 3D Memberi lebih banyak peluang kepada pelajar berinteraksi diantara satu

sama lain. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan. Unsur penting dalam bahan misalnya pemilihan warna, kekemasan

buatan, saiz dan sebagainya dapat menarik minat pelajar. Menjanjikan sesi set induksi yang menarik kerana pelajar semestinya

akan berasa ingin tahu tentang tajuk apakah yang akan dipelajari apabila terpandang akan model 3D.

Memberi impak yang besar terhadap pemahaman pelajar

Kelemahan Penggunaan Bahan 3D Dalam P&P Penggunaannya terhad kepada matapelajaran tertentu sahaja Kawalan penggunaannya dalam kalangan pelajar lebih mencabar

daripada penggunaan bahan 2D Terdapat beberapa jenis yang mudah rosak Tidak banyak yang terdapat di bilik sumber berbanding bahan 2D Terdapat jenis bahan 3D di mana guru perlu ada kemahiran yang tinggi

untuk mengendalikannya

[10 markah]

3. Penggunaan kamera Digital Single Lense Reflection (DSLR) banyak membantu guru menghasilkan bahan visual untuk penyampaian mesej instruksi. Mesej abstrak dapat disampaikan melalui imej visual supaya difahami dengan lebih mudah. Sebarang imej visual yang menarik akan kekal dalam ingatan jangka panjang

a Senaraikan perbezaan antara kamera filem Single Lense Reflection (SLR) dengan kamera Digital Single Lense Reflection (DSLR)

DSLR ada sensor elektronik yang dipanggil CCD ( Charge-coupled device ) manakala SLR tiada CCD.

Complementary metal–oxide–semiconductor ( CMOS ) dalam DSLR merakam imej sebagai data binary tetapi SLR tiada CMOS, oleh itu nagatif atau positif filem tiada.

Imej yang dirakam menggunakan DSLR boleh disimpan dan disunting menggunakan komputer peribadi sedangkan imej yang dirakam menggunakan SLR tidak dapat disunting terus menggunakan komputer peribadi.

Page 7: Ulangkaji Edu 3

DSLR

mempunyai fungs merakam video tetapi SLR tiada fungsi merakam video.

DSLR mempunyai fungsi merakam suara yang tidak terdapat pada kamera filem SLR.

[5 markah]

b Bagaimanakah subjek dalam gambar 3.1 yang kurang jelas dan ada bayang di atas terhasil dan jelaskan cara yang betul untuk menghasilkan gambar 3.2 yang jelas

menggunakan kamera DSLR.

Gambar 3.1 Subjek berbayang (kabur)

Teknik yang digunakan ialah freezing ataupun high (fast)shutter speed.

Kelajuan shutter speediaitu skala waktu (dalam detik) yang menunjukan berapa lama shutter terbuka dan tertutup kembali mempengaruhi imej yang dihasilkan menggunakan teknik freezing.Semakin lambat shutter speed maka makin banyak cahaya

Page 8: Ulangkaji Edu 3

yang terakam oleh sensor . Shutter speed perlahan menyebabkan imej terhasil mempunyai bayang seperti gambar 3.1.

Gambar 3.1 dihasilkan dengan tetapan shutter speed yang agak perlahan iaitu antara 1/8 hingga 1/25 dan bukaan aperture yang luas iaitu F5.6. Kamera merakam pergerakan subjek (kanak-kanak sedang terjun) dalam tempoh bukaan pengatup (shutter) yang agak lama lalu menghasilkan bayang pergerakan. Gambar lebih terang kerana dedahan yang agak lama lalu menghasilkan bayang pergerakan. Gambar lebih terang kerana dedahan yang agak lama dan bukaan aperture yang luas menyebabkan cahaya masuk lebih banyak.

ISO gambar 3.1 ialah 100.

Gambar 3.2 Subjek tiada bayang (jelas)

Gambar 3.2 menggunakan shutter speedlebih tinggi iaitu 1/30 hingga 1/60 dan aperture yang luas iaitu F5.6 – F8. Apabila tetapan kelajuan pengatup (shutter speed) lebih tinggi iaitu tempoh bukaan pengatup lebih singkat, maka bayang pergerakan subjek tidak terhasil serta gambar lebih jelas.

ISO bagi gambar 3.2 ialah 100.

Hujah-hujah lain

Sekiranya menggunakan teknik freezing, panningatau tilting , maka shutter speed hendaklah lebih tinggi.

Tetapan (setting ) antara shutter speed, aperture , dan nilai ISO menghasilkan foto dengan pencahayaan yang tepat dalam pelbagai keadaan dan objek.

Penggunaan tripod dapat mengelakkan gegaran. Sekiranya tripod tidak digunakan, tangan akan bergegar jika memegang kamera terlalu lama. Imej akan kabur jika tangan bergegar atau bergoyang semasa gambar diambil

[10 markah]

Page 9: Ulangkaji Edu 3

4. Pendidikan di Malaysia berkembang selari dengan perkembangan teknologi yang pesat mengikut arus perdana pendidikan dunia. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan seperti internet telah berkembang pesat dan kini telah memasuki era cloud computing. Trenda terkini membawa kepada pelbagai perubahan dalam pendidikan di Malaysia pada semua peringkat

a Senaraikan perubahan-perubahan dan kemajuan dimaksudkan dengan pernyataan di atas

i. E-learningii. M-Learningiii. U-Learning

iv. Blended Learning v. Web Based Learning

Hujah-hujah lain

Pembelajaran dalam bilik darjah secara bersemuka boleh digantikan dengan pembelajaran secara blended

Pembangunan portal membolehkan pembelajaran berlaku di mana-mana

Alat-alat komunikasi seperti smart phone boleh digunakan dalam u-learning

Sumber terbuka seperti Google Drive dan aplikasi cloud membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan sebarang waktu

[5 markah]

b Huraikan cara-cara yang sesuai untuk anda sebagai pengguna komputer dan internet boleh lakukan bagi mempastikan keselamatan perkakasan, perisian dan keselamatan sebagai pengguna terjamin

Rahsiakan kata laluan. Gunakan kata laluan yang kukuh melalui gabungan nombor, huruf, tanda dan simbol (Contoh : P4s$wOrd).

Salin maklumat penting. Buat salinan dengan kerap dan simpan tempat selamat.

Gunakan perisian anti-virus yang sah dan kemaskini perisian anti-virus.

Encrypt maklumat terperingkat. Menggunakan encryption apabila menyimpan dan menghantar maklumat terperingkat

Berwaspada apabila memuat turun program atau fail dari Internet.

Jangan buka e-mel dari penghantar yang tidak dikenali bagi mengelakkan virus, email spamming dan worm dan sebagainya.

Jangan biarkan komputer anda berada atas talian jika tidak digunakan.

Log off komputer anda sebelum keluar pejabat.

Page 10: Ulangkaji Edu 3

Penyimpanan komputer di tempat yang selamat dan terkawal .

Hujah-hujah lain:

maklumat tidak didedahkan atau dibenarkan akses tanpa kebenaran.

integriti maklumat iaitu maklumat sentiasa lengkap, tepat dan kemaskini.

Maklumat cuma boleh diubah dengan cara yang dibenarkan sahaja.

Selain itu, kebolehsediaan maklumat iaitu maklumat sentiasa boleh diakses oleh pengguna yang sah sahaja pada bila-bila masa.

[10 markah]

Page 11: Ulangkaji Edu 3

BAHAGIAN B( 40 markah )

1. Media dapat membantu guru mencapai objektif yang dirancang di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dengan mengemukakan contoh-contoh pengajaran pembelajaran berkesanmelalui penggunaan media di dalam bilik darjah,nyatakan sejauhmanakah anda bersetuju dengan pendapat di atas.

Contoh hujah:

Definisi Media - Media ialah medium yang bermaksud sesuatu saluran komunikasiyang membawa maklumat. Maklumat daripada penyampai akan diterima oleh

penerima melalui saluran komunikasi yang disebut sebagai media, Media terdiridaripada pelbagai jenis, antaranya radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto,slaid, bahan-bahan bercetak, dan komputer. Media dalam pengajaran ialah suatualatan yang berupayauntuk menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesejsehingga mendorong dan merangsangkan pemikiran, perasaan, minat dan perhatianpenerima. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, media menjadi alat yangdigunakan oleh guru sebagai pengirim mesej untuk menyampaikan mesej dengan berkesan kepada penerima iaitu pelajar.

Berdasarkan maksud media di atas, saya bersetuju dengan pandangan berkenaandengan contoh-contoh berikut;

Penggunaan media bermula dengan guru sebagai pihak utama yang mencari jalan untuk meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap kandungan pelajaran. Guru perlu sedar bahawa keupayaannya bukan sahaja menyampaikan kandungan secara langsung sebaliknya kandungannya dapat diterima dengan mudah dan berkesan sekiranya guru dibantu oleh pelbagai jenis media. Guru boleh menggunakan media interaktif yang menunjukkan tindak balas selepas murid memberi respon.

Penggunaan visual yang menepati isi kandungan dapat membantu pelajar memahami maksud yang disampaikan oleh guru dengan tepat. Gabungan visual dan audio pula akan membantu pelajar di dalam penjelasan terhadap langkah-langkah pembelajaran dengan lebih teratur dan sistematik.Penggunaan gambar dan rajah serta suara yang menepati visual berkenaan dengan sendirinya dapat membantu guru dalam usaha mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan.

Kepelbagaian media yang digunakan dapat melibatkan kepelbagaian pancaindera ketika berinteraksi di dalam kelas iaitu daripada pendengaran kepada penglihatan dan juga deria yang lain memberi pengalaman belajar yang sebenar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sebenar. Guru boleh memilih jenis media yang bersesuaian dengan tajuk yang ingin disampaikan, contohnya penggunaan carta pie bagi menunjukkan komposisi kaum yang terdapat di sekolah berkenaan atau bahan 3D seperti gunung berapi bagi menunjukkan strukur permukaannya. Penggunaan kepelbagaian media ini akan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

Perkembangan dalam bidang teknologi turut memungkinkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung tanpa kehadiran seorang guru. Pembelajaran kendiri

boleh berlaku sekiranya pelajar disediakan dengan media pengajaran yang berkesan

Page 12: Ulangkaji Edu 3

dan sesuai. Media pengajaran yang mendorong pembelajaran kendiri berbentuk bahan-bahan media yang disediakan oleh guru sendiri atau pihak lain. Media pengajaran ini membolehkan pelajar mengalami proses pembelajaran tanpa kehadiran guru sebaliknya bahan-bahan media tersebut mengambil peranan guru. Antara contoh media pengajaran yang boleh digunakan dalam pembelajaran kendiri ialah pita video, komputer dan modul pengajaran. Dalam hal ini, guru masih berperanan dalam menentukan hasil pembelajaran, pemilihan tajuk dan isi pelajaran, pemilihan strategi, teknik dan kaedah pengajaran serta bentuk penilaian.

Selain media itu sendiri, tidak dinafikan penggunaan media secara berkesan untuk mendorong minat pelajar adalah bergantung pada keupayaan dan kreativiti seseorang guru . Oleh itu, perkara utama yang mesti ditekankan ialahkeberkesanan proses pengajaran dan bembelajaran adalah berasaskan kreativitiguru di dalam mengaplikasikan penggunaan media sebagai bahan sokongan dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, pernyataan di atas disokong bersama-sama dengan perlunya kebolehan dan kemahiran seseorang guru dalam mengendalikan penggunaan media bagi mewujudkan pembelajaran berkesan.

Hujah Lain Yang Menyokong

Media sebagai pembantu guruGuru merancang penggunaan media untuk digunakan semasa guru menjalankan pengajarannya.

Media sebagai pengganti guruPembelajaran kendiri apabila guru tidak dapat hadir ke kelas atau ketika sesi ulangkaji di rumah.

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)Strategi pembelajaran yang dapat meningkatkan keupayaan berfikir dan latihan menyelesaikan masalah. Dalam pendekatan ini, pelajar di diberikan kebebasan untuk melaksanakan aktiviti atau projek dengan berbantukan media.

Media dalam Pendidikan KhasPenggunaan media yang sesuai membantu pembelajaran kanak-kanak istimewa lebih sempurna. Contoh komputer dengan papan kekunci Braille.

Media dalam Pendidikan Jarak JauhPelajar tidak perlu bersemuka dengan pengajar sebaliknya menggunakan modul, pita rakaman, perisian komputer, video konferens dan teknologi sumber terbuka dari internet.

Media dalam Folio PembelajaranPenyediaan folio adalah aktiviti pembelajaran kendiri apabila pelajar menyediakan bahan-bahan pembelajaran mereka dan mendokumentasikannya ke dalam satu fail atau folder. Ia mendidik pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan pembelajaran, melatih pelajar dengan kemahiran multimedia dan teknologi maklumat terkini..

[20 markah]

Page 13: Ulangkaji Edu 3

2. Gaya pengajaran guru kini telah berubah ke arah pendekatan pengajaran berpandukan teknologi. Setiap guru harus bersedia menguasai kemahiran pengajaran abad ke 21 dan mengamalkannya dalam tugasan harian mereka. Antara amalan tersebut termasuklah penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan dapat meningkatkan minat murid terhadap pengajaran yang disampaikan.

Berpandukan penyataan di atas bincangkan proses penerbitan bahan video untuk pengajaran. Berikan contoh dalam setiap proses yang dapat menyokong jawapan anda.

[20 markah]

Contoh hujah:

Dalam menghasilkan sebuah bahan video untuk pengajaran terdapat beberapa proses yang perlu diikuti oleh guru ketika merancang penerbitan video tersebut. Guru seharusnya dapat menetapkan tujuan dan objektif video pengajaran yang dibangunkan serta kumpulan sasaran yang terlibat dalam menggunakan video berkenaan. Guru juga harus memastikan bagaimana bahan itu akan digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya guru menjalankan penyelidikan dan membuat persediaan bahan-bahan yang difikirkan perlu dan berkaitan video yang akan dibangunkan. Antara bahan yang berkaitan termasuklah gambar pegun, audio dan video pendik yang berkaitan. Guru harus bijak memilih bahan-bahan yang sesuai dan berkaitan video yang akan dibangunkan. Pembangunan video pembelajaran yang berkesan akan bermula dengan idea yang menarik dan bersesuaian. Pada peringkat ini guru harus menyediakan penulisan skrip pembangunan video pengajaran yang tersusun, bersesuaian dan lengkap. Guru juga harus sentiasa bersedia membuat penggambaran dengan menyediakan jadual pengambaran agar memudahkan setiap ahli pasukan yang terlibat membuat persiapan dalam semua aspek yang telah dirancangkan. Dalam usaha menghasilkan bahan video pengajaran yang baik guru haruslah dapat menyediakan bahan grafik yang menarik dan bermakna agar ia tidak mengganggu kelancaran penggambaran. Di samping itu guru haruslah menyediakan bahan dan peralatan serta memastikan ianya dalam keadaan baik dan berfungsi serta boleh digunakan. Setelah persiapan awal dibuat, sesi pengambaran luar dan pengambaran dalam boleh dimulakan dan guru harus bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku dan bersedia dengannya. Setelah sesi rakaman luar dan rakaman dalam telah siap, guru haruslah membuat penyuntingan bahan rakaman dengan menggunakan perisian yang sesuai. Proses yang seterusnya ialah memasukkan narasyen, kesan bunyi dan muzik latar dalam video yang telah dibina. Narasyen, kesan bunyi dan muzik latar yang digunakan haruslah sesuai dan dapat meningkatkan keinginan belajar di kalangan pelajar. Proses seterusnya yang harus dijalankan oleh guru ialah proses prebiu, di mana sekumpulan kecil guru akan membuat pemerhatian terhadap video yang telah siap dibina. Pada peringkat ini pembetulan dan penambahbaikan akan dibuat dalam memastikan keberkesanan video yang dibangunkan.Video yang telah siap dibangunkan akan digunakan dalam pengajaran dan ditayangkan di

Page 14: Ulangkaji Edu 3

hadapan pelajar. Proses terakhir yang perlu dijalankan dalam pembinaan video pembelajaran ialah penilaian. Di peringkat ini kesesuaian bahan video dinilai secara keseluruhan dan penambahbaikan.

Hujah lain yang menyokong

Tetapkan Tujuan dan Objektif

Pastikan anda tahu matlamat rancangan anda menghasilkan bahan video. Siapakan kumpulan sasarannya dan bagaimana bahan itu akan digunakan dalam pengajaran.

Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan

Kumpulkan bahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat, gambar dan sebaginya yang anda fikirkan berguna untuk penggambaran.

Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai

Bahan yang anda kumpul mungkin terlalu banyak. Pilih bahan-bahan yang difikirkan benar-benar perlu.

Menulis Skrip

Di sinilah anda mencurahkan idea anda secara berurutan dan berstruktur.

Bersedia Membuat Penggambaran

Sediakan jadual penggambaran. Sekiranya anda bekerja dalam pasukan, tetapkan tugas masing-masing.

Sediakan Bahan-Bahan Grafik

Anda perlu menyediakan bahan-bahan grafik sebelum penggambaran dimulakan. Kalau tidak ia akan mengganggu kelancaran penggambaran.

Sediakan Bahan dan Peralatan

Pastikan bahan dan peralatan bersedia dan berfungsi.

Mulakan Penggambaran

Anda mungkin akan membuat penggambaran luar dan dalam. Fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku dan bersedia dengannya.

Menyunting

Setelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat.

Membuat Rakaman Audio

Langkah ini adalah untuk memasukkan narasyen,Kesan bunyi dan muzik latar.

Page 15: Ulangkaji Edu 3

Prebiu

Rancangan perlu dipratonton oleh satu kumpulan kecil dan kemudian perbaiki kesilapan sekiranya ada

Gunakan Dalam Pengajaran

Di sinilah anda menggunakan program video yang telah dihasilkan.

[20 markah]

3. Sebagai seorang guru yang kreatif dan inovatif anda boleh mengintegrasikan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagai mod atau cara. Antaranya ialah tutorial, aplikasi, komunikasi dan penerokaan.

Anda dikehendaki menilai, memilih dan memutuskan perisian-perisian, bahan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai dalam melaksanakan setiap mod pengajaran tersebut di dalam kelas anda. Bincangkan setiap aspek yang dinyatakan dengan jelas dan hujah yang bernas.

Contoh hujah

Jawapan mesti menjelaskan bagaimana pelajar menilai, memilih dan membuat keputusan dalam memilih perisian, bahan serta aktiviti yang sesuai dalam setiap mod pengajaran menggunakan pengintegrasian TMK. Perbincangan mesti dapat membezakan penggunaan perisian, bahan dan aktiviti dalam keempat-empat mod pembelajaran menggunakan TMK.

Menjelaskan setiap mod pengajaran menggunakan pengintegrasian TMK bersertacontoh-contoh aktiviti dan penggunaan bahan serta perisian yang sesuai.

Melalui pengajaran dan pembelajaran tutorial, proses penyampaian kandungan pelajaran berdasarkan urutan tertentu. Pembelajaran biasanya dimulakan dengan menyatakan objektif yang akan dicapai, diikuti dengan penerangan langkah demi langkah dan diakhiri dengan soalan dan kuiz untuk menguji kefahaman pelajar terhadap tajuk tutorial yang dipersembahkan. Contoh aktiviti pembelajaran melalui mod tutoral ialah ekspositori, demontrasi, latih tubi dan sebagainya. Antara bahan dan perisian yang boleh digunakan ialah komputer, LCD ,perisian Power Point, CD-ROM, laman web dan sebagainya.

Melalui pengajaran dan pembelajaran aplikasi, TMK digunakan sebagai alat untuk membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukannya untuk meyalurkan maklumat. Tugasan pelajar akan dapat dilakukan dengan lebih mudah, cepat dan kemas. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah pelajar menggunakan perisian-perisian tertentu untuk membuat laporan, pembentangan, mereka bentuk, membuat pengiraan, menganalisis dan sebagainya. Contoh perisian yang boleh digunakan ialah pemprosesan perkataan seperti Microsoft Word, persembahan Power Point, pengiraan seperti Excel, mereka bentuk seperti Google Sketch Up, Paint, Adobe Photoshop dan lain-lain.

Page 16: Ulangkaji Edu 3

Melalui pembelajaran komunikasi pelajar dan guru dari lokasi yang sama atau berbeza dapat menghantar, menerima, berbincang dan berkongsi maklumat dengan pelbagi bentuk dan format. Teknik pembelajaran boleh dilakukan secara sendirian, seorang dengan seorang atau ramai dengan ramai. Antara aktiviti pembelajaran ialah seperti perbincangan, forum, kolaboratif dan sebagainya. Antara perisian dan aplikasi TMK yang boleh digunakan ialah, E-mail, forum online, sidang video, sistem pesanan ringkas (SMS), WhatShapp dan sebagainya.

Melalui pembelajaran penerokaan pelajar akan menggunakan kemudahan TMK untuk mencari, mengakses pelbagai maklumat daripada CD-ROM, Internet, dan sebagainya. Pelajar diberi tugasan untuk mempelajari, mengkaji sesuatu fenomena melalui pencarian sendiri. Pelajar akan berusaha menyelesaikan masalah yang diberikan dengan mendapatkannya melalui pelbagai sumber TMK. Antara aktiviti pembelajaran melalui penerokaan ialah seperti pembelajaran Inkuiri penemuan, penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek dan sebagainya. Antara peralatan, bahan dan perisian yang boleh digunakan ialah komputer, CD-ROM, internet, laman web, injen pencarian seperti google, Wikipedia dan sebagainya.

Hujah-hujah lain yang boleh diterima. Peralatan dan perisian yang sama boleh juga digunakan untuk mod

pembelajaran yang berbeza. Sebagai contoh CD Rom, internet , laman web dan sebagainya boleh digunakan untuk mod pembelajaran tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi bergantung kepada bagaimana ia dibincang dan dihuraikan.

Contoh-contoh alatan/peranti lain yang mempunyai ciri-ciri TMK seperti telifon pintar, tablet dan seumpamanya boleh juga diterima dalam menjawab soalan ini.

Pembelajaran yang dibincangkan tidak hanya terhad di dalam bilik kelas. Pembelajaran menggunakan aplikasi TMK juga boleh dilanjutkan di luar bilik darjah.

[20 markah]