ulangkaji fokus bahagian c-bm 2

2
ULANGKAJI FOKUS BAHAGIAN C: Mengulas nilai murni Sabtu, 28 April 2012 7.00 pagi Pagi ini aku tidak bersekolah. Namun begitu, aku tetap bangun awal pagi. Aku mengikuti ayah pergi berjoging di taman rekreasi berhampiran rumah. Setelah itu, kami pulang ke rumah semula. Aku membersihkan diri dan kemudian bersarapan bersama-sama ayah dan ibu. 8.30 pagi Selepas bersarapan, aku membantu ibu mencuci pinggan mangkuk. Kemudian, aku dan ayah pergi ke kebun sayur di tepi rumah. Aku membantu ayah mencabut rumput di batas sawi dan pokok cili. Kemudian, aku menyiram batas-batas sayur yang baru bertunas itu. 10.00 pagi Aku masuk ke bilik untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Aku meneliti setiap soalan dan menjawabnya dengan yakin. Setelah kerja sekolah disiapkan, aku mengulang kaji pelajaran pula. Aku membuat latih tubi mata pelajaran Bahasa Melayu dengan tekun. Aku berazam untuk menjadi guru Bahasa Melayu apabila besar nanti. Lengkapkan borang pengurusan grafik di bawah: Penanda wacana (PW) Kata Bantu (KB) Nilai Kata Hubung (KH) Huraian Antaranya kita hendaklah berdisiplin dengan bangun awal pagi setiap hari seperti yang dilakukan oleh penulis walaupun hari sabtu Selain itu kita harus rajin seperti Penulis yang suka membantu ibu dan bapanya di rumah Seterusnya kita perlu bertanggungjawab apabila menjalankan peranan sebagai seorang anak Di samping itu kita patut gigih berusaha jika diberi sebarang tugasan sekolah yang perlu disiapkan Akhir sekali kita sewajarnya tekun dalam mengulang kaji pelajaran untuk berjaya. Lima nilai yang terdapat dalam petikan antaranya, kita hendaklah berdisiplin dengan bangun awal pagi setiap hari seperti yang dilakukan oleh penulis walaupun hari sabtu. Selain itu, kita harus rajin seperti penulis yang suka membantu ibu dan bapanya di rumah. Seterusnya, kita perlu bertanggungjawab apabila menjalankan peranan sebagai seorang anak. Di samping itu, kita patut gigih berusaha jika diberi sebarang tugasan sekolah yang perlu disiapkan. Akhir sekali, kita sewajarnya tekun dalam mengulang kaji pelajaran untuk berjaya.

Upload: namaku-mahani

Post on 03-Jul-2015

1.593 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

tips lagi,lagi,lagi dan lagi

TRANSCRIPT

Page 1: Ulangkaji fokus bahagian c-BM 2

ULANGKAJI FOKUS BAHAGIAN C: Mengulas nilai murni

Sabtu, 28 April 2012 7.00 pagi Pagi ini aku tidak bersekolah. Namun begitu, aku tetap bangun awal pagi. Aku mengikuti ayah pergi berjoging di taman rekreasi berhampiran rumah. Setelah itu, kami pulang ke rumah semula. Aku membersihkan diri dan kemudian bersarapan bersama-sama ayah dan ibu. 8.30 pagi Selepas bersarapan, aku membantu ibu mencuci pinggan mangkuk. Kemudian, aku dan ayah pergi ke kebun sayur di tepi rumah. Aku membantu ayah mencabut rumput di batas sawi dan pokok cili. Kemudian, aku menyiram batas-batas sayur yang baru bertunas itu. 10.00 pagi Aku masuk ke bilik untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Aku meneliti setiap soalan dan menjawabnya dengan yakin. Setelah kerja sekolah disiapkan, aku mengulang kaji pelajaran pula. Aku membuat latih tubi mata pelajaran Bahasa Melayu dengan tekun. Aku berazam untuk menjadi guru Bahasa Melayu apabila besar nanti. Lengkapkan borang pengurusan grafik di bawah:

Penanda wacana (PW) Kata Bantu (KB) Nilai Kata Hubung (KH) Huraian

Antaranya kita hendaklah berdisiplin dengan bangun awal pagi setiap hari seperti yang dilakukan oleh penulis walaupun hari sabtu

Selain itu kita harus rajin seperti Penulis yang suka membantu ibu dan bapanya di rumah

Seterusnya kita perlu bertanggungjawab apabila menjalankan peranan sebagai seorang anak

Di samping itu kita patut gigih berusaha jika diberi sebarang tugasan sekolah yang perlu disiapkan

Akhir sekali kita sewajarnya tekun dalam mengulang kaji pelajaran untuk berjaya.

Lima nilai yang terdapat dalam petikan antaranya, kita hendaklah berdisiplin dengan bangun awal pagi setiap hari seperti yang dilakukan oleh penulis walaupun hari sabtu. Selain itu, kita harus rajin seperti penulis yang suka membantu ibu dan bapanya di rumah. Seterusnya, kita perlu bertanggungjawab apabila menjalankan peranan sebagai seorang anak. Di samping itu, kita patut gigih berusaha jika diberi sebarang tugasan sekolah yang perlu disiapkan. Akhir sekali, kita sewajarnya tekun dalam mengulang kaji pelajaran untuk berjaya.

Page 2: Ulangkaji fokus bahagian c-BM 2

PANDUAN BM KERTAS 2, BAHAGIAN C: MENGULAS NILAI MURNI DALAM TEKS (Perlu dihafal)

SENARAI PENANDA WACANA: PW

1. ANTARANYA, 2. SELAIN ITU 3. DI SAMPING ITU 4. SETERUSNYA 5. AKHIR SEKALI

SENARAI KATA BANTU: KB

1. KITA HENDAKLAH 2. KITA HARUS 3. KITA PATUT 4. KITA MESTILAH 5. KITA SEWAJARNYA

SENARAI KATA HUBUNG: KH

1. SEPERTI 2. DAN 3. APABILA 4. JIKA 5. SAMBIL 6. LALU 7. KERANA 8. JIKA 9. SUPAYA 10. AGAR 11. ATAU 12. DALAM 13. APABILA 14. dll