soalan ulangkaji bmm 3103

53
BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH AHLI KUMPULAN: MOHAMED DANIAL BIN ABDUL GHANI N0RSYAHIDA BINTI ANI NORSYAFIQAH BINTI ZULKIFLI WAN NUR AZIEMAH IZYAN BINTI WAN HASHIM MINGGU ULANGKAJI SOALAN 25 - SOALAN 32

Upload: wan-nur-aziemah-izyan

Post on 03-Jul-2015

1.910 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU

SEKOLAH RENDAH

AHLI KUMPULAN: MOHAMED DANIAL BIN ABDUL GHANI

N0RSYAHIDA BINTI ANI NORSYAFIQAH BINTI ZULKIFLI

WAN NUR AZIEMAH IZYAN BINTI WAN HASHIM

MINGGU ULANGKAJISOALAN 25 - SOALAN 32

Page 2: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

SOALAN 25

Jelaskan peringkat-

peringkat kefahaman

membaca.

Page 3: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Peringkat-peringkat

kreatif

penilaian

Inferens

literal

Page 4: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

literal• Dari segi bahasa, literal bermaksud berasaskan makna sebenar

atau makna biasa kata-kata yang digunakan; tegasnya bukan

makna kiasan atau makna yang tersirat.

• Tahap ini hanya memerlukan proses pemikiran biasa. Pembaca

hanya perlu mengingat dan menyatakan apa-apa yang terdapat

dalam teks.

• Antara kemahiran literal ialah memahami makna

perkataan, termasuk menyatakan perkataan seerti dan perkataan

berlawan bagi sesuatu perkataan yang terdapat dalam teks.

Page 5: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

• Kemahiran lain yang terlibat ialah memahami

penggunaan tanda baca, mengecam dan mengingat isi

teks, dan menyatakan urutan peristiwa.

• Sebagai contoh, jawapan terhadap soalan-soalan yang berikut hanya memerlukan proses pemikiran literal yang sangat mudah:

• 1. Apakah peristiwa yang berlaku pada petang itu?

• 2. Di manakah peristiwa itu berlaku?

Page 6: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

• Tahap literal termasuk juga keupayaan

menyatakan atau mengungkapkan kandungan

bacaan dengan kata-kata lain tanpa mengubah

makna atau maksud asalnya. Istilah yang lazim

digunakan untuk kebolehan ini ialah

memparafrasa.

Page 7: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

inferens• Dari segi bahasa, inferens bermaksud

kesimpulan yang dibuat berdasarkan fakta atau asas tertentu.

• Tahap ini memerlukan proses pemikiran yang kompleks. Pembaca perlu menggunakan maklumat literal dan pengetahuan sedia ada untuk membuat kesimpulan.

• Antara kemahiran pemahaman yang terlibat ialah menyatakan sebab akibat, membanding beza, mengesan tujuan penulis, mengesan idea tersirat, membuat analogi, dan membuat ramalan.

Page 8: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

• Jawapan terhadap soalan-soalan yang berikut menggunakan tahap kefahaman inferens:

1.

• Ada ikan masak gulai,Bulan terang pagi hari;Kalau tuan bijak pandai,Apakah binatang keris di kaki?

Page 9: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

• keupayaan pembaca menunjukkan hubungan sebab dan akibat yang terdapat dalam teks.

• Misalnya, murid diminta mengenal pasti hubungan sebab dan akibat yang tiada petunjuknya dalam teks.

• Jika petunjuk hubungan sebab dan akibat itu terdapat dalam teks, tahap kefahaman itu hanya pada peringkat literal sahaja.

• Termasuk juga dalam tahap kefahaman inferens ini ialah keupayaan memberikan interpretasi terhadap unsur-unsur bahasa seperti kiasan, peribahasa dan metafora.

Page 10: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

penilaian• Tahap ini memerlukan proses pemikiran yang

lebih kompleks jika dibandingkan dengan tahap inferens.

• Antara kemahiran pemahaman yang terlibat ialah menilai sama ada sesuatu peristiwa, watak, atau isu merupakan realiti atau fantasi; sama ada sesuatu penyataan ialah fakta atau pendapat; sama ada sesuatu penyataan ialah propaganda atau kebenaran; dan menilai kewajaran, ketepatan, dan kesesuaian tindakan watak dengan memberi alasan.

Page 11: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

kreatif• Dari segi bahasa, kreatif bermaksud mempunyai kebolehan

mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baharu dan

asli.

• Lazimnya, bahan bacaan yang digunakan termasuk dalam kategori kreatif

juga seperti puisi, cerpen dan drama. Sebagai contoh, seseorang yang

berasa bahawa dirinya hidup bersama-sama watak-watak dalam sesuatu

cerita yang sedang dibacanya dikatakan menghayati cerita itu.

• Antara kemahiran memahami yang tergolong dalam tahap kreatif pula

ialah keupayaan menyatakan keberkesanan gaya bahasa dan gaya

penulisan untuk menimbulkan kesan yang diharapkan seperti keinsafan

dalam diri pembaca.

Page 12: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

SOALAN 26

Bincangkan aspek-aspekyang sesuai dinilai bagi

kemahiran bertutur.

Page 13: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Penilaian kemahiran bertutur dinilaidari segi

• Sebutan,

• Tekanan,

• Jeda,

• Intonasi Tatabahasa,

• Kelancaran Dan

• Kefasihan

Page 14: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

1. Sebutan

• Kecekapan berbahasa murid-murid jelas apabilapelajar mahir mengenal huruf dan bunyi setiapabjad ,suku kata, perkataan, rangkai kata danayat.

• Selain melatih murid-murid menyebut dengantepat, mereka juga perlu bertutur dengan betulmengikut bunyi,ejaan dan makna.

• Biasanya kesalahan menyebut sering berlaku dikalangan murid-murid bahasa kedua.

• Gangguan bahasa ibunda yang seringmenghalang pembelajaran mereka.

Page 15: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

2. Tekanan

• Satu cara menyebut perkataan,frasa atau ayatdengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.

• Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dania bertujuan untuk menandakan keras ataulembut sesuatu pengucapan.

• Dalam Bahasa Malaysia ,tekanan tidakmembezakan makna tetapi hanya untukpercakapan atau bacaan yang baik dan berkesan.

• Untuk menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian..

Page 16: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

3. Jeda

• Disebut sebagai persendirian.

• Unsur ini digunakan untuk memisahkanelemen-elemen lingustik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.

• Jeda digunakan sebagai hentian sebentar.

• Lambang jeda ditanda seperti ini # danapabila digunakan ia boleh membawa maknayang berbeza

Page 17: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

4. Intonasi

• Keadaan yang menaik dan menurun sewaktusesuatu ayat dilafazkan.

• Kadangkala disebut nada suara. • Intonasi ayat dalam Bahasa Malaysia biasanya

tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayatyang dituturkan.

• Intonasi boleh menurun,menaik, mendatar, meninggi dan sebagainya.

• Misalnya, Ayat Tanya mempunyai intonasi yang menaik di akhir ayat manakala Ayat Penyatamempunyai intonasi yang menurun.

Page 18: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

• 5. Tatabahasa: adalah system, peraturan atauundang-undang yang menggabungkanperkataan untuk membentuk ayat. Antaraaspek yang dinilai ialah fonologi, morfologidan sintasis.

Page 19: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

6. Kelancaran

• Kelancaran bermaksud boleh bertutur ataubercakap dengan baik dan kemas.

• Dinilai melalui kelancarannya menyampaikanidea, pandangan atau hujah yang baik, bernas, licin dan teratur.

Page 20: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

7. Kefasihan

• Kefasihan bererti boleh bercakap bukan sahajadalam bentuk yang kemas,teratur, dan lancartetapi boleh membunyikan kata ataumenyebut perkataan yang dituturkan itusecara tepat dan jelas.

• Hal ini bererti seseorang itu menuturkanbahasa itu seperti seorang penutur jati.

Page 21: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Soalan 27Jelaskan cara-cara mengesan

kelemahan kemahiran lisan dan caramembaikinya.

Page 22: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Cara-cara mengesan kelemahankemahiran lisan

• Dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturanmereka kettika menjalankan gerak kerja /aktiviti lisan.

• Guru boleh membuat pengesanan khusus denganmerangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain menguji keupayaan murid untuk:– Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.– Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen lingusitik

bahasa.– Memahami konsep dan maksud perkataan/ayat.– Melakukan ‘auding’ yang merangkumi aspek-aspek pengamatan

pendengaran.– Mendengar secara kritikal.

Page 23: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

• Guru boleh mengesan dengan menganalisarakaman-rakaman yang dibuat berdasarkankepada sebutan-sebutan atau pengujaranmurid-murid.

• Guru boleh menguji kefahaman muridmengenai perkara-perkara yang didengarnyadengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ‘auding’.

Page 24: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Cara membaiki kelemahan lisan

• Guru sendiri menjadi model sebagai penuturyang baik untuk ditiru oleh murid.

• Guru mempergiatkan lagi gerak kerja / aktivitilisan untuk murid.

• Guru memperbanyakkan latih tubi sebutandan intonasi terutama kelemahan khususmurid-murid.

• Guru mempelbagaikan aktiviti dalampengajaran dan pembelajaran.

Page 25: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

• Guru menjalankan peneguhan sertapengukuhan serta merta.

• Guru menggabungjalinkan lisan dengankemahiran bacaan dan tulisan dalampengajaran dan pembelajaran.

• Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid melalui susun aturtempat duduk, pertandingan dan sebagainya.

Page 26: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Soalan 28Apa yang dimaksudkan dengan kontrak

pembelajaran?Jelaskan fungsi dan cara penilaianmelalui kontrak pembelajaran ini

Page 27: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Definisi Kontrak Pembelajaran

Dikenali sebagai perjanjian pembelajaran.

Merupakan suatu persetujuan / konstrakantara guru dengan pelajar berhubung dengansesuatu tugasan secara bertulis.

Page 28: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Fungsi

• Melatih pelajar membuat refleksi dan andaianserta ramalan terhadap proses danperancangan tugasan.

• Memberi peluang pelajar menentukanmatlamat pembelajaran masing-masingmengikut minat dan keupayaan sendiri.

• Menghasilkan kerja yang terancang.

• Membantu pelajar membuat refleksisepanjang proses kerjanya.

Page 29: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Cara Penilaian

• Melalui pelbagai cara ikut tahap penglibatanpelajar iaitu;

– Penetapan objektif tugasan.

– Hasil pembelajaran

– Penilaian

Page 30: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Penetapan objektif tugasan

• Objektif ditentukan oleh guru sementarapelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU

• Beberapa set objektif disarankan olehguru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU

• Pelajar merangka beberapa objektif, dankemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru.

Page 31: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Hasil pembelajaran

• Pelajar bertanggungjawab terhadap strategipembelajaran, bentuk tugasannya (sama adadalam bentuk portfolio, laporankajian, rencana dll)

• Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telahditentukan oleh guru.

Page 32: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Penilaian

• Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistempengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaantugasan ATAU

• Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedahpenilaian keseluruhan proses pelaksanaantugasan ATAU

• Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru danpelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU

• Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjaminkesahan dan kebolehpercayaannya.

Page 33: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Jelaskan dengan alasan yang munasabah

prinsip-prinsip penyoalan yang wajar

diamalkan oleh para guru semasa

membuat penilaian secara penyoalan

Page 34: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Pembentukan soalan• Aras soalan hendaklah sesuai mengikut

umur, kebolehan dan pengalaman pelajar. • Guru haruslah merancang jenis-jenis soalan

yang berkaitan sebelum aktiviti pengajaran dimulakan.contohnya soalan betul salah, isi tepat kosong. Padankan bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah.

• Perkataan dan istilah yang digunakan haruslah mudah difahami oleh kanak-kanak. Sesuai dengan peringkat umur contohnya istilah yang tidak sesuai digunakan seperti rumuskan, tafsirkan, buat hipotesis dan sebagainya.

Page 35: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

• Bentuk soalan hendaklah diubah dari masa ke semasa untuk menarik minat pelajar. Contohnya siapa, kenapa, bila, apa dan lain-lain lagi.

• Bentuk soalan yang mendorong pelajar berfikir. elakkan soalan yang mengandungi jawapan sendiri seperti “bumi kita berbentuk sfera yang besar, betulkah?”

• Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas.

Page 36: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Teknik mengemukakan soalan

• Untuk menggalakkan setiap pelajar memikirkan jawapan ,guru haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa mereka berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab.

• Tujukan soalan kepada seluruh klas dan bukan kepada pelajar cerdas sahaja. Elakkan memberi soalan mengikut susunan tempat duduk pelajar dalam kelas.

Page 37: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

• Untuk memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan yang diberi oleh seorang pelajar , guru boleh memanggil seorang pelajar lain

• Mengulang jawapan pelajar itu.

• Untuk menarik perhatian pelajar guru hanya menyebut soalan sekali sahaja dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas didengar oleh semua pelajar. Pastikan juga semua pelajar telah bersedia mendengar soalan guru

Page 38: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Penerimaan jawapan pelajar

• Pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang telah memberi jawapan yang betul untuk menggalakkan pelajar berusaha memberi jawapan dengan baik.

• Elakkan amalan mengulangi jawapan pelajar. Ini akan menggalakkan pelajar lain tidak memperdulikan jawapan yang diberi oleh pelajar.

• Jika jawapan yang diberi adalah baik dan penting, minta pelajar lain mengulangi jawapan itu.

Page 39: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

• Jika jawapan kurang lengkap, minta pelajar lain melengkapkannya atau guru boleh memberi maklumat kepada jawapannya.

• Jika pelajar tidak boleh menjawab,guru boleh mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan.

• Guru hendaklah melarang pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai. Memberi jawapan secara beramai-ramai bukanlah tujuan menyoal.

• Elakkan diri daripada mengejek pelajar yang memberi jawapan salah atau jawapan bersifat bodoh. Ini untuk mendorong pelajar supaya sentiasa berusaha dan cuba menjawab soalan guru.

Page 40: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

SOALAN 30

Jeniskan empat teknikpengujian untuk mengujikemahiran mendengar.

Page 41: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

• Sebaik-baiknya kemahiran mendengar ini diujiberdasarkan konteks yang sebenar.

• Oleh sebab situasi di sekolah menghadapikekangan untuk mendapatkan kontekstersebut, jadi guru perlu menyediakan konteksyang berupa simulasi dan sampel daripada situasimendengar tersebut.

• Antara teknik bagi menguji kemahiranmendengar itu ialah:i. Ujian Mendengar Petikanii. Ujian Mendengar Paragrafiii. Ujian Imlak

• Iv. Memadankan pendengaran dengan gambar

Page 42: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

i. Ujian Mendengar Petikan

• Petikan tidak diedarkan kepada pelajar keranaini bukan kemahiran membaca. Pelajar hanyadikehendaki mendengar petikan yang dibacaoleh guru dan kemudiaannya menjawabsoalan yang ditanyakan.

Page 43: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

ii. Ujian Mendengar Paragraf

• Paragraf yang dimaksudkan dalam teknik ini ialahperenggan kecil.

• Dalam teknik ini paragraf pendek yang diperdengarkan(dibacakan dengan nyaring) oleh guru berasingan darisegi cerita, tema atau isinya, dan tidak berkaitan antarasatu dengan yang lain.

• Setiap paragraf merupakan satu petikan yang diambildaripada sumber yang berlainan.

• Sesuatu ujian itu mungkin terdiri daripada beberapapetikan (paragraf) A, B, C, D, E, F dan seterusnya.

• Setiap petikan mempunyai 2 atau 3 soalan yang berkaitan dengannya.

Page 44: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

iii. Ujian Imlak

• Sebagai satu ujian kemahiran mendengar telah diutarakan oleh Oller(1979).

• Menurut beliau, ujian imlak bukanlah semata-mata ujian tentang ejaanmalahan lebih daripada itu.

• Bagi beliau, imlak menguji konstrak kemahiran ‘mendengar’ dalamsesuatu bahasa dan ‘kefahaman’ mengenainya dalam bahasa yang didengar.

• Seseorang itu tidak mungkin faham bunyi bahasa yang diperdengarkandalam imlak sekiranya dia tidak faham struktur linguistik bahasatersebut, sama ada dari segi fonologi (sistembunyi), tatabahasa, perbendaharaan kata dan semantik (sistemmaknanya).

Page 45: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

• Dengan itu, imlak tepat menguji kefahamanpendengaran dalam sesuatu bahasa, danbukan ejaan semata-mata.

• Kemahiran mengeja menjadi penting keranapendengar dikehendaki menulis semula apa-apa yang didengarnya dalam ujian imlak.

• Ujian imlak yang dimaksudkan oleh Oller ialahmenulis semula sesuatu keratan (petikanparagraf) yang diperdengarkan.

Page 46: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

• Guru hanya membacakan bahan yang sesuai yang telah dipetik daripada buku atau majalah. Dari segi tindak balas pelajar, mereka dikehendakimendengar dengan teliti, memahami apa yang didengar dan menulis semula apa yang didengar.

• Teknik ini dianggap sesuai bagi peringkat rendahdan menengah. Pemeriksaan danpemarkahannya adalah secara objektif; danketekalan pengukuran antara pemeriksa adalahsangat tinggi.

Page 47: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

SOALAN 31

Mengapakah kemahiranpertuturan penting dan perlu

diajarkan di sekolah?

Page 48: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

KONSEP PERTUTURAN

• Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasayang dilafazkan

• Pertuturan berlaku pada peringkat produksi. Iaberlaku setelah si penutur itu dapatmendengar dan memahami dengan baik apayang didengarnya

• Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur

Page 49: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

• Individu lebih banyak belajar bertutur melaluipengalaman daripada kecerdasan otaknya

• Pertuturan yang baik boleh dikuasai denganmemberi tumpuan kepada aspekfonologi, struktur, intonasi dan penguasaansistem bunyi yang lain

Page 50: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

KEPENTINGAN KEMAHIRAN PERTUTURAN

• Membolehkan murid menyebut dengan jelas

• Membolehkan murid menyampaikan ataumelahirkan pendapat peribadi

• Murid dapat menunjuk arah dengan betulkepada sesiapa yang bertanya kepada merekaberkaitan arah

• Bertemu ramah

• Murid dapat memberi penerangan danmemberi alasan

Page 51: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

• Membolehkan murid membina soalan untukmencari maklumat

• Membolehkan murid bertukar-tukar pendapatdan maklumat

• Murid dapat melaporkan peristiwa danmemberi sesuatu huraian dengan tepat

• Bertutur secara bertatasusila

• Murid dapat bertutur dengan menggunakanbahasa yang tepat dan sesuai denganpendengar dan situasi

Page 52: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

SOALAN 32

APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEMASA

MENYEDIAKAN INSTRUMEN PENILAIAN LISAN

Page 53: SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

• Soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahanrangsangan perlu jelas dan mudah difahami

• Aktiviti/bahan boleh merangsang muridmengeluarkan idea

• Pelbagai bentuk soalan seperti soalanbertumpu dan bercapah digunakan untukmerangsang murid berfikir

• Aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehanmurid