ulangkaji edu

4

Click here to load reader

Upload: yee-yin-biao

Post on 03-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

3a) Dua aspek kepimpinan guru besar di sekolah.

Kewangan dan bekalan

Dalam konteks pentadbiran kewangan sekolah,Guru Besar tertakluk kepada peruntukan yang terdapat di bawah Akta Pendidikan 1961 dan Accounts & Audit Rules 1962.Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan kewangan.Guru Besar perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan jelas dalam pengurusan hal-hal kewangan sekolah dengan memastikan penggunaan wang secara optima. Guru Besar perlu mengagihkan peruntukan kewangan bagi sekolahnya untuk memenuhi keperluan kurikulum,pembelian alat dan kelengkapan sekolah

(b)Pembangunan Fizikal

Sebagai pemimpin Guru Besar juga berperanan mengetahui keperluan fizikal untuk memenuhi segala kehendak kurikulum.Peranan utama Guru Besar ialah memastikan wujud bilik darjah yang beriklim selesa seperti saiz bilik darjah dan ketinggian kerusi meja yang sesuai.

(c)Penyebaran maklumat

Tugas pentadbiran Guru Besar juga dilihat dari segi kebolehannya menyebarkan maklumat-maklumat tertentu kepada guru-guru,kakitangan,ibubapa dan masyarakat setempat mengenai ordinan-ordinan pelajaran,buku panduan sekolah dan surat-surat pekeliling seperti pakaian dan dan persatuan. Pemimpin pentadbiran juga kadangkala berperanan sebagai resource providersataubrokers.

(d)Perkembangan kakitangan

Seorang Guru Besar mesti dapat mengawal dan mendorong supaya wujud suasana kerjasama di kalangan guru dan kakitangan.. Andrew dan Soder (1987) menyatakan pemimpin pentadbiran mengambil tindakan mengarah staf,menggunakan sumber-sumber yang ada di sekolah masing-masing supaya visi dan matlamat sekolah dapat dicapai. Sebagai pemimpin pentadbiran para Guru Besar perlu memberi pertolongan kepada staf kerana fungsi utama kepimpinan pentadbiran ialah untuk memudahkan pencapaian matlamat dan objektif sekolah (Sergiovanni 1977).Ini dapat dibuat dengan menyediakan sistem maklumat tentang dasar,peraturan dan undang-undang dan sebagainya untuk guru-guru.

3b) Tiga peranan guru cemerlang.1. Membuat perancangan pengajaran , melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran dan pembentukan serta pembanguan diri pelajar mengikut tahap yang tertinggi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.1.1 Menyediakan Rancangan Pengajaran berasaskan peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan ) 1997, kurikulum Kebangsaan dan surat-surat pekeliling berkaitan.1.2 Mengajar mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan yang ditetapkan mengikut garis panduan dan tahap kebolehan pelajar.1.3 Merancang dan melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran1.4 Menentukan status semasa pencapaian (Take-Off- Value) setiap pelajar dalam mata pelajaran kepakaran dan menetapkan sasaran pencapaian akademik setiap pelajar yang diajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.1.5 Mengamalkan kaedah/strategi pengajaran dengan mengguna pakai atau menghasilkan pelbagai bahan pembelajaran dan pengajaran yang terkini , kreatif, inovatif, menarik dan berkesan.1.6 Mengenal pasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan setiap pelajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.1.7 Menyediakan program pengayaan untuk pelajar cemerlang dan pemulihn bagi pelajar yang berpotensi rendah.1.8 Memantau kemajuan pencapaian akademik setiap pelajar yang diajar.1.9 Menyediakan laporan dan mengnalisis kemajuan setiap pelajar yang diajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.1.10Menyampaikan laporan kemajuan pembelajaran pelajar yang diajar kepada pengetua, ibu bapa dan pelajar.1.11Menyediakan Jadual Spesikasi (JSU) pentaksiran dan penilaian bagi mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.1.12Menjadi ahli badan profesional yang berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran (jika ada).

2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.2.1 menjadi ahli panitia dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.2.2 Menjadi pakar rujuk mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.2.3 Membantu mengatasi kelemahan dan membimbing pelajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.2.4 Menyelaras penyediaan rangcangan strategik, tatikal dan operasi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.2.5 Merancang dan menjadi fasilitator dalam bengkel peningkatan profesionalnisme guru khasnya dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.2.6 Menjadi penasihat persatuan akademik mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.2.7 Merancang dan melaksana aktiviti kokurikulum yang boleh membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.2.8 Menyediakan laporan kemajuan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum, mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.3. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat , dan membimbing guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.3.1 Merancang dan melaksanakan aktiviti perkembangan staf bidang kurikulum dan kokurikulum dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.3.2 Menjadi mentor kepada guru dalam bidang pedogogi khususnya berkaitan dengan strategi pengajaran.3.3 Member maklum balas tentang kemajuan guru yang dibimbingnya kepada pengetua/ pengarah dan guru berkesan.3.4 Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada guru di institusi persekitaran yang memerlukan kepakarannya.4. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, meneroka inovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan membentang hasilnya.4.1 Menjalankan kajian dan/ atau inovasi dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususannya.4.2 Menghasilkan penulisan/artikel berkaitan pendidikan khasnya dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan menghantara satu salinan kepada bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.5.1 Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan yang diarahkan dari semasa ke semasa dengan kebenaran Pengetua/ Ketua Jabatan3a) Empat pencapaian penguasaan dalam bidang pendidikan bagi seorang guru di peringkat novis.

3b) Senaraikan tiga kecekapan yang sentiasa di perhati dan dinilaikan oleh masyarakat dan pihak pentadbir sekolah.