tutorial 1 edu3083

Upload: izzati-jazmin

Post on 02-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Asas Kepimpinan dan Profesionalisme Guru

TRANSCRIPT

EDU 3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURUADAKAH GURU SEORANG YANG PROFESIONAL?

Konsep professional merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Mengikut Ornstein dan Levine (1993), terdapat empat atribut dalam suatu profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dalm bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran atau persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

Berdasarkan atribut di atas, seorang professional perlu menguasai pengetahuan yang mendalam seperti mana guru melalui pendidikan formal hingga ke tahap sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Satu standard yang ditetapkan untuk seseorang guru memperoleh latihan keguruan dalam subjek pengkhususan sebelum diiktiraf sebagai seorang professional. Tambahan pula, profesion keguruan mempunyai kod etika untuk mengawal tingkah laku mereka dan kod etika ini merupakan pegangan dan panduan seseorang guru semasa berkhidmat dalam profesion keguruan.

Selama ini, telah timbul satu persoalan, iaitu Adakah guru seorang professional? Anggapan umum bahawa guru adalah professional termasuklah latihan perguruan telah membekali mereka dengan pengetahuan yang mendalam tentang subjek, pedagogi dan pelajar serta kedudukan mereka sebagai guru memberikan suatu autonomi kepada mereka.

Sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion perguruan bukanlah suatu pekerjaan yang profesional. Ini kerana ramai di kalangan individu yang terbabit memikirkan bahawa profesion keguruan ini tidak seglamour pentadbir, eksekutif firma-firma, akauntan, doktor perubatan ataupun peguam. Mereka juga seringkali menganggap kerja ini sebagai pilihan terakhir dan terpaksa. Sebab itulah ada di kalangan mereka yang beranggapan sedemikian. Faktor lain yang menyebabkan timbulnya sebab mereka mempertikaikannya ialah mereka menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan biasa yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mereka masih terpengaruh dengan keadaan lampau di mana seseorang yang telah tamat Darjah Enam boleh menjadi guru. Wujudnya guru pengganti semasa seorang guru cuti bersalin juga adalah satu sebab yang mendorong mereka mengatakan bahawa pekerjaan guru bukanlah satu pekerjaan yang profesional.

Profesion guru memang layak dianggap satu pekerjaan profesional. Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana, ciri-ciri pekerjaan ini banyak mengandungi ciri-ciri sebuah pekerjaan yang profesional. Mungkin sesetengah orang yang tidak terlibat dalam profesion ini menganggap pekerjaan ini tidak profesional kerana tugas guru hanya mengajar sahaja. Namun, sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam pekerjaan ini, barulah mereka sedar bahawa seorang guru bukan hanya perlu mengajar, tetapi perlu juga melakukan banyak tugas lain yang bukannya senang untuk dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman.

Guru dianggap sebagai satu profesion kerana berpengetahuan terhadap mata pelajaran yang diajar. Mengikut Shulman (1987), pengetahuan yang perlu dikuasai termasuk pengetahuan isi kandungan mata pelajaran. Pengetahuan mengenai pedagogi asas seperti prinsip dan strategi pengurusan bilik darjah. Pengetahuan mengenai kurikulum, iaitu sukatan pelajaran, buku teks, panduan pembelajaran dan bahan pengajaran untuk mata pelajaran. Pengetahuan mengenai pentadbiran sekolah, budaya sekolah dan cara bekerja sebagai satu pasukan dalam organisasi.

Guru juga perlu berpengetahuan mengenai pelajar. Pengajaran yang efektif memerlukan guru mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dan remaja dari perspektig kognitif, social, fizikal dan emosi. Pemahaman tentang kepelbagaian kecerdasan pelajar, perbezaan individu dari segi kognitif, budaya dan emosi dapat membantu guru memperkembangkan potensi pelajar ke peringkat optimum.Selain itu, adanya peningkatan profesionalisme guru. Sebagai guru yang professional, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah dan teknik pengajaran perlu diperkemas dari semasa ke semasa. Guru perlu melengkapkan diri dengan pembaharuan dan perubahan kurikulum agar tidak ketinggalan terhadap perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan. Maka profesion keguuran diharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran (Rohani Abdul Hamid, 1998).

Jacques (2003) menyatakan bahawa sesuatu kerjaya dikatakan bertaraf profesional jika penjawatnya mempunyai autonomi profesional; bertanggung jawab; berorganisasi; adil; berpendidikan; berkemahiran; berperaturan diri; bebas; terbuka; nutral; akauntabel dan terpelajar.

Perguruan adalah kerjaya yang bertaraf professional (Jacques, 2003; Sachs, 2003; Menteri Pendidikan, 2000; BPPPDP, 1996; Ibrahim Bajunid, 2000; Kamarudin Kachar, 2000; Amir Hassan Dawi, 2002; Elliot, 2002; Abdul Rahman dan Zakaria, 2001; Squires, 1999; Hammond, Wise & Klein 1999; Soetjipto & Raflis Kosasi, 1999; Wan Mohd Zahid, 1997; Sufean Hussin, 1996; Ornstein & Levine 1984).

Perguruan sebagai suatu tugas professional kerana individu yang terlibat dalam profesion ini mempunyai latihan ikhtisas dalam latihan perguruan. Sebelum seseorang menjadi guru yang bertauliah, beliau perlu menerima latihan keguruan dari segi pengetahuan mendalam tentang mata pelajaran, pengetahuan kandungan pedagogi, kaedah dan teknik penyampaian pelajaran serta mempunyai kaedah dan teknik penyampaian pelajaran serta mempunyai sahsiah yang baik hasil daripada latihan untuk membolehkannya melaksanakan pengajaran dengan berkesan.

Selain itu, guru juga mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik kelas, pemilihan strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

Bukan itu sahaja, guru juga mempunyai autoriti dalam aspek-aspek seperti kaedah mengajar, keilmuan dan kepakaran dalam sesuatu pelajaran di sekolah/institusi pendidikan. Kawalan sosial di sekolah/institusi pendidikan. Kawalan disiplin pelajar & menentukan ganjaran /denda mengikutgaris panduan disiplin sekolah/institusi. Hal-hal tingkahlaku & perkembangan pelajar. Pengelolaan gerak kerja ko-kurikulm. Pembimbing kpd pelajar, khasnya pemilihan kerjaya & bidangpengajian pengkhususan.

Terdapat empat ciri umum sehingga perguruan dianggap sebagai kerjaya profesional iaitu pengetahuan guru tentang perguruan yang melebihi pengetahuan orang kebiasaan yang bukan guru; profesion yang mempunyai piawaian kemasukan tertentu atau perlesenan; autonomi dalam membuat keputusan; dan martabat atau status ekonomi yang kukuh (Ornstein, 1995; Ornstein & Levine,1984). Ciri-ciri tersebut adalah kesemuanya dipunyai oleh guru.

Guru adalah dianggap sebagai gedung ilmu yang serba mengetahui dengan keupayaan tersendiri serta kualiti peribadi yang diterima oleh masyarakat. Di dalam bilik darjah, peranan guru adalah seperti sage on stage (Ibrahim Bajunid, 2000).

Pengikhtirafan tentang kriteria guru adalah bersifat tempatan oleh masyarakat setempat. Maksudnya tiadalah tersurat dengan rasmi akan kriteria bagi seseorang guru di peringkat kebangsaan.IZZATI JAZMIN & NUR FARHANA (K14)