edu3083 asgmnt

26
Mengajar Sebagai Satu Profesion 1. Pengenalan Guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh (Kamus Dewan, 1970). Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif. Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara

Upload: tayep1234

Post on 23-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

Page 1: EDU3083 ASGMNT

Mengajar Sebagai Satu Profesion

1.  Pengenalan 

Guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh (Kamus Dewan, 1970). Sesungguhnya para

pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara

dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa

mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan

kesejahteraan negara. 

Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan

keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran

peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau

ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah

juga masyarakat serta  tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan

Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti

saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. 

Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan

pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah

bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk

dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara

terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih

mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu

dihadapi secara professional dan kreatif.

Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut

juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai

profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan

mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura

(1949) terdapat satu symposium mengenai ‘Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-

Saunders’. Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan

kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara

pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat

pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu

pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda

yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman

dahulu sahaja tetapi juga masa kini. 

Page 2: EDU3083 ASGMNT

Konsep Profesion dan nilaitaranya 

Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti

kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui

masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,

mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri

untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan   (Lieberman 1956). 

Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan

pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya :

perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.) 

Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep

profesionalisme sebagai :  

Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan

latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral

tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh

organisasinya. 

Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion

( Awang Had Salleh 1980 ). 

Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi

supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara

perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan

tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.

3.  Aspek Keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion

3.1  Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan

latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang. 

Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk

menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil

Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh

mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada  seseorang guru itu menerima

latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang

mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara

penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang

disampaikan olehnya. 

Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta

dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar,

bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah

Page 3: EDU3083 ASGMNT

guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan

pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat

kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. 

Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang

diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi

penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor

kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan

seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat. 

3.2  Mempertingkatkan Profesionalisme  

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa

tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai

negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan

harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan

daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha

melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik. 

 Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan

yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan

Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam

Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus

pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan

dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini.

Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka

profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang

berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)

3.3  Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan  Masalah Serta Berfikiran

Kritis dan Kreatif  

 Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau

mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion

keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana,

penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru

harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan

menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam

kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara

kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran

dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan

Page 4: EDU3083 ASGMNT

kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan

sesuatu program.

3.4  Mahir  Menggunakan IT 

 Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan

zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet

serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat

menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul

pembelajaran melalui ‘online’. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan

responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar

anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam

teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah

menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru

menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia

semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti

hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. 

 Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan

pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan

untuk membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia [ multimedia

super corridor (MSC)] yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan

antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan  di negara ini,

komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari

yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang

memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan

komputer dalam pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam

pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-

teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta

kemahiran dan latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996). 

  Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai

peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi

satu cara hidup seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi  (LRT),

perkhidmatan bank ( kad ATM), telekomunikasi (telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan

lain-lain. Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani  kehidupan di era teknologi

maklumat sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari.

Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam

perkembangan  penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah. 

 

Page 5: EDU3083 ASGMNT

3.5  Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak    

 Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat

mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-

sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah

tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh

kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat

dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang

keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan

berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak. 

 Melaluai pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa, 

sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah : seperti peras ugut,

pecah rumah, penculikan dan seumpamanya ; ekonomi : urusan perniagaan, jual-beli

saham, hartanah dan sebagainya ; politik : hubungan negara di peringkat antarabangsa dan

juga pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat

menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk

dikaji dan dibincangkan dengan pelajar.  

 Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion

keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. 

 Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai

murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk

menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa

hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang

disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu.

 

4.  Penutup  

 Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-

perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak

negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-

perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran

dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung

dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari

semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan

kurikulum itu dapat ditangani. 

 Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu

profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang

menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin

Page 6: EDU3083 ASGMNT

hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf

sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek?  

 Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion

perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan

Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian

Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk

memartabatkan profesion perguruan  selain daripada peranan pihak Kementerian

Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai

tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan

melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.

Page 7: EDU3083 ASGMNT

Laporan Amalan Etika Keguruan Di Kalangan Guru SK Chenderah, Jasin, Melaka.

Abstrak

Kajian berbentuk tinjauan ini dilakukan untuk melihat amalan etika profesion perguruan di

kalangan 10 orang responden guru-guru di Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka.

Aspek etika profesion perguruan yang dilihat dalam kajian ini adalah perkara yang berkaitan

dengan tanggungjawab guru kepada murid, tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat,

tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan Negara serta tanggungjawab guru terhadap

ibu bapa. Maklumat kajian melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden dan

dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati guru-guru sekolah

ini keseluruhannya telah memahami dan mengamalkan etka profesion perguruan dalam

aspek yang dikaji. Berdasakan dapatan kajian ini beberapa cadangan dikemukakan untuk

meningkatkan tahap profesion perguruan di kalanngan guru-guru secara amnya.

1.0 PENGENALAN

Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan kerja dan

mencapai perpaduan Negara melalui perkembanangan individu yang bersepadu dan

menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Dengan penghayatan FPK guru sewajarnya sedar bahawa mereka sebenarnya memikul

tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu kepada pelajarnya sama

ada mereka mahu menerima atau tidak. Seorang guru bukan sahaja berkemahiran

mengajar, mendidik dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri

juga harus dibentuk ke arah profesional. Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari

dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional.

Namun begitu sehingga ke hari ini kita masih lagi mendengar berita-berita yang tidak

menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang melampau

disampingsalah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion perguruan ini.

Menurut (Najib,1977) Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara

dan tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman, Etika Profesion Perguruan (EPP) harus

dikaji semula.

Page 8: EDU3083 ASGMNT

1.1 Latar belakang kajian

Kajian berbentuk tinjauan ini dilakukan untuk melihat amalan etika profesion perguruan di

kalangan 10 orang responden guru-guru Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka.

Aspek etika profesion perguruan yang dilihat dalam kajian ini adalah perkara yang berkaitan

dengan tanggungjawab guru terhadap pelajar, tanggungjawab guru terhadap masyarakat

dan negara, tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion dan tanggungjawab

guru terhadap ibu bapa. Maklumat kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan

kepada responden dan dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian

mendapati guru-guru sekolah ini keseluruhannya telah memahani dan mengamalkan etika

profesion perguruan dalam aspek yang dikaji. Berdasarkan dapatan kajian ini beberapa

cadangan dikemukakan untuk meningkatkan lagi tahap amalan etika profesion perguruan di

kalangan guru-guru secara amnya.

1.2 Penyataan Masalah

Pertama sekali adalah keguruan. Maksudnya pekerjaan sebagai guru. Jadi ia adalah salah

satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam

masyarakat seperti guaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan

dan lain-lain sebagainya. Sebagai sebuah kerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai

syarat yang dikenakan kepada kerjaya-kerjaya yang lain seperti kod etika dan

sebagainya.profesion keguruan telah mengorak langkah bagi menyaingi kehendak semasa

khususnya dalam bidang pendidikan ke arah negara maju pada tahun 2020.

Bagi merealisasikan wawasan tersebut, beberapa langkah telah di ambil bagi mengatasi

masalah yang timbul seperti memupuk semangat guru dalam memartabatkan profesion

keguruan, memupuk dan menyemai minat dan keyakinan guru terhadap etika dalam

komunikasi terhadap murid khususnya di sekolah . Guru-guru yang telah mendapat latihan

ikhtisas diminta mengadaptasikan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran

mereka dan di jadikan sebagai fasilitator kepada murid - murid . Oleh yang demikian etika

profesion keguruan dapat memberikan impak yang maksimum kepada pelajar-

pelajar. Walau bagaimanapun terdapat juga masalah-masalah yang akan timbul dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di mana guru berhadapan dengan masalh

disiplin murid , tetapi biasanya lebih banyak diperolehi kebaikan dari kelemahan dalam

penyampaian ilmu khususnya di peringkat sekolah. Ianya timbul di setiap peringkat daripada

pelajar, guru .

1.3 Tujuan Kajian

Page 9: EDU3083 ASGMNT

Secara keseluruhannya kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah guru-guru

Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka bertanggungjawab melaksanakan amalan

EPP yang telah disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.4 Objektif Kajian

Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk meninjau; AMALAN ETIKA

PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU

1.4.1 Mengenalpasti sejauhmanakah guru-guru Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin

Melaka bertanggungjawab terhadap pelajarnya.

1.4.2 Mengenalpasti sejauhmanakah guru-guru Sekolah Kebangsaan Chenderah

bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesionnya.

1.4.3 Mengenalpasti sejauhmanakah guru-guru Sekolah Kebangsaan

Chenderah bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negaranya.

 1.4..4 Mengenalpasti sejauhmanakah guru-guru Sekolah Kebangsaan Chenderah

bertanggungjawab terhadap ibu bapa.

1.5 Soalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian diharapkan dapat memberikan jawapan kepada persoalan

kajian yang di kaji berikut:-

1.5.3 Apakah tanggungjawab guru terhadap pelajarnya?

1.5.4 Apakah tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesionnya?

1.5.5 Apakah tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negaranya?

1.5.6 Apakah tanggungjawab guru terhadap ibubapa?

1.6 Rasional kajian

Sepanjang pengetahuan pengkaji-pengkaji sepanjang perkhidmatan sebagai

guru, kajian mengenai pengalaman EPP di kalangan guru-guru di negara ini adalah amat

kurang. Pengkaji-pengkaji merasakan bertanggungjawab meneruskan usaha bagi

Page 10: EDU3083 ASGMNT

menambahkan hasil dapatan kajian. Melalui hasil kajian ini kelak diharapkan dapat memberi

gambaran terhadap amalan EPP di sekolah dan juga dapat mengenal pasti pelbagai usaha

yang dapat membantu para guru memahami dan mengamalkan EPP secara berterusan.

Disamping itu kajian ini dapat membantu dan memberi kesedaran tentang amalan EPP

dikalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir, Melaka.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti AMALAN ETIKA PROFESION

PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU. Kajian meliputi tanggungjawab guru terhadap

pelajar, masyarakat dan negara, rakan sejawatan dan profesion, dan ibubapa. Kajian ini

dijalankan di Sekolah Kebangsaan Chenderah yang merupakan sebuah sekolah Gred B

(tafsiran Jabatan Pelajaran Melaka). Guru yang terlibat adalah seramai 10 orang.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini hanya dilakukan di Sekolah Kebangsaan Chenderah sahaja. Kajian ini melibatkan

seramai 10 orang guru. Mereka terlibat secara langsung dalam kajian ini. Guru yang dipilih

dalam kajian ini ialah guru yang mengajar dari darjah satu hingga darjah enam dalam aliran

perdana.

1.9 Rumusan

Secara keseluruhannya, kajian berbentuk tinjau ini memberikan gambaran tentang

pengenalan tentang kajian yang telah dilakukan, latar belakang masalah, persoalan dan

rasional kajian di Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka dengan menggunakan

guru sebagai subjek primer kajian bagi mendapatkan hasil dapatan kajian.

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan

manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan

tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta

terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang

guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli

masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah

satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri

Page 11: EDU3083 ASGMNT

seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan

dan tanggungjawab.

Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan

tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih

pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di

beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan

mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang

digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan

kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan

keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut

mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran.

Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim

pembelajaran pelajar.

Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru

yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan

masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana

berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah

pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik

darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai

murni pembelajaran di kalangan pelajar.

2.1 Tanggungjawab Terhadap Pelajar

Seorang guru mestilah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal

yang lain. Guru juga mestilah bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira

faktor-faktor ekonomi, jasmani, mental, emosi, politik, sosial, keturunan dan agama. Guru

juga mestilah mempunyai perawakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi

contoh yang baik kepada pelajar.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam

Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia

meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi

contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal

dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.

(Hadis Riwayat Muslim)

Page 12: EDU3083 ASGMNT

Guru tidak harus mengajar semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Guru membimbing

atau mengajar pelajar tanpa mengharapkan ganjaran. Guru perlulah memelihara dan

memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus

ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang

setinggi-tingginya.

2.2 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawatan dan Profesion Perguruan

Sebagai seorang yang diberi amanah menjadi pendidik dan pembimbing guru tidak lari dari

memiliki rakan sejawatan (semestinya seorang guru juga). Mana mungkin pekerjaan ini di

pikul oleh orang sahaja. Maka banyaklah perkara yang berkaitan dengan rakan yang lain.

Diantaranya ialah:-

Seorang guru mestilah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau

ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu

bapa, atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. beliau juga

tidak patut melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai

seorang guru serta sentiasa berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan

tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Beliau juga perlu sentiasa bersedia untuk

membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion. Guru juga

patut mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli

sesebuah pertubuhan guru.

2.3 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

 Seorang guru harus mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh

merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara, atau pun yang bertentangan dengan

Rukun Negara. Disamping itu memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh

membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,

bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan

dan agama.

Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek penting dalam masyarakat di

negara ini. ( Datin Seri Rosmah Mansor,2010)

Menghormati masyarakat tempat seorang guru itu berkhidmat dan memenuhi segala

tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian

dalam sebarang kegiatan masyarakat. Dengan cara itu dapat menggalakkan kerjasama dan

persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakatdan

memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan

Page 13: EDU3083 ASGMNT

kecendekiawanan masyarakat.. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima

oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian seorang guru dengan baik.

2.4 Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Guru mestilah

berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi

pendidikan dan dengan rumahtangga. Guru juga mestilah merahsiakan segala maklumat

sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak

mengetahuinya. Guru patut memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-

anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti

dan bijaksana.

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada ahlinya (yang berhak

menerimanya), dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya

kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-

baiknya kepadamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Qs.

an-Nisaa’ [4]: 58).

Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan

ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata dan

melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar dan ibu bapa terhadap

guru.

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan

Di dalam bab ini menghuraikan tentang responden kajian, instrumen yang digunakan,

prosedur atau kaedah dan analisis data dapatan.

3.1 Responden kajian

Populasi dalam kajian ini adalah guru-guru Sekolah Kebangsaan Chenderah, Melaka. Guru

yang terpilih seramai 10 orang. Mereka merupakan 5 guru lelaki dan 5 guru perempuan.

Mengajar dalam darjah 1 hingga 6 bagi pelbagai subjek dalam aliran perdana. Sebahagian

responden telah berkahwin, sebahagian lagi belum berkahwin. Mereka terdiri dari guru yang

Page 14: EDU3083 ASGMNT

mengajar lebih daripada 5 tahun pengalaman mengajar. Sebahagian besar mendapat

Diploma perguruan dan ijazah perguruan.

3.2 Instrumen Kajian

Formula yang diguna pakai adalah berdasarkan formula oleh Krejcie dan Morgan (1970).

Seramai 10 orang guru terpilih untuk dijadikan sampel dalam kajian ini telah memberi

maklum balas kepada soal selidik yang diedarkan.

3.3 Prosedur atau Kaedah penyelidikan

Soal selidik terdapat satu bahagian iaitu bahagian B. Bahagian B pula mengandungi 25 item

yang dipecahkan kepada empat aspek berdasarkan kepada empat objektif kajian yang ingin

dikaji. Semua amalan etika dan tanggungjawab guru-guru ini diukur menggunakan skala

Tidak Setuju, Kurang Setuju dan Setuju.

3.4 Analisis data

Semua Kerja-kerja pengumpulan data dan pemprosesan data dijalankan sendiri oleh semua

penyelidik. Data-data yang diperolehi diproses menggunakan Microsoft Window Excel dan

dianalisis dalam bentuk keperatusan.

KEPUTUSAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Berikut adalah keputusan kajian

4.1 Maklumat Responden

Seramai 10 (100%) responden adalah terdiri daripada 5 guru perempuan(50%) dan 5 orang

(50%) adalah guru lelaki. Dari jumlah tersebut didapati seramai 3 orang (30%) adalah terdiri

daripada mereka yang mempunyai 5 – 10 tahun pengalaman mengajar dan 5 orang (50%)

mempunyai lebih 11 tahun mengajar serta (20%) iaitu 2 orang yang telah mengajar lebih

dari 21 tahun. Keseluruhan responden juga menyatakan mereka telah didedahkan secara

langsung terhadap Etika Profesion Perguruan (EPP)

Page 15: EDU3083 ASGMNT

4.2 Objektif Kajian 1 : Tanggungjawab Guru Terhadap Murid.

Jadual 1 : Tanggungjawab Guru Terhadap Murid.

Bil. Item soalan Tidak

Setuju

Kurang

Setuju

Setuju

4 Saya harus bersedia mengadakan kelas tambahan untuk kepentingan muridnya.

0% 0% 100%

8 Saya sentiasa membimbing pelajar mengembangkan potensi rohani mereka 0% 0% 100%

9 Kepentingan pelajar lebih penting daripada kepentingan diri sendiri. 0% 50% 50%

17 Saya membimbing pelajar mengembangkan potensi intelek mereka. 0% 0% 100%

20 Maklumat Pelajar adalah sulit dan tak perlu diheboh-hebohkan. 0% 10% 90%

PURATA 0% 12% 88%

Berdasarkan Jadual 1, kajian ini mendapati bahawa purata keseluruhan dalam aspek

tanggungjawab guru terhadap murid menunjukkan bahawa keseluruhan responden

mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap pelajarnya iaitu dengan mendapat

peratusan persetujuan yang tinggi iaitu sebanyak 88%.

4.3 Objektif Kajian 2: Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion

Jadual 2: Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion.

Bil. Item soalan Tidak

Setuju

Kurang

Setuju

Setuju

1 Saya berpakaian kemas dan rapi mengikut landasan agama. 0% 0% 100%

2 Saya berbangga diberi kenaikan pangkat berdasarkan kecekapan saya. 0% 30% 70%

3 Saya sering memohon untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan. 10% 70% 20%

12 Saya selalu berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. 0% 0% 100%

13 Adalah tidak wajar untuk menegur rakan sejawat secara tidak sopan. 0% 0% 100%

14 Saya sentiasa mengamalkan tingkahlaku bermoral dalam profesion perguruan.

0% 0% 100%

16 Sikap amanah sangat penting untuk menguruskan kewajipan sekolah. 0% 10% 90%

18 Hubungan Interpersonal yang baik di kalangan guru-guru menjamin keberkesanan P&P.

0% 10% 90%

PURATA 1..25% 15% 83.75

%

Berdasarkan Jadual 2, purata peratusan bagi aspek tanggungjawab terhadap rakan sejawat

dan profesion menunjukkan lebih kurang 83.75% responden memberi persetujuan bahawa

mereka mempunyai tanggugjawab yang tinggi terhadap rakan sejawat dan profesion.

Perkara ini disokong dengan dapatan item 1, 12, 14, 16 dan 18 yang masing-masing

Page 16: EDU3083 ASGMNT

mendapat peratusan yang tinggi. Walaupun begitu terdapat peratusan yang agak rendah

bagi item 3 dengan peratusan sebanyak 10% tidak setuju dan 70% kurang setuju.

4.4 Objektif Kajian 3 : Tanggungjawab Guru Terhadap Masyarakat dan Negara.

Jadual 3 : Tanggungjawab Guru terhadap Masyarakat dan Negara.

Bil. Item soalan Tidak

Setuju

Kurang

Setuju

Setuju

5 Saya menghadiri mesyuarat Badan Kebajikan walau sebagai ahli biasa. 0% 30% 70%

7 Saya bersikap adil tanpa mengira agama bangsa dan keturunan. 0% 0% 100%

10 Saya bersikap adil tanpa mengira latar belakang dan kedudukan keluarga. 0% 0% 100%

11 Saya memberikan sepenuh perhatian dalam pengajaran tanpa mengira kaum.

0% 0% 100%

15 Saya sering menasihati pelajar saya agar menghargai harta awam. 0% 0% 100%

23 Saya menjadi pengganti ibu bapa di sekolah. 0% 0% 100%

24 Dalam proses P&P saya mementingkan nilai-nilai moral. 0% 0% 100%

PURATA 0% 4.3% 95.7%

Berdasarkan dapatan kajian yang ditunjukkan dalam Jadual 3, responden memberikan

komitmen yang tinggi berhubung dengan tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara.

Ini dibuktikan dengan kesemua item soalan mendapat peratusan melebihi 95.7%

persetujuan responden.

4.5 Objektif Kajian 4 : Tanggungjawab Guru Terhadap Ibu bapa

Jadual 4 : Tanggungjawab Guru terhadap Ibu bapa.

Bil. Item soalan Tidak

Setuju

Kurang

Setuju

Setuju

6 Saya akan memaklumkan kepada ibu bapa pelajar sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut.

0% 20% 80%

19 Saya sedia berbincang dengan ibu bapa bagi membantu menangani masalah anak yang sering melanggar disiplin sekolah.

0% 20% 80%

21 Saya ada meluangkan sedikit masa untuk berkunjung ke rumah keluarga pelajar bagi merapatkan hubungan persahabatan.

0% 40% 60%

22 Saya sedia melaporkan masalah salah laku pelajar kepada ibu bapa mereka untuk diambil tindakan segera.

0% 10% 90%

23 Saya menjadi pengganti ibu bapa di sekolah. 0% 0% 100%

PURATA 0% 18% 82%

Jadual 4 meleporkan amalan tanggungjawab responden terhadap ibu bapa. Daripada

analisis kajian yang dijalankan, responden mempunyai tanggungjawab yang baik terhadap

ibu bapa dengan peratus persetujuan keseluruhan sebanyak 82% . Bagi item-item

tertentu seperti item 6 mendapat persetujuan 100% daripada responden.

Page 17: EDU3083 ASGMNT

Kesimpulannya, secara keseluruhan 78% responden bersetuju dengan empat objektif kajian

ini iaitu amalan etika profesion perguruan dalam kalangan guru-guru SK Ujong Pasir.

Responden lebih cenderung bersetuju dengan tanggungjawab terhadap murid, rakan

sejawat dan profesion, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara serta terhadap ibu

bapa.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan

Bab ini menerangakan kesimpulan dapatan dan cadangan yang dapat dinyatakan

berdasarkan kajian tinjauan ini.

5.1 Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi dalam kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa

guru-guru di Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang, Johor ini telah mengamalkan etika

profesion perguruan dalam kadar sederhana yang merangkumi aspek tanggungjawab guru

terhadap pelajar, tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, tanggungjawab

guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan serta tanggungjawab guru terhadap

ibu bapa.

Dapatan kajian ini menunjukkan seramai 52.6 % guru bertanggungjawab terhadap pelajar,

60.2% guru bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, 67.5% guru

bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan dan 64.9% guru

bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Hasil kajian ini menggambarkan bahawa guru-guru

masih kurang mengambil berat terhadap pelajar-pelajarnya kemungkinan mereka

sekadar percaya tugas mendidik para pelajar adalah amat berat dan tidak boleh diambil

sambil lewa sahaja.

Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dua golongan daripada

umatku, apabila mereka baik maka baiklah manusia, dan apabila mereka rosak maka

rosaklah manusia, iaitu umarak dun ularna." (Riwayat Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim)

Walaupun dapatan kajian ini secara keseluruhan menunjukkan guru-guru telah

mengamalkan etika profesion perguruan seperti yang diharapkan oleh pihak Kementerian

Pendidikan, tetapi masih ada juga segelintir golongan guru bertindak dan berpelakuan tidak

wajar terhadap para pelajarnya yang sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik

profesion perguruan.

Page 18: EDU3083 ASGMNT

Persoalan sering ditimbulkan , Mengapa perkara sebegini masih berlaku? Siapakah perlu

dipersalahkan? Dan apakah tindakan sewajarnya perlu dilakukan?

5.2 Cadangan

Cadangan yang wajar diterapkan sebagai penyelesaian

5.2.1 Pihak pentadbir sekolah dan pentadbir masyarakat setempat meneruskan usaha

menyemai nilai-nilai murni seperti sikap kasih sayang kepada seluruh warga sekolah

merangkumi guru-guru,kakitangan sekolah dan para pelajar serta masyarakat setempat.

5.2.2 Mengadakan kursus kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab guru dalam

proses pengajaran, pembelajaran dan rakan sejawat serta masyarakat setempat.

5.2.3 Guru perlu prihatin terhadap pelajar dan juga bersikap adil kepada semua pelajar serta

mewujudkan suasana muhibah tanpa melihat kepada perbezaan kaum, agama dan status

ekonomi di kalangan pelajarnya.

5.2.4 Guru perlu sentiasa menunjukkan sahsiah yang baik dan boleh menjadi model kepada

pelajar kerana setiap tingkah laku seseorang guru itu mudah menjadi ikutan pada

pelajarnya. Selain ibu bapa di rumah, gurulah orang yang paling dekat dengan para

pelajar.Seperti pepatah “Bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.”.