trelo (bm)

Download Trelo (BM)

Post on 28-Mar-2016

216 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Trelo Communications

TRANSCRIPT

  • , atau Trelos: Kesukaan, Kegemaran, Kegilaan.

  • KEGEMARAN

    Di Trelo, kami gemarkan sesuatu yang menarik. Kami sukakan perkara-perkara yang dapat membantu membangunkan perniagaan anda. Kami juga gilakan sesuatu yang melibatkan idea-idea utama. Kami teruja dengan strategi yang kreatif dan idea-idea kreatif yang strategik. Tapi, kami lebih teruja untuk bekerja keras dan jadi gila dengan semua kerja kerana inilah kami.

    GILA BEKERJA UNTUK ANDA PERKEMBANGAN KANDUNGAN KREATIF Pengguna, pasaran & penyelidikan industri Idea dan perkembangan konsep Reka bentuk dan pengeluaran DIGITAL Pemasaran secara interaktif Pembinaan laman sesawang Kemunculan media-media baru (paparan digital, kiosk dan mudah-alih) PERANCANGAN & PEMBELIAN MEDIA Perancangan bersepadu untuk media cetak, media

    penyiaran,media luar dan media digital Khidmat pembelian termasuk rundingan dan

    pembiayaan. KERJASAMA JENAMA Mencari sumber tajaan dan perkembangan Promosi produk atau promosi bersama

  • VISHAL DOSHIKETUA PEGAWAI EKSEKUTIFVishal memulakan kerjaya sebagai penasihat kewangan di Bank of America. Bersandarkan pengalaman dalam arus perbankan di New York, Vishal memutuskan untuk mengembangkan bakat sedia ada dan memanfaatkan peluang-peluang yang baru dalam industri perniagaan. Pada 2007, beliau mengambil alih Trelo Communications dan menguruskan semua perniagaan dan pembangunan yang ada. Vishal membuat perubahan yang dinamik dalam jualan dan pemasaran. Beliau juga menyusun hala tuju Trelo dengan penuh semangat serta.tidak mengatakan TIDAK sebagai jawapan. VISHAL BETUL-BETUL GILAKAN KERJA YANG DAPAT MENGEMBANGKAN TRELO.

    PRABODH SHETHPENGARAH EKSEKUTIFPrabodh memberi kepakarannya dalam pengurusan kewangan kepada Trelo. Beliau pernah menjadi rakan kongsi Arthur Andersen HRM dan bertindak dengan memulakan Comline Systems, perunding perisian, sebelum menjualnya kepada Formis Berhad pada 2007. Pengalamannya dalam pengurusan kewangan dan pembangunan merupakan tonggak dan sokongan kepada Trelo agar mencapai objektif perniagaan untuk masa hadapan. PRABODH SEORANG YANG SUKAKAN KEHIDUPANNYA SENDIRI.

    SUKAKAN SATU SAMA LAIN Kami suka apa yang kami buat, kami suka satu sama lain dan kami suka cara kami kerja bersama-sama. Sebagai sebuah agensi kecil, kami berusaha untuk memberikan hasil yang lebih besar dari apa yang kami usahakan. Kami memainkan peranan masing-masing dan kerja bersama-sama agar dapat memberikan hasil yang sangat memberangsangkan.

  • LYNN HASHIMPENGARAH AKAUN

    Graduan dari bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Towson, Baltimore, Lynn merupakan pengarah khidmat pelanggan dan pengurus operasi untuk akaun-akaun utama agensi kami. Selain memastikan para pelanggan mendapat perkhidmatan yang berkualiti secara konsisten, Lynn juga terlibat secara langsung dalam kerja-kerja pelaksanaan dan pelan strategik.

    Antara pencapaian yang beliau peroleh di Trelo termasuklah perancangan dan pengurusan strategik kempen 50 Year Anniversary untuk Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan, Etiqa Insurans & Takaful, Burger King dan Chartis Malaysia Insurance Berhad.

    LYNN BETUL-BETUL GILAKAN KUCING KESAYANGANNYA, BELLA BINTI LYNN.

    MOHD JOHANNIS J.K. MCDONALDPENGARAH KREATIFSelepas memperolehi ijazah dengan kepujian dalam Komunikasi Visual di University of Kent, UK, Johannis terus menceburkan diri dalam bidang pengiklanan sebaik menyedari impiannya untuk memasuki bidang video adalah sukar. Antara akaun yang diuruskan ketika di Bates International termasuklah Honda, F&N, Levis, 100plus, POS Malaysia, Sepang International Circuit, Vico, Fruit Tree, Fruit Tree Fresh, Takaful Nasional, Motor Takaful, Nokia, Kementerian Kesihatan dan Heineken.Dengan sejumlah anugerah pengiklanan tempatan dan antarabangsa yang dimenangi termasuk Kancil Awards, Times Asia Awards dan New York Film Festival, dia kemudian menyertai McCann Erickson dan menguruskan akaun Proton, Nespray, TV3 dan Coca-Cola. Kini, Johannis menyertai Trelo apabila menyedari pengalamannya dilihat dapat membantu dan mendorong beliau menghadapi cabaran-cabaran baru di agensi pengiklanan tempatan.

    JOHANNIS MENGGEMARI APA SAJA FILEM YANG MEMPUNYAI SARI KATA.

    KYM ZHANG SU LIPENULIS KREATIF

    Kym memulakan karier dalam bidang pengiklanan di Ogilvy & Mather. Perasaan ingin mengetahui sesuatu yang tiada dalam kamus kehidupannya telah membawa Kym ke agensi-agensi periklanan, interaktif dan seni reka, termasuklah Saatchi & Saatchi, BBDO, Naga DDB, Foote Cone & Belding, Leo Burnett/Arc, Arachnid dan Chimera.

    Akaun-akaun utama yang pernah dikendalikan Kym adalah Unilever, Nestl, Maxis Communications, DiGi, Celcom, Volvo, KFC, Mandarin Oriental, HSBC, Nokia, Pavilion Kuala Lumpur, Bank Negara dan UNICEF. Antara anugerah-anugerah yang berjaya diperolehi termasuk Golden Kancil dan beberapa lagi di Cannes Film Festival, London International Advertising Awards, New York Film Festival dan Singapore Creative Circle.

    KYM SEORANG YANG GILA MENGEMBARA DAN SUKAKAN TARIAN KLASIKAL INDIA.

  • BURGER KING

    MASALAHKadar jualan yang perlahan dan memerlukan satu pembaharuan sebagai tarikan & promosi produk-produk Burger King.

    PENYELESAIANPerkenalan kepada produk yang menjadi keinginan kerana berbeza dari menu asal, dipanggil BBQ Beefacon Cheese Stacker. The Stacker yang terdiri dari satu, dua atau tiga lapisan daging ini merupakan produk paling besar BK. Kami mengadakan peraduan Do You Dare! dan mencabar sesiapa saja mencuba produk istimewa ini. Selain periklanan tradisional, Burger King turut menceburi kempen digital untuk pertama kalinya di Malaysia. Penulis blog bebas berkaitan makanan menulis apa saja mengenai The Stacker dan menyebarkannya melalui penulisan mereka.

    HASILPromosi-promosi yang lebih kurang serupa menyebabkan jualan produk meningkat 15% dari hasil campuran jualan, yang merupakan jumlah biasa. Namun, The Stacker berjaya mencapai peningkatan jualan sehingga 20%.

  • BANK MUAMALAT

  • AIG

    MASALAHPerubahan nama dari American Home Assurance (AHA) kepada American International Group (AIG). Tiada kecemasan atau perkara dramatic berlaku, cuma perubahan ini terjadi ketika jenama-jenama Amerika tidak dilihat dengan baik di Malaysia.

    PENYELESAIANKami mereka konsep yang memaparkan bahagian-bahagian sentimental berkenaan Malaysia. Kami menumpukan fakta AHA sudahpun berada di sini dan menyokong Malaysia untuk 55 tahun. Tajuk utama yang disusun agar memperlihatkan kekukuhan AIG, AIG. 55 Years and counting disiarkan di akhbar-akhbar dan editorial untuk memantapkan lagi kedudukan mereka sebagai syarikat yang berdiri teguh dibelakang rakyat Malaysia sejak sekian lama.

    HASILAIG memenangi BrandLaureate untuk Jenama Korporat Terbaik dalam dalam bidang insurans kerana mempunyai nilai-nilai utama dan mampu bertahan dengan kesempurnaan sosial serta kepimpinan perniagaan yang dimiliki.

  • ETIQA

    MASALAHKatakan tidak kepada sesiapa saja, agen insurans dan ada kemungkinan sesiapa saja akan terus melihat jam dengan tiba-tiba dan ingin bergerak dengan tergesa-gesa, Alamak, ada hal lah. Jumpa lagi Yang paling utamanya, agen insurans dianggap orang yang paling tak cool sekali. Jadi, amatlah sukar sekarang ini untuk melatih orang baru yang betul-betul dinamik, bercita-cita tinggi dan cool untuk menjadi agen insurans. PENYELESAIANThe Smart Urbane Immaculate Talent (SUIT) Programme

    Program pengambilan yang direka ini menampakkan kekuatan dan gambaran positif Etiqa Insurans. Ia member imej kerjaya insurans adalah sesuatu yang menyeronokkan, kreatif dan membawa pengaruh. Ia juga bertujuan untuk melahirkan pelapis baru agen-agen insurans dan menyedarkan mereka bahawa insurans mampu mengubah hidup seperti yang diingini, tambahan kondisi kerja yang fleksibel dan bebas pasti tidak menjadi halangan. Booth-booth diletakkan di kawasan yang strategik seperti The Curve dan Universiti Teknologi MARA, diikuti sokongan dari kempen kreatif below-the-line yang mengangkat imej agen-agen insurans.

    HASILPeringkat 1 - Berjaya melatih 3000 orang yang berpotensi.Peringkat 2 - 160 orang pelajar menandatangani program kerjaya di Ritz Carlton.

  • AFFIN BANK

  • BANK RAKYAT

  • MINISTRY OF TOURISM MALAYSIA

  • HOME-FIx D.I.Y STORE

    MASALAHJualan yang tidak memberangsangkan kerana Home-Fix memfokuskan jualan kepada kumpulan sasaran dan hanya menumpukan jualan yang turut menjadi fokus para pesaing dan periklanan lain.

    PENYELESAIANKami mendapati Home-Fix tidak menekankan kekuatan dan kelebihan yang dimiliki, walaupun mereka mempunyai produk-produk yang sukar diperolehi di mana-mana kedai elektrik lain.

    Kami kemudiannya keluar dengan konsep idea yang mudah tapi berkesan dan menjadi ingatan When You Dont Know Where To Find It. Go to Home-Fix. Kempen kreatif ini memaparkan rangkaian produk-produk yang tidak dimiliki mana-mana pesaing, Iklan ini juga menyokong perjalanan promosi utama dengan siri road show ke seluruh dunia.

    HASILRoad show ini mencapai jualan berganda berbanding jualan road show sebelumnya. Pengguna yang berkunjung menyifatkan road show ini membuat mereka ingin tahu produk-produk unik yang ditawarkan Home-Fix. Walaupun tiada apa-apa yang penting untuk dibeli tapi ada diantara mereka yang tidak hanya pulang dengan tangan kosong.

  • MEREKA YANG PATUT ANDA HUBUNGI

    VISHAL DOSHI, Ketua Pegawai Eksekutifvishal@trelo.com.my 6 012 318 1814

    LYNN HASHIM, Pengarah Akaunlynn@trelo.com.my6 012 339 2084

  • 35 - 1 LORONG ARA KIRI SATU BANGSAR BARU 59100 KUALA LUMPUR MALAYSIA 603 2092 2828 603 2093 2288