strategi n kaedah pj.docx

20
STRATEGI/ KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI Pengenalan Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.

Upload: rt-patmawathy-ramalingam

Post on 26-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

STRATEGI/ KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

TRANSCRIPT

Page 1: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

STRATEGI/ KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Pengenalan

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.  Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. 

            Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.  Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.

            Demikian juga dengan Hasan Langgulung  (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu   adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. 

            Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua   pelajar  dalam semua keadaan.  Kaedah harus berubah  mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar.  Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.  

            Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:

1.    Kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran.

2.    Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai.

Page 2: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

3.    Kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar.

4.    Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar.

5.    Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru.

6.    Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah bekenaan.

7.    Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.         An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar  yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar.  Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama.  Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

            Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.  Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.  Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:

1.     Tujuan am (learning goal)

2.     Objektif pelajar (specific objective)

3.     Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu

untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran.

4.     Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar.

5.     Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur  pencapaian pelajar.           Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada

Page 3: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

seseorang  dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran  merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.

KAEDAH TEORI KECERDASAN PELBAGAI

   Konsep dan Definisi

·         Mengikut pandangan tradisi, kecerdasan adalah ditakrifkan sebagai

keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur.

·         Pada tahun 1904, Alfred Binet seorang psikologis dari Perancis telah

berjaya membina satu ujian kecerdasan – Skala 1905.

·         Skala 1905, untuk menguji kecerdasan pelajar berdasarkan ingatan

mereka dari aspek keupayaan sentuh dan mereka bentuk sehingga

keupayaan mentakrif konsep yang abstrak.

·         1912 – William Stern telah memperkenalkan konsep darjah kecerdasan

(IQ) dan berjaya membina rumus.

·         Mengikut sesetengah pendidik, kecerdasan bukan serupa dengan umur,

tinggi atau berat (tidak boleh diukur secara langsung) tetapi sebagai

kemahiran penyelesaian masalah, termasuk keupayaan mengadaptasi

kehidupan dan belajar daripada pengalaman harian.

·         Vygotsky– Keupayaan menggunakan kemahiran belajar dengan bantuan

orang yang lebih mahir melalui teknik pemudahcaraan

dengan scaffolding.         

 Potensi Dan Kecerdasan Manusia

·         Potensi ialah keupayaan dan kebolehan terpendam dalam individu, dan

jika dicungkil boleh digunakan untuk melakukan sesuatu.

Page 4: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

·         Dikaitkan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada

fitrah manusia – kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti selaras

dengan fitrah yang ada padanya.

·         Ditinjau dari aspek-aspek jasmani, mental, rohani, emosi dan sosial

·         “… memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan …” (Falsafah Pendidikan Kebangsaan )

 Kecerdasan-Kecerdasan

Menurut Howard Gardner, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya.

·         Kecerdasan Linguistik

kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan kata, tulisan kreatif,

puisi, perbahasan, berjenaka dan bercerita.

·         Kecerdasan Logikal-matematikal

kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah

matematik mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk

membuat keputusan serta mengamati dunia visual.

·         Kecerdasan Visual-spatial

kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna,

mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual

·         Kecerdasan Muzik

kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi

serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik.

·         Kecerdasan Tubuh Kinestetik

Page 5: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan fizikal tubuh badan, kawalan

anggota, sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari.

·         Kecerdasan Interpersonal

kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian

memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan.

·         Kecerdasan Intrapersonal

kecerdasan berinteraksi secara dalaman untuk merangsang diri sendiri.

·         kecerdasan Spritual

ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama.

 Kepentingan Mengetahui Kecerdasan Pelbagai

·         menyokong pembelajaran bersepadu secara menyeluruh selaras dengan

Falsafah Paendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.

·         menerima persamaan dan perbezaan individu dengan mengakui bahawa

setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan.

·         meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa

potensinya tidak terbatas.

·         meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan

pembelajaran yang menyeronokkan.

·         meningkatkan profesionalismegurudan menggalakkan inovasi dan

penyelidikandalam pengajaran dan pembelajaran.

·         mewujudkan kolaboratif disekolah.

·         mempelbagaikan penilaian.

 Melaksanakan Teori Kecerdasan  Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

·         Mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan

pelbagai.

·         Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan

kecerdasan murid

Page 6: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

·         Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum

menyerlah

 KAEDAH KONTEKSTUAL

     Definisi dan Konsep

Matlamat

Membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstualdalam pengajaran dan pembelajaran.

Objektif

Guru berupaya:

·         Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan

menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

·         Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.

·         Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalambilik

darjah dengan yakin dan berkesan.

·         Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan

kontekstual.

Definisi

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakanpembelajaran secara konkrit dengan melibatkan aktiviti minds-on dan hands-on.

Teori Kontekstual

Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

Teori pembelajaran kontekstual adalah berdasarkan unsur-unsur berikut:

Page 7: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

1. Konteks pembelajaran yang pelbagai• Budaya• Sosial• Psikologi

            • Fizikal

2. Kepelbagaian persekitaran pembelajaran• Bilik darjah• Makmal• Tempat kerja• Kehidupan harian

3. Kepelbagaian disiplin ilmu• Matematik• Sains• Komunikasi• Teknikal dan Vokasional• Kemanusiaan

Unsur-unsur tersebut menegaskan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.

Teori ini juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pendekatan konteksual juga merentas pelbagai disiplin ilmu seperti Matematik, Sains, Komunikasi, Kemanusiaan, Teknikal dan Vokasional.

 Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan menjadi “REACT”

a)    Relating (Menghubungkait):

Page 8: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah.

Page 9: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

b)   Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk

menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat

mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa

membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari. Experiencing

(Mengalami):Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan

reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video,naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya         pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif.

Contoh murid dibawa ke padang untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali menggelecek bola. Pengalaman ini boleh digunakan semasa bermain hoki bersama kawan-kawan di rumah.

c)    Applying (Mengaplikasi):Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan

dalam situasi yang lain. Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja.

Contoh murid mempelajari teori dan konsep tuas. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan apabila bertemu sebuah kereta yang tayarnya pancit dan tidak mempunyai jek. Murid itu boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar.

d)   Cooperating (Bekerjasama):

Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain - merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Majikan mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi,

Page 10: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

berkongsi maklumat dan bekerja dengan selesanya dalam pasukan di tempat kerja. Justeru itu, adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran bekerjasama di sekolah.

Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali di padang. Penyelesaian amali Pendidikan Jasmani memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya.

e)    Transferring (Memindahkan):

Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada,

atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui

pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-

perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar

menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan

pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan

pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat menghubungkan

pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar.

Contoh murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan

menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan

segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam

aktiviti mengecat garisan gelanggang permaianan.

Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran KonteksualTerdiri dari kumpulan yang sederhana, cenderung kepada aplikasi konsep, terdorong melakukan aktiviti hands-on dan tidak yakin mempelajari Matematik dan Sains secara abstrak.

 Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran KonteksualPerlaksanaan ini memerlukan:

  MotivasiBertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Contoh mata pelajaran Sejarah, tajuk darurat – guru boleh memperdengarkan rakaman bunyi tembak menembak beserta jeritan sebagai motivasi. 

Page 11: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

 Pemahaman

Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang

dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat

menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan

kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan. Ini boleh

dilakukan dengan bacaan, perbincangan kumpulan dan membuat kajian. 

Kemahiran

Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi

mencetuskan pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan masalah

harian. Contoh selepas muris mempelajari cara penggunaan ensiklopedia,

guru menanyakan soalan yang akan mendorong murid menggunakan

ensiklopedia sebagai rujukan.

 Penilaian

Boleh dilakukan dengan cara lisan, pemerhatian, perubahan sikap dan

bertulis. Aktiviti boleh dilakukan dengan cara kuiz, perbincangan kumpulan

dan penyediaan portfolio

 Kesimpulan

Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dalam persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian.

Page 12: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Pendekatan konteksual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid.

KAEDAH KONSTRUKTIVISME

   Definisi dan Konsep

Menurut pendapat John Dewey (1910), “Pendidik yang cekap harus melaksanakan P&P sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Murid juga harus mengambil bahagian secara aktif di dalam setiap aktiviti P&P.”

Jean Piaget telah memperkenalkan empat fasa dalam perkembangan pemikiran kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstuktivisme iaitu :

·         Fasa Pertama

Kanak-kanak menaakul tidak bercirikan struktur yang logik.

·         Fasa Kedua

Definisi ciri-ciri struktur matematik logikal.

·         Fasa Ketiga

Pembinaan pengetahuan melalui struktur mata pelajaran.

·         Fasa Keempat

Mekanisme perkembangan mengaitkan perhubungan antara asimilasi dan

akomodasi. 

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru

Page 13: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

•   Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru menyokong pembelajaran secara koperatif

•     Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oelh murid

•     Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi usaha

•  Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminyamelalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar

•    Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.

Cabaran Guru Dalam Pembelajaran Konstruktivisme

Guru merasa mereka tidak mengajar.

Kawalan kelas agak merosot.

Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak

realistik.   

Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme

memerlukan sokongan profesional. 

Implikasi Konstruktivisme  

1) Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang

kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.2)  Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

3)  Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut  dan bukan  pengajaran yang diterima secara pasif.

4) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.

KAEDAH DEMONSTRASI

Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau

Page 14: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstrasi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.

Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani :

1)    Pendahuluan Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh

duduk, melutu dan berdiri

Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah

Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini

2)    Demonstrasi Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar

Ikut cara dan prosedur yang piawai

Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

3)    Demonstrasi dan pengajaran Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya

Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan

Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu.

Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya.

Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.

4)    Ulang demonstarsi dan butiran yang penting Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit

Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan

Beri butiran penting

5)    Penutup Ulang butiran penting

Page 15: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

Menggalakkan perbincangan

Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

KAEDAH GAYA ARAHAN

            Dalam gaya ini, guru mengawal semua yang akan dipelajari, cara ia dilakukan serta mula dan akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue (1995).

         Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut :

Guru perlu

1.   Mengawal penuh pengajaran.

2.   Memilih aktiviti.

3.   Menentukan bagaimana dan bila 

Mengawal tingkah laku.

4.   Menilai dan membuat keputusan.

5.   Menjimatkan masa untuk membuat percubaa 

Individu mendapat kurang perhatian.Ciri-ciri Gaya Arahan

1. Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahiran

yang akan dipelajari oleh pelajar.

2. Pelajar berlatih dan guru memberi komen am tentang prestasi kelas. 

Jika perlu, guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut.

3. Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang memerlukan bantuan secara

individu atau atau berkumpulan. 

4. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai

perlakuan. 

5. Penemuan Terbimbing.

6. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi (Bilbrough & Jones, 1968). Ia

memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan

menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.

Sebagai contoh, ‘Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik’

Page 16: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

KAEDAH KOPERATIF  

Konsep dan Model Kaedah Koperatif

Menurut Effandi Zakaria (1998), Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Dalam kaedah koperatif, guru perlu menentukan pengetahuan dan kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar. Guru juga perlu memberitahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu, mereka hendaklah bertanggungjawab keatas pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan, iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain.

Kaedah koperatif mengambil kira aspek kognitif, tingkah laku, emosi dan sosial pelajar. Dengan itu, guru mestilah menerangkan prosedur tertentu untuk mengendalikan kumpulan masing-masing. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif :                a) Saling bergantung di antara satu sama lain secara positif                b) Saling berinteraksi secara bersemuka                c) Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri                d) Kemahiran koperatif                e) Pemprosesan kumpulan 

Jenis Pembelajaran Koperatif

Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif. Di antaranya ialah :

1.    Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation)

Page 17: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

                Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti

sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar

mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan

penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan

cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan

menarik. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan

komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik.

                 

2.     Student Team Achievement Division' (STAD)

Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan

lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling

membantu di antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan

kumpulan.

3.     Jigsaw

Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan

pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian

bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli

kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk

berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama

dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan menjadi pakar

dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada

rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.

4.    Team-Accelerated Instruction' (TAI)

 Merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar

mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas

heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan

kepada kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang

kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap

pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian

Page 18: STRATEGI n KAEDAH PJ.docx

tinggi. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang menggantikan

buku teks sepenuhnya.

5.    Team Games Tournament (TGT)

Model TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah. Bagi setiap pertandingan, meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.

Menurut Shahabuddin Hashim et.al. (2007) lagi, bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja kumpulan diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan. Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarah oleh guru. Kumpulan pelajar ini duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja kumpulan dijalankan.