pendekatan kaedah teknik dan strategi 1234413059569580 1.ppt (recovered)

Upload: intut94

Post on 08-Oct-2015

260 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hgjh

TRANSCRIPT

  • PERBEZAAN PENDEKATAN, KAEDAH

    DAN TEKNIK

  • PENDEKATANParera (1986) :

    Pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian).

    Kamarudin Hj. Husin (1988) : satu kumpulan andaian yang saling berkait

    tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa

  • Jenis-jenis Pendekatan :

    Pendekatan Induktif Pendekatan DeduktifPendekatan EklektikPendekatan KomunikatifPendekatan InteraksionalPendekatan Pengalaman BahasaPendekatan Bersepadu

  • KAEDAHMangantar Simanjuntak (1982) :

    satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan.

    Parera (1986) : satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan

    secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan

    Ishak Ramly (2006) : satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan

    sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

  • Jenis-jenis kaedah : (menurut Kamarudin Hj. Husin,1988 )

    Kaedah terusKaedah semulajadiKaedah askar atau tenteraKaedah ajuk-hafazKaedah linguistikKaedah oral-auralKaedah terjemahanKaedah psikologiKaedah kod-kognitifKaedah khusus

  • 1. Kaedah Terus : Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah

    kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak.

    menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak.

    Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu:

    Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.

    Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.

    timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.

    mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

  • 2. Kaedah Semulajadi : hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan

    dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid.

    Terjemahan tidak langsung digunakan.

    3. Kaedah Oral-Aural : kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur. menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik

    memberi perhatian kepada intonasi yang betul.

    4. Kaedah Linguistik : Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa

    yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi.

    memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).

  • TEKNIKKamus Dewan (edisi ketiga) :

    kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

    Edward M. Anthony : satu muslihat atau strategi atau taktik yang

    digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

    Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz :

    pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

  • Jenis-jenis teknik : (menurut Kamarudin Hj. Husin,1988 )

    Teknik main perananTeknik permainan bahasaTeknik latih tubiTeknik berceritaTeknik inkuiriTeknik perbahasanTeknik kuizTeknik sumbangsaranTeknik soal jawabTeknik simulasiTeknik dramaTeknik perbincangan

  • Teknik berbincang teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di

    kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru.

    Teknik brainstorming teknik yang berbentuk perbincangan Kanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk

    menghuraikan pendapatnya.

    Teknik soal jawab teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan kanak-kanak. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan

    dan kanak-kanak akan menjawab soalan tersebut. Mempunyai aras kesukaran soalan

  • 4. Teknik main peranan teknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu

    situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip.

    pengalaman secara spontan.

    5. Teknik bercerita Guru memilih cerita yang sesuai dengan kanak-kanak dan isi

    pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan

    kepada aspek-aspek bahasa yang hendap diajarkan.

    6. Teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang

    memerlukan kanak-kanak bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna.

    Di samping menunjuk cara, kanak-kanak diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik.

    Sebelum kanak-kanak menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan.

  • 7. Teknik penyelesaian masalah teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah

    penyeliyaan guru. Kanak-kanak diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.

    8. Teknik latih tubi pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari.

    Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu, untuk menjamin kekekalannya.

    9. Teknik permainan bahasa guru membentuk satu situasi yang memerlukan kanak-

    kanak menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.

  • Secara keseluruhannya, pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat bahasa dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar. Kaedah pula adalah bersifat prosedur dan teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas.

  • Teknik :BerceritaBrainstormingSoal jawabBerbincangPermainan bahasa

    Teknik :Penyelesaian masalahTunjuk caraLatih tubiSoal jawab

    Teknik :Main perananBerceritaLakonan/ dramaTunjuk cara

    Teknik :BerbincangBrainstormingSoal jawab

    Kaedah : Linguistik Oral-aural Terus

    Kaedah :Linguistik Oral-auralSemulajadiTerus

    Kaedah :LinguistikSemulajadiTerus

    Kaedah :Terus atau semulajadiOral-auralLinguistikFonetik

    Bahasa sebagai satu komunikasi Pengajaran lebih kepada dialog Situasi yang menyerupai keadaan sebenar

    Gabungan induktif dan deduktif Pengajaran mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-kanak

    Umum kepada khusus Pengajaran berdasarkan hukum Kemukakan genelisasi

    Khusus kepada umum Pengajaran mendapatkan hukum Banyak menggunakan contoh

    Pendekatan Komunikatif

    Pendekatan Eklektik

    Pendekatan Deduktif

    Pendekatan Induktif

    Sumber : Kamaruddin haji Husin (1988)

  • Pendekatan Induktif

    dipelopori oleh aliran pemikiran behaviorisme dimulai dengan contoh-contoh khusus kpd

    kesimpulan umum memberi peluang kepada pelajar membuat

    kesimpulan sendiri bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan &

    menekankan kpd pengulangan utk mendapatkan hukum

  • Konsep-konsep pndktn induktif :

    Mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk mendapatkan hukumMemperkenalkan pengetahuan & pengalamanMengakumulasikan maklumat utk mbtk hukumMembentuk kesimpulan drpd cth-cth tertentu

  • Pendekatan Deduktif

    Pendekatan ini selaras dengan teori pembelajaran Gestalt pengajaran dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh.bematlamatkan pemerolehan struktur kognitifPendekatan ini lebih banyak menekankan aspek tulisan

  • Prinsip-prinsip pndktn deduktif

    Generalisasi pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisitCth-cth yang digunakan mestilah sesuai dan mencukupi Cth tdk hrs datang dr guru shj ttp juga dr muridCth msti btl spy murid dpt meniru & mghslkan cth yg lainPemahaman generalisasi murid msti dinilai melalui pelbgai cara

  • Kelebihan:

    Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu membuat banyak persediaan.Pendekatan ini patut dan sesuai digunakan oleh kerana secara tradisinya, guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.

  • Pendekatan Eklektik

    Pendekatan eklektik merupakan gabungan daripada dua pendekatan lain iaitu pendekatan deduktif dan induktif. Pendekatan eklektik bermaksud pengajaran disampaikan dengan menggabungkan semua atau sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baru.

  • Pengajaran eklektik amat penting dalam membantu meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak.

    Pendekatan eklektik digunakan apabila sesuatu pengajaran memerlukan guru menggunakan berbagai-bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja.

  • Teori eklektik berpegang kepada satu fahaman bahawa kaedah yang baik diterap dari berbagai-bagai sistem dan pendekatan.

    Pendekatan eklektik merupakan satu usaha bagi menyatukan cara hubungan yang rapat di antara berbagai-bagai pendekatan.

    Usaha ini juga berkaitan dengan cara bagi merapatkan ke arah satu pertemuan yang baik dalam penggunaan pendekatan tersebut

  • Cara yang demikian merupakan satu permulaan bagi menggabungkan kaedah yang pelbagai itu ke arah satu sistem yang munasabah untuk dilaksanakan ke dalam proses pengajaran.

    Walau bagaimanapun penggabungan tidak boleh disamakan dengan teori eklektik, tetapi di antara satu kaedah dalam teori eklektik adalah penggabungan.

  • Pendekatan komunikatif

    Fokus kpd aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi Tujuan : - Guna bhs yg betul semasa komunikasi - Membentuk satu tatacara yang berkesan bagi mengajar empat kemahiran bahasa iaitu membaca, memahami, menulis dan bertutur

  • Peringkat-peringkat dlm pelaksanaan pengajaran :

    Aktiviti prakomunikatif

    Aktiviti komunikatif

  • Secara ringkasnya

    penekanan kepada fungsi dan struktur secara serentak boleh menyatakan perasaan atau fikiran mereka berbeza dengan pendekatan tradisional yang hanya mementingkan kepada aspek tatabahasa dan perbendaharaan kata semata-mata.

  • CONTOH AKTIVITI

    HP : 3.2.1 Mengecam huruf vokal yang terdapat dalam perkataan

  • MENGECAM HURUF VOKAL DALAM PERKATAAN

    - AKTIVITI 1 -PENDEKATAN : INDUKTIFKAEDAH : TERUS, ORAL-AURAL, LINGUISTIK & FONETIKTEKNIK : BERBINCANG, BRAINSTORMING & SOAL JAWAB

  • Guru menunjukkan kad-kad gambar beserta perkataan kepada kanak-kanak.Guru meminta kanak-kanak menyebut perkataan yang di tunjukkan.Guru meminta kanak-kanak mencari dan menyebut huruf vokal yang terdapat dalam perkataan tersebut.

  • RAMBUTAN

  • KOMPUTER

  • MENGECAM HURUF VOKAL DALAM PERKATAAN

    - AKTIVITI 2 -PENDEKATAN : DEDUKTIFKAEDAH : TERUS, SEMULAJADI & LINGUISTIKTEKNIK : BERCERITA, MAIN PERANAN,

    LAKONAN / DRAMA & TUNJUK CARA

  • Guru menunjukkan kad-kad huruf vokal dan meminta kanak-kanak menyebut huruf vokal tersebut.

    Aa IiEe

    Oo Uu

  • 2.Kemudian, guru menunjukkan contoh-contah perkataan yang mengandungi huruf vokal.BASIKA

    L ROKET

    Ambulans Bumi

  • 3.Guru membahagikan kanak-kanak kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan mewakili 1 huruf vokal.

    4.Kanak-kanak diminta untuk melakonkan sebarang aksi pekerjaan yang mengandungi huruf vokal yang diberikan di hadapan kelas.

    Contoh : Askar, Polis, Doktor, Guru dan Petani dan sebagainya.

    5.Guru dan kanak-kanak berbincang tentang huruf vokal yang terdapat dalam perkataan tersebut.

  • MENGECAM HURUF VOKAL DALAM PERKATAAN

    - AKTIVITI 3 -PENDEKATAN : EKLEKTIKKAEDAH : TERUS, ORAL-AURAL, SEMULAJADI & LINGUISTIKTEKNIK : SOAL JAWAB, LATIH TUBI, PENYELESAIAN MASALAH & TUNJUK CARA

  • Guru membahagikan kanak-kanak kepada empat kumpulanGuru mengedarkan kad gambar dan kad huruf vokal kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan diminta mengecam huruf vokal yang sesuai dengan kad gambar tersebut.

    a e io u

  • 3.Kemudian, guru memberikan kad-kad perkataan kepada setiap kumpulan.

    4.Setiap kumpulan diminta mengecam huruf-huruf vokal yang terdapat dalam perkataan yang diberi.

  • MENGECAM HURUF VOKAL DALAM PERKATAAN

    - AKTIVITI 4 -

    PENDEKATAN : KOMUNIKATIFKAEDAH : TERUS, ORAL-AURAL & LINGUISTIKTEKNIK : BERCERITA, BRAINSTORMING, SOAL JAWAB, BERBINCANG & PERMAINAN BAHASA

  • Guru menunjukkan dan menyebut huruf-huruf vokal (a,e,i,o,u) yang berbentuk 3 dimensi bersama kanak-kanak. Kanak-kanak diletakkan dalam 5 kumpulan.Guru mengagihkan kad perkataan (pisang, betik, tembikai, rambutan dan durian) kepada setiap kumpulan.Satu kumpulan dikehendaki menyatakan ciri-ciri buah yang diwakili. Contoh : durian-mempunyai duri, isi berwarna kuning, dan berbentuk bulat. Kanak-kanak yang lain diminta untuk meneka buah tersebut.

  • 5.Kemudian, ahli kumpulan tersebut menunjukkan kad perkataan kepada kelas. Guru dan pelajar bersoal jawab tentang huruf vokal yang terdapat dalam perkataan tersebut.

    6.Langkah 4 dan 5 diulang dengan kumpulan yang lain.

  • KeSiMPuLaN

    Terdapat banyak pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru semasa P & PGuru bebas memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang hendak digunakan kerana tiada 1 pendekatan, kaedah dan teknik yang spesifik semasa proses P & P. Pemilihan ini mestilah secara kreatif agar kanak-kanak memperoleh pengalaman yang berguna.