garis panduan n kaedah penilaian projek (untuk pensyarah)

22
Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6 FORMAT PENYELIAAN PROJEK A. TAKLIMAT PROJEK 1. Pembahagian kumpulan Pelajar menentukan ahli kumpulan masing-masing mengikut kesesuaian projek. Rujuk PKK-PK-PPP-15. 2. Objektif Projek Penyelaras menerangkari objektif projek berdasarkan sukatan mata pelajaran. 3. Skop Projek Menentukan tahap dan bidang kajian berdasarkan kehendak sukatan mata pelajaran. 4. Prosedur Perlaksanaan dan Penilaian 4.1 Rujuk PKK-PK-PPP-15 4.2 Setiap projek mesti disertakan dengan laporan bertulis. Lima (5) laporan bertulis perlu disediakan dan diserahkan kepada Penyelia Projek secara berperingkat pada semester 5 dan 6seperti Jadual 1berikut: Jadual 1 : Peringkat Penyediaan Laporan Bertulis BIL PERKARA E4006 (SEM 5) E5006 (SEM 6) 1 Cadangan tajuk Projek 2 Proposal (tajuk, objektif, skop dan sinopsis projek) 3 Draf Pertama Laporan Projek ®DiQiN/Jul08 1

Upload: ismail-ibrahim

Post on 01-Jul-2015

427 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN n KAEDAH PENILAIAN PROJEK (UNTUK PENSYARAH)

Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

FORMAT PENYELIAAN PROJEK

A. TAKLIMAT PROJEK

1. Pembahagian kumpulan

Pelajar menentukan ahli kumpulan masing-masing mengikut kesesuaian projek.

Rujuk PKK-PK-PPP-15.

2. Objektif Projek

Penyelaras menerangkari objektif projek berdasarkan sukatan mata pelajaran.

3. Skop Projek

Menentukan tahap dan bidang kajian berdasarkan kehendak sukatan mata

pelajaran.

4. Prosedur Perlaksanaan dan Penilaian

4.1 Rujuk PKK-PK-PPP-15

4.2 Setiap projek mesti disertakan dengan laporan bertulis. Lima (5) laporan

bertulis perlu disediakan dan diserahkan kepada Penyelia Projek secara

berperingkat pada semester 5 dan 6seperti Jadual 1berikut:

Jadual 1 : Peringkat Penyediaan Laporan Bertulis

BIL PERKARAE4006

(SEM 5)E5006 (SEM 6)

1 Cadangan tajuk Projek

2Proposal (tajuk, objektif, skop dan

sinopsis projek)

3Draf Pertama Laporan Projek (maklumat

yang diperolehi 50 %)

BAB I,II

+ BAB IV

4Draf Kedua Laporan Projek (maklumat

yang diperolehi 75 %)

BAB I,II,III

+ BAB IV,V

5

Laporan Serahan Sempurna (maklumat

yang diperolehi 100 %)

BAB I,II,III

+ BAB IV,V,VI

dan Kandungan

Keseluruhan

Nota : ‘+’ sambungan daripada BAB I, II dan III

®DiQiN/Jul08 1

Page 2: GARIS PANDUAN n KAEDAH PENILAIAN PROJEK (UNTUK PENSYARAH)

Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

5. Format laporan mesti mematuhi format yang disediakan (rujuk Panduan Penulisan

Buku Laporan Semester Akhir.

6. Serah takwim kepada pelajar. Takwim aktiviti mingguan disediakan dan

diserahkan oleh penyelaras kepada pelajar dan penyelia.

7. Menyenaraikan nama penyelia mengikut bidang

7.1 Penyelaras menyenaraikan nama penyelia yang terlibat mengikut bidang

masing-masing.

7.2 Nama dan bidang penyelia hendaklah dipamerkan di papan kenyataan

pada minggu ke- 2

7.3 Pelajar memilih penyelia mengikut bidang pengkhususan dan kesesuaian

tajuk.

8. Menyerahkan borang cadangan tajuk projek

Pelajar mengisi borang cadangan tajuk projek dalam dua salinan untuk diserahkan

kepada penyelia satu salinan satu lagi disimpan oleh pelajar.

9. Memberi panduan membuat perancangan dan proposal termasuk Carta Gantt.

Proposal mestilah dibuat mengikut format yang disediakan.

10.Penyerahan borang

Penyelaras Menyerahkan Borang-Borang Penilaian Kepada Penyelia:

Borang PKK-PK-PPP-15

o Rekod Kehadiran Projek (RK-PK-15-06 …)

o Borang Penilaian Proposal Projek

o Borang Markah Pembentangan Projek (RK-PK-15-07(a) … )

o Borang Penilaian Laporan Projek

o Borang Penilaian Hasil Dapatan (PraDemo / Demo)

o Rekod Markah Projek (RK-PK-15-07(b)…)

Nota: Kehadiran pelajar direkodkan di dalam Rekod Kehadiran Pelajar.

Pensyarah kelas merekodkan kehadiran di dalam buku Rekod Kehadiran

Mingguan.

®DiQiN/Jul08 2

Page 3: GARIS PANDUAN n KAEDAH PENILAIAN PROJEK (UNTUK PENSYARAH)

Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

B. PENYERAHAN TAJUK PROJEK

1. Penyelia menerima borang tajuk cadangan projek daripada pelajar. Penyelia harus

memulangkan kembali satu salinan kepada pelajar setelah dinilai pada minggu

tersebut.

2. Jika cadangan tajuk tidak sesuai, pelajar dikehendaki menghantar semula

cadangan tajuk dan proposal pada ininggu ke empat. Penyelia hendaklah memberi

cadangan /panduan serta bimbingan. Tetapkan tarikh untuk perjumpaan susulan.

C. PENYERAHAN PROPOSAL

1. Penyelia menerima dan menyemak proposal.

2. Membuat penilaian berpandukan kepada Borang Penilalan Proposal Dan Borang

Kehadiran Projek (Buku Rekod Mingguan Perlaksanaan Projek).

3. Merekod kehadiran pelajar.

D. BIMBINGAN DAN PERBINCANGAN

1. Bimbingan dan perbincangan berdasarkan proposal yang dinilai dan mengenal

pasti masalah. Penyelia juga membantu dan membimbing pelajar menyelesaikan

masalah yang dihadapi. Diantaranya ialah berkaitan dengan:

a. Bahan

b. Peralatan

c. Kaedah Perolehan, Borang-Borang Penggunaan Peralatan

d. Kaedah atau Metodologi

e. Pemilihan perisian untuk paparan hasil dapatan seperti kaedah peratusan.

2. Penyelaras menyediakan surat kebenaran untuk mendapatkan maklumat dan

kemudahan penggunaan peralatan.

3. Penyelia mengisi rekod kehadiran mata pelajaran.

®DiQiN/Jul08 3

Page 4: GARIS PANDUAN n KAEDAH PENILAIAN PROJEK (UNTUK PENSYARAH)

Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

E. KEMAJUAN KERJA PROJEK DAN DRAF PERTAMA LAPORAN

1. Menerima draf pertama laporan daripada kumpulan projek pada tarikh yang

ditetapkan didalam takwim menggunakan Borang Kehadiran Projek

(RK-PK-15-06 …).

2. Menilai kemajuan kerja / projek sehingga tahap 50%.

3. Merekod kehadiran di dalam Buku Rekod Mingguan Perlaksanaan Projek.

F. KEMAJUAN KERJA PROJEK DAN DRAF KEDUA LAPORAN

1. Menerima draf kedua laporan daripada kumpulan projek pada tarikh yang

ditetapkan didalam takwim menggunakan Borang Kehadiran Projek

(RK-PK-15-06 …).

2. Menilai kemajuan kerja /projek sehingga tahap 75%.

3. Merekod kehadiran di dalam Buku Rekod Mingguan Perlaksanaan Projek.

G. PERSEDIAAN PEMBENTANGAN KEMAJUAN KERTA PROJEK DAN

PENYERAHAN LAPORAN AKHIR

1. Penyelaras menguruskan keperluan dan tempat untuk pembentangan seperti OHP,

komputer, LCD dan sebagainya / Bergantung kepada keperluan.

2. Penyelaras menyediakan jadual pembentangan yang merangkumi maklumat

tentang;

Kumpulan Masa Tempat Tajuk Pensyarah penilai Penyelia projek.

3. Penyelaras mempamerkan cara jadual pembentangan di papan kenyataan dan

menyerahkan satu salinan kepada pensyarah penilai.

®DiQiN/Jul08 4

Page 5: GARIS PANDUAN n KAEDAH PENILAIAN PROJEK (UNTUK PENSYARAH)

Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

4. Penyelia memberi bimbingan tentang konsep pembentangan contoh power point,

slaid, carta dan sebagainya.

5. Penyelia merekod kehadiran di dalam Buku Rekod Mingguan Perlaksanaan

Projek.

6. Penyelia merekodkan markah di dalam rekod kehadiran projek (RK-PK-15-06 …).

7. Menerima dan menilai laporan akhir mengikut borang penilaian laporan projek,

rekod markah markah projek (RK-PK-15-07(b)…) untuk tahap 100%.

H. PEMBENTANGAN PROJEK

1. Pensyarah penilai membawa borang-borang penilaian pembentangan projek

(RK-PK-15-07(a)…)

2. Pelajar membentang projek di hadapan pensyarah penilai.

3. Pensyarah penilai akan melengkapkan kesemua borang-borang penilaian.

4. Pensyarah penilai menyerahkan borang pemarkahan yang telah diisi kepada

penyelaras projek.

5. Penyelaras projek menyerahkan borang-borang penilaian pembentangan projek

(RK-PK-15-07(a)…) kepada penyelia projek masing-masing.

6. Penyelia projek merekodkan borang pembentangan projek ke dalam borang

Markah Projek (RK-PK-15-07(b)…) untuk diserahkan kepada penyelaras projek.

7. Penyelaras projek mengumpul markah untuk penyelarasan.

®DiQiN/Jul08 5

Page 6: GARIS PANDUAN n KAEDAH PENILAIAN PROJEK (UNTUK PENSYARAH)

Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

PANDUAN DAN PERSEDIAAN AWAL PROJEK / PROPOSAL

A. AKTIVITI PENYELIAAN, PEMBANGUNAN & PENULISAN

• Pertemuan antara pelajar-penyelia.

– Pelajar dan penyelia berbincang tentang masa dan tarikh temujanji.

– Pertemuan mengikut takwim yang disediakan.

– Pertemuan mesti diadakan setiap minggu untuk mengetahui

perkembangan dan kehadiran.

• Penggunaan buku log:

– Segala komen dan cadangan penyelia diambil tindakan oleh pelajar.

B. PENYERAHAN PROPOSAL PROJEK

• Dokumentasi yang lengkap dan sedia untuk dinilai oleh pemeriksa (bukan draf).

• Telah diperakukan / disahkan oleh penyelia untuk layak dibentangkan.

C. PEMBENTANGAN PROPOSAL PROJEK

• Pelajar perlu membuat pra-pembentangan terlebih dahulu kepada penyelia.

• Penyelia telah mengesahkan proposal projek untuk dipersembahkan kepada

penilai.

• Jabatan menyediakan tempat untuk persembahan dan kemudahan peralatan perlu

memohon

• Pelajar dikehendaki berpakaian formal.

• Persembahan dibuat secara formal.

– Menggunakan perisian persembahan (ppt, flash dan lain-lain mengikut kesesuaian

masa dan tempat)

– Urutan persembahan adalah mengikut tatacara persembahan penulisan akademik.

– Catatan pemeriksa hendaklah diambil tindakan oleh pelajar.

– Penilai/Penyelia mengsahkan bahawa proposal telah dibuat pembetulan (jika ada).

®DiQiN/Jul08 6

Page 7: GARIS PANDUAN n KAEDAH PENILAIAN PROJEK (UNTUK PENSYARAH)

Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

D. RINGKASAN PANDUAN DAN PERSEDIAAN AWAL PROJEK / PROPOSAL

Bil Perkara Catatan

1 PEMILIHAN TAJUK PROJEK• Antara perkara yang pertama perlu difikirkan dalam pemilihan

tajuk projek– Kenalpasti masalah– Jenis kemungkinan penyelesaian kepada masalah

– Metod pembuktian kepada penyelesaian– Apa yang perlu dituliskan dalam dokumen /

penyediaan laporan

Laporan Penulisan Pertama

2 PENULISAN CADANGAN PROJEK• Pengenalan

• Penyataan masalah• Matlamat/Objektif• Skop

• Sorotan Penulisan Kajian (Jika perlu sebagai sokongan)• Metodologi / Kaedah penyelesaian (Carta Alir / Jadual Kerja)

• Jadual perancangan (carta gantt)• Litar-litar, Draf Rekabentuk Projek • Komponen dan Kos (Jika Perlu)

• Lampiran (Jika Perlu)• Rujukan

Laporan Penulisan

Kedua

®DiQiN/Jul08 7

Page 8: GARIS PANDUAN n KAEDAH PENILAIAN PROJEK (UNTUK PENSYARAH)

Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

PANDUAN PENILAIAN LAPORAN PROJEK

A. PENILAIAN KESELURUHAN

KEHADIRAN - Merujuk kepada kehadiran kelas projek.

PENGLIBATAN - Merujuk kepada Buku Rekod Mingguan Perlaksanaan Projek

(PKK-PK-PPP-15)

PROPOSAL - Mengikut format proposal.

LAPORAN AKHIR - Markah di ambil dan Borang Penilaian Laporan projek.

PEMBENTANGAN - Markah di ambil dan Borang Penilaian Pembentangan.

(RK-PK-15-07(a) … )

HASIL DAPATAN - Dinilai dari aspek-aspek berikut:

1. Berfungsi/ kajian berjaya.

2. Dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan

projek.

3. Faedah kepada masyarakat / sekeliling.

4. Keselamatan.

5. Kualiti kesudahan.

KESELURUHAN - Markah dikumpul pada Borang Rekod Markah Projek

(RK-PK-15-07(b)…)

®DiQiN/Jul08 8

Page 9: GARIS PANDUAN n KAEDAH PENILAIAN PROJEK (UNTUK PENSYARAH)

Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

B. PANDUAN PENILAIAN SEMASA PEMBENTANGAN PROJEK

1. Keterampilan- Intunasi suara, eye contact, keyakirian diri.

2. Kerjasama- Penglibatan semua ahli dalam kumpulan.

3. Pengurusan masa- Penggunaan masa yang ditetapkan.

4. Kemampuan menjawab soalan- Dapat menjawab soalan dengan baik.

5. Bahan dan alat bantu- Penggunaan alatan yang membantu pembentangan.

6. Idea dan konsep- Kreativiti dan inovatif

7. Demonstrasi- Projek yang berfungsi / hasil dapatan.

8. Mencapai Objektif- Memenuhi pencapaian projek.

9. Bahasa Inggeris- Penggunaan Bahasa Inggeris

®DiQiN/Jul08 9

Page 10: GARIS PANDUAN n KAEDAH PENILAIAN PROJEK (UNTUK PENSYARAH)

Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

C. KANDUNGAN BUKU LAPORAN PROJEK

1. Abstrak

- Menerangkan secara ringkas mengenai projek yang dibuat.

2. Pengenalan dan penyataan masalah (BAB I)

- Pengenalan mengenai projek serta masalah yang dikaji dalam projek.

3. Objektif/Skop (BAB I)

- Menerangkan tujuan projek dan apa yang dicapai.

4. Kajian ilmiah/ literature (BAB II)

- Rujukan mengenai kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan projek.

5. Kaedah/Metodologi (BAB III)

- Kaedah perlaksanaan projek dibuat

6. Dapatan dan analisa data/ masalah dam penyelesaian (BAB IV)

- Cara-cara penyelesaian di buat dengan projek.

7.. Perbincangan (BAB V)

- Ulasan hasil projek.

8. Cadangan dan kesimpulan (BAB VI)

- Mengenai projek yang dibuat.

(Keseluruhan penilaian perlu merujuk kepada format penulisan laporan)

D. MARKAH AM BUKU LAPORAN PROJEK

1. Kandungan laporan

- Merujuk kepada isi kandungan samada memenuhi kehendak objektif tajuk projek.

2. Susunan persembahan laporan/format

- Mematuhi format laporan yang disediakan.

3. Kebersihan dan Kekemasan

- Cara susunan laporan yang kemas dan segi rajah, jadual, gambar dan lain-lain.

4. Bahasa laporan

- Gaya bahasa yang digunakan dan merangkumi penggunaan. Bahasa Inggeris.

®DiQiN/Jul08 10

Page 11: GARIS PANDUAN n KAEDAH PENILAIAN PROJEK (UNTUK PENSYARAH)

Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

PANDUAN PENULISAN PROPOSAL PROJEK (E4006) DANBUKU LAPORAN PROJEK AKHIR (E5006)

Bil Perkara Catatan

1

ABSTRAK Penerangan ringkas / sinopsis projek terdiri daripada:

Kenapa projek dilaksanakan kepentingan projek kaedah penyelesaian ringkasan dapatan dan kesimpulan menyeluruh hasil projek Lebih kurang 100 patah perkataan

- Laporan Projek

2

PENGENALAN Menerangkan secara umum masalah yang wujud

disekeliling untuk dikaitkan dengan projek yang dilaksanakan. Mengaitkan pengetahuan sedia ada dalam menangani

masalah tersebut. Menyatakan kepentingan, kenapa projek tersebut perlu

dilaksanakan.

i) PENYATAAN MASALAH• Menjelaskan masalah dengan terperinci.• Masalah mestilah masalah sebenar, bukan masalah yang

diada-adakan atau andaian.• Mesti disertakan dengan rujukan atau sorotan penulisan.• Penyataan ringkas yang menerangkan apa akan dilakukan

untuk menyelesaikan masalah.

ii) OBJEKTIF• Penyataan ringkas yang menerangkan apa yang akan

dilakukan untuk menyelesaikan masalah.• Sekurang-kurang 3 objektif perlu dilaksanakan.• Objektif mesti bersifat spesifik dan boleh capai:

Contoh: Penulisan objektif yang betul:• Menghasilkan prototaip alat pengawal kecerahan lampu

automatik.• Membangunkan perisian permainan multimedia

berdasarkan model …• Mengubahsuai litar asas penerus kepada tiga peringkat

litar …Contoh: Penulisan objektif yang TIDAK BETUL:

• Meningkatkan pengetahuan tentang menyambung litar ….• Menjimatkan kos, tenaga dan sumber manusia • Meningkatkan kemahiran diri …..

iii) SKOP

• Batasan projek yang hendak dilaksanakan.• Merujuk kepada objektif projek. (Jika 3 objektif, maka 3

skop perlu ada).• Menerangkan had-had / batasan projek (Setakat mana

kemampuan kajian).

- Laporan Projek

BAB I

- Proposal Projek

2 KAJIAN LITERATUR / HASIL PENULISAN - Laporan

®DiQiN/Jul08 11

Page 12: GARIS PANDUAN n KAEDAH PENILAIAN PROJEK (UNTUK PENSYARAH)

Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

Menerangkan segala teori atau penulisan yang berkaitan dengan projek yang dijalankan.

Penerangan punca-punca masalah yang wujud berkaitan dengan projek yang dijalankan.

Penerangan peralatan penting / kaedah / isu-isu semasa untuk tujuan sokongan panghasilan projek.

Penulisan mestilah merujuk sumber-sumber rujukan (buku, majalah, artikel, surat khabar, internet dll) dan perlu ditulis pada hujung perenggan / ayat.

Projek BAB II

- Proposal Projek

(Jika Perlu)

3 METODOLOGI• Metodologi lazimnya melibatkan metod pembangunan sedia ada

biasanya digambarkan melalui carta alir.• Penerangan ringkas blok-blok kaedah penyelesaian (jika perlu).• Rajah dan penerangan langkah-langkah untuk melaksanakan

projek (jika ada).• Kaedah yang digunakan mestilah dirujuk dari buku, majalah,

artikel, surat khabar, internet dll.

- Laporan Projek BAB III

- Proposal Projek

* Bukan Jadual perancangan projek semester @ takwim projek.

4 JADUAL PERANCANGAN• Menghasilkan carta Gantt yang menunjukkan aktiviti yang

dilakukan dalam menjalankan projek.• Jadual perancangan sepanjang tempoh untuk satu semester.• Mesti diselaraskan dengan tarikh penting yang dikeluarkan oleh

jabatan.(Rujuk Takwim)

- Proposal Projek

5 DAPATAN DAN ANALISIS PROJEK• Penerangan perjalanan dan hasil projek yang dilaksanakan:

Senarai komponen yang penting. (yang lain-lain senaraikan pada lampiran)

Kos projek (jika perlu) – yang lengkap boleh disertakan pada lampiran.

Gambarajah, rajah, jadual, litar skematik, layout litar PCB, Dapatan kajian atau data, hasil projek dll.

Perlu ada penerangan ringkas setiap rajah, jadual dll.

- Laporan Projek BAB

IV

Penerangan alat-alat tangan dan komponen biasa tidak perlu.

6 PERBINCANGAN / RUMUSAN • Membincangkan hasil dapatan projek dan mengaitkan dengan

rujukan kajian literatur/hasil penulisan.• Merumuskan keseluruhan cadangan projek.• Mengaitkan pencapaian objektif projek dengan projek yang telah

dihasilkan. • Merumuskan jangkaan dan harapan daripada hasil projek

- Laporan Projek BAB V

®DiQiN/Jul08 12

Page 13: GARIS PANDUAN n KAEDAH PENILAIAN PROJEK (UNTUK PENSYARAH)

Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

7 KESIMPULAN DAN CADANGAN• Menyimpulkan hasil dapatan projek yang dilaksanakan samada

berjaya, tidak berjaya, perlu diperbaiki, perlu dimurnikan, perlu dikaji semula dll.

• Kesimpulan mestilah berdasarkan dapatan kajian.• Sebarang cadangan / masalah projek mestilah berkaitan dengan

projek yang dibuat. • Menjelaskan kelebihan cadangan penyelesaian terhadap masalah.

- Laporan Projek BAB

VI* bukan

masalah berkaitan duit, mencari komponen, tiada kerjasama kumpulan dll.

8 RUJUKAN• Minimum 5 rujukan buku/majalah/surat khabar atau• Rujukan daripada jurnal / Artikel.• Rujukan daripada sumber Internet / Web (tidak digalakkan)

KECUALI artikel, jurnal tersebut lengkap dengan maklumat.• Rujukan mesti ditulis mengikut format laporan.

Laporan Projek

9 LAMPIRAN• Berkaitan dengan Kajian / Projek sahaja.• Senarai lengkap komponen. (Jika Perlu)• Kos perlaksanaan. (Jika Perlu)• Litar-litar, rajah, gambarajah, jadual yang berkaitan dengan isi

laporan projek. • Sebagai rujukan pada penerangan laporan projek. (Jika Perlu)

Laporan Projek

®DiQiN/Jul08 13

Page 14: GARIS PANDUAN n KAEDAH PENILAIAN PROJEK (UNTUK PENSYARAH)

Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

CARTALIR PERLAKSANAAN PROPOSAL / LAPORAN PROJEK E4006 / E5006

TIDAKPROPOSALPROJEK

YA (E 4006)

LAPORAN PROJEK (E5006)

TIDAK

YA

®DiQiN/Jul08 14

MENGENAL PASTI MASALAH

TAKLIMAT PROJEK

PILIH TAJUK

MELAKSANAKAN PROJEK / KAJIAN

DAPATKAN MAKLUMAT KAJIAN / PENULISAN

RANCANG KAEDAH PENYELESAIAN /METODOLOGI

PEMBENTANGAN PROJEK

PENGUJIAN

CADANGAN TAJUK

HANTAR LAPORAN PROJEK

PRADEMO

Page 15: GARIS PANDUAN n KAEDAH PENILAIAN PROJEK (UNTUK PENSYARAH)

Panduan Pengurusan Projek Pelajar Semester 5 & 6

CONTOH PENULISAN ABSTRAK

Contoh Abstrak 1

Panduan menulis tesisUTM, Johor Darul Ta’zim, 2002

http://www.psz.utm.my/TESDIG/panduan%20tesis.pdf

Penggunaan pengairan menitis sejak dua dekad yang lalu telah menarik minat para penyelidik dan petani terutamanya dengan lebih banyak kawasan yang kering dibuka untuk pertanian tetapi menghadapi masalah kekurangan air. Namun, Cuma sedikit ciri-ciri aliran yang diketahui daripada beberapa kajian yang dilakukan. Kajian tesis ini tertumpu kepada penganalisaan ciri hidraulik aliran dan nyahcas di sepanjang garisan pengairan. Kaedah berangka digunakan untuk menganalisis alirannya. Pekali keseragaman merupakan parameter utama untuk mengawal keberkesanan penggunaanya kerana ia mempengaruhi keseragaman nyahcas yang disebabkan oleh perubahan tekanan di sepanjang garis aliran. Penggunaan pemancar jenis orifis bukan sahaja menjadi keadah pengairan ini lebih ekonomik tetapi jugatelah memudahkan proses penggunaanya. Lengkungan reka bentuk disediakan bagi mendapatkan aliran yang diperlukan untuk setiap tanaman yang berlainan.

Contoh Abstrak 2

Dc Motor Speed Control Using Microcontroller Pic 16F877A Ea Ai Choon ,UTM, 2005

http://psm.fke.utm.my/psm/forms/thesis_sample.pdf

Motor arus terus telah menjadi satu komponen yang penting untuk aplikasi dalam julat kuasa dan kelajuan yang tinggi. Kawalan motor arus terus yang mudah dan prestasi yang baik akan menjamin motor arus terus untuk digunakan secara meluas pada masa depan. Projek ini tertumpu kepada rekaaan satu sistem kawalan kelajuan motor arus terus dengan menggunakan mikropengawal PIC 16F877A. Ia merupakan satu kawalan gelung tutup dan masa nyata sistem, di mana pengekod optic(yang dibina dalam projek ini) yang dipasang pada rotor akan menghantar isyarat kelajuan suapbalik kepada pengawal. Teknik Pulse Width Modulation (PWM) digunakan di mana isyarat ini dibekal oleh mikro pengawal. Mikropengawal berperanan sebagai pengawal gandaan, P di dalam projek ini. Isyarat PWM akan dihantar kepada pemacu motor untuk mengubah voltan yang dibekalkan kepada motor supaya ia dapat dikawal pada kelajuan yang ditetapkan. Satu program ditulis dalam Visual Basic 6.0 untuk memudahkan pengguna memasukkan kelajuan yang dikehendaki di komputer dengan pengantaramuka grafik pengguna (GUI). Selain itu, ia juga memaparkan satu graf kelajuan motor melawan masa untuk membolehkan pengguna mengkaji prestasi sistem tersebut. Keputusan menunjukkan bahawa bacaan daripada pengekod optik yang dibina adalah boleh dipercayai. Melalui projek ini, boleh disimpulkan bahawa mikropengawal PIC 16F877A dapat mengawal kelajuan motor pada kelajuan tetap walaupun terdapat perubahan beban.

®DiQiN/Jul08 15