sdp-tutorial-m8.docx

4
Tutorial M8 Unsur-unsur Muzik Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya lagu ‘Rasa Sayang’. - Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah. - Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu do re mi (jeda tiga). - Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu. Contoh skel C major. - Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C. Harmoni Gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kod adalah untuk mengiringi melodi. - Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuk triad not yang digunakan adalah not asas, not ketiga dan not kelima dari satu skel. - Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu persatu, menaik atau menurun. Susunan not secara ini dinamakan arpeggio atau kod curai. - Pergerakan kod: Apabila satu kod bergerak kesatu kod yang lain, ianya disebut sebagai pergerakan kod. Di antara pergerakan kod yang lazim digunakan adalah pergerakan kod I –IV –V. Kod-kod ini dinamakan sebagai kod primer. Irama Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama yang berbeza.

Upload: peggy9318

Post on 15-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SDP-Tutorial-M8.docx

Tutorial M8

Unsur-unsur Muzik

Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya lagu ‘Rasa Sayang’.

- Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah.

- Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu do re mi (jeda tiga).

- Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah

tertentu. Contoh skel C major.

- Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C.

Harmoni Gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak.

Gabungan not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kod adalah untuk mengiringi

melodi.

- Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuk triad not yang

digunakan adalah not asas, not ketiga dan not kelima dari satu skel.

- Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu persatu,

menaik atau menurun. Susunan not secara ini dinamakan arpeggio atau kod

curai.

- Pergerakan kod: Apabila satu kod bergerak kesatu kod yang lain, ianya disebut

sebagai pergerakan kod. Di antara pergerakan kod yang lazim digunakan adalah

pergerakan kod I –IV –V. Kod-kod ini dinamakan sebagai kod primer.

Irama Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama

yang berbeza.

(i) Detik : Bit yang konsisten. Contoh denyutan jantung.

(ii) Meter : Masa bagi mengawal muzik

(iii) Corak Irama : Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkan corak

irama yang berbeza.

(iv) Rentak : Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi nyanyian

atau permainan alat. Contoh rentak masri.

Page 2: SDP-Tutorial-M8.docx

(v) Tempo : Kelajuan sesebuah lagu atau muzik. Contoh allegro (cepat)

moderato (moderate pace).

Ekspresi merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal

atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Gabungan

aplikasi ciri muzikal boleh menghasilkan interpretasi tersendiri.

- Dinamiks : Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut dalam

Muzik.

Bentuk Karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang mempunyai

struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB. Contohnya: Penyusunan idea

muzik dalam bentuk berikut:

• Bentuk dua bahagian

• Bentuk tiga bahagian

• Bentuk rondo

• Bentuk strofik

• Bentuk tradisional

Warna Ton Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton

dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah:

• Suara lelaki dengan suara perempuan;

• Suara perempuan dengan suara pelajar;

• Suara orang menjerit dengan suara berbisik;

• Tepukan tangan dengan petikan jari;

• Ketukan batu dengan ketukan kayu. Warna ton bagi bunyi berbeza, berdasarkan

bahan pembuatan alat tersebut serta cara ianya dimainkan. Warna ton dalam sesuatu

muzik adalah seakan-akan sama seperti warna ton dalam sesebuah lukisan. Perkataan

yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut, kasar,

nyaring, garau, halus, terang, ringan dan berat.

Page 3: SDP-Tutorial-M8.docx

Jalinan Jalinan muzik merupakan satu ciri cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik

agar menjadi lebih menarik dan diminati ramai. Jalinan boleh dibahagikan kepada;

• Monofoni : Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan

atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada iringan (no accompaniment)

Penggunaan satu alat muzik sahaja .

• Homofoni : Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai

kod seperti gitar, piano, organ dan sebagainya.

• Polifoni : Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan

alat iringan.