tutorial m8

24
Ahli Kumpulan : AGNES TING DING HUNG LOK SHIN YEI MICHELLE CHONG SING YEE TANG SHINN YING

Upload: shin-yei

Post on 12-Sep-2015

56 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Tutorial EDU 3043 M8 Aktiviti Membina Kemahiran Asertif

TRANSCRIPT

  • Ahli Kumpulan : AGNES TING DING HUNG LOK SHIN YEI MICHELLE CHONG SING YEE TANG SHINN YING

  • Soalan toturialPelajar diminta melaksanakan aktiviti seperti Lampiran 3 iaitu Developing Assertiveness Skills (Aktiviti Membina Kemahiran Asertif) secara berkumpulan.

  • Asertif ialah keupayaan seseorang individu menyatakan apa yang ada dalam fikirannya sama ada positif atau negatif. Individu yang bersikap asertif akan menyatakan sesuatu perkara melalui dua cara iaitu lisan dan bukan lisan.

    Manakala mesej yang dinyatakan adalah secara berterus terang dan ianya mudah difahami oleh penerima mesej. Penerima mesej tersebut akan merasa selesa dan dihormati.

  • Mereka yang tergolong dalam golongan asertif amat menghormati hak orang lain. Contohnya menghormati idea, perasaan dan keperluan orang lain.

    Walaupun begitu mereka juga merasakan bahawa mereka berhak untuk meluahkan hak dan perasaan mereka kepada individu lain.

    Asertif adalah merupakan sikap yang seimbang di antara sikap pasif dan sikap agresif. Mereka yang tergolong dalam golongan asertif ini selalunya berkeyakinan tinggi dengan diri sendiri.

  • Mereka ini selalunya berkeyakinan dan bila menyelesaikan masalah, selalu mengambil sikap memberi dan menerima seperti:Saya percaya ... bagaimana fikiran anda?Saya lebih suka ...Apa yang boleh kita buat untuk menyelesaikan masalah ini?

    Tingkah laku bukan lisan pula dapat dilihat dengan jelas. Pada keseluruhannya, mereka bercakap dengan nada suara yang tetap dan sederhana. Pandangan mereka tepat, tidak menunjukkan ingin berkuasa. Keadaan badan tenang dan dapat dikawal.

  • Kebolehan menyatakan apa yang ada dalam fikiran tetapi dengan cara yang kurang sesuai secara lisan dan bukan lisan.

    Ini menyebabkan penerima merasa terancam, hina, malu dan mungkin membalas dengan lebih agresif lagi.

    Mereka yang dalam golongan ini, kurang sensitif/peka terhadap idea, perasaan dan keperluan orang lain.

    Mereka selalu mengetepikan pendapat dan kejayaan orang lain.

  • Ada kalanya individu ini mengakui kejayaan/pekerjaan orang lain sebagai kejayaan atau usahanya.

    Orang yang begini selalu menggunakan bahasa sindiran serta merendah-rendah sikap orang lain. Mereka juga mudah meletakkan masalah dan menuduh sesuatu kesilapan itu disebabkan oleh orang lain.

    Mereka juga sanggup mencaci dan melakukan penderaan. Tingkahlaku begini dikesan dengan pernyataan dan tingkahlaku bukan lisan mereka.Contohnya:Buat! kalau tidak ...Ah, itu bodoh!Tentu anda tidak mempercayainya!Itu tidak berkaitan dengan saya ... ini semua salah anda!

  • Tingkahlaku bukan lisan pula seperti mimik muka yang masam, nada suara keras dan tegas, sering diikuti dengan kata yang menyindir dan tajam. Suka merenung dengan pandangan yang tajam.

    Mereka suka menunjuk jari dan ada masanya menumbuk meja. Mereka percaya mereka adalah orang jujur dan selalu betul.

  • Ketidakupayaan individu menyatakan apa yang ada dalam fikirannya. Penerima merasa serba salah dan mesej yang diterima tidak jelas

    Tingkah laku yang begini disebabkan terlalu sensitif terhadap idea, perasaan dan keperluan orang lain. Mereka ini tidak tegas dan selalu mengeluarkan pendapat dengan cara yang berhati-hati serta takut. Orang yang sedemikian selalu diambil kesempatan oleh orang lain.

  • Di bidang pekerjaan pula, orang lain akan mengambil kesempatan mengakui bahawa sesuatu tugas itu dia sendiri yang membuatnya tanpa mengiktiraf orang yang asal.

    Ada kalanya orang yang tidak tegas ini cuba berkeras, tetapi gagal kerana sikap mereka yang terlalu mengalah. Tingkahlaku begini senang dikesan melalui pernyataan yang mereka buat.

    Petunjuk tingkahlaku tidak tegas bukan lisan meliputi suara yang terputus. Kalau berbicara, mereka tidak akan menatap muka orang yang mereka berbicara itu. Mereka ini kelihatan takut, mungkin memulas-mulas tangan sendiri, membongkokkan bahu ketika berdiri. Bila duduk akan memeluk tubuh sebagai benteng pertahanan.

  • Tingkah lakuHakOkMenangKalahAgresifUtama hak sendiriKetepi hak orang lain Saya okAnda tidak okSaya menangAnda kalahAsertifUtama hak sendiriHormati hak orang lainSaya okAnda okSaya menangAnda menangPasifKetepi hak sendiriUtama hak sendiriSaya tidak okAnda okSaya kalahAnda menang

  • Kemahiran ini dibahagikan kepada tiga komponen: 1.Kebolehan untuk meluahkan perasaan (contohnya, menerima dan meluahkan perasaan marah dan mesra).

    2.Kebolehan untuk meluahkan pegangan dan pendapat secara terbuka (boleh menyuarakan pendapat, perselisihan pendapat dan mempunyai prinsip yang tegas, walaupun sukar)

    3.Kebolehan untuk mempertahankan hak individu (tidak membenarkan orang lain mengganggu atau mengambil kesempatan ke atas diri kita)

    Orang yang assertive tidak mudah dimanipulasi atau malu. Mereka boleh menyuarakan perasaan tanpa bertindak agresif atau ekstrim.

  • Ketegasan diri adalah satu pendekatan untuk berinteraksi dengan orang lain dan mempunyai ciri,Tingkahlaku penyayang, menitikberatkan hal positif tentang diri sendiri.Berupaya meluahkan perasaan kepada orang lain.Penilaian terhadap sesuatu tanpa prasangka.Selalu menyatakan kemahuan dan sesuatu yang tidak disukai dengan cara berterus-terang tanpa menyerang dan mengugut.

  • Apa faedah jika kita bersikap ASERTIF..?Membina kemahiran berkomunikasi dengan lebih baikmenggalakkan keyakinan diri sendirimeningkatkan penghargaan kendirimembantu diri untuk memperolehi penghormatan dari orang lain.memperbaiki kemahiran dalam membuat keputusan.

  • *