pjm3106 m8 darah dan jantung

49
Minggu 8 Darah dan Jantung PJM6 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Upload: kcs-khaw

Post on 30-Dec-2014

72 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Minggu 8 Darah dan JantungPJM6 ANATOMI DAN FISIOLOGI

DarahPengenalan : Cecair yang mengalir ke seluruh badan manusia. Fungsi : Membekalkan oksigen dan nutrisi ke bahagian tisu yang berbeza dalam badan manusia. Membuang sisa-sisa produk dari badan seperti karbon dioksida, urea dan sebagainya. Pembekuan darah dan memulih sel secara semula jadi.

Fungsi Lain Darah Pada Tubuh Manusia Alat pengangkut air Alat pengangkut sari makanan Alat pengangkut getah hormon Menjaga suhu tubuh badan Mengatur keseimbangan sel dalam tubuh Mencegah infeksi dengan sel darah putih, antibodi dan sel darah beku

Komposisi Darah 55% daripada darah adalah plasma dan dalam plasma mengandungi air (90%92%), proteins (7%-9%) dan larutan lain(1%-2%) Sel darah putih dan platelets ialah 1%. Sel darah merah ialah 45%.

Plasma

Adalah sebahagian daripada cecair darah yang berwarna kuning-kekuningan. Plasma darah pada asasnya larutan air yang mengandungi:1. oksigen, nitrogen dan karbondioksida (bahan pembekuan darah) 2. Immunoglobin (antibodi) 3. Hormon 4. Pelbagain jenis protein (fibrinogen, albumin dan globulin)

5. 6. 7. 8. 9.

Pelbagai garam Enzin Urea Asid uric Sari makanan dan mineral seperti glukosa, gliserin, asid lemak, asid amino, kolesterol dan sebagainya.

Fungsi plasma:I. Mengagihkan protein untuk pembentukan tisu. II. Mengangkut bahan buangan ke organ rembesan.

Bentuk-bentuk elemen darah

Sel darah merah / Eritrosit

Berbentuk cekera dwi-cengkung. Berfungsi sebagai pengangkut O2 & Co2. Berwarna merah terang apabila bercampur O2. Merah gelap apabila bercampur dengan Co2.

Purata hayat sel darah merah kira-kira 120 hari. Sel darah merah matang tidak mempunyai nukleus. Nukleusnya keluar akan memyebabkan bahagian tengah sel itu runtuh lalu menjadi bentuk dwicengkung. Bentuk ini memudahkan O2 dan Co2 untuk bertukar dengan lebih pantas dalam membran plasma.

Sel darah merah yang matang tidak ada nukleus tetapi mempunyai hemoglobin, hemoglobin inilah yang menyebabkan darah berwarna merah apabila hemoglobin menerima O2 dalam paru-paru. Hemoglobin terdiri daripada protien kompleks dan zat besi. Setiap hari, badan akan menghasilkan sel darah merah untuk menggantikan sel yang mati atau hilang. Proses pembentukan sel darah merah dikenali sebagai hematopoiesis.

Semasa bayi darah dihasilkan daripada hati, limpa, kelenjar timus, nodus limfa dan sumsum tulang manakala orang dewasa menghasilkan sel darah merah daripada sumsum tulang.

Mengangkut oksigen dari Fungsi Utama: paru-paru ke tisu dan dari tisu ke paru-paru dalam badan. Terlibat sama dalam proses ini ialah molekul yang terdapat dalam sel darah merah dikenali sebagai hemoglobin yang berfungsi menyimpan gas dalam sel darah merah.

Apabila hemoglobin melalui tisu-tisu, ia akan menerima Co2 dan membesarkan O2

Kehilangan O2 menyebabkan warna hemoglobin dan sel darah merah menjadi pucat. Situasi ini diterbalikkan di dalam peparu dimana hemoglobin menarik oksigen dan membebaskan Co2.

Sel darah putih / Leukosit

Jernih dan tidak berwarna. Mempunyai nukleus.

Bentuk tidak tetap, lebih besar daripada sel darah merah tapi jumlahnya lebih kecil. Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sum-sum tulang dan kelenjar limfa Menghasilkan antibodi dan melawan agen asing dalam badan. Fungsi utama ialah sebagai sistem pertahanan badan dan memusnahkan / memakan mikroorganisma.

5 jenis sel darah putih

GranulositEosinofilBasofil

Neutrofil

AgranulositLimfosit Monosit

Ciri-ciri Granulosit dan AgranulositGranulosit Agranulosit

Mempunyai granul dalam sitoplasma Nukleusnya bercuping

Tidak mempunyai granul dalam sitoplasma. Nuklues berbentuk biji kacang atau sfera

Platlet / Trombosit

Cebisan sel sum-sum tulang yang terdapat dalam darah. Tidak mempunyai nukleus. Terlibat dalam proses pembekuan darah.

Kitaran hidup adalah diantara 5-9 hari. Platlet merupakan benda-benda kecil yang mati, bentuk dan ukurannya bermacammacam, ada yang bulat dan lonjong, warnanya putih. Jika penghasilan plateles dalam darah rendah akan menyebabkan kehilangan darah manakala lebih akan membawa kepada kematian.

Hemostasis Proses yang menghalang kehilangan darah yang berlebihan dalam tubuh badan. Terdapat 3 tahap dalam proses menghentikan pendarahan darah:I. Pencerutan vascular II. Pembentukan palam platlet III. Penggumpalan darah.

Pencerutan Vascular Ketika saluran darah rosak/luka, otot lembut di dinding saluran darah akan kejang. Ini akan meningkatkan pengecutan saluran darah yang akan menyekat bekalan darah ke kawasan tersebut. Jika saluran darah sederhana atau besar, proses kejang akan mengurangkan serta-merta aliran darah bagi mengurangkan kerosakan/ kelukaan pada minima untuk persediaan proses hemotasis yang akan datang.

Jika saluran darah kecil, proses kejang akan memberi tekanan kepada inner wall (dinding dalam) bagi memberhentikan pendarahan serta merta.

Pembentukan palam platlet Kebiasaanya platelet bergerak bebas dalam darah. Apabila dinding saluran darah pecah / rosak, ini akan menyebabkan kawasan yang luka tersebut terdedah dengan protein yang berada dalam saluran darah. Platelet akan mula mengembang dan mula membuat rantaian antara satu sama lain dan menjadi sekelompok.

Platelet juga akan menjadi bergetah atau melekit dan akan mula bertaut antara satu sama lain pada dinding saluran darah yang pecah. Kemudian semakin banyak Plug trombosit akan berhimpun dan memlalui perubahan yang sama.

Hasilnya plug trombosit akan menyembuhkan kawasan yang luka.

Jika kawasan yang luka adalah kecil, plug trombosit akan menutup kawasan yang luka dalam masa beberapa saat dan boleh menghentikan pendarahan.

Penggumpalan Darah Peringkat ketiga hemostasis ialah penggupalan darah (pembekuan darah) iaitu di mana cecair darah akan tukar kepada gel.

Proses ini terlibat tindak balas kimia dan menghasilkan jaringan fiber protein bersama darah. Terdapat 12 jenis bahan dalam proses ini tetapi kita hanya fokus kepada 3 faktor iaitu prothrombin activator, thrombin dan fibrinogen.

Kerosakan pada saluran darah meransang saluran darah dan plug trombosit untukmengeluarkan prothrombin activator. Kemudian prothrombin iaitu protein plasma akan bertukar kepada enzim yang dikenali sebagai thrombin. Tindak balas ini memerlukan calcium ions. Thrombin kemudiannya menukarkan fibrinogen kepada bebenag tidak larut protein yang panjang yang dipanggil fibrin.

Bebenag fibrin akan melingkari plug trombosit yang berada di kawasan yang luka membentuk jaringan fiber yang memerangkap platelet, darah merah dan pelbagai lagi molekul yang lain bagi menghalang kawasan luka terbuka lagi. Jisim fiber, platelet (trombosit) dan darah merah yang terperangkap bergabung menjadi cecair beku awalan yang menghalang pendarahan lebin lanjut.

Cecair beku fibrin boleh terjadi lebih kurang seminit. Selepas itu, platelet dalam cecair beku mula megecut dan mengukuhkan cecair beku dengan menarik dinding saluran darah. Secara umumnya, keseluruhan proses pembekuan darah mengambil masa lebih kurang sejam.

Jantung

Sistem kitarani. Kitaran pulmonari Melibatkan peredaran darah terdeoksigen ( darah kekurangan oksigen) dari ventrikel jantung ke peparu. Membolehkan darah terdeoksigen mendapat bekalan oksigen yang baru di peparu.

Darah terdeoksigen dipamkan dari ventrikel kanan jantung ke dalam arteri pulmonari dan dibawa ke peparu. Di peparu, pertukaran gas berlaku di antara kapilari darah dan alveolus. Karbon dioksida meresap dari darah dalam kapilari darah ke dalam rongga alveolus manakala oksigen meresap dari udara dalam rongga alveolus ke dalam darah dalam kapilari darah. Darah beroksigen diangkut balik oleh vena pulmonari ke aurikel kiri jantung.

Jantung --> Peparu --> Jantung Arteri pulmonari berbeza daripada semua arteri yang lain kerana arteri pulmonari mengangkut darah terdeoksigen.

ii. Kitaran sistematik Membolehkan darah beroksigen dibawa dari jantung ke semua bahagian badan kecuali peparu. Darah beroksigen dari peparu yang memasuki atrium kiri jantung, dipamkan ke ventrikel kiri dan seterusnya dipam keluar dari jantung ke dalam aorta (arteri yang paling besar dalam badan). Darah yang dipamkan keluar ini berada di bawah tekanan tinggi.

Darah terdeoksigen dibawa balik ke atrium kanan jantung melalui vena kava yang mengumpul darah dari vena lain di semua bahagian badan. Jantung --> Bahagian badan yang lain --> Jantung

Arteri, vena dan kapilariArteri Ciri-ciri Mempunyai dinding tebal yang terdiri daripada endotelium otot licin dan tisu penghubung.

Tekanan darah lebih tinggi.

Tidak mempunyai injap. Saiz lumen arteri lebih kecil berbanding vena. Fungsi Membawa darah dari jantung ke tisu badan. Kebanyakan membawa darah beroksigen.

Vena Ciri-ciri Mempunyai dinding yang lebih nipis daripada dinding arteri. Mempunyai injap untuk menghalang pergerakan darah ke belakang.

Tekanan lebih rendah. Saiz lumen lebih besar. Fungsi Membawa darah dari tisu badan ke jantung. Kebanyakan membawa darah terdeoksigen.

Kapilari Ciri-ciri Dinding yang nipis iaitu terdiri daripada satu lapisan sel endotelium sahaja. Semua sel badan berada amat dekat dengan kapilari.

Fungsi Menyambung arteri ke vena. Menyediakan tempat untuk pertukaran bahan-bahan di antara darah dan tisu.

Soalan Jelaskan secara ringkas tentang proses menghentikan pendarahan darah.

Membandingbezakan kitaran pulmonari dan kitaran sistematik