sdp 123

9
2.2 Kelebihan Pendekatan Bertema pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Pelajar dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak. Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka. Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapi tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran.

Upload: linasally

Post on 21-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

Page 1: sdp 123

2.2 Kelebihan Pendekatan Bertema

pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun

aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Pelajar dapat membina

kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran

dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran.

Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran

dan merentasi pelbagai bidang. 

Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat

mengikut tahap umur kanak-kanak. Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak

menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan

sebelum memulakan pengajaran bertema.

Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar

belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka. Pendekatan ini melibatkan bidang-

bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan

bertema melibatkan bidang yang luas tetapi tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi

bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah

pembelajaran.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada

kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak: Kanak-kanak dapat mendalami topik yang

disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yang dilalui

sendiri.Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai.

Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti,

bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan

bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan

pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan

subjek ataupun idea utama. Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang

berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti.

Page 2: sdp 123

Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan

pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling

membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak.

Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi

menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan

sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.

i) Untuk mewujudkan suasana proses pengajaran yang

menyeronokkan dan kondusif dalam pengajaran dan

pembelajaran.

ii) Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan,

iii) Dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan

pengetahuan dan pengalaman lalu.

iv) Dapat menghadapi cabaran

v) Dapat membuat pilihan yang sesuai dan releven dalam kehidupan

vi) Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal

vii) Menyemai nilai empati , harmoni dan pemahaman sesama insan

yang budaya

viii) Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang

menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran

Page 3: sdp 123

Deria dan Seni

Pengenalan

Penggunaan deria, murid akan mendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu

perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu, kefahaman tetang deria adalah

penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-

lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni

visual.

Perkembangan Kepekaan Deria

Menurut Jame Ismail dan Zulkifli Yaakob (2008), Perkembangan merupakan suatu

proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan . Faktor-faktor

perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di

sekeliling mereka. Untuk itu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam

mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu. Deria dan seni membolehkan

individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses berterusan.

Aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan

eksperimentasi dengan menggunakan deria (Mohd Jamel Ismail, 2010). Selain itu,

murid juga dapat berinteraksi secfara langsung dengan persekitaran dan belajar 

mengembagkan keboleh mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalalui

pengalaman yang diperolehi.

Sentuhan

Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari (Zulkifli Yaakob, 2010). Ia

merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-

kanak sebelum kanak-kanak mula berbahasa. Melalui sentuhan, murid akan dapat

melakukan pelbagai aktiviti antaranya ialah murid menggunakan jari untuk melukis.

Deria sentuhan mula berkembang ketika bayi lagi. Melalui sentuhan ibu, kanak-kanak

akan mula berhenti menangis dan melalui sentuhan juga. Kanak-kanak akan berasa

selamat.

Dengar

Mendengar melibatkan deria telinga (Zulkifli Yaakob, 2010). Aktiviti yang dijalankan

lebih tertumpu kepada persoalan: apa yang mereka dengar? Contohnya, aktiviti seni

visual yang dilakukan ialah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia melukis.

Page 4: sdp 123

Dalam aktiviti muzik, murid akan cuba mencipta bunyi berdasarkan apa yang

didengarnya. Manakala dalam bidang pergerakan pula, pelajar akan tahu dan dapat

membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat.

Lihat

Melihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian (Zulkifli

Yaakob, 2010). Berdasarkan maklumat yang dating melalui deria mata, seseorang akan

dapat mengalamai pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Pemahaman

tentang warna membolehkan murid mengetahui cirri-cirinya dan seterusnya tahu utuk

mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikanseni visual. Dengan melihat juga,

pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruangiaitu melibatkan dunia visual-spatial

dengan lebih tepat.

Rasa

Rasa merupakan gerak hati atau kata hati murid (Zulkifli Yaakob, 2010). Dengan

menggunakan deria ini, murid akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat.

Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau member makna kepada

rangsangfan yang diterima oleh derianya.

Didalam seni visual, murid akan dapat meluahkan perasaaan melalui pengalaman yang

telah diperolehinya apabila membuat aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara

tidak langsung kaki murid akan bergoyang disebabkan oleh rangsangan daripada jenis

mud muzik yang didengarinya.

Hidu

Hidu lebih menekankan aspek penanggapan (Mohd Jamel Ismail, 2010). Penanggapan

ini tidak berlaku secara semulajadi. Sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk

menyerapkan unsure-unsur ini dalam pengajarannya. Ianya boleh dilakukan melalui;

a)    Kebolehan mental murid

Faktor ini penting untuk memastikan setiap murid mendapat pembelajaran optimum

mengenai konsep yang diajar oleh guru.

Page 5: sdp 123

b)   Pendekatan pengajaran

Guru perlu merancang strategi pengajatran yang hendak digunakan olehnya untuk

membentuk penanggapan yang baik.

                      i.        Pendekatan inkuiri penemuan

Murid mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian

masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan

orgsn deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak

sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar.

                    ii.        Pendekatan resepsi

Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung

kepada pelajar.

                   iii.        Pendekatan deduktif

Guru menghuraikan prinsip dan cirri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti

contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.

Kepentingan Kepekaan Deria

Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu

persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu, pancaindera

manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima

maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya.

Persekitaran

Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan

deria murid. Murid yang dikelilingai persekitaran social yang mendorong akan menjadi

seseorang yang sentiasa bermotivasi.

Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru pendidikan seni mestilah sentiasa

Page 6: sdp 123

bekerjasama dengan guru-guru seni yang lainuntuk mewujudkan keadaan dan suasana

yang sesuai dalam Bilik Seni.

Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber

ilham bukan sahaja kepada murid dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat

sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja murid, guru seni hendaklah cuba mendapatkan

contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan

dalam bilik seni.

Page 7: sdp 123
Page 8: sdp 123