s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1939-buku-logo.docx · web viewbahagian ini...
TRANSCRIPT
BUKU LOGOBahagian Parlimen dan Kabinet
Kementerian Dalam Negeri
PENGENALAN
Latar belakang / ringkasan perkhidmatan.
Bahagian Parlimen dan Kabinet (PK) merupakan Bahagian yang
bertanggungjawab dalam merancang dan menyelaras perkara-
perkara berkaitan Hal Ehwal Parlimen, Mesyuarat Jemaah Menteri
dan mesyuarat-mesyuarat utama dalam perkhidmatan awam bagi
Kementerian Dalam Negeri (KDN). Selaras dengan visi Bahagian
isitu Memantapkan Pengurusan Berkualiti, Bahagian Ini sentiasa
berusaha untuk meningkatkan kualiti penyampaian. Bahagian ini
terdiri daripada tiga (3) unit utama iaitu Unit Parlimen, Unit Jemaah
Menteri dan Unit Pengurusan Mesyuarat dan Pemantauan Khas.
Kluster : Peraturan dan Kawal Selia Punca : Lain-lain Status inovasi : Tidak membuat sebarang permohonan harta
intelek Kumpulan Sasar dan Skop Liputan: Pengurusan Tertinggi KDN
dan Pegawai di Bahagian Parlimen dan Kabinet
LAPORAN INOVASI (Nyatakan secara ringkas yang mana berkaitan)
Tujuan / Objektif Projek Inovasi
Inovasi ini dinamakan sebagai Buku Logo iaitu buku yang
membolehkan pengguna iaitu Pengurusan Tertinggi dan Bahagian
PK mendapat maklumat lengkap berkenaan soalan-soalan
Parlimen berkaitan KDN. Dengan adanya buku ini, pengguna
boleh membuat rujukan dengan lebih efektif
1
Proses Pelaksanaan Inovasi- Nyatakan jika dibuat in-house atau out-source
Objektif Kualiti Unit Parlimen, Bahagian PK adalah memastikan
sekurang-kurangnya 95% jawapan dikemukakan kepada YB
MKDN dan YB TMKDN selewat-lewatnya 3 hari sebelum soalan-
soalan berkenaan dijawab di Parlimen. Pengurusan soalan dan
jawapan Parlimen memerlukan pemantauan yang berkesan kerana
tempoh masa yang singkat antara penerimaan soalan dan
perbahasan jawapan di Parlimen. Anggaran soalan yang diterima
KDN bagi setiap sesi adalah sebanyak 200 soalan. Jumlah soalan
yang banyak bagi setiap sesi merupakan salah satu faktor inovasi
ini diperkenalkan agar memudahkan pemantauan soalan-soalan
yang melibatkan KDN dan seterusnya dapat mencapai objektif
kualiti Unit Parlimen, Bahagian PK.
Proses sebelum dan selepas
Sebelum inovasi ini dilaksanakan, Bahagian PK menggunakan
Buku Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Parlimen sebagai rujukan.
Buku AUM Parlimen merupakan buku yang mengandungi soalan-
soalan Parlimen untuk semua Kementerian. Namun demikian,
penggunaan buku ini kurang efektif kerana ia mengmbil masa
yang lama untuk merujuk soalan-soalan KDN yang terdapat di
dalam buku berkenaan.
Elemen penurunan kuasa (jika ada)
Impak inovasi terhadap kumpulan
2
sasar/perkhidmatan/ jabatan/agensi/Negara :
Elemen Inovatif/Kreativiti - Meningkatkan kepuasan stakeholder (pengurusan
tertinggi) kerana memudahkan rujukan mereka.
Elemen Keberkesanan - Maklumat yang lengkap berkenaan sesuatu soalan dapat
diperolehi.
- Pengiraan indeks bagi jumlah soalan yang melibatkan
KDN mudah dilakukan.
Elemen Signifikan - Penjimatan masa dapat dilihat dengan adanya inovasi ini
iaitu rujukan dapat dibuat dengan lebih cepat dan
sistematik kerana maklumat lengkap berkaitan soalan
berkenaan mudah diperolehi berikutan ia telah disusun
dengan teratur.
Elemen Relevan - Memberi impak kepada keberkesanan dan kecekapan
sistem penyampaian perkhidmatan
- Peningkatan pencapaian pematuhan piagam pelanggan /
objektif kualiti.
PENCAPAIAN & PENUTUPBuku Logo yang dihasilkan ini memudahkan lagi proses kerja dalam
penyelarasan soalan dan jawapan bagi Dewan Rakyat dan Dewan
Negara di KDN. Di samping itu, sistem dan prosedur kerja yang lebih
efektif dan tersusun diwujudkan di kalangan pegawai dan kakitangan
3
Bahagian PK. Penggunaan Buku Logo ini juga memberi kesan positif
kepada persekitaran kerja yang mana buku ini memudahkan
perbincangan Bahagian PK dengan pengurusan tertinggi berkenaan
soalan-soalan yang melibatkan KDN.
Disediakan oleh:
Nama Pegawai/Unit Terlibat : Muhammad Haziq bin Abdul Rahim
Tel. : 03-88863373
Emel : [email protected]
4