tajuk - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... ·...

23
TAJUK : PAPA TADA RUAG IKLA TUJUK ARAH MAJLIS PERBADARA JASI MELAKA PENGENALAN PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT LATARBELAKANG MAJLIS PERBANDARAN JASIN Bermula sebagai Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural district Council) pada tahun 1959. Sebelum mendapat pengiktirafan Majlis Daerah Jasin pada 1 Julai 1978. Seterusnya pada tanggal 1 Januari 2007, Majlis Daerah Jasin telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Jasin melalui Warta kerajaan yang disiarkan pada 28 Disember 2006. Majlis Pengisytiharan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Melaka pada 17 Januari 2007 di Stadium Jasin. Keluasan kawasan operasi Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam Daerah Jasin dengan keluasan 641 km persegi dengan bilangan penduduk seramai 128 700 orang. Keseluruhan kawasan ini terdiri dari 2 bandar, 10 pekan kecil, 20 mukim yang terbahagi kepada 136 kampung tradisi 3 rancangan FELDA dan 2 rancangan FELCRA. OBJEKTIF Menjadikan Jasin sebuah daerah yang maju, dengan meningkatkan pertumbuhan pembangunan melalui perindustrian dan pelancongan serta memberikan kehidupan yang harmoni, persekitaran bersih dan indah, mempunyai infrastruktur terbaik dengan penekanan kepada teknologi informasi, rekreasi dan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti, untuk menjamin kesejahteraan dan kesempurnaan hidup berasaskan wawasan negara. FUNGSI MAJLIS Merancang dan mengawal pemajuan serta melaksanakan projek-projek pembangunan berpandukan kepada rancangan pemajuan. Memproses, melulus dan mengawal pelan-pelan pembangunan selaras dengan peruntukan perundangan dan polisi yang ditetapkan. Memantapkan pembangunan organisasi dan tadbir urus yang cekap serta menyelaraskan aduan-aduan awam demi kepentingan dan kepuasan pelangan. Mengurus pendapatan dan mengawal perbelanjaan berdasarkan sumber

Upload: ledung

Post on 18-Apr-2018

260 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

TAJUK : PAPA TADA RUAG IKLA TUJUK ARAH

MAJLIS PERBADARA JASI MELAKA

PPEENNGGEENNAALLAANN

PPEENNEERRAANNGGAANN MMEENNGGEENNAAII JJAABBAATTAANN//BBAAHHAAGGIIAANN//UUNNIITT

LLAATTAARRBBEELLAAKKAANNGG MMAAJJLLIISS PPEERRBBAANNDDAARRAANN JJAASSIINN

Bermula sebagai Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural district Council)

pada tahun 1959. Sebelum mendapat pengiktirafan Majlis Daerah Jasin pada 1 Julai

1978. Seterusnya pada tanggal 1 Januari 2007, Majlis Daerah Jasin telah dinaiktaraf

kepada Majlis Perbandaran Jasin melalui Warta kerajaan yang disiarkan pada 28

Disember 2006. Majlis Pengisytiharan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Yang

Terutama, Yang Dipertua Negeri Melaka pada 17 Januari 2007 di Stadium Jasin.

Keluasan kawasan operasi Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam Daerah Jasin

dengan keluasan 641 km persegi dengan bilangan penduduk seramai 128 700 orang.

Keseluruhan kawasan ini terdiri dari 2 bandar, 10 pekan kecil, 20 mukim yang terbahagi

kepada 136 kampung tradisi 3 rancangan FELDA dan 2 rancangan FELCRA.

OBJEKTIF

Menjadikan Jasin sebuah daerah yang maju, dengan meningkatkan pertumbuhan

pembangunan melalui perindustrian dan pelancongan serta memberikan kehidupan yang

harmoni, persekitaran bersih dan indah, mempunyai infrastruktur terbaik dengan

penekanan kepada teknologi informasi, rekreasi dan perkhidmatan yang cekap dan

berkualiti, untuk menjamin kesejahteraan dan kesempurnaan hidup berasaskan wawasan

negara.

FFUUNNGGSSII MMAAJJLLIISS

� Merancang dan mengawal pemajuan serta melaksanakan projek-projek

pembangunan berpandukan kepada rancangan pemajuan.

� Memproses, melulus dan mengawal pelan-pelan pembangunan selaras

dengan peruntukan perundangan dan polisi yang ditetapkan.

� Memantapkan pembangunan organisasi dan tadbir urus yang cekap serta

menyelaraskan aduan-aduan awam demi kepentingan dan kepuasan pelangan.

� Mengurus pendapatan dan mengawal perbelanjaan berdasarkan sumber

Page 2: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

hasil yang diterima daripada cukai, lesen, sewaan, geran, dan sumber-

sumber lain.

� Memantau perkhidmatan sisa pepejal, kebersihan dan keindahan,

menyelenggara kemudahan dan tempat-tempat awam, mengawal dan

meningkatkan kesihatan awam.

� Mengawalselia dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan

berkaitan dengan aktiviti pihak berkuasa tempatan.

SSTTRRUUKKTTUURR OORRGGAANNIISSAASSII

PPengurusan Majlis Perbandaran Jasin diketuai oleh Yang Dipertua Majlis

Perbandaran Jasin dan dibantu oleh Setiausaha, Ahli Majlis dan Pengarah

Kanan/Pengarah Jabatan serta Ketua Unit. Pembahagian jabatan di bawah pentadbiran

Majlis adalah seperti berikut:

a) Jabatan Khidmat Pengurusan & Korporat

b) Jabatan Kewangan

c) Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta

d) Jabatan Kawalan Perniagaan

e) Jabatan Kejuruteraan

f) Jabatan Kawalan Bangunan

g) Jabatan Landskap & Perkhidmatan Bandar

h) Jabatan Perancang Bandar & Desa

i) Jabatan Perundangan & Penguatkuasaan

j) Jabatan Teknologi Maklumat

k) Unit Pusat Setempat (OSC)

l) Unit COB

m) Unit Audit Dalaman

JABATAN KAWALAN PERNIAGAAN

FUNGSI

� Mengawal, melesen dan menguatkuasa semua bentuk perniagaan dalam

daerah Jasin.

� Memastikan tempoh pemprosesan dan pengeluaran semua jenis lesen

mengikut piagam yang ditetapkan kecuali yang melibatkan ulasan Kerajaan

Negeri dan jabatan teknikal.

� Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang lesen sentiasa tepat.

Page 3: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

� Mengawal dan mengwujudkan tahap kebersihan premis yang bersih & selamat.

� Memastikan semua pengendali makanan menjalani pemeriksaan kesihatan dan

menghadiri kursus pengendalian makanan.

� Mengurangkan gangguan anjing liar dengan melesenkan anjing peliharan dan

perlu mematuhi syarat-syarat pelesenan.

� Memastikan tiada sebarang aduan daripada pelanggan mengenai kelewatan

tempoh pemprosesan pengeluaran lesen perniagaan dan permit.

STRUKTUR ORGANISASI JABATAN

Diketuai oleh Pengarah Jabatan – Pegawai Kesihatan Persekitaraan (PKP), dibantu

oleh tiga (3) orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaraan (PPKP), tiga (3) orang

Pembantu Tadbir dan seorang (1) Pembantu Kesihatan Awam (PKA).

Page 4: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

PENGENALAN MENGENAI INOVASI

Idea menghasilkan inovasi ini timbul apabila melihatkan trend atau kebiasaan orang

ramai terutama menjelang musim cuti sekolah dan masing-masing mula sibuk

mengadakan majlis perkahwinan. Sebagai salah satu panduan kepada para jemputan ke

majlis yang ditetapkan satu iklan tunjuk arah majlis kahwin dengan pelbagai rekaan dapat

dilihat dan dipasang di jalan-jalan utama, setiap persimpangan jalan/lampu isyarat dan

bulatan jalan (round about).

Pemasangan tanpa kebenaran ini telah menimbulkan permasalahan kepada pihak

Majlis Perbandaran Jasin apabila perletakan dengan susunan yang tidak teratur

mencacatkan pandangan, menutup papan tanda keselamatan sehingga menyulitkan

pengguna jalan raya dan mengotori persekitaran apabila iklan tersebut tidak ditanggalkan

sebaik selesai majlis tersebut. Kebiasaaannya iklan-iklan tersebut tidak mempunyai

maklumat pemilik yang lengkap sehingga menyukarkan tindakan penguatkuasaan dan

menjadi bebanan tugas kepada Majlis Perbandaran Jasin untuk menanggalkan iklan-iklan

tersebut. (Lampiran A).

Pihak Majlis Perbandaran Jasin telah berusaha pelbagai langkah menangani

permasalahan ini antaranya dalam syarat kelulusan surat permohonan tutup jalan telah

dinyatakan agar mengambil tindakan pembersihan segala papan tanda tunjuk arah di

jalan-jalan (Contoh surat di Lampiran B), memaklumkan dalam mesyuarat yang

melibatkan ahli majlis, pemimpin masyarat seperti JKKK kawasan dan Pengerusi taman

selain rondaan oleh anggota Penguatkuasa Majlis sendiri. Namun begitu permasalahan

masih tiada penyelesaian.

Melalui Mesyuarat Bersama Jabatan bil 3/2011 telah dibangkitkan dalam usaha

mencari hasil baru bagi Majlis disamping menyelesaikan permasalahan yang timbul. Yang

Dipertua Majlis telah menyarankan agar melihat bagaimana cara penyelesaian yang

bersesuaian bagi tujuan penyeragaman pemasangan iklan-iklan ini terutama di

persimpangan. Perkara ini selanjutnya telah dibincangkan secara lebih fokus melalui

Mesyuarat Pagi di mana Jabatan Kawalan Perniagaan (JKP) telah

dipertanggungjawabkan untuk merangka idea dan melaksanakan projek ini seterusnya

menguatkuasakan mengikut undang-undang yang bersesuaian. Selari dengan salah satu

fungsi Jabatan Kawalan Perniagaan iaitu mengawal dan mengwujudkan tahap kebersihan

premis yang bersih & selamat telah mengambil inisiatif awal dengan mengadakan

perbincangan dalaman dan merangka idea-idea yang bersesuaian disamping melihat

pendekatan yang telah dilaksanakan oleh PBT lain

Page 5: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

Satu lawatan juga telah dijalankan oleh Jabatan Kawalan Perniagaan ke Majlis Daerah

Tampin bagi meninjau antara usaha yang telah dijalankan (Lampiran C). Hasil lawatan

tersebut dan rangka idea melalui perbincangan yang telah dibuat Jabatan Kawalan

Perniagaan dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan telah merekacipta Papan Tanda

Ruang Iklan bukan sahaja untuk iklan tunjuk arah majlis kahwin malah lain-lain iklan kecil.

Sebagai langkah awal, beberapa lokasi 'hot spot' dikenalpasti bagi pemasangan peringkat

percubaan.

TUJUAN

� Menyediakan kemudahan papan tanda ruang iklan khusus untuk iklan-iklan kecil

terutama iklan majlis kahwin dipersimpangan jalan bagi tujuan penyeragaman.

� Memastikan setiap perletakan iklan-iklan tersebut mendapat kebenaran dan

diletakkan di lokasi yang dibenarkan.

� Memastikan tiada lagi aktiviti pemasangan iklan-iklan majlis kahwin atau lain-lain

kecil tanpa kebenaran atau menutup papan tanda keselamatan sehingga

mengundang bahaya keselamatan.

� Memudahkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dalam aspek kebersihan.

CIRI-CIRI

� Papan tanda PVC berukuran 4' x 1' dengan tiga (3) ruang iklan bertutup plastik

lutsinar yang boleh memuatkan iklan bersaiz kertas A4 (Lampiran D).

� Rekabentuk yang mudah dipasang, sangat praktikal, tidak menggunakan ruang

yang luas dan seragam.

� Pemasangan di tiang lampu isyarat atau tiang lampu persimpangan jalan sahaja.

� Mudah dilihat, kedudukan papan tanda tidak menghalang pandangan atau

mengganggu laluan pengguna jalan raya.

� Mesra pengguna dan alam sekitar, menjimatkan kos dan masa bagi pengguna

hanya perlu menyediakan rekaan iklan masing-masing bersaiz kertas A4 dan

dimasukkan ke ruang yang disediakan dengan kebenaran.

� Tidak melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Page 6: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

LOKASI PELAKSANAAN

� Persimpangan lampu isyarat jalan (lokasi yang dikenalpasi menjadi sasaran utama)

(Lampiran E)

− Persimpangan lampu isyarat Taman Maju (2 unit)

− Persimpangan lampu isyarat Kemendor (1 unit)

− Persimpangan jalan Lipat Kajang, Merlimau (1 unit)

− Persimpangan 'push button' Bandar Jasin (1 unit)

− Persimpangan lampu isyarat Pekan Bemban (1 unit)

� Persimpangan jalan (termasuk lebuh AMJ – cadangan pelaksanaan seterusnya)

PENGUATKUASAAN

Selaras dengan Undang-undang Kecil (Majlis Perbandaran Jasin) 2011 telah

menyatakan “Seseorang tidak boleh mempamerkan atau mendirikan atau menyebabkan

dipamerkan atau didirikan apa-apa iklan tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Majlis”

Walau bagaimanapun terdapat iklan-iklan tertentu yang dikecualikan dari dilesenkan

termasuklah iklan majlis kahwin kerana di bawah kategori “Iklan Masyarakat Sosial iaitu

“Suatu iklan berarah sementara yang didirikan atau dipamerkan bagi tempoh tidak lebih

daripada tujuh (7) hari di sepanjang hak lalu lalang awam oleh seseorang untuk memberi

arahan ke suatu majlis tertutup, sosial atau masyarakat”. Oleh kerana itu pengguna

hanya perlu mengemukakan permohonan menggunakan borang yang disediakan (PK-

JKP-003/R1a) (Lampiran F) dengan pengisian butiran tertentu berserta iklan bersaiz

kertas A4 dan menjelaskan bayaran caj sewaan sebanyak RM2.00 sahaja per ruang iklan.

Pengguna juga hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan tertakluk kepada

undang-undang yang berkaitan.

Page 7: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

PROSES KERJA SEBELUM DAN SELEPAS

SEBELUM SELEPAS

-

-

* Sila sertakan bersama iklan bersaiz A4

TERIMA PERMOHONAN

SEMAK

PROSES PERMOHONAN (PENDAFTARAN)

BAYARAN RM2 & COP MAJLIS

KEPUTUSAN

PEMOHON

TIDAK LENGKAP

LENGKAP * TAKLIMAT TUGASAN/ ATURAN KUMPULAN (JIKA ADA)

JADUAL PEMANTAUAN/

ADUAN

PEMANTAUAN IKLAN/ BANNER

MENURUNKAN IKLAN/ BANNER TANPA KEBENARAN/ TAMAT

TEMPOH

PELUPUSAN/ PEMAKLUMAN

KEPADA PEMILIK

Aktiviti pemantauan iklan dijalankan hampir setiap hari

Aktiviti pemantauan iklan diadakan sekali (1 ) hari dalam seminggu iaitu pada hari Jumaat.

Page 8: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

IMPAK INOVASI

BIL ELEMEN CATATAN

1.

Inovatif/ Kreativiti Lanjutan dari permasalahan yang timbul antaranya:

− Tiada kemudahan disediakan;

− Pemasangan tidak mengikut peraturan;

− Rekabantuk iklan tidak seragam dan

tersusun;

− Menutup papan tanda keselamatan

jalanraya;

− Mengotori persekitaran apabila iklan tersebut

tidak ditanggalkan.

Bermula awal tahun 2012 melalui perbincangan,

hasil lawatan, terjemahan idea kepada rekabentuk

dan penambahbaikan peringkat pengurusan

menghasilkan inovasi berupa Papan Tanda Ruang

Iklan Tunjuk Arah telah menjalani dua (2) peringkat

pengubahsuaian.

Konsep mesra pengguna dan alam sekitar hanya

perlu memasukkan iklan bersaiz kertas A4 ke ruang

yang disediakan, praktikal, menjimatkan kos dan

masa bersesuaian dengan slogan “Rakyat

didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

2 Keberkesanan

− Membantu persekitaran kawasan

persimpangan jalan atau pulau-pulau jalan

menjadi lebih menarik;

− Penyeragaman bentuk/ grafik iklan dan lebih

tersusun;

− Mendidik masyarakat untuk lebih

bertanggungjawab dan berdisplin dalam

menjaga kebersihan persekitaran dan

menggunakan kemudahan yang disediakan.

− Hanya dikenakan kos sewaan sebanyak

RM2.00/iklan/hari.

Page 9: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

BIL ELEMEN CATATAN

3 Signifikan − Kos penyelenggaraan dan pengendalian

yang minima serta menggunakan bahan yang

mudah didapati.

− Mesra penguna dan alam sekitar serta

menjimatkan kos dan masa. Para pengguna tidak

perlu lagi mengeluarkan kos untuk 'laminating' dan

papan tanda untuk dipacakkan.

− Prosedur permohonan yang mudah melalui

Majlis Perbandaran Jasin dengan membawa iklan

bersaiz kertas A4 dan dikenakan caj sewaan

sebanyak RM2 sahaja per ruang iklan.

− Pengguna bertanggungjawab menanggalkan

iklan masing-masing sebaik selesai majlis.

− Mengurangkan beban kerja, masa dan kos

anggota penguatkuasa Majlis untuk menurunkan

iklan-iklan tersebut.

4 Relevan Komitmen daripada pihak pengurusan dan

kerjasama antara Pengarah Kanan/ Pengarah

Jabatan semasa merangka idea, menterjemahkan

rekabentuk dan proses penambahbaikan

menghasilkan inovasi yang praktikal dan mesra

pengguna.

Page 10: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

KESIMPULAN

Secara keseluruhan diharap projek ini menjadi pemangkin dalam usaha untuk mengawal

ketidakseragaman iklan-iklan kecil seperti majlis kahwin yang dipasang tanpa kebenaran

terutama di persimpangan jalan. Dengan adanya kemudahan yang praktikal dan mesra

pengguna dan alam sekitar selari dengan slogan “Rakyat didahulukan, Pencapaian

diutamakan” diharap masyarakat akan menggunakan dengan sebaik-baiknya dengan

mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan agar akhirnya persimpangan jalan atau lampu

isyarat yang dulunya meriah dengan pelbagai bentuk iklan majlis kahwin yang

mencacatkan pandangan bertukar wajah menjadi lebih menarik, seragam dan menjadikan

kawasan persekitaran jalan lebih bersih, sekaligus menjadikan Jasin Daerah Lestari,

Bandar Bestari lebih cemerlang ke arah kesinambungan Melaka Maju Negeriku Sayang,

Negeri Bandar Teknologi Hijau

Page 11: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

Lampiran A

Pemasangan iklan-iklan tunjuk arah majlis kahwin tanpa kebenaran

Page 12: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang
Page 13: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang
Page 14: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

Lampiran C

Ruang Iklan yang disediakan oleh Majlis Daerah Tampin

Page 15: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang
Page 16: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang
Page 17: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

Lampiran E

Lokasi pemasangan

− Persimpangan lampu isyarat Taman Maju (2 unit)

− Persimpangan 'push button' di Bandar Jasin (1 unit)

Page 18: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

− Persimpangan jalan Lipat Kajang Merlimau

− Persimpangan lampu isyarat Kemendor

Page 19: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang
Page 20: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang
Page 21: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

- Rekaan kedua

Page 22: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

Gambarajah foto Rekaan kedua

Page 23: TAJUK - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1069-papan-tanda-ruang-iklan... · PENERANGAN MENGENAI JABATAN/BAHAGIAN/UNIT ... Memastikan laporan mengenai maklumat pemegang

Lampiran H

Contoh penggunaan (Persimpangan lampu isyarat Taman Maju)